pantangan kaum india semasa perkhawinan orang india

4
PANTANGAN KAUM INDIA SEMASA PERKHAWINAN ORANG INDIA Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan . Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar . Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur- sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu. Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

Upload: siti-aqilah-mohd-zaid

Post on 11-Aug-2015

125 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pantangan Kaum India Semasa Perkhawinan Orang India

PANTANGAN KAUM INDIA SEMASA PERKHAWINAN ORANG INDIA

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil

tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan

pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .

Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas

kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal

pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan

dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan

bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh

dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan

terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi

adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini

membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

Page 2: Pantangan Kaum India Semasa Perkhawinan Orang India

Pantang Larang Semasa Deepavali

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di

seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang

bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada

hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).

Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’,

‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan

malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada

waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.

Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.

Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan

dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang

mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya

semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit

untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang

akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti

ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi

di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat

dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru

dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih

bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan

kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil

bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga

yang telah meninggal dunia.

Page 3: Pantangan Kaum India Semasa Perkhawinan Orang India

Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh

seorang ibu yang mengandung.

Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam

Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.

Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah,

bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada

melakukan kerja-kerja yang berat.

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari

yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang

baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan

dia terkejut.