nota tatabahasa minggu 6

4
NOTA TATABAHASA KATA PENGUAT Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh: Paling Agak Sungguh Amat Terlalu Nian Benar Paling Kata penguat seperti agak, pAling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh: a) Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah. b) Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. c) Suhu di kawasan kutup amat sejuk. d) Kereta api itu sangat laju. e) Kereta itu laju sangat. KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh diiringi kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Berikut ialah ayat contoh bagi kata penguat yang mengiringi kata adjektif. a) Baju pengantin itu kelihatan cantik sekali. b) Harga makanan di restoran itu terlalu mahal. c) Dania berasa sangat gembira kerana dia mendapat keputusan cemerlang.

Upload: nadianabilah

Post on 18-Nov-2015

316 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tatabahasa

TRANSCRIPT

NOTA TATABAHASA

KATA PENGUAT Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh:

PalingAgakSungguhAmat

TerlaluNianBenarPaling

Kata penguat seperti agak, pAling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh:a) Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.b) Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.c) Suhu di kawasan kutup amat sejuk.d) Kereta api itu sangat laju.e) Kereta itu laju sangat.

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang menerangkansifatataukeadaansesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh diiringi kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Berikut ialah ayat contoh bagi kata penguat yang mengiringi kata adjektif. a) Baju pengantin itu kelihatancantik sekali. b) Harga makanan di restoran ituterlalu mahal. c) Dania berasasangat gembirakerana dia mendapat keputusan cemerlang.

KENALI KUMAN

Cikgu Nadia meminta anggota kumpulan Dania berkongsi maklumat yang diperoleh daripada internet dengan kawan-kawan. Mereka menyampaikan maklumat tersebut secara bergilir-gilir.

Dania: Selamat sejahtera kawan-kawan. Tajuk yang ingin kami kongsi ialah kuman. Tahukah kawan-kawan kuman itu apa? Kuman ialah hidupan yang _____________. Kuman boleh hidup di tempat yang sejuk sekali.

Nabil: Kawan sekalian, kuman dapat masuk ke dalam badan kita melalui rongga mulut atau Hidung. Kuman yang paling halus pula masuk ke dalam badan kita melalui luka pada kulit. Ada kuman yang ________________ kerana kuman itu memusnahkan sel-sel sihat di dalam badan kita.

Hafiz: Kawan-kawan, ada kuman yang hidup di dalam usus kita. Kuman ini agak baik kerana membantu penghadaman. Walau bagaimanapun, kuman ini mungkin __________ apabila daya tahan kita kurang.

Lolita: Maklumat yang seterusnya, ada kuman pembawa penyakit seperti taun, batuk kering dan demam kepialu. Penyakit ini ______________ jika tidak dirawat dengan segera. Ada juga kuman yang mengeluarkan toksin yang menyebabkan keracunan makanan. Makanan akan berbau _____________ kerana kuman membiak di dalamnya.

Raju: Sekian sahaja maklumat daripada kumpulan kami. Kami berharap agar anda mendapat maklumat yang ___________ dan berguna ini. Terima kasih.

Amat halusSangat jahatAgak ganasBusuk sekaliAmat baik