pak pandir denan kambing.docx

2
TAJUK : PAK PANDIR DENGAN KAMBING. (Pak Pandir sedang mengerjakan sawah) Eh nampaknya hari hendak hujan. Baik aku pulang segera” Selamat sejahtera kawan-kawan. Dengarlah cerita saya yang bertajuk “Pak Pandir Dengan Kambing”. Pada suatu hari, Pak Pandir sedang mengerjakan sawah. Tiba-tiba cuaca menjadi gelap. Kilat Sabung- menyabung. “ Eh nampaknya hujan akan turun ni. Baik aku pulang segera,” Kata Pak Pandir sambil bersiap untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, hujan pun mula turun. Tiba- tiba Pak Pandir ternampak seekor kambing di tepi semak. “ Bekk,!bekk!” anak kambing itu kesejukan. Pak Pandir berasa kasihan, lalu membawa kambing itu pulang. Sampai di rumah dia menghidupkan api supaya kambing itu tidak kesejukan. Pada keesokan harinya Pak Pandir membina sebuah kandang untuk kambing itu. Pak Pandir memberi kambing itu makan pucuk-pucuk kayu yang diambil ditepi hutan. Pak Pandir juga menjaga kambing itu dengan baik. Kambing itu membesar dengan cepat. Suatu hari Pak Pandir membawa kambingnya ke sawah. Aku mahu kamu tolong aku kerjakan sawah ini” Kata Pak Pandir.

Upload: saba-sabariah

Post on 15-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pak pandir denan kambing.docx

TAJUK : PAK PANDIR DENGAN KAMBING.

(Pak Pandir sedang mengerjakan sawah)

“Eh nampaknya hari hendak hujan. Baik aku pulang segera”

Selamat sejahtera kawan-kawan. Dengarlah cerita saya yang bertajuk “Pak Pandir Dengan Kambing”.

Pada suatu hari, Pak Pandir sedang mengerjakan sawah. Tiba-tiba cuaca menjadi gelap. Kilat Sabung-menyabung.

“ Eh nampaknya hujan akan turun ni. Baik aku pulang segera,” Kata Pak Pandir sambil bersiap untuk pulang ke rumah.

Dalam perjalanan pulang, hujan pun mula turun. Tiba-tiba Pak Pandir ternampak seekor kambing di tepi semak. “ Bekk,!bekk!” anak kambing itu kesejukan. Pak Pandir berasa kasihan, lalu membawa kambing itu pulang. Sampai di rumah dia menghidupkan api supaya kambing itu tidak kesejukan.

Pada keesokan harinya Pak Pandir membina sebuah kandang untuk kambing itu. Pak Pandir memberi kambing itu makan pucuk-pucuk kayu yang diambil ditepi hutan. Pak Pandir juga menjaga kambing itu dengan baik. Kambing itu membesar dengan cepat.

Suatu hari Pak Pandir membawa kambingnya ke sawah. “ Aku mahu kamu tolong aku kerjakan sawah ini” Kata Pak Pandir.

Pak Pandir pun menarik kambing itu ke sawah. “Mbekk,bekkk,bekk!.. Kambing itu meronta-ronta kerana tidak mahu turun ke sawah.

Pak Pandir mula berasa marah,,Dia mengambil kayu lalu memukul kambing itu. “ Kenapa kau malas sangat haaa kambing,,, cepat turun ke sawah!!” Kata Pak Pandir….Akhirnya kambing itu turun juga ke sawah. “Bekk! Bekkk” Kambing itu melompat-lompat apabila terkena air.

Page 2: pak pandir denan kambing.docx

TAJUK : PAK PANDIR DENGAN KAMBING.

Tidak lama kemudian datang jiran Pak Pandir, “Kenapa kamu memukul kambing itu?”Tanya jirannya.

“Kambing ini malas, sebab itulah aku pukul,” jawab Pak Pandir.

“Kambing ini tidak boleh mengerjakan sawah. Lagi pun memang sifat kambing takut pada air,” terangnya lagi.

Lalu Pak Pandir berasa malu dengan kebodohannya. Dia pun membawa kambing itu ke rumahnya.

Haa kawan-kawan, demikianlah cerita Pak Pandir dengan kambing. …kita hendaklah menuntut ilmu dan rajin belajar agar menjadi orang yang bijak pandai serta perlu bertanya jika tidak tahu akan sesuatu, supaya kita tidak bodoh seperti Pak Pandir. Sekian terima kasih