adat istiadat perkahwinan kaum india

19
1.0 ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA 1.1 Pengenalan Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang tel ah menyumbang ke arah pembent ukan sebuah mas yar akat maj muk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih men gekalkan kebu day aan ter sebut sehing ga kini. Ada t res am yang dia mal kan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini  jelas terlihat d alam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Melalui jejak sejarah, orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa  pemerintahan British di Tanah Melayu. rang india telah berhijrah ke Malaysia sejak !""" tahun yang lalu. #edatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti $hitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang %ortugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan. %ada tahun !""&,orang India merupakan lebih kurang '( daripada jumlah  penduduk di Malaysia )sekitar *.+ juta rakyat. 1.2 Perkahwinan Masyaraka In!ia %erkahwi nan dalam bahasa indi a di sebut Thirumanam yan g ber mak sud penyat uan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan as pek suku kaum. Antara adat ya ng di la kuk an untuk me ngh or mati dan me ndapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa )membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti )ba pa mer tua serta sar i )ib u mer tua dan wang. Bia sanya pas angan  pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu  bercampur pisang di dalam sebiji gelas. pacara ini menandak an pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Upload: khairul-ridzuan

Post on 18-Oct-2015

1.240 views

Category:

Documents


38 download

TRANSCRIPT

1.0 ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA1.1 Pengenalan

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Melalui jejak sejarah, orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu. Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan. Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat).

1.2 Perkahwinan Masyarakat India

Perkahwinan dalam bahasa india disebut Thirumanamyang bermaksud penyatuan atauikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaituvaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanamyang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya, memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanyapasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.2.0 PRA-SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

2.1 Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggiltirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.2.2 Kunjungan ke Rumah Pengantin (Pen Paartal)

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagaipen paarttalatau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adatpen paarttaljuga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.2.3 Kaji Kecocokan Pengantin

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagaiThairumanam Poruttam Paartaldijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikandimanakHindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaituTina poruttam/Natcattira poruttam,Kana poruttam,Mahentira poruttam,Pentiikka poruttam,Yooni poruttam,Raasi poruttam,Raasiyaati paati poruttam,Vaiya poruttam,Racau poruttamdanVeetai poruttam.2.4 Ikat Janji (Niccayam)

Ikat janji atauniccayamdilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacaraniccayamakan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.2.5 Pemberian Hadiah (Parisam)

Adat parisam terbahagi kepada dua iaituparisambiasa atauudan parisam.Parisambiasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakalaudan parisamadalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggilcumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagaipuurana kumbumyang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagaikuttu vilakkudiletakkan bersebelahanpuurana kumbumsebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawaparisamyang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihatpuurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagaiorrai-maalaiatau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

3.0 SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :3.1 Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagaipaanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.3.2 Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Thaali atautjirumaangalyammerupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India sepertilingath thaali, pottut thaali, tennantthaalidan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku dalam kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

3.3 Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaalini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikanmukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikanmukuurtta kaaladalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikanmukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.4.0 UPACARA MAJLIS PERKAHWINAN

Pengantin Bersanding

Upacara perkahwinan dilakukan olehPedandadengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.Pedandaakan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertianthaali,valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan. Berikut adalah antara acara yang diadakan sewaktu majlis perkahwinan masyarakat India:

Kolem dan KhumbemAlipu (Mengarak Lampu)Minji (Sarung Cincin Lelaki)

Paal (Menyapu Susu Lelaki)Minji

(sarung Cincin Wanita)Paal (Menyapu Susu Wanita)

Upacara Akad NikahMemohon Doa RestuPaal Abisygem(Cuci Kaki Ibu Bapa)

Paal Abisygem(Cuci Kaki Ibu Bapa)Malei Mathel(Bertukar Bunga Malei)Ayeer Mantherem(Juru Nikah)

Otthianem (Aksesori)Perkakasan Upacara PerkahwinanPerkakasan Upacara Perkahwinan

Phavitirem - Theperpul(Memakai Cincin Daun)Poree (Membakar Ramuan)Samenthi Phutu

Thali(Rantai Daripada Benang)Vaalem Varuthel(Membuat Tiga Pusingan)Tallapha(Perhiasan Kepala)

5.0 SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.

6.0 PAKAIAN PENGANTIN MASYARAKAT INDIA

Di hari perkahwinan, pengantin lelaki India akan memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

Seorang pengantin wanita India adalah lambang keindahan. Tangan anggunnya telah dicat dengan pasta henna mehndi dalam sebuah upacara mewah. Matanya telah digariskan menggoda dengan cat kelopak mata. Setiap bahagian tubuhnya dihiasi dengan perhiasan dan emas berkilauan. Rambutnya telah terjalin dengan bunga yang harum. Namun bahagian yang paling menyerlahkan diri hari pernikahannya, untuk dirinya sendiri dan untuk para tetamu adalah gaun pengantin India.

Kebanyakan gaun pengantin wanita dipengaruhi budaya Hindu, merah - tidak putih - adalah warna simbolik perkahwinan. Di Punjab, bahagian utara-barat India, tidak hanya gaun pengantin India merah tapi lukisan henna di tangan yang dibuat dalam nuansa merah kontras dalam dan kaya coklat, dan gadis yang memakai sebuah array rumit gelang merah dan putih gading disebut "chura" yang menunjukkan status khusus sebagai pengantin.

Di Maharashtra pula, di bahagian barat semenanjung India, gaun pengantin India yang terkenal di dunia Paithani sari, sari sutra dihiasi dengan hiasan zari (perada thread) dan brokat, sering dilihat dalam daun emas. Sari Paithani mungkin adalah rekaan yang terkenal di ketika mahu melangsungkan perkahwinan. Rekaan mereka ini mempunyai banyak nama, antaranya Tota-maina Paithani adalah sari dengan corak burung kakaktua, bangdi-mor Paithani dengan corak merak dan tema bangle; Paithani asavali dengan corak bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan, sementara narli menampilkan corak buah kelapa Paithani. Bahkan sari Paithani mengambil corak bulan. Untuk membuat sari brokat lebih rumit dan akan mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkannya.

Untuk pengantin di Jammu dan Kashmir, India pengantin akan memakai celana ketat sutera disebut churidars atau piyama churidar, dikenakan dengan kemeja longgar jatuh di bawah paras lutut yang disebut kurtas. Sangat popular di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an dan 1970-an. Kurtas memperlihatkan kebangkitan fesyen masyarakat India di dunia barat.

Para wanita dari Rajasthan, negara terbesar di Republik India, sering memakai gaun berwarna-warni berputar disebut lehenga pada hari pernikahan mereka, dipasangkan dengan blaus hulu hati dan baring disebut choli sebagai gaun pengantin India mereka. Ini adalah pakaian pengantin India yang sering kita lihat dalam filem-filem Bollywood sewaktu upacara pernikahan.

7.0 JUADAH SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN

7.1 Nasi Daun Pisang

Nasi daun pisang ini merupakan makanan bagi vegetarian India. Hidangan ini berasal dari Tamil Nadu di India. Nasi daun pisang ini mendapat nama kerana menggunakan daun pisang sebagai alas nasi. Di dalam nasi daun pisang, nasi dihidangkan di atas daun pisang bersama-sama dengan aneka sayur-sayuran, kari daging atau ikan jeruk dan papadum. Secara tradisionalnya, ia dimakan dengan menggunakan tangan. Daun pisang digunakan kerana apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang, ia akan melepaskan wap lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.

Nasi daun pisang selalunya diletakkan di hadapan tetamu dan nasi yang masih panas serta berwap akan ditimbunkan di atas daun pisang. Selepas itu, mangkuk lauk yang terdiri daripada sayur-sayuran akan dibawa dan ditawarkan kepada tetamu. Selain itu, mangkuk lauk pilihan yang berisi rending kambing (mutton varuval), kari sotong, masala udang, ikan atau ayam akan ditawarkan.

Secara kebiasaannya daun pisang akan diletakkan dengan pucuk daun menghala ke arah kiri, ini kerana daun pisang lebih lebar dipangkalnya, dengan itu kedudukan pangkal daun pisang di sebelah kanan memberikan lebih banyak ruang bagi mereka yang menggunakan tangan kanan untuk makan. Ini juga untuk mengelakkan lauk tumpah dan mengotori meja. Orang india selatan akan meninggalkan sedikit sisa pada daun pisang. Sisa ini sengaja ditinggalkan bagi diberikan kepada serangga, haiwan, dan burung. Selepas makan daun pisang akan dilipat. Cara melipat daun pisang itu dikatakan melambangkan sama ada anda menikmati hidangan tersebut atau sebaliknya. Daun pisang selalu dilipat ke arah diri sendiri bagi melambangkan anda ingin kembali menikmati hidangan tersebut. Sementara melipat ke arah bertentangan biasanya diamalkan di majlis pengebumian sebagai lambang seseorang itu tidak ingin kembali untuk melalui peristiwa sedih begitu lagi. Nasi daun pisang juga selalu dijamu ketika perayaan Thaipusam. Ini untuk memupuk semangat kasih sayang serta mengeratkan hubungan antara masyarakat.

Nasi Daun Pisang juga dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya Jawa yang menyerupai Nasi Ambang yang disediakan ketika majlis kenduri dan sebagainya. Dari sudut ini, didapati makanan yang terdapat dalam kalangan masyarakat India mempunyai beberapa persamaan walaupun sedikit dengan masyarakat lain di Malaysia yang seterusnya mampu membentuk keharmonian negara dan membentuk perpaduan yang kukuh bagi mengekalkan hubungan baik antara semua kaum.

7.2 MARUKKU

Janmashtami merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Hindu. Perayaan ini disambut pada bulan Savana (Ashtami Sravana). Pada hari tersebut, kaum wanita akan menyediakan hidangan manis dan pedas bagi meraikan kelahiran dewa yang tidak bersalah (deity of innocence). Selesai Puja Janmashtami dilakukan, mereka menikmati cepak bibir yang disediakan. Salah satu makanan yang disediakan ialah Murukku (rice chakli). Murukku merupakan makanan yang mudah disediakan dengan menjadikan beras sebagai bahan utama dalam membuat Murukku.

Murukku merupakan sejenis makanan yang dihidangkan semasa majlis perkahwinan bagi kaum Hindu. Tetapi masyarakat lain di Malaysia juga menikmati Murukku sebagai hidangan snek untuk dinikmati ketika bersantai. Masyarakat Melayu dan Cina juga menjadikan Murukku sebagai hidangan ketika perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Hal ini membuktikan budaya yang dibawa oleh masyarakat India tidak semestinya tertumpu hanya pada masyarakat India malah masyarakat Malaysia berjaya memupuk perpaduan dan perasaan saling hormat-menghormati sesama kaum seterusnya menyahut cabaran Perdana Menteri mengenai gagasan 1 Malaysia. Aspek pemakanan setiap kaum yang berbeza sedikitpun tidak melebarkan jurang antara kaum. Malah, adat dan kepercayaan sesuatu kaum lebih dapat difahami dengan jelas.

8.0 AMALAN DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

8.1 Dowri (Hantaran Kahwin)

Harga emas yang terus meningkat tidak menghalang amalan pemberian dowri (hantaran kahwin) di India dan sebaliknya menjadikan keluarga lebih inovatif dalam memenuhi permintaan dowri. Emas, yang secara tradisi diberi oleh keluarga pengantin perempuan sebagai hantaran kahwin, tidak lagi menjadi pilihan utama lebih-lebih lagi selepas harga komoditi itu melepasi paras Rs32,000 (RM1,747) bagi 10gm baru-baru ini.

Sekarang ini, kebanyakan keluarga India nampaknya telah beralih daripada emas kepada wang tunai atau harta atau kombinasi mana-mana dua atau ketiga-tiganya. Di India yang moden pada hari ini, sistem dowri nampaknya mengatasi cabaran peralihan zaman dan perundangan yang melarangnya. Sebenarnya, ia terus berkembang walaupun ramai menganggap pemberian dowri ini sebagai amalan tidak sihat.

Majlis perkahwinan yang mewah dan dowri sebagai syarat perkahwinan dalam realiti diamalkan secara meluas oleh masyarakat India dan menerima liputan glamor di media walaupun dowri dikatakan menjadi punca kekejaman terhadap wanita di negara ini. Kesannya kepada wanita, Dowri yang juga dikenali sebagai Stree Dhan, sebenarnya adalah hadiah yang diberi kepada pengantin perempuan oleh ibu bapa dan sanak saudara untuk menyempurnakan perkahwinannya. Dalam kitab Hindu (Veda), ia dijelaskan sebagai Kanyadaan (hadiah untuk gadis).8.2 Buah Tangan

Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung ke rumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah ke dalam rumah dengan kaki kanan dahulu. Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Di dalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.8.3 Waktu Perkahwinan

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

9.0 PANTANG LARANG SEMASA PEKAHWINAN ORANG INDIA

9.1 Semasa Merisik

Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.

9.2 Kad Jemputan

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan. Jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut tidak dapat dijalankan dengan lancar .

9.3 Memakan Daging

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama hindu melarang makan daging lembu.9.4 Tetamu Berkunjung Ke Rumah

Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datang menziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah.9.5 Pantang Larang Perkahwinan

Upacara perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari naik bagi mengelakkan berlakunya malapetaka dan nasib buruk. Upacara perkahwinan harus dilakukan di rumah pengantin perempuan atau di kuil. Kad jemputan perkahwinan yang diedarkan haruslah disapu dengan serbuk kunyit cairsebagai lambang keharmonian. Tarikh perkahwinan mesti ditentukan oleh sami. Mempelai tidak dibenarkan bertemu selama 3-5 hari sebelum tarikh perkahwinan.

9.6 Pokok Pisang

Pokok pisang dijadikan sebagai pintu gerbang dan dihias dengan cantik dan tidak boleh dibuang sesuka hati kerana dianggap suci. Pokok ini dibiarkan selama seminggu sebelum dibuang sepenuhnya ke dalam sungai.

Kesimpulannya, pada zaman moden sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan bahawa kaum india juga mempunyai warisan tradisional budaya yang unik.