nota teori
TRANSCRIPT
Nota Teori.....
Sejarah dan Latar Belakang Plato
Plato dilahirkan pada 29 Mei tahun 4272 SM dan meninggal pada usia 82 tahun pada 347SM.
Beliau dibesarkan dalam keluarga aristikrat Athens. Bapanya bernama Ariston dan ibunya
Perictione. Datang dari keluarga yang memenag terkenal di Athens. Namun bapanya meninggal
ketika usianya masih kecil dan ibunya tidak berkahwin lain namun ibunya bergiat aktif dalam
politik dan aktiviti kebajikan. Walaubagaimanapun Plato tidak seperti ibunya. Beliau tidak
berminat dengan politik. Beliau akhirnya menjadi pengikut Socrates dan menganuti bidang
falsafah yang berlandaskan pencarian kebenaran melalui perdebatan dan soal jawab. Beliau
dianggap sebagai pengikut Socrates yang setia. Pada tahun 388SM, Plato mengasaskan sebuah
sekolah yang dipanggil ‘Akademi’ yang didirikan di sebuah tempat di Hecademus Park yang
juga dianggap sebagai sebuah universiti pertama di Eropah. Institut ini memperkenalkan
kurikulum yang komprehensif. Terdapat mata pelajaran seperti Astronomi, Matematik, Teori
Politik dan Falsafah. Plato hanya menghabiskan hidupnya dengan memberikan syarahan dan
pengajaran di Akademinya.
Pemikiran Plato
Pada dasarnya pandangan Plato lebih bersifat intelektual dan rasional. Dasar utama dalam
pengajaran adalah dengan cara mencapai budi yang baik. Menurut Plato seseorang yang
berpengalaman dengan sendirinya akan memiliki budi yang baik. Oleh itu Plato menegaskan
bahawa berbudi yang baik diperlukan bagi menyempurnakan ilmu pengetahuan. Plato juga
menyatakan bahawa tujuan kehidupan manusia adalah untuk mencapai kesenangan hidup.
Kesenangan hidup yang dimaksudkan oleh Plato ialah kesenangan hidup yang diperolehi
daripada ilmu pengetahuan.
Menurut pandangan Plato terdapat dua jenis budi. Iaitu budi filosafi yang wujud hasil daripada
pengetahuan dengan pengertian. Budi biasa yang dibawa oleh kebiasaan kebanyakan manusia.
Sikap hidup yang dipakai tidak terbit dari keyakinan, melainkan disesuaikan kepada moral oleh
kebanyakan orang dalam kehidupan seharian mereka. Menurut Plato budi ialah baik. Siapa yang
tahu akan yang baik, tidak dapat lagi menyimpang dari itu. Siapa yang hidup dalam dunia idea,
tidak dapat berbuat jahat. Jalan untuk mencapai budi baik ialah menanam keinsafan untuk
memiliki idea dengan pemikiran.
(Mohammad Hatta, 1980: 107)
Pemikiran Seni Plato
Konsep Mimesis
Dalam setiap penulisan Plato, terdapat pelbagai falsafah yang menjadi pegangan atau panduan
dalam kehidupan masyarakat. Antaranya ialah tanggapan Plato terhadap seni yang dianggap
sebagai peniruan. Di dalam bukunya yang bertajuk Republix X, Plato dengan tegasnya
menyatakan bahawa seni adalah suatu ‘mimesis’, sama ada catan, lukisan, muzik, puisi atau
drama adalah tiruan. Walau bagaimanapun, beliau menggunakan istilah mimesis, iaitu
menghasilkan tiruan atau imitasi dengan beberapa maksud yang berlainan. Dalam sistem Plato,
mimesis bermaksud mengulangi atau mengeluarkan semula kata, perbuatan atau gerak tangan
seseorang serta mempunyai persamaan dengan benda atau objek yang menyerupai seperti orang
lain serta mewakili aksi-aksi manusia.
Selain itu, Plato menggunakan konsep mimesis dengan 4 maksud yang berlainan dan maksud-
maksud ini boleh bertindih antara satu sama lain. Plato menegaskan bahawa seorang pelukis dan
ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain. Hal ini kerana
benda yang dilukis dalam catannya akan nampak sama seperti objek yang asal dan orang yang
bodoh akan berpendapat bahawa mereka sedang melihat benda yang asal apabila melihat catan
tersebut. Mimesis sebagai proses mengulangi atau mengeluarkan kata dan gerak-geri seseorang
terdapat dalam hasil respodi iaitu orang yang bercakap dan mengulangi kata seorang penyair atau
dramatis. Hal ini bermaksud rapsodi itu hanya memperbanyakkan lagi apa yang telah dihasilkan
oleh penyair tersebut.
Mimesis sebagai penghasilan tiruan bukan sahaja merujuk kepada kepada catan, lukisan dan arca
tetapi juga merujuk kepada puisi dan drama. Plato mendakwa bahawa seorang penyair atau
pelakon akan cuba meniru kelakuan dewa-dewi Yunani, namun yang menjadi permasalahannya
ialah mereka memberi gambaran yang tidak tepat terhadap kelakuan aksi dan kata-kata dewa itu.
Hal inilah yang menyebabkan Plato beranggapan bahawa seorang seniman iaitu penyair, pelukis,
ahli catan atau pelakon wajar dibuang dari sebuah republik yang unggul. Selain itu, Plato juga
menegaskan bahawa seorang seniman hanya menghasilkan sesuatu yang tiruan daripada objek
yang terdapat dalam dunia fizikal dan bukan sumber untuk pengetahuan.
Di samping itu, Plato berpendapat sekiranya kita hendak mengetahui ciri-ciri sebuah kerusi
adalah lebih baik kita mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau lukisan kerusi itu. Hal ini
kerana Plato berpendapat bahawa karya seni boleh menipu kita, sebagai contoh, seorang kanak-
kanak atau orang dewasa yang bodoh akan mempercayai mereka sedang berhadapan dengan
kerusi apabila mereka sedang berhadapan dengan catan sebuah kerusi.
Ciri-ciri Estatika
Selain itu Plato turut bermadah mengenai estatika atau lebih dikenali sebagai keindahan dan
tentang ciri-ciri yang mesti terdapat pada keindahan. Plato telah menghuraikan secara panjang
lebar dalam bukunya yang bertajuk Symposium mengenai persoalan objek cinta ialah keindahan.
Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam bentuk dialog-dialog watak utama seperti
Phaedrus, Eryximachus, Aristophanes, Agathon dan Socrates. Terang-terang dalam dialog watak
ini menyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu diasaskan pada zaman
kanak-kanak lagi. Selain itu, beliau telah menyenaraikan tujuh ciri utama, ciri yang pertama the
good, yang kedua the beneficial, yang ketiga the reasonable, yang keempat the appropriate,
yang kelima the balance, yang keenam the pleasant, dan ciri yang terakhir iaitu the handsome.
Ciri yang pertama iaitu the good membawa maksud sesuatu yang baik, Plato bermadah bahawa
sesuatu yang indah itu mestilah mempunyai ciri-ciri yang baik dan tidak membawa sebarang
keburukan kepada manusia dan alam. Ciri yang kedua iaitu the beneficial membawa maksud
bermanfaat atau faedah kepada kita, contohnya sebuah almari. Almari tersebut menjadi tempat
untuk kita menyimpan kelengkapan seharian seperti pakaian, barangan peribadi, dan sebagainya.
Ini telah menunjukkan kegunaannya dan amat memberi manfaat kepada kita. Ciri yang ketiga
pula iaitu the reasonable yang bermaksud munasabah. Ciri ini menerangkan bahawa sesuatu
objek yang dicipta mestilah munasabah yakni melalui reka bentuknya, tujuan, dan kegunaannya.
Ciri estatika yang keempat ialah the appropriate yang bermaksud berpatutan atau berpadanan.
The balance atau keseimbangan adalah ciri estatika yang kelima. Ciri ini menerangkan tentang
kepentingan sifat seimbang pada sesuatu objek, contohnya jika sebuah meja mempunyai hanya
satu kaki sahaja sudah meja tersebut menjadi tidak seimbang dan akan menyusahkan para
pengguna. Ciri yang keenam pula ialah the pleasant yang memberi maksud seronok atau pun
menyenangkan. Sesuatu objek yang mempunyai nilai estatika mestilah mempunyai ciri ini
kerana ianya adalah amat penting bagi bagi kita untuk menghayati sesuatu keindahannya dengan
lebih mendalam. Ciri estatika yang terakhir yang telah diutarakan oleh Plato ialah the good yang
bermaksud elok, baik, atau bagus. Ciri ini menerangkan tentang nilai kebaikan yang terdapat
pada sesuatu benda samada alam semulajadi ataupun barangan yang dibuat oleh manusia,
contohnya matahari yang menerangi bumi dan memberikan tenaga hidup kepada flora dan fauna.
Sesungguhnya bidang estetik merupakan suatu bidang falsafah yang mengkaji tentang konsep
keindahan baik keindahan semulajadi atau keindahan benda-benda buatan manusia. Oleh itu, kita
tidak seharusnya memandang ringan tentang bidang estetik ini kerana ianya merangkumi bidang
yang amat luas. Estetika juga merangkumi bidang sastera seperti puisi,esei dan novel, ia juga
terdapat di dalam bidang muzik tradisional mahupun muzik moden yang menggunakan gitar,
piano, biola, gendang dan juga sintisize muzik dari computer. Kita memerlukan penggunaan
kelima-lima pacaindera utuk menghayati, memahami dan memanfaatkannya.
Sejarah dan Latar Belakang Aristotle
Aristotle (384-322) berasal dari Stagyra di daerah Thrace, Yunani Utara. Beliau belajar di
sekolah falsafah yang didirikan Plato dan tinggal di Akademi hingga Plato meninggal dunia. Dua
tahun kemudian Aristoteles diangkat sebagai guru peribadi Alexander Agung, setelah Alexander
Agung dilantik sebagai raja, beliau telah mendirikan sebuah sekolah yang dinamakan sebagai
Lykeion. Sebagaimana Plato yang sangat mengagumi gurunya, Aristoteles juga sangat
mengagumi Plato sebagai pemikir dan sasterawan meskipun mempunyai pemikiran yang berbeza
dalam falsafahnya. Aristoteles pernah mengatakan "Amicus Plato, magis amica veritas" yang
ertinya:
"Plato memang sahabatku, tapi kebenaran lebih akrab bagiku" – ungkapan ini juga sering kali
diterjemahkan kepada “Saya mencintai Plato, tapi saya lebih mencintai kebenaran”. Namun
begitu, ada juga yang berpendapat bahwa ini bukanlah merupakan ucapan Aristotle.
Aristotle menyatakan kritikan yang sangat tajam terhadap pandangan Plato mengenai konsep
idea-idea. Bahkan beliau telah mengemukakan konsep baru yang dinamakan sebagai
hilemorfisme sebagai alternatif baru bagi menggantikan konsep yang dikemukakan oleh gurunya
Plato. Meskipun demikian, Aristotle tidak menyangkal bahawa beliau tetap berhutang budi
kepada Plato kerana dia adalah orang pertama yang mengemukakan konsep ini.
Pemikiran Aristotle
Pemikiran Aristotle dan pemikiran Plato hampir serupa pada dasarnya. Tetapi pandangan
Aristotle lebih bersifat sederhana dan realistik. Aristotle tidak mementingkan atau bertanyakan
tentang pengetahuan idea dan idea kebaikan seperti mana Plato. Aristotle menegaskan bahawa
kebaikan yang diperolehi atau dicapai oleh manusia bersesuaian dengan diri seseorang itu.
Sebagai contoh, bagi seseorang tentera tentunya mengharapkan kemenangan dalam peperangan.
Ini kerana kemenanganlah yang dianggapnya sebagai satu kebaikan. Bagi seorang peniaga pula,
keuntunganlah yang dianggapnya sebagai satu kebaikan.
Aristotle lebih mengutamakan budi pemikiran, iaitu kebijaksanaan, kecerdasan dan pendapat
yang sihat. Aristotle berpendapat untuk memperolehi budi pemikiran ini manusia perlu tahu
menguasai diri atau tahu mengawal diri supaya tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan tamak haloba.
Plato mengatakan bahawa dengan pengetahuan manusia dapat memperolehi kebahagiaan hidup.
Aristotle pula berpendapat bahawa untuk memperolah kebahagiaan hidup, unsur persahabatan
merupakan eleman terpenting. Beliau mengatakan antara persahabatan dangan keadilan,
persahabatan lebih penting daripada keadilan itu. Menurut Aristotle, persahabatan dan keadilan
merupakan budi yang menjadi dasar bagi kehidupan bersama sesebuah keluarga dan juga
menjadi dasar bagi sesebuah kerajaan atau pemerintahan.
Aristotle mengkritik tajam pendapat Plato tentang idea-idea, mengikut beliau yang umum dan
tetap bukanlah dalam dunia idea akan tetapi dalam benda-benda jasmani itu sendiri, untuk itu
Aristotle mengemukakan teori hilemorfisme (Hyle = Materi, Morphe = bentuk). Menurut teori
ini, setiap benda jasmani memiliki dua perkara iaitu bentuk dan material. Sebagai contoh, sebuah
patung pasti mempunyai dua perkara iaitu material atau bahan baku patung contohnya kayu atau
batu, dan bentuk misalnya bentuk kuda atau bentuk manusia, keduanya tidak mungkin lepas dsri
satu sama lain, contoh tersebut hanyalah untuk memudahkan pemahaman, kerana dalam
pandangan Aristotle material dan bentuk itu merupakan prinsip-prinsip metafizik untuk
memperkukuh dan memungkinkan ilmu pengetahuan atas dasar bentuk dalam setiap benda
konkrit.
Teori hilemorfisme juga menjadi asas bagi pandangannya tentang manusia, manusia terdiri
daripada material dan bentuk. Bentuk adalah jiwa, dan kerana bentuk tidak pernah lepas dari
material, maka konsekuensinya adalah bahawa apabila manusia mati, jiwanya (bentuk) juga akan
hancur. Lebih lanjut, Aristoteles mengajukan sebuah hujah yang sangat baik untuk menyanggah
teori idea Plato. Hujah yang paling kukuh ialah tentang "orang ketiga"; jika seorang manusia
adalah manusia kerana ia menyerupai manusia ideal, maka masih harus ada manusia lain lagi
yang terhadapnya manusia biasa dan manusia ideal tadi menyamakan diri. Kini kita sampai pada
pernyataan yang baru, yang pada mulanya di anggap sukar. Dikatakan bahawa jiwa adalah
"forma" dari tubuh. Dalam pemikiran Aristotle, jiwalah yang menyebabkan tubuh menjadi
sesuatu yang memiliki kesatuan dan tujuan. Tujuan mata adalah untuk melihat, namun mata
tidak dapat melihat jika dipisahkan dari tubuh. Sebenarnya, yang melihat adalah jiwa. Aristotle
menyatakan bahawa pemerhatian pancaindera sebagai pangkalan untuk mencapai pengetahuan
yang sempurna. Ini sangat berbeza dari Plato.
Berbeza dengan Plato pula, Aristotle menolak dualisme tentang manusia dan memilih
"hilemorfisme": apa sahaja yang dijumpai di dunia secara bersepadu merupakan jelmaan material
("hyle") sesuatu dari bentuk ("morphe") yang sama. Bentuk memberi kualiti atas material (atau
substansi) dalam individu yang berkaitan. Material (substansi) memberi kemungkinan
("dynamis", Latin: "potentia") untuk jelmaan (kualiti) bentuk dalam setiap individu dengan cara
berbeza-beza. Maka terdapat ramai individu yang berbeza-beza dalam jenis yang sama.
Pandangan Plato dan Aristotle Terhadap Seni
Mengikut pandangan Plato seni merupakan kegiatan peniruan alam. Seni yang dimaksudkan
termasuklah catan, lukisan, arca, muzik, puisi dan drama. Apabila memperkatakan teori
berkaitan dengan seni, Plato menggunakan perkataan mimesis yang bermaksud peniruan atau
imitasi.
Konsep mimisis Plato mempunyai empat maksud seperti berikut, iaitu
a) Mengulangi dan mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan
seseorang lain.
b) Membuat satu peniruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau objek.
c) Berlagak seperti sesorang yang lain
d) Mecakili aksi-aksi manusia
Plato menggunakan mimesis sebagai penghasilan meniru atau tiruan yang tepat merujuk kepada
penghasilan catan, lukisan dan arca. Plato memerangkan bahawa, seseorang pelukis juga
merupakan seseorang yang meniru atau mengimitasikan benda yang dihasilkan oleh orang lain.
Plato juga mendifinisikan seseorang pelukis yang baik bukan sahaja dapat meniru sesuatu objek
tetapi dia juga perlu menghasilkan tiruan yang tepat dan objek yang dilukis itu nampak sama
seperti objek asal dan mereka yang melihat lukisan atau catan itu perlu berpendapat bahawa
mereka sedang melihat objek yang asal. Aristotle masih menggunakan istilah yang digunakan
oleh plato iaitu mimesis dalam pandangan beliau dalam penghasilan seni.
Aristotle juga masih mengikut pandangan Plato dalam peniruan objek, iaitu seni merupakan satu
aktiviti peniruan dan tiruan itu mestilah tepat seperti objek asal. Tetapi dalam mimesis ini
Aristotle menambahkan satu lagi syarat iaitu, satu potret yang dihasilkan itu haruslah lebih cantik
atau kacak daripada model asal. Di sini Aristotle mengemukakan satu konsep yang berlainan
dengan konsep peniruan yang dikemukakan oleh Plato. Beliau bukan sahaja memberi penekanan
terhadap ketepatan peniruan seperti Plato tetapi menambahkan satu lagi aspek yang pentingiaitu
kreativiti pelukis untuk menghasilkan hasil seni yang cantik dan unggul.
Plato berpendapat, karya seni yang dihasilkan tidak boleh dianggap sebagai satu sumber
pengetahuan. Seni itu dihasilkan berdasarkan dengan emosi terhasil dengan meniru sesuatu
objek dunia fizikal. Plato berpendapat dunia fizikal bukan satu sumber pengetahuan. Menurut
plato pengetahuan merupakan sesuatu yang abadi. Maka plato berpendirian bahawa seni yang
meniru objek dunia fizikal tidak boleh menjadi satu sumber pengetahuan kepada manusia. Plato
juga menegaskan hanya penakulan merupakan satu alat untuk mendapat pengetahuan.
Aristotle tidak bersetuju dengan pandangan Plato ini. Walaupun Aristotle memang setuju
bahawa seni menimbulkan emosi, tetapi Aristotle menegaskan bahawa seni juga merupakan satu
sumber pengetahuan. Melalui seni manusia dapat mempelajari cara untuk mengawal dan
menggunakan emosi mereka. Seni dapat memberikan satu pengetahuan kepada manusia untuk
mengawal emosi mereka.
Plato masih menggunakan sistem mimesis dalam drama. Mimesis digunakan sebagai satu proses
mengulangi kata-kata seseorang yang lain. Plato mengatakan bahawa seseorang pelakun cuba
meniru watak atau kelakuan seseorang, tetapi mereka tidak dapat memberi satu gambaran
kelakuan yang tepat seperti mana orang yang ditirunya. Dalam drama Plato lebih mengutamakan
kemahiran individu dan perlakuannya yang dapat meniru sesuatu watak denagn baik. Manakala
Aristotle lebih mengutamakan susunan drama itu seperti bahagian permulaan, pertengahan dan
akhir. Aristotle juga menegaskan bahawa, sesebuah drama perlu dipertimbangkan dari permulaan
dan terus diperluaskan sehingga mencapai kemuncaknya dan setelah mencapai kemuncak
sesebuah drama itu haruslah ditamatkan.
Aristotle juga menjelaskan bahawa setiap bahagian dan setiap peristiwa dalam sesebuah drama
perlu ada pertalian antara satu dengan lain. Pertalian itu boleh jadi pertalian perlu atau
kebarangkalian antara satu peristiwa dengan satu peristiwa. Emam elemen utama yang
dikenalpasti oleh Aristotle dalam drama ialah plot, watak, bahasa, pemikiran, pemandangan dan
lagu. Plato menentang drama kerana beliau berpendapat carita yang diceritakan atau disampaikan
dalam drama tidak tepat dan palsu. Aristotle pula berpendapat bahawa fungsi bagi sesebuah
drama bukan sahaja setakat menceritakan satu situasi atau kejadian yang tertentu drama juga
dapat menggabungkan individu dan kejadian atau peristiwa khusus untuk menyampaikan satu
mesej yang lebih umum.
Menurut Aristotle, sesebuah drama tragedi yang menggambarkan ataupun menceritakan tentang
kehidupan manusia mestilah menyampaikan atau menggambarkan suatu kehidupan manusia
yang baik dan bahagia atau tidak bahagia melalui kelakuan atau aksi watak-watak dalam drama
itu. Namun fungsi utama sesebuah drama ialah bukan setakat mewakili sesuatu tabiat atau
kelakuan sahaja tetapi ia perlu mewakili aksi atau kelakuan dan perbuatan manusia. Plato
menegaskan bahawa seni merupakan peniruan hasil alam semula jadi dan hasil alam manusia
tetapi seni hanya meniru bentuk-bentuk iaitu idea-idea yang merupakan sumber pengetahuan
yang sebenar.
Dalam sistem Aristotle, sesuatu drama yang baik dapat dihasilkan melalui penyatuan beberapa
elemen seperti plot, watak, bahasa, pemikiran, pemandangan dan lagu disusun dengan baik dan
teratur. Begitu juga dengan seni yang lain seperti catan, lukisan, arca dan muzik, prinsip
penyatuan ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan seni yang baik.
Melalui sistem mimesis atau imitasi, Aristotle tidak menunjuk atau merujuk kepada penghasilan
sesuatu imitasi atau peniruan yang mempunyai persamaan dengan objek yang ditiru atau objek
asal seperti mana pendangan Plato terhadap imitasi atau mimesis dalam seni. Aristotle
merupakan anak murid kesayangan Plato, tetapi Aristotle memilih jalannya tersendiri untuk
memperkembangkan idea-ideanya. Aristotle lebih suka memperkembangkan idea-ideanya.
Aristotle lebih suka mengecam pandangan-pandangan Plato.
Mengikut pendapat Justin D. Kaplan ini dapatlah satu gambaran mengenai kewibawaan Plato
dan Aristotle dalam dunia falsafah. Mengikut pendapatnya Plato dianggap sebagai seseogang
peneroka baru dalam dunia falsafah, manakala Aristotle labih kepada seorang ahli falsafah yang
terikat pada sesuatu pandangan yang sempit. Berbanding dengan Plato, Aristotle lebih kepada
seorang ahli falsafah yang mengemaskini, menyusun dan menambahkan pendapat-pendapat ahli
falsafah lain seperti Plato dan Socrates mengikut perkembangan semasa. Aristotle juga
menambah idea-idea barunya ke atas pendapat-pendapat ahli falsafah yang lain. Sebab itu
apabila dibandingkan dengan Plato para pengkaji falsafah menganggap kemampuan Plato lebih
tinggi daripada Aristotle dalam mengemukakan falsafah dan pendangan.
Hubungkait Seni dengan Pemikiran Aristotle
Aristotle merupakan seorang ahli falsafah Greek yang melihat seni sebagai satu imitasi
kehidupan. Bagi beliau keaslian sesuatu idea itu sepatutnya menjadi pertimbangan dalam merit
menilai seni. Beliau membina cara-cara dalam mengkategorikan dan menilai seni dalam
tulisannya. Seni didefinisikan oleh Aristotle sebagai satu kesedaran dalam bentuk luaran idea
yang benar lagi nyata dan sikap menyukai imitasi yang semula jadi dapat dikesan kembali pada
karektor manusia yang gembira apabila dapat mengenali apa yang mereka tidak disukai atau
sebaliknya. Seni semula jadi yang ideal dan sempurna ini menjadi berkurangan kerana dalam
fenomena individu, jeis universal ini dijadikan sebagai pegangan. Seni bagi beliau tidak terhad
kepada penyalinan semata-mata dan juga tidak hanya kepada seni halus seperti arca, catan, dan
lukisan semata-mata malah ianya berkait dengan seni sastera, seni muzik dan seni drama.
Bagi Aristotle dalam Rhetoric, bentuk seni yang berbeza menggunakan imitasi yang
membawa makna perlambangan yang berbeza. Ianya melibatkan perbezaan akhlak atau cara
dalam berkomunikasi yang menjadi perlambangan kepada penonton dan perbezaan aras etika
dan moral. Lebih jelas lagi, Aristotle merujuk kepada puisi, seni halus dan drama yang
merupakan bentuk seni utama dalam hidup beliau. Aristotle amat menentang catan abstrak dan
muzik klasik moden.
Kesimpulan
Dari perbahasan singkat mengenai pemikiran Plato dan Arostotle di atas, boleh kita simpulkan
bahawa adanya perbezaan yang cukup ketara antara keduanya mengenai realiti hakiki. Plato
berpendapat bahawa pengalaman hanya merupakan ingatan (bersifat intuitif, bawaan) dalam diri
seseorang terhadap apa yang sebenarnya yang telah diketahuinya dari dunia idea, - konon
sebelum manusia itu masuk ke dalam dunia indrawi ini.
Menurut Plato, tanpa melalui pengalaman (pemerhatian), apabila manusia sudah terlatih dalam
hal intuisi, maka ia pasti akan sanggup untuk melihat ke dunia idea dan memiliki sejumlah
gagasan ilmu mengenai semua hal, termasuk hal kebaikan, kebenaran, keadilan, dansebagainya.
Plato mengembangkan pendekatan yang sifatnya rasional-deduktif sebagaimana mudah dijumpai
dalam Matematik. Masalah falsafah yang digarap oleh Plato adalah sama seperti memasukkan
jiwa manusia ke dalam penjara dunia inderawi, iaitu tubuh.
Sedangkan Aristotle menganggap Plato (gurunya) telah memutarbelitkan segalanya. Dia
bersetuju dengan pendapat gurunya yang menyatakan bahawa kuda akan "berubah" (menjadi
besar dan tegap, misalnya), dan tidak ada kuda yang hidup selamanya. Dia juga setuju bahawa
bentuk nyata dari kuda itu akan kekal abadi. Tetapi idea kuda adalah konsep yang dibentuk
manusia sesudah melihat (mengamati, mengalami) sejumlah kuda. idea kuda tidak memiliki
eksistensinya sendiri: idea kuda tercipta dengan ciri-ciri yang sememangnya ada pada kuda.
Bagi Aristotle, idea ada dalam benda-benda. Pola pemikiran Aristotle ini merupakan perubahan
yang radikal. Menurut Plato, realiti tertinggi adalah berkaitan dengan apa yang kita fikirkan,
sedangkan menurut Aristotle pula realiti tertinggi adalah apa yang kita lihat dengan indera mata
kita sendiri. Aristotle tidak menyangkal bahawa manusia memiliki akal yang sifatnya sementara,
dan bukan sekadar akal yang didapati melalui pendengaran dan penglihatannya. Namun justeru
itu, akal merupakan ciri khas yang membezakan manusia dari makhluk-makhluk lain. Akal dan
kesadaran manusia adalah kosong sehingga ia mengalami sesuatu. Kerana itu, menurut Aristotle,
pada manusia tidak terdapatnya idea yang sementara.