pbs pa.docx

27
MASALAH SOSIAL (MEREMPIT) Definisi Rempit Rempit ialah sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya sama ada membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar). Masalah sosial seperti aktiviti pelumba haram adalah penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan sesuatu isu yang baru memandangkan gejala ini wujud sekian lamanya dijalan raya di negara kita. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia pada masa sekarang. Minah rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit. Punca-punca merempit Sama ada kita sedar atau tidak masalah remaja merempit ini sebenarnya berpunca dari pelbagai masalah tidak kira dalaman mahupun luaran remaja itu sendiri.Malah kajian menunjukkan bahawa 87 peratus mat rempit adalah dari golongan remaja yang berusia 14 tahun hingga 25 tahun,ini adalah berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama pusat pengajian psikologi dan pembangunan Malaysia.Bosan adalah faktor utama mengapa mereka melakukan kegiatan sedemikian dan ia menunjukkan peratusan sebanyak 48.1 peratus.Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi.Pelakuan dan masalah merempit ini adalah melibatkan pengguna jalan raya yang lain malah ia lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Punca lain yang menyebabkan wujudnya masalah merempit ini adalah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan remaja.Seperti yang kita semua maklum para remaja adalah golongan yang paling berisiko dan mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif.Oleh disebabkan desakan dan

Upload: syazana-safuan

Post on 26-Sep-2015

66 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

MASALAH SOSIAL (MEREMPIT)Definisi RempitRempit ialah sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya sama ada membahayakan dirinya sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).

Masalah sosial seperti aktiviti pelumba haram adalah penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai mat rempit bukanlah merupakan sesuatu isu yang baru memandangkan gejala ini wujud sekian lamanya dijalan raya di negara kita. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia pada masa sekarang. Minah rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.

Punca-punca merempitSama ada kita sedar atau tidak masalah remaja merempit ini sebenarnya berpunca dari pelbagai masalah tidak kira dalaman mahupun luaran remaja itu sendiri.Malah kajian menunjukkan bahawa 87 peratus mat rempit adalah dari golongan remaja yang berusia 14 tahun hingga 25 tahun,ini adalah berdasarkan kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama pusat pengajian psikologi dan pembangunan Malaysia.Bosan adalah faktor utama mengapa mereka melakukan kegiatan sedemikian dan ia menunjukkan peratusan sebanyak 48.1 peratus.Golongan remaja ini juga memberi tanggapan bahawa mereka dapat menghilangkan rasa bosan dengan melakukan aktiviti merempit ini dan mampu untuk menggunakan masa lapang ini dengan aktiviti merempit tanpa memikirkan kesan yang akan mereka hadapi.Pelakuan dan masalah merempit ini adalah melibatkan pengguna jalan raya yang lain malah ia lebih membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Punca lain yang menyebabkan wujudnya masalah merempit ini adalah perasaan ingin tahu dan ingin mencuba dalam kalangan remaja.Seperti yang kita semua maklum para remaja adalah golongan yang paling berisiko dan mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif.Oleh disebabkan desakan dan perasaan remaja yang suka memcuba dan tidak takut menghadapi risiko yang bakal mereka tempohi,para remaja sanggup dan berani melakukan apa sahaja malah mereka tidak memikirkan pelbagai kesan buruk yang akan timbul disebabkan oleh sikap mereka ini.Perasaan ingin mencuba ini akan menghalang fikiran waras para remaja untuk memikirkan kebaikan dan keburukan yang akan dialaminya sekiranya mereka terlibat dengan aktiviti merempit ini malahan mereka mudah seronok apabila melakukan aksi-aksi merempit.Media massa juga boleh mempengaruhi para remaja untuk melakukan aksi berbahaya contohnya wujudnya filem-filem aksi seperti rempit,bohsia dan samseng jalanan yang mana para remaja cuba untuk melakukan aksi-aksi seperti didalam filem tersebut.Kerana wujudnya perasaan ingin tahu dalam diri remaja inilah yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan aksi yang dipaparkan di media massa.

Selain itu juga remaja terpengaruh dengan rakan-rakan juga dapat dikenal pasti kenapa berlakunya masalah rempit.Remaja selalunya mempunyai sikap yang mana akan mengikut sahaja sikap dan tingkahlaku rakan-rakan sebaya mereka,contohnya remaja yang berkawan dengan golongan mat rempit maka mereka juga akan melakukan aktiviti merempit ini kerana mereka akan dianggap ketinggalan kerana tidak melakukan aktiviti yang sama seperti rakan-rakan yang lain.Para remaja juga mudah untuk meniru apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka dan jika mereka memilih untuk meniru aksi rakan-rakan mereka untuk merempit ini mereka tidak memikirkan bahawa perkara tersebut adalah salah dan ia menganggap perkara itu betul ekoran rakan-rakannya melakukan aktiviti sedemikian.

Punca yang menyebabkan berlakunya gejala rempit ini juga adalah kerana gaya hidup dan taraf pendidikan remaja itu sendiri.Kebanyakkan remaja yang terlibat dengan lumba haram ini adalah dari golongan yang berpendidikan rendah malah pemikiran mereka juga sempit ini kerana kita dapat lihat dengan jelas risiko yang mereka hadapi jika mereka melakukan kegiatan merempit ini.Mereka tidak memikirkan bahawa terlalu banyak kesan negatif yang akan mereka perolehi disamping itu juga mereka akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.Remaja yang terlibat ini juga adalah golongan remaja dibawah umur dimana mereka masih lagi memerlukan bimbingan dan pengawasan dari ibubapa mereka.Selalunya juga mereka yang terlibat ini adalah masih diperingkat sekolah menengah.

Antara punca lain yang menyebabkan berlakunya gejala ini ialah kurangnya pengawasan dari ibubapa dan ibubapa itu sendiri tidak mengambil cakna tentang aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka.Malah anak-anak yang bersekolah ini diberi motosikal oleh ibubapa mereka untuk kegunaan untuk kesekolah sebaliknya anak-anak mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti merempit dimalam hari dan ibubapa mereka tidak mengetahui apa yang telah anak mereka lakukan pada sebelah malam.Ibubapa pulla tidak mempersoalkan kemana anak mereka pergi dan aktiviti yang anak-anak mereka lakukan tanpa pengetahuan mereka.

Statistik RempitRemaja merempit untuk mencari keseronggang danLangkah-langkah pencegahan

Aksi mat rempit yang merajai jalan raya dengan aksi berbahaya terus menghantui orang ramai. Pelbagai persoalan di minda masyarakat. Antaranya termasuklah adakah gejala yang semakin menjengah ke kawasan kampung ini sukar dihapuskan sebagaimana sukarnya pihak berkuasa menangani gejala penagihan dadah? Andaian ini tidak boleh dipandang mudah kerana selepas pelbagai usaha dilakukan, isu mat rempit tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan berakhir. Sebaliknya, isu ini semakin berleluasa sehingga melibatkan jenayah yang lebih berat terutamanya kes ragut, rogol, dan samun secara berkumpulan.Oleh itu, suatu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu diambil untuk mengekang gejala yang menjadi ancaman serius kepada keselamatan awam ini. Akta Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus dipinda untuk diberi kuasa menahan mat rempit. Pindaan tersebut wajar dilaksanakan segera bagi membolehkan hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap samseng jalanan. Golongan itu juga semakin berani memperlekeh undang-undang dan mencabar pihak berkuasa, termasuk cubaan merempuh sekatan jalan raya. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas. Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Bagaimanapun hukuman itu hanya untuk remaja yang berumur atas 18 tahun manakala yang berumur bawah 18 tahun, mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-kanak.

Golongan ini harus diperangi habis-habisan dengan melipatgandakan usaha menambah bilangan anggota peguat kuasa. Dengan itu, operasi pembanterasan secara besar-besaran seharusnya dilakukan secara konsisten dan bukan hanya suatu langkah pencegahan bermusim. Kebiasannya sekatan jalan raya hanya dilakukan ketika hujung minggu sahaja. Namun, gejala rempit sekarang tidak hanya bertumpu kepada hari minggu sahaja, malahan pada hari-hari lain juga. Gejala ini harus ditangani oleh sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk oleh kerajaan supaya tampak kesungguhan pihak berkuasa untuk tidak bertolak ansur dalam hal keselamatan awam. Ketegasan pihak berkuasa ini sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun dalam kalangan mat rempit untuk menguasai jalan raya atau berhimpun dalam satu kumpulan besar. Gejala mat rempit ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama dengan agensi penguat kuasa untuk merancang program bercorak pendidikan. Program itu dilaksanakan secara sistematik, tersusun, dan bersepadu untuk membawa golongan ini ke pangkal jalan. Selain kecelaruan dalam pembawaan diri, gejala merempit ini juga banyak didorong oleh sikap ibu bapa yang terlalu memberi muka kepada anak-anak yang masih di bawah umur. Mereka seolah-olah bersikap lepas tangan dalam mengawal pergerakan anak-anak di luar rumah. Atas kealpaan itu, ibu bapa wajar dikenakan denda di bawah peruntukan undang-undang tertentu kerana membiarkan anak-anak memiliki dan menunggang motosikal tanpa lessen. Untuk menambahkan keberkesanan tindakan tersebut, kerajaan harus menetapkan bahawa had umur untuk mendapatkan lessen motosikal dilanjutkan daripada 16 tahun kepada 21 tahun. Sememangnya, isu yang berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan itu sudah berlanjutan sekian lama. Oleh sebab itu, pihak berkuasa perlu bertindak lebih agresif terhadap golongan mat rempit. Apatah lagi, sikap kita yang terlalu bertimbang rasa dan kasihan kepada golongan inilah yang menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk meneruskan kegiatan yang tidak bermoral ini.

Selain itu, kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang strategik iaitu di Bukit Jalil selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram. Pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka. Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain iaitu mencuri motosikal. Ini kerana, kebanyakan mereka ini datang daripada golongan keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan. Tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi mereka yang disabitkan kesalahan. Pendekatan lembut dan pendektan keras harus diambil bagi menangani isu mat rempit. Tiada istilah kompromi dalam membendung gejala mat rempit ini. Sebagai anggota dalam masyarakat, setiap dari kita harus memainkan peranan masing-masing dalam membendung isu dan gejala ini.

KESAN BURUK AKIBAT MEREMPITHari ini isu mat rempit semakin hangat diperkatakan sama ada media massa atau media cetak. Mat rempit ini bukan sekadar merempit sahaja tetapi mereka ini juga turut terlibat dalam masalah-masalah sosial seperti berjudi, mengambil minuman keras, memukul dan sebagainya. Walaupun merempit ini mendatangkan banyak kesan buruk pada diri seseorang individu itu dan juga orang disekelilingnya namun mat rempit tetap tidak sedar dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa isu mat rempit ini akan ada penyelesaiannya.

Antara kesan-kesan yang timbul dari gejala merempit ini ialah, gejala merempit ini ialah Meningkatkan masalah keruntuhan moral atau akhlak dalam kalangan remaja. selain itu masalah merempit ini juga akan menyebabkan wujud pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan seperti yang berlaku pada hari ini, hilang sifat beradab, seks bebas dan lain-lain. Namun, perkara yang paling menyedihkan apabila kita bercakap mengenai mat rempit ini ialah ianya terdiri daripada orang islam terutamanya kaum melayu yang kita tahu sejak kecil lagi telah disemai dengan adat serta kesopanan dalam diri.

Selain itu, budaya merempit ini juga dapat meningkatkan kemalangan jalan raya. Kemalangan ini selalunya berpunca daripada sikap cuai dan cara menunggang motosikal yang melulu oleh penunggang yang merempit. Sikap menunggang yang tidak ada etika dalam kalangan mat rempit ini menyebabkan sebahagian daripada pemandu kita takut ketika memandu di jalanraya kerana mereka takut akan menjadi mangsa kemalangan yang berpunca daripada mat rempit ini.

Masalah merempit ini juga akan menyebabkan meningkatnya masalah jenayah seperti merogol, merompak, samun, curi motosikal dan sebagainya. Merempit seolah-olah menjadi satu pesta bagi budak-budak muda iaitu golongan remaja untuk melakukan kegiatan-kegiatan tidak bermoral ini.

Selian itu. gejala merempit yang semakin berleluasa ini juga memberikan kesan kepada pasukan keselamatan dan Negara. Contohnya isu merempit yang semakin hari semakin meruncing ini akan menyebabkan imej pasukan tercemar. Masyarakat seolah-olah memandang pihak berkuasa tidak menjalankan tugas mereka walaupun terdapat banyak langkah yang telah pihak mereka ambil untuk membanteras masalah merempit ini. Mat rempit ini juga seolah-olah bermain dengan undang-undang dan mencabar undanag-undang. Mat rempit ini juga menjejaskan imej Negara terutamanya di mata pelancong yang datang melancong ke Negara kita ini.

Masalah merempit ini juga akan menyebabkan pembaziran masa dan pendapatan Negara untuk mengatasinya. Sebagai contoh, kerajaan terpaksa menjalankan pelbagai kempen penguatkuasaan undang-undang dan program-program khas bagi mengatasi masalah merempit ini.

Gejala merempit ini juga turut menggangu ketemteraman awam. Sebagai contoh mat rempit yang menjalankan aktiviti merempit di sekitar kawasan perumahan awam akan mengganggu ketenteraman penduduk di situ. Bunyi bising yang terlaku kuat dari enjin motosikal mat rempit ini juga boleh menyebabkan berlakunya masalah pencemaran bunyi.polisi balik sekolah selamat1. Tajuk; Polisi Keselamatan Pelajar Semasa Pergi dan Balik Sekolah

2. PolisiMenyediakan langkah-langkah keselamatan pelajar-pelajar semasa pergi dan balik ke sekolah dan ke rumah masing-masing

3. Definisi3.1 Tiada apa-apa kemalangan dan bencana atau mengelakkan bencana yang mungkin menimpa pelajar-pelajar secara cuai3.2 Menghindari sebarang kemungkinan sebab-sebab berlakunya kemalangan secara sengaja atau tidak sengaja3.3 Pelajar-pelajar mengikut peraturan yang telah ditetapkan

4. MatlamatMemastikan bahawa keselamatan pelajar adalah tanggungjawab bersama iaitu pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat dan diri pelajar sendiri.

5. ObjektifMencapai Kemalangan SifarMengwujudkan satu bentuk peraturan yang boleh diterima pakai oleh semua pihakMengadakan satu sistem Kawalan Keselamatan

6. Rasional6.1 Didapati setiap hari pelajar-pelajar banyak terlibat dan terbabit dalam kemalangan6.2 Mengurangkan kadar kemalangan di kalangan pelajar6.3 Menyedarkan kepada semua pihak bahawa keselamatan pelajar adalah tanggungjawab bersama

7. Tatacara Am7.1 Gunakan papan kenyataan7.2 Kuatkuasakan peraturan7.3 Jalankan aktiviti latihan kecemasan, pameran, ceramah dan sebagainya.7.4 Berhubung dengan pihak polis, hospital dan ibubapa jika berlaku kecederaan7.5 Membuat kawalan pergi dan balik7.6 Tempatkan pelajar di tempat-tempat tertentu semasa sampai ke sekolah dan pulang ke rumah.7.7 Memastikan sistem penyelenggaraan prasarana di makmal dilakukan7.8 Menetapkan pergerakan pelajar semasa tiba di sekolah dan semasa balik ke rumah

8. Tatacara KhasMelibatkan lokasi:

1. Dari rumah2. Dalam perjalanan3. Sampai di kawasan sekolah4. Dalam kawasan sekolah5. Dari kelas masing-masing6. Perjalanan hingga ke pintu pagar sekolah7. Sewaktu menaiki kenderaan sekolah

Melibatkan:

1. Para pelajar2. Masyarakat3. Pengusaha bas sekolah4. Pihak Polis dan Hospital5. Guru6. Pengawal Keselamatan sekolah7. Ketua Masyarakat / Ketua Kampung8. Ibu bapa

Jenis Perjalanan:

1. Pejalan kaki2. Penunggang motosikal3. Penunggang kereta4. Memandu kereta5. Bas sekolah6. Bas awam7. Dijemput oleh ibu bapa

9. Pembahagian Kumpulan

9.1 Keselamatan Pelajar Pergi & Balik ( nama guru )9.2 Kawalan Pergerakan Murid ( nama guru )9.3 Sistem Kawalan Lalu Lintas

10. Tatacara MuridPalajar pelajar SMK XXX perlu mematuhi prosedur yang dinyatakan di bawah ketika tiba dan balik sekolah.

10.1 Peraturan AmPelajar bergerak dari kelas semasa waktu balik diwajibkan mengikut laluan yang telah ditetapkan.

10.2 Pelajar Yang Berjalan KakiMematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan untuk pejalan kaki pergi dan balik sekolah.

Elakkan berebut-rebut ketika keluar dari kawasan sekolah. Elakkan jalan beriringan tiga atau empat orang sehingga menghalang kenderaan lain. Sentiasa berwaspada, berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya terutamanya ketika melintas jalan. Pelajar diharapkan tidak bergurau atau bermain-main dengan rakan ketika berada di jalan raya. Pelajar dinasihatkan jangan sesekali menerima pelawaan orang yang tidak dikenali untuk menghantar pulang.

10.3 Berbasikal/ Bermotor/ Berkereta Sendiri Memakai topi keledar / tali pinggang keledar (motosikal/kereta). Mempunyai lesen memandu (motosikal/kereta). Mempunyai cukai jalan yang sah (motosikal/kereta). Melekatkan pelekat (sticker) nama sekolah di kenderaan masing-masing. Sentiasa menunggang tanpa menghidupkan enjin motosikal semasa bergerak ke pintu masuk utama dari tempat letak motosikal. Pelajar diingatkan supaya tidak berlumba-lumba ketika menunggang atau memandu kenderaan. Semua kenderaan yang digunakan hendaklah dalam keadaan yang baik terutamanya brek lampu dan isyarat kenderaan. Sentiasa memandu/ menunggang kenderaan dengan kadar kelajuan yang ditetapkan.

10.4 Bas / Van Pelajar dikehendaki menunggu bas/ van yang dinaiki ditempat yang telah ditetapkan. Pelajar diharapkan tidak merayau-rayau ketika menunggu kenderaan masing-masing untuk mengelakkan daripada ditinggalkan bas/ van. Elakkan daripada berebut-rebut atau bertolak ansur ketika menaiki kenderaan Tunggu sehingga bas berhenti ketika hendak naik atau turun bas/ van. Catatkan nombor bas/ van yang dinaiki untuk mengelakkan tersilap bas/ van.

10.5 Kenderaan Penjaga Pelajar dikehendaki menunggu kenderaan penjaga masing-masing di tempat yang telah ditetapkan. Memberitahu penjaga tempat pelajar menunggu. Elakkan daripada menerima pelawaan menghantar pulang daripada orang yang tidak dikenali.

Keperluan : DATA JENIS PENGANGKUTAN PELAJAR PERGI DAN BALIK SEKOLAH

11. Tatacara Guru11.1 Memastikan pelajar mendapatkan keizinan guru tingkatan/ guru bertugas sekiranya pelajar hendak balik awal.11.2 Memastikan ibu bapa/ penjaga pelajar yang hendak balik awal dapat datang membawanya. Jika tidak, guru bertugas harus menghantar pelajar tersebut balik ke rumah.11.3 Mengenalpasti pelajar yang sakit dan yang tidak berupaya balik menghantar pelajar tersebut ke klinik/ hospital.11.4 Sekiranya pelajar yang sakit masuk wad, guru mesti memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga pelajar tersebut.11.5 Memastikan bahawa ibu bapa/ penjaga yang datang membawa anaknya di sekolah mencatat nama, no. kad pengenalan, tarikh, waktu balik dan menandatangani buku rekod kebenaran balik awal pelajar.11.6 Guru yang mengajar pada waktu akhir hendaklah memastikan bahawa pelajar-pelajar beratur dan bergerak dengan teratur semasa balik untuk menjamin keselamatan para pelajar.11.7 Guru bertugas memastikan pengawas menjalankan tugas masing-masing.11.8 Guru hendaklah mengambil tindakan segera yang sesuai sekiranya menerima laporan tentang kemalangan, pergaduhan antara pelajar di dalam kelas/ kawasan sekolah.11.9 Guru bertugas harus berada di kawasan pintu pagar utama dan di tepi kantin sekolah sewaktu para pelajar datang ke sekolah dan waktu pelajar pulang.11.10 Memastikan pelajar-pelajar yang menunggang motosikal memastikan enjin motosikal sebelum memasuki pintu pagar sekolah.11.11 Memastikan penunggang motosikal menghidupkan enjin motosikal hanya selepas keluar dari pintu pagar sekolah.11.12 Guru bertugas hendaklah menulis laporan dalam buku Laporan Kes dan buku Laporan Pemantauan.

12. Tatacara Ibu Bapa dan Penjaga12.1 Ibu bapa/ penjaga mesti memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak sampai pada masa yang sepatutnya.12.2 Ibu bapa/ penjaga hendaklah memaklumkan keizinannya kepada pihak sekolah secara bertulis jika pelajar balik ke rumah diambil oleh wakilnya pada waktu persekolahan (kes kecemasan).12.3 Ibu bapa/ penjaga mesti memastikan peraturan pergi ke sekolah dan balik ke rumah seperti yang termaktub dalam peraturan sekolah.12.4 Ibu bapa/ penjaga hendaklah melaporkan kepada pihak sekolah dan polis sekiranya pelajar tidak sampai ke rumah pada waktu yang sepatutnya dan tidak dapat dikesan.12.5 Ibu bapa/ penjaga mesti memastikan bahawa kenderaan yang diguna oleh pelajar dalam keadaan baik.12.6 Ibu bapa/ penjaga mesti memastikan cara anak mereka pergi dan balik dari sekolah setiap hari.12.7 Ibu bapa/ penjaga hendaklah mendedahkan tentang peraturan am di jalanraya yang sedia ada kepada anak-anak mereka.12.8 Setiap gerak-geri pelajar semasa pergi dan balik dari sekolah di bawah pengetahuan ibu bapa / penjaga.12.9 Ibu bapa/ penjaga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat aduan daripada anak mereka mengenai sesuatu kes yang boleh mengancam keselamtan mereka semasa pergi dan balik dari sekolah.12.10 Ibu bapa/ penjaga mestilah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan kasih-sayang kepada anak-anak mereka.12.11 Ibu bapa/ penjaga jangan mengambil mudah setiap aduan yang dikemukakan oleh anak mereka semasa di sekolah.

13. Tatacara Masyarakat13.1 Sekolah menghebahkan maklumat keselamatan pelajar sekolah dari masa ke semasa kepada kelas masyarakat melalui aktiviti keagamaan, politik, PIBG, dan sebagainya.13.2 Menerima maklumat tersebut dan menghebahkan kepada masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti masyarakat.13.3 Ibu bapa/ masyarakat bertindak berdasarkan maklumat/ gagasan sebagai aktiviti kebajikan bersama.13.4 Anggota masyarakat perlu memlaporkan kepada pihak sekolah, polis atau hospital bagi kes-kes kecemasan, ponteng dan salahlaku disiplin sekolah (berdasarkan mana-mana tindakan yang bersesuian)13.5 Penjaga tidak dibenarkan berjaja di sepanjang jalan sekeliling sekolah untuk mengelak kesesakan jalan. Pemantauan dan tindakan akan dibuat bersesuian dengan peraturan Majlis Perbandaran Kluang.

14. Tatacara Polis14.1 Mengawal kesesakan lalu lintas pada waktu balik.14.2 Mengawas pelajar/ orang luar di luar kawasan sekolah terutama berdekatan dengan kantin untuk mengelakkan pergaduhan.14.3 Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku kemalangan/ pergaduhan.

15. Tatacara Pemandu Pemandu / Pengusaha Bas Sekolah15.1 Memastikan bas/ kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan.15.2 Memastikan pelajar beratur semasa menaiki bas untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku.15.3 Memastikan terdapat seorang pembantu bas dalam mengawal pelajar naik/ turun bas atau semasa dalam bas.15.4 Menepati masa semasa mengambil pelajar sama ada waktu pergi atau waktu balik sekolah.15.5 Membantu dan memastikan pelajar selamat dalam perjalanan dengan memberitahu atau menjelaskan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan semasa berada dalam bas.15.6 Memastikan pelajar-pelajar selamat sampai ke rumah atau destinasi.15.7 Memastikan pelajar-pelajar turun di tempat yang selamat atau di tempat yang berdekatan dengan rumah.15.8 Memastikan bas berhenti di tempat yang disediakan sama ada semasa pergi atau balik sekolah sepanjang jalan di luar pintu kantin sekolah (lokasi letak bas).

15.9 Memaklumkan kepada pihak sekolah jika terdapat pelajar yang ponteng atau tidak masuk ke kawasan sekolah selepas turun dari bas.15.10 Menghubungi ibu bapa/ penjaga pelajar jika terdapat sebarang gangguan semasa dalam perjalanan atau berlakunya kemalangan.15.11 Memastikan bas berhenti dan mula bergerak setelah semua pelajar turun/ naik bas.15.12 Pihak sekolah akan sentiasa memantau dan menghubungi pihak polis jika terdapat sebarang kesesakan yang melibatkan kawasan meletak bas bagi pengusaha bas/ kenderaan.

16. Tatacara Pengawal Keselamatan16.1 Pengawal keselamatan mesti berada di pos kawalan pada setiap masa terutama semasa pelajar datang ke sekolah dan balik dari sekolah.16.2 Pengawal keselamatan perlu peka berkaitan pergerakan orang luar/ pelawat sama ada yang berada berhampiran kawasan sekolah atau pun yang berurusan dengan pejabat.16.3 Pengawal keselamatan hendaklah mematuhi prosedur dan tatacara Aliran Keluar/ Masuk Sekolah dalam Polisi Keselamatan Sekolah.16.4 Pintu pagar perlu sentiasa ditutup selepas 7.30 pagi dan selepas pukul 1.30 petang.16.5 Jika terdapat kes-kes pergaduhan yang melibatkan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan orang luar aewaktu pelajar datang atau pilang dari sekolah, sila laporkan kepada pihak sekolah/ polis dengan segera.16.6 Pengawal keselamatan diberi kuasa memeriksa lesen memandu, stikers, cukai jalan, topi keledar dan lain-lain.16.7 Pengawal keselamatan menjaga lalulintas dan meletakkan papan tanda No Entry di samping jalan masuk ke sekolah.16.8 Memastikan pelajar keluar pada waktu sekolah menunjukkan bukti kebenaran keluar yang sah dan dibawa oleh ibu bapa/ penjaga.16.9 Memastikan ibu bapa/ pelawat mengikut laluan yang ditetapkan oleh sekolah.

17. Sistem Pergerakan Pelajar1) Pergerakan Pelajar Waktu Tiba Di Sekolah:1.1 Pergerakan Pelajar:1.1.1 Masuk melalui :a) Pintu utama.b) Pintu kedua/ alternatif

18. Sistem Aliran Keluar/ Masuk sekolah18.1 Objektif.18.1.1 Memastikan pelajar hanya menggunkan laluan selamat ketika datang dan pulang dari sekolah.18.1.2 Memastikan aturan keluar/ masuk ke kawasan sekolah dipatuhi sepenuhnya.18.1.3 Memastikan orang awam dan pihak swasta yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mematuhi aturan keluar/ masuk yang ditetapkan.

19. Menangani Krisis (Keselamatan Pergi dan Balik) Masalah dijangkaBeberapa perkara telah dikenalpasti sebagai faktor yang berkemungkinan menjejaskan keberkesanan keselamatan pergi dan balik pelajar.19.1 Kenderaan pulang19.1.1 Ketinggalan kenderaan19.1.2 Ibu bapa tidak datang menjemput19.1.3 Kehilangan tambang19.2 bencana alam19.2.1 ribut taufan19.2.2 banjir19.3 kenderaan rosak bagi yang memandu sendiri19.3.1 kenderaan rosak19.3.2 kenderaan dicuri19.4 Pejalan kaki tidak sihat untuk berjalan pulang

Prosedur Menangani Krisis1. Dalam menangani masalah-masalah yang disebutkan apabila pelajar tidak dapat pulang ke rumah, pelajar hendaklah memaklumkan masalah kepada guru bertugas.2. Guru bertugas akan diminta merujuk kepada jadual kedatangan pelajar untuk mendapatkan maklumat pelajar, alamat rumah dan nombor telefon untuk dihubungi.3. Guru bertugas akan menghubungi ibubapa atau penjaga menggunakan telefon di pejabat sekolah. Sekiranya ibubapa tidak dapat dihubungi guru mempertimbangkan menghantar pelajar pulang.4. Guru harus memaklumkan pentadbir tentang langkah menghantar pelajar pulang dan mencatat maklumat pelajar di dalam buku laporan guru bertugas untuk mengelakkan kekeliruan sekiranya ibu bapa lewat hadir.ESEI CONTOH:JENAYAHMutakhir ini, masalah-masalah jenayah yang berlaku di negara ini kian menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kes-kes jenayah seperti gengsterisme, vandalisme, bunuh, rogol, ragut, pengedaran dadah, rasuah, pelacuran dan sebagainya kerap menghiasi dada-dada akhbar, majalah dan lain-lain. Sebenarnya, kes jenayah dapat dibahagikan kepada enam kategori, jenayah berat yang melibatkan senjata, jenayah ringan seperti gengsterisme dan vandalisme, jenayah narkotik yang melibatkan kes pengedaran dan penyeludupan dadah, jenayah komersial seperti kes maksiat, pelacuran dan perjudian, jenayah perdagangan yang merangkumi isu rasuah dan korupsi serta jenayah kolar putih yang melibatkan jenayah oleh golongan profesional. Pihak kerajaan telah bertungkus lumus memerah otak untuk mencari mekanisme yang lebih efektif dalam menangani masalah jenayah yang menular dalam kalangan masyarakat hari ini, namun kes-kes jenayah dilaporkan semakin meningkat, terutamanya jenayah berat seolah-olah dasar yang diambil kerajaan seperti kurang berkesan. Justeru, langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi mengelakkan masalah jenayah daripada berleluasa di negara kita.Pada hemat saya, pihak kerajaan merupakan tonggak utama dalam usaha membanteras masalah jenayah yang kian meruncing ini. Bermula dari aspek pentadbiran, pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dengan tegas. Selain itu, pindaan akta-akta yang sedia ada juga wajip dilaksanakan berlandaskan kategori jenayah masing-masing. Bagi individu yang terlibat dalam jenayah berat seperti membunuh, meragut, dan terlibat dalam penggunaan senjata, harus dijatuhkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup. Akta Dadah Berbahaya 1952 yang digubal oleh pihak kerajaan bagi memperuntuk hukuman mati mandatori kepada pengedar dadah merupakan salah satu undang-undang yang berat bagi meminimumkan jenayah narkotik di negara kita. Langkah penguatkuasaan undang-undang dan penggubalan akta yang bakal mengenakan hukuman setimpal terhadap pesalah narkotik akan menyebabkan mereka takut untuk melakukan kesalahan jenayah dan hal ini diyakini akan dapat menangani masalah jenayah di negara ini. Pendek kata, penguatkuasaan undang-undang dan penggubalan akta yang baru harus dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai cara terbaik untuk mengurangkan masalah jenayah.Sementelahan itu, Perdana Menteri yang menggalakkan pihak polis meningkatkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi juga merupakan cara efektif untuk mengawal kes jenayah yang sering berlaku di Malaysia. Kes pembunuhan yang menimpa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy, di bangunan MIC merupakan penggerak utama kepada pelaksanaan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di negara kita. Mengikut ulasan pihak polis, mangsa dipercayai ditembak di kening kiri dalam lift bangunan MIC. Malangnya, suspek utama tidak dapat dikesan disebabkan ketiadaan CCTV di tempat kejadian. Realitinya, terdapat banyak kes pembunuhan yang melibatkan pembunuh-pembunuh upahan yang semakin berleluasa di negara kita dan tidak dapat dikesan. Sekiranya dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia, Singapura, China dan lain-lain, sudah tentu kes yang tidak mempunyai jalan keluar ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan patut menempatkan CCTV di kawasan berisiko tinggi seperti bank, kawasan perumahan, sekolah, taman permainan, dan banyak lagi. Hal ini demikian supaya pihak polis dapat mengecam muka penjenayah, merakan semula kejadian jenayah tersebu, serta membuat analisis secara terperinci yang dapat membantu menyelesaikan kes jenayah sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit. Oleh itu, CCTV patut ditempatkan di kawasan berisiko tinggi supaya masalah jenayah di negara kita dapat dikurangkan.Tidak dapat disangkal bahawa pendidikan merupakan wahana penting dalam usaha mencegah masalah jenayah yang berlaku di negara kita. Selain langkah drastik, kerajaan turut menggunakan pendekatan psikologisebagai alternatif dalam mengurangkan masalah jenayah, khasnya dalam kalangan remaja. Walaupun pendorong kepada peningkatan jenayah berat merupakan golongan dewasa seperti pembunuh upahan dan seumpamanya, golongan remaja juga perlu disuntik dan ditanam dengan ajaran moral dan pegengan akidah yang utuh untuk memastikan agar mereka tidak cenderung ke arah melakukan jenayah, bak kata pepatah, melentur rebung biarlah dari rebungnya. Penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam di peringkat sekolah akan dapat mendedahkan para pelajar tentang norma hidup masyarakat yang berkiblatkan kasih sayang dan perpaduan. Hal ini secara implisitnya dapat menyemai nilai murni dan ajaran agama yang kukuh dalam jiwa pelajar agar mengelakkan diri daripada terjebak dalam kes jenayah. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan sejak tahun 2004 oleh pihak kerajjan, yang berobjektifkan melahirkan modal insan yang berintegriti juga merupakan langkah yang efisien dalam memupuk semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan generasi muda. Dengan adanya pendekatan psikologi ini, pelajar akan meletakkan perpaduan dan keamanan negara sebagai keutamaan. Hal ini penting dalam mengurangkan masalah jenayah dalam kalangan masyarakat.Secara tuntasnya, masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi perlu diatasi sebelum nasi menjadi bubur. Berleluasanya kes jenayah seperti pembunuhan kejam adik Nurul Jazlin Jazimin, 8 tahun yang mati akibat didera secara seksual dan fizikal serta kes kehilangan adik Sharlinie Mohamad Nasyar hanya akan menggugat dan menjejaskan imej Malaysia sebagai negara yang aman dan sejahtera. Justeru, rakyat perlu lebih proaktif dan berganding bahu dengan pihak kerajaan bagi aur dengan tebing bagi membanteras jenayah di negara kita.KESAN PELAJAR TERLIBAT DENGAN INDUSTRI HIBURAN...............Dewasa ini, industri hiburan tanah air semakin berkembang maju. Kemajuan industri ini dapat dilihat melalui monopoli media massa tempatan baik media cetak mahupun media elektronik yang lebih cenderung pada berita-berita bercorak keseronokan berbanding dengan berita bercorak pengetahuan. Namun apa yang amat dikesali, ada juga golongan yang cuba meraih keuntungan mudah dengan mengeksploitasi para remaja khususnya golongan pelajar agar melibatkan diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnya mereka perlu menggalas wadah memajukan diri dalam bidang pendidikan. Lantaran budaya berhibur melebihi keutamaan menuntut ilmu, situasi kini sudah pasti memberi impak yang negatif kepada generasi akan datang. Justeru, apakah kewajaran yang membolehkan golongan pelajar melibatkan diri dalam dunia hiburan dan apakah pula kesannya? ...............Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untuk membahagikan waktu di antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas utama mereka iaitu menuntut ilmu. Dalam usia yang masih terlalu muda, dunia pelajar seharus ditumpukan sepenuhnya untuk memperoleh ilmu sebagai menggalas aspirasi menjadi insan yang berilmu dan berpengetahuan. Namun jika mereka terlibat dengan dunia hiburan, masa yang ada terpaksa dibahagikan pula dengan tanggungjawab mereka untuk memajukan diri dalam bidang hiburan. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan keupayaan mereka meluangkan waktu pada pelajaran dan kesannya bakal memberi impak yang tidak baik kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsung dalam bidang nyanyian atau lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang bukan sahaja untuk mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan malah masa untuk berlatih juga perlu diambil kira. Justeru, kesannya akan menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk memperuntukan waktu yang secukupnya pada pelajaran. ...............Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program Realiti Hiburan seperti yang kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiat dalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga menyebabkan pelajar terpaksa mengambil cuti untuk melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakan pertunjukan di mana-mana juga. Akibat terikat dengan kontrak bersama dengan syarikat hiburan, para pelajar terpaksa melupakan tugas utama mereka dalam usia muda iaitu melaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan. Hal seperti ini akan menyebabkan para pelajar yang terbabit ketinggalan dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan. Bayangkanlah, apa yang bakal berlaku kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya tidak berilmu lantaran memilih bidang hiburan dan mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah pula sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. ...............Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan penuh dengan tipu muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti pelajar mengharungi kehidupan dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang penuh cabaran? Bakat yang dimiliki sahaja mungkin tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak seberapa. Menyertai bidang hiburan memerlukan seseorang yang mampu mendepani segala rintangan, apatah lagi dunia hiburan masa kini berdepan dengan pelbagai saingan yang terlalu rumit. Dalam usia setahun jagung, kemungkinan untuk menempa nama dalam dunia hiburan adalah terlalu kecil, lantas mereka berdepan pula dengan kemungkinan menghadapi kegagalan. Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan kegagalan? Kita amat bimbang, kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, sek bebas dan sebagainya. Justeru, sebelum menceburi bidang hiburan, remaja khususnya pelajar perlulah bijak menilai dan memilih sebelum membuat keputusan. ...............Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang begitu berbeza. Lihat sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesame peminat, pakaian malah keseluruhan gaya hidup mereka. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan objektif pendidikan yang berperanan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Ambil sahaja contoh rambut seorang artis, bergaya, panjang dan berwarna. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Persoalannya nanti, mahukah golongan golongan pelajar yang telah masuk dalam golongan artis berpakaian kemas, berambut pendek dan menggayakan perlakuan sopan di khalayak ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila berada di sekolah bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus pada keburukan dan boleh mewujudkan konflik dalam diri pelajar terbabit. Hal inilah yang perlu difikirkan dengan serius sebelum mengambil pendirian untuk menyertai bidang hiburan................Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai bidang hiburan adalah individu yang mementingkan glamour dan bersifat meterialistik. Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan kita pada hari ini. Kejayaan seseorang pelajar dalam dunia hiburan mungkin bakal melahirkan pelajar yang bersifat bongkak, sombong dan memandang rakan dan guru sebagai manusia yang tidak patut dihargai. Lihat sahaja perlakuan seorang artis remaja ketika bercakap dengan seorang jururawat di sebuah hospital. Apa pula pandangan anda jika seorang artis remaja mengherdik seorang pengawal di sebuah lapangan terbang di Sepang? Sikap bongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri mereka terlalu glamour sehingga memandang rendah orang lain yang bukan golongan artis. Natijahnya, sikap negatif sebegini lahir disebabkan kurangnya nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka pelajari di sekolah. Malangnya, oleh sebab terlalu banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan, nilai-nilai moral sebegini terus dilupakan. ...............Intiharnya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar. Sebagai pelajar, mereka perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran mendepani bidang ilmu yang terlalu luas dan tidak bertepi. Menuntut ilmu memerlukan komitmen yang menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Andai terbuka hati untuk menyertai industri hiburan, berilah ruang untuk memenuhi ilmu di dada terlebih dahulu kerana hanya ilmu yang mampu membina impian masa depan gemilang. Modal Insan BerkualitiFOKUS KARANGAN: PERANAN INDIVIDU/REMAJAFORMAT KARANGAN: TIADA/UMUM Golongan remaja, tidak dapat dinafikan, merupakan modal insan ataupun aset berharga kepada nusa dan bangsa. Demi pembangunan negara, negara berhasrat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, yakni berpendidikan, berwawasan, berdedikasi, berkaliber dan berdisiplin. Oleh hal yang demikian, dalam RMK-9, sebanyak 20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu. Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam segala bidang, khususnya dari aspek iktisad. Jadi, bagaimanakah remaja dapat memainkan peranan dalam usaha merealisasikan visi kudsi kerajaan, yakni melahirkan modal insan yang berkualiti. Sebagai bakal modal insan yang berkualiti, seseorang remaja hendaklah berbekalkan pendidikan formal yang sempurna. Maksud saya, setiap remaja haruslah memerah otak sehingga mencapai ijazah kelas pertama, sarjana muda, dan jika diizinkan Allah sehingga falsafah kedoktoran. Kita boleh mencapai kemuncak dalam bidang pendidikan dengan berbekalkan semangat yang kental dan usaha yang gigih. Demi mencapai kejayaan yang cemerlang, ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya. Malangnya, remaja dewasa ini bersemangat rapuh dan mudah putus asa apabila menempuh onak dan duri; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. Senario ini amat ketara dalam kalangan pemuda pemudi kita kerana rata-rata melepaskan batuk di tangga. Apabila memperoleh diploma, mereka sudah puas dan berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari pekerjaan. Yang bernasib baik dapat bekerja sebagai jururawat di hospital swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Yang bernasib malang pula bergelandangan di perut kota dengan segulung diploma dari sebuah pejabat ke sebuah pejabat. Kata orang tua-tua, asal sabut terapung, asal besi tenggelam. Tuntasnya, demi menjadi modal insan yang berguna kepada tanah air, remaja perlulah bertungkus lumus untuk memperoleh pendidikan yang setinggi mungkin. Bukankah genggam bara api biar sampai jadi arang? Selain melengkapkan diri dengan pendidikan, remaja hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat. Saya katakan demikian oleh sebab kesihatan menjamin kecergasan dan kecerdasan seseorang individu sejajar dengan kata hikmat badan cergas, otak cerdas. Dunia ini dunia stres tidak dapat dinafikan kerana siapa cepat, dia dapat. Demi mengejar pangkat dan pendapatan yang tinggi, kesihatan diabaikan. Oleh sebab terlalu ghairah akan kertas hijau dan merah, mereka kesuntukan waktu untuk bersenam, beriadah, dan bersantai. Apabila sudah terlantar di hospital seperti kura-kura terlentang kerana hipertensi, segala-galanya sudah terlambat; kuman menjadi barah; belukar menjadi rimba. Menurut berita di Utusan Melayu baru-baru ini, seorang mekanik motor berkuas tinggi (superbike) yang berusia 38 tahun dikejarkan ke hospital bahana serangan sakit jantung. Sesampainya di Hospital Daerah Seberang Jaya, dia pun disahkan sudah berpindah ke balik papan. Persoalannya, bolehkah generasi muda yang berpenyakit dapat menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan negara? Jadi sebagai generasi muda yang berpendidikan, kita haruslah mengambil inisiatif untuk melakukan senaman secara konsisten, seperti bersenam di gim ataupun beriadah di taman rekreasi. Selain itu, kita perlu menjaga pemakanan setiap masa; kita perlu makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Seperkara lagi, rokok, najis dadah dan arak sewajarnya dihindari kerana mengundang pelbagai komplikasi. Tegasnya, gaya hidup sihat hendaklah menjadi agenda perdana dalam kamus hidup kita jika hendak menjadi modal insan yang berkualiti. Di samping gaya hidup sihat, remaja hendaklah mempunyai jati diri yang unggul demi menjadi modal insan yang dapat menyumbang kepada nusa dan bangsa. Antara keperibadian unggul termasuklah tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi berpaksikan prinsip kelima Rukun Negara, yakni kesopanan dan kesusilaan. Hal ini dapat memandu dan memimpin generasi muda agar tidak terbabas dari landasan yang benar lalu terjerumus ke dalam lembah laknatullah, seperti berjinak-jinak dengan najis dadah, yang menghancurkan wawasan negara, iaitu Wawasan 2020. Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum (perempuan sundal), ekoran terhakisnya nilai-nilai moral. Sehubungan ini, remaja haruslah menyemaikan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohaniaan, seperti amanah, tulus ikhlas, toleransi dan bertimbang rasa, dalam lubuk kalbu mereka agar menjadi modal insan yang bersahsiah mulia serta menjaga imej tanah air yang tercinta ini. Apa gunanya anak gadis yang cantik tetapi tidak bersopan santun laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. Anak gadis yang tidak bermoral bukan sahaja dianggap sebagai cacing di pelimbah malahan dilabelkan sebagai sampah masyarakat. Jadi, anak-anak muda kita haruslah mematuhi adat dan peraturan di mana-mana sahaja mereka berada; di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Pendek kata, modal insan yang berkeperibadian mulia bukan sekadar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara malahan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Tidak ketinggalan juga, generasi muda haruslah menghayati ajaran al-Quran. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja yang mematuhi ajaran al-Quran, bangsa Malaysia yang budiman dan disegani dapat dilahirkan. Dalam konteks ini, remaja dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Remaja yang beriman dan berpaksikan akidah tidak akan menjadi hamba kepada hawa nafsu. Mereka mengetahui siapa yahudi, siapa nasrani, dan siapa majusi. Dengan berbekalkan usuluddin ataupun ilmu tauhid, yakni ilmu yang membicarakan akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian, dan perkara-perkara yang ghaib seperti qadak dan qadar, hari akhirat, syurga, dan neraka, mereka akan menjauhi angkara dan maksiat. Anak gadis yang soleh, misalnya, akan menjaga gerak-geri apabila berinteraksi dengan kaum lelaki. Tutur kata dan tingkah laku akan dijaga agar tidak mencemari imej keluarga. Kata orang, biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati. Ajaran agama Islam juga mencelikkan mata remaja bahawa dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh dan dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. Dengan adanya kesedaran ini, tumbuk rusuk ataupun rasuah yang dapat menghancurkan negara dapat dihindarkan. Tuntasnya, nilai-nilai keagamaan hendaklah disemaikan dan disuburkan dalam lubuk sanubari setiap remaja untuk menjadi modal insan yang berkualiti. Akhirulkalam, modal insan yang menjadi harapan negara ialah generasi muda yang berpendidikan formal, berjati diri mulia, sihat wal afiat dan beriman. Demi mendukung cita-cita dan hasrat negara ini, remaja hendaklah melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul, bukannya membilang buah kerayung seperti melepak di kompeks beli-belah, berlumba haram dan berjudi. Sebagai warganegara yang berjiwa patriotik, remaja haruslah mengetepikan aliran politik yang sempit yang berorientasikan komunalisme (fahaman perkauman) demi kepentingan nusa dan bangsa. Seperkara lagi, nilai-nilai negatif hendaklah dikikis sama sekali kerana memang susah untuk mengikis tabiat buruk. Bukahkah ayam pulang ke lombong, itik pulang ke pelimbahan? Remaja juga sewajarnya berfikir dengan semasak-masaknya sebelum bertindak dalam apa-apa juga aspek kehidupan kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Tiada gunanya kita menyesali sesuatu tindakan yang sudah menimpa diri kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Dengan kesedaran ini, remaja bukan sahaja akan menjadi modal insan kelas pertama bahkan dapat memperkasakan bangsa Malaysia sebagai bangsa yang maju yang dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.DIKARANG/DITULIS OLEH CIKGU KAY SEVENMasalah Kemalangan Jalan RayaSelamat dan salam sejahtera kepada Tuan Pengerusi Majlis, tuan-tuan dan puan-puan, serta para pelatih yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dijalankan pada pagi ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pengusaha Pusat Latihan Memandu Seri Mawar kerana mengambil inisiatif mengadakan kempen bagi memupuk kesedaran orang ramai terhadap aspek keselamatan di jalan raya. Pada pagi yang ceria ini, saya akan menggunakan kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Punca dan Cara Mengatasi Kemalangan Jalan Raya.Tuan-tuan dan puan-puan,Isu kecelakaan jalan raya tidak lekang di bibir, terutamanya pada musim perayaan. Kata orang, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Walhasil, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif dan konstruktif, seperti Ops Sikap dan Ops Raya 2011, untuk mencegah kemalangan jalan raya. Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerah dalam dua operasi berasingan bagi mengawal lalu lintas dan mengawasi keselamatan pengguna pengguna jalan raya sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini. Ironinya, kadar kemalangan jalan raya tetap meningkat. Dalam senario ini, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah kerajaan kita kurang prihatin terhadap keselamatan para pengguna jalan raya? Adakah nyawa kita begitu murah? Adakah rakyat kita menjadi hamba kepada hawa nafsu? Adakah rakyat kita tidak rasional ketika berada di jalan raya? Tepuk dada tanyalah selera! Realitinya, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita. Ada angin, ada pokoknya!Kecuaian ataupun kealpaan pengguna jalan raya antara penentu perdana tidak dapat dinafikan. Baik disedari mahupun tidak, dari perspektif etika, kelalaian merupakan suatu kesalahan kerana mengundang pelbagai komplikasi, yakni kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, dan penderitaan. Ghalibnya, kecuaian memandu berlaku disebabkan oleh tiga faktor, iaitu tekanan jiwa, tidak menumpukan perhatian terhadap pemanduan, dan di bawah pengaruh arak ataupun dadah. Tekanan jiwa boleh menjejaskan tumpuan terhadap pemanduan kerana mindanya bercelaru manakala jiwanya pula berkecamuk gara-gara pelbagai masalah mengundang padah, bak kata pepatah geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau! Misalnya, desakan kerjaya dan rumah tangga, sementelahan kesesakan lalu lintas menggangu gugat konsentrasi pemandu sehingga melanggar kereta di depan ataupun terbabas di selekoh tajam. Sementara itu, ada pemandu yang tidak prihatin membaca atau menghantar SMS seraya memandu, kononnya sambil menyelam minum air. Natijahnya, tumpuan terhadap pemanduan terjejas dan tanpa diduga, kemalangan boleh terjadi. Lebih teruk lagi apabila kes kemalangan berlaku bahana pemandu yang mabuk, terutamanya pada musim perayaan, hari libur, dan tengah malam. Tegasnya, punca kemalangan jalan raya tidak lain dan tidak bukan kealpaan para pengguna jalan raya, bukannya pihak kerajaan.Para hadirin sekalian,Sudah terang lagi bersuluh, baik jalan raya ataupun lebuh raya kita menjadi sungai maut berpokok pangkal daripada kegagalan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas. Mereka, terutamanya generasi muda, beraja di mata, bersultan di hati. Ada yang terlalu mengikut perasaan tanpa mengendahkan musibah kemalangan, kata orang turutkan rasa binasa, turutkan hati mati, turutkan mata leta. Peraturan yang ditetapkan, misalnya kelajuan maksimum 110 kilometer sejam, seolah-olah hanya wujud di atas kertas dan peringatan daripada PDRM ataupun JPJ bagaikan masuk ke telinga kanan, keluar dari telinga kiri. Pemandu bas ekspres ataupun treler, tamsilnya, bermaharajela di lebuh raya dengan memperlarikan kenderaan serta memotong kenderaan sewenang-wenang seolah-olah dirasuk syaitan. Remaja pula berlumba haram di jalan raya seolah-oleh jalan raya kepunyaan orang tua mereka. Demi pengetahuan kalian, gejala mat rempit yang kian leluasa dalam kalangan generasi muda dan memudaratkan keselamatan orang ramai berlaku di negara kita sahaja. Fenomena ini memanifestikan bahawa rakyat Malaysia sudah ketandusan ataupun kegersangan nilai-nilai etika ataupun moral. Tuntasnya, kegagalan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas menjadi pokok pangkal peningkatan kes kecelakaan jalan raya di negara kita.Para pelatih yang dihormati,Setiap penyakit ada penawarnya, setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Penawar yang mustajab untuk masalah sikap pengguna jalan raya sekali gus mengatasi kemelut kemalangan jalan raya ialah pendidikan. Pada hakikatnya, pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang terpuji sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Pengguna jalan raya perlu dididik supaya mempunyai kesedaran tentang keselamatan di jalan raya dan mempunyai sahsiah diri yang betul sebagai pengguna jalan raya. Kesedaran ini seelok-eloknya disemaikan sejak di bangku sekolah lagi kerana masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sudah menjadi aur. Pendidikan yang berterusan mestilah disuntik ke dalam jiwa pengguna jalan, dan bukannya melepaskan batuk di tangga ataupun hangat-hangat tahi ayam. Tiga saluran pendidikan boleh digunakan yakni melalui sekolah, misalnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, melalui sekolah memandu, dan melalui saluran komunikasi awam seperti radio dan televisyen. Saluran komunikasi, misalnya, mestilah menjadi wadah penyebaran maklumat yang dapat memainkan tanggungjawab sosial untuk mencelikkan mata orang ramai peri pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya dan bukannya menjadi medan untuk meraih keuntungan semata-mata. Tamsilnya, kehadiran filem genre remaja dan sosial di pawagam seperti KL Menjerit 1, Remp-it, Anak Halal, KL-Drift, Haru-Biru, Impak Maksima, dan yang terbaharu Bohsia seharusnya mampu mendidik pengguna jalan raya khususnya dalam kalangan generasi muda dan bukannya bertujuan menyogokkan unsur hiburan semata-mata. Realitinya, pendidikan merupakan instrumen yang paling efektif bagi mengubah sikap pengguna jalan raya agar lebih berhemah ketika memandu kerana ingat sebelum kena, hemat sebelum habis sekali gus menurunkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.Akhirulkalam, saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya bukan sahaja mengundang maut malahan kemalangan jalan raya turut menyebabkan negara mengalami kerugian. Oleh itu, marilah bersama-sama mengorak langkah sederap untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya di negara kita. Kata orang, berat sepikul, ringan sejinjing! Semoga adik-adik yang hadir di pusat latihan memandu pada hari ini akan menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya apabila telah mendapat lesen memandu kelak. Ingatlah, usaha menangani kemalangan jalan raya tidak boleh dipandang enteng. Usaha yang pragmatik dan konstruktif sahaja tidak memadai jika tiada iltizam dan komitmen golongan muda. Akhir kalam, janganlah terhantuk baru tengadah!Sekian, terima kasih.Disiplin Asas KejayaanPada era globalisasi ini , pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam bidang akademik serta kokurikulum oleh anak anak merupakan harapan ibu bapa sebagai langkah untuk menjamin masa depan anak-anak yang cerah . Hal ini menyebabkan ramai anak yang mengalami tekanan kerana ingin memuaskan kehendak ibu bapa mereka .Oleh itu , remaja yang terlibat dalam masalah disiplin ibarat cendawan tumbuh selepas hujan .Hal ini menyebabkan remaja mencari jalan untuk menghilangkan stress. Contohnya, membuli , merokok dan berlumba haram. Akhirnya , masalah disiplin pelajar menjadi lebih serius dan mereka terjebak ke dalam kancah kebinasaan .Oleh itu , pelajar harus belajar untuk menjadi disiplin kerana disiplin asas kejayaan .Sebagaimana yang kita tahu, seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat membina jati diri .Remaja sekarang mempunyai jati diri yang lemah .Hal ini disebabkan oleh pengaruh media massa dan pengaruh kawan yang kuat. Kesannya , remaja tidak berminat dalam pelajaran kerana terlalu berminat dalam pelajaran dan menumpukkan perhatian dan masa kepada media massa atau kawan . Sekolah harus mengadakan kelas intensif untuk membantu pelajar yang lemah dan membaiki kelemahan pelajar. Dengan itu , pencapaian akademik pelajar akan meningkat . Apabila pemikiran pelajar menjadi matang , jati diri pelajar akan turut meningkat .Selain itu , sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja dalam pelbagai perkara .Remaja kini tidak menyedari kepentingan akademik dan suka hidup dalam mimpi .Mereka suka melepak ,merokok dan hidup dalam alam fantasi mereka .Akhirnya , mereka lupa daratan dan hilang arah tuju.Oleh itu, para guru disiplin sekolah harus sentiasa tegas dalam mengatasi masalah disiplin pelajar dan menguatkuasakan peraturan sekolah sebelum nasi menjadi bubur. Sebuah sekolah yang berada dalam keadaan yang erkawal akan dapat melahirkan tempat yang kondusif kepada pelajar-pelajar .Seterusnya , disiplin yang ada pada seseorang remaja dapat menetapkan masa depan seorang remaja .Remaja alaf baharu ini mudah hilang arah tujuan kerna mereka tiada motivasi diri .Contohnya , mereka tidak membuat jadual belajar dan mereka malas untuk berusaha . Oleh itu , guru sekolah harus mendidik murid untuk menjadi disiplin .Dengan teknik pembelajaran yang disiplin . remaja dapat mengetahui perkara yang sedang dibuatnya dengan jelas dan tahu mencari cara untuk memajukan diri mereka .Dengan itu , remaja akan menghargai masa dan mereka akan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah .Sementara itu, sikap disiplin yang ada pada seseorang dapat meningkatkan imej diri .Pada masa ini , masalah remaja seperti berpakaian selekeh dan berambut panjang sudah menjadi perkara yang umum . Budaya Punk dan Barat dipraktikkan dalam kehidupan mereka.Contohnya , mereka mewarnakan rambut dan berseluar ketat . Pepatah Melayu pernah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungya ,ibu bapa harus menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan menjadi suri telada kepada anak sejak kecil kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagaimana yang kita tahu , anak-anak yang dididik dengan baik dari rumah sentiasa mempunyai sikap disiplin dan perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka tidak menconteng arang di muka ibu bapa.Di samping itu , disiplin merupakan kunci kejayaan diri . Anak muda pada masa kini antikokurikulum dan antipeperiksaan kerana mereka tidak dapat mencari keseronokan yang mereka kira seronok . Misalnya , mereka ponteng sekolah semasa dikehendaki untuk menghadiri aktiviti kokurikulum dan hanya hadir pada hari peperiksaan sahaja. Pengetua sekolah haruslah memberikan nasihat dan teguran untuk menyedarkan remaja bahawa pentingnya kokurikulum dan akademik dalam dunia ini . Pengetua juga harus member kata-kata yang dapat memotivasikan pelajar supaya pelajar lebih yakin akan diri sendiri . Pelajar haruslah menunjukkan muhasabah disiplin diri yang tinggi dan harus memperbaik sikap yang buruk kerana buang yang keruh , ambil yang jernih .Tuntasnya , masalah disiplin pelajar dapat dikawal tetapi memerlukan usaha yang pragmatik dan kerjasama bagai aur dengan tebing oleh semua pihak . Pepatah Melayu sentiasa berbunyi pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara , remaja harus diasuh untuk menjadi pemimpim negara yang berketerampilan dan berwibawa .Kesimpulannya ,sikap disiplin merupakan penentu kejayaan untuk memastikan masa depan negara cerah dan sejahtera . Saya yakin bahawa remaja ialah aset negara dan mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada masa depan dengan sikap disiplin yang utuh dalam diri mereka .Disiplin Asas KejayaanISU TABIAT MEROKOK Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala merokok yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia terdiri daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Dianggarkan 50 hingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Siapakah yang perlu dipersalahkan apabila generasi pewaris kepimpinan negara terlibat dengan gejala merokok? Tidak sedarkah para remaja bahawa merokok ibarat perjalanan bahaya menempah maut? Sesungguhnya, gejala merokok yang kian kronik perlu diberi perhatian serius oleh segenap lapisan masyarakat agar rakyat Malaysia kekal sihat dan berupaya menyumbangkan tenaga ke arah kecemerlangan negara.Hari Tanpa Tembakau merupakan inisiatif proaktif Pertubuhan Kesihatan Sedunia secara global, bertujuan mengingatkan masyarakat tentang wabak tembakau yang meracuni gaya hidup masyarakat sedunia serta membunuh empat juta penduduk dunia setiap tahun. Angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta orang pada tahun 2030. Statistik daripada Sufean (2004) menunjukkan 49 peratus lelaki dewasa di Malaysia, merokok, dan jumlah ini melebihi peratusan perokok di negara maju, iaitu 38% di Britain, 35% di Amerika Syarikat dan 30% di Sweden. Setiap hari, antara 14,000 hingga 15,000 remaja mula menjadi penagih tembakau di negara maju. Di negara-negara membangun dan di negara mundur, perokok remaja meningkat antara 68,000 hingga 84,000 orang. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan bahaya merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.Sebatang rokok yang dinyalakan oleh perokok mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang boleh membawa maut. Bahan kimia dalam asap rokok termasuklah ammonia (pencuci lantai dan tandas), arsenik (racun tikus), aseton (peluntur warna kuku), asid asetik (cuka), asid stearik (lilin), butana (cecair pemetik api), DDT (racun serangga), etanol (alkohol), heksamin (pencucuh barbeku), hidrogen sianida (gas beracun yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati), karbon monoksida (asap kenderaan bermotor), metana (gas paya), metanol (minyak roket), naftalena (ubat gegat dan kapur barus), nikotin (dadah yang menagihkan), tar, toluena (pelarut industri) dan vinil klorida (bahan untuk membuat PVC). Sekiranya perokok benar-benar menyayangi dirinya, mengapakah dia sanggup membinasakan dirinya sendiri dengan merokok? Hargailah kesihatan dan nyawa, kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.Racun paling berbahaya dalam sebatang rokok ialah tar, karbon monoksida dan nikotin. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia penyebab kanser. Kajian perubatan mengesahkan "benzopyrene" iaitu sejenis "polycyclic aromatic hydrocarbon" merupakan agen yang memulakan proses kejadian kanser. Justeru, tidak hairanlah, statistik di Malaysia membuktikan merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kes kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser, iaitu kanser paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. 50 peratus kematian pula berpunca daripada sakit jantung dan strok. Setiap tahun, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat kanser, sakit jantung dan penyakit sekatan pulmonari kronik. Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung berpunca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan penyebab utama kematian perokok, manakala strok merupakan pembunuh keempat. Lebih menyedihkan, negara kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan penyakit akibat gejala merokok. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna."Karbon monoksida di dalam rokok pula, merupakan gas beracun yang dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas tersebut menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu sehingga tisu-tisu terencat dan akhirnya mengakibatkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok memasuki tubuh manusia, racun berkenaan menyebabkan kerosakan pada setiap organ di sepanjang laluannya, bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, sehingga menyebabkan bronkitis di bahagian paru-paru. Racun rokok turut merosakkan pundi udara dalam paru-paru dan menyebabkan penyakit emfisima.Selain mendatangkan implikasi kronik terhadap diri perokok, asap rokok yang dihembus oleh perokok, atau asap rokok basi (istilah saintifiknya, merokok secara pasif) turut menjejaskan kesihatan orang di sekelilingnya. Profesor Dato' Dzulkifli Abd. Razak, mantan naib canselor Universiti Sains Malaysia dalam rencananya, "Asap Rokok Basi: Dedahkan Faktanya" menjelaskan, asap rokok basi mengandungi lebih banyak bahan beracun seperti nikotin, formaldehid dan benzene, berbanding asap rokok yang disedut oleh perokok. Asap ini lebih berbahaya kerana asap berkenaan terapung di udara beberapa ketika.Asap rokok yang dihidu akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, serta menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air, akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin bukan sahaja mendatangkan ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Nikotin turut merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ-organ yang berkaitan. Kesan ini, dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, kebas pada jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki dan serangan penyakit jantung. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan menerusi air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Tegasnya, sudah terang lagikan bersuluh, perbuatan merokok membawa beratus-ratus masalah kesihatan yang tiada noktah penghujung.Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama "bagai aur dengan tebing" memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan mendatangkan implikasi negatif kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga negara. Ibu bapa wajar menjadi teladan terbaik bagi anak-anak dan menasihati anak-anak agar menghindari tabiat merokok. Kementerian Kesihatan, pihak sekolah dan pihak media massa juga perlu memainkan peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat dikurangkan, bak kata peribahasa, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan." Aktiviti bersempena Kempen Antimerokok wajar diteruskan dengan berkesan agar maklumat tentang bahaya merokok berupaya menginsafkan masyarakat. "Rokok Tiada, Kehidupan Bahagia." Bersama-samalah kita berpadu tenaga mewujudkan suasana Satu Malaysia yang lebih sihat dan ceria, bebas daripada kepulan asap rokok yang menjerumuskan kita ke lembah maut. "Kesihatan Cemerlang, Masyarakat Gemilang, Negara Terbilang." Peranan ibu bapa sangat penting dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.Bincangkan pernyataan di atas.

ANALISIS SOALAN:

TEMA : Masalah sosial dalam kalangan remaja [AR]CONTOH MASALAH SOSIAL : Penagihan dadah, pergaulan bebas dan gejala vandalisme [AC]KATA KUNCI SOALAN - (KKS) : Peranan ibu bapa [AA]IDEA UTAMA - (IU) : 1. Mencurahkan kasih sayang 2. Memberikan didikan agama 3. Memantau pergaulan anak-anak 4. Menjadi suri teladan kepada anak-anak