upacara india

Upload: nurul-amirah-ashaari

Post on 19-Jul-2015

1.021 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

:

afiqah : NURUL AFIQAH BT FATKHORRAHMAN

: 27 Februari 2012

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

:

amirah : NURUL AMIRAH BT ASHAARI

: 27 Februari 2012

PENGHARGAANSetinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Tuhan kerana barakah dan rahmat yang dilimpahi kepada kami selama ini. Tugasan kami telah dijalankan dengan jayanya. Dan bersyukur juga kerana Tuhan telah memberi kami kekuatan untuk menghadapi segala macam kesulitan dan masalah sewaktu menyiapkan projek ini. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menolong secara langsung atau tak langsung dalam menyiapkan projek ini. Semoga segala kebaikan yang diberi diberkati.

Kepada pensyarah pembimbing kami iaitu madam Chin, kami sangat berterima kasih kerana sangat banyak memberi bimbingan kepada kami dan dalam masa yang sama sentiasa memantau dan memberi kami semangat untuk membuat yang terbaik dalam tugasan ini. Terima kasih juga kerana banyak berkorban masa semasa memberi kami tunjuk ajar dan bantuan. Namun, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang membantu dalam pertukaran pendapat dan idea berkenaan pelbagai etnik di Malaysia. Kami sangat menghargai pertolongan anda.

Dalam melaksanakan tugasan ini, pelajar akan mampu untuk mengetahui dan mengenalpasti pelbagai upacara yang sewring dijalankan dalam etnik-etnik yang ada di Malaysia. Walaupun masing-masing mempunyai kumpulan etnik yang berbezabeza, namun secara kasarnya semua dapat mengetahui serba sedikit berkenaan upacara-upacara yang dijalankan melalui jaringan jalur lebar. Melalui tugasan ini juga, kami merasakan bahawa teknik penggunaan teknologi sangat penting dan perlu untuk menyediakan pelajar yang mahir dalam semua bidang.

Tidak dilupakan juga, melalui tugasan ini, ia sangat menggalakkan pembelajaran melalui pembacaan. Pembacaan yang meluas akan memberi lebih maklumat dan lebih banyak idea kepada pelajar. Dalam mengumpul maklumat ini, tugasan ini sangat membantu dalam memperkembangkan kemahiran pelajar dalam membuat rujukan dan mengakses maklumat.

PENDAHULUANMasyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Untuk itu, Buku Skrap Digital ini mengupas tentang beberapa upacara yang sering dijalankan oleh masyarakat India di Malaysia terutamanya. Antara upacara yang dijalankan oleh masyarakat India adalah upacara perkahwinan, kelahiran, akil baligh, pemberian nama, kematian dan pelbagai upacar yang lain lagi. Kesemua upacara ini telah menjadikan Malaysia sebuah Negara yang mempunyai

kepelbagaian budaya. Kepelbagaian budaya di Malaysia ini telah menjadikannya sebuah Negara yang menarik dan unik. Dalam Buku Skrap Digital ini juga ada menerangkan beberapa rasional yang difikirkan logik sesuatu kepercayaan dan perkara itu dilakukan bagi masyarakat India ini. Di samping itu juga, beberapa unsur-unsur penerapan dalam budaya yang dipelajari ditunjukkan dalam buku ini.

KANDUNGANHalaman Pengakuan Penghargaan

PendahuluanKandungan Upacara-upacara & Rasional Upacara & Rasional Perkahwinan Upacara & Rasional Akil Baligh Upacara & Rasional Kelahiran Upacara & Rasional Pemberian Nama Upacara & Rasional Kematian

PengenalanArus pemodenan yang sentiasa berubah-ubah langsung tidak menghalang masyarakat Hindu di Malaysia ini untuk mengekalkan adat tradisi perkahwinan mereka tetapi dipermudahkan dengan peredaran zaman. semoga perkahwinan ini mendapat kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Setiap pasangan dapat menghormati mentua masing-masing . Kedatangan menantu dalam sebuah keluarga mampu mendapat banyak tuah dan mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai Begitulah di antara kata-kata yang diungkapkan oleh seorang sami dalam bahasa Sanskrit sebaik kedua-dua mempelai selamat disatukan sebagai suami isteri. Untuk pengetahuan semua, upacara perkahwinan merupakan salah satu upacara yang terpenting dalam masyarakat Hindu. Menerusi kaca mata agama Hindu, setiap orang hanya boleh berkahwin sekali sahaja sepanjang hidup mereka. Kepercayaan mereka pula bahawa satu-satu perkahwinan tersebut adalah untuk sepanjang hayat mereka. Manakala, perkataan atau konsep cerai langsung tidak pernah wujud dalam masyarakat mereka. Dalam satu-satu perkahwinan, masayarakat India percaya bahawa pasangan yang bersatu berdasarkan thirumanam hendaklah secocok dari segi pemikiran, fizikal dan mental. Thiru bermaksud bersifat ketuhanan manakala manam beerti bersatu hati. Maka thirumanam membawa maksud sesebuah perkahwinan adalah penyatuan yang bersifat ketuhanan. Selain itu, dalam perkahwinan mereka lelaki haruslah lebih tua daripada pasangannya, perempuan. Menurut frasa Tamil, Thirumanam Sorgattil Niccayikkappadukiratu bermaksud perkahwinan dipercayai ditentukan di syurga manakala Kanavan Manaivi

Amaivatellaam Iraivan Kodutta Varam yang bermaksud jodoh dikurniakan oleh tuhan. Maka dapat dilihat bahawa masyarakat Hindu juga mempercayai kewujudan syurga yang memberikan mereka jodoh. Namun selepas berkahwin, suami atau isteri tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam upacara keagamaan tanpa disertai oleh pasangan mereka. Walau bagaimanapun, selepas seseorang itu berkahwin, mereka pasti mendambakan sesuatu dalam perkahwinan mereka, anak merupakan

satu perkara yang paling diingini oleh setiap pasangan. Daripada sudut pandangan masyarakat India, manusia ini perlu untuk mencapai Patinaaru Perukal iaitu enam belas jenis kekayaan atau anugerah. Antara anugerahnya ialah anak. Anak ini merupakan satu kekayaan yang amat berharga kepada mereka dan tiada galang gantinya. Walau bagaimanapun, dalam masyarakat India tetap mempunyai variasi daripada masyarakat lain. Terdapat beberapa jenis perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat ini. Antaranya ialah Tamil Tirumanam, Suyamariyaatait Tirumanam dan juga Vaitiigat Tirumanam.

Suyamariyaatait Tirumanam

Tamil Tirumanam

Vaitiigat Tirumanam

Jenis-Jenis Perkahwinan

Jenis-jenis perkahwinan Tamil TirumanamBagi masyarakat yang mengamalkan perkahwinan jenis ini amat menolak unsur pembacaan mantera dalam bahasa Sanskrit dan unsur api yang dianggap budaya orang Arya juga dilarang dalam masyarakat mereka. Dalam perkahwinan ini, puisipuisi suci Hindu dalam bahasa Tamil seperti teevaraam dan tiruvaasagam diucap ataupun dinyanyikan sebagai mantera dalam upacara. Golongan ini sangat mengutamakan bahasa Tamil mereka dalam upacara perkahwinan malah mereka menolak konsep Dewa Bhasya yang merujuk kepada bahasa Tuhan iaitu bahasa Sanskrit. Dalam perkahwinan ini, upacara dijalankan oleh seseorang yang mahir dalam bahasa Tamil serta dihormati oleh ramai orang. Selain itu, orang yang akan menjalankan upacara ini hendaklah berupaya untuk menyanyikan lagu-lagu suci dalam bahasa Tamil dengan baik. Akan tetapi, jika tiada golongan yang mahir untuk menjalankan upacara ini, sesiapa sahaja boleh mengetuai upacara perkahwinan ini dengan syarat orang tersebut dapat menyanyi lagu-lagu teevaaram dan

tiruvaasagam. Tambahan pula, walaupun perkahwinan jenis ini jarang sekali dijalankan di Malaysia, namun adat dan tradisinya tidaklah terlalu berbeza kerana dalam upacara perkahwinan jenis ini, penggunaan Thali sebagai rantai suci yang melambangkan penyatuan suami isteri masih lagi digunakan.

Suyamariyaatait TirumanamBerbeza dengan perkahwinan jenis Tamil Tirumanam, perkahwinan ini

kebanyakannya menolak upacara pemakaian Thali, sebaliknya lampu minyak Kuttu Vilakku yang dihidupkan. Tidak hanya menolak pemakaian Thali tetapi golongan mereka juga tidak menggunakan khidmat almanac Hindu untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan ini. Ketika berlangsungnya majlis, seseorang yang dihormati akan mengetuai majlis, manakala ibu bapa pengantin hanya berada di hadapan dan tetamu akan dialualukan oleh pengerusi majlis tersebut. Kemudian, setelah doa Iraivanakkam atau Lagu Tamil Vaaltu atau pemujian tamil dinyanyikan, majlis akan diserahkan kepada mana Inaippaalar yang akan bertanggungjawab untuk menjalankan upacara tersebut. Dalam perkahwinan ini, pengantin akan membuat ikrar atau membaca warkah persetujuan perikatan perkahwinan atau dsebut sebagai Oppantam Vaasital. Setelah itu, para hadirin yang hadir akan memberi restu kepada kedua-dua pasangan pengantin dengan berkata Manamakkal Vaalga serta menaburkan bunga-bungaan kepada mereka. Sebagai pengetahuan am, perkahwinan jenis ini dijalankan dalam golongan yang kebanyakannya adalah golongan yang tidak percaya kepada adat istiadat dan upacara perkahwinan yang panjang lebar dan meleret.

Vaitiigat TirumanamVaitiigat Tirumanam adalah antara jenis perkahwinan yang paling popular dan dikenali dalam masyarakat India di Malaysia. Upacara ini dijalankan dengan menurut teks-teks Hindu dengan dibantu oleh pedanda yang bertauliah yang akan sekaligus mengetuai upacara perkahwinan ini. Upacara perkahwinan ini juga boleh menunjukkan perbezaan menurut golongan etnik, subetnik serta sistem kasta. Menurut upacara perkahwinan ini, terdapat beberapa adat atau upacara yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum upacara perkahwinan ini dijalankan. Antara perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah merisik, mengunjungi rumah bakal pengantin, ikat janji, adat pemberian hadiah, adat penyediaan thali, adat mendirikan mukuurtta kaal, adat natanggu, kemudian baharulah upacara perkahwinan.

Merisik Upacara Perkahwinan Mengunjungi Rumah Bakal Pengantin

Adat Natanggu

Ikat Janji

Adat Mendirikan Mukuurtta Kaal Adat Penyediaan Thali

Adat Pemberian Hadiah

Adat sebelum berkahwin Adat sebelum berkahwinLangkah Merisik akan Upacara berlaku apabila seseorang lelaki

menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada ibu bapanya, ibu bapa tersebut atau saudara terdekat akan bertindak untuk merisik seseorang gadis yang akan diperisterikannya. Dalam upacara ini, beberapa aspek perlu diambil perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek umur, tahap pendidikan, rupa paras dan latar belakang keluarga juga 1. Merisik turut diambil kira. Aspek-aspek ini juga tidak dipandang ringan atau diabaikan. Pada kebiasaannya maklumat-maklumat ini tidak

diperoleh secara langsung tetapi memerlukan pihak-pihak yang melibatkan diri secara tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tersebut melalui sahabat handai dan saudara mara. Tetapi ada kalanya, orang tengah iaitu Tirumana Taragar akan banyak membantu dalam

menjayakan upacara ini.

Dalam upacara ini, bakal pengantin lelaki terlebih dahulu yang akan mengunjungi untuk melihat rumah sendiri bakal paras pengantin rupa dan

perempuan 2. Mengunjungi rumah bakal pengantin

perawakan calon isterinya. Ini dipanggil Pen Paarttal. Dalam upacara ini, rombongan pihak bakal pengantin lelaki perlu dating dalam jumlah yang ganjil walaupun dalam bilangan yang ramai. Rombongan tersebut akan turut membawa buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, bunga, buah-buhan serta serbuk kumkum. Ia

dikenali sebagai manggalap porutkal iaitu barang yang baik dan bertuah. Ia adalah untuk memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah bertujuan baik. Pihak perempuan akan menerima semua buah tangan tersebut sekiranya bersetuju dengan maksud rombongan tersebut. Akan tetapi sebaliknya apabila pihak perempuan tidak bersetuju, mereka akan melayan rombongan pihak lelaki sebagai tetamu dan tidak akan menerima buah tangan yang dibawa. Selain itu, Thirumanam Poruttam Paartal iaitu tilikan kecocokan bakal pengantin dijalankan sebelum melangsungkan perkahwinan. Kecocokan

pasangan ini adalah berdasarkan Jaatakam atau tilikan masa depan berdasarkan kiraan Pancaangam almanak Hindu masing-masing. Dalam tilikan tersebut, terdapat 21 aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan

kesesuaian pasangan bakal pengantin.

Upacara Niccayam ini dilaksanakan apabila kecocokan yang dibuat diterima oleh kedua-dua keluarga. Sama seperti semasa berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan, bilangan yang dating adalah dalam jumlah yang ganjil. Barang-barang bertuah turut dibawa bersama. 3. Ikat janji (Niccayam) Sejurus selepas kedua-dua pihak bersetuju, pengantara akan mengumumkan dengan rasminya ikatan tersebut. Sebagai tanda kedua-dua keluarga akan bertukar sirh pinang yang dikenali sebagai taambuulam marrutal. Selepas itu baharulah perkara-perkara seperti hari dan tarikh perkahwinan dibincangkan.

4. Adat pemberian hadiah (Parisam)

Dalam masyarakat India, Parisam seumpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan

menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah yang

ganjil juga. Tetapi hantaran ini mestilah disediakan oleh wanita yang bersuami atau Cumanggali. Selepas itu, upacara sembahyang dilakukan sebagai tanda permulaan upacara. Kemudian, bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Dalam masa yang sama, pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada Tuhan. Setelah itu baharulah pihak lelaki boleh melihat Puurana Kumbum dengan lebih dekat lagi. Adat ini sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu Parisam biasa atau Udan Parisam. Parisam biasa adalah

pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala Udan Parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama sebelah pagi sebelum upacara perkahwinan

dilangsungkan.

Thali merupakan satu symbol suci perkahwinan yang diikat pada leher pengantin perempuan. Digantungkan segumpal benang kuning yakni benang putih tetapi disalut kunyit cair. Terdapat pelbagai jenis Thali dan thali-thali ini adalah berbeza mengikut perbezaan tradisi keluarga atau 5. Adat penyediaan Thali (Tjirumaanggaly am) pun mazhab agama. Tujuh atau Sembilan hari sebelum perkahwinan, pihak lelaki akan membawa barang-barang bertuah dan bayaran bagi tukang emas untuk membuat thali. Thali yang telah siap dan di bawa ke rumah ditempatkan di bilik sembahyang. Kemudian dibuat sembahyang dikenali sebagai Thaalipadaiyal. Thali yang digunakan tidaklah wajib diperbuat daripada emas. Bagi yang kurang mampu ia boleh digantikan dengan kunyit. Kerana kunyit merupakan symbol kebaikan, tuah dan suci pada mereka.

Upacara ini pula dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Untuk menjalankan upacara ini sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan Mukuurttal Kaal. Dengan

mendirikan mukuurtta kaal ini menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Ia 6. Adat mendirikan mukuurtta kaal didirikan bertujuan untuk mendapatkan perlindungan dan limpah kurnia tuhan. Dalam upacara ini juga sembilan jenis bijirin dikenali Navataaniyam ditaburkan pada kaki Mukuurtta Kaal serta lampu minyak dihidupkan sehingga selesai upacara. Dan kemudian Navataaniyam ini akan bertunas selepas beberapa hari sebagai ikrar kepada alam semula jadi bahawa pengantin akan menghormati alam. Kepentingan menjaga alam ditekankan supaya kehidupan aman damai.

Upacara ini pula dilakukan di kedua-dua rumah pengantin lelaki dan juga perempuan. Ia dibuat bertujuan untuk membuang sial serta angkara pengkhianatan orang ataupun dikenali sebagai Kanneeru Kalittal.. dalam upacara ini pengantin akan duduk di atas bangku menghadap matahari terbit. Kedudukan ini dianggap bertuah 7. Adat Nalanggu kerana menandakan kelahiran matahari

menerangi dunia juga diharap untuk menerangi kehidupan mereka. Upacara ini dilakukan selama dua atau empat kali (sekali sehari) sebelum hari perkahwinan dan sekali lagi sewaktu upacara perkahwinan. Walau bagaimanapun perbelanjaan upacara ini ditanggung oleh ibu bapa pada hari pertama. Manakala hari-hari berikutnya ditanggung oleh saudara mara. Ini merupakan adat yang harus ditunaikan oleh keluarga terdekat.

Dalam

upacara

perkahwinan

pedanda

yang

akan

memulakan upacara dengan sembahyang memohon restu daripada Dewa Ganesha supaya majlis perkahwinan berjalan lancar. Kemudian Pavitram iaitu cincin yang diperbuat daripada rumput tarppai dipakaikan kepada maappillai iaitu pengantin lelaki. Kemuidan pedanda pula akan mengikat kappu iaitu tali berwarna kuning di pergelangan tangan maapillai. Manakala, di pintu masuk pula, maapillai toolan atau pengapit pengantin lelaki akan memakaikan cincin jari kaki. Namun sebelum itu kaki kaapillai diletakkan di atas batu giling. Simbolik

penggunaan batu giling ini adalah untuk mengingatkan maapillai supaya tabah hati dan berpegang teguh pada perkahwinan seperti teguhnya batu giling. Cincin itu pula menandakan bahawa orang yang memakainya telah 8. Upacara perkahwinan berkahwin. Setelah itu, pedanda memulakan poojai-poojai apabila maapillai berada di atas manavarai dan ponnu (pengantin perempuan ) di sebelahnya. Selesai upacara tersebut, upacara memuja tapak kaki ibu bapa dilakukan oleh pasangan pengantin kepada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, dulang berisi atchatai dibawa kepada tetamu untuk mendapatkan restu sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Sewaktu upacara mengikat thali

berlangsung, adik perempuan maapillai akan berdiri di belakang maapillai dengan mengangkat lampu minyak sebagai tanda peringatan kepada maapillai bahawa tuhan menjadi pengantin saksi perkahwinan tersebut. Setelah itu,

akan bangun

daripada monavarai untuk

mengelilingi api sebanyak tiga kali. Selesai upacara di rumah pengantin perempuan,

Pengantin perempuan diberikan sebiji kelapa yang telah dibersihkan dan disapu kunyit serta dibalut dengan kain

kuning sebelum berangkat ke rumah pengantin lelaki. Akhir sekali, campuran minuman susu dan pisang diberikan kepada pengantin. Maapillai akan meminum separuh dan bakinya diminum oleh ponnu. Ia adalah untuk menghilangkan perasaan malu dan segan di antara pengantin.

RASIONAL UPACARA PERKAHWINANDalam upacara perkahwinan masyarakat India sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan upacara perkahwinan kaum masyarakat melayu. Jika di lihat menerusi kaca mata konsep budaya.

Sejagat

Mempunyai persamaan ataupun upacara tersebut dikatakan berkongsi dengan kaum masyarakat india Juga mempunyai adat merisik, mengikat janji, menziarah rumah dan sebagainya Seorang guru boleh menerapkan kepada murid bahawa walaupun masyarakat kita berbilang kaum, tetapi masih ada lagi perkara yang mempunyai kesamaan dan hanya yang membezakannya ialah kepercayaan mereka terhadap sesuatu perkara tersebut. Sebagai murid haruslah sentiasa mempelajari setiap perkara yang baharu dan menerima kesamaan berikut dengan positif.

Perkahwinan hanya sekali

Menurut kepercayaan masyarakat india, seorang hanya boleh berkahwin sekali dan perkahwinan tersebut adalah untuk sepanjang hayat. Rasionalnya kepercayaan tersebut adalah untuk menghormati wanita dan menggalakkan kesetiaan lelaki terhadap isterinya. Guru perlu menekankan kepada murid bahawa setiap kepercayaan masyarakat adalah berbeza. Sebagai contoh masyarakat islam boleh berkahwin melebihi satu. Ini tidak bermaksud bahawa islam tidak menghormati wanita tetapi ia merupakan satu kelebihan kepada lelaki yang mampu menjaga lebih daripada seorang isteri. Rasionalnya pula adalah wanita lebih ramai berbandingg lelaki di dunia ini.

Penggunaan bahasa tamil

Masyarakat ini menggunakan bahasa tamil dalam keseluruhan upacara. Menolak kondep dewa bhasya yang merujuk kepada bahasa tuhan iaitu bahasa sanskrit. Rasionalnya ialah, penggunaan bahasa ibunda mereka dalam menjalankan upacara yang penting Sebagai guru, seharusnya untuk menggalakkan murid-murid menunjukkan identiti golongan masyarakat masing-masing dan sentiasa berbangga dengan sekolah dan tempat mereka.

PengenalanPuuppeitutal beerti mencapai baligh ataupun puberty bagi anak perempuan. Anak perempuan yang mendapat haid pada kali pertama disebut juga Ruthu Adaotal Danvayatukku Varutal. Perempuan yang mencapai baligh sangat beerti kerana ini menandakan seseorang perempuan itu berkeupayaan untuk menjadi bakal seorang ibu. Puuppeitutal selalunya disambut baik dan kebiasaannya berlaku dalam linkungan umur anak 9-13 tahun tetapi bergantung juga kepada keadaan biologi anak perempuan tersebut. Sebagai Ibu bapa, mereka harus lebih berhati-hati dalam menjaga anak perempuan yang telah baligh kerana mereka bukanlah lagi kanak-kanak. Selepas mendapat haid, anak perempuan unu akan mengalami beberapa perubahan dari segi fizikal mahupun emosi. Dan menurut masyarakat India juga, sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai baligh, ibu bapa akan mula mencari jodoh untuk mereka. Oleh itu, Puuppeitutal merupakan salah satu usaha ke arah mencari jodoh bagi anak yang sudah baligh. Upacara ini boleh disifatkan sebagai pengumuman rasmi kepada saudara mara bahawa anak mereka telah bersedia untuk berkahwin. Semasa upacara ini dijalankan, ia merupakan kali pertama anak perempuan memakai sari.

Puuppeitutal

Kucci koluttatutal

Tiratti sutrutal

Kurukku maalai/ kalungan songsang

PuuppeitutalSebaik sahaja anak perempuan mencapai baligh, mereka diasingkan daripada keluarga. Selalunya dibuatkan tempat khas untuk mereka yang dinamakan pondok hijau. Taai maaman dijemput untuk membuat tikar tersebut. Daun hijau pokok dianyam seperti tikar untuk tujuan membuat pondok. Dikenali sebagai Paccai Kudicai Kattutal/Poodutal. Mereka juga dilarang keluar rumah sekurang-kurangnya dalam masa sembilan hari. Pada waktu petang hari pertama anak ini akan bermandi adat. Air kunyit yang ditaburkan bunga-bungaan wangi digunakan. Simboliknya bunga menandakan keharuman kehidupan yang bakal dilalui. Semasa upacara ini, anak tadi didudukkan di atas bangku kecil mengarah ke matahari terbit. Simboliknya melambangkan doa supaya kehidupan baru anak tadi lebih terang dan berguna. Seorang demi seorang pengendali upacara akan menuangkan air yang disediakan ke atas kepala anak tersebut. Lubang-lubang yang banyak pada penapis yang digunakan itu menyebabkan air turun sebagai hujan ke atas kepala anak tersebut. Simboliknya pula ialah hujan adalah satu anugerah Tuhan yang dianggap amat penting kerana ia menyuburkan tanah dan memelihara segala kehidupan di dunia. Manakala air yang dituang di atas kepala anak tersebut dipercayai memastikan kesuburannya serta memupuk sifat keibuannya.

Duduk menghadap matahari terbit

Melambangkan doa supaya kehidupan baru anak tadi lebih terang dan berguna

Lubang-lubang sebagai penapis di atas kepala seperti air hujan yang turun

Simboliknya pula ialah hujan adalah satu anugerah tuhan yang dianggap amat penting kerana ia menyuburkan tanah dan memelihara segala kehidupan di dunia.

Kucci koluttatutalUpacara ini dilakukan pada hari kesembilan seseorang anak perempuan tersebut mencapai haid. Pondok hijau pula akan dibuang sebelum matahari terbit. Manakala daun kelapa dibakar bersama pakaian anak dara selama sembilan hari yang pertama, termasuklah pembakaran cadar, bantal dan lain-lain. Simboliknya barangbarang ini dibakar adalah untuk membuang kekotoran. Setelah itu baharulah anak perempuan ini boleh berkongsi bilik dengan anggota keluarga yang lain. Upacara kucci koluttatutal ini akan dilaksanakan sendiri oleh bapa ataupun Taai Maaman. Ia beerti berakhirnya pantang pergaulan dalam kalangan ahli-ahli keluarga.

Semua pakaian selama 9 hari dibakar. Simboliknya barang-barang ini dibakar adalah untuk membuang kekotoran.

Tiratti sutrutalIni merupakan upacara menamatkan pantang dan ia boleh diadakan pada hari keenam belas ataupun ketiga puluh. Akan tetapi sebenarnya tiga puluh hari merupakan waktu pantang bagi keluarga apabila anak perempuan mencapai haid pertama. Sepanjang waktu ini, mereka dilarang mengunjungi kuil atau menyertai sebarang upacara keagamaan kerana masih dianggap kotor. Selain itu, lampu minyak di tempat sembahyang dalam rumah juga dipadamkan bagi jangka masa tiga puluh hari ini. Upacara ini merupakan upacara terakhir dalam puuppeital. Ada kalanya pedanda atau seorang wanita tua yang bersuami dijemput untuk menjalankan upacara ini. Manakala, Taai Maaman pula diwajibkan untuk membawa hadiah atau Eervarisai. Pelbagai barangan seperti sirih pinang, kelapa, bunga, kumkum, barang-barang perhiasan, sari, manisan dan pelbagai lagi diarak masuk oleh wanita bersuami diketuai oleh taai maaman. Di rumah anak dara pula, lampu minyak dihidupkan kembali setelah dimatikan selama tiga puluh hari. Upacara ini akan dilakukan oleh tiga atau lima orang wanita yang bersuami. Antara barang yang perlu disediakan untuk upacara ini ialah air sebuyung kecil, lampu minyak, anak batu giling, kuih berbentuk leper dibuat daripada tepung beras serta dulang aalatti iaitu dulang yang diisikan dengan air kunyit yang dicampur dengan kapur sirih atau jus limau. Kapur barus pula dihidupkan di atas sirih. Setiap pengendali upacara akan menyapukan cendana pada pipi dan tangan anak dara. Kemudian, barangan tadi diangkat dan dilingkar ikut arah jam di hadapan anak dara dan dilambai sebanyak tiga kali. Akhir sekali aalatti dilingkar dan dilambai serta air dalam dulang tersebut disapu sedikit pada dahi anak dara. Adai merupakan sesuatu yang khas bagi upacara ini. Adai diletak pada pangkal kaki kanan, bahu kanan, atas kepala, bahu kiri, dan di pangkal kaki kiri. Adai ini dipercayai dapat membuang sial anak dara. Batu giling pula melambangkan kehamilan dimana ia merupakan tanda berdoa supaya anak perempuan itu memperoleh anak selepas berkahwin.

Kurukku Maalai/ Kalungan SongsangSelepas upacara Tirutti Sutrutal, Taai Maaman akan menyerahkan hadiahhadiahnya kepada anak dara. Sebagai permulaan, sari hantaran akan dipakai oleh anak dara. Kemudian taai maaman memakaikan kurukku maalai iaitu dua kalungan bunga. Satu dipakai dari bahu kanan ke arah kiri dan satu lagi dari bahu kiri ke arah kanan. Kalungan ini tidak boleh dimasukkan begitu sahaja kerana menurut adat dan ajaran Hindu kalungan tersebut seumpama dibuat oleh suami. Seterusnya upacara mendapatkan restu, anak dara mendapatkan restu ibu bapa dan Taai Maaman. Kemudian diikuti dengan pemberian hadiah oleh para hadirin. Kesemua ini dilakukan supaya anak dara dapat memberi barang-barang keperluan. Akhirnyya seperti biasa jamuan makan sayut-sayuran akan menandakan tamatnya upacara puuppeitutal.

RASIONAL UPACARA AKIL BALIGH

Pengumuman Rasmi

Menurut kepercayaan india, anak perempuan yang kali pertama baligh akan dibuat pengumuman rasmi kepada semua. Ini adalah untuk memberitahu kepada semua bahawa anak mereka telah bersedia untuk berkahwin. Rasional bagi kepercayaan ini adalah ibu bapa ingin menyatakan kepada semua bahawa anak mereka boleh melahirkan anak dan subur. Juga ingin memberitahu bahawa anak mereka telah matang dari segi fizikal dan juga emosi. Seorang guru harus peka terhadap perubahan yang berlaku terhadap murid-murid. Guru juga menjadi satu medium dimana murid boleh mendapatkan nasihat dan bimbingan terutamanya bagi murid yang bakal meningkat remaja. Bagi murid yang telah mencapai akil baligh, seorang guru sepatutnya sentiasa melihat dan membataskan pergaulan mereka terutamanya pergaulan lelaki dan perempuan.

Pembinaan pondok dengan menggunakan daun hijau pokok kelapa

Kepercayaan masyarakat india dimana daun hijau dipercayai tidak dapat didekati oleh kuasa-kuasa jahat dan makhluk halus. Daun ini juga dipercayai dapat mengelakkan bakteria atau kuman di pondok merebak keluar Akan tetapi, rasionalnya kepercayaan ini sebenarnya adalah kerana pada zaman dahulu pondok ini didirikan kerana tiada bilik khas di rumah untuk menempatkan anak perempuan yang sudah akil baligh. Selain itu, rasional juga kepercayaan ini adalah untuk mengasingkan anak yang berada dalam fizikal yang kotor berada di dalam rumah bersama ahli keluarga yang lain. Guru perlu menerapkan sikap menerima tanpa syarat dimana murid yang telah mencapai akiil baligh mungkin akan mempunyai bentuk fizikal yang berbeza dengan murid yang belum akil baligh. Oleh itu, tugas guru untuk mendedahkan kepada murid kenapa perkara tersebut berlaku dan setiap orang yang bergelar perempuan akan mengalaminya. Guru juga perlu sentiasa menerapkan unsur menjaga kebersihan diri terutamanya untuk memastikan fizikal dan mental murid sentiasa segar dan tiada gangguan.

PengenalanAnak adalah anugerah Tuhan yang amat berharga bagi pasangan suami isteri. Pasangan yang mendapat anak dianggap bertuah. Lebih-lebih lagi mereka telah dikatakan telah mencapai salah satu tujuan penting perkahwinan mereka. Bagi masyarakat India (Hindu), seseorang dikatakan mencapai salah satu objektif kelahirannya apabila dia mendapat anak. Oleh kerana anak membawa kebahagiaan, kegembiraan, komitmen kerohanian dan kekeluargaan serta mengharumkan nama ibu bapa, maka ia dikenali sebagai cahaya mata. Terdapat dua peringkat dalam upacara adat kelahiran iaitu peringkat mengandung dan juga bersalin.

Peringkat mengandung

Peringkat bersalin

Kelahiran

Peringkat Mengandung

Valaikaappu Ciimantam

ValaikaappuUpacara ini merupakan upacara pemakaian gelang tangan baru bagi wanita yang mengandung. Simboliknya upacara ini adalah menandakan pemberian perlindungan tambahan kepada bayi dalam kandungan daripada kjahat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melindungi ibu mengandung supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan sewaktu bersalin. Kebiasaannya upacara ini dijalankan pada bulan ketujuh atau kesembilan mengandung. Ia juga dikenali sebagai Suulkaappu. Suul beerti kandungan ibu, manakala kaappu bermaksud perlindungan Upacara ini akan diadakan pada hari dan masa yang baik ditentukan menurut almanak Hindu. Upacara ini boleh diadakan di rumah suami atau ibu bapa. Tetapi kebiasaannya diadakan di rumah ibu bapa. Upacara ini juga banyak melibatkan kaum wanita. Namun yang mengambil bahagian dalam upacara ini ialah seorang wanita cumanggali iaitu wanita yang berkahwin dan suaminya masih hidup dan juga mempunyai anak. Setelah cumanggali berkumpul, ciir iaitu hadiah kepada ibu mengandung diatur di atas dulang. Ini termasuklah barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta

pelbagai manisan. Setiap barang di atur di atas dulang yang berasingan. Dan dulang pula haruslah dalam jumlah yang ganjil. Tetapi bagi orang biasa selalunya menyediakan ciir dalam tiga atau lima buah dulang sahaja. Selain gelang kaca yang dipakaikan kepada ibu mengandung dalam upacara ini, terdapat lagi dua jenis gelang tangan, satu diperbuat daripada pancalogam iaitu campuran lima jenis logam dan satu lagi diperbuat daripada emas dan boleh jadi lebih daripada satu mengikut kemampuan masing-masing. Namun, selepas anak dilahirkan, gelang tangan emas ini akan dilebur dan dibuat perhiasan bagi bayi yang baru dilahirkan dan dipakaikan pada hari pemberian nama. Setelah itu, kesemua ciir diletakkan di ruang tamu dan ibu mengandung dimandikan. Upacara ini dikenali sebagai Mutugu Niir (Kulittal) iaitu upacara mencurahkan air dan sebagainya pada bahagian belakang badan. Ibu mengandung tadi didudukkan di dalam bilik mandi. Beberapa orang cumanggali dalam bilangan ganjil akan mengelilingi ibu mengandung. Susu, kunyit, air kelapa muda, air mawar dan juga air biasa yang dimasukkan bunga-bungaan dicucurkan pada belakang ibu. Selepas mandi pula, ibu mengandung akan dihiaskan seperti dihias pada hari perkahwinan. Kalungan bunga dikalungkan oleh suami kepada isterinya. Ibu mengandung biasanya memakai sari perkahwinannya semasa upacara ini. Seterusnya lampu minyak dinyalakan sebagai menandakan kehadiran restu Tuhan dan permulaan upacara. Beberapa jenis makanan disediakan bagi ibu mengandung termasuklah beberapa jenis nasi seperti nasi minyak, nasi masam, nasi tairu, nasi limau, nasi manis, nasi susu dan sebagainya. Bilangan nasi hendaklah ganjil. Selain itu beberapa jenis sambal dan kuih muih turut disediakan. Barang-barang tersebut diatur dan upacara dimulakan dengan sembahyang. Sebagai permulaan krim cendana disapu pada kedua-dua belah tangan serta pipi ibu mengandung. Kumkum pula diletakkan di dahi dan beberapa gelang tangan dipakaikan. Seterusnya upacara aalatti dilakukan. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali lalu diputarkan mengikut arah jam sebanyak tiga kali dan dilambai sebanyak tiga kali lagi di hadapan ibu. Salah seorang cumanggali akan mencelupkan

ibu jarinya ke dalam air aalatti lalu meletakkannya pada dahi ibu mengandung. Setelah itu, air tersebut dibuang di hadapan pintu rumah. Upacara seterusnya ialah upacara ibu mengandung memakan salah satu jenis nasi yang disediakan. Nasi-nasi tersebut diletakkan di atas daun pisang berasingandan kemudian dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Ibu mengandung akan memilih satu bungkusan sahaja. Jika bungkusan yang dibukanya ialah bungkusan nasi manis, dipercayai dia akan melahirkan anak perempuan, tetapi jika bungkusan selain daripada nasi manis dipercayai akan melahirkan anak lelaki. Selesai sahaja upacara ini, ibu mengandung akan meminta restu daripada suami, ibu bapa, mentua dan orang tua dalam keluarga. Selepas upacara valaikaappu ini, ibu mengandung akan berada di rumah ibu bapa sehingga sebulan selepas bersalin. Talaipirasavam merupakan nama lain bagi yang mengandung dan melahirkan anak sulung. Ibu yang melahirkan anak sulung dengan selamat dikatakan sedang meneruskan kehisupan yang kedua ataupun kelahiran semula. Talaippirasavam dipercayai tinggi risikonya. Upacara Valaikaappu pula hanya dilakukan untuk talaippirasavam sahaja.

Kesemua ciir diletakkan di ruang tamu dan ibu mengandung dimandikan

Ibu mengandung akan dihiaskan seperti dihias pada hari perkahwinan

Krim cendana disapu pada kedua-dua belah tangan serta pipi ibu mengandung. Kumkum pula diletakkan di dahi dan beberapa gelang tangan dipakaikan.

Meminta restu daripada suami, ibu bapa, mentua dan orang tua dalam keluarga

Memakan salah satu jenis nasi yang disediakan

Upacara aalatti

CiimantamCiimantam merupakan upacara menyikat rambut belah tengah bagi ibu mengandung. Ia dilakukan pada bulan keenam atau kelapan seseorang ibu mengandung. Ia merupakan salah satu adat samskara iaitu upacara penyucian Hindu yang selalunya diamalkan oleh orang-orang Brahmin Hindu di India Selatan. Juga dikenali sebagai Mutugu Niir Kulittal dalam kalangan masyarakat India. Pada mulanya, api dihidupkan menurut upacara tertentu api ini dikenali sebagai yagattii iaitu api pengorbanan dan bahan-bahan persembahan seperti bijirin, minyak sapid an sebagainya dimasukkan. Persembahan ini dipercayai akan sampai kepada Tuhan. Wanita yang mengandung akan didudukkan mengarah ke timur. Rambut wanita mengandung dibelah tengah oleh suami. Kemudian upacara menyapu minyak di atas kepala ibu diadakan. Sejenis rumput (tarppa-pul) dicelupkan ke dalam minyak. Rumput tersebut digunakn untuk menyapu minyak di kepala ibu mengandung. Setelah itu, mantera dibacakan dan diikuti dengan pemakaian serbuk kumkum di dahi ibu mengandung tadi oleh suaminya. Akhirnya kedua-dua suami isteri akan mengelilingi api sebanyak tiga kali mengikut arah jam. Upacara ini biasanya dikendalikan oleh pedanda yang bertauliah. Tujuan upacara ini ialah untuk berdoa kepada tuhan bagi melindungi ibu dan kandungannya serta mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu bersalin. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan anak lelaki. Akan tetapi, upacara sebegini membolehkan seseorang ibu mendapat perhatian ramai dan layanan baik serta mesra. Ini menyenangkan hati ibu tadi.

Peringkat BersalinBagi peringkat bersalin pula, waktu kelahiran bayi dicatat dengan tepat. Waktu ini digunakan untuk mengenali kedudukan planet-planet sewaktu bayi dilahirkan. Ini diketahui dengan bantuan almanak Hindu. Menurut kepercayaan orang Hindu, kedudukan planet sewaktu kelahiran seseorang bayi akan mempengaruhi bayi tersebut dari segi mental, fizikal dan rohani. Catatan waktu kelahiran juga dilakukan bagi tujuan memberikan nama kepada bayi, menilik nasib bayi dan untuk tujuan keagamaan. Menurut amalan orang Hindu yang berpendidikan agama, nama tuhan dibisik kepada telinga bayi sebelum tali pusatnya dikerat. Zaman sekarang yang tidak membenarkan sesiapa pun memasuki bilik bedah kecuali ibu yang akan melahirkan dan suami menyebabkan nama tuhan akan dibisikkan secepat mungkin selepas bayi dibenarkan untuk dilihat. Oleh itu, nama Tuhan boleh dibisikkan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan agama ataupun orang yang tertua dalam sesebuah keluarga. Manakala tali pusat yang dikerat tidak boleh dibuang begitu sahaja. Uri atau tembuni selalunya ditanam di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Serbuk kunyit dan garam dapat membunuh kuman. Bau busuk dapat dielakkan supaya anjing dan kucing tidak mengoreknya. Bahan-bahan lain juga disertakan supaya uri atau tembuni tadi tidak dapat digunakan untuk ilmu sihir.

RASIONAL UPACARA KELAHIRAN

Pemakaian gelang

Masyarakat india mempercayai pemakaian gelang menandakan pemberian perlindungan tambahan kepada bayi, selain daripada untuk melindungi ibu mengandung supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa bersalin. Rasional upacara ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyenangkan hati ibu mengandung yang sedang susah hati menunggu waktu bersalin. Tambahan lagi kandungan pertama. Guru perlu menyatakan kepada murid, wajar sekiranya kita membahagia dan menceriakan seseorang yang sedang dalam kegusaran.

Talaipirasavam

Dipercayai ibu yang melahirkan anak sulung akan mengalami kehidupan yang kedua atau pun kelahiran semula. Rasional kepercayaan ini adalah bahawa ibu yang bersalin telah menjalankan satu tanggungjawab yang besar apabila melahirkan anak terutamanya anak yang sulung kerana tinggi risiko untuk melahirkan anak. Sebagai guru, seharusnya untuk sentiasa memperingati murid-murid agar menghormati dan menyayangi ibu yang telah melahirkan mereka kerana berat tanggungjawab seorang ibu yang melahirkan mereka.

Kepercayaan ini dan juag suami akan mengalungkan kalungan bunga kepada si isteri pada upacara kelahiran Rasionalnya adalah untuk menyambut dan memberi pertama dan Ibu mengandung sokongan kepada ibu mengandung kaliterhadap isteri juga menunjukkan penghargaan suami dihias seperti yang sanggup berkorban mengandungkan anak semasa mereka. perkahwinan Penerapan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan perlu ditekankan oleh guru dalam pengajaran terhadap murid.

PengenalanUpacara pemberian nama didahulukan dengan beberapa upacara yang berkaitan dan dirasakan penting terlebih dahulu seperti upacara menamatkan pantang, pemujaan dewi sembahyang dan meletakkan bayi ke dalam buaian. Pemujaan ini akan diikuti dengan upacara meletakkan bayi dalam buaian dan pemberian nama. Biasanya upacara ini diketuai oleh ahli keluarga yang tertua. Walau bagaimanapun, mereka yang berpengetahuan agama menolak pemujaan dewi kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Hindu. Sebaliknya mereka akan mengadakan sembahyang sebagai tanda syukur kepada Tuhan yang mengurniakan cahaya mata yang dinanti-nanti serta untuk berdoa untuk

keselamatan serta kebahagiaan bayi dan keluarganya. Upacara ini biasanya diadakan pada hari keenam belas atau hari ketiga puluh dikira dari hari kelahiran. Sekiranya upacara ini dilakukan pada hari keenam belas, pantang berkaitan dengan ibu terus diamalkan sehingga hari ketiga puluh di mana suatu upacara ringkas diadakan untuk menamatkan pantang. Termasuklah penyucian diri, rumah serta halaman. Dan sekiranya diadakan pada hari ketiga puluh pula, maka upacara menamatkan pantang turut diadakan pada hari yang sama. Akan tetapi terdapat variasi terhadap hari ini. Terdapat yang mengatakan sekiranya upacara diadakan pada hari keenam belas, pagi hari itu juga pantang ditamatkan seterusnya pada hari ketiga puluh ibu dan anak akan pergi ke kuil serta mengadakan sembahyang.

Pemujaan Dewi

Pemberian nama

Menamatkan pantang / tiittu kalittal

Upacara meletakkan bayi dalam buaian

Pemujaan DewiUpacara pemujaan Dewi ini adalah untuk memohon perlindungan untuk bayi. Upacara ini beserta bahan-bahan pemujaan untuk Dewi Pecciyamman dan Dewi Katteeri merupakan suatu tradisi lama. Menurut kepercayaan masyarakat India, Dewi-dewi ini dipercayai akan melindungi bayi sekiranya dipuja dengan bahan-bahan persembahan. Upacara pemujaan Dewi Kaatteeri selalunya diadakan pada hari keenam belas. Suatu tempat di luar dibersihkan dan lampu minyak dinyalakan. Bahan-bahan seperti masakan kari ayam betina, telur rebus, ikan kering, minuman keras serta nasi dan buah-buahan disediakan. Pemujaan ini bersifat menenangkan dewi kaatteeri supaya ia tidak mengganggu bayi yang baru lahir. Dewi ini dikatakan akan melindungi bayi di luar rumah. Manakala Dewi Pecciyamman dipercayai akan menjaga bayi di dalam rumah. Pemujaan di dalam rumah dilakukan di ruang tamu. Bayi dibaringkan di hadapan bahan-bahan persembahan tadi dan orang tua di rumah memohon kepada dewi supaya melindungi anak tersebut.

Dewi Pecciyamman

Pemujaan di dalam rumah dilakukan di ruang tamu Menjaga bayi di dalam rumah

Dewi Katteeri

Suatu tempat di luar dibersihkan dan lampu minyak dinyalakan Melindungi bayi di luar rumah

Menamatkan Pantang / Tiittu KalittalUpacara ini kebiasaannya diadakan pada hari ketiga puluh kelahiran bayi. Ada kalanya diadakan pada hari keenam belas. Pada pagi upacara menamatkan pantang, rumah serta halaman dibersihkan. Sebelum mengadakan sembahyang, ibu dan anak beserta suami akan pergi ke kuil. Ini adalah kali pertama seorang ibu ke kuil selepas bersalin. Sembahyang diadakan di kuil. Selalunya bayi dibaringkan di hadapan patung suci di kuil. Seterusnya pedanda akan menjalankan sembahyang dengan membaca mantera-mantera. Kemudian dia akan merestui bayi dengan menyapu debu suci (tiruniiru) pada dahi bayi sebagai menyampaikan limpah kurnia Tuhan kepada bayi dan ibu bapanya. Sekembalinya dari kuil, sembahyang diadakan di rumah. Ini menandakan berakhirnya upacara menamatkan pantang dalam kalangan orang India di Malaysia. Sesetengah golongan yang berpengetahuan agama serta berada menjalankan upacara ini dengan bantuan pedanda yang bertauliah. Pada waktu petang, sebagai persediaan bagi upacara sembahyang seorang pedanda bertauliah dijemput untuk mendirikan puurana kumbam (buyung) serta membuat lain-lain persediaan yang diperlukan. Apabila tiba masa bertuah, suami dan isteri bersama bayi didudukkan bertentangan dengan pedanda, iaitu di sebelah kanan puurana kumbam. Selepas melakukan pelbagai upacara sembahyang, pedanda akan menggunakan daun pokok mangga untuk merenjiskan air dari puurana kumbam ke seluruh rumah. Air tersebut dianggap suci dan dapat menolak bala. Dan seterusnya bayi dibawa ke kuil oleh ibu bapa untuk sembahyang.

Upacara meletakkan bayi dalam buaianUpacara ini dijalankan setelah upacara menamatkan pantang selesai sebenarnya upacara menamatkan pantang dan upacara meletakkan bayi ke dalam buaian dianggap sebagai sebahagian daripada upacara menamakan bayi. Dalam upacara ini buaian disediakan dengan menggunakan sari perkahwinan. Selalunya sari perkahwinan adalah mahal serta penuh dengan sulaman dan sebagainya. Oleh itu, kurang selesa bagi bayi. Selain itu, sari perkahwinan akan rosak jika diikat menjadi buaian. Oleh itu, suatu sari yang lain digunakan untuk tujuan ini. Walaupun buaian moden dibeli, namun bayi tadi dimasukkan dalam buaian sari untuk seketika. Sebelum menjalankan upacara ini, bayi tidak dimasukkan ke dalam buaian. Selalunya bayi dibaringkan di atas lapisan kain ataupun di atas tilam. Kebiasaannya upacara ini tidak melibatkan pedanda tetapi mereka yang berpengetahuan agama dan berpegang teguh pada tradisi akan menjemput pedanda. Pedanda akan mendukung bayi tersebut dengan membaca manteramantera tertentu lalu diserahkan kepada orang tua di rumah. Mereka akan merestui anak tersebut dengan kata-kata pujian serta menghadiahkan barangan berbentuk rantai serta cincin emas. Kemudian datuk dan nenek bayi tersebut atau orang yang paling tua dalam keluarga akan memasukkan bayi ke dalam buaian serta mengayunkan buaian perlahan-lahan.

Pedanda membacakan mantera

Diserahkan kepada orang tua di rumah

Merestui bayi

Orang yang paling tua memasukkan bayi ke dalam buaian.

Pemberian NamaUpacara pemberian nama ini dibantu oleh pedanda. Jika pedanda dijemput beliau akan menjalankan upacara menamatkan pantang dan seterusnya mendukung bayi setelah mengetahui nama bayi lalu menyebutnya dengan mendoakan limpah kurnia Tuhan kepada bayi dan keluarga. Seterusnya datuk dan nenek bayi di pihak bapa akan menerima bayi serta mengucapkan kata-kata restu lalu memakaikan barang kemas dan menyebutkan nama bayi. Setelah itu, saudara mara akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan menghadiahkan pelbagai hadiah termasuk barang kemas bagi bayi. Pada hari pemberian nama inilah tali dipinggang atau Arainyaan Kayiru diikat kepada bayi. Mereka yang mampu akan membuat Arainyaan Kayiru daripada emas atau pun perak. Kalau tidak mampu tali biasa sudah mencukupi. Arainyaan kayiru selalunya dihadiahkan oleh datuk dan nenek bayi bagi pihak ibu.

RASIONAL UPACARA PEMBERIAN NAMA

Pemujaan dewi

Pemujaan dewi pecciyamman dan dewi katteeri Menurut kepercayaan masyarakat india dahulu, dengan menjalankan upacara pemujaan dewi-dewi ini, bayi mereka yang baharu dilahirkan akan sentiasa dijaga oleh dewi tersebut di dalam atau di luar rumah. Rasional upacara ini dijalankan adalah kerana si ibu bapa bimbang dan khuatir akan keselamatan anak mereka yang baru dilahirkan. Dan ibu bapa ini mahu anak mereka sentiasa selamat walau di mana sahaja mereka berada. Guru boleh menerapkan kepada murid-murid aspek keselamatan yang perlu sentiasa dititikberatkan oleh mereka apabila berada di dalam atau berada di laur kawasan rumah mereka.

Sari perkahwinan sebagai buaian

Masyarakat india yang menyambut upacara pemberian nama bagi bayi mereka akan menggunakan sari perkahwinan mereka sebagai buaian pertama kepada bayi mereka. Rasional perbuatan ini adalah untuk menunjukkan kepada semua dan bayi bahawa hari tersebut juga merupakan hari yang bermakna dan bahagia sama seperti hari mereka melangsungkan ikatan perkahwinan. Seorang guru boleh menerapkan kepada muridmurid tentang pemberian yang terbaik kepada orang yang disayangi. Sebagai contohnya, semasa upacara ini, kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka sehingga sanggup menggunakan sari perkahwinan yang sangat bermakna kepada mereka dan juga sari yang mahal dan cantik untuk dijadikan buaian mereka. Penerapan unsur memberi dengan ikhlas dan juga beri yang terbaik kepada murid adalah satu kemestian.