pak pandir menjemput

13

Upload: ly-infinitryx

Post on 24-May-2015

199 views

Category:

Education


12 download

DESCRIPTION

sebuah cerita kanak-kanak. ibu bapa digalakkan untuk mempersembahkan cerita ini kepada anak-anak untuk perkembangan otak mereka.

TRANSCRIPT

Page 1: Pak pandir menjemput
Page 2: Pak pandir menjemput

PAK PANDIR MENJEMPUT

TOK LEBAI

NAMA :

KELAS :

SEKOLAH :

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Page 3: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

1

Mak Andih mengadakan majlis

kenduri. Ramai orang kampung

datang ke rumah Mak Andih.

Satu-satunya orang yang belum

datang ialah Tok Lebai.

Page 4: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

2

“Mungkin Tok Lebai terlupa!” fikir

Mak Andih. Mak Andih lalu

menyuruh Pak Pandir pergi

menjemput Tok Lebai.

Page 5: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

3

“Saya tidak kenal sangat akan

Tok Lebai itu,” ujar Pak Pandir

dengan perasaan susah hati.

“Tok Lebai itu berjanggut dan

berkopiah putih,” jelas Mak Andih.

Page 6: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

4

Pak Pandir pun pergi mencari Tok Lebai.

Di pertengahan jalan, Pak Pandir

bertemu dengan seekor kambing

jantan. Kambing itu berjanggut. Di

atas kepalanya ada bulu putih.

Page 7: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

5

“Oh, Tok Lebai ada di sini!” kata

Pak Pandir. Dia menyangka

kambing itu ialah Tok Lebai.

Page 8: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

6

“Tok Lebai, marilah ke rumah

saya! Mak Andih buat kenduri,” kata

Pak Pandir lagi.

Dia terus mengheret kambing itu.

Page 9: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

7

Kambing itu mengembek-ngembek.

Embik! Embik!

“Nasi di rumah saya tidak lembik,”

jawab Pak Pandir.

Page 10: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

8

Apabila tiba di rumah, Pak Pandir

terus memberitahu Mak Andih, “Tok

Lebai sudah sampai.”

“Jemputlah Tok Lebai itu naik ke

atas rumah,” kata Mak Andih.

Page 11: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

9

"Tok Lebai tidak belum mahu naik.

Dia mahu makan rumput dulu,” ujar

Pak Pandir.

Mak Andih terkejut mendengar

jawapan Pak Pandir.

Page 12: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

10

“Ini bukan Tok Lebai! Ini ialah

kambing jantan,” kata Mak Andih.

Pak Pandir berdiam diri sahaja

kerana berasa malu.

Page 13: Pak pandir menjemput

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

11

Mahu tidak mahu, terpaksalahMak Andih pergi sendiri ke rumahTok Lebai.