p. stres

24
PENGURUSAN STRESS KKP 3022 DR. MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP Tajuk 1: Konsep & Definisi Stres Tajuk 2: Senaman Tai- Chi

Upload: saiful-rahman-a-rahman

Post on 10-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stres adalah tekanan hidup

TRANSCRIPT

Slide 1

PENGURUSAN STRESSKKP 3022DR. MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP

Tajuk 1: Konsep & Definisi StresTajuk 2: Senaman Tai- Chi

NAMA AHLI KUMPULANNO MATRIKZULKIFLI BIN AHMAD D20091034MUHAMMAD SOFUAN BIN SAADON D20091034351MUHAMMAD RASHYID BIN A. SAMAD D20091034360SITI ZUBAIDAH BINTI NOORDIND20091034324

DEFINISI DAN KONSEP STRES Menurut pendapat yang dikemukakan Saunders (1998), stresmerupakankekuatanluar yang menekan dan mengakibatkan ketegangan. Kekuatan ini tersimpan di dalamtubuhsebagai akibat daripada kemarahan-kemarahan lalu yang belum diselesaikan, ditambah dengan masalah-masalah yang lain. (Saunders, C. (1998). Women and stress. Kuala Lumpur: Synergy Books International.)

Seaward (2003) memberi takrifan stres sebagai keadaan kecemasan yang dihasilkan ketika peristiwa dan tanggungjawab yang melebihi kemampuan seseorang untuk mengatasinya.

(Seaward, B. L. (2003). Managing stress: principlesand strategies for health and wellbeing. Massachusetts: Jones and Barletts Publishers.)

Definisi stres menurut Hatta Sidi, Ruzanna Zamzam dan Mohamed Hatta Shaharom(2003) ialah manifestasi minda dan tubuh yang boleh diramalkan akibat daripada tekanan dalaman dan luaran yang sekiranya berterusan boleh memudaratkan diri atau membawa penyakit.

(Hatta Sidi, Ruzanna Zamzam dan Mohamed Hatta Shaharom, (2003). Menjaga kesihatan jiwa, teknik mengurus stres. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. )

Forman (2007) menjelaskan konsep stres: Reaksitubuhfizikal,mentaldankimiauntuk keadaan yang menakutkan, merangsang, bingung, cabaran, kejutan, kemarahan, membahayakan atau mengganggu. (Forman, J. (2007). Managing physical stress with therapeutic massage. United States: Thomson Delmar Learning.)

Mohd. Azhar (2004), menyatakan bahawa stres ialah sebarang jenis desakan yang memberi kesan kepada kehidupan seseorang sama ada kesan baik atau buruk bergantung kepada tindak balas faktor-faktor tekanan.

(Mohd. Azhar Abdul Hamid, (2004). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur: PTS Professional.)

Sufean Hussin (2005) mentakrifkan stres sebagai suatu proses yang memberi reaksi kepada peristiwa, dan bukannya berpunca daripada peristiwa itu sendiri. Stres boleh dilihat sebagai desakan yang dihadapi oleh individu hasil daripada sesuatu peristiwa yang berlaku padanya.

(Sufean bin Hussin, (2005). Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.)

Stres menurut V. Mohan (1997) ialah pendamping malar dalam hidup, kecemasan dan kesusahan adalah kekuatan yang sentiasa berubah-ubah dalam diri manusia. (V. Mohan (1997). Stress management for you. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.)

(Aziz Kechil (2004, Oktober 21) Stress jejaskan kesihatan . Berita Harian, 6.)Stres boleh didefinisikan sebagai tindak balas terhadap sebarang rangsangan atau cabaran yang menggangu fungsi normal dan menggangu kesihatan mental atau fizikal (Aziz Kechil, 2004).

Seseorang itu akan menghasilkan respon yang berbeza daripada individu lain terhadap faktor fizikal atau emosi.Penyelesaiannya bergantung kepada sejauh mana individu tersebut berupaya menyesuaikan diri dengan mengawal fizikal, emosi dan mental. JUSTIFIKASI. Stres adalahkesandaripada sebuahkeperluan manusia.Sumbernya daripada luaranatau dalaman yang bolehbersifat positifataunegatif.

SENAMAN TAI- CHI

BAHAGIAN 1 : SENAMAN TAI CHI

SEJARAH DAN TOKOHPetapa Tao yang bernama Chan Sang Feng menerima ilmu Tai chi melalui mimpi.Chan Sang Feng mendapat idea tentang Tai Chi apabila melihat bangau dan ular bergaduh. Berkembang pada dinasti Tang (618-907 SM)Dicipta oleh Chen Wang Tin hasil gabungan dari buku seni bela Jeneral Chi Ji Guang dan aliran Kepalan Merah Perguruan Shaolin.

Chuan Fa mengunjungi Chenjia Gou dan mengajar keluarga Chen bagaimana memanfaatkan Prinsip-prinsip Tao (gabungan Chi serta ying dan yang)Cerita ini ditolak oleh keluarga Chen dan mengatakan bahawa Chuan Fa merupakan anak murid Chen Wan Ting.Menurut Catatan keluarga Chen, Chen Wan ting telah lama mengetahui tentang ilmu mistik inti Tao ketika dia mencipta jurus-jurus Tai chi.Aliran tai chi pada masa ini semuanya berasal daripada Aliran Tai Chi chen.

Antara aliran Tai Chi yang terkenal tetapi kurang diketahui ialah seperti yang berasal daripada keluarga sun, suatu sistem yang diciptakan pada abad ke-20 oleh seorang ahli silat tenaga dalaman bernama Sun Lu Tang.Menggabungkan unsur-unsur dari Hsing I Chuan dan Kua chang yang terdapat dalam rangkaian gerak Tai chi.Aliran-aliran lain seperti Tai Chi Kuang Ping Tai, Tai Chi Kung I, Tai Chi Wu Tang dan banyak lagi.

Dapat memperbaiki bentuk tubuh badan yang kurang menarik.Dapat memperkuat sistem saraf manusia. Dapat mengurangkan emosi negatif dalam diri individu. Dapat mengembalikan ketenangan individuKEBAIKAN SENAMAN TAI- CHIBAHAGIAN 2 :TEKNIK PERGERAKAN TAI CHIGerakan pendahuluan

Berdiri tegak dalam keadaan tenang. Senyum Menarik nafas perlahan-lahan(menghirup energi)

2. Tai Chi PembukaanLangkah ke luarb. Mengangkat lenganc. Dorongan dua tangand. Menurunkan lengan

3. Gerakan inti: Jurus tangan kiri

4. Gerakan inti: Jurus tangan kanan

4. Gerakan penutup

BAHAGIAN 3 :SITUASI KES DAN APLIKASI TEKNIKPn. Fauziah seorang wanita bekerjaya yang sibuk di pejabat dan sering berhadapan dengan orang ramai dan sering ke luar negara. Adakalanya urusan pejabat di bawa ke rumah. Seorang isteri dan ibu kepada 6 orang anak. Kekangan masa menyebabkan Pn. Fauziah mengalami tekanan melampau akibat daripada tidak mampu membahagikan masa antara kerja dan keluarga. Oleh sebab itu, beliau telah mengikuti kelas senaman Tai Chi untuk mengatasi masalah tekanan yang dialaminya.

23BAHAGIAN 4 :VIDEO DEMOSTRASI TAI CHI

(sila lihat pada CD yang dilampirkan)