nota

49

Upload: mia-shera

Post on 28-Nov-2015

111 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota
Page 2: Nota
Page 3: Nota
Page 4: Nota

“HIKAYAT ANGGUN CIK TUNGGAL”

(DIUBAHSUAIKAN OLEH HIZAIRI OTHMAN)

Kapal milik Raja Anggun Cik Tunggal bernama Dendang Panjang sedang berlabuh. Tiba-tiba

sebuah lancang kuning berlabuh betul-betul di hadapannya. Bujang Selamat bertanya kepada

pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara melulu. Si Kembang Cina yang berada dalam

lancang kuning dengan beraninya menerangkan hajat nakhodanya.

Raja Anggun Cik Tunggal yang tercabar dengan kelancangan Si Kembang Cina telah

mengisytiharkan perang terhadap kebiadaban nakhoda lancang kuning iaitu Nakhoda Ragam.

Berlakulah tembak menembak di antara Raja Anggun Cik Tunggal dengan Nakhoda Ragam

(Tuan Puteri). Dalam insiden itu, Tuan Puteri nyaris-nyaris terkorban akibat tembakan Raja

Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak usul periksa. Dalam keadaan yang terdesak itu, Tuan

Puteri menyalin pakaiannya dan menunjukkan identitinya yang sebenar iaitu Tuan Puteri

Gondan Ganariah iaitu tunangan Raja Anggun Cik Tunggal. Hal ini menyebabkan Raja Anggun

Cik Tunggal tekejut dan malu lalu lari ke biliknya sambil berselubung.

Tunangannya, Tuan Puteri Gondan Gandariah pun menyatakan rasa terkilannya atas tindakan

Raja Anggun Cik Tunggal tadi. Baginda merajuk dan berasa seperti dirinya telah dilupakan Raja

Anggun Cik Tunggal. Berlakulah pujuk-memujuk yang akhirnya melembutkan hati Tuan Puteri.

Tuan Puteri kemudiannya meminta kebenaran untuk belayar pulang. Setelah tiga hari tiga

malam, kapal Seludang Mayang berlabuh di pelabuhan negeri Tiku Benua lalu disambut

dengan bedilan meriam. Sesampai di istana, Tuan Puteri menyembah salam dan

menyampaikan perkhabaran kepada ayahandanya,Raja Laksamana tentang pertemuannya

dengan Raja Anggun Cik Tunggal.

Sikap terburu-buru dan tidak usul periksa yang membawa salah faham. Dalam hal ini, Raja

Anggun Cik Tunggal berperang dengan tunangnya, Tuan Puteri Gondan Ganariah kerana tidak

tahu kapal lancing kuning itu milik tunangnya.

1. Persoalan perasaan kasih sayang sesama manusia.

Tuan Puteri yang sanggup belayar untuk bertemu dengan tunangannya, Raja Anggun Cik Tunggal.

2. Persoalan keberanian menegakkan keadilan.

Tuan Puteri yang membalas serangan Raja Anggun Cik Tunggal.

Page 5: Nota

3. Persoalan keperluan memujuk setelah melakukan kesilapan dalam sesuatu tindakan.

Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Ganariah setelah menyedari kesilapannya yang menyerang lancang kuning milik tunangannya.

Watak UtamaRaja Anggun Cik Tunggal

Terburu-buru dalam tindakan kerana menyerang kapal Nakhoda Ragam tanpa soal siasat yang mendalam.

Pandai memujuk orang lain. Baginda memujuk tunangnya,Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati akibat insiden membedil yang hampir meragut nyawa.

Begitu sayang akan Tuan Puteri Gondan Ganariah.Tunangan kepada Tuan Puteri Gondan Ganariah.

Watak Sampingan

Tuan Puteri Gondan GandariahNakhoda lancang kuning yang dibedil. Menggunakan beberapa nama lain seperti Tuan Puteri Nakhoda Ragam. Berani kerana sanggup bertembak-tembakan dengan Raja Anggun Cik Tunggal dan

hampir terkorban. Puteri kepada Raja Laksamana Baginda merupakan tunangan kepada Raja Anggun Cik Tunggal. Bijak menggunakan senjata walaupun seorang wanita, buktinya dia melepaskan

tembakan yang hampir mengenai Raja Anggun Cik Tunggal. Seorang yang mudah jauh hati atau merajuk.Bersifat lembut hati dan mudah dipujuk walaupun telah melalui insiden yang berbahaya.

Raja Laksamana

Ayahanda kepada Tuan Puteri Gondan Gandariah.

Pemerintah negeri Tiku Benua.

Si Kembang Cina

Orang suruhan dalam kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah.

Yakin, buktinya menjawab tujuan lancing kuning milik nakhodanya dengan berani kepada Bujang Selamat.

Latar TempatDi atas kapal Dendang Panjang.

Di sini Raja Anggun Cik Tunggal bergurau dengan Tuan Puteri Intan Dikarang. Di sini juga berlaku peristiwa tembak menembak yang membuta tuli dan hampir-hampir meragut nyawa Raja Anggun Cik Tunggal dan Tuan Puteri Gondan Gandariah.

Di atas kapal Seludang Mayang.

Kapal ini milik Tuan Puteri Gondan Gandariah. Di sini berlakunya peristiwa tembak menembak yang hampir mengorbankan Tuan Puteri Gondan Gandariah.

Di pelabuhan.

Di situlah kapal Dendang Panjang dan Seludang Mayang berlabuh secara bertentangan.

Page 6: Nota

Negeri Tiku Benua.

Merupakan negeri asal Tuan Puteri Gondan Gandariah. Rajanya bernama Raja Laksamana. Lancang kuning Seludang Mayang belayar menuju ke negeri ini selepas Tuan Puteri Gondan Gandariah berjaya dipujuk oleh Raja Anggun Cik Tunggal.

Negeri Bandan.

Negeri ini merupakan tempat yang ingin ditujui oleh kapal Seludang Mayang milik Tuan Puteri Gondan Gandariah.

Latar MasaTiga hari tiga malam.

Tempoh masa ini diambil oleh Seludang Mayang untuk belayar balik ke negeri Tiku Benua.

Latar MasyarakatLatar masyarakatnya mementingkan budi bahasa.

Sebagai contoh, Bujang Selamat bertanyakan pemilik lancang kuning mengapa berlabuh secara bertentangan dengan kapal Dendang Panjang.

Latar masyarakat yang memiliki keberanian.

Si Kembang Cina berani menjawab panggilan Bujang Selamat walaupun dia seorang wanita.

Latar masyarakatnya yang terlalu mudah dicabar.

Raja Anggun Cik Tunggal mudah tercabar apabila Si Kembang Cina sambil bercekak pinggang berani menjawab pertanyaan Bujang Selamat.

Latar masyarakatnya yang pandai memujuk.

Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah yang jauh hati selepas kejadian tembak-menembak. Baginda berupaya meyakinkan Tuan Puteri Agar tidak meragukan kasih sayangnya.

Latar masyarakatnya yang kurang usul periksa.

Hal ini ditunjukkan oleh sikap Raja Anggun Cik Tunggal yang terus saja menyerang Seludang Mayang dengan tidak usul periksa apakah niat dan tujuannya berlabuh di hadapan Dendang Panjang miliknya.

Latar masyarakat yang tidak mahu beralah.

Hal ini berlaku kepada Raja Anggun Cik Tunggal yang langsung tidak mahu beralah dalam peristiwa tembak-menembak walaupun dengan tunangannya sendiri.

1. Bahasa istana

Patik, murka, peraduannya, beta

2. Simile

Bagai ikan di luar belat

3. Peribahasa

Rendah diri

4. Bahasa Arab

Allah, Insya-Allah

Page 7: Nota

5. Kata ganda

Panji-panji, berbalas-balas

6. Inversi

Gembiranya hati Tuan Puteri

1. Nilai kasih sayang

Sebagai contoh Raja Anggun Cik Tunggal memujuk Tuan Puteri Gondan Gandariah kerana baginda sayangkan tunangnya itu walaupun berlaku salah faham dan tembak-menembak sebelum itu.

2. Nilai kepatuhan

Bujang Selamat patuh pada arahan Raja Anggun Cik Tunggal supaya memeriksa kapal yang berlabuh di hadapan kapal mereka.

3. Nilai berani

Hal ini ditunjukkan oleh Si Kembang Cina yang sambil bercekak pinggang membalas pertanyaan Bujang Selamat yang dianggapnya mencabar.

4. NIlai ketabahan

Contoh, Tuan Puteri Gondan Gandariah tetap tabah berhadapan dengan Raja Anggun Cik Tunggal walaupun nyaris terkorban.

1. Kita hendaklah memeriksa sesuatu perkara dengan teliti sebelum mengambil tindakan.2. Kita hendaklah banyak bersabar.3. Kita mestilah patuh kepada perintah ketua.4. Kita perlulah meningkatkan budi bahasa dalam komunikasi supaya tidak menimbulkan salah

faham.

5. Kita hendaklah menyedari kesilapan dengan memohon maaf.

Hikayat Opu Daeng Menambun

Sinopsis : 

Mengisahkan salasilah keluarga raja-raja Kalimantan. Kisah bermula dengan Sang Raja

Majapahit mempunyai anak bernama Brawijaya. Brawijaya apabila dewasa menjadi raja di

negeri Sukudana. Daripada keturunannya lahirlah Raja Baporang yang telah melahirkan

Pangeran Karang Tanjung. Pangeran Karang Tanjung pula mempunyai seorang anak bernama

Panembahan Bendala. Panembahan Bendala beranakkan Panembahan Sukudana.  Cerita

diakhiri dengan kisah Pangeran Agung yang mempunyai ramai anak iaitu Ratu Melayu,Utin

Page 8: Nota

Radi, Pangeran Marta, Raden Segara, Gusti Aris,Pangeran Surya dan Tiak Ra’i, ibu kepada

Raden Ambong.

Tema : 

Cerita ini bertemakan salasilah keturunan Raja-raja Kalimantan

 Persoalan :

1.    Persoalan tentang kepentingan mengetahui asal-usul kekeluargaan.

2.    Persoalan perlunya mengenali jati diri sesebuah keluarga.

Watak dan Perwatakan : 

Watak Utama

Upu Daeng Menambun 

  Keturunan Sang Raja Majapahit.

  Raja BugisBerkahwin dengan anak Sultan Muhammad Zainuddin, Puteri Kesumba.

Memiliki 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.   

Ayahanda kepada:

o   Utin Damawan

o   Gusti Jamiral bergelar Panembahan Adi Jaya Kesuma

o   Gusti Jamadin bergelar di Sambas Pangeran Chakra

o   Utin Chandera Sari bergelar Ratu di Sempang

o   Gusti Jalazri bergelar Pangeran Mangku di Mampawah

o   Ratu Surya Kusuma

o   Gusti Jalma bergelar Gusti Panglima

o   Utin Chandramidi

o   Gusti Sina bergelar Pangeran Jaya Putera

o   Utin Tawang bergelar Utin Busu

Bapa mertua kepada raja Landak, Raja Bagus. (suami Utin Damawan) 

Bapa mertua kepada Sultan Sharif Abdul Rahman (suami Utin Chandramidi)

Bermenantukan Pangeran Ghafura, sepupu sultan Berunai (suami Utin

Tawang)

Page 9: Nota

Watak Sampingan

Sang Raja Majapahit 

Mengetuai salasilah keturunan Brawijaya hinggalah Pangeran Agung Martadipura 

Merupakan pemula keturunan Raja-raja Kalmantan

Brawijaya 

  Keturunan pertama kepada Sang Raja Majapahit 

Menjadi raja di Benua Lama, negeri Sukudana.

Beranakkan Raja Baporang

     

Raja Baporang 

Beranakkan Pangeran Karang Tanjung

Pangeran Karang Tanjung 

Beranakkan Panembahan Bendala

Panembahan Bendala 

Beranakkan Panembahan Sukudana

Panembahan Sukudana 

Beranakkan Panembahan Air Mala

Panembahan Air Mala 

Beranakkan Panembahan di Baroh

Panembahan di Baroh 

Beranakkan Panembahan Giri Kesuma

Page 10: Nota

Panembahan Giri Kesukma  

Beranakkan Sultan Muhammad Saifudin

  Bersaudarakan Ratu Surya Kesuma

Latar : 

Latar Tempat

        Negeri Pontianak

Tempat pemerintahan menantu Upu Daeng Menambun yang bernama Sultan Sharif Abdul

Rahman, suami kepada Utin Chandaramidi.

        Negeri Sambas

Tempat pemerintahan Sultan Muhammad Saiffuddin

        Negeri Mempawah

Tempat asal isteri Sultan Muhammad Zainuddin yang bernama Emas Inderawati

        Sukudana

Tempat Brawijaya menjadi raja dan meluaskan salasilah keturunan Sang Raja Majapahit.

Latar Masyarakat

    Masyarakat keturunan bangsawan

Salah silah keluarga Sang Raja Majapahit yang berketurunan bangsawan di Jawa dan Brunei.

    Masyarakat yang mementingkan darah keturunan

Keturunan Sang Raja Majapahit mengekalkan darah keturunan melalui perkahwinan dengan

golongan diraja.

Gaya Bahasa : 

1.    Bahasa Arab

Fatihah, Quran

2.    Kata ganda

laki-laki, mula-mula, pertama-tama

3.    Bahasa istana

dititahkan, baginda

Nilai : 

1.    Nilai jati diri

Keturunan Sang Raja Majapahit yang mementingkan jati diri dengan memastikan salah silah keturunannya kekal melalui perkahwinan.

Page 11: Nota

2.    Nilai pemeliharaan salasilah keluarga.

Pengajaran : 

1.      Kita hendaklah  berbangga dengan susur galur keluarga sendiri.

2.      Kita perlulah membina keturunan keluarga yang dirahmati Allah.

3.      Kita mestilah memelihara salasilah keluarga.

Raja Muda

Sinopsis :

Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah

Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan

dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk

mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung

Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat

istiadat.

            Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan

kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan Puteri

Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda

untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri  melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan

Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari

Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam bulan. Sebagai tanda

muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memberikan kandungannya itu

kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri  bersetuju lalu

baginda pun memakan sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan

kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke

dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah kejadian itu, mereka berdua saling

berjanji untuk tidak berjumpa selama beberapa tahun.

            Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari

Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun

menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun

Page 12: Nota

menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri  selamat melahirkan

seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah

pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik

Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena menyambut kelahiran

itu diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana Menteri membuat sebuah balai

pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam Berahi untuk dijadikan tempat mandi

puteri yang baru lahir itu dan membuat sebuah khemah di tengah Padang Biram

Kemala untuk dijadikan tempat bermain.

            Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri  semakin sihat tetapi bayinya tidak menangis,

tidak mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana tetapi keadaan

menjadi reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan bahawa keadaan

tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut.

            Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di

Tasik Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri

Kuntum Ratna Suri  dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai pancalogam

di tengah-tengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh upacara. Turut

diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri itu ke atas tanah dan

kemudiannya ke atas emas serta perak.

            Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis

permainan.  Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya bermain-

main di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan ‘Doh Besar’,

‘Lang-lang Aji Buntut’ dan ‘cekur-cekur Puyuh’. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri  turut

sama bermain permainan ‘Doh Besan’ kerana terlalu seronok.  Suasana sungguh

meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan dihentikan.  Keesokannya,

kenduri diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak

bala. Sultan muda bersama-sama pengiringnya berangkat kembali ke kota

keesokannya.

 Tema :

Page 13: Nota

Cerita ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman hidup Raja Muda atau

Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti ditinggalkan isteri,

bernikah lain dan meraikan kelahiran puterinya.

Persoalan :

1.    Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah keluarga.Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan.

2.    Persoalan Pernikahan yang tidak direlakan.

Pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sebenarnya tidak direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba.

3.  Persoalan semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kesukaran.

4.    Persoalan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.

Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri  selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

5.    Persoalan kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi.

6.    Persoalan Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam sesebuah

keluarga.

Watak dan Perwatakan : 

Watak Utama

Raja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti)  

Berkahwin dua.

Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna

Suri.

Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan. 

Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran

puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk

bersiram di Tasik Mendam Berahi. 

Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan

kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya. 

Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh baginda

telah mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.

Page 14: Nota

Watak Sampingan

Tuan Puteri Bidadari Segerba 

Berasal dari kayangan.

Anak kepada Maharaja Indera Dewa. 

Merupakan isteri kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai

contoh, dia pergi menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri

dan bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.  

Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya

berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan.

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri 

Anakanda kepada Sultan Sedar  Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang. 

Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda.  

Isteri kedua Sultan Muda.

Seorang yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun

bermain bersama-sama dalam permainan ‘Doh Besar’. 

Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima

kandungan dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam

perutnya.

Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan 

Anak perempuan kepada pasangan Sultan Muda  dan Tuan Puteri Kuntum

Ratna Suri.  Sewaktu berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba

berusia enam purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan

perut ibunya, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. 

Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan istana.  

Namanya itu diberikan oleh nendanya.

Page 15: Nota

Gaya Bahasa : 

1.    Kata gandaBersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium

2.    PersonifikasiSerai beranak di atas dapur.

3.    Bahasa istanaBersemayam, bersantap

4.    InversiTidak sedap rasa hatiSudah kakanda berperi

5.    SimileBetapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas

6.    Bahasa klasikGahara, leta

7.    Bahasa ArabMengkamatkan, kiblat

Latar :            Latar  Masa

  Pada waktu malam Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam Berahi.

  Pada hari Selasa waktu tengah hari. Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan.

  Pada waktu pagi. Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana Raja Muda menghilangkan diri.Latar Tempat

  Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

  Di kayangan. Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba.

  Di rumah Nenek Kebayan.  Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi bernikah.

  Tasik Mendam Berahi. Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir.

  Padang Biram Kemala.Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu Raja Muda.  Padang ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain ‘Doh Besan’, anak-anak pembesar bermain ‘Lang-lang Aji Buntut”.

Page 16: Nota

Latar Masyarakat  Latar masyarakat zaman feudal

Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah raja. Buktinya, Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala.

  Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara.Raja Muda menjalankan upacara ‘memijak tanah’ untuk puterinya.  Latar masyarakat yang berbudi bahasa  Latar masyarakat yang amanah kepada tugas

Perdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12 tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan Puteri Renik Jintan.

  Latar masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lainTuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba

  Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur IslamRaja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut kelahiran puteri baginda.  

 Nilai :           

1.    Nilai kasih sayangRaja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu.

2.    Nilai redha kepada takdirTuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari

3.    Nilai saling menghormatiKedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.

Pengajaran : 

1.    Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.

2.    Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan.

3.    Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain.

4.    Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.5.    Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.

Page 17: Nota

CERPENANAK PENGGUNTING RAMBUT

( NOR HIDAYAH ASARI)

SINOPSIS

Cerpen “Anak Penggunting Rambut” mengisahkan seorang ayah yang mempunyai

seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak

yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan,

Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa

Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam.

Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut

walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut

Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal

dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah

diterima menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut

setelah pulang dari ladang.

Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan

pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan

menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak

pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa.

Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan

hidupnya sejak kali pertama belajar menggunting rambut.

Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah

membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak

itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis

berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah

menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting.

Page 18: Nota

Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga

anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis.

Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen

untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan

dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu

Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut

tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli

keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak

mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil

wang upah gunting tanpa kebenarannya.

Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa

pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau

tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas

lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk

menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.

Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun

dicemburui oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan

meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej

Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh

warden asramanya.

Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur.

Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis

cuma menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke

kampung.

Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan

Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan

Page 19: Nota

menghidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila

mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya.

Kepala Manis kini sudah separuh botak.

Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa

bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas

terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada,

ayahnya, masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat

bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.

 TEMA

Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting

menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting

rambut hingga ke akhir hayat anaknya.

 PERSOALAN1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan.

Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.

2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.

Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.

3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang.

Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.

4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup.

Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.

Page 20: Nota

PLOT

PermulaanPengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang

gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai

tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di

Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut

pendek.

PerkembanganManis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun

diketawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu

bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk

mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan

ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat

universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya

sahaja.

Klimaks

Manis disahkan menghidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup

selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hatinya apabila menerima perkhabaran

itu

Peleraian

Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah

menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut

Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

Teknik PenceritaanCerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

Page 21: Nota

1. Dialog

Contoh: “Mengapa abah teruskan juga menjadi pengunting rambut bila dah sampai ke sini?”

2. Imbas kembali

Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.

3. Monolog Dalaman

Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu.

WATAK DAN PERWATAKAN

Ayah  Sudah berusia lewat 60-an.  Seorang bapa tunggal.  Rajin bekerja untuk menyara keluarganya.  Tabah menjalankan tugasnya sebagai tukang gunting.  Memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut.  Hidup menduda setelah kematian isteri.

Manisah (Manis)  Memiliki raut wajah yang comel.  Berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko.  Berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran.  Rajin membantu orang lain.  Gemar berambut pendek.

 LATAR

Masa   Petang – Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian

Manis.

  Subuh – waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

Page 22: Nota

  Waktu siang – waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi ke

sekolah.

Tempat

  Kampung Batu 25, Bagan Datoh – kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah

rancangan FELDA.

  Tanah rancangan FELDA – tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang

lebih baik.

  Tadika – Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul

kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut.

  Asrama – Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.

  Hospital – tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

Masyarakat

  Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup.

Contoh: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian

isterinya.

  Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan.

Contoh: Ayah menjadi peneroka dan meninggalkan kampung halamannya.

  Masyarakat yang berani mempertahankan risiko.

Contoh: Ayah mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik orang kampung.

  Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah

Contoh: Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.

 GAYA BAHASA

1. Sinkope

Page 23: Nota

Contoh: Kau degil tetapi cepat menangis.

2. Kata Ganda

Contoh: Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal,

3. Simile

Contoh: Seperti Busut Hitam

4. Personifikasi

Contoh: Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri

NILAI

1. Nilai keberanian.Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.

2. Nilai berdikari Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian isterinya.

3. Nilai semangat bermasyarakatContoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.

4. Nilai kasih sayang Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak dari kecil hingga dewasa.

5. Nilai kerajinanContoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

PENGAJARAN

Page 24: Nota

1.    Kita hendaklah menerima ketentuan Allah Ayah menerima ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa

anaknya Manisah lebih awal.

2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna.Ayah mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.

3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Orang kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.

4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan

keluarganya.

 LATIHAN

1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah?“ Bagaimanapun ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih sayangkan Manis. Subuh itu Manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaanku.”

2. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah? “Abah hanya mahu merindumu, Manis.”

3. Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di atas?“Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda, orang kampung panggil abah Mat Gunting. Abah saya cukup terkenal di kampung Batu 25, Bagan Datoh.”

Jawapan1. Kita haruslah menerima takdir Ilahi.2. Gaya bahasa sinkope, contoh merindumu.

3. Tukang gunting rambut, nama gelaran Mat Gunting, Pernah tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, dan terkenal di Kampung Batu 25.

CAPA RENGAT

(BAHARUDDIN KAHAR)

SINOPSIS

Cerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di

kampung ibunya.  Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik

Kinto,  ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak

Page 25: Nota

burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku”

seperti belangkas.

            Pada sebelah petangnya, “Aku” tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik

Kinto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih

lama di kampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung.

Ketika lalu di sebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain di 

bahagian tepi paya.

            Seorang budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama

mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada

permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok

“Aku”. Akhir sekali, “Aku” diajak bermain  rumah katak. Setiap kali rumah katak “Aku”

siap dibina, Su akan memecahkannya.

            “Aku” cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”.

Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang  dan melompat hingga ke seberang paya.

Tanpa diduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa

Rengat  atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan

apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.

            Tiba-tiba, ketika “Aku” dan Su asyik membina  jalan menuju pintu masuk kota

buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su.  Su terpaksa

pulang ke rumah dengan segera.  “Aku” mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri

yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu

ialah adik tirinya.

            Pada sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat

diletakkan di dalam botol berisi air.  “Aku” ingin merasai kesegaran bau wangi Capa

Rengat  dalam tidur.

Page 26: Nota

            Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung

dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di

kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. “Aku” berasa terharu untuk

meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.

            Dalam keadaan separuh sedar , “Aku” bertanyakan kepada ibu tentang

kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan

untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah

selesai. Keputusan ibu membuatkan “Aku” sedih apabila “Aku” terpandang bunga Capa

Rengat yang sudah layu dan  terkenangkan wajah Su.

TEMA

Perasaan cinta pada kehidupan dan suasana di kampung. “Aku” telah mengalami

pengalaman  yang menarik hidup di kampung.  Contohnya, semasa “Aku” mengikut Pak

Cik Kinto menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.

PERSOALAN

1.  Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.Contoh:  Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.

2.  Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.Contoh:  Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.

3.  Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan. Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.

4.  Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.      Contoh:  Su seronok mandi sungai dan bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya.

PLOT

Page 27: Nota

Permulaan

Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah

pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa

saudara “Aku”. Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani “Aku” dengan membawanya

berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung.

Perkembangan

Pada sebelah petang, “Aku” merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto

ke kota untuk berurusan dengan peguam.  “Aku” bertemu dengan sekumpulan budak

kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan

kampung yang bernama Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama dengan mereka.

Ketika bermain, Su telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur

hutan). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke

rumah. “Aku” pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi

air.

Klimaks

Keesokan paginya, “Aku” dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. “Aku”

berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana

kampung.

Peleraian

“Aku” pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa

Rengat daripada Su, seorang gadis kampung.

Teknik Penceritaan

Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

1.   Pemerian

Page 28: Nota

Contoh:  Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak.

2.  Dialog     Contoh:  “Cantik,ya !” kata budak perempuan itu.     “Cantik, “ jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.

3.  Kejutan     Contoh:  Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa “Aku” sedang bermain         dengan Su dan kawan-kawannya.

WATAK DAN PERWATAKAN

 “Aku”  Seorang anak remaja  Menghargai alam sekitar  Proaktif dan cergas  Mempunyai pandangan bernas  Berfikiran positif

Ibu  Pertengahan usia  Tegas dengan pendirian   Sikap terburu-buru membuat keputusan  Prihatin terhadap orang lain  Berperilaku mesra

Su  Budak perempuan awal remaja  Bersikap periang  Aktif dan cergas  Bijak mengolah keadaan  Taat kepada ibu

Pakcik Kinto  Bapa saudara “Aku”  Mahir selok-belok di kampung  Mempunyai kemahiran menembak  Ikhlas melayani tetamu   Melaksanakan urusan dengan cekap

LATAR

Page 29: Nota

Masa

Cerita berlatarkan masa sehari “Aku”  tinggal di kampung. Peristiwa-peristiwa diolah

oleh pengarang merentasi waktu pagi, petang, dan malam.

  Pagi – “Aku” dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung.

  Petang – “Aku” dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit  di belakang rumah Pak Cik Kinto

untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.

  Malam – “Aku” tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain

dengan budak-budak kampung.

Tempat

Latar tempat cerita berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang 

bukit-bukau dan tanah paya

  Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto – tempat Pak Cik Kinto membawa “Aku” bersiar-

siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.

  Paya – tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya.

  Rumah Pak Cik Kinto – tempat “Aku” dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung.

Masyarakat

1.   Masyarakat bandarContoh:  Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.

2.  Masyarakat kampung

     Contoh:  Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.

3.  Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam

Contoh:  Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.

Page 30: Nota

4.  Masyarakat yang menghargai alam sekitar

Contoh:  Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.

5.  Masyarakat yang suka berburu

     Contoh:  Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.

GAYA BAHASA

1.  Kata Ganda     Contoh:  Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik

2.  Anafora     Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian?

3.  Inversi (Keterbalikan ayat)Contoh:  Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.

4.  Personifikasi     Contoh:  Melahirkan sinar cemburu.

5.  Simile     Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.

6.  Simpulan bahasa     Contoh:  Seperti belangkas

NILAI

1.   Nilai keberanianSu berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam.

2.  Nilai hemah tinggiSu dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun baru pertama kali berjumpa.

3.  Nilai kerajinan     Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki.

4.  Nilai kerjasama     Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain.

Page 31: Nota

PENGAJARAN

1.  Kita hendaklah menghargai alam sekitar.Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di hutan.

2.  Kita hendaklah menghargai persahabatan.Contoh:  Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.

3.  Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga.     Contoh:  Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja

mengenalinya.

4.  Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.Contoh:  Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke rumah katak.

DENDAM

(SHARIZA A RAHMAN)

SINOPSIS

Cerpen  ‘Dendam’  ini  mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan

ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang

mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah

menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan

Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup

menampar pipi adiknya. Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika

Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak

sempat untuk mengadu.

            Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah

dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan

melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri

mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan

yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri

Page 32: Nota

ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan

adiknya.

            Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila

rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu

putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu

putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah

juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan

menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.

            Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah

dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah.

Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along

menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada

pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat

keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang

yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk  Angah kerana rasa terharu dan

menyedari kasih sayang antara adik beradik.

TEMA

Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along,

Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah

dan ibu kerana sering menyebelahi Angah.

PERSOALAN

1.   Persoalan hubungan kekeluargaan.

   Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama   

   ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.

Page 33: Nota

2.   Persoalan kebencian kepada adik.

Contoh:  Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan mengoyakkan 

      buku latihannya sehingga dimarahi gurunya.

3.    Persoalan kasih sayang antara adik dan kakak.

Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih

sayang antara kedua beradik tersebut.

PLOT

Permulaan

Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru

dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti

dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung arnab untuk

membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along

memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh

di atas sofa lalu menangis.

Perkembangan

Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi  Along kerana

membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan

kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara.

Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukan. Along

juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya.  Along

memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi

Along, kerana dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya.  Ibu

mengatakan Along biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu

Page 34: Nota

mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan , Along menghalau

adiknya dari ruang tamu.

Klimaks

Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu

menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk

membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak

mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah

disebat dengan tali pinggang oleh ayah.

Peleraian

Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju

kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang

ayah. Along memohon kemaafan daripada  Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya,

Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatiannya.

Teknik Penceritaan1.  DialogContoh:  “Nak jadi samseng!  Senang-senang koyakkan buku Along.”“Angah Cuma tengok saja…”

2.  Imbas kembali.Contoh:  Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.

3.  Monolog dalaman.     Contoh:  Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?

WATAK DAN PERWATAKAN

Along  Cepat meradang terutama kepada adiknya.  Sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan.  Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan.  Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya

yang mengoyakkan wang ayahnya.

Angah  Gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along.

Page 35: Nota

  Berwajah comel.  Suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah.  Wajahnya pucat apabila dimarahi.  Buah hati ibu.

Abah  Seorang yang tegas.  Memukul adik dengan tali pinggang.

Emak  Suka menyebelahi adik.  Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah.  Bersikap garang kepada Along.

LATAR

Masa1.  MalamContoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu.2.  Tengah hari.Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara tawa     nakal Angah.

Tempat1.  Ruang tamu Contoh:  Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan  buku latihannya.

2.  Di rumah     Contoh:  Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.

3.  Di meja makan Contoh:  Ayah merungut-rungut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.

4.  Di katil Contoh:  Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.

Masyarakat1.  Masyarakat PelajarContoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama . Juga buku latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.

Page 36: Nota

2.  Masyarakat GuruContoh:  Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik.3.  Masyarakat Pengamal Undang-UndangContoh:  Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil dalam menjatuhkkan hukuman kepadanya.

 

1.  Sinkope Contoh:  Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. (Singkatan kata ku )  Dan tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.

2.  Kata Ganda Contoh:  Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu.

3.  Peribahasa     Contoh:  Berat sebelah,tebal muka, menagih kasih.

4.  Metafora     Contoh:  Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.

5.  Personifikasi     Contoh:  Hatiku dijurus lahar beracun.

6.  Antomomisia (memperlihatkan sifat sesaorang)    Contoh: Hantu kecil

7.  Totologi (Perulangan untuk penegasan)     Contoh:  Benci. Aku benci.

NILAI

1.  Nilai kasih sayang

Contoh:  Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih sayang dan perhatianku.

2.  Nilai berdikari

Page 37: Nota

Contoh:  Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.

3.  Nilai hemah tinggi

Contoh:  Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.

4.  Nilai hormat menghormati

Contoh:  Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh kakaknya.

5.  Nilai kesyukuran

Contoh:  Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.

PENGAJARAN

1.  Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita

Contoh:  Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah.  Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.

2.  Kita janganlah mempercayai tilikan.

Contoh:  Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan kelahiran Angah.  Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.

3.  Kita janganlah memperbesarkan perkara-perkara yang kecil

Contoh:  Perkara macam itu pun engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.

Page 38: Nota

4.  Kita hendaklah  mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga.

Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama kali ini aku aku memeluk dan mengucupinya.

5.  Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita.

     Contoh:  Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.