nota srengenge

32

Upload: lokman-samian

Post on 30-Dec-2014

112 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ASSIGNMENT USM

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Srengenge
Page 2: Nota Srengenge

Latar Belakang Shahnon Ahmad

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Banggol Derdap, Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia.

Beliau mendapat gelaran Sasterawan Negara yang dianugerahkan pada tahun 1982 dan merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Shahnon juga merupakan bekas Ahli Parlimen dan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen Sik (P.13) dan menang.

Keluarga

Ayah beliau merupakan seorang posmen, bernama Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar yang berasal dari Medan, Sumatera, dan meninggal dunia pada tahun 1981. Haji Ahmad telah mengembara sewaktu mudanya dan telah berkahwin dengan ibu Shahnon serta menetap di Sik. Haji Ahmad pernah menjadi perisik di era Perang Dunia Kedua kepada pihak British bagi mencari maklumat-maklumat rahsia tentang gerakan-gerakan pihak Jepun.

Ibu Shahnon, Hajah Kelsum binti Haji Mohd Saman, berasal dari kampong Poseng, Pattani, Thailand. Dia merupakan generasi kedua daripada keturunan Pattani yang berpindah dan bermastautin di Kampung Banggul Derdap. Semua penduduk di kampung itu adalah kaum keluarganya sendiri. Seperti juga kaum keluarganya, Mak Kelsum bekerja sebagai petani di sawah pusaka tinggalan bapanya.

Pendidikan

Dato’ Shahnon Ahmad mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sik pada tahun 1941. Setelah lulus Darjah V (1946), beliau menuntut pula di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sejak dari tahun 1947 hingga 1953.

Pada tahun 1954, Shahnon bekerja sebagai guru dan bertugas di Grammer English School di Kuala Terengganu.

Dari tahun 1955 hingga 1956 beliau mendapat latihan sebagai Pegawai askar Melayu Di Raja, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Oleh kerana tidak berkelayakan, beliau kembali bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah(1957-1959).

Page 3: Nota Srengenge

Zaman kanak- kanak dan remaja

Pada zaman kanak-kanaknya, Shahnon menjalani penghidupannya di Kampung Derdap.

Shahnon dikenali sebagai kanak-kanak yang pendiam, pemalu dan tidak suka bercampur gaul dengan orang lain.

Aktiviti yang sering dilakukan adalah mengikut ibunya ke sawah setiap hari. Semasa memasuki tahun persekolahan di Sekolah Melayu Sik, Shahnon terpaksa menyesuaikan diri dalam suasana persekolahan yang penuh dengan keriuhan, perlumbaan dan cabaran.

Pada zaman remajanya, Shahnon bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid yang merupakan tempat yang berlainan sekali dengan suasana di kampung atau sekolah asalnya. Di sini, beliau bertemu lagi dengan mereka yang pelbagai kaum dan dari beberapa daerah di seluruh Kedah.

Pada zaman persekolahan ini, Shahnon tidak menunjukkan kecenderungan pada kesusasteraan, tetapi lebih suka berlawak jenaka sahaja. Perwatakannya sebagai orang yang datang dari ‘hulu ‘ dan cara bertuturnya pelat Pattani menjadi bahan ketawa dan sindiran rakan sekolahnya.

Secara psikologi, ejekan dan sindiran itu menambahkan keyakinan diri, dan apabila hal itu sudah menjadi sebati, ini dijadikan pula sebagai bahan jenakanya.

Pekerjaan sebelum bergelar sasterawan.

Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai pegawai penyelidik di Australian National University (ANU).

Beliau mengambil kesempatan itu untuk terus menuntut di ANU sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971.

Sekembalinya ke tanah air, Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan tidak lama selepas itu, ditawarkan berkhidmat di Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah dalam tahun 1974.

Di sinilah beliau memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1975. Shahnon kemudiannya dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sejak awal tahun 1979.

Page 4: Nota Srengenge

Mulai Jun 1980, Shahnon dilantik sebagai Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 1982, Shahnon dilantik pula menjadi profesor penuh di universiti yang sama.

Sebahagian karya Shahnon Ahmad

Anjing-anjing (1964) Debu merah (1965) Rentong (1965) Terdedah (1965) Ranjau Sepanjang Jalan (1966) Protes (1967) Perdana (1969) Srengenge (1973) Sampah (1974)

Perihal Srengenge

Srengenge menurut Shahnon Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang

bermaksud matahari. Tapi dalam novel ini Srengenge adalah nama bagi sebuah

bukit di sebuah kampung. Bukit Srengenge.

Kewujudan sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dapat dilihat di Sik, Kedah,

tempat kelahiran penulis, Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik itu

memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Dari nama Enggang itu Shahnon

Ahmad menukarkannya kepada nama Srengenge.

Novel Srengenge ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain,

antaranya bahasa Inggeris, bahasa Rusia dan bahasa Thai.

Srengenge membawa konflik antara manusia dengan unsur-unsur animisme.

(Shahnon Ahmad Dalam Esei dan Kritikan : 114)

Shahnon Ahmad memulakan novel Srengenge ini dengan kata,

‘Srengenge tersergam hodoh macam setan.’ Permulaan novel ini seakan

menceritakan segalanya yang tersirat. Srengenge dan setan. Bagaimana Bukit

Srengenge telah dijadikan oleh setan sebagai bahan untuk menyesatkan

penduduk Kampung Kaki Srengenge.

Page 5: Nota Srengenge

Bab 1 (Amirah)

Sinopsis

Srengenge digambarkan tersergam hodoh bagai syaitan.Sudah beberapa kali

topik Srengenge menjadi pergaduhan antara Awang Cik Teh dan Keghesum.Bagi Awang

Cik Teh, bukit itu perlu ditebas, ditebang, dibakar, ditajuk dan mesti dijadikan huma.

Namun, Keghesum sebagai seorang isteri tetap mempersoalkan tindakan Awang Cik

Teh itu. Awang Cik Teh sedikitpun berasa tidak tersinggung dengan Keghesum, malah

berasa geli hati dengan sikap isterinya itu yang diibaratkan seperti nasi kerak yang

begitu cepat kembang. Keghesum mengingatkan Awang Cik Teh tentang tentangan yang

bakal timbul sekiranya usul itu disuarakan seperti mana yang pernah berlaku suatu

ketika dahulu apabila Syarikat Baja hanya mampu beroperasi tiga empat bulan sebelum

dihentikan apabila Siddik muncul membuat tuduhan. Hakikatnya, Siddik iri hati kerana

tidak mendapat bantuan seperti orang lain kerana dia tidak mengusahakan sebarang

tanaman, sebaliknya membiarkan lalang tumbuh di tanahnya.

Begitu juga dengan Diah yang melemparkan tuduhan apabila tidak berpuas hati

kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya meninggal, justeru menyebabkan dia

tidak memperoleh sebarang bantuan daripada Syarikat Mati. Bukan itu sahaja,

tentangan terhadap Awang Cik Teh menjadi lebih hebat apabila Awang Cik Teh

bukanlah anak jati Srengenge. Walaupun pelbagai perkara dipersoalkan oleh keghesum,

sedikitpun semangat Awang Cik Teh yang berkobar- kobar itu terjejas. Harapannya

yang tinggi diletakkan kepada Imam Hamad memandangkan Imam Hamad adalah

ketua. Awang Cik Teh sedar bukan mudah untuknya memugar Srengenge seorang diri

dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi dan bahaya binatang buas yang

pelbagai.Tambahan pula, sakit di perdu pahanya itu kian menjadi-jadi.Walaupun

Keghesum seolah-olah tidak bersetuju, namun jauh di sudut hati Awang Cik Teh, dia

tahu isterinya pasti akan menurut juga akhirnya.

Persoalan

1. Keutuhan hubungan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga.

Walaupun Keghesum sering bertelagah dan tidak bersependapat dengan Awang Cik

Teh, Awang Cik Teh tahu yang sebenarnya isterinya itu seorang isteri yg patuh dan taat.

Awang Cik Teh juga sering mengusik isterinya.(ms 2-3,11,12)

2. Kebencian terhadap perkara tahyul

Jelas ditunjukkan Awang Cik Teh yang berazam untuk memugar Srengenge kerana

kegiatan2 yang tidak berperikemanusiaan yang dijalankan di hutan tersebut di samping

masyarakat kampung di situ yang begitu taksub dengan kehebatan Srengenge yang

dikatakan berpenunggu itu.

3. Peranan lelaki sebagai seorang suami dan ayah

Page 6: Nota Srengenge

Awang Cik Teh telah berjaya memainkan peranannya sebagai suami kepada Keghesum,

dan juga ayah kepada anak-anaknya, Kadir dan Musa.Namun, keputusannya untuk

memugar Srengenge itu adalah kerana dia merasakan peranannya sebagai ahli

masyarakat masih diperlukan.(ms 6)

4. Peranan isteri dalam rumah tangga

Keghesum walaupun selalu tidak bersependapat dgn Awang Cik Teh, namun dia sangat

setia dan akhirnya akur kepada permintaan Awang Cik Teh.Selain itu segala perkara yg

dilakukan oleh Awang Cik Teh akan dibantunya.(ms 12)

5. Muafakat

Setiap suatu perkara yang dilakukan dalam kelompok yang besar haruslah mempunyai

persetujuan dari semua ahli.Justeru Awang Cik Teh berpendapat bahawa semua anak

buah Srengenge pasti akan turut setuju sekiranya dia berjaya meyakinkan Imam Hamad

tentang hasratnya itu.(ms6)

6. Masyarakat yang menghargai alam sekitar

Salah satu tujuan utama Awang Cik Teh memugar Srengenge adalah untuk digantikan

dengan tanaman yang lebih bermanfaat seperti labu, kacang dan kangkung,pisang awak

raja,timun dendang lonjong, peria, ubi keling dan banyak lagi.(ms 1 dan 13)

Watak dan perwatakan

1. Awang Cik The

a. mempunyai isteri bernama Keghesum

b. mempunyai anak, Kadir dan Musa(ms 7)

c. berasal dari Rantau Laban,Tebing Tinggi, Sumatera, Indonesia(ms 4)

d. pernah bekerja sebagai kuli sukat tanah(ms 10)

e. 55 tahun(ms 14)

f. mempunyai 3 org cucu.(ms 13)

g. optimis-tidak mengalah walau apa pun yang menghalangnya daripada

menutuh Srengenge

h. penyayang-sgt menyayangi keluarga dan isterinya walaupun sering

bertelingkah.

i. berdikari-tidak mengharapkan bantuan anak2nya untuk memugar

Srengenge dan tidak bergantung hidup pada mereka(ms 5)

j. berani-sanggup merantau dari jauh merentasi Selat Melaka.(ms 10)

2. Keghesum

a. isteri Awang Cik The

b. surirumah

Page 7: Nota Srengenge

c. seorang janda, anak petani(Pattani)ms 11.

d. isteri yang setia dan patuh-membantu Awang Cik Teh dalam setiap

perkara yang dilakukan

e. kuat bekerja-tidak suka duduk bersahaja(ms 7)

3. Siddik dan Diah

a. iri hati terhadap Awang Cik Teh dan melemparkan tuduhan kepadanya

mengenai Syarikat Mati dan Syarikat Baja.

Latar

1. Masyarakat

a. Masyarakat yang iri hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain.

Jelas dipamerkan oleh Siddik dan Diah yang masing2 tidak berpuas hati

dengan Syarikat Baja dan Syarikat Mati hanya kerana mereka tidak

mendapat bantuan.ms4

b. Masyarakat yang tidak suka duduk bersahaja tanpa membuat apa-

apa. Ditunjukkan oleh Awang Cik Teh dan Keghesum yang berasa tidak

senang sekiranya tiada kerja yang perlu dilakukan. Awang Cik Teh turut

percaya sakit perdu pahanya itu hanya akan hilang sekiranya dia

membuat pekerjaan iaitu memugar Srengenge.

2. Tempat

a. rumah Awang Cik Teh, berhampiran Bukit Srengenge.

3. Masa

a. waktu siang hari,selepas Awang Cik Teh selesai makan

Bab 2 (Farah)

Sinopsis

Bab dua bermula dengan penerangan mengenai aktiviti penduduk kampunge

ketika tempoh sesudah menanam padi hingga tiba tarikh mengerat. Telah juga

dinyatakan Imam Hamad yang sibuk dengan Si Jebatnya dan kemahuannya untuk

menyabungnya dengan Si Didik kepunyaan Diah. Si Didik digambarkan mempunyai

sisik yang tidak genap dan kepaknya yang berbingkas ciding.

Imam Hamad berniat untuk pergi ke Bukit Srengenge bersama-sama Diah

keesokan paginya selepas subuh untuk meracik tekukur. Mereka kerap meracik dan

dikatkan pergi ke Srengenge selang tiga hari. Dia sangat berang apabila terserempak

dengan Siddik yang menepuk pelanduk kerana kawasan Srengenge sangat besar dan

mengganggu aktivitinya untuk meracik tekukur.

Sebab Siddik menepuk pelanduk, bukannya kerana dagingnya, tetapi dia rasakan

satu kenikmatan apabila terdapat tepukan atas daun medang dan apabila keempat-

empat kaki pelanduk terkoyak.

Page 8: Nota Srengenge

Useng pula menjebak landak. Pelanduk tidak akan datang sekiranya terdapat

landak disebabkan baunya yang hamis dan hapak. Sebab Useng menjebak pelanduk

pula bukan kerana dagingnya juga, tetapi dia rasakan kenikmatan apabila landak

mengembang dan mengeluarkan bunyi rintihan. Bunyi rintihan landak dan duri-duri

tajam yang berlaga dianggap satu kepuasan. Tekukur dan pelanduk takut akan landak.

Saad Cik Lah yang menggetah puling dan punai menjejaskan aktiviti Useng.

Tujuan utamanya kerana dia suka melihat burung itu menggelupur yang menambahkan

lagi getak geluk yang liat di bulunya, dan kalau burung itu tidak mati, dia akan

campakkan sahaja ke dalam sangkar besar di rumahnya. Kerengga-kerengga yang

menokak-nokak bulu di perut dan mata burung itu, menggembirakan hati Saad Cik Lah.

Semua orang tidak akan datang ke Srengenge apabila padi masak tidak habis

diangkat naik jelapang. Awang Cik Teh berniat untuk mengutarakan hajatnya tentang

Srengenge kepada Imam Hamad kerana Imam Hamadlah tunjangnya. Awang Cik Teh

tidak melarang, sesiapa hendak melakukan aktiviti itu, tetapi bukan sepanjang hari

dalam musim menunggu padi masak.

Persoalan

1. Nilai kemanusian kepada haiwan.

2. Aktiviti yang dilakukan ketika masa lapang.

3. Kesungguhan untuk memastikan sesuatu perkara berjaya.

Bab 3 (Nina)

Peristiwa penting

Awang Cik Teh dan Keghesum bertandang ke rumah Imam Hamad untuk

menyuarakan cadangan memugar Srengenge.

Imam Hamad sedang bersiap sedia untuk pergi meracik bersama Diah pada

keesokan harinya.

Sebelum Imam Hamad sempat menyuarakan pendapatnya, Hajah Munah sudah

membongkarkan rahsia.

Imam Hamad ingin menolak namun Awang Cik Teh memberinya masa dan

keputusannya ditangguhkan pada minggu hadapannya.

Persoalan

1. Kegigihan seseorang untuk menyuarakan pendapatnya

- Awang Cik Teh gigih pergi ke rumah Imam Hamad pada waktu malam untuk

memberitahu isi hatinya.

2. Cabaran yang dihadapi dalam melakukan sesuatu impian

Page 9: Nota Srengenge

- Awang Cik Teh menghadapai cabaran di mana Imam Hamad hamper menolak

cadangannya, namun dia tahu bahawa dia perlu bersabar dan member masa

kepada Imam Hamad untuk berfikir terlebih dahulu.

3. Sikap malas dan tidak mahu berusaha yang ada pada kaum lelaki

- Imam Hamad mempersoalkan tentang anak-anak muda kaki bukit Srengenge

yang suka mengayun buah sahaja pada setiap masa

Watak & Perwatakan

1. Awang Cik Teh

a. Menghormati ketua : Memberitahu cadangannya pada Imam

Hamad sebagai tanda menghormatinya

b. Rasional : Tidak memberitahu pendapatnya apabila melihat

Imam Hamad sedang khusyuk bercerita tentang meracik di Srengenge

c. Penyabar : Tidak menggesa keputusan dari Imam Hamad

tentang cadangannya

2. Imam Hamad

a. Hormati orang tua : Menghormati Awang CIk Teh dan tidak mentah-

mentah menolak cadangannya.

b. Tidak tetap pendirian : Imam Hamad sentiasa mengikut ombak dan

tidak berpihak pada mana-mana pihak.

3. Keghesum

a. Tidak pandai menyimpan rahsia : Memberitahu cadangan suaminya

pada Hajah Munah ketika di dapur sebelum Awang CIk Teh sendiri

menyampaikan isi hatinya pada Imam Hamad.

4. Hajah Munah

a. Hormat suami ketika tiada tetamu namun sebaliknya apabila di

hadapan tetamu

Latar

1. Tempat

a. Denai perjalanan dari rumah Awang Cik Teh ke rumah Imam Hamad

b. Ruang tamu rumah Imam Hamad

c. Dapur rumah Imam Hamad

2. Masa

a. Malam waktu Isyak

3. Masyarakat

a. Tidak bekerjasama dan bersatu padu

b. Menghormati suami

c. Mundur

d. Suka meracik

e. Menghormati peranan ketua

Bab 4 (Awin)

Page 10: Nota Srengenge

Peristiwa Penting

Imam Hamad dan Diah sedang dalam perjalanan menuju ke Bukit Srengenge

untuk pergi meracik. Imam Hamad turut memberitahu Diah tentang berita Awang Cik

The yang datang ke rumahnya semalam untuk membincangkan hal meruntuhkan Bukit

Srengenge.

Persoalan

1. Sikap prejudis terhadap orang lain yang boleh mengeruhkan hubungan

kemasyarakatan.

Imam Hamad dan Diah menganggap kehadiran sahabat lain seperti Siddik,

Saad Cik Lah, dan Useng untuk melakukan aktiviti masing-masing bakal

memusnahkan impian mereka untuk berjaya dalam meracik hari itu.

2. Kepentingan Bukit Srengenge kepada penduduk kaki Bukit Srengenge, iaitu

tempat mereka menjalankan aktiviti kegemaran dan hobi mereka. Contohnya,

menggetah puling, menjebak landak, dan menangkap pelanduk.

Sementara menunggu waktu padi masak, penduduk kampong Bukit

Srengenge akan menjalankan hobi mereka yang banyak tertumpu di kawasan

Bukit Srengenge.

3. Sikap tidak bertolak ansur yang lahir kerana lebih mengutamakan kepentingan

diri sendiri.

Imam Hamad dan Diah masing-masing mahu mereka sahaja yang ada di Bukit

Srengenge pada waktu itu agar kegiatan meracik mereka tidak diganggu.

4. Obses terhadap sesuatu perkara kadangkala boleh membawa kepada kebaikan

dan keburukan.

Boleh membawa kebaikan, contohnya Diah yang sampai di rumah Imam

Hamad tepat pada waktunya kerana dia sangat menggemari kegiatan

meracik.

Boleh juga membawa keburukan, contohnya mengenepikan orang lain

asalkan kemahuan diri dapat diteruskan.

5. Kaum lelaki yang mendominasi rumah tangga dan memiliki kuasa sepenuhnya

dalam hal ehwal rumah tangga.

Imam Hamad keluar rumah tanpa memberitahu isterinya, Hajah Munah.

Isterinya turut menyiapkan makanan untuknya keluar meracik di waktu

dinihari.

6. Menghargai warisan nenek moyang turun-temurun.

Imam Hamad berasa bangga menjadi penduduk kaki Bukit Srengenge kerana

dirasakan kehadiran Bukit Srengenge adalah satu kemegahan baginya.

Watak Perwatakan

1. Hajah Munah

Penyayang

Page 11: Nota Srengenge

Isteri yang bertanggungjawab

2. Imam Hamad

Tidak kuat pegangan agama (tidak menunaikan solat subuh)

Mementingkan diri sendiri (ms 40)

Bermuka-muka (ms 41)

Ego dan bangga diri (ms 42)

Hipokrit (ms 42)

3. Diah

Menepati waktu

Bangga diri (dengan kehebatan Didik)

Suka berburuk sangka

Berfikiran kolot

Suka memandang rendah pada orang lain (ms 44)

Latar

1. Masa

a. Waktu sebelum dan selepas subuh

2. Masyarakat

a. Masyarakat yang sanggup bermusuhan demi mencapai kemahuan sendiri

b. Masyarakat yang sering berburuk sangka dan prejudis terhadap orang

lain

c. Masyarakat yang masih berpegang pada kepercayaan karut

d. Masyarakat yang menyanjung warisan dan pusaka tinggalan nenek

moyang

e. Masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan

tradisional

3. Tempat

a. Dalam perjalanan menuju ke Bukit Srengenge

b. Rumah Imam Hamad

Bab 5 (Ainun)

Peristiwa Penting

Imam Hamad telah membunuh tekukur kesayangannya Jebat dan berasa sangat

menyesal akan perbuatannya setelah mengetahui kehadiran sewah yang menjadi punca

kebaculan Jebat. Dia serta-merta membuat keputusan untuk memugar Srengenge

kerana sudah serik dengan peristiwa yang berlaku keatas dirinya.

Persoalan

1. Sifat kemanusian yang kian terkikis.(m/s 50)

Page 12: Nota Srengenge

Imam Hamad dengan kejam menyiksa dan membunuh Jebat dengan kejam.

2. Sikap terburu-buru membawa padah.(m/s 49)

Imam Hamad bertindak membunuh Jebat tanpa usul periksa akan kehadiran

sewah yang benar-benar menakutkannya.

3. Kekurangan penghayatan terhadap alam sekitar (m/s46).

Imam Hamad dan Diah amat mahir tentang selok-belok Srengenge, tetapi

tidak pernah cuba menghayati kenindahan alam dan kaunikan Srengenge.

4. Peranan pemimpin dalam membuat keputusan.

Imam Hamad perlu menentukan sama ada mahu memugar Srengenge atau

tidak. Namun, dia masih mengira kesepakatan penduduk kampung agar

segala masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Watak & Perwatakan

1. Imam Hamad

a. Serba-salah kerana telah membunuh Jebat(m/s 52).

b. Berfikir-fikir sama ada hendak berkunjung ke rumah Awang Che Teh

dengan segera ataupun tidak(m/s57).

c. Berat untuk menentukan keputusan memugar Srengenge.(m/s59-60)

d. Panas baran

e. Tidak berperikemanusiaan

f. Mementingkan diri sendiri

2. Diah

a. Memikirkan punca Imam Hamad membunuh Jebat.(m/s 54)

b. Bimbang bahawa Imam Hamad akan terpengaruh dengan Awang Che Teh

untuk memugar Srengenge.

3. Hajah Munah

a. Sabar dengan sikap panas baran Imam Hamad yang kasar dalam

menjawab segala pertanyaan isterinya yang pelik akan keadaannya

setelah pulang dari memugar.

Latar

1. Latar Masyarakat

a. Aktiviti berdenak tekukur(m/s47-48)

i. Diah

- Cari kawasan tanah lapang untuk mencacak tumang tali Si Didik di

Tanah.

- Kaki racik ditekan masuk ke dalam tanah,berbaris-baris gelung-gelung

ekor kuda.

- Bersembunyi dalam semak.

- Menumpukan perhatian terhadap conggoh dahan merbau yang bakal

dihinggapi tekukur.

Page 13: Nota Srengenge

ii. Imam Hamad

- Cari tempat yang selamat.

- Cacak tumang tali kuat-kuat dan atur racik.

- Bersembunyi dalam semak.

b. Masyarakat yang berada di bawah satu kepimpinan.

i. Imam Hamad berhak memanggil penduduk kampung untuk

mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keputusan untuk

memugar Srengenge.

ii. Diah sendiri takut akan perubahan Imam Hamad kerana dia tahu

bahawa segala keputusan berada di bawah ketua kampung iaitu Imam

Hamad sendiri.

c. Masyarakat yang mementingkan diri.

i. Imam Hamad terus bertekad untuk memugar Srengenge setelah benar-

benar menyesal dangan pembunuhan Jebat dan mahu segera berhenti

meracik padahal dia sebelum ini menolak cadangan Awang Che Teh

kerana minatnya terhadap tekukur.

ii. Diah pula jelas terus memikirkan kesan peristiwa pembunuhan Jebat

iaitu keputusan Imam Hamad untuk memugar Srengenge. Dia lebih

bimbang mengenai hobinya daripada terkesan dengan pembunuhan

kejam Jebat.

Bab 6 (Sakinah)

Synopsis

Bab ini menceritakan mengenai perihal hasrat Awang cik Teh untuk memugar

Bukit Srengenge. Dimulakan cerita dengan perihal kepulangan Kadir untuk

menunjukkan anaknya kepada ibunya, Keghesum. Keghesum menceritakan mengenai

hasrat Awang cik the untuk membuka srengenge kepada anaknya namun gagal

mendapat sambutan minnat anaknya.

Awang Cik Teh sekeluarga menerima kunjungan Imam Hammad dan Hajah Munah

untuk membincangkan mengenai hasrat Awang Cik Teh. Imam Hammad menunjukkan

respon positif dan ini sangat menggembirakan Awang Cik Teh sehingga hilang sakit di

perdu pahanya. Walaubagai manapun, Imam Hammad mencadangkan untuk

mengadakan mesyuarat dengan penduduk kaki bukit terlebih dahulu tanpa kehadiran

Awang Cik Teh dan isterinya (supaya kurang perdebatan mengenai isu memugar bukit)

Page 14: Nota Srengenge

Persoalan

1. Kasih sayang dalam ahli keluarga

a. Kasih sayang keghesum kepada suaminya, Awang cik Teh.

b. Kadir-keluarga. Balik ke kampung bagi menunjukkan anaknya

2. semangat kejiranan

a. adab bertamu

3. Menghormati ketua

4. Peranan isteri sebagai pembantu suami

5. Peranan lelaki sebagai ketua keluarga

6. Kebijaksanaan dalam mendapatkan persetujuan

7. Kerapuhan pegangan agama

Watak & Perwatakan

1. Awang Cik Teh (Pak Su)

a. Suami Keghesum,Ayah Kadir dan Musa

b. Tegas dalam memdidik anak-anak-membiarkan anak-anak berdikari-

tidak suka mereka merungut tentang masalah hidup

c. Rasional-menerima baik cadangan Imam Hammad supaya dia tidak

terlibat sama dalam mensyurat dengan anak buah yang lain.

d. Gigih- sanggup memugar Srengeng bersendirian sekiranya tidak

mendapat sambutan imam Hammad

e. Bijak- mencadangkan agar dihidangkan nasi yang sedap-sedap kepada

Imam Hammad dan isteri supaya mereka terhutang budi kepadanya dan

seterusnya memudahkan mereka untuk menpersetujui cadangan Awang

Cik Teh.

f. Tidak mengharapkan pada hasil Bukit Srengenge pada awal

pembukaannya-minda masyarakat yang perlu diubah!

g. Penyayang-mengusap-usap ubun cucunya.

h. Tidak taat kepada agama- sanggup meninggalkan sembahyang hanya

kerana sakit yang tidak kronik.masih boleh bekerja.

i. Menghormati ketua-meminta pendapat Imam Hammad berkenaan

hasranya untuk membuka Bukit Srengenge.

2. Keghesum (Mak Su)

a. Isteri Awang Cik Teh (ACT), ibu kepada Kadir dan Musa

b. Mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak-Kadir pulang untuk

membawa anaknya

c. Rajin bercerita

d. Tidak berpendirian tetap-membantah tindakkan suaminya untuk

membuka syarikat, namun akhirnya bersetuju juga.

Page 15: Nota Srengenge

e. Taat kepada suami-masak nasi seperti yang dikehendaki oleh ACT.

f. Rajin solat.

3. Kadir

a. Anak ACT dan Keghesum, telah berkahwin

b. Isterinya pendiam

c. Menghormati ibu bapa- balik ke kampung membawa cucu.menziarahu

keluarga di kampung. Tidak bersangka buruk tentang ketegasan ACT,

tidak menyampuk perbualan ibu bapanya.

d. Bijak mebaca perlakuan orang lain- mengetahui tujuan kedatangan Imam

Hammad dan isterinya

e. Ambil berat perihal bapanya yang sakit perdu paha

4. Imam Hammad

a. Suami Hajah Munah

b. Rational-Mengetahui kepentingan mesyuarat

c. Suka berterus terang-orang kaki Bukit Srengenge

d. Bijak berstrategi – melarang ACT menyertai mesyurat kerana bimbang

akan berlaku pergaduhan

5. Hajah Munah

a. Isteri Imam Hammad

b. Pemalu-segan duduk bersama dua orang lelaki tua

Latar

1. Masa

a. Senja (sebelum Maghrib hingga ke larut malam)

b. sehari

2. Tempat

a. Rumah ACT

3. Masyarakat

a. Menghormati ketua

b. Berkasih sayang sesama ahli keluarga dan jiran

c. Optimis

d. Mundur kemajuan fizikal setempat dan mental masyarakat

e. Kuat berborak dan bercerita

Bab 7 ( Amalina)

Peristiwa penting

Imam Hamad dan Hajah Munah pulang ke rumah

Awang Che Teh membayangkan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk

memugak Srengenge.

Page 16: Nota Srengenge

Awang Che Teh percaya perubahan sikap Imam Hamad adalah kerana kuasa

Tuhan.

Awang Che Teh solat sunat bagi melimpahkan rasa kesyukurannya

Awang Che Teh tidak kisah akan segala tentangan yang akan dihadapi kerana

yakin bahawa Tuhan akan sentiasa bersamanya.

Awang Che Teh yakin bahawa pemugaran Srengenge adalah tidak mustahil dan

akan berlaku walau prosesnya akan menghadapi tentangan dan halangan yang

dahsyat.

Awang Che Teh tidak boleh tidur kerana sibuk memikirkan kerja-kerja yang

perlu dilakukan bagi memugar Srengenge

Keghesum menceritakan kepada Awang Che Teh perihal Jebat yang diceritakan

sebelumnya oleh Hajah Munah.

Awang Che Teh tidak percaya kejadian Jebat adalah sebab sebenar Imam Hamad

berubah sikap.

Kedua-dua Awang Che Teh dan Keghesum bersiap sedia untuk solat subuh.

Persoalan

1. Ketaatan dalam melaksanakan suruhan agama

- Awang Che Teh tetap berusaha untuk solat walau badannya sering sakit-sakit

2. Sikap manusia yang mudah untuk berubah

- Secara tidak semena-mena, Imam Hamad berubah sikap dan menyetujui

cadangan Awang Che Teh untuk memugar Srengenge hanya kerana peristiwa

pembunuhan Jebat

3. Kekentalan dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki

- Walau sedar bahawa pelbagai jenis tentangan dan halangan perlu dihadapi

sepanjang usaha untuk memugar Srengenge, Awang Che Teh tetap dengan

keputusan dan azamnya itu.

4. Kepercayaan dan kebergantungan yang ampuh kepada kuasa Tuhan

- Walau tahu bahawa sukar untuk memugar Srengenge, Awang Che Teh

percaya bahawa Tuhan akan sentiasa bersamanya dan Tuhan adalah sebaik-

baik pemberi kekuatan

5. Keprihatinan terhadap hal ehwal jiran tetangga

- Hajah Munah mengetahui serba serbi akan khabar tetangganya iaitu Awang

Che Teh dan Keghesum. Buktinya, dia mengenali anak mereka Kadir dan tahu

perihal kedatangan anak mereka ke kampung

Watak dan perwatakan

1. Awang Che The

a. Optimis -Walau menyedari bahawa usaha untuk memugar Srengenge

adalah satu kerja yang sangat susah namun dia masih percaya bahawa ia

adalah bukan sesuatu yang mustahil. Dia percaya bahawa Tuhan akan

sentiasa membantunya

Page 17: Nota Srengenge

b. Kental - Kekentalan dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki. Misalnya,

dia berazam untuk memugar Srengenge dan demi mencapai azamnya itu,

dia sanggup untuk menempuh apa jua halangan sama ada dari kerajaan

mahupun penduduk kampung itu sendiri.

c. Teliti - Teliti dalam membuat perancangan. Pada malam itu, dia mengira-

ngira segala halangan yang bakal ditempuh seterusnya merancang jalan

keluar bagi masalah itu.

i. Eg: kalau kapak lama tidak tajam lagi, beli kapak baru

d. Taat pada agama - Dia tetap menunaikan solat subuh walau badannya

terasa sakit-sakit. Kebergantungannya kepada pertolongan Tuhan juga

sangat tinggi sepanjang dia merancang untuk memugar Srengenge.

e. Berbudi bahasa - Sangat menghormati tetamu dan melayan Imam Hamad

dan Hajah Munah dengan baik. Misalnya, ketika Hajah Munah dan Imam

Hamad hendak pulang, dia menghantar mereka hingga ke depan pintu

dan tunggu sehingga mereka hilang dari pandangan

2. Keghesum

a. Taat suruhan agama - Dia solat subuh pada awal waktu bersama-sama

dengan Awang Che Teh

Unsur

1. Kemasyarakatan

Prihatin terhadap hal ehwal jiran tetangga.

o Hajah Munah prihatin perihal Kadir yang pulang ke rumah.

Berbudi bahasa kepada jiran tetangga.

o Awang Che Teh dan Keghesum melayan Awang Che Teh dan Hajah Munah

dengan baik sehingga menghantar mereke ke depan rumah.

2. Kemanusiaan

Ketaatan kepada agama

o Keghesum dan Awang Che Teh solat subuh walau terasa berat.

3. Kekeluargaan

Kasih sayang terhadap ibu bapa

o Walau Kadir sibuk bekerja di bandar, dia masih mencari masa untuk

melawat ibu bapanya di kampung.

Saling memahami antara satu sama lain.

o Awang Che Teh percaya bahawa sekiranya dia memberitahu Keghesum,

isterinya tentang apa yang dia percaya tentang sebab kepada perubahan

sikap Imam Hamad, isterinya itu juga akan turut menyetujuinya

Bab 8 (Nazri)

Page 18: Nota Srengenge

Peristiwa penting

Diah masuk ke Srengenge untuk meracik tekukur dan berjaya mendapat tekukur

berkukku tiga dan Diah bercadang untuk menghadiahkan tekukur tersebut kepada

Imam Hamad dengan harapan Imam akan mengubah fikiran untuk membatalkan

hasratnya memugar Srengenge.

Persoalan

1. Persoalan pangkat dan gelaran yang hanya pada nama dan tidak pada perbuatan.

Eg, Imam Hamad meninggalkan solat

2. Persoalan pemimpin yang bertindak tanpa berfikit terlebih dahulu. Eg, Imam

Hamad membunuh si Jebat dengan kejamnya tanpa usul periksa dahulu.

Watak Perwatakan

1. Diah

a. mahir dalam selok-belok meracik tekukur. Eg,berjaya mengumpan

tekukur berkukku tiga yang merupakan burung yang jarang-jarang

muncul untuk masuk ke perangkapnya

b. licik.

i. Eg, merancang untuk merasuah Imam Hamad dengan

menghadiahkannya tekukur berkukku tiga supaya Imam tidak jadi

untuk memugar Srengenge

Latar

1. Masyarakat

a. Masyarakat yang mahir dalam urusan meracik binatang.

b. Masyarakat yang bertindak tanpa berfikir secara rasional.

c. Masyarakat yang gelarannya hanya pada nama dan tidak pada sikapnya.

Bab 9 (Elisha)

Peristiwa Penting

Imam Hamad meracau

- Tangan Imam Hamad mula terketar-ketar. Kemudian Imam Hamad melihat bayangan

mata Hening Jebat yang minta dikasihani. Imam Hamad membayangkan keadaan Jebat

yang telah diperlakukan olehnya seperti mencabut bulu, menyentak sayapnya, bulu

ekornya, kakinya dan mencucuk mata Jebat. Imam Hamad menjadi-jadi bagaikan

tertegur datuk atau terkena badi poke. Imam Hamad kemudian terkulai lesu.

Page 19: Nota Srengenge

Useng di rumah Hajah Munah

- Useng duduk kemudian tarik cerana, kacip pinang hampir-hampir tiga piak, ketik kaki

dan kepala sirih, mengapur, menggambir dan kemudian menujah ramuan itu masuk

mulut. Useng mengunyahnya, angkat tangan dan kemudiann menuding telunjuk ke arah

Srengenge. Useng mendapat tahu bahawa orang asing yang telah merasuk Imam

Hamad. Useng meneruskan dengan cara bomohnya (menggunakan jin Islamnya) dan

bertanyakan asal usul ‘engkau’. Useng membuat konklusi bahawa asal usul ‘engkau’

adalah Srengenge dan diminta untuk berjamu bagi menghadapinya. Penduduk

Srengenge pun bertungkus-lumus menyediakan hidangan untuk dibawa berjamu ke

Srengenge.

Perbicaraan Awang Cik Teh dan Useng

- Awang Cik Teh bertanyakan Useng apa akan dilakukan jika perarakan ke Srengenge

untuk berjamu tidak akan berhasil. Useng terasa dicabar dan merasakan bahawa

perkara tersebut mustahil kerana percaya kepada jin Islamnya.

Persoalan

1. Peranan Bomoh dalam masyarakat

Useng sebagai bomoh (memiliki jin Islam)

2. Setiap perkara buruk yang dilakukan akan dibalas buruk

Imam Hamad membunuh Jebat dengan tidak beperikemanusiaan. Hal ini

telah menyebabkan Imam Hamad dipenuhi kekesalan sehingga boleh

terkedang.

3. Peranan isteri

Hajah Munah memastikan rumah tetangga terjaga walaupun suaminya

terkedang dengan menjamu tetamu

4. Ketaksuban terhadap Srengenge

Useng kadang-kadang berasa bahawa dia mahu tunduk menyembah

Srengenge yang tersergam itu

5. Peranan perempuan dalam masyarakat

Kaum perempuan tidak boleh turut serta berarak ke bukit Srengenge.

Perkara tersebut merupakan pantang besar kerana kaum perempuan

membawa sial terutamanya yang datang bulan. (m/s 121)

6. Pemimpin dalam masyarakat

Useng satu demi satu melihat dan periksa badang yang akan dibawa ke

Srengenge. Useng memberi perintah satu demi satu untuk dijunjung.

Useng melakukan perancangan untuk berangkat ke Srengenge selepas

Isyak

Watak perwatakan

1. Imam Hamad

Page 20: Nota Srengenge

a. Tidak tetap pendirian

i. Imam Hamad mengikuti isterinya di belakang semasa dalam

perjalanan dari rumah Awang Cik Teh ke rumah mereka (m/s 92)

2. Hajah Munah

a. Menyayangi suaminya

i. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menolong suaminya yang

terkedang

ii. Cth: Berjalan ke rumah Useng untuk meminta pertolongan

daripadanya dan memastikan Useng mempunyai barang-barang

yang diperlukan untuk merawat Imam Hamad (m/s 104 dan 116)

b. Bertanggungjawab menjaga rumah tetangga

i. melayan tetamu walaupun suaminya sakit (m/s 124)

3. Useng

a. Pendiam

i. Tidak berkata apa-apa semasa Hajah Munah datang untuk

memberitahu tentang keadaan Imam Hamad (m/s 103)

b. Bomoh yang arif dalam perubatan

i. Mengetahui barang-barang yang diperlukan untuk merawat Imam

Hamad (m/s 104)

ii. Membela jin Islam (m/s 100)

c. Tidak suka dicabar/Ego

i. Terasa dicabar oleh Awang Cik Teh semasa ditanya jika berjamu

tidak akan dapat mengembalikan Imam Hamad dari terkedang

(m/s 126)

d. Pandai memberi arahan

i. Menyuruh penduduk Srengenge untuk bersedia berjamu (m/s

124)

Awang Cik The

a. Berpandangan jauh

i. ACT bertanyakan Useng jikalau berjamu tidak akan berhasil apa

yang akan dilakukan (pelan seterusnya) (m/s 126)

b. Rasional

i. Walaupun dibelenggui banyak soalan mengenai Srengenge, ACT

membuat keputusan untuk berdiam diri selepas melihatkan situasi

huru-hara di rumah Imam Hamad (m/s 111)

c. Bertawakal / Pegangan agama yang kukuh

i. Percaya bahawa Allah s.w.t. akan membuka jalan lain untuk

menolong ACT dalam rancangannya untuk memugar Srengenge

(m/s 111)

d. Determined

Page 21: Nota Srengenge

i. Sentiasa memikirkan cara untuk memugar Srengenge sehingga

menyebabkannya mengharapkan Imam Hamad mati agar

Srengenge akan dibenci penduduk (m/s127)

Diah

a. Bersyukur

i. Melihat keadaan Imam Hamad, Diah berasa syukur terhadap Allah

s.w.t. kerana tidak tertegur walaupun kerap naik Srengenge untuk

meracik

Latar

1. Latar Masa

a. Malam Imam Hamad dan Hajah Munah kembali dari rumah Awang Cik

Teh sehingga hari seterusnya sebelum Maghrib masuk

2. Latar Tempat

a. Rumah Imam Hamad dan Hajah Munah

b. Rumah Useng

3. Latar Masyarakat

a. Masyarakat yang mempercayai bomoh dan jin Islam

i. Peranan Useng sebagai bomoh diterma penduduk sebagai cara

untuk menolong rawat Imam Hamad

b. Masyarakat yang taksub terhadap Srengenge

i. Diah merasakan bahawa jika tidak ada Srengenge adalah sama

seperti tidak ada isteri, tidak ada tempat hendak asah rasa dan

merasakan bahawa hidup penduduk bergantung terhadap

Srengenge.

c. Masyarakat yang bekerjasama

i. Penduduk Srengenge bekerjasama menyediakan badang untuk

dibawa berarak ke Srengenge

d. Masyarakat yang saling menolong

i. Kaum perempuan menolong antara satu sama lain di dapur

menyediakan makanan untuk tetamu

e. Masyarakat yang ketinggalan dari segi pembangunan

i. Tidak ada kemudahan awam untuk membawa Imam Hamad ke

hospital dengan mudah. Jika berjalan kaki akan mengambil selama

dua hari.

Page 22: Nota Srengenge

Bab 10 (Nassira)

Peristiwa Penting

Imam Hamad masih tidak sedarkan diri

Persoalan

1. Kekuasaan Allah s.w.t. mengatasi pangkat seseorang.

2. Segala tindakan yang kita lakukan akan memberi pulangan yang setimpal

dengannya

Watak Perwatakan

1. Imam Hamad

a. Tidak sedarkan diri

b. Lemah semangat

Bab 11 (Nassira)

Perisitwa Penting

Imam Hamad diusung masuk ke dalam bilik.

Orang kampong termasuk Jantan dan Hjh. Munah sibuk menyiapkan hidangan

ayam panggang untuk menjamu Srengenge.

Ayam dipanggang oleh pihak lelaki sambil mereka berbual dan bergelak ketawa

mengenai persediaan ayam yang dilakukan oleh Debasa.

Badang-badang berisi ayam yang telah dipanggang dibawa keluar satu persatu

dan diletakkan menghadap ke bukit Srengenge.

Lima badang yang telah siap disusun dan diteliti sama ada cukup, terlebih atau

terkurang.

Useng menabur beras dan membaca beberapa ayat serta mantera sebagai

persediaan

Persoalan

1. Kepercayaan karut yang dipegang oleh masyarakat kampung.

2. Sikap tolong-menolong dalam kalangan masyarakat.

3. Aktiviti gotong-royong yang diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat.

4. Kehidupan haiwan yang seiring dengan kehidupan manusia.

Watak Perwatakan

1. Hjh. Munah

Page 23: Nota Srengenge

a. Rajin-sibuk menyiapkan hidangan ayam panggang.

b. Berfikiran positif-memujuk hatinya bahawa suaminya akan bangun tidak

lama lagi.

c. Penyayang-cuba menjenguk sekalisekala ke dalam bilik untuk melihat

keadaan suaminya.

2. Jantan

a. Penyayang-mengampu kepala ayahnya apabila diusung ke dalam bilik.

b. Rajin-membantu dalam memanggang ayam.

3. Orang kampung

a. Baik hati-membantu dalam persediaan hidangan ayam

Unsur

1. Unsur Kemasyarakatan

b. Bekerjasama

Masyarakat bekerjasama dalam memanggang ayam untuk dibuat

hidangan bukit Srengenge

Masyarakat bekerjasama dalam menyediakan hidangan ayam panggang

untuk dijunjung ke bukit Srengenge

Masyarakat saling membantu untuk memindahkan Imam Hamad ke

dalam bilik bagi menyediakan ruang untuk meletak badang ayam

panggang

c. Hubungan silaturrahim yang erat

Berbual-bual sambil berlawak jenaka ketika melakukan pekerjaan

masing-masing

d. Percaya kepada benda karut

Useng menabur beras pulut ke kawasan di hadapan rumah Imam Hamad

dan membaca ayat-ayat al-Quran serta mantera

2. Unsur Kekeluargaan

a. Kasih sayang

Jantan mengampu kepala ayahnya ketika mengusung Imam Hamad ke

dalam bilik

Hajah Munah sibuk menyiapkan hidangan dengan harapan bahawa

suaminya akan cepat sembuh dan sedarkan diri

Hajah Munah sekali sekala menjjenguk suaminya di dalam bilik untuk

mengawasi keadaan suaminya itu

3. Unsur Kemanusiaan

a. Hajah Munah menyimpan dan meletakkan makanan untuk Imam Hamad

di kepalanya walaupun masih terkedang

Bab 12 (Nassira)

Peristiwa Penting

Page 24: Nota Srengenge

Imam Hamad masih terlantar bersama-sama serangga-serangga dan gantungan

baju-baju.

Persoalan

1. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

2. Kehidupan hasil ciptaan Allah s.w.t. iaitu manusia dan haiwan.

Watak Perwatakan

1. Imam Hamad

Tidak sedarkan diri

Lemah semangat

Bab 13 (Nassira)

Peristiwa Penting

Kaum perempuan tidak mengikuti rombongan atas sebab-sebab tertentu.

Seorang lelaki, Awang CIk Teh, harus tinggal bersama Imam Hamad sekiranya

dia terbangun dalam keadaan dirasuk.

Useng membahagikan tugas kepada kaum lelaki.

Useng percaya bahawa dia akan mengetuai rombongan tersebut dengan

pertolongan jin Islamnya.

Useng duduk bertapa menghadap bukit Srengenge dan menyeru bukit tersebut

untuk mencari petanda bagi memulakan perjalanan,

Jin yang diserunya muncul dalam bentuk sheikh serba putih yang kemudiannya

mengangguk. Srengenge tiba-tiba bercahaya.

Useng bingkas bangun dan menabur beras di kawasan sekitar.

Mereka memulakan perjalanan sambil diucapkan selamat jalan oleh kaum

perempuan dan Awang Cik Teh yang ditinggalkan bersama Imam Hamad.

Persoalan

1. Pandangan masyarakat yang rendah terhadap peranan wanita.

2. Pembahagian tugas melancarkan sesuatu urusan.

3. Peranan kepercayaan terhadap perkara ghaib dalam menjalankan sesuatu

urusan.

4. Balasn terhadap orang yang melakukan kesalahan

Watak Perwatakan

1. Awang Cik Teh – patuh pada arahan, berjalan lambat, berfikiran positif

2. Useng – berkepimpinan percaya dan mampu berkomunikasi dengan benda

ghaib, seorang yang bersyukur.

3. Keghesum – prihatin penyayang.

4. Orang-orang kampong – patuh pada arahan, bekerjasama.

Page 25: Nota Srengenge

Unsur

1. Unsur kemasyarakatan

a. Patuh arahan ketua

Kaum lelaki yang mengikuti rombongan ke bukit Srengenge mematuhi

arahan Useng dalam pembahagian tugas

b. Bantu-membantu

Awang Cik Teh ditinggalkan bersama kaum perempuan untuk membantu

Hajah Munah menjaga Imam Hamad sekiranya dia terjaga dalam keadaan

dirasuk

2. Unsur kekeluargaan

a. Ambil berat

Keghesum tidak benarkan suaminya pergi mengikut rombongan kerana

risau akan keadaan suaminya sekiranya dia mengikut rombongan

tersebut

Bab 15 (Hafizah)

Persoalan

1. Kasih sayang antara suami isteri.

2. Masyarakat yang prihatin tentang kebajikan ahlinya.

3. Masyarakat yang hidup dengan semangat kerjasama dan gotong-royong yang

tinggi.

4. Masyarakat kampung tradisional yang tidak merasai pembangunan.

5. Masyarakat yang percaya pada Tuhan dan beragama Islam.

6. Kepercayaan pada perkara-perkara ghaib.

7. Pergantungan pada kuasa ghaib untuk menyembuhkan penyakit.

Watak perwatakan

1. Awang Cik Teh

Berkemahiran untuk megawal Imam Hamad yang seakan-akan dirasuk

Tetap dengan pendiriannya untuk memugar Srengenge

Konflik dalaman – projek memugar Srengenge mesti diterukan juga walaupun Imam

Hamad tidak sembuh.

2. Hajah Munah

Berterima kasih pada pendudukpenduduk kampung yang sudi menolongnya.

Setia menemani dan menjaga Imam Hamad yang sedang terkedang.

Konflik dalaman – takut sekiranya cadangan untuk memugar Srengenge diteruskan

selepas Imam Hamad sembuh akan membuatkan penyakit Imam Hamad bertambah

teruk.

Page 26: Nota Srengenge

Latar

1. Masyarakat

a. Masyarakat yang masih menggunakan cara tradidional untuk

i. Menanam padi

- Memerun, menajuk, mengetam padi

ii. Memburu binatang

- Meracik tekukur, menepuk pelanduk, menggetah punai dan

puling, menjebak landak

iii. Menyediakan makanan

- Menumbuk kopi

Bab 16 (Adiba)

Imam Hamad masih terkedang di atas tikar.

Bab 17 (Adiba)

Peristiwa Penting

Useng tidak mengizinkan rombongan untuk berjamu Datuk di Serengenge untuk

bercakap. Semasa mereka masuk Serengenge dan tidak sesat kerana dibantu

oleh jin Useng.

Mereka membawa ayam panggang untuk dihidang kepada Datuk di Serengenge.

Semasa di hutan, Siddik teringat tempat ciding pelanduk, fikirannya menerewang

dan cepat-cepat dia betulkan niat.

Diah teringat tempat dia dan Imam Hamad berpecah untuk memacak denak.

Namun, dia cepat-cepat membetulkan niatnya kembali kerana dia tidak

sepatutnya mempunyai niat jahat terhadap Serengenge pada waktu itu.

Useng memberi salam kepada Datuk di Serengenge dan salamnya berjawab.

Useng mampu untuk mengetuai rombongan untuk berjamu kerana dia dibantu

oleh jin. Tanpa bantuan jin dia sendiri tidak pasti sama ada dia berani atau tidak.

Upacara berjamu diadakan.

Ketika pulang ke rumah, mereka berebut-rebut untuk mendahului barisan

hadapan kerana takut berada di barisan belakang rombongan.

Useng masih mendahului barisan kerana penduduk kampung lain tidak boleh

memotong Useng yang dikuasai oleh jin.

Persoalan

1. Peranan pemimpin untuk mengetuai sesebuah rombongan.

2. Kepercayaan karut oleh masyarakat kampung dan kebergantungan kepada jin

untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

3. Kepatuhan pengikut kepada ketua mereka.

Page 27: Nota Srengenge

4. Kesedaran melakukan tanggungjawab masing-masing yang telah diberikan oleh

ketua.

5. Keyakinan pengikut terhadap ketokohan pemimpin.

6. Peranan kaum wanita ( kaum wanita hanya tunggu kepulangan kaum lelaki di

rumah dan menjaga Imam Hamad yang masih terkedang )

7. Pegangan agama yang tidak kukuh ( mantera =syirik)

Watak Perwatakan

1. Useng

Ketua rombongan upacara berjamu ke bukit Serengenge.

Seorang yang berhati-hati ; dia mengarahkan pengikutnya agar terus

membisu kerana bimbang percakapan yang melalut boleh jadi tidak

senonoh.

Cekap memberi arahan kepada pengikut ; mengagihkan tugas kepada

pengikutnya dan mengingatkan mereka agar tidak menebas ranting,

jangan bercakap dan sebagainya.

Mahir meneroka hutan dengan bantuan jin

2. Siddik dan Diah

Patuh kepada arahan Useng : mereka tidak membiarkan fikiran melata

merata-rata kea rah yang dilarang Useng.

Bab 18 (Bazilah)

Peristiwa Penting

Useng dan para penduduk lelaki pulang daripada menjamu hidangan

kepada ‘orang Srengenge’ di bukit Srengenge pada waktu sebelum terbit

fajar

Persoalan

1. Kepercayaan karut dalam masyarakat

Useng, Hajah Munah dan para penduduk lain percaya bahawa semangat ‘orang

Srengenge’ yang masuk ke dalam badan Imam Hamad yang meneyebabkan

Imam Hamad terkedang dan kadang-kadang terkejang

2. Peranan bomoh dalam mengubat penyakit

Hajah Munah memanggil Useng untuk mengubat Imam Hamad yang terkedang

kerana dia yakin bahawa Useng adalah seorang bomoh yang mahir dan

berpengalaman dalam amalan perubatan tradisional

3. Kepimpinan seorang ketua

Page 28: Nota Srengenge

Using menunngu semua penduduk lelaki yang bersama-sama membawa

hidangan untuk dijamu kepada ‘orang Srengenge’ sampai di rumah Imam Hamad

terlebih dahulu meskipun dia telah lama sampai dan dijemput naik ke atas oleh

Awang Che Teh dan Keghesum

4. Kerjasama dalam masyarakat

Penduduk kampung bergotong-royong menyediakan ayam badang dan hidangan

yang lain untuk dijamu kepada ‘orang Srengenge’ dan mereka semua hanya

pulang ke rumah masing-masing setelah Useng dan penduduk lelaki berjaya

pulang dari Bukit Srengenge

5. Kasih sayang seorang isteri terhadap suami

Hajah Munah berusaha untuk mengubati suaminya, Imam Hamad meskipun

terpaksa memanggil Useng dan para penduduk yang lain untuk menyediakan

hidangan untuk dijamu ke bukit Srengenge yang dipercayai mampu untuk

memulihkan semula Imam Hamad

Watak Perwatakan

1. Useng

- Berpengetahuan dalam perubatan tradisional

Dia bertanggungjawab dalam mengubati Imam Hamad yang terkedang kerana

Hajah Munah dan penduduk yang lain yakin akan kebolehan dan kemahirannya

untuk mengubat orang sakit

- Bertimbang rasa

Useng menunngu semua penduduk lelaki yang bersama-sama membawa

hidangan untuk dijamu kepada ‘orang Srengenge’ sampai di rumah Imam Hamad

terlebih dahulu meskipun dia telah lama sampai dan dijemput naik ke atas oleh

Awang Che Teh dan Keghesum

2. Hajah Munah

- Penyayang

Hajah Munah berusaha untuk mengubati suaminya, Imam Hamad meskipun

terpaksa memanggil Useng dan para penduduk yang lain untuk menyediakan

hidangan untuk dijamu ke bukit Srengenge yang dipercayai mampu untuk

memulihkan semula Imam Hamad

3. Awang Che The

- Patuh kepada arahan

Useng yang mengarahkannya untuk tunggu di rumah bagi bersedia akan

kemungkinan yang berlaku kepada Imam Hamad dan kaum wanita yang lain

melakukan tugasnya dengan baik

Unsur

1. Unsur Kemasyarakatan

a. Para penduduk kampung sanggup berkampung di rumah Imam Hamad

untuk bekerjasama menyiapkan makanan yang hendak dihidang bagi

Page 29: Nota Srengenge

menjamu orang Srengenge bagi mengubati penyakit yang menimpa ketua

kampung mereka, Imam Hamad

Bab 19 (Bazilah)

Peristiwa Penting

Imam Hamad yang dalam keadaan separa sedar diseksa oleh Jebat sebagaimana

yang pernah dilakukannya kepada Jebat sewaktu Jebat yang disangkanya bacuk

apabila berhadapan dengan sewah

Persoalan

1. Balasan setimpal terhadap perbuatan yang kita lakukan

a. Imam Hamad yang pernah menyeksa Jebat sehingga mati kerana kecewa

apabila Jebat bacul apabila berhadapan dengan Sewah menghadapi

situasi yang sama dalam keadaannya yang dibawah kesedaran apabila dia

turut diseksa oleh Jebat sepertimana yang dilakukannya dulu

2. Realiti vs. fantasi

a. Imam Hamad berada dalam keadaan separa sedar apabila dia bermimpi

diseksa oleh Jebat dan dia keliru kerana dia berasa seperti diseksa dalam

sebuah situasi yang benar-benar berlaku

Watak Perwatakan

1) Imam Hamad

- Menyesal

Imam Hamad yang dahulunya pernah menyeksa Jebat sehingga mati menyesal

terhadap perbuatannya dahulu dan dia merayu-rayu agar Jebat memaafkannya

kerana dia begitu menyesal atas perbuatannya yang melulu itu

Bab 20 (Karimah)

Peristiwa penting

Imam Hamad tersedar daripada mimpi yang dia didera oleh Jebat tetapi masih dalam keadaan koma.

Useng acap kali memeriksa keadaan Imam Hamad yang masih belum sedar walaupun sudah berjamu pada orang Srengenge.

Useng menafikan kebimbangannya bahawa Imam Hamad sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana :

o Menjaga maruahnya sebagai bomoh yang handal yang tak pernah gagal sepanjang kerjayanya.

o Penduduk kampung akan pandang serong pada USeng sebab kali ini, percubaannya gagal.

o Penduduk akan ingat bahawa Useng tahu tentang perancangan Imam Hamad untuk ikut sertã Awang Cik Teh pugar Srengenge-dia dah tak boleh menjebak landak.

Page 30: Nota Srengenge

Diah tanya ACT samada dia ada hajat atau tidak. ACT ingin memberitahu orang ramai tentang hajatnya untuk pugar Srengenge

tetapi tidak berkesempatan kerana : o Kurang manis untuk buka mulut pada waktu Imam Hamad belum sedar. o Jika dia beritahu tentang rancangannya, orang akan membantah dan tidak

percaya kerana sebelum ni, 2 hajatnya tak berjaya (syarikat baja & syarikat mati).

Diah kenakan Awang Cik Teh (ACT) sehingga hajat ACT untuk pugar Srengenge di ketahui umum.

Useng syak ACT dah dirasuk orang Srengenge kerana niat buruknya itu ibarat menelenjangi Srengenge = runtuh madrasah = ibarat cabut batu nisan = seperti koyak Al-Quran.

Bunuh Srengenge ibarat membunuh diri = dosa besar = masuk dalam golongan kafir = tidak cium bau syurga = nabi tak mengaku umat.

Useng menyuruh semua orang bersedia baca Yaasin untuk Imam Hamad dan ACT mengetuai bacaan. Dan dengan harapan bacaan Yaasin itu dapat melindungi ACT daripada dirasuk semangat jahat.

Akhirnya, Imam Hamad semakin nazak dan meninggal dunia.

Bab 21 (Karimah)

Peristiwa Penting

Semua orang bergerak melakukan tugas masing- masing untuk mengebumikan

Imam Hamad.

Akhir cerita – Srengenge tetap tersergam hodoh macam setan.

Penduduk masih takut akan Srengenge dan sanggup tinggal dalam kebimbangan

walau sepanjang hidup mereka.

Persoalan

1. Persoalan pengetahuan tentang perubatan secara tidak formal (ms 183)

- Useng memeriksa nadi, mata Imam Hamad seperti gaya seorang doktor untuk

memastikan keadaan kesihatan Imam Hamad.

2. Persoalan kesungguhan melaksanakan tanggungjawab sehingga selesai. ( ms

183-186)

- Useng berusaha mencari punca Imam Hamad belum sedar walaupun setelah

berjamu pada orang Srengenge semalam. Dia memeriksa keadaan Imam berulang

kali.

3. Persoalan kepercayaan karut dalam masyarakat kampung. (ms 201-202)

- Penduduk kampung terlalu memuja Srengenge seperti menyembah Tuhan

- Pergi berjamu

4. Persoalan peranan pemimpin dalam memastikan kelancaran tugasan. ( ms

192, 199)

- Useng memainkan peranan sebagai seorang ketua apabila dia telah membahagikan

tugasan bagi setiap orang untuk proses mengebumikan Imam Hamad.

Page 31: Nota Srengenge

- Para penduduk begitu bergantung pada Useng sehingga mereka akan lakukan apa

sahaja arahan daripada Useng.

5. Persoalan kepatuhan pada arahan ketua dalam melaksanakan

tanggungjawab. (ms 196)

- Penduduk kampung patuh pada setiap arahan daripada Useng. Semua orang

bergerak melakukan kerja yang telah ditetapkan oleh Useng untuk mengebumikan

Imam Hamad.

6. Persoalan pegangan kuat pada adat melayan tetamu. (ms 187)

- Tuan rumah lebih mementingkan keadaan tetamu.

- Hajah Munah memastikan tetamunya tidak kelaparan walaupun Imam Hamad

masih terkedang di dalam bilik. Soal sakit, biar tinggal sakit. Makan jangan lupa.

7. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat untuk menyelesaikan masalah.

(ms 184)

- Useng meamainkan peranan penting menyelamatkan wanita yang beranak

songsang, merawat anak yang sawan, dipatuk ular selar, orang drasuk, dll.

8. Persoalan sikap prejudis terhadap orang lain. (ms 189, 191)

- ACT syak bahawa Diah yang menyuruh Sidik bertanya tiba- tiba tentang hajatnya

kerana hanya Diah yang tahu tentang hajatnya itu.

- Useng menganggap bahawa ACT telah dirasuk oleh orang Srenggenge.

9. Persoalan kerapuhan agama dalam pegangan masyarakat kampong. (ms 194)

- Useng menganggap berniat pugar Srengenge ibarat menelanjangi Srengenge. Dia

menyamakannya meruntuhkna Srengenge ibarat meruntuh madrasah, mencabut

batu nisan dan mengoyak Al-Quran.

- Kepercayaan melampau pada semangat Srengenge.

10. Persoalan kerjasama masyarkat menjalan tugas. (ms 199, 201)

- Penduduk bersama- sama mengusung Imam Hamad ke serambi dari bilik.

- Penduduk kampung bergerak melakukan tugasan yang telah ditetapkan dalam

proses untuk mengebumikan Imam Hamad.

Watak Perwatakan

1. Awang Cik Teh

a. Bertimbang rasa – tidak menyuarakan hajatnya pada waktu Imam

Hamad mash terkedang. (ms 188)

b. Prejudis – syak bahawa Diah yang menyuruh Sidik bangkitkan hajatnya

nak pugar Srengenge (ms 189)

c. Fikiran pendek – terlanjur cakap tentang hajatnya yang menikam diri

sendiri.

d. Azam kuat- untuk pugar Srengenge, sanggup lakukan seorang diri.

2. Useng

a. Berpengetahun luas - tentang ilmu perubatan secara tidak formal.

b. Bersungguh melakukan tugas – berusaha menyembuhkan Imam

Hamad.

c. Pentingkan maruah (ms 184)

Page 32: Nota Srengenge

d. Tidak materialistik – tidak lakukan tugas kerana Wang (ms 184)

e. Berkepimpinan – mengetuai setiap pekerjaan

f. Berkemahiran mengubati penyakit – anak sawan, beranak songsang,

dipatuk ular.

Unsur

1. Unsur kemasyarakatan

a. Kerjasama- penduduk kampung tidak pulang dan bekerjasama

menguruskan pengebumian Imam Hamad.

b. Tangungjawab (ketua-anak buah) – Useng sebagai ketua

bertangunggjawab di atas penduduk lain dalam memastikan mereka

melakukan tugasan mereka.

c. Prihatin – masyarakat kampung prihatin terhadap keadaan Imam Hamad

sekeluarga. Golongan wanita berkerjasama menolong Hajah Munah

menyediakan makanan.

d. Pandang rendah – penduduk pandang rendah akan hajat ACT kerana

setiap hajatnya sebelum ini tidak pernah Berjaya.

2. Unsur Kekeluargaan

a. Hubungan suami- isteri = kasih sayang, mengambil berat

- Hajah Munah mengambil berat akan keadaan suaminya Imam Hamad

sehingga dia sering bertanya pada Useng tentang keadaan suaminya.

- Hajah Munah menangisi kematian suaminya tercinta.

b. Hubungan anak- ayah = kasih sayang

- Jantan menangisi pemergian ayahnya, Imam Hamad.

3. Unsur Kemanusiaan

a. Kasih sayang – Hajah Munah dan Jantan menyayangi Imam Hamad.

Mereka menangisi pemergian Imam Hamad ( ms 200)

b. Tanggungjawab – Useng melaksanakan tanggungjawabnya memulihkan

Imam Hamad sebaik mungkin sehingga Imam Hamad sedar. Dia mencari

punca kenapa Imam Hamad masih belum sedar lagi (ms 183- 186)

c. Simpati, saling menghormati – Awang Cik Teh tidak memberitahu

hajatnya kerana masa yang tidak sesuai dengan Imam Hamad yang masih

sakit.

d. Prihatin – Useng bimbang jika ACT dibiarkan pulang, Keghesum tidak

mampou melawan ACT jika dirasuk oleh orang Srengenge. (ms 192)

e. Ketidakperikemanusiaan – Diah, Sidik dan Saad Cik Lah masih lagi

sampai hati membuat jenaka di waktu Imam Hamad masih lagi sakit di

dalam bilik. (ms 187)

f. Prejudis – ACT syak bahawa Diah yang menyuruh Sidik bertanya tentang

hajatnya nk pugar Srengenge. Useng syak bahawa ACT telah dirasuk roh

Srengenge.