nota pjm3110

Upload: faiz-yusoff

Post on 04-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    1/13

    1. Kepentingan domain PJ (struktur)Psikomotor : - Membangun dan meningkatkan keupayaan fizikal

    - Membangunkan kemahiran pergerakan asas- Menguasai kemahiran pergerakan asas dan permainan- Meningkatkn daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular- Mengelakkan kecederaan- Peka dengan kesihatan diri- Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan- Meningkatkan kadar metabolism badan, kesihatan dan mengelakkan daripada

    sebarang penyakit.

    - Membantu perkembangan individuKognitif : - Menyihatkan kesihatan otak

    - Meningkatkan kecerdasan mental- Memperoleh pengetahuan tentang latihan, kesihatan dan penyakit serta

    keselamatan

    - Wujudkan pemikiran yang kritis dan kreatif serta berfikiran positif- Tingkatkan kemahiran berfikir- Mengetahui dan memahami aspek kecergasan yang boleh diamalkan dalam

    kehidupan seharian

    - Menyelesaikan latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusandan menyelesaikan masalah

    Afektif : - Meningkatkan minat untuk bersukan

    - Menghilangkan stress dan tekanan- Dapat kawal emosi- Timbulkan rasa gembira dan seronok dalam aktiviti kesukanan- Pupuk sifat sabar dan kerjasama- Menekankan hubungan baik antara guru murid dan murid murid- Menyumbang kea rah mekanusiaan- Menerapkan nilai-nilai murni

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    2/13

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    3/13

    masa yang singkat dengan menggunakantenaga sepenuhnya )

    KETANGKASAN( keupayaan badan untuk menukar arahdengan cepat )

    Lari ulang alik

    Quadral jump

    KEPANTASAN / KELAJUAN( keupayaan badan membuat lakuan dalammasa yang singkat / keupayaan melawanrintangan dalam masa yang cepat )

    Lari pecut 40 m

    Lari ulang alik 10 m

    IMBANGAN( keupayaan badan mengekalkan posisisama ada dalam keadaan static ataubergerak )

    Cartwheel

    Dirian bangau

    MASA TINDAK BALAS( keupayaan badan bertindak balas terhadaprangsangan yang diterima )

    Lari ulang alik ikut arahan

    B. KEMAHIRAN

    Keupayaan melakukan kemahiran daripada aspekpergerakan otot kasar dan otot halus

    Pergerakan asas Pergerakan kreatif Permainan Olahraga Gimnastik Rekreasi Kesenggangan

    C. KESUKANANAmalan pendidikan yang perlu diketahui dandikuasai

    keselamatan kerjaya pengurusan etika isu-isu dalam PJ dan sukan

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    4/13

    3. Teaching Style by Mosston1) GAYA ARAHAN

    - PNP berpusatkan guru- Guru kawal sepenuhnya PNP- Guru kawal apa yang akan dipelajari, bagaimana ia dilakukan serta mula dan akhir

    sesuatu aktiviti dijalankan

    - Guru membuat semua keputusan dalam PNP- Guru bagi arahan satu persatu, membuat demonstrasi dan bagi komen/ulasan

    tentang prestasi murid

    - Murid perlu bagi perhatian sepenuhnya dan meniru perlakuan guruImplikasi :

    - sesuai untuk aktiviti aras tinggi yang mengutamakan keselamatan

    - sesuai untuk masa PNP yang terhad- sesuai untuk pembelajaran peringkat awal

    Contoh aktiviti: cartwheel, terjun papan anjal

    2) GAYA LATIHAN- Merupakan kesinambungan daripada gaya pembelajaran arahan- Guru bertanggungjawab terhadap semua keputusan PNP- Guru bagi tunjuk ajar dan murid lakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat- Guru akan memberi penerangan aktiviti/lakukan demonstrasi- Guru bagi penjelasan dan tentukan apa yang ingin diajar- Semasa PNP, guru akan lakukan pemerhatian terhadap murid, bagi maklum balas,

    tunjuk ajar dan bersoal jawab.

    - Murid lakukan latihan yang ditetapkan oleh guruImplikasi:

    - Sesuai untuk masa PNP yang terhad- Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal- Pelajar ada lebih masa untuk lakukan latihan

    Contoh aktiviti: kemahiran hoki menggelecek, kemahiran olahraga

    3) GAYA TIMBAL BALIK (RECIPROCAL)- Guru tetapkan apa yang akan dipelajari- Guru bagi penerangan sebelum memulakan aktiviti- Guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap PNP

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    5/13

    - Aktiviti dilakukan secara berpasangan- Seorang murid akan jadi pemerhati dan seorang lagi akan lakukan aktiviti- Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan (senarai semak) yang telah disediakan- Kemudian, murid akan bertukar peranan- Guru lakukan demonstrasi lanjutan untuk menguji perlakuan murid

    Contoh aktiviti: kemahiran menghantar bola paras dada bola jarring

    4) SEMAK KENDIRI- Guru tentukan apa yang akan diajar- Guru bagi penerangan sebelum memulakan pengajaran- Guru tentukan kriteria pembelajaran- Guru bagi kad gambar sebagai panduan murid untuk jalankan aktiviti- Murid lakukan aktiviti mengikut urutan dalam kad gambar yang diberi- Pelajar menilai perlakuan sendiri

    Implikasi:

    - Sesuai untuk perlakuan yang mudah dilakukan- Perlajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri- Mengehadkan hubungan sosial antara guru dengan murid

    Contoh aktiviti: menyangga bola tampar & menjaring bola jaring (lakukan aktiviti ikut kad gambar)

    5) INKLUSIF / PENINGKATAN- Pengajaran berpusatkan guru- Guru menentukan apa yang akan dipelajari dan kriteria pembelajaran- Guru bagi peluang kepada pelajar untuk pilih tahap pembelajaran ikut kemampuan

    diri

    - Pelajar akan pilih sendiri tahap prestasi- Pelajar akan buat keputusan untuk lakukan aktiviti pada tahap yang tinggi

    Implikasi:

    - Bagi peluang kepada pelajar untuk rasai kepuasan dan kejayaan dalam melakukanaktiviti

    - Semua murid berpeluang dan berupaya untuk lakukan aktiviti walaupun berbezakebolehan diri

    - Pelajar boleh buat keputusan sendiriContoh aktiviti: kemahiran lompat tinggi bebas pilih aras ketinggian palang yang berbeza.

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    6/13

    6) PEMBELAJARAN KENDIRI- Pembelajaran berpusatkan murid- Murid tetapkan sendiri apa yang ingin dipelajari- Murid tetapkan pendekatan, objektif yang ingin dicapai- Murid berhak membut keputusan sendiri- Guru hanya sebagai pemerhati

    Implikasi:

    - Semua pembelajaran dan aktiviti ditetapkan oleh pelajarContoh aktiviti: Kemahiran servis bola tampar (murid ingin lakukan 2 drpd 3 kemahiran)

    Kemahiran hoki (menolak dengan pelbagai posisi badan

    7) DAYA USAHA / TERDORONG- Murid akan rancang program dan aktiviti pembelajaran- Murid akan berusaha untuk tetapkan tugasan- Murid pilih gaya pembelajaran sendiri- Muris kawal kelas, rancang prigram dan aktiviti- Guru pantau proses pembelajaran

    Implikasi:

    - Tugasan dan aktiviti ditetapkan oleh murid- Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu

    Contoh ativiti: mengaplikasikan kemahiran olahraga dan memerlukan mengaplikasikan dengan

    lakukan satu sesi pengajaran PJ.(aplikasikan kemahiran mengajar PJ)

    8) PROGRAM INDIIVDU- Murid tetapkan sendiri tugasan, selesaikan masalah/tugasan ikut kebolehan

    masing-masing

    - Murid rancang dan tetapkan program atau aktiviti pembelajaran- Guru sebagai penasihat, bagi bantuan kepada murid

    Implikasi:- Tugasan dan masalah ditetapkan sendiri oleh pelajar

    Contoh aktiviti: Gimrama murid rancang pergerakan kreatif untuk bentuk persembahan

    9) PENEMUAN MENCAPAH (DIVERGENT)

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    7/13

    - Guru tetapkan satu tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan atau jalanpenyelesaian.

    - Tugasan satu, tetapi mempunyai banyak pilihan jawapan atau cara penyelesaian- Guru mendorong dan menggalakkan murid untuk menilai setiap jawapan untuk

    membuat perbandingan keputusan- Pelajar akan menilai jawapan untuk tetapkan keberkesanan- Murid akan mencari mana-mana jawapan dengan melakukan semua gaya

    seterusnya menilai keberkesanannya.

    Implikasi:

    - Tugasan disediakan oleh guru dan mempunyai banyak pilihan jawapan- Galakkan murid berfikir- Pupuk sikap kerjasama

    Contoh aktiviti: guru tetapkan tugasan supaya mencari teknik yang sesuai bagi kemahiran

    olahraga acara padang lompat jauh.

    Gimnastik lakukan aksi guling dari titik A ke titiik B tanpa gunakan kaki

    10)PENEMUAN TERBIMBING / PENGAJARAN BERPUSAT (CONVERGENT)- Guru tetapkan tugasan yang pelbagai tapi hanya menjurus pada satu jawapan

    sahaja

    - Guru sebagai pembimbing dan pemandu arah- Guru bagi masa pada pelajar untuk berfikir dan bertindak- Pelajar akan lakukan tugasan berdasarkansoalan yang diberikan

    Implikasi:

    - Guru rancang PNP dan sediakan tugasanContoh aktiviti: murid lakukan perbincangan berkaitan dengan tokoh-tokoh sukan Negara

    1 5 : berpusatkan guru 6 10 : berpusatkan pelajar

    4. Kemahiran dalam hoki Menolak dan menahan Memukul Kuis / flik Menggelecek Menjaga gol

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    8/13

    1. Perkaitan antara kurikulum PJ dengan FPK (esei)

    Kurikulum PJ :

    - berhasrat melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani.

    - Memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan murid bagi membentukmasyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.

    - Membantu murid menjadi cergas, aktif dan berpengetahuan melalui pemupukankemahiran, nilai dan amalan kecergasan.

    Matlamat PJ:

    - membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalankecergasan

    Objektif PJ:

    - meningkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuanmotor.

    - Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian- Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri- Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

    pelbagai aktiviti atau kegiatan fizikal

    - Membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan- Membentuk sahsiah dan disiplin dri.

    Aspek pentingPJ : - penglibatan murid secara aktif dan selamat

    - Interaksi yang kreatif dengan alat, bahan dan rakan- Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah

    berlaku

    FPK:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

    secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

    rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah

    bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

    mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan

    terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    9/13

    Perkaitan kurikulum PJ dengan FPK:

    1) Memperkembangkan lagi potensi individu- Sejajar dengan objektif PJ iaitu murid dapat menguasai kemahiran asas pergerakan

    dan permainan mengikut kemampuan diri.

    - Melalui aktiviti kesukanan dan senaman serta konsep dan teori yang dipelajariberkaitan PJ, murid dapat perkembangkan potensi diri bukan sahaja dari aspek

    psikomotor malah dari aspek kognitif.

    - Bakat dan kebolehan murid dapat diperkembangkan melalui aktiviti yang dijalankan.- Walaupun murid terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan yang

    berbeza, tetapi dengan adanya kurikulum PJ, ia memberi ruang dan peluang

    kepada semua murid untuk mengembangkan potensi dan bakat masing-masing

    (melalui teaching style by mosston-ade pendekatan berpusatkan murid)

    - Strategi PNP yang dijalankan oleh guru turut dapat memperkembangkan potensiindividu.

    - penggunaan teori kecerdasan pelbagai semasa PNP dapat kembangkan semuapotensi murid dari segi kinestetik, visual ruang, muzik (aerobic), interpersonal serta

    intrapersonal.

    - Kebolehan dan potensi dalam sukan merupakan salah satu platform untukmelonjakkan diri dan mencapai kejayaan.

    2) Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani- Kecergasan fizikal berkait rapat dengan kecerdasan mental.- Kecergasan fizikal menjamin kecerdasan mental.- Sejajar dengan matlamat PJ untuk menjadikan murid yang cergas melalui

    pembelajaran aktiviti fizikal dan juga amalan kecergasan. Melalui amalan penjagaan

    kesihatan, pengetahuan berguna berkaitan PJ, jalankan aktiviti kemahiran

    kesukanan, dapat lahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS.

    - Sejajar juga dengan objektif PJ yang merangkumi tiga tunjang pembelajaran PJiaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Melalui PJ, murid peroleh

    perkembangan fizikal, mental serta perkembangan sosial yang baik

    - Aktiviti senaman dan kesukanan dapat kurangkan stress dan tekanan menenangkan jiwa, cara untuk menyalurkan kemarahan dan perasaan.

    - PJ perlu seiring bagi membentuk manusia yang pintar dan pandai menguruskanemosi.

    - Pupuk nilai kerohanian melalui aktiviti berkumpulan kerjasama dan perpaduan.3) Melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    10/13

    - PJ bukan semata-mata aktiviti senaman atau kesukanan. PJ turut bagi ilmuberkaitan dengan kehidupan.

    - 3 tunjang utama PJ iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan perlu dikuasai.- Selaras dengan kurikulum PJ untuk lahirkan murid yang berilmu dan membentuk

    masyarakat cergas, sejahtera dan produktif.- Semua aktiviti di ajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran asas yang betul- Pelbagai penyerapan dalam PJ menjadi ilmu yang sangat berguna dalam

    kehidupan anatomi n fisiologi

    4) Berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri

    - Sejajar dengan kehendak kurikulum PJ untuk melahirkan murid yang berguna,berilmu dan berkemahiran.

    - Sejajar dengan matlamat dan objektif PJ yang bertujuan membantu murid menjadicergas melalui pembelajaran aktivti fizikal dan amalan kecergasan yang meliputi

    aspek kecergasan, kemahiran dan kesukanan.

    - PJ melahirkan insan yang berguna.- Aktiviti kesukanan, aktiviti untuk isi masa lapang, dapat elakkan daripada terlibat

    dengan aktivti yang tidak berfaedah.

    - Berakhlak mulia menghormati guru dan saling bekerjasama- Bertanggungjawab melalui aktiviti berpasukan, ada ketua yang bertanggungjawab- Berketerampilan murid yang cergas dan cerdas mempunyai keperibadian dan

    keterampilan yang baik.

    - PJ mampu tingkatkan keyakinan diri dan menerima kejayaan serta kegagalandengan optimis

    - Berkeupayaan menyelesaikan masalah, melahirkan pendapat dan idea,melakukan aktiviti fizikal

    5) Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat danNegara

    - PJ mampu melahirkan pakar-pakar dalam bidang sukan dan juga bidang perubatan.- Kesedaran tentang PJ menjamin kehidupan yang sihat.- Amalan hidup sihat bersenam, tidk merokok, diet pemakanan seimbang diperoleh

    dengan mempelajari PJ.

    - Unit paling asas ialah keluarga yang sihat, membentuk masyarakat yang sihatsejajar dengan matlamat PJ.

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    11/13

    2. Pertimbangan yang perlu diambil untuk merancang suatu pengajaran PJ (bab 5)A. Tetapkan objektif pengajaran, bagaimana lakukan pengajaran, BBM yang nak digunakan.

    - Pemilihan tajuk pengajaran perlu berdasarkan sukatan pelajaran.- Sesuai untuk tahap perkembangan murid- Melibatkan kesemua aspek iaitu kognitif, psikomotor n afektif- Pemilihan dan penggunaan BBM yang menarik dan boleh membantu dalam

    mencapai objektif pengajaran

    B. Tetapkan kaedah, teknik dan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan tajuk untuk capaiobjektif pengajaran.

    - Kaedah, teknik dan strategi pengajaran yang bersesuaian- Kebijaksanaan guru memilih strategi yang sesuai- Teori kecerdasan pelbagai melibatkan keseluruhan perkembangan dan kecerdasan

    C. Pemilihan aktivti :i. Infrastruktur dan tenaga pengajarii. Perkembangan muridiii. Peralatan dan kemudahaniv. Persekitaran budaya dan tempat

    Infrastruktur dan tenaga pengajar

    Infrastruktur :

    - Infrastruktur memainkan peranan penting dalam PNP PJ. Kesempurnaan aktiviti PJbergantung kepada infrastruktur.

    - Perkara yang perlu diteliti ialah kedudukan sekolah, kemudahan, peralatan dan jugakewangan.

    - Kedudukan sekolah : sama ada di Bandar atau di luar Bandar. Ada perbezaan darisegi kemudahan pembelajaran sekolah di Bandar dengan di luar Bandar. Di lua

    rbandar, tiada kemudahan internet, sukar meneroka ilmu. Di Bandar, kemudahan

    padang yang tidak sempurna dan kurangnya kawasan atau tempat untuk lakukan

    aktiviti kesukanan.

    - Kemudahan yang mencukupi membolehkan aktiviti dijalankan dengan sempurna.Kemudahan padang, gelanggang, peralatan permainan asas dan sebagainya.- Peralatan: peralatan perlu dalam keadaan baik, boleh berfungsi dan digunakan

    serta selamat dan mencukupi.

    - Kewangan sekolah: keperluan kewangan yang diperuntukkan bergantung kepadakapasiti murid di sesebuah sekolah. Peruntukan kewangan sekolah untuk aktiviti PJ

    merujuk kepada kapasiti murid.

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    12/13

    Tenaga pengajar:

    - Tenaga pengajar mesti mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan pengetahuan,kemahiran, teknik dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti.

    - Tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengalaman dapat melaksanakanaktivtii pengajaran dengan baik dan dapat menyelesaikan masalah dengan mudah.

    - Aktivtiti PJ yang berisiko memerlukan tenaga pengajar yang mahir danbertanggungjawab.

    - Guru perlu mahir dan pakar dalam mengendalikan sesuatu aktiviti.- Tenaga pengajar perlu lebih prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid.- Rancang aktiviti berdasarkan sukatan.- Bijak pilih pengajaran, strategi, kaedah dan aktiviti.

    Perkembangan murid

    Guru perlu peka dan mengetahui tahap perkembangan murid dari setiap aspek.

    Dibahagikan kepada beberapa domain iaitu:

    Domain kognitif:

    - Melibatkan perkembangan pemikiran murid, cara berfikir, merasa dan bertindak.- Perlu ikut keupayaan murid iaitu daripada senang kepada yang sukar.- Selari dengan perkembangan dan pertumbuhan murid.- Taksonomi Bloom bahagikan domain kognitif kepada 6 peringkat bermula dari

    tahap yang mudah dicapai sehingga ke tahap yang sukar dicapai (pengetahuan,

    kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian)

    Domain afektif:

    - Melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.- Mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan

    nilai.

    - Mempunyai peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada palingtinggi (penerimaan, gerak balas, penilaian, organisasi, perwatakan dan konsep

    sualisasi nilai dan bentuk pertalian antaranya)

    Domain psikomotor:

    - Merupakan kemahiran berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal seseorang.- Pada peringkat sekolah rendah, kanak-kanak diajar untuk menguasai pergerakan

    yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam

    senaman.

    - Juga mempunyai hirarki tersendiri iaitu daripad peringkat mudah kepada susah(persepsi, persediaan, pergerakan terkawal, pergerakan mekanistik, pergerakan

    kompleks, pergerakan suaian dan pergerakan cipta).

  • 7/31/2019 Nota Pjm3110

    13/13

    Domain sosial:

    - Khusus untuk hubungan dan tingkah laku- Terdiri daripada lapan peringkat (berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri,

    berunding, beerjasama, menghakim, memulakan dan menukar).

    Peralatan dan kemudahan

    Peralatan:

    - Mesti cukup untuk bilangan murid semasa melaksanakan aktiviti- Selamat digunakan, tidak berbahaya- Dalam keadaan baik dan boleh berfungsi- Pemilihan peralatan dalam aktiviti perlu sesuai dengan tahap kebolehan dan umur

    murid.

    Kemudahan:

    - Kemudahan seperti padang, gelanggang, gymnasium, dewan dll.- Guru perlu ambil kira faktor kemudahan dalam merancang pengajaran PJ.- Kemudahan akan mempengaruhi pelaksanaan dan keberkesanan aktivti PJ.- Kekurangan kemudahan dari segi prasarana akan menjejaskan perancangan guru.

    Persekitaran budaya dan tempat

    Persekitaran budaya:

    - Guru perlu peka dengan persekitaran dan sosiobudaya setempat.- Pemilihan aktivtii PJ berdasarkan kecenderungan cara hidup sesuatu masyarakat.-

    Aktiviti yang dipilih perlu ikut atau bersesuaian dengan sosio budaya setempat.- Penting untuk memastikan pihak sekolah dapat sokongan daripada pihak

    masyarakat setempat.

    - Membantu murid mengenali persekitaran budaya berasaskan kepada faktor-fkatorsetempat.

    Tempat:

    - Perlu bersih dan selamat untuk jalankan aktiviti.- Pilih kawasan dan persekitaran tempat yang selamat dan sesuai.- Tempat jalankan aktivti PJ perlu sesuai dengan aktivti yang nak dijalankan.

    Olahraga (padang)Gimnastik (dewan)

    Imbangan (gymnasium)

    Pihak pentadbir juga perlu bagi sokongan terhadap aktivti yang dirancang. Bagi sokongandan bantuan dari aspek tenaga pengajar, kewangan, kemudahan dan peralatan serta

    prasarana.