pbs bm penggal 3 - (variasi bahasa) dialek utara vs bahasa melayu baku

25
KAJIAN TERHADAP PERBANDINGAN ANTARA DIALEK UTARA YANG DIAPLIKASIKAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI DENGAN BAHASA MELAYU BAKU NAMA AHLI KUMPULAN : 1. MUHAMAD SHAFIQ BIN ZAKARIA 2. NUR ADILAH BINTI HARUN 3. NURHIDAYU BINTI OTHMAN 4. HIDAYATUN NAJWA BINTI ABDUL KHALIQ

Upload: malaysia

Post on 15-May-2015

3.733 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

AHLI KUMPULAN 1. SHAFIQ ZAKARIA 2. ADILAH HARUN 3. HIDAYATUN NAJWA 4. DAYU OTHMAN

TRANSCRIPT

Page 1: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

KAJIAN TERHADAP PERBANDINGAN ANTARA DIALEK UTARA YANG DIAPLIKASIKAN DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI DENGAN BAHASA MELAYU BAKU

NAMA AHLI KUMPULAN :1. MUHAMAD SHAFIQ BIN ZAKARIA

2. NUR ADILAH BINTI HARUN3. NURHIDAYU BINTI OTHMAN

4. HIDAYATUN NAJWA BINTI ABDUL KHALIQ

Page 2: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

1.0 PENGENALAN

LATAR BELAKANG• Variasi bahasa jenis dialek Utara yang

diaplikasikan oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.

• ciri-ciri dialek Utara jelas perbezaannya dengan bahasa Melayu Baku dari aspek perubahan perkataan serta perbezaan dari aspek ayat tanya.

• perbezaan yang melibatkan beberapa aspek antaranya, sebutan vokal dan konsonan yang ada dalam bahasa tersebut.

Page 3: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Sharifah Nor S.A Rahiman

dan D. Khatirasan

• Variasi bahasa ialah

perbezaan bentuk-bentuk

bahasa yang digunakan

bagi maksud yang sama

berdasarkan situasi

tertentu.

DEFINISI KONSEP

Page 4: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Sulaiman Masri M.A (1988) • Bahasa Melayu Baku adalah

bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan,

tatabahasa (nahu), perkataan, ayat, tanda baca

dan laras penggunaan.

Ismail bin Dahaman et al (1997)

• Dalam sistem dialek Utara beberapa fonem konsonan dalam bahasa Melayu Baku

dilafazkan dengan nilai bunyi yang berbeza.

Page 5: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Objektif kajian ini adalah untuk :

a) Menghuraikan takrif dialek serta jenis dialek yang dikaji.

b) Membandingkan sebutan sesuatu bunyi mengikut sebutan bahasa Melayu Baku dengan sebutan dialek Utara berdasarkan kehadirannya dalam perkataan yang dikenal pasti dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti.

c) Mengkaji perbezaan bentuk ayat tanya berdasarkan golongan kata bagi dialek Utara dan Bahasa Baku yang dikenal pasti dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Page 6: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

a) Untuk meninjau dan mendokumentasikan ruang lingkup,

definisi, dan ciri-ciri bahasa atau dialek Utara .

b) Bagi menyediakan bahan rujukan atau profil lengkap berkaitan dialek

Utara sebagai rujukan atau santapan pengkaji akan datang.

c) Untuk menambah bahan kajian ilmiah berkaitan variasi bahasa

terutamanya kepelbagaian dialek di Malaysia yang kurang diberi perhatian.

Page 7: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

4.0 SKOP KAJIAN

Variasi bahasa yang difokuskan ialah dialek Utara Pulau Pinang yang wujud akibat adanya perbezaan faktor geografi dan sosial.

Aspek yang diberi tumpuan ialah takrifan terhadap dialek secara umum dan jenis dialek yang dikaji dan bahasa Melayu baku.

Pengkaji turut menjerumus kepada sebutan perkataan yang disebut dalam dialek Utara dan berbezaannya dengan bahasa Melayu baku.

Pengkaji turut membezakan penggunaan ayat tanya yang diaplikasi dalam dialek Utara dengan bahasa Melayu baku.

Page 8: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

5.0 BATASAN KAJIAN

• Menfokuskan penggunaan bahasa atau loghat Utara yang dituturkan oleh warga SMK Penanti, Pulau

Pinang sahaja• Bukan hanya memberi keutamaan kepada dialek Utara Pulau Pinang

tetapi merangkumi dialek Perlis dan Kedah.

• Sumber bertulis dan pemerhatian.

Page 9: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

6.0 KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah kepustakaan• bahan-bahan literatur seperti buku-buku

ilmiah, jurnal, dan kamus dialek.• proses yang utama, iaitu membanding dan

membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis.

2. Melayari internet• Wikipedia, Blogspot, Scribd, Google dan

Wordpress. • Bagi medapat maklumat tambahan serta

kajian ilmiah atau penulisan teisis terdahulu.3. Kajian dialog dan pemerhatian.• mendengar perbualan sambil mencatat

perkataan yang berbeza dengan bahasa baku.

Page 10: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata, dan tatabahasa. Biasanya dialek hanya diguna pakai dalam situasi tidak rasmi.

dialek

7.0 DAPATAN KAJIAN

definisi

Page 11: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Ciri-ciri

Tatabahasa tidak mengikut peraturan

Mempunyai

imbuhan tertentu

Sebutan sesuatu perkataan berbeza

mengikut ejaan

Sistem sapaan

dan panggil

an yang

tersendiri

Page 12: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Pengguguran konsonan ‘r’. Pengguguran konsonan ‘s’ dan penggantian vokal ‘i’. Pengguguran keseluruhan perkataan. Perbezaan: a) Kata ganti nama diri b) Kata ganti nama tunjuk

Perbandingan sebutan sesuatu bunyi mengikut sebutan bahasa Melayu Baku dengan sebutan

dialek Utara yang dikenal pasti di SMK

Penanti

Page 13: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Perkataan Sebutan Baku Sebutan Dialek

Leher Lehiaq

Orang Oghang

Biar Biaq

Tarik Taghik

Perkataan yang diakhiri dengan konsonan ‘r’ akan digantikan dengan fonem ‘q’ ’aq’ atau ‘gh’ dalam dialek Utara.

Di samping itu, terdapat juga vokal ‘a’ yang ditambah di dalam perkataan yang mengalami pengguguran konsonan ‘r’tersebut.

Pengguguran konsonan ‘r’

Page 14: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

konsonan ‘s’ dan penggantian vokal ‘I’

- Segi sebutan konsonan ‘s’ di dalam bahasa Melayu Baku digantikan

dengan konsonan ‘h’ dalam sebutan dialek Utara.

- Selain itu, wujud penggantian vokal ‘i’ selepas vokal ‘a’ dalam dialek

Utara. Perkataan-Sebutan Baku Sebutan Dialek

Habis Habeh

Tulis Tuleh

Pedas Pedaih

mampus Mampuih

Page 15: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Pengguguran keseluruhan perkataan

Dalam dialek utara terdapat juga perbezaan dari segi pengguguran keseluruhan perkataan dengan bahasa melayu Baku.Perkataan-Sebutan

BakuSebutan Dialek Maksud

Cawan Kole Bekas minuman

Miang Menghela Sikap tidak sopan

Bukan Dak aih Menafikan

Bersedia Pejegha Bersiap sedia

Sebentar Sat Sementara

Page 16: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Perbezaan kata ganti nama

a)Kata ganti nama diri – terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan kata ganti nama diri antara dialek Utara dengan bahasa Melayu Baku.

Perkataan-Sebutan Baku Sebutan Dialek

Saya Aku

Mereka Depa

Kamu semua Hangpa/Hampa

Ibu Mak

Page 17: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

b) Kata ganti nama tunjuk- terdapat juga perbezaan dari segi kata ganti nama tunjuk antara dialek Utara dengan bahasa Melayu Baku.

Perkataan-Sebutan Baku

Sebutan Dialek

Sana Tangnu/tangtu/kat sana

Sini Tangni/kat sini

Page 18: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Ayat Tanya ‘kenapa’

Sebagai contoh kata soal 'pasai pa' atau ‘awat’ membawa maksud 'kenapa' .

Hang nak buat benda ni pasai pa ? Kenapa kamu mahu melakukan perkara ini ? Pasai pa hang lewat mai sekolah ari ni ? Kenapa kamu lewat datang sekolah hari ini ? Awat hang tak hantaq buku aku semalam ? Kenapa awak tidak hantar buku saya semalam ?

Page 19: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Ayat Tanya ‘bagaimana’

Kata soal yang mempunyai makna yang sama dengan bagaimana iaitu ‘lagu mana’ juga menunjukkan dua kedudukan yang berbeza.

Lagu mana hang nak pi sana? Bagaimana kamu hendak pergi ke sana?

Hang nak makan lagu mana?

Bagaimana kamu hendak makan?

Page 20: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Ayat Tanya ‘mana’

Kata soal mana dalam dialek Utara ini akan kekal dengan perkataan mana tetapi mempunyai sedikit kelainan dalam cara penggunaannya.

Hang mai dari mana? Dari mana kamu datang?

Mana hang tau? Dari mana kamu tahu?

Hang asai mana? Dari mana kamu berasal?

Page 21: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

Ayat Tanya ‘siapa’

Kata soal siapa yang disebut dengan ‘sapa’.

Hang anak sapa? Kamu anak siapa?

Hang ni mai dengan sapa dia? Dengan siapa anak datang ke sini?

Hang nak pi umah sapa dia? Kamu hendak pergi ke rumah siapa?

Page 22: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

8.0 RUMUSAN

Dialek yang digunakan di SMK Penanti tidak tertumpu pada dialek Pulau Pinang sahaja malah

turut merangkumi dialek Perlis dan Kedah.

Dari segi perbandingan antara dialek Utara dan bahasa Melayu Baku dapat dibuktikan bahawa wujud perbezaan dari segi sebutan konsonan

dalam perkataan yang digunakan.. terdapat juga perkataan yang dituturkan berbeza

sepenuhnya dari bahasa Melayu Baku sebagai contoh perkataan ‘sebentar’ dalam bahasa Melayu Baku telah ditukarkan sepenuhnya

menjadi ‘sat’.

Page 23: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

dialek Utara juga mempunyai sebutan Kata Ganti Nama yang tersendiri yang telah dikenal pasti di

kawasan kajian. Antaranya ialah ‘hang’ yang merujuk kepada kamu/awak.

kajian yang dijalankan ini juga mendapati kata Tanya dalam dialek Utara boleh berada di bahagian depan, tengah dan hujung ayat

bebanding dengan kata Tanya dalam ayat Tanya bahasa Melayu Baku.

Page 24: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

9.0 PENUTUP

dialek yang dituturkan di SMK Penanti

merupakan satu variasi bahasa yang unik.

setiap dialek mempunyai keunikan yang tersendiri dan

dialek juga merupakan satu disiplin bahasa yang menarik untuk

dikaji.

Page 25: PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU

SEKIAN