panduan tugasan pnbm kpli kdc

Upload: peytian-tan

Post on 06-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Panduan Tugasan Pnbm Kpli Kdc

    1/4

    KURSUS PERGURUAN LEPAS IIAZAH (SR) MOD KDCGARIS PANDUAN TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

    Nama Kursus:Pendidikan Negara Bangsa Malaysia

    Kod Kursus: NB2050D

    Nama Pelajar:

    Opsyen:

    Tarikh Mula: 12 Jun 2011 Tarikh Hantar: 21 November 2011

    Nama Pensyarah : DR SIA KENG YEK

    No. Telefon : 012-6652763

    E-mel : [email protected]

    Hasil Pembelajaran Kursus

    1. Mencerakinkan konsep pembinaan insan, warga dan negara bangsa Malaysia dalam

    konteks keunikan negara, kedaulatan negara, perpaduan, integrasi nasional dan hala tujunegara.

    2. Memperincikan tentang kejayaan sistem pentadbiran masa kini dengan sistem pemerintahanKesultanan Melayu Melaka dalam mewujudkan warga negara yang patriotik dan sanggupmempertahankan kedaulatan negara.

    3. Menghuraikan asas-asas perpaduan dan integrasi nasional untuk mencapai cita-cita unggulnegara selaras dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan rajaberperlembagaan.

    4. Menghujah tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh nasionalis negara dalam mencapaikemerdekaan agar generasi kini dan akan datang menghargai dan berusahamempertahankan maruah negara.

    5. Menerangkan tentang strategi dan peranan guru dalam pembinaan negara ke arahmerealisasikan hala tuju negara untuk memenuhi hasrat wawasan 2020.6. Menerangkan tentang strategi dan peranan guru dalam pembinaan negara ke arah

    merealisasikan hala tuju negara untuk memenuhi hasrat wawasan 2020.

    1. TUGASAN

    1.1 Kumpulan:

    a. Tugasan perlu disediakan secara berkumpulan.

    b. Setiap kelas dikehendaki membentuk sekurang-kurangnya 5 kumpulan dansetiap kumpulan terdiri daripada 5-6 orang pelajar. Pastikan setiap pelajar hanya

    menyertai satu kumpulan sahaja.1.2 Tajuk Tugasan:

    a. Setiap kumpulan memilih salah satu daripada tajuk yang disenaraikan

    b. Setiap tajuk TIDAK boleh dibuat oleh dua kumpulan. Mana-mana kumpulanpelajar yang menghantar tugasan yang sama (isi), akan berkongsi satumarkah sahaja!

    1) Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat melahirkan insan yang seimbangdari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    Bincangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam pemupukan nilai-nilainasionalisme dan patriotisme serta kesedaran sivik dalam kalangan murid

  • 8/3/2019 Panduan Tugasan Pnbm Kpli Kdc

    2/4

    sekolah rendah.

    2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi asas dan instrumen perpaduandan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia.

    Bincangkan pernyataan ini dalam konteks pemupukan perpaduan dan integrasi

    nasional.

    3) 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyatMalaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yangseharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

    (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak)

    Bincangkan pernyataan ini dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia.

    4) Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guruyang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka

    yang berkualiti ini kekal di dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti disepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

    (YB. Dato' Seri Hishamuddin bin TunHussein)

    Huraikan apakah ciri-ciri guru berkualiti yang boleh dihasilkan menurut petikanucapan di atas.

    5) Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysiaadalah amat penting. Namun sejak kebelakangan ini, banyak isu yangmenyentuh sensitiviti kaum sering dibangkit dan diperdebatkan. Jikalau isu-isutersebut tidak ditangani dengan bijaksana dan diambil tindakan sewajarnya, pastiakan menggugat hubungan dan perpaduan masyarakat pelbagai etnik di negaraini.

    Bincangkan pernyataan ini dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysiadengan contoh-contoh isu semasa yang relevan.

    2. PANDUAN PENULISAN

    2.1 Penulisan:

    a. Setiap tugasan akan dinilai berdasarkan analisis dan hujah yang bernasdisamping format yang betul dan kekemasan

    2.2Panjang:

    a. Lebih kurang 20-25 muka surat, tidak termasuk gambarajah/lampiran (di manaberkaitan).

    2.3Taip:

    [DrSKY/JPIPK/Mei 2011] 2

  • 8/3/2019 Panduan Tugasan Pnbm Kpli Kdc

    3/4

    a. Semua tugasan mesti ditaip (komputer) dengan menggunakan tulisan Arial saiz12 dan baris langkau 1.5 (1.5 line) di atas kertas berukuran A4 sahaja.Tinggalkan ruang 1.5 dari sudut kiri kertas A4 berkenaan dan 1.0 dari atas,bawah dan kanan kertas berkenaan.

    2.4Piawai Ilmiah:

    a. Penulisan tugasan mesti mengikut formula penulisan ilmiah.

    b. Amalan plagiat tidak dibenarkan

    c. Markah akan ditolak sekiranya didapati melakukan copy & pastedari internet

    d. Semua petikan/fakta wajib dinyatakan sumbernya.

    e. Di akhir tugasan perlu ada rujukan (minimum 5 sumber ilmiah).

    f. Penulisan rujukan mengikut format APA

    g. Penulisan tugasan wajib ada pembahagian yang jelas:

    i. Pengenalan (memperkenalkan esei dan strukturnya);

    ii. Isi (membincangkan dengan teliti perkara asas dalam esei)

    iii. Kesimpulan (menarik perhatian kepada perkara penting berkaitan atau isuyang telah dibincangkan).

    h. Bahagian-bahagian tugasan: semua tugasan mesti ada:

    Kulit depan (cover page),

    Senarai Gambarajah/ Jadual/ Sinonim, (jika berkaitan)

    Kandungan (content),

    Esei (Pengenalan, Isi & Kesimpulan),

    Rujukan, dan

    Lampiran (jika berkaitan).

    i. Tugasan ini membawa wajaran 100%

    3. PENYERAHAN

    3.1 Setiap kumpulan menyerahkan satu tugasan dalam bentuk soft-copydan hard-copy

    3.2 Sediakan CD-R yang memuatkan bahan pembentangan dalam bentuk grafik

    3.2 Pastikan nama dan nombor matrik semua ahli kumpulan ditaip pada kulit depantugasan

    3.3 Tugasan perlu dijilid mudah (menggunakan binding tape)

    3.4 Penghantaran tugasan mesti dalam jangka masa yang ditetapkan

    3.5 Pastikan anda menyimpan satu salinan tugasan yang dihantar bagi tujuan rujukan

    3.6 Semua tugasan yang dihantar lewat TIDAK akan diterima dan markah sifar akandiberikan bagi tugasan/kumpulan berkenaan.

    3.7 Permintaan masa tambahan TIDAK akan dilayan.

    Disediakan oleh:

    [DrSKY/JPIPK/Mei 2011] 3

    http://eco1.upm.edu.my/jayum/pengajaran/skp2204_kulitdepan.htmlhttp://eco1.upm.edu.my/jayum/pengajaran/skp2204_senarai.htmlhttp://eco1.upm.edu.my/jayum/pengajaran/skp2204_kandungan.htmlhttp://eco1.upm.edu.my/jayum/pengajaran/skp2204_rujukan.htmlhttp://eco1.upm.edu.my/jayum/pengajaran/skp2204_senarai.htmlhttp://eco1.upm.edu.my/jayum/pengajaran/skp2204_kandungan.htmlhttp://eco1.upm.edu.my/jayum/pengajaran/skp2204_rujukan.htmlhttp://eco1.upm.edu.my/jayum/pengajaran/skp2204_kulitdepan.html
  • 8/3/2019 Panduan Tugasan Pnbm Kpli Kdc

    4/4

    Dr Sia Keng Yek 27 Mei 2011

    Jabatan Penyelidikan dan Inovasi ProfesionalismeKeguruan,Institut Pendidikan Guru Kampus TemenggongIbrahim,

    Jalan Datin Halimah,80350 Johor Bahru,

    Johor.

    [DrSKY/JPIPK/Mei 2011] 4