pantang larang kaum india

15
PANTANG LARANG KAUM INDIA

Upload: neylan

Post on 12-Jan-2016

259 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PANTANG LARANG KAUM INDIA. ASPEK PERKAHWINAN Selepas bertunang , bakal pengantin lelaki tidak boleh pergi atau keluar jauh dari rumah dibimbangi berlaku kemalangan . b) Sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan bakal pengantin tidak dibenarkan keluar daripada rumah . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

PANTANG LARANG KAUM

INDIA

Page 2: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

ASPEK PERKAHWINAN

a)Selepas bertunang, bakal pengantin lelaki tidak boleh pergi atau keluar jauh dari rumah dibimbangi berlaku kemalangan.

b) Sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan bakal pengantin tidak dibenarkan keluar daripada rumah.

c) Sebelum berkahwin, pasangan akan menilik nasib melalui tarikh lahir dan masa kelahiran untuk memastikan jodoh berpanjangan.

Page 3: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

d) Mestilah mengikut umur, lelaki hendaklah lebih tua daripada perempuan.

e)Tidak boleh berpoligami.

Page 4: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

ASPEK WANITA MENGANDUNG

a)Perempuan yang mengandung tidak boleh menggunakan pisau atau benda-benda tajam yang diperbuat daripada besi khusunya kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan pada bayi di dalam kandungan.

b)Perempuan yang mengandung dan suaminya serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak tidak boleh memukul atau membunuh haiwan sepanjang tempoh kehamilan.

c) Perempuan yang mengandung tidak boleh keluar pada waktu malam kerana dikhuatiri makhluk halus akan mengikutnya pulang.

Page 5: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

d) Semasa mengandung, ibu tidak boleh bersikap emosional dikhuatiri mempengaruhi anak yang bakal dilahirkan.

e) Tidak boleh melihat benda- benda yang menakutkan.

Page 6: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

SELEPAS KELAHIRAN

a)Selepas melahirkan anak, bayi tersebut tidak boleh dipegang atau diangkat oleh sebarangan orang.

b) Bayi yang baru dilahirkan perlu dicukur rambutnya sehingga botak dan majlis tersebut diadakan di kuil.

Page 7: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

ASPEK KEMATIAN

a)Tetamu yang datang ketika berlaku kematian perlu memakai pakaian berwarna putih atau cerah.

b)Semua perhiasan di dalam rumah akan ditutup ketika berlaku kematian.

c)Dalam masa setahun selepas berlaku satu-satu kematian, ahli keluarga tidak boleh mengadakan sebarang majlis atau keraian serta tidak boleh bersembahyang secara “special” di kuil atau rumah.

Page 8: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

ASPEK MAKANAN

a) Babi tidak boleh dimakan.

b) Lembu juga tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai haiwan suci atau tuhan.

c) Sekiranya berpuasa untuk Thaipusam, semasa berbuka seseorang individu tersebut hanya makan makanan mengikut niat @ nazar mereka.

d) Sebagai contoh – meminum susu dan buah pada malam hari

Page 9: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

e) Sebelum seseorang pergi ke kuil, mereka perlu memakan sayur untuk menyucikan diri.

Page 10: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

ASPEK KEHIDUPAN…

1.Perempuan tidak digalakkan keluar pada waktu malam.

2.Perempuan yang dalam keadaan datang bulan tidak boleh keluar pada waktu malam dan rambut tidak boleh dilepaskan.

3.Perempuan yang dalam keadaan datang bulan juga tidak boleh bersembahyang dan masuk ke kuil.

4.Sebelum masuk ke dalam rumah hendaklah membasuh kaki terlebih dahulu.

Page 11: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

5. Kanak-kanak tidak digalakkan keluar bermain antara jam 1-2 petang dan pada waktu senja.

6. Tidak boleh menyapu sampah dan memotong kuku pada waktu malam (tiada ong).

7. Pinggan mangkuk yang sumbing tidak boleh digunakan lagi.

Page 12: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

8. Kenderaan yang baru di beli perlu disembahyangkan oleh sami di kuil bagi mengelakkan berlaku sebarang kecelakaan.

9. Tidak boleh bangun lewat kerana dikhuatiri membawa sial dan rezeki tidak masuk kepada penghuni rumah.

10. Tidak boleh bersiul dan bermain alat muzik seperti seruling pada waktu malam ditakuti ular akan datang.

11. Gambar-gambar dewa tidak boleh dilangkah dan mesti diletakkan di tempat yang bersih dan suci.

Page 13: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

12. Sehari sebelum perayaan Deepavali, ahli keluarga perlu bersembahyang untuk nenek moyang yang telah meninggal dunia.

13. Kasta rendah tidak boleh masuk ke rumah kasta tinggi melalui pintu hadapan.

14. Kasta tinggi tidak boleh makan di rumah kasta rendah.

15. Sebelum masuk ke hutan, mereka dikehendaki bersembahyang dari hati bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara buruk yang tidak diingini.

Page 14: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

16. Tidak boleh memakai kasut semasa masuk ke dalam kuil.

17. Golongan perempuan tidak boleh potong rambut botak.

18. Tidak boleh menyalakan lampu ibadat selepas pukul 9.00 malam.

19. Golongan muda tidak boleh menyilang kaki di hadapan orang tua.

Page 15: PANTANG  LARANG KAUM  INDIA

SEKIAN, TERIMA KASIH