nota

1
NOTA (Kata sendi nama) 1. Kata sendi nama akan dan dengan Kata sendi Penggunaan dan contoh ayat akan Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. (a) Amar suka akan kek cawan. (b) Lina amat sayang akan adiknya. dengan Digunakan untuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara dan penggunaan sesuatu sebagai alat. (a) Fahmi ke kedai dengan Syakir. (b) Ayah membelah kayu dengan kapak. 2. Kata sendi nama dari dan daripada Kata sendi Penggunaan dan contoh ayat dari Digunakan untuk arah, masa, tempat dan bilangan. (a) Mekanik itu dari Sabah. (b) Saya menunggu Tan dari pukul 10.00 pagi. daripada Digunakan untuk orang, perbandingan asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan untuk menunjukkan keanggotaan. (a) Bayi ini lebih comel daripada bayi itu. (b) Beg tangan ini diperbuat daripada manik. 3. Kata sendi nama ke dan kepada Kata sendi Penggunaan dan contoh ayat ke Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tak bernyawa. (a) Kakak ke pasar tadi. (b) Topi itu dihempaskannya ke lantai. kepada Digunakan untuk orang dan kata ganti diri. (a) Bdia mengucapkan terima kasih kepada Amalina. (b) Surat itu diserahkannya kepada Balan. 4. Kata sendi nama di dan pada Kata sendi Penggunaan dan contoh ayat di Digunakan untuk tempat. (a) Mereka bermain bola sepak di padang. (b) Saya menjumpai dompet ini di tepi jalan. pada Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu. (a) Fahmi tiba pada pukul 2.00 petang. (b) Merjerin disapukan pada roti. Contoh-contoh kesalahan : Lukisan ini lebih cantik dari lukisan itu. X Lukisan ini lebih cantik daripada lukisan itu. / Cikgu Azizi berasal daripada Kuala Kangsar. X Cikgi Azizi berasal dari Kuala Kangsar. / Di waktu petang, saya membantu ayah. X Pada waktu pentang saya menjaga rumah / Surat khabar itu ada dengan Sie Mui. X Surat khabar itu ada pada Sie Mui /

Upload: norhalimahmahat

Post on 21-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Nota

NOTA (Kata sendi nama)1. Kata sendi nama akan dan dengan

Kata sendi

Penggunaan dan contoh ayat

akan Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.

(a) Amar suka akan kek cawan.(b) Lina amat sayang akan adiknya.

dengan Digunakan untuk menyatakan makna bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara dan penggunaan sesuatu sebagai alat.

(a) Fahmi ke kedai dengan Syakir.(b) Ayah membelah kayu dengan kapak.

2. Kata sendi nama dari dan daripadaKata sendi

Penggunaan dan contoh ayat

dari Digunakan untuk arah, masa, tempat dan bilangan.(a) Mekanik itu dari Sabah.(b) Saya menunggu Tan dari pukul 10.00 pagi.

daripada Digunakan untuk orang, perbandingan asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan untuk menunjukkan keanggotaan.

(a) Bayi ini lebih comel daripada bayi itu.(b) Beg tangan ini diperbuat daripada manik.

3. Kata sendi nama ke dan kepadaKata sendi

Penggunaan dan contoh ayat

ke Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tak bernyawa.

(a) Kakak ke pasar tadi.(b) Topi itu dihempaskannya ke lantai.

kepada Digunakan untuk orang dan kata ganti diri.(a) Bdia mengucapkan terima kasih kepada

Amalina.(b) Surat itu diserahkannya kepada Balan.

4. Kata sendi nama di dan pada Kata Penggunaan dan contoh ayat

sendidi Digunakan untuk tempat.

(a) Mereka bermain bola sepak di padang.(b) Saya menjumpai dompet ini di tepi jalan.

pada Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu.

(a) Fahmi tiba pada pukul 2.00 petang.(b) Merjerin disapukan pada roti.

Contoh-contoh kesalahan :Lukisan ini lebih cantik dari lukisan itu.

X Lukisan ini lebih cantik daripada lukisan itu.

/

Cikgu Azizi berasal daripada Kuala Kangsar.

X Cikgi Azizi berasal dari Kuala Kangsar.

/

Di waktu petang, saya membantu ayah.

X Pada waktu pentang saya menjaga rumah

/

Surat khabar itu ada dengan Sie Mui.

X Surat khabar itu ada pada Sie Mui

/