pbs pengajian am

Upload: nurul-natasha

Post on 05-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kerja kursus STPM Pengajian Am 900/4. Lengkap untuk rujukan calon STPM penggal 2.

TRANSCRIPT

960116-14-0000

1.0 PENGENALANAdat didefinisikan sebagai peraturan masyarakat, undang-undang, hukum masyarakat atau kebiasaan. Adat juga dimaksudkan dengan peraturan yang lazim dipakai sejak dahulu-kala atau hukum lembaga. Hal ini menunjukkan bahawa adat merupakan sesuatu kebiasaan dari suatu perbuatan yang diulang-ulang dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup untuk dipatuhi.(http://prpm.dbp.gov).Perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat perkahwinan adalah sebahagian dari hal pernikahan di sisi agama diantara lelaki dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan isteri.( http://myservik.gov.my/)Perkataan India Muslim membawa maksud etnik berketurunan India yang beragama Islam seperti Tamil, Malabari, Benggali dan Gujerati. Kaum India Muslim mempunyai kelompok atau suku dari negeri masing-masing. Misalnya, Kerala Muslim, Kaka atau Malabar Muslim dari selatan India, Bengali Muslim dari Bengal, Gujerati Muslim dari Gujerat di utara India, Bombay Muslim dari Maharashtra, utara India dan Thenkasi Muslim serta Kadaya Nallur Muslim berasal dari Tamilnadu. Secara umum kaum India Muslim di Malaysia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Marikar dan Rawther. Marikar atau Marakalayer yang bermaksud penduduk dengan perahu kayu iaitu golongan yang aktif dengan aktiviti laut seperti berdagang. Rawther atau Mauther pula adalah penduduk yang tinggal luar bandar dengan menjalankan aktiviti perniagaan runcit, makanan, barangan kemas dan tekstil. (http://www.indiamuslim.com.my/) Kajian ini bertujuan meninjau dan mengenengahkan budaya orang berketurunan India Muslim yang masih mengamalkan pola-pola instrinsik adat resam seperti adat dalam perkahwinan. (http://pustaka2.upsi.edu.my/)Kajian ini juga mendedahkan tatacara perlaksanaan adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat berketurunan India Muslim. Masyarakat India Muslim masih mengekalkan perkahwinan sesama kaum sama ada memilih pasangan tempatan atau mencari dari keluarga di India. (http://www2.hmetro.com.my/). Rasional kajian tentang adat perkahwinan kaum India Muslim ini dijalankan kerana komuniti ini membina perpaduan keluarga dan kaum yang erat menerusi perkahwinan sesama anggota keluarga yang luas. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar Country Homes 2.2 Mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes

3.0 LOKASI KAJIAN3.1 Peta Daerah Gombak

Sumber : https://www.google.com.my/

Daerah Gombak merupakan salah satu daerah di dalam negeri Selangor. Kedudukan pada latitud 3.2740889 dan longitud 101.6407549 meter dari aras laut. Terdapat empat mukim dalam Daerah Gombak iaitu Mukim Rawang, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang

3.2 Peta Mukim Rawang

Sumber: https://www.google.com.my/Mukim Rawang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Gombak. Mukim Rawang terletak pada latitud 3.3516349 dan longitud 101.5361134 meter dari aras laut.

3.3 Peta Bandar Country Homes, Rawang

Sumber: https://google.com.my/maps

Peta 3.3 menunjukkan kawasan kajian yang dijalankan di Bandar Country Homes yang terletak di Mukim Rawang. Kedudukan pada latitud 3.3319415 dan longitud 101.5375358 meter dari aras laut. Populasi penduduk di kawasan ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kawasan ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana berdekatan dengan rumah saya dan ia dapat membantu saya mengenali komuniti masyarakat berdekatan dengan lebih rapat.

4.0 METADOLOGI KAJIANBeberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Kaedah yang berlainan digunakan untuk untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah betul dan tepat. Instrument Kajian Dalam kajian ini, intrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan borang temubual, borang soal selidik dan rujukan perpustakaanKaedahInstrument Kajian

KuantitatifBorang soal selidik

KualitatifBorang temubual, rujukan perpustakaan

4.1 Kaedah Soal Selidik Dalam kaedah ini borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan kajian. Borang diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian, iaitu Bandar Country Homes. Sebanyak 30 borang soal selidik diedarkan berdasarkan dua objektif yang telah dilakukan. Kesemua borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada kaum India Muslim. Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan urusan borang soal selidik. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian . Bahagian A untuk latar belakang responden, bahagian B untuk mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim dan bahagian C untuk mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Kaedah ini menggunakan skala 4 poin.

Jadual 4.1Tidak Setuju1

Kurang Setuju2

Setuju3

Amat Setuju4

Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang menwakili 5 orang dalam kategori umur 20 tahun ke bawah, 5 orang dalam kategori 20 hingga 30 tahun, 7 orang dalam kategori 31 hingga 40 tahun, 8 orang dalam kategori 41 hingga 50 tahun dan 5 orang dalam kategori 50 tahun ke atas.

4.3 Temu Bual Pengkaji telah menemubual dua individu yang berbeza bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes secara khas dan terhadap semua golongan kaum India Muslim amnya. Pengkaji telah menemubual dua orang yang berketurunan yang terdiri daripada komuniti yang berketurunan India Muslim di Bandar Country Homes. Tujuan utama temubual adalah untuk mengenalpasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum india muslim dan persepsi kaum India Muslim tentang pengamalan adat perkahwinan di Bandar Country Homes.BilTarikhInformen

0120 Februari 2015Informen A

0221 Februari 2015Informen B

Protokol temu bual mempunyai 7 soalan umum. 7 soalan tersebut dalah merangkumi objektif 1 dan objektif 2 kajian . Justeru itu, kaedah ini adalah mendapatkan hasil kajian terhadap objektif kajian 1 dan 2 iaitu mengenalpasti perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar Country Homes dan mengkaji persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan di Bandar Country Homes. Sesi temu bual pertama telah dijalankan pada 20 Februari 2015 (Jumaat) dan disusuli dengan sesi temu bual kedua berlangsung pada 21 Februari 2015 (Sabtu).

Temu bual ini dijalankan dalam bahasa Tamil. Data yang diperolehi dirakam dan dianalisis secara manual. Temubual bersama Informen A selama 2 setengah minit dan temubual bersama informen pula B pula selama 3 minit .Dapatan kaedah ini dibentangkan dalam bahagian dapatan kajian ini sebagai bahan bukti yang menyokong kajian ini.

4.2 Rujukan Perpustakaan Dalam kaedah ini pengkaji telah menggunakan pelbagai rujukan dari perpustakaan seperti buku majalah dan kertas kerja. Pengkaji telah mendapatkan maklumat melalui buku berjudul Islamiah Aan-Penn Padriyae Valkai Nerighel (Peraturan Cara Hidup Lelaki dan Perempuan dalam Islam) yang ditulis oleh sasterawan India Muslim iaitu Muhammad Ali dalam bahasa Tamil. Pengkaji turut merujuk kepada kertas kerja Halimah Mohd Said dan Zainab Abdul Majid iaitu Felow Penyelidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berjudul Pengaruh Persekitaran ke atas Sistem Nilai Kaum Jawi Peranakan dan kertas kerja Dr. Abdul Munir Ismail yang bertajuk Adat Perkahwinan Masyarakat Jawi Peranakan India Islam Di Pulau Pinang. Turut menjadi rujukan pengkaji buku Feqah Islamiah dalam bab Zawaj (percantuman atau pernikahan) untuk mengetahui tentang definisi perkahwinan dari sudut pandangan Islam Pengkaji turut mendapatkan maklumat secara aktif di laman sosial dengan merujuk laman-laman berkaitan dengan adat perkahwinan kaum India Muslim.

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGANBahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan persepsi kaum India Muslim tentang adat perkahwinan.5.1 DEMOGRAFI RESPONDENJadual 1 menunjukkan pecahan responden dari kalangan kaum India Muslim.

JADUAL 1: LATAR BELAKANG RESPONDENBilButirKategoriBilanganPeratusan (%)

1.JantinaLelaki1343

Perempuan1757

2.Tahun (umur)20 ke bawah517

20-30517

31-40723

41-50826

50 ke atas517

3.StatusBujang1343

Berkahwin1550

Lain-lain27

(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)

RAJAH 1: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)

Berdasarkan rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur responden terhadap kajian persepsi kaum India Muslim terhadap adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 5 orang responden berumur 20 tahun ke bawah dan responden berumur 20 hingga 30 tahun juga seramai 5 orang bersamaan dengan 17 peratus setiap satu. Seterunya, responden yang berumur 31 hingga 40 tahun seramai 7 orang bersamaan 23 peratus. Sementara itu, bagi yang berumur 41 hingga 50 tahun adalah seramai 8 orang responden bersamaan 26 peratus. Akhir sekali, responden berumur 50 ke atas adalah seramai 5 orang dan bersamaan dengan 17 peratus.

RAJAH 2: DEMOGRAFI BERDASARKAN JANTINA

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)Berdasarkan rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina kaum India Muslim yang disoal selidik tentang adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik seramai 13 orang adalah jantina lelaki bersamaan 43 peratus. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 17 orang responden bersamaan 57 peratus.

RAJAH 3: DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN STATUS

(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)

Berdasarkan rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan status kaum India Muslim terhadap persepsi adat perkahwinan. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik seramai 13 orang adalah bujang bersamaan 43 peratus. Seterusnya, responden yang telah berkahwin adalah seramai 15 orang bersamaan 50 peratus. Akhir sekali, responden yang berstatus lain-lain iaitu berpisah, duda atau janda adalah seramai 2 orang bersamaan 7 peratus.

5.2 JADUAL MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 1) Skala SoalanTidak SetujuKurang SetujuSetujuAmat SetujuJumlah

103171030

203121530

36510930

40418830

55116830

Jumlah11266350150

(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)5.2 GRAF MENGENALPASTI ADAT PERKAHWINAN YANG DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 1)(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)5.2.1 ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM DIMULAKAN DENGAN ACARA MEHNDI ( BERINAI)SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju00

Kurang Setuju310

Setuju1757

Amat Setuju1033

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.1 GRAF PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM DIMULAKAN DENGAN ACARA MEHNDI (BERINAI)

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 10 orang responden bersamaan 33% amat setuju bahawa majlis perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara menhdi (berinai). Manakala 17 orang seuju bersamaan 57% , 3 orang bersamaan 10% dan tiada responen yang tidak setuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa majlis perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara mehndi (berinai) iaitu seramai 27 orang (17 orang setuju, 10 orang amat setuju) atau sejumlah 90%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)Hal ini disokong lagi dengan temubual yang dilakukan pengkaji bersama informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa Kemeriahan majlis perkahwinan dalam masyarakat India Muslim sebenarnya bermula pada malam berinai atau dikenali sebagai mehndi. Acara ini menjadi satu kemestian buat pengantin perempuan turut dilangsungkan oleh pengantin lelaki......(Informen A, Temu bual pada 20/02/2015)Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen B (bukan nama sebenar) semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa ...sebelum upacara merenjis dilangsungkan iaitu dengan meletakkan secubit inai di telapak tangan pengantin yang dialas dengan sekeping daun sirih.........Pengantin juga disuapkan sesudu buah delima yang digaul bersama gula sebagai tanda memberi pemanis......(Informen B, Temu bual pada 21/02/2015)Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa majlis perkahwinan masyarakat India Muslim dimulakan dengan acara mehndi (berinai) kerana ia masih relevan diamalkan pada masa kini dan tidak bercanggah dengan kehendak agama. Acara mehndi (berinai) yang dilaksanakan dengan suapan manisan buah delima bersama gula oleh sanak- saudara terdekat.Acara ini sebagai tanda pemberian satu kata-kata manis kepada bakal pengatin daripada keluarga terdekat.5.2.2 ANALISIS PERATUSAN ADAT PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI HANTARAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN KAUM INDIA MUSLIM.SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju00

Kurang Setuju310

Setuju1240

Amat Setuju1550

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.2 GRAF PERATUSAN ADAT PEMBERIAN BUAH-BUAHAN SEBAGAI HANTARAN PERKAHWINAN DALAM KALANGAN KAUM INDIA MUSLIM.(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 15 orang responden bersamaan dengan 50% amat setuju bahawa pemberian buah-buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan satu adat kaum India Muslim. Manakala 12 orang setuju bersamaan 40%, 3 orang kurang setuju dan tiada responden yang tidak bersetuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa pemberian buah-buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan adat perkahwinan kaum India Muslim iaitu seramai 27 orang (15 orang amat setuju, 12 orang setuju) atau sejumlah 90%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini disokong lagi dengan temu bual yang dilakukan pengkaji bersama Informen B (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawaMemang menjadi adat keturunan kaum India Muslim untuk memberikan buah-buahan sebagai hantaran dan amalan ini telah diamalkan sejak berkurun dahulu(Informen B, Temu bual pada 21/02/2015) Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen A (bukan nama sebenar) semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawaHantarannya pula terdiri daripada buah-buahan iaitu sejenis buah untuk setiap dulang....(Informen A, Temu bual pada 20/02/2015) Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa pemberian buah- buahan sebagai hantaran perkahwinan merupakan satu adat kaum India Muslim kerana majoroti majlis perkahwinan kaum ini masih memberikan 7 biji buah kelapa, setandan pisang dan turut memberikan 100 biji telur sebagai hantaran. Hantaran diisi dalam setiap talam perak yang berbeza. Hantaran berbentuk buah-buahan ini adalah suatu simbolik kesuburan. 5.2.3 ANALISIS PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI (KALUNG EMAS) DALAM ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM.SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju620

Kurang Setuju517

Setuju1033

Amat Setuju930

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)5.2.3 GRAF PERATUSAN UPACARA MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG DENGAN MENGALUNGKAN KARSEMANI (KALUNG EMAS) DALAM ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM.(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 9 orang responden bersamaan 30% amat bersetuju bahawa upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan karsemani (rantai emas) merupakan adat dalam perkahwinan kaum India Muslim. Manakala 10 orang setuju bersamaan 33%, 5 orang kurang setuju bersamaan 17% dan 6 orang tidak setuju bersamaan 20%. Majoriti responden setuju bahawa upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan karsemani merupakan adat dalam perkahwinan kaum India Muslim iaitu 19 orang (9 orang amat setuju, 10 orang setuju) atau sejumlah 63%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan pengkaji dengan informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan........upacara membatalkan air sembahyang bermula dengan mengalungkan seutas rantai perkahwinan yang dinamakan karsemani dan dikalungkan oleh ibu pengantin lelaki... (Informen A, Temu bual pada 20/02/2015)Perkara ini turut dinyatakan oleh Informen B (bukan nama sebenar) semasa temu bual bersama pengkaji dan beliau menyatakan bahawa.....pemakaian satu rantai yang dipanggil manik gandum masih dikekalkan wanita yang berkahwin namun ia bukanlah perkara wajib............Rantai ini dipakaikan emak mertua kepada menantu perempuan dan dianggap simbolik bagi wanita yang berumah tangga. (Informen B, Temu bual pada 21/02/2015)Pada pendapat pengkaji majoriti responden bersetuju bahawa upacara membatalkan air sembahyang dengan mengalungkan karsemani (rantai emas) merupakan adat dalam perkahwinan kaum India Muslim kerana ia masih dianggap sebagai simbol seorang wanita itu telah berumah tangga. Acara ini juga bagi menggeratkan hubungan antara menantu perempuan dan ibu mertua.5.2.4 ANALISIS PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL SEBAGAI MENU UTAMA DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM

SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju00

Kurang Setuju413

Setuju1860

Amat Setuju827

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)5.2.4 GRAF PERATUSAN PENYEDIAAN MAKANAN TRADISIONAL SEBAGAI MENU UTAMA DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 8 orang responden bersamaan 27% amat setuju bahawa penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat kaum India Muslim. Manakala 18 orang setuju bersamaan 60%, 4 orang kurang setuju bersamaan 13% dan tiada responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat kaum India Muslim iaitu seramai 26 orang (8 orang amat setuju, 18 orang setuju) atau sejumlah 87%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Pada pendapat pengkaji, majoroti responden bersetuju dengan bahawa penyediaan makanan tradisional semasa majlis perkahwinan merupakan adat kaum India Muslim kerana kebiasaannya pada majlis perkahwinan kaum ini akan dihidangkan manisan payasem sebagai pembuka selera. Payasem merupakan manisan dan salah satu makanan tradisional kaum India Muslim. Payasem adalah gabungan biji sagu, kismis, gajus dan buah pelaga yang dimasak bersama santan. Selain itu, hidangan menu utama adalah nasi briyani, kari kambing atau kurma kambing, tairo (susu masam digaul bersama bawang), acar buah manis dan paccedi. Sebagai buah tangan tetamu akan diberikan manisan yang dipanggil laddu yang dibungkus dengan plastik lutsinar yang berwarna-warni . Tidak dilupakan, untuk golongan tua yang hadir akan disajikan sirih dan pinang bersama kapur . Golongan tua akan menikmati ia sebagai ulam bersama-sama sambil berkongsi berita dan khabar saudara-mara di kampung.

5.2.5 ANALISIS PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM KHUSUS UNTUK KAUM KERABAT.

SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju516.6

Kurang Setuju1136.6

Setuju620

Amat Setuju827

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.2.5 GRAF PERATUSAN UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM KHUSUS UNTUK KAUM KERABAT. (SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 8 orang responden bersamaan 27% amat setuju bahawa undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja. Manakala 6 orang bersamaan 20% setuju, 11 orang bersamaan 36.6% kurang setuju dan 5 orang bersamaan tidak setuju bersamaan 16.6%. Majoriti responden tidak bersetuju bahawa undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja iaitu seramai 16 orang (11 orang kurang setuju, 5 orang tidak setuju) atau sejumlah 53%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif) Pada pendapat pengkaji, majoriti responden tidak bersetuju bahawa undangan majlis perkahwinan kaum India Muslim hanya untuk kaum kerabat sahaja kerana kebanyakan masyarakat kini telah mendapat pendidikan dan berfikiran secara terbuka. Masyarakat kini kebanyakannya telah meluaskan jemputan kepada jiran dan rakan-rakan. Selain itu, minoriti kaum ini yang berkahwin campur turut dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan. Tetamu yang hadir dapat mengeratkan silaturrahim. Jemputan yang meluas dapat mendedahkan kepada jiran, rakan mahupun orang luar tentang adat perkahwinan kaum India Muslim.

5.3 JADUAL PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 2) Skala SoalanTidak SetujuKurang SetujuSetujuAmat SetujuJumlah

101115430

23204330

32217930

417111130

511013630

Jumlah7506033150

(SUMBER : KAJIAN LAPANGAN 2015)5.3 GRAF PERSEPSI KAUM INDIA MUSLIM TENTANG ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DI BANDAR COUNTRY HOMES.(OBJEKTIF 2)

5.3.1 ANALISIS PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT.SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju00

Kurang Setuju1137

Setuju1550

Amat Setuju413

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3.1 GRAF PERATUSAN KAUM INDIA MUSLIM MASIH MENGAMALKAN MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT.(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 4 orang responden bersamaan 13% amat setuju bahawa kaum India Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat. Manakala 15 orang setuju bersamaan 50%, 11 orang kurang setuju bersamaan 37% dan tiada responden yang tidak setuju dengan penyataan ini. Majoriti responden setuju bahawa kaum India Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat iaitu seramai 19 orang (4 orang amat setuju, 15 orang setuju) atau sejumlah 63%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini turut dinyatakan oleh informen A (bukan nama sebenar) semasa temubual dengan pengkaji dan beliau menyatakan......Hampir semua majlis perkahwinan kaum India Muslim dijalankan mengikut adat(Informen A, Temu bual 20/02/2015)Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa kaum India Muslim masih mengamalkan majlis perkahwinan mengikut adat kerana golongan tua telah mendidik generasi muda suatu masa dahulu untuk menjalani kehidupan mengikut adat. Generasi muda kini yang menjalankan majlis perkahwinan mengikut adat merupakan satu dorongan dari generasi terdahulu. Selain itu, generasi kini masih mengamalkan adat kerana tidak bertentangan dengan agama. Adat seperti upacara sambut pengantin baru dilakukan dengan pengantin perempuan dan pengantin lelaki akan berebut sesuatu barang yang diletakkan dalam bekas berisi kadelai (sejenis kekacang), kemudian pihak yang menang akan menyerang pihak yang kalah dengan membaling kadelai tersebut. Di samping itu, adat madi erreke dilakukan oleh ibu mertua untuk menyambut menantu baru. Upacara ini dilakukan oleh ibu mertua dengan menghulurkan beras dihujung seledang menantu untuk diletakkan dalam sebuah bekas sebanyak tiga kali. Adat ini bertujuan untuk menyambut menantu baru supaya dimurahkan rezeki dan membawa kebahagian keatas rumah tangga tersebut. Adat-adat ini masih diamalkan kerana ia memberi impak yang positif kepada generasi demi generasi.5.3.2 ANALISIS PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DIAMALKAN SEPENUHNYA TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN.SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju310

Kurang Setuju2067

Setuju413

Amat Setuju310

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)5.3.2 GRAF PERATUSAN MAJLIS PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DIAMALKAN SEPENUHNYA TANPA UNSUR ADAT KAUM LAIN.(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 3 orang responden bersamaan 10% amat setuju bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum lain. Manakala 4 orang setuju bersamaan 13%, 20 kurang setuju bersamaan 67% dan 3 orang tidak setuju bersamaan 10%. Majoriti responden tidak bersetuju bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum lain iaitu 23 orang (20 kurang setuju, 3 orang tidak setuju) atau sejumlah 77%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini turut dinyatakan oleh informen A (bukan nama sebenar) semasa temu bual dengan pengkaji dan beliau menyatakan bahawa ........terdapat beberapa adat yang tiada dalam adat (kaum India Muslim) tetapi masih tidak melanggar hukum agama dijalankan.Emm....seperti paluan kompang mengiringi pasangan pengantin ke pelamin(Informen A,Temu bual 20/02/2015)Walau bagaimanapun terdapat responden yang tidak bersetuju bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum seperti yang dinyatakan oleh responden B (bukan nama sebenar) sewaktu pengkaji mengadakan temubual bersama beliau.Berdasarkan pandangan saya, keunikan adat majlis perkahwinan kaum ini masih kekal...Seperti tetamu yang hadir akan memberi penghormatan kepada penggantin dengan menjamu selera selepas mempelai berarak untuk makan beradab diikuti bacaan doa kesyukuran dan barulah pengantin dan tetamu dijemput makan.(Informen B, Temu bual 21/02/2015)

Pada pendapat pengkaji, majoriti responden tidak bersetuju bahawa majlis perkahwinan kaum India Muslim diamalkan tanpa unsur adat kaum kerana adat kaum India Muslim masih diamalkan namun terdapat beberapa pengadaptasian terhadap pelaksanaan majlis perkahwinan mengikut adat. Majlis perkahwinan kaum India Muslim diselingkan dengan paluan kompang yang merupakan adat kaum lain semasa mengiringi pasangan pengantin ke pelamin. Selain itu, zaman modenisasi kini kebanyakan pengantin mengenakan pakaian semasa resepsi perkahwinan mengikut fesyen dan citarasa tersendiri berbanding sebelumnya majlis perkahwinan dilangsungkan dengan pengantin berpakaian tradisional dari negara India seperti sari sutera dan pakaian punjabi yang seledangnya lebih panjang iaitu berukuran dua meter setengah yang disulam labuci yang sarat dan ditenun dengan benang sutera untuk menutupi kepala.

5.3.3 ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM.SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju27

Kurang Setuju27

Setuju1756

Amat Setuju930

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3.3 GRAF PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA KAUM.(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 9 orang responden bersamaan 30% amat bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum. Manakala 17 orang setuju bersamaan 56%, 2 orang kurang setuju bersamaan 7% dan 2 orang tidak setuju bersamaan 7%. Majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum iaitu seramai 26 (9 orang amat setuju, 17 orang setuju) atau sejumlah 86%. (Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Pada pendapat saya, majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum kerana jamuan makan majlis perkahwinan dilangsungkan serentak bagi kedua-dua belah pihak dalam satu majlis. Jemputan yang hadir merangkumi semua saudara-mara sebelah pengantin lelaki dan sebelah pengantin perempuan. Tetamu yang hadir adalah dari kampung asal (India) yang berbeza . Majlis ini membuktikan persaudaraan tanpa batasan yang saling kenal mengenali kampung masing-masing. Adat ini memberi impak yang baik dan mengeratkan hubungan sesama kaum India Muslim.

5.3.4 ANALISIS PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM INDIA MUSLIM.SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju13

Kurang Setuju723

Setuju1137

Amat Setuju1137

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3.4 GRAF PERATUSAN KEMAMPUAN GENERASI AKAN DATANG MENGAMALKAN PERKAHWINAN MENGIKUT ADAT KAUM INDIA MUSLIM.(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 11 orang responden bersamaan 37% amat setuju dengan kemampuan generasi akan datang mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India Muslim. Manakala 11 orang setuju bersamaan 37%, 7 orang kurang setuju bersamaan 23% dan seorang responden tidak setuju bersamaan 3%. Majoriti responden bersetuju dengan kemampuan generasi akan datang mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India Muslim iaitu seramai 22 orang (11 amat setuju, 11 setuju) atau sejumlah 74%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Pada pendapat pengkaji, majoriti responden bersetuju bahawa generasi akan datang mampu mengamalkan perkahwinan mengikut adat kaum India Muslim kerana golongan tua telah mendidik generasi muda untuk menjalani kehidupan mengikut adat. Generasi muda kini mengamati majlis perkahwinan mengikut adat yang dilaksanakan sebagai pendorong dalam meneruskan tradisi ini pada masa akan datang. Generasi akan datang pasti akan membawa walaupun sedikit adat dan tradisi ini untuk mengekalkan keunikan yang ada pada bangsa sendiri.

5.3.5 ANALISIS PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT.SkalaBilanganPeratusan (%)

Tidak Setuju13

Kurang Setuju1034

Setuju1343

Amat Setuju620

(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

5.3.5 GRAF PERATUSAN ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA MUSLIM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN SESAMA SAUDARA TERDEKAT.(SUMBER: KAJIAN LAPANGAN 2015)

Seramai 6 orang responden bersamaan 20% amat setuju bahawa adat kaum India Muslim menggalakkan perkahwinan sesama saudara terdekat. Manakala 13 orang bersamaan 20% setuju, 10 orang bersamaan 43% kurang setuju dan seorang responden bersamaan 3% tidak bersetuju. Majoriti responden setuju bahawa adat kaum India Muslim menggalakkan perkahwinan sesama saudara terdekat iaitu seramai 19 orang (6 orang amat setuju, 13 orang setuju) atau sejumlah 63%.(Perbincangan Dapatan secara Kuantitatif)

Hal ini disokong dengan temubual yang dilakukan pengkaji bersama informen A (bukan nama sebenar) dan beliau menyatakan bahawa....................kami akan berkahwin sesama saudara dan ia menjadi adat resam yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat India Muslim(Informen A, Temu bual pada 20/2/2015)

Pada pendapat saya, majoriti responden bersetuju bahawa adat perkahwinan India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum kerana kaum India Muslim merupakan golongan minoriti maka bagi mengekalkan pembentukan generasi kaum India Muslim akan datang adat kaum ini mengalakkan perkahwinan sesama kaum sendiri. Pengamalan adat ini bagi mengelakkan kaum ini hilang ditelan zaman.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULANBerdasarkan keseluruhan, tajuk kajian yang telah dijalankan ialah persepsi adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Adat ini harus dikekalkan dari generasi ke generasi yang lain. Justeru itu, pengaruh golongan yang lebih tua haruslah memainkan peranan dalam mendidik generasi akan datang supaya hidup berlandaskan suatu ikutan atau peraturan iaitu adat yang tidak bercanggah dengan agama Islam. Kajian ini mengemukakan data bagi memenuhi objektif kajian.Hasil kajian yang didapati adalah melalui kaedah soal selidik dan temu bual.Borang soal selidik yang diedarkan merangkumi dua bahagian iaitu bahagian pertama tentang latar belakang responden dan bahagian kedua tentang keputusan responden terhadap kajian . Dapatan kajian tentang latar belakang responden kajian lapangan mengikut jantina kebanyakannya perempuan (57%), lingkungan umur antara 41-50 (26%) dan daripada golongan berkahwin (50%). Bahagian kedua borang tentang keputusan responden terbahagi kepada keputusan objektif pertama dan objektif kedua. Objektif pertama ialah mengenal pasti adat perkahwinan yang diamalkan oleh kaum India Muslim di Bandar Country Homes.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati acara mehndi (berinai) masih diamalkan dalam masyarakat India Muslim (80%), pemberian buah-buahan sebagai adat masih diteruskan oleh masyarakat India Muslim (90%), pembatalan air sembahyang dengan karsemani masih relevan dalam masyarakat India Muslim (66%), penyediaan makanan tradisional dalam majlis perkahwinan masih diamalkan oleh masyarakat India Muslim (87%) dan undangan majlis pekahwinan tidak dikhususkan kepada kaum kerabat dalam masyarakat India Muslim (53%)Objektif kedua pula ialah mengkaji persepsi tentang adat perkahwinan kaum India Muslim di Bandar Country Homes. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati kaum India Muslim masih mengamalkan perkahwinan mengikut adat (63%), majlis perkahwinan dijalankan mempunyai unsur adat kaum lain (77%), perkahwinan kaum India Muslim dapat mengeratkan hubungan sesama kaum sendiri (54%) dan perkahwinan kaum India Muslim mengalakan perkahwinan sesama saudara terdekat ( 63%).Secara umumnya, perkahwinan adalah suatu ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Adat perkahwinan adalah sebahagian dari hal pernikahan di sisi agama diantara lelaki dan perempuan supaya terakru sebagai suami dan isteri .(http://myservik.gov.my/). Disamping itu perkahwinan juga yang mampu melahirkan generasi yang akan meneruskan adat. Perkahwinan dilangsungkan bersulam pelbagai adat, ini adalah bagi memastikan keunikan yang ada pada kaum ini dapat dikekalkan.Justeru itu, kajian pengkaji adalah mencakupi Dasar Kebudayaan Kebangsaan, yang memenuhi objektif pengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan, memelihara keperibadian kebangsaan dan peningkatkan kualiti hidup kehidupan rakyat Malaysia. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa . Melalui kajian ini objektif dasar ini dapat dicapai melalui proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur kebudayaan.( http://pmr.penerangan.gov.my/)Kajian ini juga dijalankan berteraskan kepada objektif rukun negara. Objektif pertama rukun negara adalah untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran dapat dinikmati bersama-sama.Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan antara kaum , perlaksanaan objektif rukun negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. Seterusnya objektif rukun negara yang kedua ialah untuk memelihara cara hidup demokratik melalui pelembagaan negara yang menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini selagi tidak melanggar undang-undang negara. Pendedahan tentang adat kaum-kaum di Malaysia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup mengikut kebebasan masing-masing.

Disamping itu, kajian ini juga berhubung kait dengan objektif rukun negara yang ketiga iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat melalui sikap masyarakat yang menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Pembentukan sebuah negara yang utuh memerlukan rakyat yang bersatu hati, maka dengan menjaga perpaduan sesama kaum negara dapat menuju ke arah perkembangan yang lebih maju. Perpaduan dapat dieratkan dengan menyantuni adat kaum masing-masing tanpa mempersoalkannya. Objektif keempat rukun negara juga menjadi asas kajian ini iaitu untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang dilaksanakan dengan membentuk masyarakat negara ini yang bebas mengamalkan agama, adat resam, dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. (http://www.jpnin.gov.my/). Kaum di Malaysia adalah bebas mengamalkan dan menjalankan adat masing-masing tanpa menwujudkan soal perkauman antara kaum lain.Ini dapat menjamin kebebasan beragama dapat dikekalkan.Pengkaji memerhatikan bahawa keunikan adat harus dikekalkan dengan memantapkan perlaksanaan cabaran ke-5 Wawasan 2020 iaitu melalui menyelesaian isu utamanya dalam Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia. Isu ini mengupas tentang pembentukan satu negara bangsa adalah prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyat yang mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.Pengkaji yang ingin membuat kajian dicadangkan untuk mengkaji keberhasilan perlaksanaan cabaran ke 5 Wawasan 2020 yang dicadangkan dan dijalankan untuk mengekalkan kebebasan mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing dan membawa kepada kemajuan negara.

Pengetahuan am tentang pengamalan adat dan tujuan adat tersebut dijalankan dapat membantu dalam mengenali adat perkahwinan kaum India Muslim dengan lebih dekat. Rentetan itu, kajian lanjutan bagi mengenal pasti adat resam yang diamalkan oleh kaum India Muslim boleh dijalankan dengan mengkaji kesan dari pengamalan adat dan diluaskan skop kajian kepada pengamalan adat yang berbeza. Tambahan dari itu, rentetan kajian boleh dilakukan dengan menambahkan bilangan responden bersesuaian dengan kawasan kajian. Responden yang ramai dapat membantu dalam menganalisis tentang sesuatu adat dengan lebih mendalam

Akhir sekali, pengkaji berasa bahawa pengenalpastian tentang adat perkahwinan kaum India Muslim bukan sahaja sekadar mengetahui perlaksanaan adat tersebut namun ia juga memberi kesan kepada generasi akan datang untuk memeliharanya. Walaupun perlaksanaan adat tidak membawa kesan secara langsung kepada negara, namun melalui pendedahan dan perlaksanaan adat ini kepada komuniti setempat, masyarakat akan lebih memahami . Komuniti setempat dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan saling memahami. Maka negara akan dapat mencapai perpaduan dan kebanggaan di mata dunia. Oleh itu, masyarakat Malaysia haruslah peka dengan kebudayaan dan adat resam bangsa-bangsa di Malaysia supaya lebih menghormati dan memahami sesama komuniti.

3