pantun pak zek

24
PERSURATAN PAHANG 5Wenjejaft Warisan Paliang 140 Bait Pantun Pak Zek : Satu Penelitian Tentang Pantun Nama Tempat Di Negeri Pahang Oleh: Yaakublsa 27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan Jlnjuran (JJersama: labatan Kebudayaan &. Kesenian Pahang (lKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) (/)enoan 'J(erjasama Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang

Upload: phungdien

Post on 23-Dec-2016

346 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun Pak Zek

PERSURATAN PAHANG

5WenjejaftWarisan Paliang

140 Bait Pantun Pak Zek : Satu

Penelitian Tentang Pantun Nama TempatDi Negeri Pahang

Oleh:

Yaakublsa

27 - 28 Oktober 2001

Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

Jlnjuran (JJersama:

labatan Kebudayaan &. Kesenian Pahang (lKKP)Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

(/)enoan 'J(erjasamaYayasan Pahang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Kerajaan Negeri Pahang

Page 2: Pantun Pak Zek

140 BAIT PANTUN PAK ZEK:SATU PENELITIAN TENTANG

PANTUN NAMA TEMPAT 01 PAHANG1oleh

YMKUB ISA

eliau pernah menyatakan keinginannya untuk mencipta pantun yang

pembayang maksudnya menggunakan nama-nama kampung di Pahang, ... - ... "'"

- dari 'kemuncak air meleleh hingga ke ombak menghempas'. Namun

hasratnya ini tidak dapat disempurnakan. Sehingga saat kematiannya, hanyasekitar 140 bait pantun sahaja yang sempat disiapkan, yang tercantum di

dalamnya kira-kira 180 nama tempat di negeri Pahang.

Mengapakah begitu istimewa sekali kampung-kampung di Pahang ini bagiPak Zakaria Hitam, Budayawan Pahang yang terkenal itu? Barang siapa yang

pernah sempat bertemu dengan beliau, dengan mudah dapat memberikan

jawapan bagi pertanyaan ini. la bermula daripada rasa kecintaan beliau yang

amat besar terhadap negeri tumpah darahnya ini yang seterusnya menyebabkanbeliau telah menghabiskan sebahagian besar umurnya mendokumentasikan

pusaka warisan sastra dan budaya tradisional negeri ini untuk tatapan generasi

yang akan datang. Beliau tidak jemu-jemu mengumpul dan memperkatakancerita-cerita rakyat, lagenda, pantun, di samping artifak budaya Pahang; yang

kini kebanyakannya menjadi koleksi Lembaga Muzium Negeri Pahang. Pepatah

yang menyebut 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' selalu

sangat menjadi buah mulut beliau bila menyebut tentang kealpaan anak-anak

Pahang menghargai budaya nenek moyang sendiri sebaliknya berebut-rebut

mengejar sesuatu yang moden dan materialistik; dan betapa perlunya usaha

mengumpul cerita rakyat dan budaya tradisional ini dipergiatkan.Walau bagaimanapun, koleksi pantunnya tentang ini mengatasi bilangan

pantun jenis yang sama dengan yang pernah dicipta oleh semua orang

perseorangan lain!

1Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Persuratan Pahang anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pahang,

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dengan kerjasama YayasanPahang dan Kerajaan Negeri Pahang di Auditorium Budaya, Kuantan pada 27-28 Oktober 2001.

1

Page 3: Pantun Pak Zek

Pantun Dalam Masyarakat MelayuProfesor van Ophuysen pernah mengatakan bahawa r dalam pantun terkandungtabiat, pikiran, dan perasaan bangsa Melayu" (Redaksi Balai Pustaka, 2000:v).Pantun yang kerapkali bercirikan kaedah berkias tidaklah pula bermakna minda

Melayu tidak berkeupayaan menyatakan sesuatu dengan terus terang lagi tepatkerana memberi nilai sosial yang tinggi kepada corak komunikasi yang

menggunakan pantun (Mohd Taib Osman, 1995:10).Pantun lahir dan berkembang secara popular dalam masyarakat Melayu

yang buta huruf. Sebagai sebahagian daripada hasil tradisi ltsan, penciptaanatau proses kreativiti pantun dilakukan dengan rapi sehingga dapat

menghasilkan susunan kata-kata yang indah dan menarik (Wan Abdul Kadir & Ku

Zam Zam Ku Idris, 1995:1). Kerapian proses penciptaan pantun menghasilkanuntaian puisi yang indah.

Pantun nama tempat ini bukanlah merupakan pantun yang mempunyaictri-ctrt keindahan yang tinggi di kalangan pantun ciptaan betiau. Malah, boleh

dikatakan kebanyakan pantun ini agak monotenous sifatnya, terutama dalam

aspek penciptaan pembayang maksud. Mungkin untuk menyenangkan proses

penciptaan, Pak Zek selalu menu lis dalam pola sebagaimana berikut:

Dari X pergi ke Y,

Singgah sebentar di Z;dan untuk mengelakkan berulangnya pola yang serupa, barisan kedua

pembayang maksud digantikan dengan: Singgah makanlbertanaklbermalaml

bermafnlmenjalalsembahyang d! Z.

Pantun-pantun Pak Zek yang lebih bermutu baik dari segi penyusunan

kata mahupun dalam penyampaian maksud terdapat dalam koleksi lain seperti:

Masa berjalan bawalah tongkat,Kalau boleh jenis semambu;

Sarna sekampung teguhkan pakat,Kalau tidak musuh berkubu.

(Zainal Abidin Bakar, 1983:150)

2

Page 4: Pantun Pak Zek

Batang betik di tepi pagar,Buah rambutan merah berseri;

Orang baik tak payah diajar,Dur! df hutan tajam sendiri.

(Zainal Abidin Bakar, 1983: 187)

Angin melambung layar mengembat,Jurumudi betsukarta;

Orang sombong senang diubat,Orang berbudi susahlah kita.

(Zainal Abidin Bakar, 1983:84)

Cuba bandingkan keindahan pantun Pak Zek di atas dengan keindahan

dua buah pantun ciptaan Baba Kim Teck, jaguh Oondang Sayang dart Melaka

yang terkenal itu:

Ada seekor burung helang,Suka bertenggek di atas carang;

Hancur daging bercerai tulang,Budi yang baik baharulah hUang.

(Zainal Abidin Bakar, 1983:77)

atau,

Pada ikan baiklah udang,Sedikit tak takut kena tulang;

Jahat dan baik setnua ditfmbang,Seumpama rambut bud; tak hUang.

(Zainal Abidin Bakar, 1983:86)

Pantun Nama Tempat Oleh Pak Zek

Di atas usaha Bung Karim (Atlahyarham Tuan Haji Abdul Karim bin Haji

Abdullah), pantun ciptaan Pak Zek sama ada yang tercetak di pelbagai

penerbitan mahupun masih dalam bentuk manuskrip, telah diterbitkan sebagaisebuah buku. Buku riimpuncu: Pantun Pak Zek (Bukukarya Media (1991)

merupakan sebuah koleksi pantun lengkap yang pernah dihasilkan oleh Tokoh

Budaya Pahang tni. Di dalam buku inilah tercantum 140 rangkap pantun nama

tempat di Pahang ciptaan Pak Zek di samping pantun-pantun lain.

3

Page 5: Pantun Pak Zek

Terdapat sebanyak 180 nama kampung diabadikan oleh Pak Zek sebagai

pembayang maksud dalam pantun-pantunnya (Lihat Lampiran II). Pemilihan

nama-nama tempat ini tentunya berdasarkan setakat mana 'dekat'nya tempatitu dengan jiwa Pak Zek; di samping unsur-unsur kesesuaian dan kesedapan

bunyi yang membantu keindahan pantun itu sendiri. Nama tempat yang paling

kerap disebut oleh Pak Zek ialah Pekan (14 kali), Benta (10 kali), Bera (9 kalil,Pulau Keladi (5 kali), Sungai Mat Oulang (5 kali) dan Tanjung Berangan (5 kah]Sementara itu Beluru (4 kali), Kelola (4 kali), Pedah (4 kali), Peramu (4 kali),Pulau Maulana (4 kali), Pulau Rusa (4 kali) boleh dimasukkan ke dalam

kelompok yang kedua kerapnya.

Oaripada kumpulan nama tempat yang paling banyak digunakan oleh Pak

Zek di atas, bolehlah dirumuskan lebih 90% daripadanya merupakan kampung di

Pekan, termasuk kampung kelahiran beliau sendiri, iaitu Benta. Meskipun ada

dua tempat yang bernama Benta di Pahang - satu di Lipis dan satu Lagi di Pekan

- saya yakin Benta yang dimaksudkan oleh beliau dalam pantun ini ialah Benta

yang di Pekan.

Ada beberapa nama yang dapat dikatakan sebagai nama yang baru di

telinga kebanyakan kita. Contoh nama dalam kategori ini ialah Cawi, Belatik,

Belatung, Beluru, Pelangkah, Sungai Mat Oulang, Tanjung Bayan, Serli, SungaiBeniat, Sediman, Tanjung Berunai, Pulau Maulana, Bentan, Makam Cik Munah,Dumba sebagai contoh. Ada pula di antara nama kampung ini dalam proses

terhapus daripada peta kerana termasuk dalam proses pembangunan seperti

pembesaran jalan, ditinggalkan kerana penghuninya berpindah secara besar­

besaran ke kawasan penempatan baru dan perluasan kawasan yang dimajukandi bawah sesuatu projek.

Oi samping memasukkan nama-nama tempat sebagai pembayangmaksud, ada juga yang dimasukkan sebagai maksud. Ini terutamanya di dalam

pantun tentang perlunya Hulu Tembeling dikekalkan dalam keadaannya yang

ada. Perkara ini timbul kerana dalam awal tahun tujuh puluhan ada ura-ura

kerajaan hendak membina empangan di kawasan tadahan hujan di Taman

Negara itu, Pak Zek telah menggubah 48 bait pantun khas dengan judul 'Kalau

4

Page 6: Pantun Pak Zek

Tembeling Diempang' sebagai memprotes ura-ura ini (A. Karim Abdullah, 1991:

31-37).

Implikasi Pantun Nama Tempat Kepada Masyarakat Kini

Meneliti secara sambil lalu terhadap pantun-pantun ini seseorang mungkin

berpendapat bahawa pantun-pantun tersebut tidak banyak perbezaannya

dengan ribuan pantun lain yang dicipta, ditutur dan dinyanyikan dart semasa ke

semasa. Semasa penulis membuat kajian tentang cerita rakyat yang

dikumpulnya, Pak Zek pernah menyebut kebimbangannya pada masa yang akan

datang anak cucu kita tidak tahu sejarah sebenar nama kampung di negeri tnt.

Lebih menakutkan, demikian pendapat beliau seterusnya, ialah sekiranya kisah­

kisah sebenar in; tidak ditulis, anak cucu kita mungkin mengatakan nama

Kuantan itu berasal daripada nama Wong Kuan Tan! Kebimbangan beliau ini

berasas kerana ada sekolah di Kuantan mengukir perkataan Kuantan di lencana

sekolahnya sebagai KUAN-TAN.

Berdasarkan kepada hasrat Pak Zek dalam mencipta pantun nama

tempat ini dapatlah kita rumuskan implikasinya iaitu:

(i) Membolehkan genarasi yang akan datang mengetahui nama

kampung di Pahang secara umum.

(Ii) Menetapkan identiti nama tempat mengikut warna

tempatan.

(iii) Mengekalkan nama sesuatu tempat sebagaimana nama asal.

(iv) Mengekalkan nama tempat dengan mengaitkannya dengan

sejarah wujudnya nama itu, sama ada berkaitan dengannama orang terkenal atau hasil daripada sesuatu peristiwa

yang luar biasa.

PenutupDalam kertas kerja ringkas in; penults cuba mengetengahkan hasil karya tokoh

penulisan dan tokoh budaya Pahang yang patut kita kenangi. Pak Zek telah

menghabiskan masa dan tenaganya rnendokurnentasikan kesenian, sastera dan

5

Page 7: Pantun Pak Zek

!rllalriipsil[2l!iiI�';aJ IliTi)�iiiiDlillllal jjEr[,tdi�rfi :11T!'l3o;liii1@:-!m�(::4�mgA\\\eIlab.!in i�(t'lrt(ij}J; :w'a�mg l�ef::ijR thrnN !1l,e1IT1IL1;[ils Ih�Jitn:abrlLai!p1 ,>.:,,,,.. ,'.. '.1:01.'. r:TIiE\!1T1::b\E\f'ii:k:aiiTIt SlUIJ!1111Ibarng.au11l Jke

aJl411iIn pemcajplialiioo �bljje!ktii1f Semmiimfr iPeool[iisaID1l Pallffia;Jmg 'jVal.lrng rulkrulp beirmalkJrna. TIlrnii.

SeslliIlIl!8lUlitrnnrwal' jpellmWlm-p:alllllitilllll'il ciiptaarn P;alk l€!K - Se�Dagajman;a pallnlWlI1I-paI1ltlull11l

i1aiillll jl!l� - ruka.l� s:ekadlalr IlJIlI1ltlUllk mliIlilikimall..ii IkieiindlaJlil31a1fll rima darn SlJS1JIlI1la1l

�" !Ti1ilalllaJhl ll.ebnlhl j�llJIihl daJrn iitllll 'ila!alhl lj)6ng,ajiQliraJ.!'li dan 1fa�sa:lfaJhl YaJrng lhdleIhJ

IkiiUa gaIlii *mii l�aII1l IhnidJ.up !bemegara dii IkaIlangaJn lkiilta. WaIlllalh!lUI

aJLIIlam_

Page 8: Pantun Pak Zek

B"hl" .. ".;�:, di'O'g,lli,all"l:

Abdult Ka.rim Ha.JQ AhduLLah {penyelenggara). :(1.991),. HimpurI,al1Pantun PO'k Ze«. PetaIlng Jaya: Bukuikarya Media.

KUTik Kundi M,E"HJn, Saga- K,u.�pu!{a.n Pantun Lis;an lriJelayu. i(1990j,.lKuaLa Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Mohd� Tatb Osman, Datuk Dr. Prof. (1'995). tpantun Sebagal1Pencenmnan M.lnda Metayu" kertas ucap utama yang dibentangkandaiam Festival Pantun '95 di City Bay View Meta.ka fB-15 Okteber19'95)! anjuran Kementerian IKcelbudayaanl Kesenian danPelanccngan Ma'taysia ..

Muhammad Haji Salleh, Prof. Dr., (199'5) .. Perayaan Metafora: Kiasdan tbaret di Pentas Pantun', kertas kerja yang dibentangkandalam Festival Paotun '95 di Ctty Bay View Me'Laka 3-115, Oktober19195) anjurar Kernentertan Kebudayaanl Keseatan dan

Pelancongan MaJaysIa,.

Norazit Selat, Prof .. Madya Dr., (1:995). 'Pantun Budi: Satu Anatisist<,mai" � kertas kerja yang dibentangkan daiarn Festival Pantun '95di City Bay View Meilaka 3-15 Oktober 1995) anjuranKementertan Kebudayaan, Kesentan dan Pelancongan Malaysla.

Oong Hak Ching, Dr., (1995)... 'Pantun Cina Peranakan dalamBahasa Melayu: Satu PeneUtlan Awat" kertas kerja. yangdibentangkan dalarn Festival Pantun '95 dt (lty Bay VIew Melaka(13-15 Oktoaer 1'99'5) anjuran Kementerian Kebudayaan, Keseniandan Pelancongan .Mailaysta.

Redak.s� Bailai Pustaka, lOOO. Patitun .Metayu. Jakarta: BataiPustaka,

Wan Abdul Kadir Yusof, Prof., & Ku Zarn Zarn Ku ldns, Prof.

Madya, (1995). 'Sem Budaya dalam KreaUviiti Pantun', kertaskerja yang diibentangkan dalam Festival Pantun '95, di City BayVie'''iN Melaka 3·1i5 Oktober 1995) anjuran KementerianiKebudayaan, Kesenian dan Pelancongan MaLaysia..

WUkinson,. R. J.; Et Winstedt. R. 0 .. (195,5). Pantim Me£ayu ..

Singapura: The Mataya Publishing House Limited.

ZainaL Abid]n Bakar (penyetenggara). (1.983) .. Kumpulan Pantun

Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7

Page 9: Pantun Pak Zek

Lampir�Biadata Data' Haji Zakaria Hitam

1 Butiran Diri

(a)(b)(c)(d)(e)

Nama:Tarikh Lahir:Tempat Lahir:Nama Bapa:Nama Ibu:

Zakaria bin Hitam20 Jun 1912

Kampung Benta, Langgar, PEKANHitam @ Abdul Rahman binb Mat YusofZainab binti Mohamad

2 Persekolahan

(a) Sekolah Melayu Langgar, Pekan (1921-1925) - Lulus DarjahLima.

(b) Sekolah Ahmad (Inggeris) Pekan (1926-1928) - Lulus DarjahEmpat.

(c) Sekolah Clifford, Kuala Lipis (1929-1932) - Lulus JuniorCambridge.

(d) 1937 - lulus Peperiksaan Senior Cambridge sebagai calonpersendirian.

(e) 1954 - lulus Peperiksaan Undang-undang bagi PegawaiPentadbir (MCS).

(f) 1956 Mendapat Diploma dalam bidang Public Administrationdan Secretarial Practice (Local Government).

3 Perkhidmatan

(a) 1934 - mula bertugas sebagai Kerani Rendah Negeri.(b) 1940 - dinaikkan pangkat sebagai Kerani Biasa.(c) 1954 - dilantik sebagai Kerani Tingkatan Khas.(d) 1957 - dilantik sebagai Pegawai Kerani Tingkatan Tertinggi C(e) 1958 - dilantik sebagai Pegawai Kerja.

4 Anugerah Yang Diterima

(a) 1963 - Pingat Jasa Kebaktian (PJK).(b) 1971 - Jaksa Pendamai (JP).(c) 1973 - Ahli Mangku Negara (AMN).(d) 1978· Gelaran 'Budayawan Pahang' - anugerah GAPENA.(e) 1981 - Ahli Mahkota Pahang (AMP).(f) 1982· Ijazah Kehormat Sarjana Sastera (MA) dari Universiti

Malaya.(g) 1983 - Gelaran 'Bapa Sastera Rakyat Pahang' anugerah DPMf

Page 10: Pantun Pak Zek

Lampiran IISenarai Nama Tempat Yang Digunakan Dalam Pembayang Maksud Pantun Pak Zek

Bil. Nama Tempat Daerah Kekerapan Bil. Nama Tempat Daerah Kekerapan

1 Air Berbagi Pekan 2 61 Kuala lanar lipis 22 Api-Api Pekan 1 62 Kuala lipis Lipis 1

3 Aur Rompin 1 63 Kuala Mentiga Pekan 1

4 Baluk Kuantan 1 64 Kuala Pahang Pekan 15 Batu Kunta Pekan 2 65 Kuala Reman Kuantan 16 Batu leja Jerantut 2 66 Kuala Sat Jerantut 17 Batu Sawar Temerloh 1 67 Kuala Semantan Temerloh 1

8 Bawang Maran 1 68 Kuala Tahan Jerantut 1

9 Belangka Temerloh 2 69 Kuantan Kuantan 210 Belatung Pekan 2 70 Lamir Pekan 311 Beletik Pekan 1 71 lampung Bentan Pekan 112 Beluru Pekan 4 72 lanar lipis 113 Bengit Temerloh 1 73 langgar Pekan 1

14 Benta Pekan 10 74 lanjut Pekan 1

15 Bentan Pekan 2 75 Lebak Temerloh 1

16 Bera Temerloh 9 76 lebu Bentong 1

17 Berhala Gantang Temerloh 1 77 letak Kelibat Rompin 218 Beroga Temerloh 2 78 lompat Temerloh 2

19 Beruas Pekan 1 79 Lubuk Belida lipis 220 Beserah Kuantan 1 80 lubuk lian Jerantut 121 Budu Lipis 2 81 lubuk Mia Jerantut 1

22 Bukit Cempedak Pekan 1 82 Lubuk Sengarat Temerloh 123 Bukit Gebuk Pekan 2 83 Makam Cik Munah Pekan 1

24 Bukit Kota Lipis 1 84 Mela lipis 2

25 Bukit Sanding Jerantut 1 85 Mengkarak Temerloh 1

26 Burau Jerantut 1 86 Mentenang Maran 1

27 Cawi Pekan 1 87 Mentiga Pekan 3

28 Ceruk Paluh Pekan 1 88 Merba Pekan 1

29 Cini Pekan 1 89 Muadzam Rompin 1

30 Dumba Rompin 1 90 Nenasi Pekan 2

31 Gancong Hilir Pekan 2 91 Nipah Rompin 1

32 Gelombang Tujuh Jerantut 2 92 Pahang Tua Pekan 1

33 Gua Bama Temerloh 1 93 Pangsanam Temerloh 1

34 Gunung Cini Pekan 1 94 Pasir Durian Jerantut 1

35 Gunung Tahan Jerantut 2 95 Pasir Mandi Jerantut 1

36 Jambu Rias Bentong 1 96 Pasir Tambang Jerantut 1

37 Jelam Temerloh 2 97 Paya Bungor Maran 1

38 Jelu Jerantut 1 98 Paya Ketapi Pekan 139 Jengka Maran 1 99 Pedah Jerantut 4

40 Jeram Kuantan 1 100 Pejing Maran 241 Juara Rompin 1 101 Pekan Pekan 14

42 Kampung Bintang Temerloh 3 102 Pekan Seberang Pekan 2

43 Kampung Bugis Pekan 1 103 Pelak Pekan 1

44 Kampung Cendur Kuantan 1 104 Pelangai Bentong 1

45 Kampung Kelola Jerantut 1 105 Pelangkah Pekan 2

46 Kampung Kiambang Pekan 1 106 Pengkalan Sena Pekan 1

47 Kampung Mengkasar Pekan 2 107 Penyagu Pekan 2

48 Kampung sekara Temerloh 1 108 Penyur Pekan 2

49 Kampung Sepat Pekan 1 109 Peramu Pekan 4

50 Kampung Serandu Pekan 1 110 Pesagi Pekan 2

51 Kampung Tekek Rompin 1 111 Pianggu Rompin 1

52 Kampung Teluk Pekan 3 112 Pontian Rompin 1

53 Kelebur Gintong Jerantut 1 113 Pulau Dedari Jerantut 1

54 Kelola Jerantut 4 114 Pulau Jawa Pekan 1

55 Ketapang Pekan 1 115 Pulau Keladi Pekan 5

56 Kuala Batu Pekan 1 116 Pulau Kelayang Pekan 1

57 Kuala Bekah Jerantut 5 117 Pulau Malang Maran 1

58 Kuala Bera Maran 4 118 Pulau Maulana Pekan 4

59 Kuala Jempul Maran 2 119 Pulau Pesagi Pekan 1

60 Kuala Jengka Maran 2 120 Pulau Raya Pekan 1

9

Page 11: Pantun Pak Zek

120 Pulau Rumput Pekan 1 151 Taman Negara Jerantut 3121 Pulau Rusa Pekan 4 152 Tambang Pekan 1122 Pulau Tambang Pekan 2 153 Tanjung Pekan 3123 Pulau Tambun Pekan 3 154 Tanjung Agas Pekan 1124 Pulau Tawar Jerantut 3 154 Tanjung Batu Pekan 3125 Pulau Teja Pekan 1 155 Tanjung Bayan Rompin 1126 Pulau Tiernan Rompin 1 156 Tanjung Belawan Temerloh 1127 Rumbia Pekan 1 157 Tanjung Beliku Pekan 1128 Salang Rompin 1 158 Ta�ung Berangan Maran 5129 Sanggang Temerloh 1 159 Tanjung Berunai Pekan 1130 Sawah Pekan 1 160 Tanjung Besar Lipis 1131 Sediman Pekan 2 161 Tanjung Birah Rompin 1132 Sega Raub 2 162 Tanjung Cawi Pekan 1133 Sekara Temerloh 1 163 Tanjung Jati Lipis 1134 Sekukuh Pekan 3 164 Tanjung Kelapa Pekan 2

·135 Sengarat Pekan 1 165 Tanjung Leban Pekan 1136 Senggora Maran 1 166 Tanjung Medang Pekan 2137 Sengka Dua Jerantut 1 167 Tanjung Pahang Tua Pekan 1138 Sen tang Temerloh 1 168 Tanjung Penyengat Pekan 3139 Sepaku Pekan 1 169 Tanjung Rumbia Pekan 1140 Sepat Pekan 2 170 Taniung Selangor Pekan 1141 Serengkam Maran 2 171 Tasik Cini Pekan 1142 Serli Raub 1 172 Tebat Pekan 2143 Songsang Temerloh 1 173 Tebing Tinggi Jerantut 1144 Sungai Beniat Pekan 1 174 Telang Lipis 1145 Sungai Dua Bentong 1 175 Teluk Ira Temerloh 1146 Sungai Duri Pekan 2 176 Teluk Malung Pekan 1147 Sungai Genuk Pekan 1 177 Teluk Melati Maran 1148 Sungai Mat Dulang Pekan 5 178 Temai Pekan 1149 Sungai Pahang Pekan 1 179 Temalir Jerantut 1150 Sungai Pakat Jerantut 1 180 Tenggoh Temerloh 1

10

Page 12: Pantun Pak Zek

lampiran III

Pantun Nama Tempat Oi Pahang Ciptaan Pak Zek

Dari Pedah mudik ke MeLa,Mudik singgah di Pasir Tambang;

Dengan Bismillah pantun dimuLa,Pantun mengisah riwayat Pahang.

2 Dari Teiang hilir ke Langgar,Hilir membawa kayu gaharu;

Negeri Pahang negeri terbesar,Di Semenanjung Tanah Meiayu.

3 Dari Benta ke Tanjung Besar,Singgah makan di pekan Budu;

Bukan sahaja negeri terbesar.Bahkan terkenaL dari zaman batu.

4 Dari KeloLa ke Sungai Mat DuLang,Hilir singgah di Sungai Duri;

Bilakah Pahang diterokai orang,Tuhan sahaja Yang Mengetahui.

5 Dari Lebu ke Bukit Kota,Singgah sebentar di pekan Benta;

Perkakas batu banyak terjumpa.Alamat penghuni dah lama ada.

6 Dari Dumba ke Tanjung Bayan,Singgah makan di Letak Kelibat;

Perkara yang nyata dapat dikesan,Sepasang nesan yang bersurat.

7 Singgah makan di Letak Kelibat,Lepas makan terus berjaian;

Sepasang nesan yang bersurat,Di Permatang Posir, mukim Pekan.

8 Dari Budu ke Lubuk Sengarat,Berhenti penat di Jambu Rias;

Nesan batu yang bersurat,Menyatakan awal kurun sebeLas.

9 Dari Serli ke Tanjung Jati,Singgah sebentar di pekan Benta;

Sebagai negeri terbesar sekali,OJ dalamnya terdapat serbaneka.

10 Dari Sanggang ke PuLau Dedari,Singgah menjaia di Batu Sawar;

Sungai Pahang yang terpanjang sekali,laLah juga yang terbesar.

11

Page 13: Pantun Pak Zek

11 Dari Pekan ke Pasir Mandi,Singgah bermalam dt Kuala Bera;

Gunung Tahan tertinggi sekati,Terletak dalam Taman Negara.

12 Singgah bermalam di Kuala Bera,Bila siang mudik semula;

Terletak dalam Taman Negara,Tempat perlindungan mergastua.

13 Dari Jelam hilir ke Tebat,Singgah menjala di Tanjung Berangan;

Di dalamnya ada terdapat,Tiga buah bukit peranginan.

14 Dari Mentiga ke Tanjung Batu,Mudik singgah di Teluk Melati;

Di antara ketiganya itu,Cameron Highlands terkenal sekali.

15 Dari Dumba ke Kampung Tekek;Dari sana ke Tanjung Kelapa;

Terdapat juga tiga buah tasik,Semuanya terkenal belaka.

16 Dari Ketola ke Tanjung Selangor,Singgah sembahyang dt Belangka;

Beta, Cini dan Paya Bungur,Tasik Ctni yang terkemuka.

17 Dari Lanjut ke Kuala Reman,Singgah bermalam dt Sediman;

Di lautnya pula Pulau Tioman,Pulau terkenal zaman berzaman.

18 Dari Senggora pergi ke Benta,Hendak menjala singgah di Lamir;

Punca hasflnya bermacam pula,Dati muka dan df dalam bumi.

19 Dari Lamir perg! ke Sepat,Sfnggah makan di Lampung Bentan;

Di muka bumi banyak terdapat,Tanam-tanaman dan kayu-kayan.

20 Dar! Serengkam ke Sungai Dua,Singgah bermalam dt Beroga;

Df dalam bumi pelbagai pula,Timah, emas, besi dan tembaga.

21 Darf Belatung ke Sungai Pakat,Singgah bermalam di Tanjung Rutnbia;

Di lombong bijih ada terdapat,Kolong terdalam di dalam dunia.

jl

Page 14: Pantun Pak Zek

22 Dart Bentan ke Kampung Sepat,Berhenti penat di Kampung Serandu;

Di hutan rimbanya banyak terdapat,Gajah, seladang dan badak sumbu.

23 Dart Pelangai ke Lubuk Belida,Singgah berehat di pekan Sega;

Di sungai-sungainya pula,Terdapat kelah, jelawat dan kelesa.

24 Dart Beluru ke Kampung Bintang,Singgah bertanak di Pulau Malang;

Dari dahulu hingga sekarang.Penduduknya romai yang terbilang,

25 Dari Pianggu ke Kuala Bera,Pergi menempuh Kuala Sediman;

Zaman dahulu dengan wita-wira,Masa ini dengan seniman.

26 Dari Pelangkah ke Pulau Tambang,Mudik berga{ah menyusur Peramu;

Demikian kisah negeri Pahang,Nama timangan Darul Makmur.

27 Dad Songsang ke Peramu,Singgah mandi di Pulau Rusa;

Inilah Pahang Darul Makmur,Yang mengganti Inderapura.

28 Dar; Beserah ke Pulau Teja,Singgah makan di Peramu;

Ya Allah, Yang Maha Kuasa,Peliharalah Pahang Darul Makmur.

29 Lubuk Lian Tanjung Beliku,Orang menjala sepanjang pantai;

Janji dahulu tidak begitu,Bunga mala sama dipakai.

30 Marilah tuan menanam serai,Marilah tanam di Kuala Batu;

Hajat hati tak mahu bercerai,Kuasa Allah siopa tahu.

31 Bukit Gebuk gunung daerah,Nampak dari Pulau Pesagi;

Tuan dah dapat gading bertuah,Tanduk tidak betguna lagi.

32 Sungai Genuk Sungai Mat Dulang,Yang ketiga Pulau Keladi;

Badan gemuk tinggal tulang,Rindu menggoda di pintu hati.

13

Page 15: Pantun Pak Zek

33 Gunung Cini tingkat sembilan,Tempat orang bertanam kelapa;

Adik tinggal jangan kelindan,Abang pergf tidak mengapa.

34 Darf Sekukuh mudik ke Benta,Mudik dengan perahu galah;

Kalau sungguh bagai dikata,Badan dan nyawa sanggup kuserah.

35 Bukit Gebuk gunung melintang,Tampak dari Pulau Pesagi;

Adfk duduk sanggul melintang,Bagai bunga kembang pagi.

36 Kampung Kiambang di Gancong Hilir,Di sana banyak hidup jerejak;

Saya umpama kiambang di air,Sungguhpun hidup akar tak jejak.

37 Mudik berlima ke Kampung Pejing,Naik ke darat terus ke huma;

Saya umpama aur di tebing,Tanah runtuh saya pun sama.

38 Dari Penyur pergi ke Gemas,Singgah di Pekan mengambil kapak;

Saya seperti nyiur diramas,Habis san tan hampas dicampak.

39 Orang berhuma di Paya Ketopi,Huma tak jadi paya ditinggal;

Saya seperti beras ditampi,Beras diambil sekam ditinggal.

40 Ramai orang berhuma di Belatong,Dilanda bah padi sambang;

Saya seperti ayam di lesung,Bila dihalau terpaksa pulang.

41 Orang merumput di Berhala Gantang,Ada bercakap ada bertanya;

Saya melukut di tepi gantang,Ada tak ada tiada bezanya.

42 Dari Sekukuh mudik ke Teluk,Dengan perahu muat berdua;

Biasa buluh dikerit bubuk,Sekarang kayu pula diduga.

43 Dari Benta ke Kuala iipis,Mari bawa buah bidara;

Berhadapan saja mulutnya manis,PaUng belakang lain bicara.

14

Page 16: Pantun Pak Zek

44 Dori Benta ke Pulau Rusa,Singgah makan di Pahang Tua;

Ada masa ada ketika,Ular lidi menelan naga.

45 Dad Bera hilir ke Tanjung,Dari sana terus ke Penyagu;

Kalau tidak dipecah ruyung,Macam mana mendapatkan sagu.

46 Dad Bera hilir ke Pekan,Hilir membawa buah berangan;

Walaupun Mdup dalam kemewahan,Kalau tak pakat orang tak segan.

47 Tanjung Medang pasirnya Iuas,Bertentang dengan Air Berbagi;

Usah dikenang masa yang lepas,Masa yang ada mesti jagai.

48 Dari Tenggoh hilir ke Bera,Hilir membawa buah bidara;

Tidak tumbuh tidak melata,Tidak sungguh tidak dikata.

49 Puiau Tawar Gelombang Tujuh,Di hilirnya Kampung Kelola;

Tidak mustahak merantau jauh,Negeri kita semuanya ada.

50 Dari Pulau Tambun ke Pekan,Menggunakan tenaga nelayan;

Tekun dan sabar asas kejayaan,Rajin dan usaha kesenangan.

51 Dari Tanjung ke Pulau Cawi,Orang bergajah dua beranak;

Sungguh terlangsung saya ke mari,Apa perintah orang banyak.

52 Dari Pahang hendak ke GemasSinggah semalam di Kuala Pengerang;

Sebiji pisang, sebiji nanas,

Yang mana satgu rezeki musang?

53 Dikenali sebagai Kuala Bekah,Setentang dengan Kuala Pahang;

Perbuatan demikian padahnya susan,Hidup merana dihina orang.

54 Bertentang dengan Air Berbagi,Dipanggil Tanjung Pahang Tua;

Masa ada mesti jagai,Supaya hidup aman sentosa.

15

Page 17: Pantun Pak Zek

55 Sungai Pahang sama direnang,Renang menuju Tanjung Berangan;

Kerja susah menjadi rengan,Baru rancangan dapat dijayakan.

56 Renang menuju Tanjung Berangan,Tiba di darat terus berjalan;

Kerja berat menjadi ringan,Baru rancangan dapat dijayakan.

57 Gunung Tahan sama didaki,Sungai Pahang sama direnang;

Jikalau semua bersatu batt,Kerja yang payah menjadi senang.

58 Kampung Mengkasar Sungai Mat Du{ang,Setentang dengan Pulau Mau{ana;

Jangan seiaiu berharapkan orang,Perbuatan demikian tersangat{ah bina.

59 Tanjung Agas kampung nelayan,Dikena{i sebagoi Kuala Bekah;

Jangan cuai dalam pe{ajaran,Laku demikiati padahnya susah.

60 Jeragan mudik ke Sekukuh,Dengan sampan muat berdua;

Jangan asyik berpe{uk tubuh,Perbuatan itu membawa lara.

61 Di hilirnya Kampung Kelola,Bertentang dengan Tebing Tinggi;

Di negeri kita semuanya ada,Asalkan sanggup berdikari.

62 Orang bergajah dua beranak,Berhenti penat di Pulau Rusa;

Apa perintah orang banyak,Asalkan soja perkara bahagia.

63 Bukit Cempedak, Kuala Jengka,Bukit Sanding, Tanjung Belawan;

Haram tidak disangka-sangka,Ayam ditanding tidak melawan.

64 Pulau Pesagi, Kuala Jengka,Bukit Sending, Tanjung Belawan;

Haram seka{i tidak disangka,Ayam ditanding tidak melawan.

65 Bukit Sanding, Tanjung Belawan,Batu Kunta, Kuala Jempul;

Ayam ditanding tidak melawan,Itulah dia tandanya bacul.

Page 18: Pantun Pak Zek

66 Dad Tembeling hilir ke Pekan,Singgah bermalam di Pulau Puyuh;

Suruhan Tuhan segera tunaikan,Jangan sekali ditangguh-tangguh.

67 Dari Melaka ke Kuala Lanar,Pergi meraih buah kuran;

Jangan takut bercakap benar,Kerana itu tanda kejujuran.

68 Masa berada di Pulau Jawa,Rakan-rakan ajak menjala;

Masa berkuasa janganlah lupa,Kuasa Tuhan tiada terhingga.

69 Gua Bama di tengah negeri,Di sana banyak kelawar berteduh;

Tuan umpama payung negeri,Tempat hamba tumpang berteduh.

70 Dari Temai ke Kuala Bekah,Hendak ke laut takutkan kuncah;

Kisah sungai tiada berubah,Musim hujan air bertambah.

71 Dari Sawah mudik ke Pedah,Mudik dengan perahu galah;

Ketika ituiah menjadi bah,Runtuh tebing pokok pun rebah.

72 Dari Aur mudik ke Jeram,Dar! situ ke bandar Muadzam;

Air hilir menderu menderam,Merempuh batu dipanggil jeram.

73 Dari Temalir hilir ke Jeiam,Hilir membawa buat mempelam;

Air mengalir mengikuti curam,Tenang dan hening mendatangkan geram.

74 Dari Sepaku hilir Ketapang,Singgah bertanak di Pulau Keiadi;

Sekira uiunya sudah diempang,Air tak banyak mengalir lagi.

75 Dari Pejing ke Sungai Duri,Singgah makan di Serengkam;

Air nan kering, ikan pun mati,Bekaian ait turut terancam.

76 Dari Lompat ke Pulau Kelayang,Membawa lembing taran penaga;

Itulah akibat nan terbayang,Jika Tembeling diempang juga.

17

Page 19: Pantun Pak Zek

77 Dati Teluk hilir ke Benta,Dari sana terus ke Pekan;

Masa datuk nenek kita,Pantun sangat dimuliakan.

78 Dari Rumbia hilir ke Tambang,Hilir berhenti di Tanjung Medang;

Oh! Dunia jika dikenang,Isimu seperti ulat dt balang.

79 Hilir berhenti di Tanjung Medang,Hendak mengail ikan tebakang;

Isimu seperti ulat d; balang,Bersilang siu! berjulang-julang.

80 Dari Kuantan ke Pasir Kemudf,Pergi membawa seguni garam;

Lepaskan diri dar! berjudi,Kerja merugi lagi pun haram.

81 Dar; Pekan mudik ke Pedah,Singgah semalam di Pulau Rumput;

Jauhkan dir! daripada dadah,Bahayanya besar membawa maut.

82 Dari Mentiga ke Makam Cik Munah,Dari sana ke bandar Kuantan;

Siapa suka membuat fitnah,Lambat laun menerima balasan.

83 Dari Bera ke Kuala Sat,Mudik singgah di Taman Negara;

Perangai terburuk ialah subahat,Sebab subahat ramai binasa.

84 Dari Pelangkah ke Sungai Beniat,Pergi menempuh Pulau Keladt;

Tabiat terhina ialah khianat,Kalau diamal tomai yang tugi.

85 Dad Burau hilir Serengkam,Singgah bermalam di Pulau Raya;

Kalau suka menaruh dendam,Hidup senentiasa dalam bahaya.

86 Dad Lamir pergi ke Balak,Pergi singgah di Teluk Sistk,

Fikir-fikir sebelum merokok,Buruknya banyak dari yang baik.

87 Darf Bera ke Mengkarak,Membawa gasing labu jan tung;

Elakkan did meminum arak,Bahayanya besar kepada jan tung.

Page 20: Pantun Pak Zek

88 Dart Beluru pergl ke Penyur,Pergi berjual rempah ratus;

Hendaklah tiru kelakuan penyu,Di dalam senyap telur beratus.

89 Juragan mudik ke Pangsanam.Mudik mencari kayu pelampung;

Jangan buat kelakuan ayam,Telur sebiji riuh sekampung.

90 Dari Pedah ke Pekan Seberang,Dari sana terus ke Pekan;

BHa sudah berpatah arang,Bencananya buruk bukan buatan.

91 Dari Sega hi/ir ke Pekan,Singgah bermalam di Kampung Bintang;

Segala perkara mesti dirundingkan,Supaya tak sampai berpatah arang.

92 Dati Mentiga ke Kuala Semantan,Singgah menjala di Kuala Bera;

Bila menghina orang bawahan,Taraf muiia boleh tercela.

93 Dart Pesagi ke Pulau Rusa,Dari sana terus ke Pekan;

Bagi orang bertaraf mulia,Jauhkan menghina orang bawahan.

94 Dari Benta ke Kuala Bekah,Singgah sebentar di Pulau Maulana;

Mereka juga hamba Allah,Sama setaraf di sisi-Nya.

95 Dari Pekan ke Kampung Pesagi,Mudik kerana mencari damar;

Bila hasutan mempengaruhi dirt,Nama baik boleh tercemar.

96 Dati Benta hilir ke Bentan,Singgah bermalam di Kuala Mentiga;

Semasa kuasa ada di tangan,Janganlah Lalai dari berjaga.

97 Singgah bermalam di Kuala Mentiga,Dengan tujuan menjala ikan;

Janganlah Lalai dari berjaga,Daripada pengaruh hasutan.

98 Dari Sa lang ke Tanjung Kelapa,Bi/a tiba terus memancing;

Kalau kita masih tak lupa,Tikus pernah menangkap kucing.

19

Page 21: Pantun Pak Zek

99 Dari Belangka hilir ke Benta,Singgah makan di Kuala Mentiga;

Ada masa ada ketika,Ular lidi menelan naga.

100 Dari Bera ke Tanjung Penyengat,HWr singgah di Sekara;

Masa berkuasa hendaklah ingat,Kuasa Tuhan tiada terhingga.

101 Gunung Tahan sama didaki,Sungai Pahang sama direnang;

Bila semua bersatu hati,Kerja susah menjadi senang,

102 Sungai Pahang sama direnang,Renang menuju Tanjung Berangan;

Kerja susah menjadi senang,Kerja berat menjadi ringan.

103 Renang menuju Tanjung Berangan,Bila sampai terus berjalan;

Kerja berat menjadf ringan,Baharu rancangan dapat dijayakan.

104 Pulau Tawar Gelombang Tujuh,Di hilirnya Kampung Kelola;

Tidak mustahak merantau jauh,Oi negeri kita semuanya ada.

105 Oi hilirnya Kampung Kelola,Of antara kedua Batu Leja;

Oi negeri kita semuanya ada,Asalkan saja sanggup berusaha.

106 Oi an tara kedua Batu Leja,Oi seberangnya pula Kelebur Gintong;

Asalkan saja sanggup berusaha,Oengan tidak memikirkan untung.

107 Oi seberangnya pula Kelebur Gintong,Keiebur terkenal zaman dahulu;

Dengan tidak memikirkan un tung,Atau menaruh segan dan maiu.

108 Oari Teluk ke Pulau Keladi,Hilir bersampan muat bertiga;

Oatuk nenek telah pergi,Tapi banyak meninggalkan cerita.

109 Oari Penyagu mudik ke Lompat,Singgah makan di Kuala Jempul;

Sebab itu sebelum terlambat,Yang masih ada tnesti dikumpul.

Page 22: Pantun Pak Zek

110

111

112

113

114

115

116

117

118

119

120

Dari Merba ke Sediman,Singgah sebentar di Nenasi;

Perkara mengumpul jika diabaikan,Warisan budaya hilang di bumi.

Dari Peramu ke Tanjung Batu,Singgah menjala di Api-Api;

Masa itu baharulah tahu,Bumi ni rendah langit nan tinggi.

Dari Jelu hilir ke Mela,Hilir singgah tit Lubuk Mia;

Sebelum melakukan sesuatu perkara,Fikir dahulu buruk baiknya.

Hilir singgah di Lubuh Mia,Singgah mengail ikan tenggalan;

Fikir dahulu buruk baiknya,5upaya tidak sesal kemudian.

Dari Pedah ke Kampung Sekara,Hilir menempuh Teluk Ira;

Hendaklah jaga masa betkira,Masa ini ramai yang loba.

Dari Beroga perg; ke Pontian,Singgah bermalam di Tanjung Leban;

Hendaklah jaga memWh kawan,Tak kena gaya menjadi beban.

Dari Jelam mudik ke Lanar,Singgah makan di Kampung Bintang;

Bercakap malam dengar-dengar,Bercakap siang pandang-pandang.

Dari Beletik ke Lubuk Belida,Naik ke darat membeli ciii;

Buat baik berpada-pada.Buat jahat jangan sekali.

Dari Melaka ke Kuala Lanar.Pergi meraih buah kuran;

Jangan takut bercakap benar,Kerana itu tanda kejujuran.

Dari Bera hilir ke Tanjung,Dari sana terus ke Penyagu;

Kalau tak dipecahkan ruyung,Macam mana mendapatkan sagu?

Dari Bengit ke Mentenang,5inggah menangguk di Teluk Ira;

Pisit-memisit, pinang-meminang,Jemput-menjemput, sila-menyila.

21

Page 23: Pantun Pak Zek

121 Dari Beruas ke Pekan Seberang,Singgah menajur di Pulau Tambun;

Tebas menebas, cerang mencerang,Bokor membakar, perun memerun.

122 Dari Tebat hilir ke Pekan,Singgah bertanak di Gancong Hilir;

Ibu ibarat seperti dian,Anak diterangi semenjak lahir.

123 Dari Kelola ke Kuala Tahan,Singgah bermalam di Pasir Durian;

Walau sentiasa dalam kesibukan,Anak tetap dalam jagaan.

124 Dart Bugis ke Api-Api,Mari berehat di pekan Nenasi;

Kasih ibu kasih sejati,Kasih tak boleh ditukar ganti.

125 Dari Pelak ke Kuala Jengka,Mudik dengan perahu sampan;

Sebab itu hendaklah dijaga,Kasih ibu jangan dihampakan.

126 Dar! Pesagi ke Tanjung Penyengat,Berhenti sebentar di Mentiga;

Sebagai lagi wajiblah ingat,Jangan sekaLi derhakakan dia.

127 Dari Bawang ke Tanjung Batu,Singgah makan di Kampung SeLamat;

Orang yang suka derhakakan ibu,Hidupnya sentiasa tidak selamat.

128 Dari Bera hilir ke Pekan,Hilir membawa buah berangan;

Walau hidup daLam kemewahan,Kalau tak pakat orang tak segan.

129 Dari Pulau Tambun ke Pekan,Pergi dengan perahu nelayan;

Tekun dan sabar asas kejayaan,Rajin dan usaha tapak kesenangan.

130

131

Kampung Mengkasar, Sungai Mat Dulang,Seberang dengan PuLau Maulana;

Jangan selalu berharapkan orang,Perbuatan demikian tersangat hina.

Dari Jengka ke Kuala Bekah,Dari sana terus Beluru;

Jangan cuba mencari salah,Salah kita baiki dahulu.

22

Page 24: Pantun Pak Zek

132 Dad Sentang ke Ceruk Paluh,Singgah menjala di Tanjung Penyengat;

Yang menentang dijadikan musuh,Asal mula haram diingat.

133 Dad Sengarat ke Pengkalan Sena,Dari sana ke Geretak Belibis;

{ngat-ingat sebelum kena,Jimat-jimat sebelum habis.

134 Dad Beluru pergi ke Bentan,Singgah makan di Pulau Maulana;

Sesal dahulu pendapatan,Sesal kemudian tiada berguna.

135 Dari Lebak ke Kampung Cendur,Singgah bermalam di Kuala Bera;

Terlajak perahu boleh diundur,Teriajak kata besar bahaya.

136 Dari Sepat ke Batu Kunta,Naik ke darat terus memanah;

Ingat-ingat kita betkata,Masa ini banyak fitnah.

137 Dati Juara belayar ke Nipah,Singgah rnengai! di Tanjung Birah;

Sekian saja pan tun digubah,Disudahi dengan Alhamdulillah.

138 Dari Bento hilir ke Pekan,Hilir hendak membeli ikan;

Itulah saja hendak dipesan,Moga-moga diberkati Tuhan.

139 Dari Pelak ke Tanjung Berunai,Singgah di Jambu menjala jempul;

Celak mencelak, inai menginai,Kait mengait, sulam menyulam.

140 Dari Benta pergi ke Teritig,Singgah memukat di Teluk Malung;

Jala menjala, jaring menjaring,Pukat memukat, kelong mengelong.

23