pbs bm

6
Kemahir an Bertutur Band 1 Pernyat aan Standar d Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis. Deskrip tor B1 DL1 Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah. Evidens B1 DL1 E1 Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah difahami. Aktivit i pentaks iran Gambar Langkah-langkah pentaksiran: 1. Murid meneliti gambar tentang 2. Murid disoal berkaitan dengan isu semasa. 3. Murid secara berpasangan bersoal jawab berkaitan isu. Contoh Item Kad Inventori.

Upload: norlizawati-berahim

Post on 16-Apr-2015

40 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

EVIDENS

TRANSCRIPT

Page 1: PBS BM

Kemahiran BertuturBand 1Pernyataan Standard

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Deskriptor B1 DL1Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah.

Evidens B1 DL1 E1Berbual tentang isu semasa dengan ayat yang mudah difahami.

Aktiviti pentaksiran

Gambar

Langkah-langkah pentaksiran:

1. Murid meneliti gambar tentang2. Murid disoal berkaitan dengan isu semasa.3. Murid secara berpasangan bersoal jawab berkaitan isu.

Contoh Item

Kad Inventori.

Bil. Soalan Ya / Tidak1. Murid memberi respons berkaitan gambar2. Murid dapat memberikan:

Dua sebab berlaku remaja suka merempit dengan ayat yang mudah.

3. Murid dapat menyatakan:Dua kesan merempit dengan ayat yang mudah.

Page 2: PBS BM

Kemahiran MembacaBand 1Pernyataan Standard Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.Deskriptor B1DB1

Membaca perenggan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.Evidens B1DB1E1

Membaca ayat dalam perenggan daripada sesuatu sumber dengan sebutan dan intonasi yang sesuai

Aktiviti Pentaksiran Petikan Cerita Keldai dengan Serigala

Langkah pentaksiran:

1. Murid membaca petikan secara senyap.2. Lima orang murid dipilih membaca petikan cerita keldai

dengan serigala dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

Contoh Item Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati.‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparan sedang menuju ke arahnya.“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu berjaya mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu. Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah seringala.“Apakah yang sedang berlaku? Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja ternampak aku?’’tanya serigala yang kehairanan. Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku. Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’ Kata keldai dengan berani.‘’Betul juga cakap kamu. Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala. ’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah. Kan lebih seronok kita main kejar-kejar. Kalau aku berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu.’’‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’Tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu. Bolehkah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakang aku.’’ ‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala. Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala. Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat. ‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya. Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk. Hidungnya

Page 3: PBS BM

berdarah dan beberapa batang giginya patah. Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.’’Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.

Kad Inventori:

Bil. Soalan Ya/Tidak

1 Murid menyebut perkataan dengan betul.

2 Sebutan murid tidak dipengaruhi dialek/loghat.

3 Murid menggunakan sebutan baku.

4 Murid menyebut perkataan dengan jelas.

5 Murid membaca ayat dengan menggunakan intonasi yang sesuai

6 Murid membaca dengan lancar.

Page 4: PBS BM

Kemahiran MenulisBand 1Pernyataan Standard

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Deskriptor B1 DT1Menulis ayat yang lengkap.

Evidens B1 DT1 E1Menulis ayat-ayat yang mengandungi subjek dan predikat.

Aktiviti pentaksiran

Kad Imbasan

Langkah-langkah pentaksiran:

1. Murid meneliti gambar.2. Murid diminta membina 4 ayat yang mengandungi subjek dan predikat yang mudah.3. Setiap ayat haruslah mengandungi:

i. FN + FNii. FN + FK

iii. FN + FSiv. FN + FA

Contoh Item

Contoh jawapan:i. FN +FN

Ayah saya + seorang doktor.

Page 5: PBS BM

ii. FN + FK Adik suka + makan pisang.

iii. FN + FSSaya belajar + di SMK Bandar Baru Sultan Sulaiman.

iv. FN + FABola itu + bulat.