1 ciri-ciri inovasi pelajar pendidikan teknik · pdf filekerana nilai min kuasa dua infit...

32
1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL EMELIANA BINTI ELIAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doanbao

Post on 06-Feb-2018

285 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

1

CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL

EMELIANA BINTI ELIAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

2

CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN

TEKNIK DAN VOKASIONAL

EMELIANA BINTI ELIAS

Projek ini dikemukakan sebagai syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Pendidikan Teknik Dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Disember 2013

Page 3: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

3

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. � Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

JUDUL : CIRI-CIRI INOVASI DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)

SESI PENGAJIAN: 2012/2013

SAYA : EMELIANA BINTI ELIAS Mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi 4. ** Sila tandakan (√ )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub Di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ______________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap : No3, Jln Makmur 53, DR. NOR FADILA BINTI AMIN@MOHD. AMIN Taman Damai Jaya, Skudai Nama Penyelia Johor Bahru, Johor. Tarikh : _______________________ Tarikh: _______________________

Page 4: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

4

Pengesahan Penyelia

“ Saya/ Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah

Pendidikan Teknik dan Vokasional”

Tanda tangan : .............................................................................

Nama Penyelia : Dr. Nor Fadilah Binti Amin@Mohd Amin

Tarikh : Disember 2013

* potong mana yang tidak berkenaan

Page 5: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

5

PENGAKUAN

“ Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan :.................................................

Nama Penulis : EMELIANA BINTI ELIAS

Tarikh : Disember 2013

Dedikasi

Page 6: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

6

Jutaan terima kasih buat suami tersayang

atas segala bantuan, galakan dan sokongan

serta kesabaran yang diberikan selama ini:

Mohd. Nadzruldin bin Abdul Rahman

Ingatan dan kasih sayang

kepada anak-anak yang memberikan

kekuatan dan inspirasi:

Eryna Nur Aisyah binti Mohd Nadzruldin

Harapan dan doa yang dicurahkan:

Abah, emak serta keluarga tercinta

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada

Dr.Nor Fadilah binti Amin@Mohd Amin, pembimbing projek sarjana saya atas

segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Kesudian dan kesediaan

beliau meluangkan masa, memberi bimbingan dan nasihat yang bernas telah banyak

membantu dan memudahkan saya melaksanakan projek kajian ini.

Page 7: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

7

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Dr Adibah binti Abdul

Latif selaku pembimbing bersama sepanjang penyiapan projek ini dan semua

pensyarah Fakulti Pendidikan yang banyak membantu saya sepanjang pengajian

saya. Segala tunjuk ajar yang disampaikan semasa di dalam atau di luar bilik kuliah

telah banyak memberi manfaat kepada saya.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan Jabatan Fakulti

Pendidikan kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru dan pelajar yang sudi

membantu saya untuk menjadi subjek kajian dalam kajian yang telah dijalankan.

Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi

dorongan, sokongan, bantuan dan nasihat . Terima kasih yang tidak terhingga atas

sokongan anda. Semoga Allah membalas jasa baik anda dengan penuh keberkatan.

Akhir sekali segala puji bagi Allah yang telah memberi keizinan, kekuatan,

petunjuk dan hidayah.

Page 8: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

8

ABSTRAK

Instrumen ciri-ciri inovasi telah dibina untuk mengenalpasti ciri inovasi dalam pelajar pendidikan teknik dan vokasional (PTV). Kajian ini bertujuanuntuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian danmembina profil pelajar dengan menggunakan analisis model pengukuran Rasch. Responden kajian terdiri daripada pelajar porgram sarjana muda PTV di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Dapatan kajian menunjukkan indeks kebolehpercayaan bagi responden dan item adalah masing-masing 0.92 dan 0.95. Dalam aspek polariti, setiap item berupaya mengukur ciri-ciri inovasi dengan nilai PTMEA CORR antara 0.30 hingga 0.70. Analisiskesepadanan item menunjukkan tiada item yang perlu digugurkan kerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri-ciri inovasi mampu mengukur konstruk yang dibina iaitu kepimpinan, kreatif, tenaga, efikasi diri dan risiko.Analisis profil menunjukkan pelajar perempuan berada pada ciri inovasi yang tinggi dan rendah dengan nilai logit masing-masing adalah 3.82 dan 0.61. Item yang paling sukar dipersetujui ialah item 10 dengan nilai logit 1.05 manakala item yang paling mudah dipersetujui ialah item 1 dengan nilai logit -0.73.

Page 9: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

9

ABSTRACT

Instrument of the characteristics of innovation has been developed to identify inovation characteristics among students in the area of technical and vocational education (TVE). The study aimed to identify the validity and reliability of the instrument and develop student innovation profiling by using Rasch measurement model analysis. The respondents were undergraduate TVE students at Universiti Teknologi Malaysia (UTM). The result showed that the reliability indexes of respondent and items were 0.92 and 0.95, respectively. In term of item polarity, each item was able to measure the characteristics of innovation with the value of PTMEA CORR between .30 and 0.70. Item fit analysis showed that none of the items needed to be deleted since infit mean square values are between 1.23 and 0.71. The instrumen of the characteristics of innovation is able to measure the innovation constructs namely leadership, creative, energy, self-efficacy and risk. Profile analysis showed that female students' characteristics of innovation at their highest and lowest levels with the logit values were 3.82 and 0.61, respectively. The most difficult item to be agreed was item 10 with the logit value 1.05 while the easiest item to be agreed was item 1 with the logit value -0.73.

Page 10: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

10

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Penyelia ii

Pengakuan iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Daftar Kandungan viii

Senarai Jadual xiv

Senarai Rajah xvii

Senarai Singkatan xviii

Senarai Lampiran xix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Guru 8

1.6.2 Institut Pengajian Tinggi 9

Page 11: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

11

1.6.3 Sekolah 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Inovasi 10

1.8.2 Kepimpinan 10

1.8.3 Kreatif 10

1.8.4 Keupayaan diri 11

1.8.5 Risiko 12

1.8.6 Model Pengukuran Rasch 12

1.9 Penutup 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Inovasi 15

2.1.1 Budaya Kreativiti dan Inovatif Guru 18

2.2 Model-model Inovasi 22

2.2.1 Model Difusi 22

2.2.2 Model Big Five 24

2.2.2.1 Sikap Terbuka 25

2.2.2.2 Kesedaran 25

2.2.2.3 Ekstrovet 26

2.2.2.4Persetujuan 27

2.2.2.5 Neurotik 28

2.3 Ciri-ciri Inovasi Umum 29

2.4 Ciri-ciri Inovasi PTV 30

2.4.1 Kepimpinan 31

2.4.2 Kreatif 31

2.4.3 Berenaga 34

2.4.4 Efikasi Diri 35

2.4.5 Risiko 36

Page 12: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

12

2.5 Model Pengukuran Rasch 36

2.5.1 Keesahan 38

2.5.2 Kebolehpercayaan 39

2.6 Penutup 40

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 41

3.1 Rekabentuk Kajian 41

3.1.1 Kerangka Operasi 46

3.2 Peringkat Pembinaan 47

3.2.1 Penulisan Item 47

3.2.2 Penghakiman Panel Pakar 48

3.2.3 Semakan Item 48

3.3 Kajian Rintis 48

3.4 Analisis Kebolehpercayaan 49

3.4.1 Nilai Kebolehpercayaan dan Indeks

Pengasingan bagi Individu 50

3.4.2 Nilai Kebolehpercayaan dan Indeks

Pengasingan bagi Item 51

3.4.3 Item Polariti dan Kesepadanan Item 52

3.4.4 Kalibrasi Skala Pemeringkatan 53

3.4.5 Unidimensionaliti 55

3.4.6 Taburan Responden Mengikut Kesukaran

Item 56

3.5 Prosedur Kajian 59

3.5.1 Populasi dan Sampel Kajian 59

3.6 Instrumen Kajian 60

3.6.1 Bahagian A 61

3.6.2 Bahagian B 61

3.7 Analisis Data 63

Page 13: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

13

3.8 Penutup 64

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 65

4.1 Kebolehpercayaan Instrumen Ciri Inovasi 66

4.1.1 Nilai Kebolehpercayaan dan Indeks

Pengasingan bagi Individu 66

4.1.2 Nilai Kebolehpercayaan dan Indeks

Pengasingan bagi Item 67

4.2 Kesahan Instrumen Ciri Inovasi Pelajar PTV 68

4.2.1 Item Polariti 68

4.2.2 Kesepadanan Item 70

4.2.3 Profil Responden Mengikut Kesukaran

Item 71

4.3 Profil Ciri Inovasi Pelajar PTV 76

4.3.1 Peta Item Aras Kesukaran Item 76

4.3.2 Profil Ciri Inovasi Individu 78

4.3.3 Profil Ciri Inovasi Pelajar PTV mengikut

Jantina 80

4.3.4 Perbezaan Kefungsian Item dalam Instrumen

Inovasi 87

4.4 Penutup 91

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 92

5.2 Rumusan Kajian 93

Page 14: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

14

5.2.1 Ciri Inovasi dalam kalangan Pelajar

PTV 93

5.2.2 Kebolehpercayaan Instrumen 93

5.1.2.1 Nilai Kebolehpercayaan Individu 94

5.1.2.2 Nilai Kebolehpercayaan Item 94

5.2.3 Kesahan Instrumen 95

5.2.3.1 Item Polariti 95

5.2.3.2 Kesepadanan Item 95

5.2.3.3 Pemetaan Kesukaran Item 95

5.2.4 Profil Inovasi Pelajar PTV 96

5.2.5 Ciri Inovasi Pelajar Mengikut Jantina 97

5.2.6 Perbezaan Kefungsian Item 97

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 97

5.2.1 Perbincangan Berkaitan Persoalan 98

5.2.1.1 Pembinaan Instrumen 98

5.2.1.2 Profil Ciri-ciri Inovasi 99

5.2.1.3 Perbezaan Kefungsian Mengikut

Jantina 100

5.4 Implikasi Dapatan Kajian 101

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 102

5.6 Penutup 103

RUJUKAN 104

LAMPIRAN

Page 15: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

15

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

2.1 Ciri-ciri Individu yang Kreatif dan Inovatif 20

2.2 Maksud OCEAN 24

2.3 Model Big Five 29

2.4 Ciri Inovatif Ditkoff 30

2.5 Ciri Inovasi Clay 30

3.1 Konstruk, Item serta Sumber Ciri-ciri Inovasi 42

3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan Individu 51

3.3 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan Item 52

3.4 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan Selepas

Diubahsuai 52

3.5 Polariti item, Infit dan Outfit item 53

3.6 Struktur Kalibrasi Skala Pemeringkatan 55

3.7 Jadual Reja Terpiawai 56

3.8 Taburan Item Mengikut Pecahan Konstruk 62

Page 16: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

16

3.9 Taburan Skor Mengikut Skala Lima Mata 62

3.10 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 63

4.1 Nilai Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan Individu 67

4.2 Nilai Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan Item 67

4.3 Nilai PTMEA CORR bagi Instrumen 73

4.4 Taburan Min Kuasa Dua Infit dan Outfit 77

4.5 Susunan Item Mengikut Aras Kesukaran Item 79

4.6 Profil Ciri Inovasi Pelajar PTV 81

4.7 Taburan Profil Pelajar PTV mengikut Jantina 81

4.8 Kedudukan Item bagi Individu mengikut susunan 83

4.9 Kebezaan Kefungsian Mengikut Jantina 88

4.10 Kebezaan Kefungsian Item 99

5.1 Kebolehpercayaan Instrumen 98

5.2 Kriteria Kesahan Instrumen 99

Page 17: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

17

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

3.1 Kerangka Operasi Kajian 57

3.2 Lengkuk Kebarangkalian Kategori 66

3.3 Pemetaan kesukaran Item 69

4.1 Pemetaan Kesukaran Item 84

4.2 Peta Item 86

4.3 Profil Ciri-ciri Inovasi Item 88

4.4 Taburan Profil Mengikut Jantina 91

Page 18: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

18

SENARAI SINGKATAN

IPT Institusi Pengajian Tinggi

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PTV Pendidikan Teknik dan Vokasional

UTM Universiti Teknologi Malaysia

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KH Kemahiran Hidup

PSPTN Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

SPSS Statistical Package for Social Science

Page 19: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

19

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Perkara

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan

C Metadata Analisis

Page 20: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

20

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia sedang menuju ke arah menjadikan inovasi sebagai aspirasi negara

dengan melaksanakan transformasi dalam pendidikan sebagai enjin pembangunan

negara. Satu anjakan paradigma yang berpaksikan modal insan yang mempunyai

daya inovasi dan kreativiti yang tinggi sedang dibangunkan. Ini bersesuaian dengan

matlamat negara yang ingin mengungguli modal insan dengan mencerna kreativiti

dan mencetus inovasi individu (Mohd Hilmey, 2012). Menurut Mashitoh (2012)

kecemerlangan dan pembangunan sesebuah negara adalah bergantung kepada minda

dan potensi yang ada pada diri setiap individu. Ini selaras dengan matlamat wawasan

2020 yang ingin melahirkan modal insan kelas pertama, dengan ciri individu yang

kreatif dan inovatif (Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, 2010).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2010) Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) telah menekankan tentang kepentingan modal insan yang kreatif

dan inovatif. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovatif dilihat bakal menjadi

pemangkin kepada agenda transformasi negara. Individu yang kreatif dan berinovasi

didapati berupaya menghasilkan idea yang berkualiti yang menjadi teras amalan dan

budaya kehidupan mereka pada masa akan datang (KPM, 2013).

Mohd Azhar et.al (2003) menyatakan bahawa elemen inovasi dan kreativiti

masih belum diperkembangkan sepenuhnya dalam budaya masyarakat Malaysia.

Maka, elemen inovasi dan kreativiti adalah perlu diterapkan dan dilaksanakan seawal

Page 21: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

21

peringkat pra persekolahan lagi. Ismail (dalam Norharyanti, 2011) menegaskan Islam

juga menggalakkan aspek kreativiti dan inovasi diterapkan dalam kehidupan agar

masyarakat mampu menyumbang kepada kebaikan manusia sejagat.

Sehubungan dengan itu, dalam arus kemodenan pembangunan negara yang

ingin dicapai, bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) juga tidak

ketinggalan untuk melahirkan individu yang kreatif dan inovatif. Ini kerana PTV

memberikan kepentingan yang amat besar dalam melahirkan indivdu yang bermodal

insan kelas pertama.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan pada 27

Ogos 2007 telah menjadi asas kukuh kepada transformasi pengajian tinggi negara. Ia

memberi penekanan terhadap kualiti, daya saing, kreativiti dan inovasi menerusi

tujuh teras strategik iaitu:

i. memperluas akses dan meningkatkan ekuiti,

ii. menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran,

iii. memperteguh penyelidikan dan inovasi,

iv. memperkasa Institusi Pengajian Tinggi (IPT),

v. mempergiat pengantarabangsaan,

vi. membudaya pembelajaran sepanjang hayat,

vii. mengukuh sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi

(KPT).

Pelan ini juga menggalakkan guru mengaplikasikan inovasi dan kreativiti

dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohamad (2008), guru yang inovatif

berupaya meyelesaikan masalah secara kreatif. Selain itu, mereka juga yang kreatif

dapat mengembangkan bakat pelajar menerusi daya inovatif mereka. Noor Natasha

Page 22: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

22

(2011) menyatakan guru yang menggunakan kreativiti dan inovasi semasa

pengajaran berupaya meningkatkan pencapaian dan kecekapan pelajar. Manakala A.

Ghani (2010) juga menjelaskan guru yang berinovatif dan kreatif berupaya

mewujudkan keseronokan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain Guru

berinovatif juga menjadi aspirasi kepada pihak pengurusan sekolah. Kerajaan

berharap guru yang berinovatif dapat melahirkan individu yang kreatif dan inovatif.

Transformasi dalam inovasi perlu melibatkan pembaharuan dan perubahan

yang positif dalam kalangan pelajar. Peningkatan produktiviti sesebuah organisasi

bergantung kepada hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif. Menurut Haryanti

(2011), guru yang mengaplikasikan pengajaran yang berinovatif mampu melahirkan

pelajar yang kreatif. Strategi pengajaran yang berinovatif melibatkan konsep berfikir

secara kreatif dan kritis, penghasilan kepintaran yang kreatif, faktor pengajaran dan

pembelajaran yang merangsang kreativiti, teknik pemikiran yang kreatif serta

penyelesaian masalah secara kreatif.

Guru yang berinovatif dapat diukur melalui keberhasilan pengajaran mereka

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar lebih mudah memahami

pelajaran dan kawalan bilik darjah yang lebih berkesan dan peningkatan dalam

penumpuan pelajar di dalam kelas. Pelajar dilatih menjadi lebih kreatif dalam

membuat keputusan dan mereka diterapkan dengan semangat kerja berpasukan,

perkongsian idea, dan pengalaman pembelajaran semasa di sekolah (Yasin Erang,

2011). Selain itu, guru yang kreatif dan inovatif dapat melahirkan pelajar yang

berakhlak mulia, menguasai kemahiran berfikir dan memiliki daya saing yang tinggi.

Menurut Ahmad Naim (2011), guru yang berinovatif berupaya menguasai

kemahiran semasa seperti kemahiran komputer kerana perkembangan teknologi

dapat membantu menguruskan organisasi dengan lebih cekap dan berkesan.

Disamping itu, kemahiran toleransi yang tinggi kerana dengan sikap toleransi

menggambarkan taraf profesionalisme mereka. Guru juga perlu memiliki kemahiran

mengurus diri, masa dan tugasan yang diberikan. Ketepatan masa adalah diperlukan

dalam membina kepercayaan kepada orang atasan agar perjalanan pekerjaan menjadi

Page 23: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

23

lebih lancar Lain-lain kriteria adalah seperti berfikiran terbuka. Kriteria ini penting

bagi mewujudkan suasana harmoni bagi pelbagai bangsa dan kaum yang bekerja

dibawah satu bumbung.

Sufean (2001) menyatakan, kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif

adalah penting bagi membolehkan penyelesaian masalah dilakukan secara efektif

tanpa mengambil masa yang lama.Guru berupaya menyelesaikan sesuatu masalah

yang kecil tanpa menunggu arahan dan bantuan daripada pihak pengurusan sekolah.

Kemahiran bekerja secara berkumpulan juga merupakan satu kemestian sebagai

seorang pendidik. Ia berupaya mewujudkan sinergi yang kuat dan meningkatkan

mutu produktiviti organisasi. Akhir sekali ialah kemahiran merancang. Guru yang

bijak merancang sesuatu perjalanan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh

majikan akan menjadi aset penting kepada organisasi.

Oleh itu, keperluan penghasilan para pelajar yang berinovasi dapat memenuhi

kehendak negara. Menurut Nooridahwati (2011), kehendak majikan terhadap

pekerjaan pada masa kini bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik

semata-mata. Mereka memerlukan graduan yang mempunyai kemahiran berhubung.

Kemahiran berhubung ialah kemahiran dalam mendengar arahan, seperti cekap

menulis laporan dan kebolehan untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Majikan

memilih pekerja yang mempunyai kemahiran menganalisis dan mengkaji. Pekerja

yang diharapkan ialah mereka yang berkebolehan untuk mengkaji sesuatu keadaan

tanpa perlu diberi tunjuk ajar sepenuhnya dan mereka mestilah sangat berdikari.

Sikap suka mengakaji dapat menyumbang kepada pembangunan yang positif kepada

organisasi majikan itu sendiri. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan risiko

kegagalan dalam organisasi (Jamal Ma’mur, 2009).

Daya saing bagi sesebuah negara amat bergantung kepada kemampuan sistem

pendidikan melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Dalam dunia

pendidikan pendidik digalakkan mempunyai ciri inovasi yang tinggi agar berupaya

merangsang minda dan menggarap daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan

pelajar. Kesimpulannya, inovasi dan kreativiti merupakan kunci kepada kemajuan

negara dan kehidupan masyarakat yang sejahtera. Oleh itu, Inovasi adalah asas

Page 24: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

24

kepada pertumbuhan dan kemajuan negara. Ia menjadi pemangkin kepada kemajuan

negara. Perubahan yang berlaku hari ini meletakkan inovasi dan kreativiti sebagai

antara faktor utama mencapai anjakan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan

(Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, 2010).

Perbezaan individu ini mebolehkan kajian tentang ciri individu dikaji. Setiap

idividu mempunyai ciri yang berlainan serta kajian tentang ciri inovasi dapat

dilakukan untuk mengetahui ciri-ciri inovasi seseorang yang ada pada diri mereka.

Kajian ini penting kerana pendidik dapat mengetahui tahap inovasi yang ada pada

diri mereka sendiri. Kekurangan inovasi dalam diri pendidik menyebabkan

kegagalan dalam pembentukkan negara maju (Frederick ,2005).

Kebanyakan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji di Malaysia hanya

bertumpu kepada proses inovasi sahaja (Normah; Mohd Azhar; Mohd Yusof). Kajian

berkaitan tentang ciri individu yang kreatif dan inovatif didapati masih kurang

terutama ciri-ciri inovasi dalam bidang Teknik dan Vokasional (PTV) (Norharyanti,

2011). Kerajaan melalui pelan Strategi Kebangsaan Negara menggalakkan lebih

banyak kajian tentang inovasi dilakukan di peringkat institusi pendidikantinggi

(National Inovasi Strategy, 2010). Ini bertujuan untuk memastikan lebih banyak

graduan yang memiliki ciri kreatif dan inovatif dihasilkan.

Negara memerlukan generasi yang mempunyai kemahiran inovasi yang

tinggi, berkeyakinan, berkepimpinan dan berpandangan jauh untuk menjana idea-

idea baru dalam pembangunan negara. Untuk tujuan ini, kerajaan menerusi KPM

perlu memastikan sistem pendidikan menerapkan elemen inovasi dalam kurikulum

sama ada di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT) Chell (2009).

1.3 Penyataan Masalah

IPT berdepan dengan cabaran untuk menghasilkan graduan yang bukan

sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi mempunyai ciri yang berinovasi dan

Page 25: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

25

kreatif. Pensyarah perlu menerapkan elemen kreativiti dan inovasi bagi membantu

bakal guru mengaplikasikan elemen inovasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (Zaini Ujang, 2010).

PTV sedang melalui fasa transformasi dimana taraf sekolah vokasional dinaik

taraf menjadi kolej vokasional (KV). Matlamat utama transformasi ini adalah untuk

melahirkan sumber manusia atau modal insan yang memiliki kebolehpasaran yang

tinggi. Transformasi ini menunjukkan bahawa kerajaan menyedari tentang keperluan

pekerjaan pada masa kini memerlukan seseorang yang berkemahiran tinggi, kreatif

dan berinovatif (Ghani Nasir,2010).

Bertitik tolak dari situasi ini, kerajaan perlu melahirkan pendidik yang

mempunyai ciri-ciri inovasi seperti kemahiran berkomunikasi, berdaya saing,

mengurus masa, mengkaji, berfikiran terbuka, mengambil risiko dan lain-lain. Tahap

inovasi pendidik perlu tinggi untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai daya

inovasi yang tinggi (Frederick, 2005).

Dhanaphal (2010) melalui Laporan Jemaah Nazir Persekutuan mendapati

masih ramai guru yang tidak menerapkan elemen kemahiran berfikir secara inovatif

dalam pengajaran walaupun kemahiran ini telah lama diperkenalkan. Situasi ini

didapati menjejaskan usaha kerajaan yang mahukan sistem pendidikan melahirkan

pelajar kelas pertama, berminda kreatif dan pertumbuhan ekonomi negara berasaskan

kreativiti dan inovasi.

Justeru itu, kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti profil ciri-ciri inovasi

dalam kalangan pelajar bidang PTV.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk :

Page 26: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

26

i. Membangunkan instrumen ciri-ciri inovasi dalam kalangan

pelajar PTV.

ii. Menghasilkan profil ciri-ciri inovasi dalam kalangan pelajar

PTV.

iii. Mengenalpasti perbezaan kefungsian ciri-ciri inovasi mengikut jantina

bagi pelajar pendidikan PTV.

1.5 Persoalan Kajian

Selain mendapatkan maklumat penting mengenai tahap inovasi yang

diberikan keutamaan oleh pelajar pendidikan IPTA, kajian ini menjawab persoalan

berikut :

i. Membangunkan instrumen ciri-ciri inovasi dalam kalangan pelajar

PTV.

a. Apakah ciri inovasi dalam kalangan pelajar PTV?

b. Bagaimanakah kebolehpercayaan instrumen ciri inovasi

dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch?

c. Bagaimanakah keesahan instrumen ciri inovasi dengan

menggunakan Model Pengukuran Rasch?

ii. Menghasilkan profil ciri-ciri inovasi dalam kalangan pelajar PTV.

a. Apakah profil ciri-ciri inovasi pelajar PTV?

b. Apakah profil ciri-ciri inovasi pelajar PTV mengikut

jantina?

iii. Mengenalpasti perbezaan kefungsian ciri-ciri inovasi mengikut jantina

bagi pelajar pendidikan PTV.

a. Adakah terdapat perbezaan kefungsian item dalam instrumen

ciri inovasi?

Page 27: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

27

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberikan impak yang signifikan seperti berikut:-

1.6.1 Guru

Kajian yang dijalankan diharap dapat mengkaji ciri inovasi yang perlu ada pada

setiap guru dalam kalangan pendidikan teknikal dan vokasional. Oleh itu, ciri yang

dikaji ini penting untuk mengetahui tahap inovasi para graduan pendidikan pada masa

kini dan kekurangan yang diperolehi boleh diperbaiki pada masa akan datang. Ia juga

membantu mereka untuk meningkatkan sikap inovasi dalam diri mereka menjadi

pendidik yang berinovasi tinggi. Selain itu, ciri inovasi yang dikaji ini juga penting

dalam pembinaan profil ciri-ciri inovasi dalam diri pelajar yang mampu menjadikan

mereka seorang pendidik yang berinovatif.

1.6.2 Institut Pengajian Tinggi

Hasil kajian membantu IPT mengenal pasti kualiti inovasi dalam kalangan

pelajar. Hasil kajian juga dapat membantu dalam usaha mereka bentuk dan

menghasilkan program pengajian yang berupaya menerapkan elemen inovasi dalam

kalangan graduan terutama graduan dalam bidang PTV.

1.6.3 Sekolah

Page 28: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

28

Sekolah menjadi lebih cemerlang jika mempunyai guru yang berinovatif.

Mereka berupaya melaksanakan transformasi dalam pendidikan dengan percubaan

idea-idea baru melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan

berinovatif. Mereka juga berupaya menjadi pendidik yang disegani dan mampu

melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya maju.

1.7 Skop Kajian

Penyelidik tidak dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan

masalah kajian kerana keputusannya mungkin tidak dapat memberi penyelesaian

kepada semua masalah yang berkaitan itu (Najib, 1998). Oleh itu, pengkaji telah

mengadakan batasan kajian bagi memastikan kajian tidak terkeluar daripada skop

kajian. Kajian ini hanya mengkaji ciri inovasi pelajar yang melibatkan lima konstruk

yang diambil kira dalam bidang PTV iaitu ciri kepimpinan, kreatif, tenaga, efikasi diri

dan risiko. Kajian ini dijalankan keatas pelajar tahun 2,3 dan 4 dalam jurusan

pendidikan PTV sahaja.

1.8 Definasi istilah Berikut merupakan definisi operasi bagi istilah yang digunakan dalam kajian

ini.

1.8.1 Inovasi

Inovasi menurut Sufean (2001) adalah proses pembaharuan, modifikasi atau

membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan

memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi

pasaran tertentu. Dalam konteks kajian ini inovasi adalah merupakan suatu

Page 29: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

29

pembaharuan kreatif yang digunakan oleh seseorang guru untuk memastikan hasil

pembelajaran tercapai (Lailinanita, 2008).

1.8.2 Kepimpinan

Joseph C. Rost (1993) mendefinisikan kepimpinan bermaksud sebuah

hubungan yang saling mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut yang

menginginkan perubahan yang nyata dalam mencapai tujuan bersama. Kepimpinan

melihatkan hubungan pengaruh yang mendalam yang terjadi di antara orang-orang

yang menginginkan perubahan signifikan dan perubahan tersebut mencerminkan

tujuan yang dimiliki bersama oleh pemimpin dan pengikut sehingga sesuatu yang

pasif tetapi merupakan suatu hubungan timbale balik dan tanpa paksaan.

1.8.3 Kreatif

Kreatif bermaksud kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu yang baru dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi

yang melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan

menarik, keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal

terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian serta keupayaan

berfikir secara praktikal yang dapat menterjermahkan idea dan teori kepada bentuk

aplikasi (Jabatan Perdana Menteri, 2009).

Menurut Boon dan Ragbir (1998), elemen kreatif melibatkan keupayaan

berfikir yang dapat melahirkan idea yang baru, unik dan menarik. Ia juga melibatkan

keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap

ideadan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian dan ia juga melibatkan

keupayaan berfikir secara praktikal yang mampu menterjemahkan idea dan teori

kepada bentuk aplikasi. Dalam konteks kajian ini, kreatif adalah dimana keupayaan

pelajar dalam mengolah pengajaran dan pembelajaran serta cara dan kebiasaan diri

dalam mengembangkan daya kreativiti mereka sendiri.

Page 30: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

30

1.8.4 Keupayaan Diri

Keupayaan kendiri menurut Rogers (1950) ialah suatu gambaran persepsi

kendiri yang tersusun yang boleh dibawa ke peringkat sedar termasuk persepsi

seseorang tentang kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan

orang lain dan persekitarannya. Selain itu, Perlmutter & Friedman (1988)

mendefinisikan keupayaan kendiri sebagai perasaan individu tentang identitinya

sebagai individu bermula daripada bayi yang mula mengenal bahagian-bahagian

badannya selepas itu, keupayaan diri antara satu hingga dua tahun yang mula

mengenali dirinya yang berbeza daripada orang lain. Dalam konteks kajian ini,

keupayaan diri adalah dimana daya usaha mereka untuk berusaha untuk mencapai

matlamat mereka. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah daya usaha

pelajar untuk menjadi seorang yang berinovasi.

1.8.5 Risiko

Risiko merupakan suatu ketidakpastian yang dapat menimbulkan kerugian.

atau kemungkinan kejadian atau keadaan yang dapat mengancam pencapaian, tujuan

dan sasaran individu serta organisasi (Nor Fahimah, 2011). Menurut Elliott dan

Vaughan (1972) menyatakan risiko bermaksud sebarang kemungkinan yang tidak

menyenangkan berlaku terhadap sesuatu aktiviti. Dalam kajian ini, risiko merupakan

salah satu ciri inovasi untuk mengenalpasti sejauhmana ciri inovasi risiko yang

diamalkan oleh pelajar. Keberanian untuk menghadapi risiko keatas keputusan yang

dibuat adalah penting untuk mematangkan diri dan dengan segala risiko yang

berlaku, pelajar akan belajar melalui kesilapan dan terus maju kehadapan.

1.8.6 Model Pengukuran Rasch

Page 31: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

31

Model Pengukuran Rasch merupakan satu model pengukuran yang

dihasilkan melalui pertimbangan kebolehan atau kemampuan setiap responden yang

menjawab soal selidik, ujian atau instrumen dan kesukaran item bagi setiap item

(Azrilah, 2011). Model Pengukuran Rasch juga merupakan model yang

membolehkan sesuatu pengukuran dilakukan dalam satu skala garis lurus daripada

hasil pemerhatian sesuatu kejadian seperti kadaran likert dalam soal selidik, penilaian

kualiti kehidupan dan sebagainya.

Bond dan Fox (2007) juga menyatakan bahawa Model Pengukuran Rasch

juga mampu menjawab beberapa persoalan yang diragui dalam kajian iaitu

pengukuran yang dibuat dalam kajian sama ada data respon yang diterima adalah sah

atau tidak. Oleh itu, kesahihan instrumen pengukuran yang digunakan dalam kajian

dapat dibuktikan dengan menggunakan teori Rasch. Dalam kajian ini, Skala

pengukuran Rasch digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan dan keesahan

instrumen yang digunakan.

1.9 Penutup

Secara keseluruhannya dalam bab ini, penyelidik telah menyatakan latar

belakang masalah dan menyatakan masalah secara global seterusnya menjurus

kepada permasalahan yang ingin dikaji. Dalam menyatakan tujuan dan matlamat

kajian, pengkaji telah mengariskan objektif kajian kerana tanpa objektif kajian yang

jelas, kajian yang dijalankan akan tersasar. Pengkaji juga telah menyatakan

kepentingan-kepentingan kajian bagi membolehkan kajian ini diguna pakai oleh

pihak yang terlibat.

Pengkaji juga telah menyatakan skop kajian supaya penyelidikan yang

dijalankan dapat membataskan kajian kerana tidak mungkin pengkaji dapat

mencakupi segala perkara. Pengkaji juga telah menyatakan terminologi mengikut

pandangan pakar dan pandangan pengkaji sendiri. Justeru itu diharap dalam bab ini

ianya dapat merumuskan segala pokok persoalan kajian yang ingin dikaji dan

Page 32: 1 CIRI-CIRI INOVASI PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIK · PDF filekerana nilai min kuasa dua infit berada dalam julat 1.23 hingga 0.71. Instrumen ciri- ... 3.2 Kebolehpercayaan dan Indeks Pengasingan

32

seterusnya dapat menjawab persoalan-persoalan kajian yang diutarakan oleh

pengkaji.