note

Download Note

If you can't read please download the document

Upload: nizam-saiful-tauami

Post on 04-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Catatan Dhuha Ada orang bertanya, kenapa mereka tinggi mendapat tarbiah tetapi gugur dalam perjuangan. Jawapannya. 1. Kalau yang tinggi tarbiah pun gugur dalam perjuangan, apatah lagi yang tidak ada tarbiah. 2. Mungkin dia hanya cakap tentang tarbiah, tetapi dia tidak melaksanakan tuntutan tarbiah. 3. Sama seperti orang yang mendirikan solat tetapi masih lagi melakukan maksiat. Apakah kita hendak salahkan solat?. 4. Gejala gugur dalam perjuangan tidak kira siapa mereka. Ulamakah, profesionalkah,koperatkah, orang biasakah. Semuanya itu menuntut kepada kita untuk awasi bisikan syaitan untuk menarik kita keluar daripada perjuangan. Masing-masing boleh muhasabah diri sendiri adakah kita benar-benar berjaya mentarbiah diri. Penilaian diri lebih berkesan, adakah kita merasa berdosa apabila kita bercakap tetapi kita tidak melaksanakan. Ust Hj Idris Hj Ahmad. 9 Zulhijjah -------------------------------------------------------------------------------Makna Kaedah : Al-Itsar adalah mendahulukan kepentingan orang lain atas kepentingan diri sendiri . Kaedah ini menunjukkan dengan jelas bahawa sikap mendahulukan orang lain dalam urusan ibadah yg mendapat pahala disisi Allah hukumnya adalah makruh . Alasannya, tujuan ibadah adalah untuk mengagungkan Allah . Maka barangsiapa yg mendahulukan orang lain ,bererti meninggalkan pengagungannya kepada Allah. Sedangkan mendahulukan orang lain dalam urusan duniawi hukumnya boleh dan sunnah. Allah berfirman : "dan mereka mengutamakan(orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri" (al-Hasyr:9) Dalam tafsir ini disebutkan , mereka ( orang-orang Ansar) mendahulukan orang-orang Muhajirin atas diri mereka sendiri dalam segala sesuatu yg berkenaaan dengan kehidupan/material. Al-Itsar adalah mendahulukan orang lain dalam urusan dunia demi mendapatkan kebahagiaan akhirat, walaupun sebenarnya diri sendiri sedang memerlukan dan berada dalam keadaan fakir. Ayat tersebut dengan jelas menunjukkan perilaku mendahulukan orang lain dalam urusan duniawi. Imam Assuyuti menukil perkataan Al-Qarafi , "Barangsiapa yang menemui masuknya waktu solat dan memiliki air yang mencukupinya sahaja untuk bersuci, namun ada orang lain yang juga memerlukannnya untuk bersuci, maka dia tidak boleh mendahulukan orang lain. Jika orang yang dalam keadaan terpaksa mendahulukan orang lain dalam makanan untuk menjaga nyawanya , maka boleh baginya walaupun dia khawatir kehilangan nyawanya sendiri. Perbezaannya adalah hak bersuci adalah untuk Allah, maka disini tidak boleh mendahulukan orang lain , sedangkan dalam hak sendiri , maka disini boleh mendahulukan orang lain. CABANG DAN APLIKASI KAEDAH : Diantaranya adalah apa yg dikatakan oleh As-Syeikh Izzuddin Bin Abdus-Salam: "Tidak ada Itsar dalam dalam ibadah-ibadah, maka tidak ada Itsar dalam air untuk bersuci, menutup aurat dan saf pertama dalam solat, kerana tujuan dalam ibadah adalah pengagungan kepada Allah. Barangsiapa yang telah melakukan Al-Itsar jenis ini maka dia telah meninggalkan pengagungan kepada Allah. ----------------------------------------------------------Antara ciri keikhlasan yang berada pada tahap yang lebih tinggi adalah sudah tidak merasai perbezaan perasaan apabila dipuji atau dikeji oleh manusia lain. Al-Imam Al-Ghazali r.t. mencatatkan dalam kitab Ayyuhal Walad (Wahai Anakku) hakikat ikhlas, seperti berikut: Wahai anakku yang tercinta, Dan engkau juga bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Ta'ala dan hati engkau tidak berasa senang dengan pujian manusia dan juga engkau tidak peduli dengan kecaman mereka. Terjemahan kitab Ayyuhal Walad oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah. Menurut Imam Ghazali, 'IKHLAS' itu ada 3 tahap iaitu: i. Tahap hamba - Kita buat sesuatu kerana kita takut Allah marah ii. Tahap pedagang - Kita buat sesuatu kerana pahala iii. Tahap kekasih - Kita buat atas dasar seorang kekasih kerana kita cintakan AllahAntara tahap-tahap di atas, tahap kekasih adalah tahap yang paling tinggi antara semua sebab kita sayangkan hubungan kita dengan Allah.Jadi, di tahap manakah keikhlasan kita dalam menunaikan perintah Allah? Jawapannya terletak di atas pilihan kita sendiri kerana setiap tahap itu ada kesannya yg tersendiri terhadap diri kita Sekiranya kita memilih: i. Tahap hamba - Kita akan berasa penat dlm melakukan ibadah ii. Tahap pedagang - Kita akan berasa ibadah yg kita lakukan itu sudah mencukupi, walhalibadah-ibadah sunnah yg lain perlu istiqamah iii. Tahap kekasih - Kita tidak akan berasa penat dan jemu untuk mendekatkan diri kpd Allah kerana perasan cinta kita kepada Allah sgt mendalam. Tahap ini boleh dikaitkan dgn kemanisan iman-----------------------------------------------Kewajiban saudara petugas jemaah: 1. Sentiasa mentajdid taubat dan istighfar dari dosa-dosa. 2. Jadikan saat sebelum tidur kamu berfikir apakah kebaikan dan kejahatan yang telah kamu lakukan. 3. Kamu kena jaga waktu masa hidupmu.. jangan bazirkan kepada perkara yang tak berfaedah.. 4. Kamu kena sentiasa menjauhkan diri dari perkara syubhah agar tak terjerumus kepada yang haram.imam hasan albanna---------------------------------------Usul isyrin | Prinsip Kelima " Pendapat Imam ( ketua ) dan timbalannya dalam masaalah yang tiada nas dan masaalah yang boleh diertikan dengan pelbagai pengertian juga masaalah yang berhubung dengan maslahat umum , boleh diterima selama mana ia tidak bertentangan dengan kaedah syara' . Sementara pendapat itu kadangkala berubah mengikut keadaan , persekitaran dan adat . Asas ibadat ialah pengabdian diri kepada Allah tanpa menoleh kepada pengertiannya , sementara asas adat ialah melihat kepada rahsia , hikmah dan tujuannya . ULASAN . Imam ( selaku ketua negara yang dilantik oleh Jamaah Muslimin ) dan timbalannya memiliki authority untuk berijtihad terhadap : 1. Masaalah yang tiada nas padanya . ( ) ( Masaalah yang telah sabit nas melalui Al quran atau Sunnah tiada ruang untuk ijtihad . ) Pengertian nas mengikut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah :[1] " Lafaz Al Kitab ( Al quran ) dan As Sunnah ( Al hadis ) samaada lafaz dalilnya qate'i ( putus ) atau dhohir . " 2. Masaalah yang boleh diertikan dengan pelbagai pengertian . ( ) ( Masaalah yang kedapatan padanya dalil - dalil dan Imam berhak memilih kepelbagaian itu . ) Seperti hukuman yang melibatkan tawanan perang .[2] i - Bebas ( ) ii - Tebus ( ) - dengan harta - dengan tawanan muslimin - pengajian ( mengajar orang Islam ) iii - Bunuh ( ) iv - Menjadikan hamba ( ) 3 . Masaalah yang berhubung dengan maslahah umum . ( ) Maslahah bermaksud sesuatu yang mendatangkan manafaat dan menolak kejahatan . Sementara syarat menerima pakai Maslahah Mursalah ini ialah[3] : i ( ) Yang benar - benar mendatangkan maslahat , tiada ragu padanya . ii ( ) Demi kepentingan umum bukan kepentingan peribadi atau golongan tertentu . iii ( ) Tidak bercanggah dengan hukum yang sabit Nas atau Ijma' Ummat haruslah mematuhi dan mentaati ijtihad Imam kerana ia adalah satu peruntukan yang sah disisi syara' selama mana ijtihad itu menepati syarat dan kaedah syara' . ( Dalam konteks Jamaah , keputusan syura mestilah dipatuhi dan ditaati . ) Ketaatan terbatal apabila Imam terkeluar dari garis - garis ijtihad yang diperuntukkan atau nyata ianya bertentangan dengan syara' . Rasulullah saw bersabda : " Tiada ketaatan bagi makhluk dalam perkara yang memaksiatkan Khaliq ( Allah ) " ( Adalah menjadi jenayah yang besar apabila menggunakan maslahah mursalah untuk mengizinkan percambahan maksiat di muka bumi sebagaimana keizinan yang diberikan kepada megastar Michel Jackson , Scorpion , Inul Daratista dan lain-lain ke negara Malaysia . ) Melalui usul ini jua , ditegaskan bahawa asas ibadah ialah taabud (pengabdian) diri kepada Allah . Penegasan ini berfungsi untuk menghadapi golongan a'qlaniyyah yang beribadat berasaskan logik atau munasabahnya ibadat itu dilakukan tanpa mengambil kira arahan Ilahi yang Maha Mengetahui. Sebagai seorang muslim , tugas ibadat dijunjung dengan penuh taabud tanpa mengambil kira penilaian aqal logik atau tidak . Justeru itu muslim harus menyedari bahawa setiap arahan dan perletakkan syariat Islami yang di perwajibkan mempunyai hikmat dan kebaikkan samaada ia dhohir atau tersembunyi . Firman Allah swt : " Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untuk mu dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk buat mu ." ( Al Baqarah 216) ---------------------------------AllahuAkbar ! Lajak subuh lagi..!! Begitulah dialog seharian sebahagian pejuang Islam.. haha Tidurnya lena , Mimpinya mimpi ummah , Subuhnya, SUBUH GAJAH. Mungkin biasa kita membaca buku Aafaat A'lat-Thoriq(wabak sepanjang jalan) karangan Dr sayid Muhammad Nuh mengenai peyakit-penyakit yang melanda ahli-ahli jamaah. Tetapi ! penyakit As-Subhul Fiill( subuh gajah) ini x de pon dalam kitab tu.. Tapi penyakit inilah menjadi kurap yang merosakkan amal tarbawi kita seharian.Mungkin posting ini berbentuk humor, tetapi ianya menjadi hakikat kepada sebahagian mereka yang berkecimpung aktif dalam jamaah . "Tidur lewat la sheikh.., ade usrah... malam tadi mesyuarat..buat kertas kerja... study bahan usrah...bla bla bla.." Penyakit ini boleh diatasi dengan ikhwah dan akhowat semua : 1) Tidur awal . 2) Qailulah sebelum zohor 3) Tidur berdekatan dengan sahabat yang biasa bangun awal (tidur ramai-ramai ngan ahli usrah pun terbaik) 4) kunci jam , pasang 3 penjuru alarm.. 5) jauhi makan sebelum tidur, ambil sekurang-kurangnya 2 gelas air sebelum tidur 6) Membuat temujanji atau sesuatu program di awal pagi ,contohnya qiam jamaie, usrah lepas subuh dsb. 7) mintak sahabat-sahabat call bila nak masuk waktu subuh 8) Muhasabah diri kita mungkin kita masih menganggap solat subuh lewat adlah perkara remeh. 9) Baca Istighfar, 3 qul, ayat kursi sebelum tidur. 10) Tidur di masjid 11) Berdoa kepada Allah agar mudah bangun awal.--------------------------------------Kami mempercayai gagasan Jiwa Sufi ,Jasad Jundi & Fikrah Haraki dlam pembinaan kader-kader dakwah dan amilin yg berilmu pengetahuan dan bersemangat dlam melaksanakan tugasan dipandu pula oleh jiwa yg rabbani. " " -Kuda Perang yg tangkas (pejuang) di siang hari dan menjadi Rahib( abid) di malam hari.. AllahuAkbar !-------------------------------------------------------------------- Dakwah kepada kaum muslimah yang paling asas bukanlah pakai tudung atau tutup aurat tetapi betulkan aqidah dan cara fikir serta cara beragama terlebih dahulu. Para pendakwah, geng niqabis, pemakai tudung labuh dan muslimah ahli bulatan gembira yang sudah faham Islam dan mahu berdakwah kena ajar itu dulu kepada muslimah yang lain agar mereka tahu kenapa perlu bertudung dan menutup aurat, bagaimana caranya yang betul dan bagaimana seharusnya kaum wanita itu hidup sebagai seorang muslimah, bukan setakat "letak" kain atas kepala atau "tampal" secebis kain nipis di muka. #cp from anok buoh ayoh chik. Ana sngat setuju dgn kenyataan di atas. hari ini ramai sngat yg memperjuangkan tutup aurat. Ye memang ini tuntutan, kalau kita fahami fiqh aulawiyat, {yg mana lagi utama} maka sudah tentu kefahaman aqidah yg paling utama. Bila memahami apa itu aqidah, Apa erti aku menganut islam? maka dgn sendiri akan buat tuntutan aurat, bahkan bukan aurat saja , semua yg lain akan dilaksanakan. maksud penulisan di atas bukan makna berhenti menyuruh org tutup aurat, tetapi Melihat kpd budaya dakwah kpd muslimat yg hnya menekankan soal aurat dan meninggalkan bab aqidah yg jauh lebih utama dan perlu diambil peduli sngat. ulasan~ Admin