nota komputer

33
3.1 ASAS KOMPUTER 3.1.1 TAKRIFAN KOMPUTER Komputer adalah sejenis alat elektronik yang boleh diaturcara, berupaya menyimpan, mencapai dan memproses data untuk menghasilkan maklumat. Setiap komputer memerlukan perisian (software) dan perkakasan (hardware). 3.1.2 PERKAKASAN KOMPUTER Perkakasan (hardware) adalah komponen-komponen fizikal yang menjadikan sesebuah komputer seperti papan kekunci, monitor, tetikus, kes komputer dan lain-lain Sesebuah komputer sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepintaran tersendiri. Manusialah yang menentukan kebolehan sesebuah komputer. Untuk memastikan sesebuah komputer itu berfungsi dengan betul, arahan-arahan tepat dan treperinci mestilah diberikan kepada komputer. Pemberian data yang salah, arahan-arahan yang salah atau arahan yang betul tetapi aturan yang salahke sesebuah komputer akan menyebabkan hasil yang tidak diingini dihasilkan. Proses ini dikenali dalam istilah komputer sebagai GIGO (Garbage In, Garbage Out). MIKROKOMPUTER Mikrokomputer atau lebih dikenali sebagai komputer peribadi adalah komputer “desktop” kecil yang boleh diletakkan di atas meja pejabat. Biasanya hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna dan hanya berupaya melaksanakan satu tugas pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, terdapat mikrokomputer yang dapat digunakan oleh seramai 10 orang pengguna dengan memasang stesen kerja dalam suasana rangkaian. Mikrakomputer ini dikenali sebagai super mikrokomputer. JENIS-JENIS KOMPUTER Dua kategori mikrokomputer yang paling popular ialah : IBM PC dan serasi Apple Macintosh Komputer-komputer terdiri daripada empat kategori iaitu : i. Komputer kerangka utama

Upload: iera1292

Post on 15-Jun-2015

2.679 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota komputer

3.1 ASAS KOMPUTER

3.1.1 TAKRIFAN KOMPUTER

Komputer adalah sejenis alat elektronik yang boleh diaturcara, berupaya menyimpan, mencapai dan

memproses data untuk menghasilkan maklumat. Setiap komputer memerlukan perisian (software) dan

perkakasan (hardware).

3.1.2 PERKAKASAN KOMPUTER

Perkakasan (hardware) adalah komponen-komponen fizikal yang menjadikan sesebuah komputer

seperti papan kekunci, monitor, tetikus, kes komputer dan lain-lain

Sesebuah komputer sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepintaran tersendiri. Manusialah

yang menentukan kebolehan sesebuah komputer. Untuk memastikan sesebuah komputer itu berfungsi

dengan betul, arahan-arahan tepat dan treperinci mestilah diberikan kepada komputer.

Pemberian data yang salah, arahan-arahan yang salah atau arahan yang betul tetapi aturan

yang salahke sesebuah komputer akan menyebabkan hasil yang tidak diingini dihasilkan. Proses ini dikenali

dalam istilah komputer sebagai GIGO (Garbage In, Garbage Out).

MIKROKOMPUTER

Mikrokomputer atau lebih dikenali sebagai komputer peribadi adalah komputer “desktop” kecil yang boleh

diletakkan di atas meja pejabat. Biasanya hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna dan hanya

berupaya melaksanakan satu tugas pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, terdapat mikrokomputer

yang dapat digunakan oleh seramai 10 orang pengguna dengan memasang stesen kerja dalam suasana

rangkaian. Mikrakomputer ini dikenali sebagai super mikrokomputer.

JENIS-JENIS KOMPUTER

Dua kategori mikrokomputer yang paling popular ialah :

IBM PC dan serasi

Apple Macintosh

Komputer-komputer terdiri daripada empat kategori iaitu :

i. Komputer kerangka utama

ii. Komputer mini

iii. Komputer stesyen kerja

iv. Komputer mikro

Komputer mikro terdiri daripada pelbagai model dan jenis yang boleh dikelaskan kepada :

i. Desktop – komputer biasa yang sesuai diletakkan diatas meja.

ii. Tower – komputer yang mempunyai Unit Sistem menegak setiggi 1M dan biasanya ditepi meja.

Page 2: nota komputer

iii. Laptop – komputer bimbit yang biasanya boleh dibawa dari satu tempat ke tempat yang lain

dengan selesa. Biasanya kecil dan tidak berat (2kg – 4kg).

iv. Notebook –komputer bimbit yang lebih kecil (8.5 inci x 11 inci) dan ringan (1kg – 3kg). Dipanggil

“notebook” kerana komputer jenis ini adalah kecil dan ringan yang membolehkannya dibawa ke

mana-mana sahaja dengan mudah.

v. Palmtop – Komputer jenis bimbit yang lebih kecil yang boleh diletakkan di atas tapak tangan,

bersaiz buku cek atau mesin kira. Mempunyai keupayaan dan fungsi yang terhad seperti kamus,

perancang aktiviti harian dan lain-lain.

vi. Pen Komputer – Komputer bersaiz “notebook” yang tidak mempunyai tetikus dan papan kekunci.

Komputer ini menyediakan alternatif lain untuk input iaitu menggunakan pen yang dipanggil

“stylus”. Maklumt atau data dimasukkan ke dalam Komputer dengan menulis terus ke atas skrin

dan tulisan tersebut alkan di terjemah kepada teks bertaip oleh aturcara pengenal tulisan.

3.2.2 KOMPONEN-KOMPONEN MIKROKOMPUTER PC

3.2.2.1 Kes Komputer (Computer Casing)

 

Casing hanya merupakan bekas untuk meletakkan perkakasan seperti motherboard, kad paparan, kad

modem dan sebagainya. Terdapat dua jenis casing.

 

Tower – Full tower, Mid tower (medium), Midi Tower dan mini tower

Desktop – Desktop dan Slimline

 

Sebelum memilih casing kita kena tentukan sama ada kita memerlukan ruang yang lebih untuk melakukan

peningkatan dimasa hadapan atau tidak. Pemilihan casing jenis Mini Tower sudah mencukupi untuk majoriti

pengguna.

 

Rajah 3.2.2.1: Jenis-jenis Casing. 

Jenis Saiz External Internal Sistem Power Harga

Page 3: nota komputer

Casing Bays Bays PendinginSupply (Watt)

Full Tower Tinggi2 + 4 atau

lebih

3 hingga 5 atau lebih

Tersangat baik

250 hingga

375 atau lebih

Sangat Mahal

Mid Tower Pertengahan 2 + 32 hingga

4Sangat baik

200 hingga

300Mahal

Midi Tower

Pertengahan sehingga kecil

2 + 2 atau 2 + 3

2 hingga 4

Sangat baik170

hingga 300

Pertengahan

Mini Tower

Kecil 2 + 2 2 atau 3 Baik170

hingga 250

Murah

Desktop Kecil 2 + 2 1 atau 2 OK150

hingga 230

Murah

Slimline Kecil dan nipis 1 + 2 1 atau 2 Kurang baik90

hingga 200

Pertengahan

Jadual 3.2.2.1: Perbandingan Casing.

3.2.2.2 Monitor

Monitor merupakan peranti output yang digunakan sebagai output untuk melihat imej. Terdapat dua

jenis monitor dipasaran :

 

i. Tiub sinar katod (cathode ray tube) – Menggunakan teknologi yang sama seperti televisyen tetapi

menggunakan isyarat digital. Ia menggunakan tiub vakum sebagai skrin paparan pada komputer

 

ii. Paparan panel rata - produk yang lebih ringan, nipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding

dengan CRT. Walaubagamanapun harganya agak mahal berbanding dengan monitor dari jenis CRT

 

Terdapat berbagai saiz monitor dipasaran diantara yang sering digunakan adalah bersaiz 14” dan

15”. Harga monitor bersaiz 15” sekitar RM 280 manakala harga monitor bersaiz 17” pula sekitar RM 375.

Page 4: nota komputer

Perbezaan tidak lebih dari seratus ringgit. Dari itu pembelian monitor bersaiz 17” merupakan pilihan yang

baik.

Selain dari saiz fizikal monitor perlu besar, resolusi (resolution) pada monitor perlu diambil kira

untuk mendapatkan paparan yang memuaskan. Resolusi selalunya dikaitkan dengan saiz pixel. Semakin

kecil saiz pixel semakin bagus kualiti paparannya. Saiz pixel menggunakan ukuran mm (milimeter). Pixel

bersaiz 0.18mm lebih baik dari pixel bersaiz 0.22mm. Tetapi memandangkan harga monitor untuk pixel

bersaiz 0.18mm agak mahal, maka saiz pixel bersaiz 0.22mm sudah mencukupi. Sekiranya masih tidak

mampu, saiz pixel bersaiz 0.28mm boleh digunakan untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan ketelitian dari

segi kualiti paparan. Ada juga monitor mempunyai pixel bersaiz 0.31mm, monitor ini agak kelabu (blur)

paparannya.

 

Jenam

a

Jeni

s

Sai

z

Harg

a dalam RM

Likom CRT 15” 280

LG CRT 15” 280

Samsung CRT 15” 310

ComeMon Panel Rata 15” 1060

Samsung Panel Rata 15” 1100

Likom CRT 17” 375

Digital CRT 17” 340

ComeMon Panel Rata 17” 2150

Samsung Panel Rata 17” 1750

Jadual 3.2.2.2 : Perbandingan harga monitor. 

Page 5: nota komputer

Rajah 3.2.2.2 (a): Cara mengukur saiz monitor.

 Rajah 3.2.2.2(a) menunjukkan cara yang betul untuk mengukur saiz monitor . Sekiranya monitor bersaiz 17”,

maka ukuran sepatutnya melebihi 16” dan tidak mungkin mendapat ukuran 17”. Ini disebabkan tiub tersebut

perlu dihalang pada bekas monitor untuk mengelakkan tiub tersebut terkeluar dari bekasnya.

 

Rajah 3.2.2.2 (b): Penyambung monitor

Monitor mempunyai penyambung jenis D 15 pin male seperti yang ditunjukkan pada rajah 3.2.2.2(b).

 

 3.2.2.3 Motherboard (Papan Ibu)

Motherboard merupakan papan litar utama untuk semua perkakasan bertemu, disini perkakasan

seperti memori, kad paparan, kad modem, cakera keras, pemacu cakera liut, pemacu CDROM, papan

kekunci, tetikus, monitor dan sebagainya.

Pemilihan motherboard perlu sesuai dengan CPU yang digunakan. Ini kerana kelajuan External

Bus CPU mesti sama dengan kelajuan External Bus yang disokong oleh motherboard. Pengeluar

motherboard utama adalah gigbyte. 

Dari segi prestasi setiap motherboard agak sukar ditentukan yang mana lebih baik. Yang penting

kita kena pastikan setiap motherboard menyokong UDMA 133 untuk cakera keras dan menyokong memori

dari jenis DDR berkelajuan 400MHz atau sekurang-kurangnya berkelajuan 333MHz. Pangkalan (port)

seperti serial, parallel, USB, PCI, AGP dan sebagainya merupakan standard yang memang sedia ada pada

setiap motherboard.

Page 6: nota komputer

Perbezaan yang ketara adalah harga motherboard setiap pengeluar. Selalunya motherboard yang

mempunyai chipset jenama Intel agak mahal berbanding dengan motherboard yang menggunakan chipset

Via, Ali dan sebagainya. Chipset merupakan micro processor yang mengawal hala tuju data, CPU hanya

tahu memproses data mengikut yang diarah tetapi dari CPU hendak ke memori, kad paparan, komunikasi

siri, komunikasi selari dan sebagainya memerlukan chipset untuk menentukan hala tuju. Lebih kurang

macam polis trafik mengawal lalulintas dijalan raya. Cuba bayangkan pagi Isnin tanpa polis trafik. Macam itu

jugalah perlunya Chipset di dalam motherboard.

 

Rajah 3.2..2.3 (a): Motherboard keluaran Asustek untuk Pentium IV.  

 

Rajah 3.2.2.3 (b): Motherboard keluaran Aopen untuk Pentium IV.

 

Pengeluar Jenis Motherboard Harga dalam RM

Gigabyte Titan 533MHz 240

Asustek P4S533E 330

Jadual 3.2.2.3 : Harga motherboard untuk sistem bus 533MHz.

 

Page 7: nota komputer

3.2.2.4 Memori (Memory)

Memori berfungsi menyimpan aturcara aplikasi, sistem pengendalian, perisian sistem dan data yang

sedang beroperasi.

Semakin besar saiz memori akan meningkatkan prestasi PC tersebut. Memori diukur berdasarkan KB

atau MB, menggunakan Byte bukan Bit. Ini kerana 8 bit bersamaan 1 byte bersamaan dengan satu ansara.

Bit ditulis sebagai ‘b’ manakala byte ditulis sebagai ‘B’. 1024KB bersamaan dengan 1MB.

Terdapat banyak jenis memori dipararan, antaranya:

 

SIMM (Single in-line memory module)

Mempunyai saiz 30 atau 72 pin. Memori SIMM 30 pin untuk kegunaan PC zaman 80286 sehingga

80486 dan beroperasi pada 16 bit. Memory 72 pin banyak digunakan untuk PC berasaskan Pentium dan

beroperasi pada 32 bit.

Kelajuan dirujuk mengikut istilah ns (nano second) seperti 80ns, 70ns, 60ns dan sebagainya.

Semakin kecil nilainya maka lebih laju. DRAM (dynamic RAM) dan EDO RAM (extended data-out RAM)

menggunakan SIMM.

DRAM menyimpan bit di dalam suatu sel penyimpanan (storage sell) sebagai suatu bayaran

elektrik (electrical charge) yang mesti disegarkan semula (refesh) beratus-ratus kali setiap saat untuk

mengekalkan (retain) maklumat.

EDO RAM sejenis DRAM yang cepat, EDO menambah masa data output , dimana ia merancang

masa di antara CPU dan RAM. Memori jenis ini tidak lagi digunakan untuk komputer yang baru.

 

Page 8: nota komputer

Rajah 3.2.2.4 (a): Contoh SIMM 30 pin.

Rajah 3.2.2.4 (b): Contoh SIMM 72 pin

DIMM (dual in-line memory module)

Bersaiz 168 pin, kedua belah modul memori ini aktif, setiap permukaan adalah 84 pin.

Ini berbeza daripada SIMM yang hanya berfungsi pada sebelah modul sahaja. Menyokong 64 bit

penghantaran data. SDRAM (synchronous DRAM) menggunakan DIMM.

Merupakan penganti kepada DRAM, FPM (fast page memory) dan EDO. SDRAM teratur

(synchronizes) memori supaya sama dengan CPU clock untuk pemindahan data yang lebih cepat.

Pada dasarnya, satu blok data dapat dihantar kepada CPU semasa yang lain sedang bersedia

untuk dicapai. Terdapat di dalam dua kelajuan iaitu 100MHz (PC100) dan 133MHz (PC133).

Rajah 3.2.2.4 (c): Contoh DIMM 168 pin.

 

Page 9: nota komputer

DDR SDRAM (double-data-rate SDRAM)

Ciri-ciri DDR SDRAM serupa dengan SDRAM, tetapi pemindahan data (data transfer)

menghampiri kelajuan sistem jam (system clock) dan ini secara teori menggandakan kelajuan SDRAM.

Dahulu digunakan sebagai memori untuk kad paparan tetapi kini pengeluar komputer

membuatnya pada modul memori untuk motherboard sebagai satu jalan alternatif untuk lebih pantas dari

SDRAM. Mempunyai 184 pin. Terdapat di dalam tiga kelajuan iaitu 266MHz, 333MHz dan 400MHz.

Rajah 3.2.2.4 (d): Contoh DDR SDRAM 184 pin.

DRDRAM (direct Rambus DRAM)

Dulu dikenali sebagai RDRAM. Adalah dari jenis SDRAM yang dibangunkan oleh Rambus.

DRDRAM digunakan untuk CPU dari Intel yang berkuasa tinggi.

Pemindahan data sama seperti DDR SDRAM tetapi mempunyai dua saluran data untuk

meningkatkan prestasi.

Juga dikenali sebagai PC800 yang kerkelajuan 400MHz. Beroperasi dalam bentuk 16 bit bukan

64 bit.

Kini terdapat DRDRAM berkelajuan 1066MHz yang dikenali sebagai RIMM (Rambus inline

memory module). DRDRAM model RIMM 4200 32-bit menghantar 4.2gb setiap saat pada kelajuan

1066MHZ.

3.2.2.4 (a) Teknik Meningkatkan Saiz Memori

Seperti yang diketahui memori terdapat dalam berbagai jenis, saiz dan kelajuan.

 

Page 10: nota komputer

i. .      Pemasangan memori jenis SIMM 30 pin memerlukan empat keping untuk membolehkannya

beroperasi. Untuk meningkatkan saiz memori, empat keping memori perlu ditambah.pada motherboard.

Motherboard untuk CPU jenis DX seperti 386DX dan 486DX mempunyai 8 slot, manakala motherboard

untuk CPU jenis SX seperti 386SX dan 486SX mempunyai 4 slot.

 

ii. Memori jenis SIMM 72 pin memerlukan dua keping untuk membolehkannya beroperasi. Oleh itu ia

memerlukan tambahan memori sebanyak 2 keping untuk meningkatkan saiz memori. Motherboard untuk

 

iii. Memori jenis DIMM 168 pin dan DDR SDRAM 184 pin hanya memerlukan sekeping untuk

beroperasi.

 

Kalau kita perhatikan, komputer yang ditingkatkan saiz memori menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Membuka aplikasi atau memproses data akan menjadi lebih pantas. Walaubagaimana pun kejadian ‘hang

up’, ‘freeze’ dan ‘blue screen’ sering sahaja berlaku selepas peningkatan memori dilakukan. Ini berlaku

disebabkan:

 

i. Modul memori yang ditambah tidak mempunyai kelajuan yang sama dengan kad memori

yang sedia ada. Semasa membeli pastikan jenis memori dan kelajuannya. Rupa modul memori memang

sama untuk setiap jenis tetapi mempunyai kelajuan yang berlainan

 

ii. Modul memori menggunakan produk keluaran dari syarikat yang berbeza. Walaupun kita

telah pastikan modul memori yang dibeli adalah dari jenis dan kelajuan yang sama tetapi setiap produk

mempunyai perbezaannya sendiri

 

iii. Kerosakkan static kerana kita cuai semasa proses pemasangan modul memori. Semasa

proses pemasangan kita mungkin telah memegang modul memori tanpa menyahcaskan diri dari elektrik

statik

 

Pengeluar Kelajuan Saiz Harga dalam RM

Kingston 266MHz 128/256/512MB 109/199/398

Apacer 266MHz 128/256/512MB 118/216/410

Kingston 333MHz 256/512MB 228/448

Apacer 333MHz 256/512MB 229/435

Jadual : Perbandingan harga memori.

Page 11: nota komputer

  

Rajah 3.2.2.4 (e): Contoh DRDRAM 184 pin.

 

3.2.2.5 CPU

CPU (Central Processor Unit) atau Unit Pemprosesan Pusat merupakan komponen utama yang

mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh dianggap sebagai otak kepada keseluruhan sistem

komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses menjadi maklumat yang dikehendaki dalam

komputer.

Kelajuan CPU dipengaruhi oleh dua faktor utama:

 

i. Kelajuan dalaman (Internal Bus)

atau dalam bahasa pasar dikenali

sebagai CPU speed. Kelajuan

1GHz, 2GHz dan sebagainya

merujuk kepada kelajuan

dalaman. Semakin tinggi maka

semakin lajulah data tersebut

diproses

 

ii. Kelajuan luaran (External Bus)

atau dikenali sebagai Bas Luaran

merupakan kelajuan diluar CPU

tersebut dan mesti disokong

dengan kelajuan motherboard. Ia

juga dikenali sebagai Front Bas.

Sekiranya Bas Luaran untuk CPU

tersebut adalah 400MHz maka

motherboard mesti mempunyai

kelajuan BAS yang sama.

 

Jenis

CPU

Internal

Bus

External

Bus

850MHz – 2.2GHz

66 – 100MHz

400MHz (1.7GHz keatas)

450MHz - 1.33GHz 133MHz

1.7 – 3.06 GHz 400 – 533 MHz

1.0 – 1.3GHz 200MHz

1700+ - 2800+ 266 - 333MHz

Page 12: nota komputer

Jadual 5: Perbezaan CPU Internal dan External BUS

 

  

3.2.2.6 Pemacu Cakera Liut (Floppy Disk Drive)

Pemacu cakera liut adalah peranti yang menerima cakera magnet fleksibel, iaitu cakera liut, dan

membaca atau menulis corak magnet yang sepadan dengan data yang hendak didapatkan kembali atau

disimpan.

Pemacu cakera liut tidak mempengaruhi prestasi terhadap komputer. Harga sekitar RM 25

sehingga RM 27. Kapasiti formatting 1.44MB.

 

Rajah3.2.2.6 : Pemacu cakera liut 1.44MB. 

Page 13: nota komputer

 Cakera Keras (Hard Disk)

Cakera keras adalah peranti jenis medium rakaman bermagnet yang terdiri daripada substrat

aluminium yang diselaputi atau dilapisi biasanya dikedua-dua belah degan bahan bermagnet.

Pemilihan cakera keras yang laju boleh mempengaruhi prestasi komputer. Cakera keras yang

dipilih mesti menyokong UDMA (ultra direct memory access ) dan kelajuan pusingan sekurangnya 5400rpm.

Sekiranya mampu kita boleh memilih cakera keras berkelajuan 7200 rpm.

Cakera keras merupakan storan sekunder yang boleh menyimpan serta mengeluarkan data dan

perisian dengan pantas jika dibandingkan dengan storan sekunder yang lain seperti pita magnetik, cakera

liut dan storan optik.

Semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flat cable) yang

mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayar maka kadar maksima perhantaran

data akan turun dari 133MB/s kepada 66MB/s.

 

Rajah 3.2.2.7 (a): Cakera keras dari jenama Quantum.

 Selain cakera jenis sambungan IDE (Integrated Drive Electronics) terdapat sejenis lagi cakera

keras yang dikenali sebagai SCSI (Small Computer System Interface) atau disebut ‘scuzzy’. Cakera keras

jenis ini sangat laju dan hanya sesuai digunakan pada pelayan (server) kerana harganya agak tinggi.

 

Rajah 3.2.2.7 (b): Perbezaan diantara IDE 80 dan 40 wayar .

Page 14: nota komputer

 

Jenama Kapasiti Kelajuan pusingan Harga dalam RM

Maxtor 30/40/60GB 5400 RPM 228/259/299

Seagate 20/40GB 5400 RPM 212/269

Western Digital 20/40GB 5400 RPM 220/259

Maxtor 20/30/40/80GB 7200 RPM 228/242/285/390

Seagate 40/80GB 7200 RPM 288/385

Jadual 3.2.2.7 : Perbandingan harga cakera keras.

 

3.2.2.8 Pemacu CDROM

Pemacu CDROM dari storan sekunder berasaskan stroran optik. Di pasaran sekarang, terdapat 3 jenis

pemacu CDROM yang popular :

 

i. Pemacu CDROM yang hanya boleh membaca cakera CD-ROM.

 

ii. .      Pemacu CDROM CDRW – CDROM jenis ini boleh membaca dan merakam. Sekiranya

menggunakan cakera jenis CD-R (CD-Recordable) iaitu cakera yang hanya boleh ditulis sekali sahaja maka

pemacu CDROM CD-RW hanya boleh menyimpan data tetapi tidak boleh mengubah data tersebut. Ia

sesuai untuk menyimpan data yang kekal seperti multimedia dan arkib. Sekiranya menggunakan cakera dari

jenis CD-RW, maka data tersebut dapat disimpan serta boleh dibuat perubahan sama seperti cakera keras

cuma pada kelajuan yang perlahan.

 

iii. Pemacu DVD (Digital Video Disk) kini amat popular kerana keupayaannya membaca cakera

DVD berkapasiti 17GB berbanding dengan cakera CD-ROM hanya sekitar 740MB. Pemacu DVD boleh

membaca cakera jenis CD-ROM biasa, CD-R dan DVD.

Page 15: nota komputer

Rajah 3.2.2.8 : Pemacu CDROM CD-RW jenama Yamaha

 

Jenama Kelajuan Harga dalam RM

Beng 40x 12x 48x 169

Lite-on 40x 12x 48x 200

Beng 48X 24x 48x 210

Lite-On 48X 24x 48x 220

Jadual 3.2.2.8 : Perbandingan harga pemacu CD-RW.

 3.2.2.9 Modem

Modem merupakan peranti output yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer lain

dengan menggunakan talian telefon. Menurut definasi dari kamus Fajar Bakti, modem bermaksud:

“Peranti yang boleh menukar strim bit digital menjadi isyarat analog yang sesuai untuk

penghantaran ke dalam beberapa saluran komunikasi analog (pemodulat), dan boleh menukar isyarat

analog masuk kembali menjadi isyarat digital (penyahmodulat).”

 

Dengan kata lain modem merupakan satu alat komunikasi untuk menukarkan maklumat dari

bentuk digital kepada analog (dari komputer ke talian telefon) dan menukar balik analog kepada digital (dari

talian telefon ke komputer).

Kelajuan paling tinggi bagi analog modem adalah 56Kbps. Perhatikan ‘b’ adalah huruf kecil maka

ukuran data komunikasi adalah di dalam bentuk bit bukan bait (byte). Tetapi semasa kita membawa turun

(download) fail dari Internet, ukuran yang digunakan adalah bait ( ‘B’ huruf besar). Sekiranya kelajuan

semasa membawa turun fail adalah 5KBps maka apabila ditukar di dalam bentuk bit, nilainya adalah 40Kbps

(5 x 8 bit).

 

Terdapat empat modem untuk talian analog :

Page 16: nota komputer

 

Internal modem

External modem

USB modem

PCMCIA modem

Rajah 3.2.2.9 (a) : Internal modem jenis slot PCI.

Rajah 3.2.2.9 (b) : External modem mempunyai procesor.

Rajah 3.2.2.9 (c) : USB Modem

Page 17: nota komputer

Rajah 3.2.2.9 (d) : PCMCIA modem.

 

 

Jenama Jenis Harga dalam RM

Aztech Internal 32

Artnet Internal 33

Aztech External 97

Arcnet External 98

Aztech USB 99

Arcnet USB 104

Jadual3.2.2.9 : Perbandingan harga modem.

 

3.2.2.10 Kad Paparan (Display Card)

Kad paparan dipasang pada komputer dislot yang ada pada papan induk (motherboard) atau terbina

dalam. Merupakan peranti yang akan disambung kepada peranti output seperti monitor dan adalah diantara

komponen yang penting menentukan prestasi sesuatu komputer. Tanpanya proses boot-up akan berhenti

dan speaker akan berbunyi menunjukkan kad paparan tidak dijumpai. Terdapat empat jenis kad paparan

dipasaran:

 

1.  ISA – beroperasi dalam 16 bit. Hanya sesuai untuk sistem 80286 sehingga 80486

2.   PCI – beroperasi dalam 32 dan 64 bit. Kad paparan jenis PCI 64 bit sering terdapat pada pelayan.

Kebanyakkan sistem komputer peribadi hanya menyokong PCI 32 bit

3.   AGP – beroperasi dalam 32 bit tetapi mempunyai sistem bus 66MHz berbanding dengan PCI yang

mempunyai sistem bus 33MHz.

4. Bina dalam (Built-in) – kebanyakkan motherboard sekarang mempunyai kad paparan bina dalam.

Motherboard jenis ini murah sebab tidak perlu menyediakan slot AGP. Dari segi prestasi, kad paparan bina

dalam tidak dapat menandingi kepantasan kad jenis AGP.

Terdapat dua jenis kad paparan bina dalam :

 

Page 18: nota komputer

a.      Menggunakan memori motherboard. Berkongsi. Saiz memory boleh diubah dari 2MB

sehingga 8MB

b.    Mempunyainya memorinya sendiri. Selalunya bersaiz 8MB dan mempunyai prestasi yang

lebih baik dari pilihan di atas

 

Rajah 3.2.2.10 : Kad Paparan jenis AGP

 

Jenama Saiz Memori dalam MB Harga dalam RM

NVidia 32 85

Riva 32 88

GeF MX400 64 115

Asustek V710SE 64 170

Aztech USB 99

Arcnet USB 104

Jadual 3.2.2.10 : Perbandingan harga kad paparan AGP.

 

3.2.2.11 Papan Kekunci (Keyboard)  

Papan kekunci adalah suatu tatasusunan kekunci yang boleh berupa butang berkapsen atau kawasan

bertanda pada suatu satah, dengan setiap kunci boleh menyebabkan tindakan atau isyarat diskret apabila

ditekan dengan jari.

Papan kekunci digunakan sebagai peranti input.

Terdapat berbagai bentuk dan fungsi papan kekunci ada dipasaran sekarang. Papan kekunci jenis 104 keys

berharga RM 18 sudah mencukupi untuk kegunaan biasa.

Page 19: nota komputer

Papan kekunci yang mahal mempunyai fungsi tambahan seperti butang multimedia, butang Internet,

speaker dan sebagainya.

 

Rajah 3.2.2.11 : Papan Kekunci. 

3.2.2.12 Tetikus (Mouse) 

Peranti penunjuk yang digerakkan oleh tangan dikeliling permukaan rata, gerakan di atas permukaan

dikomunikasikan kepada komputer dan menyebabkan gerakan sepadan kursor di atas paparan.

Tetikus merupakan peranti input untuk memudahkan kita menggunakan perisian berlandaskan tetingkap.

Seperti juga papan kekunci, tetikus juga mempunyai berbagai bentuk dan fungsi tambahan. Untuk

kebanyakkan pengguna, tetikus berharga RM 8 sudah mencukupi.

 

Rajah 3.2.2.12 : tetikus (mouse)

3.2.2.13 CPU Soket

Setiap CPU memerlukan soket yang berlainan. Oleh itu kita perlu tahu CPU yang dibeli mesti

mempunyai soket yang disokong oleh motherboard. Sebagai contoh CPU jenis Intel Celeron mempunyai

berbagai versi antaranya jenis soket 370 dan SECC Slot 1.

 Jenis Penyambung

Jenis CPU

Soket 1 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & Over Drive 

Soket 2 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4, Over Drive & 486 Pentium Overdrive

Soket 3 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & 486 Pentium Overdrive

Soket 4 Pentium 60/66, OverdriveSoket 5 Pentium 75-133, Pentium 75+ Overdrive,

Pentium MMX 166-233, K5 PR75~PR133, 6x86L PR120+, PR166+ - PR 233

Soket 6 486DX4 75-120Soket 7 Pentium 75-200, Pentium 75+ Overdrive,

Pentium MMX 166-233, K5 PR75-PR200, K6 166-300, K6-2 266-550, K6-2+ 450-550, K6-III 400-450, K6-III+ 450-500

Soket 8 Pentium Pro 150-200, Pentium II OverDrive 300-333,

SECC Slot 1 Celeron 266-300 (Covington)

Page 20: nota komputer

(Single Edge Contact Card) 

Celeron 300A-433 (Mendocino)Celeron 300A-533 (Mendocino PGA)Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128)Pentium Pro 150-200Pentium II 233-300 (Klamath)Pentium II 266-450 (Deschutes)Pentium III 450-600B (Katmai)Pentium III 533EB-1.13GHz (Coppermine)

SECC Slot 2 Pentium II Xeon 400-450 (Drake)Pentium III Xeon 500-550 (Tanner)Pentium III Xeon 600-1GHz (Cascades)

Soket 370 Celeron 300A-533 (Mendocino)Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128)Celeron 1.0A-1.4GHz (Tualatin)Pentium III 500E-1.13GHz (Coppermine)Pentium III 866-1.13GHz (Coppermine-T)Pentium III 1.0B-1.33GHz (Tualatin)Cyrix III 533-667 (Samuel)

Soket 370 Celeron 300A-533 (Mendocino)Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128)Celeron 1.0A-1.4GHz (Tualatin)Pentium III 500E-1.13GHz (Coppermine)Pentium III 866-1.13GHz (Coppermine-T)Pentium III 1.0B-1.33GHz (Tualatin)Cyrix III 533-667 (Samuel)

Slot A Athlon 500-700 (K7)Athlon 550-1GHz (K75)Athlon 700-1GHz (Thunderbird)

Soket A Duron 600-950 (Spitfire)Duron 1.0GHz (Morgan)Athlon 750-1.4GHz (Thunderbird)Athlon 4 850 (mobile Palomino)Athlon MP 1.0GHz-2100+ (Palomino)Athlon MP 2000+ (Thoroughbred)Athlon XP 1500+-2100+ (Palomino)Athlon XP 1700+(Thoroughbred)Athlon XP 2500+(Barton)

Soket 423 Pentium 4 1.3GHz-2.0GHz (Willamette)Pentium 4 1.6A (Northwood)Celeron 1.7GHz (Willamette)

Soket 478 Celeron 1.7GHz-1.8GHz (Willamette)Celeron 2.0GHz (Northwood-128)Pentium 4 1.4GHz-2.0GHz (Willamette)Pentium 4 1.6A (Northwood)

Soket 603 & 604

Xeon 1.4GHz-2.0GHz (Foster)Xeon 1.8GHz (Prestonia)Xeon MP 1.4GHz-1.6GHz (Foster MP)Xeon MP 1.5GHz (Gallatin)

PAC418 Itanium 733-800 (Merced)PAC611 Itanium 2 900MHz (McKinley)Soket 754 Athlon 64 1GHz+ (Clawhammer)

Athlon 64 1GHz+ (San Diego)Soket 940 AMD 1GHz+ (Sledgehammer)

Jadual 3.2.2.13 : Jenis soket yang sesuai untuk CPU berlainan. 

 

Page 21: nota komputer

Rajah 3.2.2.13 (a) : Soket 478 Pentium 4. 

Rajah3.2.2.13 (b) : Soket A untuk Althon dan Duron.

Rajah 3.2.2.13 (c) : Soket 370 untuk Pentium III dan Celeron. 

Rajah 3.2.2.13 (d) : Soket jenis SECC untuk Pentium II dan Celeron.    

 3.2.2.14 Bekalan Kuasa (Power Supply)

Dalam setiap casing terdapat unit bekalan kuasa. Unit bekalan kuasa ini diukur dengan kekuatan

kuasa atau dikenali juga sebagai watt.

Formula kiraan untuk watt adalah P = IV, dimana P adalah Power (watt), I adalah Current (Amp)

dan V untuk Voltan (volt).

Kuasa setiap bekalan kuasa berbeza mengikut saiz casing. Semakin besar saiz casing, unit

bekalan kuasa yang dibekalkan semakin besar. Ini kerana casing yang besar membolehkan lebih banyak

peralatan dipasang ke dalam casing tersebut.

Page 22: nota komputer

 

Terdapat dua jenis unit bekalan kuasa yang sering digunakan iaitu :

 

1.      Jenis AT – unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis OFF dan ON.

 

2. Jenis ATX – unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis seperti butang yang lembut seperti butang

RESET. Untuk mengaktifkan kita hanya perlu menekan sekali butang Power. Sekiranya kita menekan

butang tersebut lagi sekali bekalan kuasa tidak akan dimatikan. Unit bekalan kuasa jenis ini akan mati

dengan sendiri apabila perisian Windows melakukan sistem shutdown. Tetapi sekiranya proses ini

juga gagal, kita boleh mematikan untuk bekalan kuasa dengan menekan butang power selama 5 saat.

Kebanyakkan masa kini unit bekalan kuasa dibekalkan dari jenis ATX.

3.

Rajah 3.2.2.14 (a) : Contoh ATX power supply 

 

Rajah 3.2.2.14 (b) : Suis ON/OFF untuk jenis AT.

 

Page 23: nota komputer

Rajah 3.2.2.14 (c) : Sebelah kiri berlabel P8 dan disebelah kanan berlabel P9.

Rajah 3.2.2.14 (d) : Pemasangan kabel kuasa ke papan induk. 

Rajah 3.2.2.14 (e) : Soket kuasa jenis ATX. 

Rajah 3.2.2.14 (f) : Soket kuasa jenis ATX

 Pemasangan soket kuasa ke papan induk perlu dilakukan dengan berhati-hati terutama pada jenis

AT. Ini kerana jenis ini mempunyai dua soket yang perlu disambung pada papan induk. Soket ini dilabel

dengan P8 dan P9, oleh itu pastikan wayar hitam kedua-dua soket tersebut diletakkan bersebelah dan

pastikan kesemua pin dimasukkan sepenuhnya. Pemasangan soket kuasa untuk jenis ATX tidak membawa

sebarang masalah kerana kesilapan pemasangan tidak mungkin berlaku.

 

Page 24: nota komputer

Rajah 3.2.2.14 (g) : Menunjukkan perbezaan voltan untuk warna berlainan.

 

Rajah 3.2.2.14 (h) : Penyambung untuk CDROM dan Cakera Keras.

Rajah 3.2.2.14 (i) : Penyambung ini untuk Pemacu Cakera Liut. 

Rajah 3.2.2.14 (j) : Satu soket berpecah menjadi dua.

 Sekiranya kita kekurangan soket untuk bekalan kuasa, pemasangan alat splitter seperti rajah 3.2.2.14 (j)

dapat membantu. Ini amat diperlukan sekiranya penambahan peralatan seperti cakera keras ketiga atau

pemasangan CDROM kedua dilakukan

Page 25: nota komputer

 

Rajah 3.2.2.14 (k) : Menukar dari penyambung jenis besar kepada kecil.

 

Rajah 3.2.2.14 (l) : Kipas untuk bekalan kuasa.

 Penambahan kipas tambahan di dalam kotak casing amatlah baik untuk mengeluarkan haba panas.

Semasa memasang kipas tambahan pastikan:

 

1. Angin mestilah menghembus keluar dari casing. Sekiranya pemasangan kipas menyedut angin dari luar

casing masuk ke dalam maka semua habuk dari luar akan disedut.

 

2. Kipas menggunakan 12 volt. Kabel pada kipas berwarna merah dan hitam. Tetapi kabel merah perlu

disambungkan dengan kabel kuning yang datang dari unit bekalan kuasa PC sebab kabel kuning

membekalkan 12 volt. Sekiranya kita menyambung ke kabel merah maka hanya cas 5 volt dibekalkan. Ini

menyebabkan kipas akan berputar dengan perlahan.

 

   

3.2.2.15 Penyambung

Page 26: nota komputer

 

Rajah 3.2.2.15 (a) : Penyambung papan kekunci jenis IBM.

Rajah 3.2.2.15 (b) : Jenis penyambung yang ada pada PC jenis ATX

 

Rajah 3.2.2.15 (c) : Penyambung pada kad bunyi.

 

Page 27: nota komputer

Rajah 3.2.2.15 (d) : Menukar soket papan kekunci PS/2 kepada IBM.

Rajah 3.2.2.15 (e) : Pemacu cakera liut menggunakan kabel rata 34 pin.

 

Rajah 3.2.2.15 (f) : Menggunakan kabel rata 34 pin jenis ini untuk disambung kepda cakera liut .

 

 

Rajah 3.2.2.15 (g) : Cakera keras menggunakan kabel rata 40 pin .  

Walaupun jumlah pin yang ada pada cakera keras adalah 40 pin tetapi terdapat dua jenis kabel rata untuk

cakera keras iaitu menpunyai 40 dan 80 wayar. Kabel jenis 80 wayar boleh menyokong kelajuan yang lebih

tinggi. Pastikan kita hanya menggunakan kabel jenis 80 wayar untuk cakera keras dan 40 wayar untuk

pemacu CDROM.