bidang: kesusasteraan bidang: geografi dan · pdf filemengisahkan hang tuah, pak pandir dan...

Download BIDANG: KESUSASTERAAN BIDANG: GEOGRAfI DAN · PDF fileMengisahkan Hang Tuah, Pak Pandir dan Laksamana saling tidak mengena- ... ISBN 983-62-9361-2 RM18.00 # 266 hlm. Buku ini mengandungi

If you can't read please download the document

Upload: trinhdieu

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • Siri Warisan Sastera Klasik:HIKAYAT ALI BAD SYAHSaiful Bahri Md.RadziISBN 983-62-9323-XRM24.00 # 231 hlm

    Hikayat Ali Bad Syah diklasifikasikan sebagai sebuah genre cerita berbingkai berunsurkan Islam. Ia mengisahkan Raja Ali Bad Syah yang dipaksa turun dari takhta dan dihalau dari negerinya disebabkan keja-hatan putera sulung baginda. Ikutilah kesu-dahan nasib Raja Ali serta keluarga baginda yang menarik untuk dihayati dan dijadikan bahan rujukan untuk para pelajar dan peng-kaji sastera.

    Edisi Khas Sasterawan NegaraKumpulan Cerpen Pilihan PADA SUATU RUANGS.Othman KelantanISBN 983-62-9366-3RM20.00 # 283 hlm.

    Mengisahkan Hang Tuah, Pak Pandir dan Laksamana saling tidak mengena-li disebabkan hidup pada zaman berbeza. Namun, mereka berkongsi beban perasaan yang sama di sebuah wakaf yang terpen-cil. Mereka saling meluahkan kekesalan. Akan tetapi, apakah sebenarnya yang mereka kesalkan? Dan, siapakah pula yang menyebabkan mereka menyesal?

    Edisi Khas Sasterawan NegaraKumpulan Cerpen Pilihan PAHLAWAN TAK BERNAMAAbdullah HussainISBN 983-62-9364-7RM30.00 # 467 hlm.

    Memaparkan watak seorang nasionalis yang banyak memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air. Akan tetapi kedudu-kannya telah dirampas oleh pihak lain yang berkepentingan. Perjuangannya melalui tulisan di majalah telah disalahertikan oleh pihak Inggeris.

    Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006 BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006 Halaman Tujuh

    ISTIMEWA UNTUK DIMILIKI

    SEORANG PENYAIR, SEBUAH BENUA RUSUHBIOGRAFI USMAN AWANGMuhammad Haji Salleh Sasterawan NegaraISBN 983-62-8759-0RM60.00 # 310 hlm

    Merupakan biografi Usman Awang yang paling lengkap, yang meng-galur alir kehidupan beliau, dari Tanjung Lembu/Kuala Sedili hinggalah ke Mersing, Muar dan Segamat. Kisah kehidupannya yang berlaku di Melaka dan Singapura pula memaparkan bakat pelbagai bidangnya yang terkandung dalam pengalaman dan puisi-puisinya. Di dalam buku ini juga terdapat pulu-han gambar lama dan baharu yang me-rakamkan kenyataan hidup penyair ini.

    Edisi Khas Sasterawan NegaraKumpulan Puisi Pilihan MAKA BERMADAHLAH MASAMuhammad Haji SallehISBN 983-62-9362-0RM18.00 # 259 hlm

    Memuatkan koleksi puisi pilihan pengarang dari tahun 1973 hingga 2004. Buku ini mengampungkan sajak-sajak yang disentuh maknanya oleh waktu atau dalam dirinya mengisahkan waktu. Turut diketengahkan beberapa puisi baha-ru di bawah judul Dari Pulau Pinang ke Aceh yang menarik untuk dihayati.

    Edisi Khas Sasterawan NegaraKumpulan Drama Pilihan DEMI ZAITUNNoordin HassanISBN 983-62-9361-2RM18.00 # 266 hlm.

    Buku ini mengandungi empat buah drama yang menarik berjudul Tiang Seri Tegak Berlima, Anak Tanjung, Sirih Bertepuk Pinang Menari dan demi zaitun . Drama demi zaitun merupakan drama berunsur Islam yang mengajak manusia menuju kebenaran dan meninggalkan kemungkaran serta menjaga kemuliaan manusia yang dikurniakan Allah.

    Kumpulan Puisi Mistik dan KerohanianASYIK As-Suhaimi (Penerima S.E.A. Write Award 1995)ISBN 982-62-9307-8RM27.00 # 276 hlm.

    Asyik merupakan suatu pencapai-an As-Suhaimi yang sangat tinggi dalam penciptaan karya mistik dan kerohanian. Ia suatu ciptaan yang murni dalam menelusuri mutiara gilang-gemilang dalam lautan ilmu tauhid dan tasawuf yang memancar-kan nilai-nilai kebenaran dan keinda-han Tuhan Yang Maha Esa.

    GELORA DI HATI ARINIRoslan NgahISBN 983-62-9312-4RM15.00 # 209 hlm.

    Hayati kisah menarik yang berbeza bagi dua orang gadis iaitu Murni dan Arini yang terperangkap di dalam dilema dan konflik kehidupan yang hampir serupa. Gelora di Hati mengi-sahkan Murni, seorang anak nelayan yang terpaksa menamatkan perseko-lahan kerana masalah ayahnya yang banyak hutang. Sementara Arini pula mengisahkan kemelut yang dihadapi oleh Arini yang diganggu oleh kawan-kawannya di sekolah. Ikutilah kesu-dahan kisah kedua-dua gadis ini yang disatukan dalam novel yang menarik ini.

    MENCARI KEBEBASANZulkifli MansorISBN 983-62-3715-1RM6.50 # 186 hlm.

    Sebuah novel yang memaparkan kisah seorang gadis yang mengha-dapi konflik dalam mencari kebebasan daripada kemewahan hidup, terpaksa menempuh pelbagai misteri yang me-ngancam nyawanya sendiri. Namun di sebalik itu, dia menemui erti kebebasan dari cinta sejati yang akan menyinari hidupnya.

    Edisi Khas Sasterawan NegaraKumpulan Cerpen Pilihan TONIL PURBAWARAShahnon AhmadISBN 983-62-9363-9RM24.00 # 341 hlm.

    Tonil Purbawara, sebuah kumpulan 20 buah cerpen yang mema-parkan pelbagai tema dan persoalan, secara tersirat dan tersurat-nya, sejalur dengan gelora perjalanan seja-rah tanah air.

    BIDANG: KESUSASTERAAN

    Riwayat Hidup Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Sumbangannya kepada Pengajian HadithMohd. Muhiden Abd. RahmanISBN 983-62-8770-1RM6.00 # 84 hlm.

    Memperkenalkan riwayat hidup seorang tokoh ulama pada abad ke-17H, iaitu Syeikh Nuruddin al-Raniri. Turut dimuatkan tentang ketokohannya sebagai seorang mujaddid yang begitu terserlah dalam dunia keilmuan dan sumbangan besar dalam bidang penga-jian hadis.

    Riwayat Hidup IMAM AL-NAWAWI dan Sumbangannya kepada Pengajian HadithMohd. Muhiden Abd. RahmanISBN 983-62-8794-9RM6.00 # 88 hlm

    Memperkenalkan riwayat hidup seorang tokoh ulama pada abad ke-7H, iaitu al-Imam Muhyi al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf ibn Murri al-Nawawi. Turut dimuatkan tentang ketokohannya dalam dunia keilmuwan dan sumbangan besar dalam bidang hadis telah banyak membantu generasi kemudian memahami Islam dan meng-hayati sebagai satu cara hidup yang sebe-narnya.

    BIDANG: BAHASA

    Siri Buah-buahan Tempatan:NANGKADBPISBN 983-62-9019-1RM3.00 # 16 hlm.

    Buku ini memperkenalkan ciri-ciri buah nangka dan kegunaannya. Buku ini sesuai untuk murid sekolah rendah sebagai bahan bacaan pengukuh-an pengajaran j-QAF.

    Siri Buah-buahan Tempatan:TEMBIKAIDBPISBN 983-62-9110-5RM4.00 # 16 hlm.

    Buku ini memperkenalkan ciri-ciri buah tembikai dan kegunaannya. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan dalam penga-jaran j-QAF sekolah rendah.

    BIDANG: SAINS TULEN

    BACALAH TENTANG GUNUNG BERAPIJen GreenISBN 983-62-7642-4RM11.00 # 32 hlm.

    Ketahui tentang gunung berapi dan ben-cana alam yang berlaku disebabkan letusan gunung berapi tersebut. Dengan huraian secara terperinci dan teks yang mudah difahami serta dilengkapi ilus-trasi besar dan menarik, buku ini sesuai dijadikan sebagai bacaan tambahan bagi golongan kanak-kanak peringkat rendah.

    BIDANG: KESENIAN

    MEMBINA STRUKTUR MENAKJUBKAN:BANGUNAN PENCAKAR LANGITChris OxladeISBN 983-62-9062-1RM17.00 # 32 hlm.

    Buku Bangunan Pencakar Langit ini meneliti prinsip reka bentuk, bahan dan teknik pembinaan semasa bagi bangunan tinggi. Ia memaparkan bebe-rapa struktur yang paling menakjub-kan di seluruh dunia seperti Bangunan World Trade Center di New York serta Bangunan Berkembar Petronas di Malaysia. Turut dimuatkan perkem-bangan teknologi pembinaan yang digu-nakan di setiap bangunan tersebut.

    BIDANG: GEOGRAfI DAN SEJARAH

    Edisi Khas Sasterawan NegaraKumpulan Cerpen Pilihan KAMI YANG TERLIBATUsman AwangISBN 983-62-9368-XRM17.00 # 189 hlm.

    Kami Yang Terlibat, mengisahkan pengalaman yang dilalui penulis bersama rakan-rakan seperjuangan yang menentang musuh di medan pepe-rangan. Antara petikan yang menarik dihayati ialah kami yang terlibat ini beracah-acah dengan maut hanya untuk sesuap nasi. Sesuai untuk dimi-liki oleh semua lapisan masyarakat.