nubungan stres dengan so kerja di kalangan … stres dengan sokongan di... · kajian ini bertujuan...

24
NUBUNGAN STRES DENGAN SO ERSEKITAIIAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAW Ole11 Chan Nelee Tesis ini dikern~rkakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk ~nendapat Ijazah Sarjana Sains Pernbangunan Sumber Manusia Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Julai 1998

Upload: vobao

Post on 17-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

NUBUNGAN STRES DENGAN SO ERSEKITAIIAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAW

Ole11

Chan Nelee

Tesis ini dikern~rkakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk ~nendapat Ijazah Sarjana Sains Pernbangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Julai 1998

Page 2: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

PENGAKUAN

Diakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada

bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu

permohonan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di uaiversiti ini

atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Page 3: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di persekitaran kerja di kalangan guru sekolah menengah. Secara keseluruhannya, kajian ini mencari tahap stres guru dan ingin mengetahui sama ada wujud perbezaan dalam stres guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina, gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pengalaman mengajar, pencapaian akademik tertinggi dan bilangan waktu mengajar. Seterusnya, hubungan di antara stres guru dengan faktor-faktor penegang dan juga faktor-faktor sokongan dikaji.

Empat faktor penegang yang dikaji dalam kajian ini ialah kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas hingga di luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat manakala dua faktor sokongan di persekitaran kerja ialah sokongan rakan sejawat dan pujian serta pengiktirafan yang diterima di sekolah.

Seramai 248 responden yang terdiri daripada guru-guru terlatih sekolah menengah di daerah Port Dickson terlibat ddam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik berskala Likert. Dengan bantuan SPSS versi 7.0, data dianalisis menggunakan ujian-t, analisis varian sehala dan korelasi Pearson.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 61.3% daripada responden besada di tahap stres rendah, 25% berada di tahap sederhana d m 13.7% berada di tahap stres tinggi dengan min keseluruhan stres ialah 4.35. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam stres guru berdasarkan ciri- ciri demografi kecuali lokasi sekolah. Didapati bahawa guru-guru yang mengajar di sekolah luar bandar mengalami lebih stres jika dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar di sekolah bandar. Seperti yang telah dijangkakan, kajian ini mendapati wujud hubungan positif yang signifikan di antara stres guru dengan keempat-empat faktor penegang manakala wujud hubungan negatif yang signifikan di antara stres guru dengan faktor-faktor sokongan. Oleh itu, dapatlah dimmuskan bahawa apabila keempat-empat penegang bertambah, stres guru juga akan bertambah. Sebaliknya, apabila sokongan di persekitaran kerja meningkat, stres guru akan menurun.

Walau bagaimanapun, sebagai satu usaha awal, dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang peranan sokongan di persekitaran kerja dalam stres guru agar langkah-langkah awal dapat diambil demi untuk memelihara kebajikan guru.

Page 4: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

ABSTRACT

The purpose of this study was to investigate the relationship between stress and support in the working environment among secondary school teachers. This study was also ainzed at finding teachers level of stress and to determine if there were drfferences in teachers stress and teachers demopphic characteristic namely sex, school pade, school location, race, age, teaching experience, academic qualification and number of teaching periods. Then, this study will attempt to examine the relationship between stressors and support in school with teacher's stress.

The four stressors investigated were inadequate access to school facilities, student nzisbehaviour, intrusion of schoolwork into oztt-of-hours time and high societal expectatzons. The two aspects of support are the support teachers receive from colleagues, including the principal, and the amount of praise and recognition they receive in school. A total of 248 respondents who are trained secondary school teachers in the district of Port Dickson were involved in this research. Data was collected using questionngees based on Eikert scale. Based on SPSS version 7.0, data was analysed z>s+t-test, one-way AN0 VA and Pearson corre btion.

Findings of this study showed that 61.3% of respondents were at the low stress level, 25% at the medium stress level and 13.7% at the high stress level with the overall min stress of 4.35. In addition, findings showed that there was no sign@cant d~flerence in teachers stress with teachers demographic characteristics except for school location. It was found that teachers teaching in rural schools were more stressed than teachers teaching in urban schools. As expected, all the four stressors correlated posztlvely and significantly with teachers stress, Moreover, the fwo nipport factor.^ correlated negatively and sipzfxantly with teachers stress. Thus, while the four stressors increase, the level of teachers stress will also increase. On the other hand, when the support teachers received in the school environment increase, the level of teachers stress will decrease and reduce the build-up of stress.

As un early gfort, it is hoped that the Jindings ofthis study will give us an idea qf the roles and e#ects of support in the working environment in teachers stress so that early steps can be taken to protect the welfare of teachers.

Page 5: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

BIOGRAFI

Chan Nelee dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau telah menerima

pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Port Dickson dan

seterusnya mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Tinggi Port

Dickson. Setelah tamat tingkatan lima, beliau telah memasuki Maktab Perguruan

Temenggung Ibrahim, Johor Bahru (opsyen sains dan matematik) selama tiga

tahun (198 1/83) dan sejak itu mula menjinakkan diri dalam dunia pendidikan.

Setelah tamat pengajian, beliau telah mengajar di sebuah sekolah yang baru

dibuka iaitu Sekolah Menengah Rendah Simpang Gelami, Kuala Kelawang,

Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun 1984. Atas dorongan para pensyarah di

maktab perguruan dan rakan-rakan sejawat untuk melanjutkan pelajaran, sambil

mengaj ar beliau telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

secara persendirian dan akhirnya berjaya diterima masuk ke Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1988. Di sini beliau mengikuti Rancangan

Sarjana Muda Pendidikan (Dalam Perkhidmatan) anjuran Kementerian

Pendidikan selama empat tahun dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan (Kepujian) dengan Kelas Dua Tertinggi pada tahun 1992.

Sejak itu, beliau telah bertugas di Sekolah Menengah Tanah Merah Site C, Port

Dichson hinggalah pada tahun 1997, beliau sekali lagi diberi peluang untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana oleh Kementerian Pendidikan daiam

Program Kembar I A l 3 - W A S (Kohort 3) di Kuching, Sarawak.

Page 6: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

Khas Untuk

ibu, Yau Siong Neo dan

ayah, Chan Swee Lai

yang teramat sayang dan sentiasa berada dalam ingatan.

Pemergian mu merupakan satu kehilangan yang amat dirasai.

Salarn rinduku buat ibu dan ayah.

Page 7: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

PENGHARGAAN

Ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas

kepada Profesor Madya Dr Jamali Ismail selaku penyelia saya yang telah banyak

memberi tunjukajar, bimbingan dan sokongan padu kepada saya dalarn

menyempurnakan tesis ini. Berkat kesabaran dan kerelaan beliau meluangkan

masa dan tenaga telah banyak memberi dorongan dan keyakinan kepada saya

dalam menjayakan kajian ini

Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada Dr Quek Bong Cheang selaku

pensyarah semasa di IAB kerana kesediaan beliau memberi pandangan-pandangan

yang membina tentang kajian ini khasnya dalam aspek-aspek kaedah

penyelidikan. Tidak ketinggalan juga, ditujukan penghargaan saya kepada Dr.

Keith F. Punch dari Universily qf Western Australza kerana telah rnemberikan

instrumen dan soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah IAB, Dr. Ibrahim Bajunid

dan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS,

Profesor Dr Razali Arof kerana telah merealisasikan Program Kembar IAB-

UNIMAS dan memberi peluang kepada para guru melanjutkan pelajaran hingga

ke peringkat sarjana. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya disampaikan

kepada semua pensyarah Program Kembar IAB-UNIMAS Kohort 3 iaitu Dr. Hj.

Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit, Dr. Peter Songan, Dr. Muhammad Awang,

Dr. Farid Meziane, Dr. Bakhtiar Mansor, Dr. Maheswari Kandasamy, Dr. Wahab

Abdul Ghani, Dr. Hazrnan Shah Abdullah, Dr Wan Fauzi, En. Hong Tian Sam,

iv

Page 8: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

En. Mehander Singh, Pn. Jennifer Songan, Cik Leniiw Roman dan En. Sharaf al-

Horani kerana telah banyak menyumbangkan ilmu melalui syarahan-syarahan

mereka Penghargaan seterusnya ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di

atas sokongan dan kerjasama mereka dalam mengharungi bersama segala

rintangan sepanjang perjalanan program ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pengetua, para gum

dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung

dalam menjayakan kajian ini.

Page 9: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

JADUAL MANDUNGAN

Tajuk

Abstrak (Abstract)

Biografi

Dedikasi

Penghargaan

Jaduai Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Rajah

BAB I PENGENALAN

Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kerangka Kerja Konseptual Tujuan Kaj ian Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Definisi Operasional Batasan Kajian Kesimpulan

BAB I1 TINJAUAN KAJIAN

2.0 PengenaIan 2.1 Model Stres 2.2 Definisi Stres 2.3 Tahap Stres Guru

Muka surat

Page 10: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

2.4 Stres Guru Dengan Ciri-Ciri Demografi 2.5 Stres Guru Dengan Faktor-Faktor Penegang 2.6 Stres Guru Dengan Faktor-Faktor Sokongan 2.7 Kesimpulan

BAS I11 IMETODOI,OGI KAJMN

3 0 Pensenalan 3.1 Rekabentuk ICajian 3.2 Popuiasi Dan Sampel Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 ICaedah Pengumpulan Data 3.5 Penganalisisan Data 3.6 Kesirrlpulan

BAB IV DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4 0 Pengenalan 4.1 Dapatan Kajian

4.1.1 Tahap Stres Responden 4.1.2 Perbezaan Stres Responden Berdasarkan

Ciri-Ciri Demografi 4.1 3 Korelasi Di Antara Stres Guru Dengan

Faktor Penegang 4 1 4 Korelasi Di Antara Stres Guru Dengan

Faktor Sokongan 4.1.5 Penernuan Tambahan

4.2 Perbincangan Dapatan Kajian 4.2.1 Tahap Stres Responden 4.2.2 Perbezaan Stres Responden Berdasarkan

Ciri-Ciri Demografi 4.2.3 Stres Guru Dengan Faktor Penegang 4.2.4 Stres Guru Dengan Faktor Sokongan

4.3 Kesitnpulan

BAB V KESIM PULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 5.1 Rumusan Kajian 5.2 Kesimpulan 5.3 Cadangan Untuk Tindakan 5.4 Cadangan Kajian Akan Datang

Page 11: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

RU JUKAN 113

LAMPLRAN £3 Senarai Sekolah-Sekoltrh Menenph Bantuan Penuh Kerajaan Lli Daerah Port Dickson 120

LAMPIRAN C Borang Soal Selidk

Page 12: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

SENARAI JADUAL

Tajuk Muka surat

Tahap Stres Guru Berdasarkan Negara dm Tahun 26

Ciri-ciri Dernografi Responden 5 0

Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 5 5

Pemulangan Soal Selidik Berdasarkan Jantina 5 6

Tahap Stres Berdasarkan Jumlah Skor GHQ 5 8

Kaedah Statistikal Dalam Penganalisisan Data 60

Jadual Silang Mengikut Tahap Stres Dan Jantina 62

Keseluruhan Min Skor GHQ (Min Stres) 62

Ujian-t Ke Atas Stres Responden Mengikut Jantina, 64 Gred Sekolah Dan Lokasi Sekolah

Analisis Varian Sehala Ke Atas Stres Responden Mengikut 66 Bangsa, Umur, Pencapaian Akadernik Tertinggi, Pengalaman Mengajar dm Bilangan Waktu Mengajar Seminggu

Matriks Korelasi Di Antara Stres Gum, Faktor-Faktor 69 Penegang Dan Faktor-Faktor Sokongan

Matriks Korelasi Di Antara Stres Guru, Faktor-Faktor 70 Penegang Dan Faktor-Faktor Sokongan Dengan Ciri-Ciri Demografi (sarnbungan)

Matriks Korelasi Di Antara Stres Gum, Faktor-Faktor 7 1 Penegaag Dan Faktor-Faktor Sokongan Dengan Ciri-Ciri Demografi (sambungan)

Page 13: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

SENARAI RAJAH

Tajuk

Rajah 1.1 Kerangka Kerj a Konseptual Kaj ian

Rajah 2.1 Model Stres Berasaskan Respon

Rajah 2.2 Model Stres Berasaskan Rangsangan

Rajah 2.3 Komponen Asas Model Transaksi

Rajah 2.4 Human Performance Curve

Muka surat

7

18

19

2 1

23

Page 14: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

BAB I

PENGENALAN

2.0 Pendahuluan

Sumber manusia sangat-sangat diperlukan dan digunakan secara optimum untuk

menyaingi dunia yang semakin dinamik. Selaras ke arah merealisasikan Wawasan

2020, para pendidik terpaksa menghadapi cabaran yang terbesar untuk

rnenyediakan sumber tenaga rnanusia di kalangan kaum pelajar yang mampu

mengharungi cabaran masa hadapan. Oleh itu, untuk menjayakan wawasan

negara maka perlulah kita melahirkan guru bertaraf dunia. Untuk melahirkan guru

bertaraf dunia, imej dan profesion perguruan perlu dipertingkatkan atau dibentuk

semula di samping menjaga keperluan dan kebajikan warga guru. Malangnya,

ekspektasi tinggi di kalangan masyarakat terhadap guru dan beban tugas guru

yang berlebihan tidak setanding dengan sokongan dan penghormatan yang

diterima dari pihak sekolah dan masyarakat. Guru-guru semakin tertekan dan

merasakan tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah. Kini, telah banyak

rungutan dan perasaan tidak puas hati diluahkan oleh guru-guru terhadap

profesion perguruan. Banyak kajian juga teiah menunjukkan bahawa profesion

perguruan merupakan profesion yang paling banyak menimbulkan stres.

Mengikut Samples, sekolah adalah di antara tempat yang amat tertekan dalam

masyarakat dan Hunter telah mengatakan bahawa mengajar telah dikenal pasti

sebagai satu daripada tiga pekerjaan yang paling tertekan (dipetik dari Gold dan

Page 15: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

Roth, 1993, ms. 2-3). Masalah disiplin di kalangan pelajar yang dihadapi oleh

guru masa kini semakin serius. Jika pada masa dahulu pelajar-pelajar seringkali

terlibat dalam salah laku seperti membuat bising dalam kelas, berlari dan bermain

dalam kelas, tidak beratur, membuang sampah di merata-rata tempat dan

sebagainya, kini salah laku pelajar semakin meruncing seperti terlibat dengan

dadah, bergaduh, merompak serta mencuri, dan mencabul kehormatan pelajar.

Keadaan sedemikian menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab mendidik para

pelajar di samping memikul beban tugas yang berat di sekolah.

Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru yang menghadapi stres yang

berpanjangan akan seterusnya mengalami masalah dari segi fizikal dan mental

(Kyriacou dan Pratt, 1985). Akibat daripada masalah dari segi fizikal dan mental

ini pula, boleh mengurangkan prestasi guru semasa menjalankan tugas-tugas

harian di sekolah (Kyriacou, 1987) dan seterusnya mendatangkan kesan negatif

dari segi fizikal, emosi dan tingkah laku para pelajarnya (Coates dan Thoresen,

1976; Rigby, 1990).

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian Kyriacou dan Sutcliffe (1978b) serta kajian Kaiser dan Polczynski (1982)

telah mendapati bahawa punca dan sebab-sebab stres kerja di kalangan guru telah

menjadi tajuk popular dalam penyelidikan di kalangan para penyelidik. Ekoran

daripada itu, kajian yang telah dijalankan oleh Okebukola dan Jegede (1989) telah

menyokong dapatan yang mengesahkan bahawa mengajar rnerupakan pekerjaan

yang paling stres.

Page 16: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

3

Stres merupakan gangguan fisiologi dan psikologi akibat dari permintaan yang

terpaksa dipenuhinya dengan keupayaan yang dimiliki oleh seseorang. Mengikut

Fontana (1989), sekiranya keupayaan seseorang itu dapat memenuhi permintaan

maka ia akan membawa kesan yang positif. Manakala, keupayaan seseorang yang

tidak dapat memenuhi sesuatu permintaan pula akan menimbulkan kesan stres

yang negatif Dalam ha1 ini, Kyriacou (1987) menegaskan bahawa pendedahan

kepada stres yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerosakan fungsi dan

struktur individu sehinggakan boleh mengalami masalah kesihatan mental dan

fizikal seperti sakit jiwa, ponteng kerja, ketidakhadiran bekerja, bersara lebih awal

dan prestasi kerja yang menurun. Memandangkan masalah ini semakin serius

dalam perkhidmatan pendidikan, khasnya di sekolah-sekolah maka usaha untuk

mencari jalan bagi menangani stres di kalangan guru adalah perlu.

Masalah stres di kalangan guru bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah menjadi

perhatian utama hingga di peringkat antarabangsa dan seluruh negara di dunia.

Banyak kajian telah dijalankan di beberapa buah negara seperti di United

Kingdom (Fletcher dan Payne, 1982; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978a dan 1978b;

Borg dan Riding, 1993), Amerika Syarikat (Broiles, 1982; Blase, 1984; Blix et al.

1994; Schonfeld, 1992), Australia (Laughlin, 1984a dan 1984b; O'Conner dan

Clarke, 1990; Punch dan Tuetternann, 1996; McCormick, 1997), New Zealand

(Manthei dan Solman, 1988; Manthei et al. 1996), Kanada (Allison, 1997), Israel

(Smilansky, 1984), Norway (Mykletun, 1984), Chile (Manso dan Pinto, 1987),

Nigeria (Okebukola dan Jegede, 1989), Carolina (Cartee, 1993), Malta (Borg dan

Riding, 1991; Borg dan Falzon, 1989) dan di Malaysia (Siti Radziah, 1982; Siti

Rohani, 1991; Suseela, 1994; Tan, 1996; Abdul Wahid, 1996; Mohd. Tarmizi,

Page 17: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

4

1996; Vickneasvari, 1997; Abang Mat Ali, 1998). Kajian-kajian stres di kalangan

guru di seluruh negara di dunia ini menunjukkan guru sememangnya mengalami

stres dan jika tiada tindakan diambil maka ia akan memberi kesan yang negatif

kepada keseluruhan sistem pendidikan.

1.2 Pernyataan Masalah

Masalah beban tugas dan stres guru telah diakui oleh Timbalan Menteri

Pendidikan, Datuk Dr. Fong Chan Onn yang mengatakan bahawa 'a teacher's

workload hns been increasing tremendously over the years, and teachers

especially those in secondary schools, are working under a lot of pressure' (New

Straits Times, 13 Ogos 1995, ms. 4).

Turut dilaporkan bahawa kejadian serang dan ugut dari pihak guru kerap kali

berlaku dan Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa kejadian sedemikian

berlaku disebabkan guru-guru melepaskan rasa kekecewaan dan kernarahan ke

atas pelajar mereka.

Pada bulan November 1988, Dr. Leo Micheal Toyad selaku Timbalan Menteri

Pendidikan ketika itu telah menyatakan seramai 145 orang guru disahkan

mengalami stres mental (Berita Harian, 19 November 1988, ms 6). Dua tahun

kemudian, satu tinjauan telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

di kalangan guru dan mendapati bahawa seramai 1,288 orang guru mengalami

gangguan mental yang serius. Sejumlah 169 orang guru tersebut telah dikenalpasti

sebagai psikotik manakala sejumlah 1,119 orang guru pula mengalami neurosis

Page 18: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

5

(New Stralts Times, 29 Mac 1990, ms 1). Ini menunjukkan satu peningkatan yang

amat ketara Hasil dapatan kajian ini (Lampiran A) membuktikan bahawa betapa

seriusnya masalah stres yang dialami oleh guru-guru di negara kita dan perlunya

kajian stres guru dijalankan dengan lebih terperinci lagi untuk membendung

masalah tersebut

Gangguan mental dan masalah psikologikal yang dialami oleh guru-guru ini

adalah akibat darigada stres kerja yang tinggi ekoran beban tugas guru yang berat

iaitu jadual waktu di antara 28 hingga 30 waktu seminggu di sarnping terpaksa

menguruskan kelas-kelas yang terlalu ramai bilangan murid. Di samping

mengajar, guru-guru juga dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang

merupakan tugas dan tanggungjawab tambahan kepada gum-guru. Keadaan ini

diburukkan lagi dengan ekspektasi masyarakat yang terlalu tinggi terhadap para

guru dan masyarakat yang tidak menghargai jasa guru-guru (New Straits Times,

29 Mac 1990, ms 2) . Oleh itu, kesedaran tentang betapa pentingnya mengkaji

beban tugas yang ditanggung dalam usaha mencari jalan untuk menangani stres

guru perlu diberikan perhatian demi menjaga masa depan profesion perguruan.

Memandangkan profesion perguruan dikatakan sebagai profesion yang paling

stres, maka tidak hairanlah ramai generasi muda masa kini tidak berminat

menceburi diri dalam bidang perguruan di mana profesion perguruan semakin

tidak diminati. Masalah ini dapat dilihat dari bilangan permohonan masuk ke

maktab-maktab perguruan yang semakin berkurangan jumlahnya dari tahun 1988

hingga ke 1991 seperti yang ditunjukkan.

Page 19: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

PERMOHONAN KE MAKTAB PERGURUAN

Oleh yang demikian, kajian bidang stres di kalangan guru haruslah diberikan

I I I i 1990 1 78,000 23,000 7,015

perhatian dan tumpuan agar dapat membantu kita rnencari penyelesaian untuk

1991

meningkatkan lagi imej profesion perguruan

Stres yang wujud di persekitaran kerja juga kadangkala berpunca daripada konflik

Sumber: New Straits Times (LifestyleEducation), 27 September, 1991, ms 32. 75,600

interpersonal di antara guru-guru. Manusia rnungkin dapat memberi sokongan

i I

28,600 i

9,400

kepada kita untuk mengurangkan stres tetapi ia juga mungkin boleh menjadi

penegang utarna (Daniel, George dan Dorothy, 1993). Oleh itu, kajian ini melihat

keseluruhan tahap stres guru dan perbezaannya berdasarkan ciri-ciri demografi

guru. Seterusnya, kajian ini memberi tumpuan kepada hubungan stres guru

dengan faktor-faktor penegang dan faktor-faktor sokongan di persekitaran kerja.

1.3 Kerangka Kerja Konseptual

Kajian ini dimulakan dengan mencari tahap stres guru secara keseluruhan. Setelah

itu, perbezaan dilihat di antara stres guru dengan ciri-ciri dernografi iaitu jantina,

gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pencapaian akademik tertinggi,

Page 20: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

pengalaman mengajar dan bilangan waktu mengajar seminggu. Justeru itu,

hubungan dilihat di antara stres guru dengan faktor-faktor penegang iaitu kurang

ekses kemudahan, salah laku pelajar, tugas hingga di Iuar waktu sekolah dan

ekspektasi tinggl masyarakat Akhir sekali, kajian ini mengkaji hubungan di

antara stres g~tm dengan faktor-faktor sokongan iaitu sokongan rakan sejawat dan

pujian serta pengiktirafan yang diterima di sekolah Oleh yang demikian, stres

guru adalah variabel bersandar manakala ciri-ciri demografi, faktor-faktor

penegang dan faktor-faktor sokongan menjadi variabel bebas Keseluruhan

kerangka kerja konseptual kajian ini dapat digambarkan dalam Rajah 1.1.

Vnrlnbel-Vanabel bebas

CIRZ-CIRI DEMOGRAFI Jantina Bangsa Pencapaian Akademik Tertinggi Pengalaman Mengaj ar Umur Bilangan Waktu Mengajar Gred Sekolah Lokasi Sekolah

Kurang ekses kemudahan sekolah Salah laku pelajar Tugas di luar waktu sekolah Ekspektasi tinggi masyarakat

FAKTOR-FAKTOR SOKONGAN Sokongan rakan sejawat Pujian dan pengiktirafan

Rajah 1 . 1 : Kerangka Kerja Konseptual Kajian

Page 21: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

1.4 Tujuan Kajian

Banyak ka-iian menunjukkan bahawa stres boleh memberikan kesan yang negatif

dari aspek tizikal dan pstkologi seseorang gum (Maslach, 1976; Kyriacou, 1987

dan Lowenstein, 1991). Antara kesan-kesan negatif stres meliputi masalah seperti

sakit jiwa, ponteng kerja, ketidakhadiran kerja, kemerosotan prestasi kerja dan

bersara lebih awal. Me~nandangkan masalah-masalah tersebut semakin ketara

daliam perkhidmatan pendidikan, maka lebih banyak kajian stres guru perlu

dijalankan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Setakat ini, kajian stres yang telah dijalankan di Malaysia hanya menyentuh

simptom-simptom, punca-punca stres dan cara-cara menangani stres. Belum ada

kajian dijalankan secara khusus untuk melihat hubungan stres dengan faktor

sokongan di persekitaran kerja. Oleh itu, secara umumnya kajian ini bertujuan

untuk mengkaji tahap stres guru secara keselumhan dan melihat perbezaannya

berdasarkan ciri-ciri demografi. Setelah itu, hubungan stres dikaji berdasarkan

faktor-faktor penegang dan faktor-faktor sokongan di persekitaran kerja khasnya

di kalangan guru sekolah menengah.

1.5 Objektif Kajian

t

Berdasarkan tujuan kajian yang telah diterangkan maka objektif-objektif dalam

kajian ini adalah seperti yang disenaraikan berikut.

a. untuk merigetahui tahap stres di kalangan guru sekolah menengah.

Page 22: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

b. untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan di antara stres guru dengan ciri-ciri

demografi iaitu jantina, gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur,

pencapaian akademik tertinggi, pengalaman mengajar dan bilangan waktu

mengaj $r seminggu. /

1 c. untukjmencari hubungan di antara stres guru dengan faktor-faktor penegang

iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas hingga di

luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat.

d. untuk mencari hubungan di antara stres guru dengan faktor-faktor sokongan di

persekitaran kerja iaitu sokongan yang diterima dari rakan sejawat dan pujian

serta pengiktirafan yang diterima di sekolah.

1.6 Persoalan Kajian

Berdasarkan tujuan dan objektif kajian yang telah dinyatakan, maka kajian ini

ingin mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut:

a. Apakah tahap stres di kalangan guru sekolah menengah?

b. Adakah stres guru dipengaruhi oleh ciri-ciri demografi seperti jantina, gred

sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pencapaian akademik tertinggi,

pengalaman mengajar dan bilangan waktu mengajar seminggu?

c. Apakah hubungan yang wujud di antara stres guru dengan faktor-faktor

penegang iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas

hingga di luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat?

Page 23: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

10

d. Apakah hubungan yang wujud di antara stres guru dengan faktor-faktor

sokongan di persekitaran kerja iaitu sokongan rakan sejawat dan pujian serta

r pengiktirafan yang diterima di sekolah?

1.7 Wipotesis Kajhs

Berpandukan daripada objektif kajian yang telah dijelaskan di Bahagian 1.5, maka

dapatlah diterjernahkan dalam bentuk tiga hipotesis nu1 yang utama (hipotesis

urnum) seperti berikut:

a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam stres guru berdasarkan ciri-

ciri demografi iaitu jantina, gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur,

pencapaian akademik tertinggi, pengalaman mengajar dan bilangan waktu

mengajar serninggu.

b. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres guru dengan faktor-

faktor penegang iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar,

tugas hingga di luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat.

c. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres guru dengan faktor-

faktor sokongan di persekitaran kerja iaitu sokongan yang diterima dari rakan

sejawat dan pujian serta pengiktirafan yang diterima di sekolah.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah tepat pada masanya memandangkan negara sedang menuju ke

era teknologi maklumat dan menjadi negara maju pada tahun 2020. Oleh yang

Page 24: NUBUNGAN STRES DENGAN SO KERJA DI KALANGAN … stres dengan sokongan di... · Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di ... Masalah disiplin di kalangan

11.

demikian, sistem pendidikan juga perlu di sokong dengan tenaga kerja yang

mahir, berkeboiehan dan sihat dari segi mental dan fizikal. Dengan itu, masalah

stres guru haruslah ditangani dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Kajian

hubungan stres dengan sokongan di persekitaran kerja dapat memberi panduan

\ dan arah tuju untuk mernbantu guru-guru menangani masalah stres di mana faktor

sokongan di persekitaran kerja di kalangan rakan sejawat serta memberi

pengiktirafan dan pujian merupakan cara yang mudah untuk kita menangani stres

guru.

Maklumat dalam kajian ini juga dapat membuka rnata pihak pentadbir terhadap

betapa pentingnya peranan pengiktirafan, penghargaan dan pujian yang diberikan

kepada guru dalam menangani stres di samping dapat memberi semangat dan

motivasi kepada guru dalam rnelaksanakan segala tugas dan tanggungjawab

mereka.

Pihak pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian juga boleh

menggunakan dapatan kajian ini untuk rnengenalpasti faktor-faktor sokongan

yang dapat menangani stres guru dalam mernbantu mereka merangka dan

merancang program atau kempen mewujudkan persekitaran dan iklim sekolah

yang lebih sihat, selamat dan menyeronokkan. Persekitaran ternpat kerja yang

sihat, selamat dan menyeronokkan ini juga dapat mengurangkan stres yang

dialami oleh guru dan seterusnya dapat mengatasi masalah burn-out di kalangan

guru.