stres dan akibatnya sem8 2015

24
Stres dan Akibatnya Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini. Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa. Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan. Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh. Cara Mudah untuk Mengatasi Stres Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan. 1. Pemakanan yang Betul Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral. 2. Jangan Membebankan Diri Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita. 3. Berehat Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik

Upload: sharifaharifin

Post on 23-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

akibat stres

TRANSCRIPT

Page 1: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Stres dan Akibatnya

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi.

Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. 

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Page 2: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

Untuk menghadapi kehidupan seharian dari perspektif baru, sila layari:http://www.mymotivasi.com 

SOALAN 1

Berdasarkan petikan diatas, bincangkan mengenai gejala stress di Malaysia. Penulisan anda perlu

memberikan tumpuan kepada fakta seperti yang disenaraikan dibawah:

1. Definisi Stress dan Statistik atau kajian terdahulu (jika ada)

2. Jenis-jenis dan Kategori Stress

3. Punca stress

4. Kesan Stress terhadap kesihatan

(10 Markah)

1. DEFINISI STRESS

Setiap manusia di dunia ini tidak terlepas dari mengalamai ketegangan dan tekanan emosi yang

berkaitan dengan pelbagai faktor. Dalam hal ini setiap individu menpunyai pelbagai cara untuk

menangani permasaalahan yang melibatkan tekanan emosi dan perbezaan cara itu pula akan

menentukan sejauh mana kemampuan mereka dalam menangani masalah tersebut dengan

berkesan. Keberkesanan kaedah yang dilakukan akan membuktikan keupayaan kognitif individu

terbabit. 

Perkataan stress berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “ketat” atau “tegang”. Menurut

Selye (1979), “Stress is any kind of pressure that’s affects a person in his daily life. This effect may be

healthy or unhealthy depending on his reaction to the stress factor.” 

Page 3: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Barlow (1999) pula menyatakan bahawa stress berpunca daripada gerakbalas fisiologi tubuh badan

terhadap ‘stressor’ yang melibatkan perubahan dan memerlukan adaptasi. Stres adalah kesan

daripada permintaan terhadap badan, maka apabila semua permintaan ini melebihi keupayaan

badan untuk memenuhi atau mengatasinya, akan berlakulah ketegangan. 

Seseorang yang dilanda stress akan mengalami kecelaruan fikiran yang menyebabkan fikiran menjadi

kusut dan emosinya akan .terganggu. Selye (1979) menjelaskan bahawa persoalan ini sering berlaku

ke atas remaja kerana mereka merupakan golongan yang masih mencari identiti diri dan sering

terjebak ke dalam gejala-gejala yang boleh mengganggu fikiran dan emosi. Panduan yang terancang

perlulah diketengahkan agar mereka dapat memandu dan mengawal diri daripada melakukan

perkara-perkara di luar kawalan diri.

Dalam menjelaskan lagi pemahaman terhadap stress, Kalat (1999) menyatakan bahawa stress adalah

komponan kesihatan emosi. Keadaan emosi yang terganggu boleh mempengaruhi seseorang seperti

hilang keyakinan, cepat meradang, agresif, hilang konsentrasi dan kegelisahan. Remaja merupakan

pelapis yang bakal menjadi pemimpin di masa depan. Jika masyarakat hari ini memandang sepi akan

gejala ini, tidak mustahil suatu hari nanti remaja akan menimbulkan banyak masalah samada

terhadap intitusi keluarga masyarakat maupun negara.

Stastistik WHO menunjukkan bahawa masalah stress dan tingkahlaku telah mencapai 11% daripada

jumlah beban penyakit di dunia, dan diramalkan peratusan ini akan meningkat kepada 15%

menjelang tahun 2020. Kajian WHO pada tahun 2000 mendapati stress menduduki tempat kelapan di

antara 10 penyakit-penyakit utama yang ditanggung oleh manusia. Menjelang tahun 2020 WHO

menganggarkan stress akan meningkat ke paras 2 tertinggi, selepas penyakit jantung. 

Pada tahun 1996, didapati 10.7% penduduk dewasa dan 13% kanak-kanak di Malaysia mengalami

masalah stress atau gangguan emosi dan tingkahlaku. Kajian terbaru pada tahun 2007 pula

menunjukkan bahawa stres merupakan penyebab morbiditi yang ke-4 tinggi di negara ini. Faktor-

faktor sosio-ekonomi, persekitaran, psikologi dan biologi seperti penyakit kronik, stres, tidak cukup

rehat dan pemakanan yang tidak seimbang, boleh menyebabkan masalah kesihatan mental. Masalah

kesihatan mental seperti stres, kemurungan dan keresahan mempengaruhi kesejahteraan hidup

seseorang. Antara lain, masalah-masalah ini, jika tidak ditangani dengan baik, boleh membawa

kepada cubaan membunuh diri. Di seluruh dunia, dianggarkan lebih kurang 1 kejadian bunuh diri

berlaku setiap 35 saat. Kejadian bunuh diri juga dilaporkan sebagai penyebab ke-3 kematian bagi

mereka yang berumur 15 hingga 34 tahun.

Kajian di Malaysia menunjukkan terdapat perbezaan dari segi kadar bunuh diri di antara kaum akibat

Page 4: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

stres. Kadar bunuh diri tertinggi dilaporkan di kalangan kaum India diikuti dengan kaum China dan

seterusnya kaum Melayu. Sungguhpun begitu, trend menunjukkan peningkatan bagi kaum Melayu

semenjak tahun 1960an. Ini adalah kerana semakin ramai orang Melayu berhijrah ke bandar dan

terdedah kepada desakan hidup di kota. Wanita pula lebih cenderung kepada cubaan membunuh diri

berbanding lelaki. Antara cara-cara bunuh diri yang dikenalpasti sering dilakukan oleh mangsa adalah

keracunan dengan racun makhluk perosak dan racun rumput rampai, menggantung diri, melemaskan

diri dan terjun dari bangunan yang tinggi. Keracunan dengan Karbon Monoxide juga semakin

popular.

Definisi tersebut dapatlah memberi kita gambaran bahawa gejala stres mempunyai pertalian

terhadap faktor kesihatan tubuh kerana gejala atau simpton penyakit lain akan timbul akibat stress

yang dialami.

2. JENIS-JENIS DAN KATEGORI STRESS

Menurut Eric Bruley dalam bukunya Tenminute Stress Relief, stress ditakrifkan sebagai respons

badan dalam menghadapi stressor samada secara fisiologi, mental atau fizikal. Stressor iaitu punca

stress boleh mendatangi seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stress fizikal, sosial

ataupun psikologi yang menyebabkan tubuh kita perlu untuk melakukan penyesuaian untuk

menghadapinya. 

Stress dibahagikan kepada dua kategori iaitu eustress dan distress. Eustress adalah stress yang

menghasilkan kesan positif dan kegembiraan kepada seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat

ahli keluarga baru dan berpindah rumah. Manakala distress pula adalah stress yang mengakibatkan

kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, mendapat penyakit dan

beberapa musibah lain. Ini kerana setiap perubahan akan menyebabkan stress kerana individu perlu

meneysuaikan diri dengan keadaan baru. Biasanya kita akan membicarakan tentang distress di mana

kita perlu tenang menghadapinya. Stress ini mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan

bergantung kepada personaliti mangsanya. Bagi mangsa yang terlalu sensitif, kemungkinan ia lebih

terkesan dengan kehadiran stressor dan tahap kekecewaan yang dialaminya lebih serius berbanding

dengan individu yang berjiwa kental.

Jenis stress ialah bergantung kepada tindakbalas semulajadi yang berlaku kepada manusia. Secara

mudah ia boleh disifatkan sebagai keadaan bersiap-sedia untuk bertindak sama ada positif (fight)

atau negatif (flight). Jenis stress yang positif dapat memberi keseronokan , merangsang minda malah

Page 5: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

boleh mencetus wawasan. Eric Bruley dalam bukunya Tenminute Stress Relief berpendapat stress

yang optima boleh merangsang kita bekerja, namun jika ianya melampaui batas, kemudaratan akan

berlaku.

Rajah di bawah ini menunjukkan tindakbalas semulajadi terhadap stress dan bagaimana stress

memberi kesan kepada prestasi kita.

• Stress yang terlalu sedikit - Tiada cabaran menyebabkan kebosanan, rendah 

prestasi, tiada halatuju.

• Stress yang optimum - segala cabaran dapat ditangani dengan baik dan

menghasilkan prestasi yang memuaskan.

• Stress yang melampau - Cabaran dapat ditangani tetapi dengan hasil kerja 

Yang menurun kerana keletihan.

• Kelesuan - Petanda awal yang seseorang itu mengalami burnout

kerana minda dan tubuh keletihan dan semangat bekerja

menjadi luntur.

3. PUNCA STRESS

Pengkaji-pengkaji lepas rata-ratanya menyatakan di antara punca utama stress ialah personaliti individu ,

persekitaran, gaya hidup dan kerjaya, perubahan dalam organisasi dan perhubungan antara staf (Boyle,

Borg,1995 dan Kyriacou & Sutcliffe, 1978b). Manakala Darley. (1986), telah mengemukakan beberapa faktor

yang menjadi punca stress khususnya yang berlaku di kalangan masyarakat seperti amalan pemakanan,

keupayaan diri yang terhad, kerja yang tidak terancang dan rehat yang kurang. Roslan Ibrahim. (1991), pula

menambah rakan yang bermasalah, masalah keluarga dan kewangan turut menyumbang kepada punca

berlakunya stress. 

Penyebab ataupun punca kepada 'stress' berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara

lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut:

3.1 Amalan Pemakanan

Stress sering dikaitkan dengan amalan pemakanan. Sesetengah orang cukup selesa dengan mengambil

makanan dalam kuantiti yag sedikit manakala yang lain pula mengalami pertambahan selera makan yang

mendadak dan mengambil kuantiti makanan yang berlebihan tidak mengira waktu.

Page 6: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Dalam mengharungi dunia kehidupan yang semakin mencabar, aspek pemakanan jarang diberikan perhatian

yang khusus di kalangan masyarakat. Kehidupan yang padat dan tugasan yang perlu diselesaikan menjadikan

mereka mengabaikan jadual makan yang sempurna.

Dr. Azahari Rosman (1992) menyifatkan bahawa makanan adalah punca kepada segala jenis penyakit.

Apabila tubuh mengalami masalah kesihatan, seseorang itu akan mudah mengalami tekanan emosi.

Islam sentiasa menggalakkan umatnya bersederhana dalam amalan kehidupan dan mengarahkan

manusia memberikan hak-hak tubuh badan seperti rehat dan tidur yang cukup. Amalan pemakanan

yang tidak teratur akan menyebabkan kelesuan, kepenatan dan berlanjutan kepada masalah stress.

3.2 Keupayaan Diri Yang Terhad

Sesetengah individu sering memikirkan apakah yang terbaik mampu dilakukan oleh diri mereka. Bagi

yang teliti atau cerewet, sering akan mengabaikan pendapat rakan sekumpulannya dalam

menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia akan berpendapat bahawa idea sendiri adalah lebih baik

daripada idea dan pendapat orang lain. Bagi mendapatkan kepuasan itulah mereka akan

mengabaikan keupayaan diri sendiri dan tidak mampu memikul bebanan tugas sepertimana rakan

sekumpulan. Ini akan menimbulkan stress kepada mereka.

3.3 Kerja Yang Tidak Terancang

Kebanyakkan individu sering mengabaikan tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka dan

gemar membuat kerja di saat akhir. Sikap sedemikian akan memerangkap diri sendiri. Tugasan yang

semakin bertambah di samping keupayaan diri yang terhad dalam menyelesaikan masalah akan

mengundang kepada stress yang kronik.

3.3 Rehat Yang Kurang

Ramai individu menghabiskan masa dengan perkara yang sis-sia seperti keluar bersiar-siar hingga

larut malam, menonton video, atau pun berbual-bual kosong dalam tempoh yang lama. Tidur yang

berkurangan akan menyebabkan tubuh tidak mendapat rehat yang mencukupi bagi menghadapi

rutin harian keesokkan harinya. Akibatnya, individu tidak mendapat rehat yang mencukupi bagi

menghadapi rutin seharian. Kesan dari itu proses kehidupan akan terganggu dan individu akan

mengalami stress apabila fizikalnya tidak mempunyai kerehatan yang mencukupi.

3.4 Masalah ‘Workaholic’

Punca stress dapat di kesan melalui beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak yang diterima

oleh individu. Individu yang bekerja dibawah desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa akan

menyebabkan dirinya mengalami stress. Individu tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya

dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab

sekarang serta dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan

keupayaan sebenar. 

Page 7: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Bagi individu yang bersifat ‘ambitios’ masalah stress ini merupakan sesuatu yang lumrah. Golongan

ini akan membuat kerja ataupun tugasan dalam tempoh yang panjang tanpa memikirkan samada

tubuh memerlukan rehat ataupun tidak. Mental yang letih dan tubuh yang tidak bermaya akan

meningkatkan lagi stress tersebut.

3.5 Rakan Yang Bermasalah

Kebanyakkan tugasan ilmiah bagi individu yang menuntut di institusi pengajian tinggi adalah

melibatkan kerja berkumpulan. Adalah mendukacitakan sekiranya terdapat rakan–rakan sekumpulan

yang tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan tersebut. Bagi individu yang

berhadapan dengan masalah ini mereka terpaksa melakukan semua kerja secara bersendirian. Impak

dari tindakan ini akan menyebabkan mereka kekurangan masa bagi menguruskan perkara lain.

3.6 Masalah Keluarga

Masalah stress yang berpunca daripada keluarga yang bermasalah merupakan salah satu punca yang

paling kerap dihadapi oleh individu. Ada juga individu mengalami stress kerana merasakan diri

terabai dari kasih sayang keluarga kerana bilangan ahli keluarga yang ramai. Kebanyakkan ibu bapa

tidak mampu menangani atau melayan anak remaja mereka mengikut peredaran usia remaja

terbabit. Mereka lebih suka mengenakan kawalan dan peraturan yang menyekat kebebasan individu

terbabit. Hasilnya individu atau anak-anak mereka akan mengalami tekanan emosi dan mengundang

kepada stress.

3.7 Masalah Kewangan

Wang dianggap sebagai nadi di dalam menjalani kehidupan seharian bagi setiap individu. Ianya tidak

menimbulkan sebarang masalah bagi golongan yang berkemampuan. Namun begitu bagi golongan

yang berpendapatan rendah masalah ini akan menekan fikiran mereka. Kos-kos yang melibatkan

makan minum, 

perbelanjaan harian, bahan bacaan, yuran, dan pelbagai projek ilmiah bagi pelajar institusi pengajian

tinggi menuntut jumlah yang bukan sedikit dan ini akan mengganggu tumpuan mereka terhadap

pelajaran. 

4. KESAN STRESS TERHADAP KESIHATAN

Dalam kehidupan sehari-hari, kita terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan atau stres.

Stress berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita

untuk menanganinya. Tekanan yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang

kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang

kepada kesihatan mental. Cara kita menangani tekanan yang dihadapi amat penting dalam

menentukan kesihatan mental dan fisikal. 

Page 8: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Kehidupan moden hari ini sememangnya penuh dengan tekanan. Tekanan luar biasa yang

berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang merisaukan. Ia mempunyai kesan-

kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada fungsi jantung, sistem

penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit seperti ulser

perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang amat sangat). Jika tidak dirawat,

tekanan yang dihadapi akan membuat kita merasa tidak berdaya dan tidak berguna.

Perasaan ini mungkin berkekalan. Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-

gejala yang berkaitan dengan tekanan dan memikirkan kaedah atau sistem terbaik yang

bersesuaian dengan diri kita bagi mengurangkan tekanan.

Seringkali kita mendengar tentang bagaimana cara menangani stress supaya ia tidak

membarah dalam diri dan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit seperti depression,

tekanan darah tinggi, ulser, jantung ,impotensi dan sebagainya. Stress boleh menyebabkan

penyakit kardiovaskular iaitu meningkatkan risiko penyakit jantung dan hipertensi,

meningkatkan paras kolesterol dalam darah, mengubah ritma jantung dan meningkatkan

tekanan darah yang akhirnya boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah. 

Di samping itu, stress juga boleh melemahkan sistem imun dalam badan kita di mana

peningkatan hormon adrenalin boleh menjejaskan fungsi leukosit. Ia juga boleh

menyebabkan gangguan kognitif iaitu melumpuhkan konsentrasi dan melemahkan daya

ingatan mangsa. Mangsa juga akan mengalami kekacauan emosi seperti resah-gelisah dan

ia akan mempamerkan tingkah laku yang ekstrim.

Dalam mengkaji tindak balas badan terhadap stress, seorang saintis, Hans Seyle telah

mengemukakan satu teori tentang reaksi tubuh manusia terhadap stress. Teori ini dikenali

sebagai General Adaptation Syndrome (GAS). Setiap individu yang berhadapan dengan

stress akan mengalami reaksi yang sama, cuma tahapnya berbeza bergantung kepada jenis

stressor seperti kematian vs kegagalan peperiksaan, dan juga personaliti individu. 

Badan akan melalui tiga peringkat stress. Peringkat pertama dikenali sebagai ‘Alarm Phase’.

Apabila berhadapan dengan stressor, bahagian serebral korteks akan meransang

hipotalamus di otak. Ransangan ini menyebabkan sistem saraf simpatetik diaktifkan.

Keadaan ini akan menguja kelenjar adrenal untuk menghasilkan lebih banyak hormon

epinefrin atau adrenalin. Hormon ini akan bertindak serta-merta. Akibatnya jantung akan

berdegup dengan lebih cepat, tekanan darah meningkat, kadar pernafasan bertambah,

berlaku dilat bronkiol iaitu pembesaran anak mata untuk membantu penglihatan dan berlaku

proses glikogenolisis iaitu proses pemecahan glikogen membentuk glukosa yang akan

membekalkan banyak tenaga kepada mangsa. Di samping itu, hormon akan meningkatkan

fungsi otot menjadikan otot lebih kuat dan bersedia untuk bertindak. Kesan sampingan turut

terhasil iaitu mulut menjadi kering dan berasa mual. Cuba bayangkan anda dikejar anjing

liar. Anda akan mampu berlari lebih kuat daripada biasa, tercungap-cungap, berdebar-debar

Page 9: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

dan jantung anda berdenyut dengan terlalu pantas. Inilah contoh mudah reaksi badan kita

terhadap stressor.

Selain adrenalin, hipotalamus di otak juga akan meransang kelenjar pituitari. Kelenjar pituitari akan

menghasilkan hormon Adrenokortikotrofik (ACTC) yang turut bertindak ke atas kelenjar adrenal.

Hormon yang berbeza iaitu kortisol akan dirembeskan. Pengeluaran hormon ini akan membantu

meningkatkan proses glikogenolisis dan jumlah glukosa akan bertambah. Badan akan dibekalkan

tenaga dan bersedia untuk menghadapi stressor. Setelah badan berhadapan dengan stressor dalam

jangkamasa yang lama, berlaku perubahan dalam fisiologi badan di mana individu akan

menyesuaikan diri dengan stressor . Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat Resistance Phase.

Pada fasa ini, saraf parasimpatetik yang mengatur suap balas negatif akan mengurangkan perubahan

tadi dan mengawal sistem dalaman supaya kembali normal. Individu mangsa akan mampu

bertoleransi dengan suasana yang menekan. 

Jika stress berlarutan, tenaga dalam badan akan kehabisan menyebabkan mangsa menjadi lesu

(fatigue) dan tidak mampu melakukan tugas seharian dengan baik. Dan jika stress yang datang tidak

dihentikan, individu tersebut berpotensi mendapat penyakit ulser atau hipertensi. 

4.1 Tanda-Tanda Amaran Sesuatu Tekanan 

Gejala Fizikal Gejala Mental 

• Degupan jantung yang cepat 

• Banyak berpeluh 

• Terasa loya 

• Bernafas kencang 

• Cirit-birit dan terasa 

hendak membuang air kecil 

• Kaki dan tangan terasa sejuk 

• Selera makan berubah 

Page 10: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

• Gangguan keseksualan 

• Sakit-sakit badan yang tidak jelas 

puncanya 

• Penyakit seperti lelah, sakit kepala 

dan timbul ruam kulit. 

• Merasa hilang kawalan atau 

ditenggelami oleh peristiwa yang 

berlaku 

• Risau dan bimbang 

• Gagal menumpukan perhatian atau 

membuat keputusan 

• Merasa tidak sihat 

• Sukar untuk tidur 

• Keinginan seks menurun 

• Terasa amat letih 

• Meminum lebih banyak alkohol dan 

semakin kuat merokok 

• Perubahan perasaan atau fikiran 

seperti kemurungan, kekecewaan, 

sikap bermusuhan, rasa tidak 

berdaya dan kegelisahan 

Page 11: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

4.2 Kesan Akibat Tekanan yang Berpanjangan? 

• Tekanan darah tinggi 

• Lelah 

• Masalah kulit yang semakin teruk (jerawat) 

• Serangan jantung 

• Masalah sinus 

• kehilangan fungsi seksual dan pembiakan 

• Strok 

• Masalah berat badan 

• Gangguan tidur 

• Cirit-birit atau sembelit 

• Serangan migrain 

• Gangguan kebimbangan 

• Ulser perut 

• Sakit kepala 

• Kemurungan 

SOALAN 2

Stress merupakan satu gejala yang sentiasa dialami oleh semua individu. Jika stress tidak ditangani

dengan baik ianya boleh memudaratkan kesihatan seseorang individu. Oleh yang demikian anda

diminta untuk membincangkan apakah kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi gejala

ini.

Page 12: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Perbincangan anda perlu disokong oleh kajian-kajian yang telah mengesahkan teknik yang anda

nyatakan itu mampu mengurang atau menangani gejala stress.

(15 Markah)

Dr. Hj. Wan Abd. Halim. (1991), telah mengemukakan beberapa cara untuk individu menguruskan

stress iaitu mengetahui kemampuan diri, merancang kerja, serta membuat keputusan dengan bijak.

Darley. (1986), turut mengemukakan beberapa cara untuk individu menguruskan stress seperti

berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai, menjaga kesihatan, memahami masalah

keluarga dan perhubungan dengan rakan dan bersikap positif. Dr. Azahari Rosman pula memberikan

jalan penyelesaian melalui aspek pemakanan, merujuk pakar perubatan dan mendapatkan rehat

yang mencukupi Oleh itu pengurusan stress yang berkesan adalah melibatkan beberapa cara seperti

berikut :

1. Mengetahui Diri Sendiri

Individu seharusnya belajar menerima kelemahan atau kekurangan diri sendiri. Individu juga harus

tahu kebolehan diri sendiri dengan pandai memilih bidang yang sesuai dengan bakat dan minat.

Mereka perlu meletakkan matlamat yang mahu dicapai serta membuat pilihan sesuai dengan

keupayaan diri sendiri.

2. Pemakanan : Makanan Berserat 

Pepatah Arab ada menyebut “perut merupakan punca penyakit”. Begitu juga dengan stress yang

dikaitkan dengan perut yang akan menyebabkan kekejangan dan sembelit. Pengambilan makanan

berserat membantu meredakan masalah ini. Tambahkan sehingga 30 gram makanan berserat setiap

hari beserta dengan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

3. Jangan Mengelak Dari Mengambil Sarapan

Tekanan merangkumi kegelisahan, kepenatan, kemuraman dan kepenatan. Bersarapan dengan

mengambil karbohidrat, protin dan makanan berserat adalah penting untuk meransang sistem saraf.

Tanpa sarapan pagi dan makan tengahari, seseorang akan mengalami kesulitan dalam melaksanakan

tugasan harian dan ini akan menambahkan lagi ketegangan yang sedia ada.

4. Penumpuan Terhadap Nutrien

Apabila anda berada pada tahap biasa dan jauh daripada stress, anda perlu mengambil lebih nutrien

terutamanaya air. Dalam kes demam yang serius sehingga menghilangkan selera makan, tambahkan

pengambilan vitamin B, C dan E. sekiranya sakit tersebut melarat, dapatkan nasihat pakar.

Page 13: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

5. Jika Stres Menghilangkan Selera Makan, Cuba Makan Sedikit.

Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk beberapa hari dalam anggaran pengurangan 50%,

tetapi anda harus meminum air yang banyak. Anda mestilah bijak mengawal minda dengan berkata

dengan diri sendiri, “sekiranya aku tidak makan, aku akan jatuh sakit. Sekiranya aku sakit banyak

tugasan atau tanggungjawab yang tak dapat aku laksanakan”. Ini akan memberikan motivasi intrinsik

kepada anda.

6. Merancang Kerja 

Tentukan keutamaan dan masa kerja anda. Klasifikasikan semua kerja anda samada memerlukan

tindakan segera, penting dan tidak berapa penting. Membuat kerja di saat akhir tanpa perancangan

yang sistematik akan mengundang stress. Beri masa kepada diri sendiri untuk menyesuaikan diri

dengan sesuatu perubahan. Ini kerana perubahan yang terlalu kerap juga akan mengundang stress.  

Robbins. (1993), menerangkannya sebagai: “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan

individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada

masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada

individu tersebut”.

7. Membuat Keputusan Dengan Bijak

Setiap individu seharusnya membuat keputusan dengan mengkaji terlebih dahulu kebaikkan atau

kelemahan. Jangan terlalu ghairan uttuk membuat keputusan sehingga mengabaikan pelbagai

keperluan diri dan aspek kesihatan.

8. Berkongsi Masalah

Jangan menyimpan masalah dan merasa runsing dengannnya. Berbincanglah dengan orang yang

anda percayai seperti guru, kaunselor, rakan baik, atauipun ahli keluarga yang boleh dipercayai.

Minta pandangan mereka dan buatlah kesimpulan terbaik berdasarkan saranan yang dikemukakan.

9. Menjaga Kesihatan

Elakkan daripada tabiat merokok dan sentiasa melakukan senaman yang cukup. Dr. Nordin Darus

(1993), mengesyorkan sekiranya kesuntukkan masa, beberapa gerakan ringan sudah memadai untuk

membantu anda mengatasi stress. Tidak perlu ruang yang luas, anda boleh melakukan gerakan ini

sewaktu rehat, sebarang masa yang terluang atau sebelum waktu tidur. Gerakan regangan ini

seharusnya tertumpu kepada bahagian tubuh yang terjejas oleh stress seperti leher, bahu dan

belakang bahu. Sakit dan keletihan menyebabkan anda merasa kurang selesa untuk berfikir,

membuat tugasan dan belajar. Badan yang sihat melindungi anda daripada mengalami stres. Oleh itu

anda dinasihatkan melakukan aktiviti kecergasan fizikal sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam pada

kadar 3 kali seminggu.

Page 14: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

10. Memahami Masalah Keluarga

Setiap keluarga terutamanya yang mempunyai bilangan isi rumah yang ramai tidak akan terlepas

daripada diselubungi masalah. Berusaha memahami masalah keluarga dan berbincang di samping

mencari jalan meringankan beban keluarga. Jangan menuntut sesuatu di luar kemampuan mereka.

Peruntukkan sedikit masa untuk bermesra, bermain dan beristirehat dengan ahli keluarga.

11. Perhubungan Dengan Rakan

Carilah rakan-rakan yang boleh mengalihkan tumpuan fikiran anda daripada memikirkan sebarang

kerumitan dalam tugasan seharian atau sebarang masalah yang anda sedang hadapi. Bercakaplah

dengan mesra dan menganggap mereka seperti ahli keluarga anda sendiri. Biasakan diri anda

menerima pendapat dan kelmahan mereka. Bekerjasama dengan rakan sebagaimana anda mahu

mereka berbuat demikian terhadap anda.

Sentiasa bergaul dengan rakan yang berperwatakan ceria. Di dalam pergaulan hidup sehari-hari kita

akan merasa lebih gembira apabila kita berhadapan dengan orang-orang yang mudah senyum dan

ketawa. Mereka selalunya dapat memberikan impresi yang optimis atau menimbulkan harapan yang

cerah serta mencetuskan suasana yang lapang, lega dan seronok kepada orang yang berada

disekeliling mereka.

12. Merancang Destinasi

Sekiranya anda berada dalam kesesakkan jalanraya, jangan terlalu berfkir dengan masa. Terlalu kerap

melihat waktu dan sentiasa merasa cemas tidak akan menolong anda bergerak lebih pantas

sebagaimana yang anda harapkan. Keluarlah lebih awal ke tempat-tempat bertugas bagi

mengelakkan terperangkap dalam situasi ini.

13. Rehat Yang Mencukupi

Apabila merasa tegang atau letih, biasakan mengambil rehat seketika. Belajarlah teknik berehat yang

betul. Latihan setiap hari akan membuatkan anda sentiasa merasa tenang pada bila-bila masa yang

anda perlukan. Pertukaran suasana juga seperti berkelah dan bersiar-siar dapat membantu

Page 15: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

menghindari daripada stress. Fikiran yang segar akan membolehkan anda melakukan sesuatu dengan

azam baru dan keyakinan yang tinggi.

14. Minuman

Elakkan diri dari meminum alkohol, kopi atau minuman kola kerana ia akan menambahkan lagi

ketegangan yang ada. Air merupakan salah satu sumber nutrien yang penting dalam kehidupan

manusia. Minum banyak air semasa menghadapi stres akan membantu mengimbangkan sistem saraf

dan mengurangkan debaran janting.

15. Teknik Pernafasan Bagi Meringankan 

Barlow (1999), telah mengemukakan satu alternatif bagi meringankan stress melalui teknik

pernafasan yang betul seperti berikut :

a. Baring dalam kedaan terlentang dengan menjarakkan sedikit kedua-dua belah kaki supaya berada

dalam kedaan selesa. Pejam mata dan tenangkan minda. Letakkan tangan di bahagian abdomen

untuk merasa pergerakan otot-otot abdomen Sebelah tangan lagi diletakkan pada dada untuk

memeriksa samada terdapat pergerakan atau tidak.

b. Tarik dan hembus nafas perlahan-lahan, dalam serta tenang melalui hidung. Seharusnya tiada

sebarang bunyi atau keadaan tersekat ketika pernafasan.

c. Amalkan kaedah ini antara tiga hingga lima minit sehari, sehingga anda betul-betul faham tentang

pergerakan otot-otot diafragma dan otot abdomen. Tubuh manusia telah dicipta untuk bernafas

secara diafragma dan akan menjadi fungsi semulajadi samada anda sedang berbaring, berdiri atau

duduk.

d. Selain itu bagi meringankan stress yang berlaku setiap hari, anda boleh cuba melakukan beberapa

teknik pernafasan mudah. Jika anda memandu dan berhenti dilampu isyarat, lepaskan tangan pada

stering, kemudian tarik nafas panjang dan ‘relaks’. Ulang beberapa kali dan ini tidak mengambil masa

yang lama.

e. Satu lagi ialah dengan menarik nafas yang panjang dan dalam serta tenangkan diri sebelum

menjawab panggilan telefon. Anda akan dapat merasa lebih tenang dan berhati-hati dalam

perbualan.

KESIMPULAN

Page 16: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Sebagai kesimpulan, maklumat-maklumat mengenai pengurusan stress yang berkesan haruslah

diberikan perhatian yang khusus oleh pihak yang berwajib. Pelbagai masalah dalam masyarakat akan

berlaku sekiranya persoalan ini diabaikan. Sekiranya isu ini berlanjutan, langkah pencegahan

bukanlah jalan yang terbaik.

Penerangan yang menyeluruh perlulah disampaikan pada peringkat awal agar masalah ini tidak

menular menjadi “duri dalam daging”. Individu khususnya haruslah mempraktikkan segala saranan

dan panduan yang telah dikemukakan agar mereka lebih bersikap rasional, dan matang dalam

menangani segala permasalahan hidup. Pengurusan stress yang berkesan boleh memandu mereka

memperlengkapkan diri dengan imej kendiri yang positif dan berketrampilan. Mudah-mudahan

kehidupan seharian akan lebih bermakna dan menghasilkan produktiviti minda yang optima dalam

pelajaran.

RUJUKAN :

Barlow, D.H , V.M. (1999). Abnormal Psychology, An Intergrative Aproach, (2nd Ed.). 

Pacific Grove : Brooks/Cole Publishing Company.

Darley, J.M. et.AL.(1986). Psychology. Ney Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Dr. Azahari Rosman. (1992). Amalan Pemakanan Punca Stres. SIHAT, (Dis). Nurin 

Enterprise. Kuala Lumpur

Dr. Hj. Wan Abd.Halim Otman, (1991). Bagaimana Menguruskan Stres. SIHAT, (Mei)

Nurin Enterprise. Kuala Lumpur

Dr. Nordin Darus, (1993). Senaman Ringan Atasi Stres. SIHAT, (Feb). Nurin Enterprise.

Kuala Lumpur.

Dr. Syukri Hashim, (1991). Jauhi Sikap Menangguhkan Kerja. SIHAT, (Ogos). Kuala 

Nurin Enterprise. Kuala Lumpur

Dr. Wan Abd Manan Wan Muda, (1992). Tidur Yang Mencukupi. SIHAT, (Feb). Nurin

Enterprise. Kuala Lumpur..

Joyce, M.H. (1994). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Fajar bakti Sdn. Bhd. Kuala 

Lumpur.

Page 17: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Kalat, J.W. (1999). Introduction Of Psychology, (5th Ed). Pacific Grove : Grove 

Brooks/Cole Publishing Company.

Roslan Ibrahim. (1991). Bahaya Gangguan Emosi, SIHAT, (Jul). Nurin Enterprise Kuala

Lumpur.

Selye, H. (1979). Stress Canser And The Mind., In J. Tache, H. Selye. & S.B. Day (Eds) 

Canser, Stress And Death (pp. 11-27). New York. Plenum.

INTERNET:

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/kaunseling/stress/stress1.htm

http://bobex.wordpress.com/2007/04/19/stress-terhadap-pekerjaan/

http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/stress.doc

http://www.spp.jpm.my/GALERISPP/konflik.html

Kamus Oxford mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental. Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi. Seorang ahli psikologi terkenal, Walter Cannon (1920), menyatakan bahawa stres bermaksud gerak balas lawan atau lari ( fight or flight ). Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang baru mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Ini boleh berlaku ke atas manusia. Sebenarnya stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap gologan masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres, cuma yang membezakannya adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan stres di dalam kehidupan seharian seseorang itu.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institut Of Stress di New York, Amerika, didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami stres setiap hari. Perangkaan ini menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang individu yang semakin menjadi trend semasa. Kebanyakan dari kita hanya mengetahui atau mengganggap stres dari aspek yang negatifnya sahaja. Ini termasuklah kecenderungan untuk melakukan keganasan serta meningkatkan risiko penyakit mental. Tetapi jika dilihat dari satu aspek lagi, sebenarnya stres juga mempunyai kebaikan apatah lagi dalam kehidupan yang serba moden dan canggih kini.

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi dalam multimedia, menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak dalam bidang pendidikan yang sering berubah dan mempunyai pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Justeru itu, stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan tahap

Page 18: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

kesihatan mental dan sering menyerang warga pendidik khasnya. Bahkan selagi bernama manusia, setiap daripada kita pastinya pernah merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan seharian.

Dipetik daripada Utusan Online oleh Tajaiyah Ihsan di dalam artikelnya yang bertajuk Tekanan melawan atau lari: Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar berkata, "Walaupun stres atau tekanan dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diberi perhatian. Ini mungkin kerana masyarakat bertanggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres boleh menjejaskan seluruh badan dan minda”. Beliau juga menyatakan bahawa kanakkanak boleh mengalami stres, lebih menyedihkan apabila ibu bapa tidak mengambil peduli atau memberikan perhatian terhadap masalah ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental didefinisikan sebagai kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, “Kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang khidmat kepada masyarakat”, (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia). Menurut Anthony Yeo (1985), berpendapat stres adalah bentuk tekanan yang memberi kesan dalam kehidupan individu, kesan positif atau negatif bergantung kepada reaksi individu. Selain itu, stres adalah tindakbalas bagi memenuhi tuntutan bagi menyesuaikan diri ke arah keadaan yang stabil (Shepherd P.C, 1987). Justeru itu, stres warga pendidik boleh didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja sebagai seorang guru (Kyriacou & Sutcliffe, 1978). Setiap insan diciptakan oleh Allah yang maha esa ada keistimewaannya yang tersendiri. Malahan keistimewaan inilah telah menyebabkan tiada insan yang dilahirkan dengan ciri yang sama. Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998), tiada seorang pun termasuk kembar seiras yang benar-benar menyamai antara satu sama lain khasnya tingkahlaku. Ini menunjukkan bahawa setiap insan mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti individu dapat dibayangkan melalui kecenderungannya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu. Personaliti adalah sesuatu yang kompleks dan boleh beubah-ubah mengikut peredaran masa, malahan ianya juga boleh ditentukan oleh pengaruh luaran dan dalaman.

Menurut Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong, 1998), personaliti merupakan natijah kepada interaksi faktor genetik dan faktor persekitaran. Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi personaliti seperti baka dan keturunan, aspek-aspek fizikal, fisiologi dan biokimia, pengaruh endokrin, proses pertumbuhan dan kematangan. Manakala faktor luaran yang mempengaruhi personaliti pula termasuklah pengaruh ibu bapa dan keluarga, guru-guru, media massa, faktor sosial dan budaya, pengalaman hidup, kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit. Habibah dan Noran (1997, dalam Nooraini, 2002) melaporkan bahawa personaliti seseorang bergantung kepada interaksi terhadap beberapa faktor termasuklah faktor baka dan pengaruh persekitaran yang mempengaruhi cara didikan keluarga seperti ibu bapa, budaya dan perbezaan kaum. Secara umumnya personaliti individu boleh diukur dan dikategorikan kepada 11 aspek utama, iaitu asertif, analitikal, keterbukaan, kritik diri, kepimpinan, jati diri, prihatin, intelektual, pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan. Namun aspek ini hanya akan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu jenis A meliputi individu yang agresif, bertenaga, bercita-cita tinggi dan berdaya saing dan jenis B iaitu bagi individu yang penyabar, sederhana dan kurang daya saing. Personaliti memainkan peranan penting bagi seseorang dalam menangani stres. Ia merupakan satu cara bagi setiap individu khususnya guru untuk mengekalkan daya kerja disamping mengawal emosi melalui trait personaliti yang mereka miliki. Biasanya suasana kerja, tindakbalas psikologikal ( keletihan dan kemurungan ), fisiologi ( penyakit seperti sakit kepala dan darah tinggi ) dan sikap sering diberi perhatian. Sebenarnya trait personaliti juga turut mempengaruhi seseorang itu terdedah kepada stres yang kritikal atau sukar diatasi.

Page 19: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Menurut Za’ba (1963), stres adalah satu paksaan atau desakan kepada sesuatu perkara yang diutamakan atau yang terpenting. Hans Selye (1963) pula, mendefinisikan stres sebagai suatu tindakbalas tubuh kepada tuntutan-tuntutan dalaman dan luaran terhadap dirinya sehingga melibatkan kadar ’Wear and tear of the living body’ . Menurutnya lagi, stres merupakan satu komponen kehidupan yang memberikan kesan positif mahupun sebaliknya terhadap seseorang. Kesan yang positif disebut sebagai ’eutress’ dan kesan negatif pula dipanggil ’distress’. Stres boleh menjadi positif sekiranya dipandang sebagai satu cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti.

Bil. Faktor-faktor Stres Sampel Setuju ( % ) Tidak Setuju ( % ) 1. Tekanan Ibu Bapa / Pelajar 9 300 83 17 2. Beban Tugas 9 300 79 21 3. Kenaikan Pangkat dan Laluan Kerjaya 9 300 74 26 4. Ketidakadilan Penilaian Prestasi 9 300 72 28 5. Minat 9 300 60 40 6. Infrastruktur 9 300 60 40 7. Lokasi Sekolah 9 300 32 66

BIBLIOGRAFI

Allport. ( 1973 ). The New Direction in Educational research . Alterable Variables Phi Delta Kappa Ahmad Shakri. ( 1998 ). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Anthony Yeo. ( 1985 ). A Helping Hand : Coping With Personal Problem. Singapura : Time Books International. Anuar Mohd Som. ( 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Azlina Abu Bakar @ Mohd. ( 2002 ) . Psikologi Personaliti Individu, Siri Pendidikan Karisma. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd. Borget, M. G & Fazlon, J. M. ( 1991 ). Sources of Teachers Stress in Maltese Primary’s School. Research in Education. Volume 4: 44-49. Chang Fui Chin. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Cichon & Koff ( 1980 ), An introduction to the sociology of learning. USA : Houghton Mitlin Co. 40 Crow & Crow. ( 1980 ). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan .Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti. Dodge, D. & Martin (1993 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.) Fletcher & Payne (1982 dalam Ahmad Shakri 1998). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Freeman, Logan & Mc Coy. ( 1989 ). The New Direction in Educational Research. Alterable Variables Phi Delta Kappa. Friedman, M & Rosenman, R.H. ( 1996 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Furhan & Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia., Ghazali Othman, ( 1998 ). Kesilapan Biasa Dalam Penyelidikan Pendidikan. Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 31-50. Habibah Elias, Noran Fauziah. ( 1997, dalam Nooraini, 2002 ). Gaya Hidup Sebagai Ciri Personaliti, Faktor-faktor yang Mempengaruhinya dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Hassan b. Hashim. ( 1994 ). Pengurusan Stres dan Kesan Terhadap Kualiti Kerja. Buletin PKPSM Perak, 1 (3), 15-17. 41 Holland, J.L. ( 1973 ). Making Vocation Choices : A Theory of Career. Englewood Cliffs, N.J. Prentice - Hall. Holland, J.L. (1985). Personality dynamics, Development and Assessment . New York : Harcourt, Brace & World, Inc. Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Khn, Wolfe & Resenthel. ( 1964 ). The Personality Puzzle. 2nd Edition : New York. Kyriacou,

Page 20: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

C & Sutcliffe, J. ( 1979 ). Jurnal Pendidikan. The Stress And Satisfaction. Volume 21 ( 2 ), 89-96. Kyriacou, C & Sutcliffe, J. ( 1978 ) . A Model of Teacher Stress Educational Review, Volume 53 (1), 27-35. Lem Boon. ( 1981 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Malek Muhamat Said. ( 2004 ). Siri Motivasi : Studi Smart. Kuala Lumpur : PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd. Marshall, C., & Rossman G. G. ( 1995 ). Designing Qualitative Research, 3rd Edition. Thousand Oaks: Sage. Mc Cormick & Solmon. ( 1992 ). Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling. Serdang : Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. 42 Meichenbaum, D . & E. Jaremho, M. (1983 dalam Anuar Mohd Som 2000 ). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.), Mohd Majid Konting. ( 1994 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib Abdul Ghafar. ( 1999 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Nariah. (1994). Pola Pemilihan ResponMenangani Ketegangan Dan Hubungan Dengan Punca Ketegangan Di Kalangan Guru-guru. Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia. Othman b. Lebar. ( 2006 ). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tajung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ryckman. ( 2000 ). Behavior Modification : What it is and How to do it. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc. Schafer. ( 1987 ). Stress Management for Wellness. Chicago : Holt, Rinehart and Winston, Inc. Sharifah Alwiah Al- Sagoff. ( 1990 ). Sosiologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd Selye, H. (1963). The Stress of Life. N. York : McGraw-Hill Book Co. Shepherd P.C, ( 1987 ). Organize Your Way to Greater Success. 2nd Edition. Kuala Lumpur : The Credo Trust. Sidang Pengarang. ( 2000 ). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan Berkesan. Skudai Post: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ( Januari ). 43 Simon. (1978), Teacher Stress and Burnout. Organizing Systems to Support Competent Social Behaviour In Children and Youth : Volume III. Siti Radziah. ( 1982 ). Stress and Mental Health in Society. Singapura : Heinemann Publishers Asia Pte. Ltd. Subash Kumar, ( 2005 ). Tekanan melawan; Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa. Utusan Online. Vossel, G. (1987), The Relationship of Home Environment and Home Classroom performance. London : University of Wisconsin. Zuria Mahmud et. al . ( 1999 ). Perkembangan Kerjaya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. . Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 51- 66.

SOALAN TBUAL STRESS

1. Saya merasakan yang saya silap memilih kerjaya.

2. Saya berfikir yang diri saya disisihkan oleh rakan sekerja.

3. Saya cepat marah jika diarahkan oleh pihak pentadbiran termasuklah ketua panitia.

4. Saya tidak akan berjumpa pihak pentadbiran jika mempunyai masalah tugas. 5. Saya menolak pandangan dan pendapat orang lain di sekolah. 6. Saya merasakan tugas yang saya lakukan tidak dihargai. 7. Saya merasakan tidak selesa jika dibebani tugas yang banyak. 8. Saya berfikir yang saya mungkin perlu untuk membunuh diri. 9. Saya berfikir untuk meletakkan jawatan. 10. Saya rungsing memikirkan masa depan saya selepas bersara. 11. Saya merasakan tugas pengkeranian yang saya lakukan adalah amat berat. 12. Saya berfikiran yang saya terpaksa datang ke sekolah untuk bertugas. 13. Saya merasa bimbang untuk bertugas. 14. Saya merasakan tugas di dalam bilik darjah membebankan. 15. Saya merasakan bahawa pelajar akan sentiasa mendatangkan masalah kepada saya.

DEF STRESS

Page 21: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tekanan didefinisikan sebagai perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan, keadaan menanggung beban yang sukar ditanggung. Dalam kajian ini, stres merujuk kepada sebarang gangguan sama ada dari segi fisiologi mahu pun psikologi kesan dari menjalankan tugas sebagai seorang guru sekolah rendah. Gangguan fisiologi merupakan gangguan yang boleh memberi kesan ke atas kesihatan diri seseorang seperti keletihan dan tekanan darah tinggi. Manakala bagi gangguan psikologi pula, melibatkan gangguan perasaan seperti, perasaan marah, kecewa, murung, resah dan rasa tidak puas hati. Gangguan-gangguan ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan guru memenuhi kehendak atau permintaan ke atas dirinya dalam menjalankan tugas-tugas di sekolah

i. Beban Tugas Merujuk kepada semua tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh guru sama ada yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ataupun di luar pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah seperti membuat rancangan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar, menghabiskan silibus, mengemaskini jadual kedatangan pelajar, mengganti guru yang tidak hadir, mengendalikan aktiviti ko-kurikulum, menggubal soalan dan pelbagai tugas lain.

ii. Karenah Pelajar Karenah pelajar merujuk kepada pelbagai tingkah laku dan salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar. Antaranya adalah, pelajar yang kurang sopan, membuat bising, bersikap negatif terhadap pelajaran dan tidak bermotivasi.

iii. Kekangan Masa Kekangan masa ditakrifkan sebagai, masa yang tidak mencukupi untuk berehat dan menjalankan tugas berkaitan pengajaran dan pembelajaran (menghabiskan sukatan pelajaran, membuat persediaan mengajar, memberi tumpuan kepada pelajar secara individu, menanda buku) dan yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (mengisi borang, menyediakan kertas kerja dan laporan dan mesyuarat).

iv. Kekurangan Sumber Dalam kajian ini, kekurangan sumber bukan sahaja terhad kepada sumber pengajaran, seperti, kurangnya peralatan dan kemudahan pembelajaran tetapi juga melibatkan keperluan harian guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah (kertas dan mesin pencetak). Kemudahan bilik guru yang tidak selesa dan sempit juga turut dikategorikan sebagai kekurangan sumber.

v. Hubungan Dalam konteks kajian ini, hubungan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, hubungan sesama rakan sekerja dan hubungan dengan ibu bapa pelajar. Rakan sekerja adalah individu atau kumpulan yang mempunyai tugas yang hampir sama iaitu merujuk kepada guru-guru di sekolah yang sama. Manakala, ibu bapa pelajar merujuk kepada orang tua (emak, ayah atau penjaga) yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelajar dan mempunyai pertalian keluarga.

vi. Penghargaan dan Sokongan Penghargaan adalah perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan dan penyanjungan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Manakala, sokongan adalah merujuk kepada sokongan yang berupa bantuan kebendaan dan juga sokongan yang dapat memberi perangang dan mengukuhkan semangat.

Rujukan

Abdul Aziz Yusof. (2000).Pengurusan dan gelagat organisasi di abad ke-21. Selangor. Prentice Hall. Abdul Halim. (2001). Stres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Kuala Perlis. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Abouserie, R. (1996). Stress, Coping Strategies and Job Satisfaction in University Academic Staff. Educational Psychology, 16(1):49-56.

Page 22: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Ages, V. D. (2011). Teacher Perceptions On Stress And Retention. ProQuest Dissertations and Theses. Berita Harian. (2010, Mei 18). Had Murid Antara 40 Cadangan Atasi Beban Guru, 12.

Black, S. (2003). Stressed out in the classroom. American School Board Journal, 190(9),14-16.

Borg, M. G., & Riding, R. J. (1993). Occupational Stress And Job Satisfaction Among School Administrators. Journal of Educational Administration, 31(1), 4.

Boyer-Colon, C. (2009). Teacher Stress Among Catholic High School Teachers: Its Nature And Significance. ProQuest Dissertations and Theses.

Boyle G. J., Borg M. G., Falzon, J. M. & Baglioni, A. J. Jr. (1995). A Structural Model of the Dimensions of Teacher Stress. British Journal of Educational Psychology. 65: 49 - 67.

Burchielli, R & Bartram, T. (2006). Like An Iceberg Floating Alone: A Case Study of Teaching Stresses at a Victorian Primary School. Australian Journal of Education, 50(3), 312-327.

Bush, L. D., Jr. (2010). Special education teachers and work stress: Exploring the competing interests model. ProQuest Dissertations and Theses.

Caplan, R. D., Cobb, S., French, J. R. P., Jr., Harrison, R.V., & Pinneau, S. R. (1975).Job demands and worker health: Main effects and occupational differences. (HEW Publication No. (NIOSH) 75-160). Washington, DC: US Department of Health, Education and Welfare.

Center, D. B., & Steventon, C. (2001). The EBD Teacher Stressors Questionnaire. Education & Treatment of Children, 24(3), 323.

Chang, C.L. (2007) stress among secondary school teachers in Klang District. Masters Theses. Universiti Malaya.

Chaplain, R. P. (1995). Stress and Job Satisfaction: A Study of English Primary school. Educational Psychology, 15(4), 473.

Cohen, L., & Manion, L. (1985). Research methods in educations. London. Croom-Helm.

Cooper, C. (1998). Theories of Organizational Stress. Oxford University Press.

Fun, W.S (2008). Faktor-faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-guru SJK(C): Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di Wilayah Persekutuan. Kajian Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.

Gelman, R. B. (2008). Demographic and occupational correlates of stress and burnout among urban school teachers. ProQuest Dissertations and Theses.

Gold, Y. & Roth, R. A. (1993). Teachers Managing Stress and Preventing Burnout: The Professional Health Solution. London.The Falmer Press.

Guglielmi, R. S., & Tatrow, K. (1998). Occupational stress, burnout, and health in teachers: A methodological and theoretical analysis. Review of Educational Research, 68(1), 61.

Howard, S., & Johnson, B. (2004). Resilient teachers: Resisting stress and burnout. Social Psychology of Education : An International Journal, 7(4), 399.

Huisman, K. A. (2009). Lived experience of stress in middle school teachers. ProQuest Dissertations and Theses.

Page 23: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Jaafar Muhammad. (2003). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur. Leeds Publications.

Jepson, E., & Forrest, S.(2006). Individual contributory faktors in teacher stress: The role of achievement striving and occupational commitment.

British Journal of Educational Psychology 1 76.(2006): 183-197.3

Jo-Ida, H., & Brandon,S. (2003). Assessment of workplace stress: Occupational stress, its consequences, and common causes of teacher stress. ERIC Document Reproduction Service No. ED 480 078.

Kamus Dewan.(Edisi Keempat). (2005).Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karasek, R.A. (1979). Job demands, job decision latitude, and mental strain: Implications for job redesign. Administrative Science Quarterly, 24(2), 285- 308.

Karasek, R.A., & Theorell, T. (1990). Healthy Work. Stress, Productivity, and the Reconstruction of Working Life. New York. Basic Books.

Kim, T. S. (2006). Stres kerja dlm kalangan guru teknik. Kajian Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia. Kim,T.S. (2006). Stres Kerja Di Kalangan Guru Aliran Teknik Di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Klassen, R. M., & Chiu, M. M. (2010). Effects on teachers' self-efficacy and job satisfaction: Teacher gender, years of experience, and job stress. Journal of Educational Psychology, 102(3), 741.

Kokkinos, C. M. (2007). Job Stressors, Personality and Burnout in Primary School Teachers. British Journal of Educational Psychology, 77(1), 229-243.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational dan Psychological Measurement. 30: 607 – 610. Kumarakulasingam, T. M. (2002). Relationships between classroom management, teacher stress, teacher burnout, and teachers' levels of hope. ProQuest Dissertations and Theses.

Kyriacou, C & Sutcliffe, J. (1978). A Model of Teacher Stress. Educational Studies. 4(1): 1 - 6.

Kyriacou, C. (2001) Teacher stress: Directions for future research. Educational Review,53(1), 27-35. Kyriacou, C., & Chein, P.Y. (2004). Teacher Stress In Taiwanese Primary School. Journal of Educational Enquiry 5(2).4 Lau, P. S. Y. (2002). Teacher Burnout In Hong Kong Secondary Schools. ProQuest Dissertations and Theses.

Leh, W.S. (2004). Tekanan kerja di kalangan guru di beberapa buah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education, pp. 6.

Ling, H. Oi. (2008). Individual and Systemic Factors Influencing Secondary School Teacher Stress in Hong Kong. ProQuest Dissertations and Theses. Ling,W.P. (2007). Kepuasan Kerja Guru-guru Aliran Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di Sekolah-sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Littrell, P.C., Billingsley, B. & Cross, L. (1994). The effects of principal support on special and general educators’ stress, job satisfaction, school commitment, health, and intent to stay in teaching. Remedial and Special Education, 15, 297-310. Lokman Tahir & Musa Salan. (2011).Burnout pentadbir sekolah kebangsaan di daerah Kluang. unspecified . pp. 1-9. (Tidak Diterbitkan) Long, L. J. (1998). Less stress in school. The Education Digest, 63(9), 37. McCormick, J. (1997). Occupational stress of teachers: Biographical differences in a large

Page 24: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

school system. Journal of Educational Administration, 35(1), 18. Mohamad Najib Abd. Ghafar. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Fitri Sahhari. (2001). Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah Di Daerah Skudai: Kajian Kes. Kajian Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia. Mok, Soon Sang. (2009). Siri Pengajian Profesional: Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Montgomery, C., & Rupp, A. A. (2005). A Meta-Analysis for Exploring the Diverse Causes and Effects of Stress in Teachers. Canadian Journal of Education, 28(3), 458-486.5

Morris, J. L. (1988). Teacher stress and teacher attitude toward students, peers, and teaching. ProQuest Dissertations and Theses.

Muhamad Hanapi Husin. (2004). Pengurusan tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Kuantan, Pahang. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Naylor, C. (2001). What Do British Columbia Teachers Consider To Be the Most Significant Aspects of Workload and Stress in Their Work? British Columbia Teachers’ Federation Research Report. 1-19. Nobile, J. J. & McCormick, J. (2005). “Job Satisfaction and Occupational Stress in Catholic Primary Schools.” A paper presented at the Annual Conference of the Australian Association for Research in Education.

Palmer, S. & Cooper, C. (2004). A model of work stress to underpin the Health and safety Executive advice for tackling work-related stress and stress risk assessments. Counselling at Work, Winter, 2–5. Pauley, A. D. (2009). Exploring sources of teacher stress in head start. ProQuest Dissertations and Theses.

Paulse, J. (2005). Sources of occupational stress for teachers, with specific reference to the inclusive education model in the Western Cape. Dissertations. University of the Western Cape.

Payne, M. A. & Furnham, A. (1987). Dimensions of Occupational Stress in West Indian Secondary School Teachers. British Journal of Educational Psychology. 57: 141 – 150

Punanesvaran, A.Nadairaja. (2000). Hubungan bebanan kerja dengan tekanan kerja di kalangan guru lelaki dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di kawasan Bandar. Kajian Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rieg, S., Paquette, K., & Chen, Y.. (2007). Coping With Stres: An Investigation of Novice Teachers’ Stresors In The Elementary Classroom. Education, 128(2), 211- 226. Saraswathy, Kutirakkal. (2000). Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan di kalangan guru pelatih. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Selye, H. (1976). The Stress of Life. Edisi Kedua. New York: McGraw-Hill.6 Sevakame, Murugan. (2003). A study on occupational stress among secondary school teachers in Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Sheppard, B. H. (2008). The effect of noninstructional workload tasks upon instructional time for classroom teachers in public schools in an urban school district. ProQuest Dissertations and Theses. Sufean Hussin. (2003). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Edisi Kedua. Cetakan Keempat. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa and Pustaka. Strank, J.W., (2005). Stress at Work: Management and Prevention. Amsterdam, Netherlands: Elsevier Publishing. Tan, Huat Chye (1996). Tekanan kerja di kalangan guru SJKC dalam daerah Gombak. Tesis Sarjana. Universiti Malaya. Tang, T., & Yeung, A. (1999). Hong Kong Teachers' Sources of Stress, Burnout, and Job Satisfaction. Retrieved from EBSCOhost. Troman, G. (2000). Teacher stress in the low-trust society. British Journal of Sociology of Education, 21(3), 331. Utusan Malaysia. (2006, Mac 29). Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres, 10. Utusan Malaysia. (2009, Jun 22). Wujud Jawatan Pembantu Guru, 8. Valli, L., & Buese, D. (2007). The changing roles of teachers in an era of high-stakes accountability. American Educational Research Journal, 44(3), 519. Van Dick, R., & Wagner,U. (2001). Stress and

Page 25: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

strain in teaching: A structural equation approach. British Journal of Educational Psychology,2 71, 243. Van Zyl, E. (2002). Measurement of Work Stress Within South African Companies: A Luxury or Necessity? South African Journal of Industrial Psychology, 28(3), 26- 31. Wai, C., & Kwok, W. (1995). Stress, social support, and teacher burnout in Macau. Current Psychology, 14(1), 42.7 Wan Mohamad Nasir. (2002). Faktor-faktor Stres Pekerjaan Pensyarah Politeknik. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia. Ward, J.C. (1987). Managing stress. Essex : Gower Publishing Company Ltd. Weidner, P. E. (2002). Stress and the teacher: A comparison of job-related stress among public and private elementary teachers. ProQuest Dissertations and Theses. Yap,C .H. (2005). Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru dikalangan guru sekolah menengah daerah Klang.Kajian Ilmiah. Universiti Malaya. Yahya Don. (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Bentong. PTS Professional Publishing. Yong, I. T. (1999) Factors Affecting Occupational Stress Among Teachers of a Secondary School in Sarawak. Masters Thesis. Universiti Putra Malaysia.

http://eprints.oum.edu.my/677/1/faktor_stres_fazura.pdf

Namun, sejauh manakah guru-guru dapat mencapai standard yang ditetapkan oleh KPM memandangkan tugas guru-guru pada hari ini sangat mencabar. Ini diakui oleh Valli dan Buese (2007) dalam kajiannya terhadap 150 orang guru mendapati bahawa, tugas guru telah semakin bertambah, diperluaskan, diinsentifkan serta perlu memenuhi harapan daripada masyarakat hingga memberi kesan stres terhadap guru. Masyarakat kini harus sedar bahawa, tugas guru bukanlah semata-mata di dalam bilik darjah, mengajar, membimbing dan mendidik. Tugas guru hari ini turut merangkumi tugas di luar bilik darjah dan juga di luar waktu persekolahan. Lemaire (2009) mendapati bahawa, guruguru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta, tugas-tugas pengurusan. Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan mengikut peredaran zaman dan ini menjadikan proses mendidik pelajar-pelajar bertambah kompleks.

Lantaran itu, bagi mencapai matlamat utama pendidikan, guru pada hari ini haruslah peka terhadap perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dari pelbagai aspek termasuk penambahan pengetahuan dan kemahiran yang harus dipertingkatkan, berkemahiran dalam pengurusan, bertanggungjawab dan bersedia dengan beban tugas yang bertambah. Bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam pendidikan, guru-guru semakin mula berasa tertekan dalam menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan. Sehubungan itu, sejak kebelakangan ini seringkali kedengaran isu-isu yang berkaitan tekanan kerja dalam kalangan guru yang mendapat perhatian pelbagai pihak.

Satu kajian telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan 9328 orang kakitangan perguruan di seluruh negara mendapati 69 peratus responden bersetuju bahawa, mereka bekerja dalam keadaan stres (Utusan Malaysia, 29 Mac 2006). Memandangkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan pendidikan amat bergantung kepada guru-guru, maka, sewajarnya pihakpihak tertentu peka dengan permasalahan stres guru.

Justeru itu, NUTP telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi mengambil alih tugas sosial terhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guru-guru sendiri (Utusan Malaysia, 22 Jun 2009). Langkah yang diambil ini adalah bertujuan bagi memastikan guru-guru dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugas-tugas mengajar. Sehubungan itu, guru-guru tidak terbeban lagi dengan tugas-tugas luar seperti menguruskan hal-hal sosial pelajar yang merangkumi aktiviti ko-kurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspek luar kelas. Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Page 26: Stres Dan Akibatnya Sem8 2015

Ekoran dari cadangan agar diwujudkan jawatan pembantu guru, jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh KPM bagi mengkaji masalah beban tugas guru telah mengusulkan 40 cadangan dan salah satunya adalah menghadkan bilangan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan sekolah menengah (Berita Harian, 18 Mei 2010). Pihak Kementerian juga bercadang mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi punca pertambahan beban tugas guru dan menyusun semula tugas perkeranian di sekolah. Jelas menunjukkan bahawa, guru-guru sememangnya terbeban dengan tugas yang berlebihan

Selain faktor beban tugas, faktor salah laku dan karenah pelajar juga turut menyumbang terhadap stres guru. Tingkah laku pelajar di dalam kelas seperti kurang menghormati guru, kurang penumpuan di dalam kelas, masalah disiplin, kurang 6 bermotivasi dan tidak menyiapkan kerja sekolah didapati telah menyebabkan guru berasa tertekan setiap kali memasuki kelas (Fun, 2008; Kim, 2006; Tang dan Yeung, 1999; Montgomery dan Rupp, 2005). Akibat karenah pelajar, guru sering keletihan dan tidak bersemangat untuk mengajar. Kesukaran yang dihadapi oleh guru dalam berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar telah menyebabkan sebahagian guru mengalami burnout (Wai dan Kwok, 1995).

Kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru (Troman, 2000), harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar (Center dan Steventon, 2001) dan berurusan dengan ibu bapa pelajar (Rieg, Paquatte dan Chen, 2007) merupakan satu lagi cabaran yang harus ditempuh oleh guru. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anakanak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik (Center dan Steventon, 2001) hingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres.