buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

37
Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 1 1. PRAKTIKUM Praktikum ialah latihan praktik melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah, sekolah atau di tempat-tempat tertentu. Pelaksanaan peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran atau mengaplikasikan pelbagai strategi, kemahiran dan amalan berdasarkan teori pembelajaran yang dipelajari. 2. OBJEKTIF Melalui program praktikum ini, pelajar dapat: i. menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran ii. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran; iii. merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan dan individu dengan bimbingan; iv. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran; v. memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan mengamalkan nilai profesion keguruan; vi. memperkembang potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas; vii. mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran dan pembelajaran. viii. menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan ix. menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Upload: naque-bloodybranch

Post on 30-Jun-2015

4.858 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

panduan praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 1

1. PRAKTIKUM

Praktikum ialah latihan praktik melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam

situasi sebenar bilik darjah, sekolah atau di tempat-tempat tertentu. Pelaksanaan

peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran atau

mengaplikasikan pelbagai strategi, kemahiran dan amalan berdasarkan teori

pembelajaran yang dipelajari.

2. OBJEKTIF

Melalui program praktikum ini, pelajar dapat:

i. menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran

ii. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pengajaran dan

pembelajaran;

iii. merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara

berpasangan dan individu dengan bimbingan;

iv. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran;

v. memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati dan

mengamalkan nilai profesion keguruan;

vi. memperkembang potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio

dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek

tugas;

vii. mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses

pengajaran dan pembelajaran.

viii. menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan

ix. menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum.

Page 2: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 2

3. PROSEDUR PELAKSANAAN

3.1 Syarat

Pelajar layak menjalani Praktikum setelah menyempurnakan kuliah dan

tugasan pengajian mengikut keperluan struktur pelaksanaan KPLI SR.

3.2 Penempatan

3.2.1 Penempatan pelajar dibuat oleh Bahagian Sekolah Kementerian

Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Unit Praktikum IPG dan IPG

kampus Keningau, Sabah.

3.2.2 Penempatan pelajar di sekolah hendaklah mengikut bidang yang

ditawarkan di IPG dan sekolah.

3.2.3 Pelajar ditempatkan di pusat prasekolah dan sekolah rendah di

seluruh Malaysia.

3.3 Tempoh

Tempoh pelaksanaan praktikum selama 12 minggu sahaja.

3.4 Bilangan Waktu Mengajar

3.4.1 Bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah adalah 2

hari pengajaran penuh seminggu.

3.4.2 Pelajar perlu merancang pengajaran satu hari pengajaran penuh

bersama guru pembimbing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh

empat minggu pertama praktikum.

3.4.3 Agihan waktu mengajar adalah seperti dalam Jadual 1, mereka juga

perlu melaksanakan tanggungjawab pengajaran lain yang ditentukan

oleh pihak sekolah/pusat prasekolah.

Jadual 1: Agihan Waktu Mengajar

Mata pelajaran Bilangan Waktu Mengajar

Seminggu

Prasekolah *2 hari seminggu

Nota

* Bilangan waktu mengajar di dalam bilik darjah prasekolah adalah 2 hari

pengajaran penuh seminggu.

Page 3: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 3

3.5 Bilangan Penyeliaan

3.5.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah

penyeliaan klinikal.

3.5.2 Bimbingan yang berterusan mesti diamalkan sepanjang praktikum

meliputi bimbingan ilmu mata pelajaran, ilmu pengajaran, ilmu

bimbingan, sahsiah, personaliti dan profesionalisme.

3.5.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.

3.5.4 Penyeliaan bersama-sama antara pensyarah penyelia dan guru

pembimbing mesti dijalankan untuk penyelarasan dan rumusan

markah pencapaian pelajar di akhir praktikum.

3.5.5 Bilangan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2 : Agihan Penyeliaan Praktikum program KPLI-SR Prasekolah

PROGRAM

PRA

PENYELIAAN PENYELIAAN

PENYELIAAN

BERSAMA-

SAMA** Jumlah

IPG IPG SEKOLAH IPG & SEKOLAH

KPLI-SR

(Prasekolah) * 1 2 4 1 8

Nota:

* Penyeliaan untuk pelajar pengkhususan Prasekolah melibatkan satu

penyeliaan sehari penuh dan penyeliaan lain mengikut tunjang atau

slot pengajaran.

** Penyeliaan Bersama-sama merujuk kepada penyeliaan secara

bersama-sama antara pensyarah dan guru pembimbing dalam satu

sesi pengajaran dan perbincangan menentukan rumusan dan

keputusan penilaian pelajar.

Page 4: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 4

3.6 JADUAL BIMBINGAN PRAKTIKUM KPLI SR (PRA SEKOLAH) Ambilan JUN 2010

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS KENINGAU, SABAH 17 JANUARI hingga 15 APRIL 2011

MINGGU TARIKH TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB

Guru Pelatih

Pensyarah Pembimbing

Guru Pembimbing

1 17 Jan - 21 Jan

2011

Guru Pelatih:

Melaporkan diri ke sekolah

Menghantar jadual waktu dan takwim sekolah kepada Pensyarah Pembimbing

Menyediakan rancangan semester

Mula mengajar

pelarih

2 24 - 28 Jan

2011 Prapenyeliaan (Pensyarah) Penyeliaan Major 1 (Guru)

Kah

adira

n, R

PH

, Jur

nal,

Ref

leks

i, P

ortfo

lio, P

enila

ian,

Kok

urik

ulum

, Sa

hsia

h

Keg

urua

n

Borang Prapenyeliaan (Pemerhatian)

Borang PR1/PRA

3 31 Jan - 04 Feb

2011 Penyeliaan Major 2 (Guru) Borang PR1/PRA

4 07 – 11 Feb

2011 Penyeliaan Major 1 (Pensyarah) Borang PR1/PRA

5 14 - 18 Feb

2011 Penyeliaan Major 3 (Guru) Borang PR1/PRA

6 21 - 25 Feb

2011 Penyeliaan Major 2 (Pensyarah) Borang PR1/PRA

7 28 Feb - 04 Mac

2011 Penyeliaan Major 4 (Guru)

Borang PR1/PRA

8 07 - 11 Mac

2011

9 14 - 18 Mac

2011 Cuti Pertengahan Semester 1

10 21 - 25 Mac

2011 Penyeliaan BERSAMA - (Guru & Pensyarah) Pencalonan kes cemerlang / pinggiran

PR1/PRA dan PR2 Mesyuarat Khas Pencalonan Kes Cemerlang / Pinggiran / Gagal (semua Pensyarah Pembimbing)** 11

28 Mac - 01 April 2011

12 04 - 08 April

2011 RENTASAN *** (MENGGUNAKAN PR2)

Semak RPH, Refleksi, Portfolio

13 11 - 15 April

2011

14 April 2011 Pensyarah pembimbing menyerahkan Borang PR2 kepada Penyelaras KUPrak

Panel Rentasan menyerahkan Borang Rumusan RENTASAN dan BORANG LAM-PT-12-09

** Borang pencalonan untuk calon cemerlang / gagal / pinggiran hendaklah disertakan bersama dengan

BORANG PR2 semasa menghadiri mesyuarat. Tarikh mesyuarat akan dimaklumkan kemudian *** Rentasan dilakukan oleh panel rentasan yang dilantik oleh pengarah dengan menggunakan BORANG

PR2

Page 5: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 5

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

4.1 Pelajar

4.1.1 Menghadiri taklimat praktikum.

4.1.2 Memahami dan menghayati objektif praktikum.

4.1.3 Mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Negara, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan

dan Standard Guru Malaysia.

4.1.4 Menghantar jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan

maklumat–maklumat lain kepada institut dalam minggu pertama

praktikum.

4.1.5 Berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk

mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab

masing-masing semasa praktikum.

4.1.6 Membina hubungan profesional dan suasana mesra dengan

pengurus sekolah, guru-guru dan staf sekolah.

4.1.7 Mematuhi dan mengamalkan Etika Kerja Kementerian Pelajaran

Malaysia, peraturan IPG serta budaya dan peraturan sekolah.

4.1.8 Hadir ke sekolah sepanjang tempoh praktikum.

4.1.9 Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan

dan aktiviti anjuran sekolah.

4.1.10Mendapatkan sukatan pelajaran terkini yang disahkan daripada pihak

panitia sekolah.

4.1.11 Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku

persediaan mengajar.

4.1.12Membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap

sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu

mengajar yang telah ditetapkan semasa tempoh menjalani

praktikum. (Rujuk Jadual 1)

4.1.13 Menghantar Buku Rekod Persediaan Mengajar untuk semakan oleh

pengurus sekolah pada setiap minggu.

4.1.14 Merancang dan melaksanakan rutin harian.

4.1.15 Melaksanakan pengajaran secara berpasangan dan individu dengan

mempelbagaikan strategi pengajaran. (Rujuk No.6, m.s. 11)

Page 6: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 6

4.1.16 Mengamalkan penulisan jurnal sekurang-kurangnya sekali seminggu

sepanjang tempoh praktikum berdasarkan garis panduan Penulisan

Jurnal. (Rujuk No.18, m.s 19)

4.1.17 Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio praktikum dan

menyerahkannya kepada guru pembimbing dan pensyarah penyelia

setiap kali bimbingan/penyeliaan dijalankan (Rujuk 11, m.s 14)

4.1.18 Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya

satu komponen kokurikulum. (Rujuk No.22, m.s 26)

4.1.19 Menghantar satu salinan Borang Kehadiran Praktikum kepada Unit

Praktikum IPG Kampus Keningau, Sabah.

4.2 Pensyarah Penyelia

4.2.1 Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah penyelia daripada

Pengarah IPG.

4.2.2 Menghadiri taklimat praktikum.

4.2.3 Berbincang dengan pelajar tentang urusan praktikum.

4.2.4 Membuat lawatan ke sekolah, berjumpa dan berbincang dengan

pengurus sekolah dan guru pembimbing untuk menjalin hubungan

profesional.

4.2.5 Melapor kemajuan pelajar dari semasa ke semasa kepada Unit

Praktikum masing-masing.

4.2.6 Merekod serta menyimpan dokumen bimbingan yang kemas kini.

4.2.7 Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh

praktikum.

4.2.8 Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang

memerlukan perhatian dan tindakan Unit Praktikum IPG Kampus

Keningau, Sabah.

4.2.9 Menyemak buku persediaan mengajar pelajar dan mencadangkan

pembaikan di mana perlu.

4.2.10 Menyemak, membimbing dan membincangkan portfolio praktikum

bersama pelajar.

4.2.11 Menyemak dan membimbing penulisan jurnal yang bersifat reflektif

dan kritis.

4.2.12 Membimbing pelajar melaksanakan rutin harian.

Page 7: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 7

4.2.13 Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut

jadual penyeliaan yang telah ditetapkan.

4.2.14 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah yang baik.

4.2.15 Melengkapkan Borang Bimbingan (PR1/PRA) dan menyerahkan satu

salinan kepada pelajar (Rujuk No.24, m.s 31).

4.2.16Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama guru

pembimbing menggunakan Borang Penilaian PR2 ( di isi bersama

pensyarah penyelia)

4.2.17 Menghantar pencalonan kes cemerlang ke Unit Praktikum

selewatlewatnya 3 minggu sebelum tamat praktikum.

4.2.18 Melengkap dan menyerahkan Borang Penilaian (PR2) kepada Unit

Praktikum IPG Kampus Keningau, Sabah.

4.3 Penyelaras Prasekolah IPG Kampus Keningau, Sabah

4.3.1 Memastikan pensyarah penyelia dan guru pembiming mematuhi

prosedur dan kaedah bimbingan dan penyeliaan untuk pengajaran

sehari atau slot yang telah ditetapkan.

4.3.2 Memberi taklimat berkaitan bimbingan dan penyeliaan prasekolah

kepada pengurus sekolah, pensyarah penyelia, guru pembimbing

dan pelajar.

4.3.3 Memberi taklimat berkaitan sukatan, struktur dan panduan

pengurusan prasekolah kepada pengurus sekolah dan guru

pembimbing bagi sekolah-sekolah yang baru memulakan kelas

prasekolah.

4.3.4 Membantu Ketua Jabatan mengenalpasti pensyarah akademik yang

berkelayakan dan kompeten untuk dilantik sebagai pensyarah

penyelia praktikum.

4.4 Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah

4.4.1 Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan.

4.4.2 Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum.

4.4.3 Menguruskan surat lantikan pensyarah penyelia dan guru

pembimbing.

4.4.4 Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah

penyelia.

Page 8: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 8

4.4.5 Merancang dan mengurus taklimat kepada pelajar, pensyarah

penyelia dan pihak sekolah.

4.4.6 Merancang dan mengurus latihan pementoran untuk pensyarah

penyelia dan guru pembimbing.

4.4.7 Memastikan kelancaran perjalanan praktikum.

4.4.8 Menguruskan pengumpulan dokumen dan rekod praktikum.

4.4.9 Menguruskan keputusan praktikum sebelum disahkan oleh

JKIAPIPG dan diserahkan kepada Ketua Unit Peperiksaan dan

Penilaian (KUPP) institut.

4.4.10 Membentangkan laporan kes praktikum dalam mesyuarat JKIAPIPG.

4.4.11 Melaporkan kes-kes gagal praktikum kepada IPG.

4.4.12 Memproses borang tuntutan elaun khas guru pembimbing.

4.4.13 Menyedia dan menghantar Laporan Refleksi Praktikum Tahunan ke

IPG.

4.5 Guru Pembimbing

4.5.1 Menghadiri taklimat praktikum dan latihan yang dijalankan oleh IPG.

4.5.2 Memahami dan mengamalkan peranan guru pembimbing sebagai

mentor. (Rujuk No.23, m.s 28)

4.5.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar tentang:

- jadual waktu

- sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru

- rancangan kerja semester dan persediaan mengajar harian

- sumber pengajaran dan pembelajaran

- proses pengajaran dan pembelajaran

- pengurusan bilik darjah

- refleksi dan penulisan jurnal

- portfolio praktikum

- pengajaran berpasangan

- pengelolaan kokurikulum

- hal-hal lain yang berkaitan.

4.5.4 Memberi peluang kepada pelajar memerhati pengajarannya.

4.5.5 Menyemak dan memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku

persediaan mengajar pelajar.

Page 9: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 9

4.5.6 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik

terutama dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan

pemupukan nilai profesionalisme keguruan.

4.5.7 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.

4.5.8 Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai kemajuan

pelajar dari semasa ke semasa.

4.5.9 Memantau dan memaklumkan masalah kehadiran dan disiplin pelajar

kepada pengurus sekolah dan pihak IPG yang melaksanakan

penyeliaan dengan segera sepanjang tempoh praktikum.

4.5.10 Membimbing pelajar melaksanakan rutin harian.

4.5.11 Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut

jadual penyeliaan yang telah ditetapkan.

4.5.12 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah yang baik.

4.5.13 Melengkapkan Borang Bimbingan (PR1/PRA) dan menyerahkan satu

salinan kepada pelajar.

4.5.14 Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah

penyelia menggunakan Borang Penilaian PR2.

4.6 Pengurus Sekolah

4.6.1 Menghadiri taklimat praktikum yang dijalankan oleh pihak IPG.

4.6.2 Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum peringkat sekolah.

4.6.3 Mencalon guru pembimbing daripada kalangan guru terlatih yang

berpengalaman dan bersesuaian.

4.6.4 Memberi taklimat kepada guru pembimbing tentang:

- program dan pelaksanaan praktikum

- peranan guru pembimbing

4.6.5 Memberi taklimat kepada pelajar tentang:

- sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan

budaya sekolah tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru

penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru

darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf

sokongan

- latar belakang murid dan masyarakat setempat

- tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah

- pengelolaan gerak kerja kokurikulum

- maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Page 10: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 10

4.6.6 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar.

4.6.7 Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.

4.6.8 Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG yang melaksanakan

penyeliaan dari semasa ke semasa tentang pelajar yang:

- tidak menjalankan tugas dengan memuaskan

- tidak hadir tanpa sebab.

- kes-kes disiplin

- kes-kes kesihatan dan kemalangan

4.6.9 Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan

mengajar pelajar.

4.6.10 Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang

Kehadiran Praktikum.

4.6.11 Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar

berterusan kepada pelajar.

4.6.12 Mengambil tahu hal-hal berkaitan kebajikan pelajar dan membuat

tindakan susulan.

4.6.13 Memastikan segala tindakan berkaitan pelaksanaan penyeliaan

praktikum dilaksanakan dengan sempurna.

4.6.14 Memastikan pelajar dilibatkan dalam kokurikulum sekolah dalam

salah satu daripada unit beruniform / sukan dan permainan.

5. KEHADIRAN PRAKTIKUM

5.1 Kehadiran pelajar dalam praktikum adalah 100%.

5.2 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “dengan kebenaran” .

5.3 Perkara-perkara mustahak yang membolehkan pelajar meninggalkan

praktikum (cuti) dengan kebenaran oleh pengarah IPG berkenaan tetapi

tidak melebihi 30% daripada jumlah hari praktikum.

5.3.1 Pelajar jatuh sakit atau cedera. Pengesahan oleh doktor/pegawai

perubatan adalah diperlukan.

5.3.2 Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

5.3.3 Keluarga terdekat meninggal dunia.

5.3.4 Peristiwa luar jangkaan dan keadaan kecemasan.

5.3.5 Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG latihan.

Page 11: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 11

6. KONSEP PENGAJARAN BERPASANGAN

Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar (sekiranya ada) bekerjasama

merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan

memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa

praktikum.

7. OBJEKTIF PENGAJARAN BERPASANGAN

Melalui pengajaran berpasangan pelajar dapat:

7.1 mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar secara formal berasaskan

ungkapan “ two heads are better than one ”.

7.2 berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran,

cara-cara meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang

berkaitan dengan tugas mereka.

7.3 berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar.

7.4 mengkaji kelemahan pengajaran dan pembelajaran mereka dan berikhtiar

mencari jalan untuk mengatasinya.

7.5 memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta

menilai.

7.6 meningkatkan kreativiti.

8. CIRI DAN PROSES PENGAJARAN BERPASANGAN

Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut:

81, Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:

a.) Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar.

b.) Kemahiran mengajar

c.) Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang berlainan

8.2 Proses pembelajaran berlaku melalui:

a.) perbincangan

b.) pemerhatian dan

c.) maklum balas

Page 12: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 12

8.3 Jenis-jenis interaksi:

a.) “Tandem”: proses dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu dua

orang pelajar bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu

pelajaran.

b.) “Berpasukan” : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan

iaitu dua orang pelajar bersama-sama merancang pengajaran tetapi

mengajar berasingan.

c.) “Individu” : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan iaitu

dua orang pelajar berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran

dan mengajar berasingan.

8.4 Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali

sepanjang tempoh praktikum.

8.5 Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada

pertimbangan pihak Unit Praktikum.

8.6 Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberikan gred.

9. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN PENGAJARAN

BERPASANGAN

9.1 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing perlu menyedarkan pelajar

bahawa percanggahan idea perlu diatasi secara profesional.

9.2 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing perlu memastikan pengajaran

berpasangan dilaksanakan.

9.3 Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran

berpasangan akan dijalankan.

9.4 Pelajar diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.

Page 13: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 13

10. REKOD PENGAJARAN BERPASANGAN

Nama Pelajar :………………………………………………………………………………

Kursus dan Ambilan :………………………………………………………………………

Nama Pelajar : ………..……………………………………………………………………

Nama Pasangan Praktikum : .……………………………………………………………

Nama Guru Pembimbing : ..………………………………………………………………

Minggu Tarikh dan

Hari Masa & Kelas

Nama Mata Pelajaran /

Slot

Tandatangan Pasangan

Catatan (Guru

Pembimbing)

1

2

3

4

5

6

7

8

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ....................................... Tandatangan : ...................................

Nama : ....................................... Nama : ...................................

Tarikh : ............................................. Tarikh : ...................................

Salinan : 1. Portfolio Praktikum

2. Penyelaras Program Prasekolah, IPG.

Page 14: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 14

11. PENYEDIAAN PORTFOLIO

11.1 Portfolio atau profil professional merupakan koleksi dokumen yang member

gambaran tentang seorang professional dari segi:

Pengetahuan

Kemahiran

Pengalaman

Kelayakan

Matlamat dan Pencapaian

11.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan

diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru

melalui penulisan reflektif. (Shulman, 1992).

11.3 Koleksi hasil usaha pelajar yang memberi gambaran tentang proses atau

usaha-usaha yang dijalankan serta pencapaiannya di dalam perkara-

perkara tertentu. Ini termasuk pemilihan bahan-bahan, isi kandungan, garis

panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar (Arter and

Paulson,1990)

11.4 Koleksi artifek pengalaman pembelajaran yang dikumpulkan dalam satu

jangka waktu tertentu. (Valencia,Hibert & Afflerbach,1994)

12. TUJUAN PORTFOLIO

12.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman

sewaktu praktikum

12.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah penyelia dan guru

pembimbing untuk menilai prestasi pelajar yang diselia.

12.3 Memberi peluang pelajar menganalisis dan menilai perkembangan dan arah

pemikiran mereka.

12.4 Memberi ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat yang

ditetapkan sepanjang praktikum.

12.5 Maklum balas tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum sepanjang

praktikum.

12.6 Sebagai asas untuk membuat keputusan dan menetapkan matlamat

pengajaran dan pembelajaran.

12.7 Alternatif kepada penilaian berbentuk pengujian dan peperiksaan atau

penilaian sumatif.

12.8 Memperkembangkan daya kreativiti melalui penyediaan strategi, tindakan

dan idea dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Page 15: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 15

13. CIRI-CIRI PORTFOLIO

13.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan guru pelatih telah terlibat

dengan refleksi kendiri.

13.2 Hasil yang dibuat sendiri oleh guru pelatih bukan kepada guru pelatih –

menghargai usaha dan diri sendiri.

13.3 Portfolio berbeza dengan folder simpanan guru pelatih. Maklumat yang

bermakna dari folder sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio.

13.4 Mesti menggambarkan dengan jelasnya aktiviti guru pelatih dari sudut

rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan.

13.5 Mempunyai matlamat yang berbeza dari masa ke semasa. Oleh itu mesti

dikemas-kini setiap masa.

13.6 Boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu masa tetapi tidak

bercanggah.

13.7 Mengandungi maklumat yang menggambarkan berlakunya kemajuan dan

perkembangan dalam sesuatu perkara.

14. JENIS PORTFOLIO

14.1 PORTFOLIO KERJA:

Koleksi hasil kerja harian pelajar sendiri.

Catatan, lakaran, deraf awal, hasil akhir yang telah dibuat guru pelatih.

Milik guru pelatih sendiri.

Penilaian formatif dan bersifat diagnostik.

14.2 PORTFOLIO DOKUMENTARI:

Koleksi hasil kerja yang dikumpulkan khusus untuk penilaian.

Bukti-bukti proses yang dijalankan bagi menghasilkan sesuatu

tugas/perkara.

Bahan yang menggambarkan pencapaian guru pelatih dalam

pembelajaran

Kandungan Portfolio memperlihatkan kekuatan dan kelemahan guru

pelatih.

Penilaian formatif dan sumatif.

Page 16: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 16

14.3 PORTFOLIO HASIL:

Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik

guru pelatih.

Mengandungi hasil akhir sahaja.

Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran sesuatu

matapelajaran/ perkara.

Bahan bukti mencerminkan pencapaian guru pelatih.

Penilaian sumatif untuk menentukan sijil, gred, penempatan dll.

15. TANGGUNGJAWAB GURU PEMBIMBING DAN PENSYARAH PENYELIA

15.1 Menyemak dan menilai isikandungan portfolio guru pelatih setiap kali

penyeliaan dan bimbingan dijalankan.

15.2 Menyediakan pengalaman sekolah yang bermakna kepada guru pelatih.

15.3 Memastikan kandungan portfolio dikemaskini oleh pelajar setiap masa.

15.4 Membantu guru pelatih menyediakan Pernyataan Profesional.

16. STRUKTUR KANDUNGAN PORTFOLIO

Isi kandungan portfolio ditentukan oleh pensyarah dan guru pelatih /atau guru

pelatih sendiri. Bahan-bahan yang terkandung mesti memberi gambaran yang tepat

tentang pencapaian, prestasi dan perkembangan guru pelatih dalam bidang atau

kemahiran tertentu.

16.1 Pemilihan Bahan

Dibuat mengikut kronologi masa.

Dibuat mengikut kategori-kategori yang ditetapkan.

Susunan aktiviti dari mudah kepada yang susah.

Kepentingan bahan-bahan – dari kurang penting kepada yang lebih

penting.

Page 17: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 17

Kategori bahan bukti portfolio:

KATEGORI CONTOH BAHAN

Bahan Bukti Perlakuan:

guru pelatih dalam tugasannya.

i. Senarai semak

ii. Borang prestasi/laporan

pencapaian

iii. Rakaman video/audio

iv. Surat/sijil penghargaan

Bahan Bukti Bertulis:

sendiri atau kolaboratif dengan

rakan lain ( catatan nota kasar,

deraf dan hasil akhir)

menghasilkannya.

i. Kertas kerja/laporan

ii. Artikel/esei

iii. Catatan nota

iv. Perancangan/Jadual Kerja

v. Skrip jawapan ujian

vi. Surat yang ditulis oleh guru

pelatih

vii. Pengurusan grafik

viii. Petikan Jurnal

ix. Penulisan/komen refleksi.

Bahan Sokongan:

untuk mengukuh dan

memantapkan hasil tulisan.

i. Bahan photokopi

ii. Gambar foto

iii. Nota kuliah

iv. Carta/ Graf/ Jadual

v. Bibliografi

16.2 Kandungan Asas Portfolio

Maklumat Diri

Maklumat Sekolah

Maklumat Tugas

Maklumat Kokurikulum

Jurnal

Lain-lain

Page 18: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 18

17. SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO

Catatan: - Bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, penilaian, inovasi atau contoh-contoh hasilan pelajar adalah

digalakkan disimpan dalam folder atau portfolio yang berasingan. - * P = Disemak dan ditandakan oleh pelajar; GP = Disemak dan ditandakan oleh guru pembimbing.

Bahagian No. Perkara Tandakan(√)*

P GP

00 SENARAI KANDUNGAN PORTFOLIO

A

MA

KL

UM

AT

DIR

I A02 BIODATA PELAJAR

A03 SURAT PENGENALAN DIRI

A04 PERNYATAAN PROFESIONAL

B

MA

KL

UM

AT

SE

KO

LA

H

B01 PETA LOKASI, PELAN SEKOLAH DAN BILIK

DARJAH

B02 CARTA ORGANISASI SEKOLAH

B03 VISI DAN MISI SEKOLAH

B04 TAKWIM SEKOLAH

B05 SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK &

SOKONGAN)

B06 PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

C

MA

KL

UM

AT

TU

GA

S

C01 SURAT-SURAT LANTIKAN TUGAS SEMASA DI

SEKOLAH

C02 SALINAN BORANG BIMBINGAN (PR1/PRA)

C03 SALINAN BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM

C04 REKOD PENGAJARAN BERPASANGAN

D

MA

KL

UM

AT

KO

KU

RIK

UL

UM

D01 RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM

D02 SENARAI NAMA AHLI DAN KEHADIRAN

D03 LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

D04 RANCANGAN PROJEK / PERANAN LAIN

D05 LAPORAN PROJEK / PERANAN LAIN

E

JU

RN

AL

E01 FORMAT & CONTOH PENULISAN JURNAL

E02 PENULISAN JURNAL MINGGUAN

E03 CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

F

LA

IN-

LA

IN

F01 MAKLUMAT INOVASI P&P

F02

F03

Tandatangan

Tarikh Semakan

Page 19: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 19

18. PENULISAN JURNAL

Satu bentuk penulisan ilmiah yang berterusan mengenai sesuatu peristiwa,

masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan oleh pelajar sendiri

berkaitan dengan pengalaman semasa menjalani praktikum di sekolah atau semasa

melaksanakan sesuatu tugas. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai

dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan bagi

menyelesaikan sesuatu masalah/meningkatkan lagi keberkesanan mengikut jangka

masa yang ditetapkan sendiri.

19. GARIS PANDUAN PENULISAN JURNAL

19.1 Peserta kursus dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang

praktikum.

19.2 Penulisan hendaklah difokuskan kepada satu sahaja peristiwa, masalah,

pencapaian atau aspek-aspek penting/kritikal yang dialami semasa

praktikum.

19.3 Aspek yang difokus hendaklah dianalisis secara terperinci, mengandungi

pandangan, cadangan.dan tindakan susulan.

19.4 Fakta-fakta perlu disokong dengan penulisan lampau (literature review)

supaya setiap masalah, cadangan dan langkah-langkah yang dijalankan

lebih objektif dan berkesan.

19.5 Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan

mengatasi masalah yang telah difokuskan.

19.6 Pelajar dikehendaki mengumpul data dengan membuat catatan bagi

mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.

19.7 Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas pelajar

sebagai guru profesional.

19.8 Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemas kini

sepanjang masa praktikum untuk disemak oleh pembimbing.

20. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

20.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing

untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja

dicatatkan.

20.2. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar dengan

pensyarah penyelia atau guru pembimbing.

Page 20: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 20

21. FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL

21.1 FORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja)

Bilangan Jurnal : Ke-____

Minggu Praktikum : _______

Tarikh Peristiwa / Kejadian : ____ hingga ____

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK ____________________

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ....................................... Tandatangan: .......................................

Nama : ........................................ Nama : ........................................

Tarikh : ........................................ Tarikh : ........................................

Page 21: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 21

21.2 FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya)

Bilangan Jurnal : Ke-____

Minggu Praktikum : _______

Tarikh Peristiwa / Kejadian : ____ hingga ____

Tajuk Jurnal : (Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Fokus

kepada 1 atau 2 perkara sahaja)

1. Masalah / Peristiwa

2. Analisis

3. Cadangan Tindakan Susulan

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ........................................ Tandatangan : .......................................

Nama : ....................................... Nama : ......................................

Tarikh : ....................................... Tarikh : ......................................

Page 22: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 22

21.3 CONTOH JURNAL (Minggu pertama sahaja)

Bilangan Jurnal : 1/12

Minggu Praktikum : Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 17 hingga 21 Jun 2006

Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Taman Repok,

Sarikei.

Pada hari pertama, saya bersama pasangan pasangan praktikum melapor diri

kepada Encik Ishak Bin Mohd Khalid, Guru Besar, SK Taman Repok, Sarikei.

Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada

beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara

berkaitan dengan sekolah, termasuklah :

- sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;

- struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru

penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru

darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;

- latar belakang murid dan masyarakat setempat;

- tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;

- pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang

berkaitan.

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf

sokongan. Selepas kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di

sekeliling kawasan sekolah kamipun berjumpa dengan Encik Ghafur

Mohammad, guru pembimbing praktikum kami. Encik Ghafur Mohammad

memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan

pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.

Pada hari kedua saya menyediakan Rancangan Semester Bahasa

Inggeris dan Pendidikan Seni Visual. Saya diagihkan 4 waktu mata pelajaran

Bahasa Inggeris Tahun 4A, 6 waktu Tahun 5B dan 2 waktu Pendidikan Seni

Visual Tahun 5A. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam penyediaan

kedua-dua rancangan semester tersebut kerana telah menghadiri bengkel

Page 23: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 23

penulisan rancangan pengajaran ketikan di institut. Tambahan pula, kami

dibekalkan oleh pensyarah mata pelajaran dengan format dan contoh

rancangan semester, mingguan dan rancangan pengajaran harian.

Pada hari ketiga saya diberi peluang oleh guru pembimbing membuat

pemerhatian pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana

melalui kesempatan tersebut saya telah memperolehi banyak pengalaman

terutamanya tentang cara pengurusan kelas, penggunaan ICT dan pengurusan

aktiviti kumpulan. Cikgu Ghafur Mohammad memanglah seorang guru yang

berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan yang

saya buat semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya.

Pada hari keempat, Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan

Semester Bahasa Inggeris dan PSV kepada Guru Besar dan guru pembimbing

untuk disemak. Selepas itu saya masuk ke dalam Kelas 5A bersama Cikgu

Abdul Latif, guru Pendidikan Seni Visual. Saya amat kagum dengan kebolehan

beliau dalam menyampaikan pelajarannya. Dengan cara penyampaian yang

menarik dan bakatnya yang amat tinggi dalam seni visual tak hairanlah

mengapa beliau selalu

dijemput untuk menjadi fasilitator kursus PSV di peringkat Bahagian Sarikei.

Selepas itu membuat rancangan mingguan, rancangan pengajaran

harian dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya

gunakan dalam minggu kedua

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ................................... Tandatangan : .........................................

Nama : ................................... Nama : .........................................

Tarikh : ................................... Tarikh : .........................................

Page 24: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 24

21.4 CONTOH JURNAL (Minggu kedua)

Bilangan Jurnal : 2/12

Minggu Praktikum : Minggu kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 24 Jun 2006

Tajuk Jurnal : Masalah pengurusan masa.

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (24 Jun 2006) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa

yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah

dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini

menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir

dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang

telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan.

Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan

laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat

beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancer dan

cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-

aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak

lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan

masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat

menguruskan masa dengan lebih sempurna.

b.) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu

terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah

supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar

Page 25: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 25

dengan masa yang telah dirancangkan .

c.) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak

melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan

pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan

membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya

perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa

hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .

d.) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan

pensyarah pembimbing

di sampingberbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan

masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran

dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin

sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah

Penyelia

Tandatangan : ...................................... Tandatangan : ........................................

Nama : ...................................... Nama : .............................................

Tarikh : ...................................... Tarikh : .............................................

Page 26: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 26

22. PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

22.1 Sukan Dan Permainan

Melibatkan diri dalam pengajaran dan persiapan pasukan

Membantu Guru Penasihat melatih kumpulan/pasukan dalam

pertandingan

Membantu Guru Penasihat dalam satu pertandingan yang dirancang

seperti pertandingan antara kelas, sekolah atau karnival

Pelajar dikehendaki membuat laporan aktiviti kokurikulum yang

dikendalikan dalam portfolio sepanjang amalan profesional.

22.2 Unit Beruniform

Melibatkan diri dalam satu unit beruniform yang diikuti semasa di IPG.

Membantu guru penasihat dalam latihan atau perjumpaan kokurikulum

unit beruniform di sekolah.

Membantu guru penasihat merancang dalam menjayakan

perkhemahan/ kursus/ latihan/ lawatan/projek.

Membantu penubuhan atau kegiatan yang akan dibuat oleh pihak

sekolah (jika perlu).

Menyelesaikan kerja atau tugasan mengikut kurikulum unit beruniform

yang diikuti di IPG (jika belum selesai).

Pelajar dikehendaki membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan

dalam portfolio sepanjang amalan profesional.

22.3 Aktiviti-Aktiviti Tambahan

Sekiranya pelajar disahkan melibatkan diri dengan cemerlang dalam

aktiviti-aktiviti tambahan kokurikulum di peringkat sekolah/daerah/negeri

dalam bidang persatuan/sukan/permainan/unit beruniform seperti di

bawah, pelajar berkenaan boleh diberi penilaian pada Tahap 5.

Merentas desa

Jogathon

Hari Terbuka / Hari Ibu Bapa

Pasar Ria

Sukaneka dan sebagainya

Lain-lain aktiviti

Page 27: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU. SABAH.

22.4 LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MINGGUKE- .........

Nama Pelajar :

______________________________________________________

Jenis Persatuan/Sukan/Unit Beruniform : __________________________________

Tarikh : _____________________ Masa : ___________________________

Tempat : _______________________________________________________

Nama Guru Penasihat GERKO : _______________________________________

Bilangan Pelajar : __________________________________________________

Aktiviti/aspek kemahiran yang dijalankan yang merangkumi kepimpinan,

kepengurusan, kejurulatihan dan kepegawaian:

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Aspek yang dibimbing oleh Guru Penasihat/ Pensyarah Pembimbing/ Guru

Pembimbing:

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Refleksi:____________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________ __________________________________

Tandatangan pelajar Tandatangan guru/ pensyarah pembimbing

Page 28: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, KENINGAU, SABAH.

22.5 REKOD PROJEK / AKTIVITI / PERANAN LAIN

Nama Pelajar : ____________________________________________

Kursus dan Ambilan : ____________________________________________

Nama Sekolah : ____________________________________________

Mgu Tarikh

Masa Projek / Aktiviti / Peranan Lain

Catatan

(Lokasi dll)

M 1

M 2

M 3

M 4

M 5

M 6

M 7

M 8

M 9

M 10

M 11

M 12

Disemak oleh pihak sekolah

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 29: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 29

23. GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR

23.1 Pendahuluan

Pementoran ialah satu program sokongan untuk peningkatan profesional

guru-guru. Pendedahan melalui program ini membolehkan guru

mengukur kemampuan refleksi secara praktik. Ini akan menjadikan

mereka lebih prihatin terhadap keperluan penilaian kendiri ke atas

kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing. Pendekatan ini

akan dapat membantu peningkatan dalam proses penilaian kendiri di

kalangan guru pembimbing dan pelajar. Oleh itu, guru pembimbing

merupakan kumpulan sokongan yang perlu membimbing pelajar

menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing secara

bersama.

23.2 Objektif

Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa

amalan profesional.

Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah

dan institut perguruan.

23.3. Tanggungjawab Guru Pembimbing Sebagai Mentor

Rancangan Pembinaan Individu (Individual Development Plan)

Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru

pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan mengukuhkan

kecekapan pelajar.

Mentoring dan Maklum Balas

Guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau

kemajuan dan prestasi pelajar (mentee). Sesi maklum balas dan

refleksi yang lebih konsiten perlu diadakan bagi merenung dan

mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian

klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif diambil

kira dalam setiap perbincangan.

Penasihat Strategi Kerjaya

Guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang berkaitan

dengan peluang-peluang yang ada dalam organisasi dan latar

belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan untuk meningkatkan

potensi dan prestasi seseorang pelajar. Guru pembimbing dengan

pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaran

Page 30: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 30

sekolah merupakan individu yang paling layak untuk membantu

pelajar belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam blilik

darjah.

Pembimbing dalam Bilik Darjah

Guru pembimbing akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model,

pemberi penjelasan dan memberi “resipi” untuk membantu para

pelajar. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal

dan sistematik pelajar akan belajar mengambil alih tugas dan

tanggungjawab guru bilik darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan

pelajar ke arah suatu kefahaman yang lebih mendalam mengenai

cara mengajar supaya dapat dipastikan yang pembelajaran telah

berlaku dalam bilik darjah. Cara ini mereka akan dipandu ke arah

perubahan, pertumbuhaan dan perkembangan sebagai seorang

guru.

Sponsoring dan Pengantaraan

Guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu

menyusun tugasan membina secara berterusan dan

mempromosikan tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang

saling menyokong memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua

pihak. Pelajar perlu mendapatkan bimbingan, nasihat, bersikap

terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan guru

pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan

maklumat secara profesional.

23.4 Prinsip Bimbingan

Mendengar lebih daripada bercakap.

Mencelah hanya apabila perlu.

Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya

penyelesaian masalah)

Komitmen kepada perkembangan berterusan.

Belajar mengajar menerusi inkuiri penemuan dan refleksi.

Menggunakan pengalaman mengajar pelajar.

Bersifat menyokong dan bukan menyerah.

Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang,

kerajinan dll).

Page 31: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 31

Page 32: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 32

Page 33: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 33

Page 34: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 34

Page 35: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 35

Page 36: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 36

Page 37: Buku panduan praktikum kpli pra sek jun 2010. bah 2

Unit Praktikum, IPG Kampus Keningau, Sabah 37