pbs 1

6
SJKT LADANG MENTAKAB, 28400 MENTAKAB, PAHANG MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS) BIL 1/2014 Tarikh : 09.01.2014 (Khamis) Masa : 2.30pm Tempat : Pusat Sumber Sekolah Pengerusi : Pn. A. Letchumma(GB) Naib Pengerusi : Pn K. Malliga(GPK) Kehadiran(b ilangan) : 11 orang guru Nama Yang Hadir : Pn A. Letchumma Pn K. Malliga Pn K. Geeta En P. Subramaniam En L. Moses Cik M. Mukunah Pn A. Rukumani Cik A. Raja Lethchumi Pn Zarina Bt Abd Rahman Pn S. Sitrakumari Pn M. Yasini Devi Turut Hadir(jika ada) : - Tidak Hadir : - 1.0 KATA ALUAN PENGERUSI 1.1 Guru Besar merangkap pengerusi PBS mengucapkan terima kasih di atas kesudian semua guru kerana hadir ke mesyuarat PBS kali pertama bagi tahun 2014. 1.2 Guru Besar mengutarkan visi dan misi sekolah seperti berikut :

Upload: ashly-raja-lethchumi

Post on 26-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

Page 1: Pbs 1

SJKT LADANG MENTAKAB, 28400 MENTAKAB, PAHANGMINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS) BIL 1/2014

Tarikh : 09.01.2014 (Khamis)

Masa : 2.30pm

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Pengerusi : Pn. A. Letchumma(GB)

Naib Pengerusi : Pn K. Malliga(GPK)

Kehadiran(b ilangan) : 11 orang guru

Nama Yang Hadir : Pn A. Letchumma

Pn K. Malliga

Pn K. Geeta

En P. Subramaniam

En L. Moses

Cik M. Mukunah

Pn A. Rukumani

Cik A. Raja Lethchumi

Pn Zarina Bt Abd Rahman

Pn S. Sitrakumari

Pn M. Yasini Devi

Turut Hadir(jika ada) : -

Tidak Hadir : -

1.0 KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar merangkap pengerusi PBS mengucapkan terima kasih di atas kesudian

semua guru kerana hadir ke mesyuarat PBS kali pertama bagi tahun 2014.

1.2 Guru Besar mengutarkan visi dan misi sekolah seperti berikut :

VISI

SJKT Ladang Mentakab berprestasi tinggi menjelang 2015.

MISI

Membentuk pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia

melalui pendidikan yang menyeluruh dan hubungan luar yang erat berteraskan falsafah

pendidikan kebangsaan.

Page 2: Pbs 1

1.3 Pengerusi telah memaklumkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) termasuk

Penilaian Kerja Amali Sains(PEKA), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah(PLBS)

dan yang terbaharu PBS cara baru untuk KSSR Tahun 1, 2, 3 dan 4.

1.4 Pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

1.5 Pemantauan dijalankan oleh Guru Besar, GPK dan juga ketua-ketua panitia.

Tindakan : Semua Pentaksir Sekolah

2.0 AGENDA UTAMA MESYUARAT

2.1 Penyelaras PBS memaklumkan jawatankuasa PBS dan carta organisasi JK PBS bagi

tahun 2014.

2.2 Beliau juga melantik Pentaksir Sekolah bagi tahun 2014 dan mengedarkan surat

lantikan sebagai pentaksir sekolah.

3.0 PENGEMASKINIAN FAIL PBS

3.1 Pengerusi meminta semua guru mengemaskinikan fail PBS dan fail portfolio guru

bagi tahun 2014.

3.2 Evidens murid yang terdapat dalam Fail Perkembangan Murid boleh dikembalikan

kepada murid.

3.3 Guru kelas Tahun 1 hingga Tahun 3perlu mengemaskinikan fail Showcase dan Fail

Perkembangan Murid.

3.4 Beliau juga menyatakan bahawa bagi murid Tahun 4 pula tidak perlu memberi

evidens mengikut mata pelajaran yang diajar.

3.5 Manakala penilaian murid Tahun 4 direkod secara off line dalam Dokumen Standard

Kandungan Prestasi(DSKP).

3.6 Guru yang mengajar murid tahun 4 tidak perlu menyediakan Fail Showcase dan fail

Perkembangan Murid.

Tindakan : Semua Pentaksir Sekolah

4.0 PEKA

4.1 Pengerusi PBS memaklumkan bahawa PEKA mestilah dilaksanakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.

4.2. Guru-guru hendaklah melaksanakan pentaksiran mengikut jadual yang telah

ditetapkan.

Page 3: Pbs 1

4.3 Guru Sanis Tahun 5 hingga 6 diminta memulakan PEKA mulai bulan Februari.

Tindakan : Pentaksir Sekolah Panitia Sains

5.0 PLBS

5.1 Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah(PLBS) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris mestilah dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh

panitia masing-masing.

5.2 Guru patut memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran lisan supaya dapat

mahir dalam bahasa yang dipelajarinya.

Tindakan : Pentaksir Sekolah Ketua Panitia

6.0 LINUS

6.1 Pengerusi meminta guru yang mengajar Literasi dan Numerasi bagi tahun 1 hingga 3

perlu menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif supaya dapat

melahirkan anak murid yang menguasai pembelajaran harian.

6.2 Guru juga perlu mengambil perhatian terhadap murid yang baharu dan membimbing

mereka sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

6.3 Penyelaras PBS meminta guru yang mengajar Literasi dan Numerasi Tahun 1, 2 dan 3

menjalankan PdP yang berkesan untuk mencapai KPI 0 mengikut ketetapan PPDT

dalam saringan pertama pada masa akan datang.

Tindakan : Semua Pentaksir Sekolah7.0 PEMBUDAYAAN PBS

7.1 Penyelaras menjelaskan bahawa aktiviti PBS dijalankan sepanjang tahun antara

langkah-langkah pembudayaan PBS adalah seperti berikut :

Mewujudkan sudut PBS di bilik guru

Mempamerkan poster-poster PBS di sekitar kawasan sekolah seperti di dalam

bilik guru, pejabat, pusat sumber dan sekitar kawasan sekolah.

Taklimat PBS kepada ibubapa dalam mesyuarat PIBG

Penjelasan tentang PBS kepada ibubapa melalui perjumpaan semasa

penyerahan pencapaian murid.

Page 4: Pbs 1

8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Pengerusi meminta semua guru harus mengemaskini fail-fail KSSR mengikut mata

pelajaran masing-masing. Beliau juga menyatakan bahawa pemantauan akan

diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan.

Tindakan : Semua Pentaksir Sekolah

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Pengerusi PBS mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama,

cadangan, idea dan pandangan yang telah diberikan oleh guru-guru.

9.2 Beliau juga berharap semoga semua guru dapat memperaktifkan segala yang

dibincangkan untuk kebaikan murid.

9.3 Mesyuarat PBS Bil 1/2014 telah ditangguhakan pada 3.30 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. ………………………………………..(MUKUNAH A/P MUNISAMY) (LETCHUMMA A/P APPLASAMY)Setiausaha, Pengerusi Kurikulum,Jawatankuasa PBS Jawatankuasa PBSSJKT Ladang Mentakab SJKT Ladang Mentakab

Tarikh : 13.01.2014