nota sajak semudah itu mereka di lupakan

Upload: mysweetypie

Post on 10-Apr-2018

402 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Nota Sajak Semudah Itu Mereka Di Lupakan

    1/3

    Analisis Sajak SEMUDAH Itu Mereka Di Lupakan

    1. Maksud Sajaky Rangkap 1 :

    Kehidupan sekarang banyak yang mementingkan diri sendiri dan mengabaikan orang

    lain.Hanya orang-orang yang tabah yang sanggup menghadapi kehidupan ini.Selain

    itu orang yang mahu berjuang dan tidak malu menerokai berbagai perniagaan dan

    mata pencarian sahaja yang boleh berjuang demi menyara kehidupan ini.

    y Rangkap 2 :Dalam kehidupan ini perjuangan hidup orang tua-tua seakan-akan dilupakan oleh

    golongan muda.Mereka terlalu mengejar kebendaan dan berseronok dengan

    berbagai-bagai keindahan pakaian dan wangian yang mahal harganya.Di samping itu

    tingkahlaku mereka terhadap orang tua sehingga ibu,bapa,datuk dan nenek merekapun tidak mereka hiraukan

    y Rangkap 3 :Golongan muda mudah sahaja meninggalkan dan melupakan nasihat orang tua serta

    adat resam budaya mereka.

    2. Gaya Bahasa a) Asonansiy Pengulangan bunyi vokal (a,e,i,o,u)y Contoh :

    i. Pada unggas di taman terbiar (vokal a)ii. Mencebik bibir dan(Vokal i)

    b) Aliterasiy Pengulangan bunyi atau huruf konsanany Contoh :

    i. Mengais timbunan sisa makanan (Pengulangan konsonan s dan m)

    c) Anaforay Pengulangan kata atau frasa pada awal beberapa baris puisiy Contoh :

    i. Ku lihat (2 kali)

  • 8/8/2019 Nota Sajak Semudah Itu Mereka Di Lupakan

    2/3

    ii. Di (2 Kali)

    d) Epiforay Pengulangan kata atau frasa pada akhir beberapa baris puisiy Contoh :

    i. Dan

    e) Singkatany Kata yang di singkatkan dari asalnyay Sebagai contoh :

    i. Ku-aku

    f) Personafikasiy Pemberian sifat manusia kepada objek atau konsep tertentuy Contoh :

    i. Dunia semakin angkuh dan sombong

    3. Temay Keruntuhan akhlak muda-mudi.Muda mudi zaman sekarang terlalu mementingkan

    kebendaan sahaja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap orangtua.

    4. Alirany Realisme- Satu hakikat bahawa remaja sekarang kurang menghormatiorang tua dan

    semakin melupakan adat resam budaya kehidupan mereka

    y Didaktisme-Mengajar anak-anak supaya menghormati orang yang lebih tua daripadamereka.

    5. Coraky Epigram-Mengajar anak-anak supaya jangan melupakan jasa orang tua dan jangan

    terlalu mementingkan diri sendiri dengan mengejar kebendaan duniawi.

  • 8/8/2019 Nota Sajak Semudah Itu Mereka Di Lupakan

    3/3

    6. Perutusany Dalam kehidupan ini kita hendaklah tabah menghadapi berbagai cabaran dan

    dugaan

    y Muda-mudi sekarang jangan terlalu mementingkan diri sendiri dan mengejarkeseronokkan sahaja

    y Orang tua hendaklah dihormati dan jasa mereka janganlah dilupakan