nota insuran dalam word

32
PRINSIP-PRINSIP INSURANS Insurans adalah berasaskan 3 prinsip iaitu: Kepentingan Boleh Insurans Penuh Percaya Mutlak Indemniti Prinsip Kepentingan Boleh Insurans Maksud: Seseorang mesti memiliki harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan ataupun mesti mempunyai kepentingan ekonomi atas harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan. - Dia mesti mengalami kerugian apabila harta atau nyawa itu musnah dan bukan orang lain. - Dia tidak boleh menginsuranskan harta benda atau nyawa orang lain kerana dia tidak akan mengalami kerugian ekonomi jika sesuatu risiko berlaku ke atas harta benda atau nyawa orang lain. Prinsip ini adalah untuk mengelakkan seseorang mendapat keuntungan daripada harta benda orang lain. Penuh Percaya Mutlak Maksud: Insured mesti memberikan maklumat-maklumat yang benar mengenai risiko yang hendak diinsuranskan tanpa menyembunyikan sebarang maklumat yang penting apabila mengisi Borang Cadangan. Jika prinsip ini dilanggar oleh mana-mana pihak, polisi insurans akan menjadi tidak sah dan dapat dibatalkan. Pampasan juga tidak akan dibayar dan premium dikembalikan kepada insured.

Upload: ida27

Post on 15-Jun-2015

3.097 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Insuran dalam word

PRINSIP-PRINSIP INSURANS

Insurans adalah berasaskan 3 prinsip iaitu:

Kepentingan Boleh InsuransPenuh Percaya MutlakIndemniti

Prinsip Kepentingan Boleh Insurans

Maksud: Seseorang mesti memiliki harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan ataupun mesti mempunyai kepentingan ekonomi atas harta atau nyawa yang hendak diinsuranskan.

- Dia mesti mengalami kerugian apabila harta atau nyawa itu musnah dan bukan orang lain.

- Dia tidak boleh menginsuranskan harta benda atau nyawa orang lain kerana dia tidak akan mengalami kerugian ekonomi jika sesuatu risiko berlaku ke atas harta benda atau nyawa orang lain.Prinsip ini adalah untuk mengelakkan seseorang mendapat keuntungan daripada harta benda orang lain.

Penuh Percaya Mutlak

Maksud: Insured mesti memberikan maklumat-maklumat yang benar mengenai risiko yang hendak diinsuranskan tanpa menyembunyikan sebarang maklumat yang penting apabila mengisi Borang Cadangan.Jika prinsip ini dilanggar oleh mana-mana pihak, polisi insurans akan menjadi tidak sah dan dapat dibatalkan. Pampasan juga tidak akan dibayar dan premium dikembalikan kepada insured.Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penipuan.

Page 2: Nota Insuran dalam word

Indemniti

Melibatkan semua kontrak insurans kecuali insurans hayat dan insurans kemalangan.Insured yang mengalami kerugian akan dibayar ganti rugi mengikut nilai kerugian yang sebenar atau lindungan dan tidak lebih, setakat cukup bagi menggantikan kerugian yang sebenar dan tidak akan memberi keuntungan kepadanya.Bayaran ganti rugi adalah untuk memulihkan insured kepada kedudukan asal seperti sebelum berlakunya kerugian itu, tetapi tidak akan memulihkannya kepada kedudukan yang lebih baik.Prinsip ini melibatkan 3 prinsip tambahan;

Subrogasi Sumbangan Doktrin sebab hampiran

Subrogasi

Maksud: Apabila insurer selesai membayar ganti rugi kepada insured, insurer telah mengambil alih tempat insured serta semua hak bagi menuntut kerugian daripada pihak ketiga.Contoh;

Van David musnah dalam satu kemalangan. Insurer membayar David ganti rugi sebanyak RM 12,000. Besi buruk van itu kemudian dijual dengan harga RM800. David tidak dapat lagi menuntut jumlah itu kerana van itu telah menjadi hak milik insurer berkenaan yang telah membayar RM12,000 kepada David.

Sumbangan

Maksud: Jika sesuatu risiko yang sama telah diinsuranskan secara berganda dengan beberapa insurer yang berasingan, setiap insurer akan berkongsi sama banyak ganti rugi atau pampasan untuk dibayar kepada insured apabila berlakunya risiko itu.Contoh;

Joe menginsuranskan kedainya sebanyak RM120,000 setiap satu dengan 4 insurer. Bangunan itu hangus sama sekali dalam satu kebakaran. Oleh sebab polisi-polisi insurans ini secara berganda, tiap-tiap insurer itu akan menyumbangkan RM30,000 (¼ × RM120,000) sebagai ganti rugi, bukan RM480,000.

Page 3: Nota Insuran dalam word

Doktrin Sebab Hampiran

Maksud: Insured hanya akan dibayar pampasan atau ganti rugi sekiranya kerugian yang dialami adalah diakibatkan secara langsung oleh risiko yang telah diinsuranskan.Contoh;

Encik Chok menginsuranskan stoknya daripada kebakaran. Apabila stoknya musnah akibat oleh kebakaran (risiko yang diinsuranskan), dia akan dibayar pampasan. Tetapi jika polisi itu mengecualikan kemusnahan stok yang disebabkan oleh air semasa memadam api, pampasan tidak akan dibayar apabila stok itu dimusnahkan oleh air kerana itu bukanlah risiko yang telah diinsuranskan.

Ganti rugi boleh dibayar dalam bentuk; Wang tunai

Cara yang paling mudah dan sesuai untuk menyelesaikan tuntutan. Ganti barang

Menggantikan barang-barang yang diinsuranskan dengan yang baru. Baik pulih

Kerosakan dibaikpulih, khususnya untuk kereta motor. Insurer menyelesaikan bayaran membaikpulih secara terus denganb bengkel berkenaan.

Bina semula Bangunan yang musnah dibina semula oleh insurer.

Prinsip Takaful

Merupakan insurans yang diuruskan secara Islam.Operasi Takaful berlandaskan 3 prinsip utama;

Saling bertanggungjawab Saling bekerjasama Saling lindung-melindungi

Beroperasi berpandukan Mudharabah: Suatu kontrak perkongsian antara peserta dan pengusaha. Peserta Takaful menyumbangkan modal dalam bentuk premium untuk dilaburkan oleh pengusaha, iaitu Syarikat Takaful. Keuntungan yang diperoleh hasil pelaburan itu akan dibahagikan antara kedua-dua pihak pada suatu nisbah yang dipersetujui lebih awal.Mudharabah dapat elakkan tiga unsur yang diharamkan oleh agama Islam iaitu;

Page 4: Nota Insuran dalam word

Gharar: ketidakpastian Riba: faedah Maisir: unsur perjudian

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS KONVENSIONAL

TAKAFUL INSURANS KONVENSIONAL

1. Berasaskan hukum syarak, iaitu prinsip Mudharabah

1. Berdasarkan 3 prinsip insurans iaitu; kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak, dan indemniti.

2. Tidak mempunyai unsur gharar dan biasanya syarikat Takaful akan menyatakan dengan jelas cara premium dikumpulkan serta dilaburkan. Pembahagian keuntungan antara peserta dengan syarikat adalah mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

2. Mempunyai unsur gharar atau ketiadaan penjelasan tentang cara premium dilaburkan dan sumber ganti rugi tidak dinyatakan. Wang premium dilaburkan dalam projek-projek yang bercanggah dengan hukum Islam.

3. Unsur riba tidak wujud sebab Takaful tidak menerima atau membayar bunga. Apabila Takaful matang, peserta akan dibayar bahagian simpananya yang ditambah dengan keuntungan daripada pelaburan.

3. Mempunyai unsur riba sebab menerima bunga atas pinjaman yang diberi kepada insured. Pampasan dan jumlah yang diinsuranskan yang dibayar balik mengandungi unsur bunga.

4. Tidak mempunyai unsur maisir (perjudian) kerana wang premium dimasukkan ke dalam dua akaun iaitu; akaun peserta untuk pelaburan dan akaun khas peserta untuk pembayaran faedah takaful kepada peserta yang ditimpa kecelakaan. Peserta akan dibayar mengikut jumlah simpanan yang terkumpul di dalam kedua-dua akaun itu dan bukan mengikut jumlah yang diinsuranskan.

4. Insurans kapitalis terutamanya insurans hayar mempunyai unsur maisir kerana insured akan dibayar pampasan yang besar dengan sumbangan premium yang sedikit.

Page 5: Nota Insuran dalam word

PENGENALAN NOTA RINGKAS

JENIS-JENIS INSURANS

1. Jenis-jenis insurans boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu:

JENIS INSURANS

INSURANS AM

INSURANS HAYAT

INSURANS KEMALANGAN INSURANS KEBAKARAN INSURANS

MARIN/PENERBANGAN INSURANS LAIN

INSURANS HAYAT INSURANS ENDOWMEN INSURANS HAYAT

SEMENTARA

Insurans Am

Insurans Hayat

Page 6: Nota Insuran dalam word

NOTA INSURANS AM

INSURANS AM

INSURANS KEMALANGAN

INSURANS :

MOTOR

KEMALANGAN PERIBADI

LIABILITI MAJIKAN

LIABILITI AM

INSURANS KEBAKARAN

INSURANS MARIN/PENERBANGAN

INSURANS MARIN

INSURANS PENERBANGAN

INSURANS LAIN

INSURANS:

KECURIAN

JAMINAN SETIA

KESIHATAN

PENDIDIKAN

GADAIAN

Page 7: Nota Insuran dalam word

INSURANS AM

A) INSURANS KEMALANGAN

Melindungi insured terhadap kecederaan & kematian yang disebabkan oleh kemalangan sahaja.

Jika insured tercedera dalam kemalangan,wang pampasan akan diberi kepadanya manakala jika ia meninggal dunia, wang pampasan akan dibayar kepada warisnya.

Premium Insurans kemalangan ditentukan berdasarkan:

Jumlah ganti rugi dibayar bergantung kepada:

Terdapat beberapa jenis insurans kemalangan seperti:

Memberi perlindungan terhadap pelbagai risiko kepada pemilik kenderaan bermotor seperti kecederaan, kematian, kecurian, kebakaran & kerosakan.

Terdapat 2 jenis insurans motor:

Melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga apabila berlaku kecederaan, kematian & kerosakan harta benda pihak ketiga.

Ia wajib diambil oleh semua pemilik kenderaan bermotor.

Umur.

Jenis pekerjaan

Nilai Insurans.

Nilai Insurans

Paras Kecederaan

1. INSURANS MOTOR

a) INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA

Page 8: Nota Insuran dalam word

Memberi perlindungan yang lengkap kepada insured & pihak ketiga. Premiumnya lebih tinggi.

Perlindungan ini termasuk kematian & kecederaan serta kerosakan harta benda pihak ketiga & insured.

Polisi ini tertakluk kepada fasal lebihan (excess clause). Mengikut excess clause, sesuatu tuntutan yang kurang dari satu amaun

tertentu mesti ditanggung sendiri oleh insured.

Insured diberi perlindungan terhadap kecederaan & kematian yang disebabkan oleh kemalangan sahaja.

Premium insurans yang dikenakan bergantung kepada jenis pekerjaan insured.

Jumlah pampasan yang dibayar bergantung kepada nilai insurans.

b) INSURANS MOTOR KOMPREHENSIF

CONTOH :

Jika excess clause menyatakan RM500, ini bererti tuntutan sehingga RM500 mesti dibayar oleh insured. Jika kerosakan ini bernilai RM1000, syarikat-syarikat insurans(insurer) hanya membayar RM500

2. INSURANS KEMALANGAN PERIBADI

CONTOH :

Kemalangan dalam perjalanan

Permainan

Page 9: Nota Insuran dalam word

Memberi perlindungan kepada pihak majikan terhadap tuntutan pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja.

Pihak majikan di Malaysia dikehendaki menginsuranskan pekerjaya terhadap kemalangan dengan cara menyumbangkan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Terdapat 2 jenis skim insurans pekerja PERKESO, iaitu:

Memberi perlindungan kepada pekerja terhadap risiko kehilangan keupayaan untuk bekerja yang berlaku di tempat kerja atau bukan di tempat kerja.

Memberi perlindungan terhadap kecederaan, penyakit atau kecacatan anggota akibat kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja.

Diambil oleh pemilik perniagaan seperti pemilik pasar raya dan gedung aneka jabatan.

Memberi perlindungan kepada pemilik perniagaan terhadap tuntutan ganti rugi oleh orang awam yang mungkin tercedera atau mengalami kerosakan harta benda akibat kecuaian pemilik perniagaan.

3. INSURANS LIABILITI MAJIKAN

a) SKIM PENCEN LIAT

b) SKIM BENCANA PEKERJAAN

4. INSURANS LIABILITI AM

Page 10: Nota Insuran dalam word

Jenis insurans liabiliti am lain ialah :

Melindungi pengeluar terhadap tuntutan pengguna yang cedera atau sakit akibat penggunaan produknya.

Melindungi golongan professional, contohnya, doktor akibat kecuaian dalam pelaksanaan tugasnya.

a) INSURANS LIABILITI PRODUK

b) INSURANS LIABILITI PROFESIONAL

Page 11: Nota Insuran dalam word

B) INSURANS KEBAKARAN

Memberi perlindungan terhadap kerugian akibat kebakaran.

Melindungi harta benda seperti bangunan, rumah kediaman, stok barangan, alat kelengkapan dan sebagainya.

Tidak member perlindungan terhadap kerugian kebakaran yang diakibatkan oleh peperangan, pemberontakan dan bencana alam seperti letupan gunung berapi.

Kadar premium insurans kebakaran ditentukan oleh faktor-faktor berikut:

a) BAHAN BANGUNAN

Bangunan yang dibuat dengan simen dikenakan kadar premium yang lebih rendah berbanding bangunan yang dibuat daripada kayu.

b) BAHAYA DARI KAWASAN SEKELILING

Bangunan yang terletak berhampiran dengan kawasan merbahaya seperti stesen minyak dikenakan premium yang lebih tinggi.

f) PERKHIDMATAN BOMBA

Bangunan yang terletak berhampiran dengan balai bomba ataupun pili bomba (hydrant) dikenakan premium yang lebih rendah.

e) JENIS BARANG YANG DISIMPAN

Jika sesuatu bangunan itu digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mudah terbakar seperti minyak & gas, premium yang dikenakan adalah lebih tinggi.

c) LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Bangunan yang dilengkapi dengan alat pencegah api seperti penyembur & loceng isyarat dikenakan premium yang lebih rendah.

d) TEMPOH MASA PERLINDUNGAN

Lebih panjang tempoh perlindungan, kadar premium adalah lebih rendah.

Page 12: Nota Insuran dalam word

C) INSURANS MARIN/PENERBANGAN

i) INSURANS MARIN

Memberi perlindungan kepada kapal dan muatannya termasuk anak kapal, penumpang & kargo terhadap pelbagai risiko semasa di laut.

Antara risiko yang dilindungi adalah:

ii) INSURANS PENERBANGAN

Memberi perlindungan terhadap risiko yang berkaitan dengan penerbangan.

Antara risiko yang dilindungi adalah:

a) Kehilangan & kerosakan kapal termasuk jenteranya.

b) Kehilangan, kerosakan & kecurian kargo

c) Tuntutan oleh pihak tertentu seperti kecederaan anak kapal, penumpang, kemusnahan hidupan laut, & pencemaran akibat tumpahan minyak.

a) Kerosakan & kemusnahan kapal terbang.

b) Kematian, kecederaan & kerosakan harta benda.

c) Kematian, kecederaan, & kerosakan harta benda penumpang, anak

kapal & pihak ketiga.

d) Kerosakan kargo atau barang yang diangkut.

Page 13: Nota Insuran dalam word

D) INSURANS LAIN

Melindungi pemegang polisi terhadap kerugian yang disebabkan kecurian,

rompakan, & pecah rumah di rumah kediaman atau premis perniagaan.

Memberi perlindungan kepada majikan atau perniagaan terhadap kerugian akibat

pecah amanah atau ketidakjujuran pekerja.

Insurans ini diambil oleh bank, institusi kewangan, & perniagaan yang

mengamanahnya kewangan kepada pekerjanya.

Memberi perlindungan kepada insured terhadap kos atau perbelanjaan perubatan yang dihadapi akibat sesuatu penyakit atau kecederaan.

Merupakan sejenis insurans endowment. Insurer perlu membayar jumlah

diinsuranskan bersama-sama faedah & bonus terkumpul pada tarikh matang untuk

membiayai pendidikan tinggi.

Insurans ini adalah sejenis tabungan perlindungan. Jika berlaku kematian kepada

ibu bapa, premium tidak perlu dibayar tetapi anak masih akan mendapat faedah

pendidikan.

a) INSURANS KECURIAN

b) INSURANS JAMINAN SETIA

c) INSURANS KESIHATAN

d) INSURANS PENDIDIKAN

Page 14: Nota Insuran dalam word

Merupakan sejenis insurans hayat sementara.

Insured yang mengambil pinjaman bank untuk membeli rumah boleh mengambil

insurans ini. Jika insured meninggal dunia sebelum tamat tempoh pembayaran

balik hutang pinjaman, insurer akan menjelaskan baki bagi pihak insured.

Ia juga melindungi rumah insured daripada dirampas oleh pihak bank.

e) INSURANS GADAIAN

Page 15: Nota Insuran dalam word

NOTA INSURANS HAYAT

Membayar ganti rugi atas kerugian yang diakibatkan oleh kematian, kecacatan, dan

hilang upaya.

Ia terkecuali daripada prinsip ganti rugi kerana nyawa seseorang itu tidak dapat diukur

dengan wang ringgit & tidak boleh diganti dengan wang pampasan.

Terdapat tiga jenis insurans hayat iaitu :

Insured yang membeli polisi ini perlu membayar premium sepanjang tempoh

hayatnya.

INSURANS HAYAT

INSURANS ENDOWMEN

INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP

INSURANS HAYAT SEMENTARA

INSURANS HAYAT

INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP

INSURANS ENDOWMEN

INSURANS HAYAT SEMENTARA

a) INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP

Page 16: Nota Insuran dalam word

Insured boleh juga memilih untuk membayar premium untuk suatu jangka masa

tertentu seperti 10, 15 atau 20 tahun. Selepas itu, ia tidak perlu membayar

premium sehingga akhir hayatnya. Ini dikenali sebagai insurans hayat bayaran

terhad.

Jumlah yang diinsuranskan beserta dengan bonus akan dibayar kepada waris

insured apabila insured meninggal dunia.

Pembayaran juga akan dibuat oleh insurer, jika insured hilang upaya kekal.

Memberikan perlindungan kepada insured untuk suatu tempoh tertentu, misalnya

10, 15, atau 20 tahun. Insured perlu membayar premium untuk tempoh berkenaan.

Apabila tiba tarikh matang polisi, insured akan dibayar balik jumlah yang

diinsuranskan bersama-sama dengan bonusnya.

Sekiranya insured mati sebelum tarikh matang polisi, pampasan akan dibayar

kepada waris yang dicalonkan ataupun waris yang terdekat.

Insurans pelan pendidikan merupakan insurans endowmen yang mendapat

perhatian pada masa kini. Pelan ini membolehkan ibu bapa menabung untuk

pendidikan tinggi anak mereka di samping member perlindungan.

Memberi perlindungan kepada insured untuk sesuatu tempoh tertentu sahaja,

misalnya 10,15 ataupun 20 tahun.

Jika insured meninggal dunia dalam tempoh perlindungan, pampas an akan

dibayar pada waris terdekat.

Jika insured masih hidup dalam tempoh berkenaan, dia tidak akan mendapat apa-

apa perlindungan.

Kadar premium bagi polisi ini adalah yang paling rendah.

b) INSURANS ENDOWMEN

c) INSURANS HAYAT SEMENTARA

Page 17: Nota Insuran dalam word

FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KADAR PREMIUM INSURANS HAYAT

A) UMUR Jika umur insured semakin meningkat, kadar premium yang

dikenakan lebih tinggi.

B) JANTINA Wanita dikenakan kadar premium yang lebih rendah daripada lelaki

C) PEKERJAAN Mereka yang terlibat dalam jenis pekarjaan yang mempunyai risiko

kemalangan atau kerosakan kesihatan yang tinggi akan dikenakan

premium yang lebih tinggi

E) TEMPOH & LIPUTAN LINDUNGAN Lebih lama tempoh serta liputan lindungan lebih tinggi premiumnya.

D) KESIHATAN Premium yang dikenakan bergantung kepada kesihatan pemohon.

Pemohon yang kurang sihat akan diberikan premium tambahan

berbanding dengan pemohon yang sihat.

F) JENIS INSURANS Premium yang dikenakan adalah berbeza-beza mengikut jenis polisi.

Page 18: Nota Insuran dalam word

TAKAFUL

Insurans yang diuruskan secara Islam dikenali sebagai takaful. Takaful mengikut tafsiran syarak

ialah pakatan satu kumpulan untuk jamin-menjamin dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling

membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban

kewangan. Syarikat Takaful Malaysia Berhad ditubuhkan pada tahun 1985 bagi menjalankan

takaful di Malaysia mengikut Akta Takaful 1984.

PRINSIP TAKAFUL

Takaful juga berlandaskan tiga prinsip insurans konvensional iaitu kepentingan boleh insurans,

penuh percaya mutlak dan idemniti. Walau bagaimanapun, perlaksanaannya berlandaskan

hukum syarak. Berdasarkan hukum ini, takaful tidak membenarkan unsur seperti gharar, maisir

dan riba.

Gharar (ketidakpastian)

Gharar ialah unsur yang tidak member kepastian atau penjelasan yang tepat mengenai

perjanjian dan perjalanan syarikat. Syarikat takaful perlu menjelaskan bagaimanawang

sumbangan dikendalikan serta perlaburan yang dibuat. Begitu juga segala keterangan

mengenai pembayaran ganti rugi perlu diterangkan dalam perjanjian.

Maisir (perjudian)

Unsur perjudian dielakkan oleh syarikat takaful keranan perjudian bertentangan dengan

hukum syariah.

Riba (faedah)

Unsur pembayaran riba atau faedah tidah diamalkan oleh syarikat takaful. Syarikat

takaful tidak membayar faedah kepada peserta dan tidak mengenakan faedah atas

perkhidmatan yang diberikan.

Page 19: Nota Insuran dalam word

Operasi takaful berlandaskan konsep Mudharabah yang merupakan prinsip utama dalam takaful.

Ia adalah akad perjanjian antara syarikat takaful yang bertindak sebagai Mudharib atau

pengusaha dengan peserta yang bertindak sebagai pemodal. Pemodal akan memberikan

sumbangan manakala pengusaha akan melaburkan sumbangan tersebut untuk menciptakan

keuntungan. Keuntungan daripada pelaburan tersebut akan dibahagikan antara syarikat takaful

dan peserta mengikut nisbah yang dipersetujui. Perkara yang dijelaskan dalam prinsip

Mudharabah ialah:

Pembahagian keuntungan di atara syarikat takaful dengan peserta.

Cara syarikat takaful menggunakan wang sumbangan pesertanya.

Hak serta syarat yang diberikan kepada peserta.

Manfaat yang diperoleh peserta daripada pelan takaful.

Tabarruk bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan reda yang dilakukan secara

sedar dengan niat untuk saling membantu. Melalui tabarruk risiko kemalangan dipikul oleh

sesama peserta dan bukannya syarikat.

Dengan adanya perjanjian Mudharabah dan tabarruk segala unsur gharar, riba dan maisir

dihapuskan. Perjanjian ini menyatakan dengan jelas tentang cara sumbangan wang takaful

dikumpulkan, cara wang itu dilaburkan, cara ganti rugi diberikan dan cara pembahagian untung

rugi. Semua penerimaan dan pembayaran berdasarkan konsep perkongsian untung rugi.

PRODUK TAKAFUL

Syarikat takaful menyediakan dua jenis produk takaful iaitu:

i. Takaful Keluarga

ii. Takaful Am

Takaful Keluarga

Takaful keluarga melindungi para peserta dengan menyediakan sejumlah wang kepada warisnya

apabila dia meninggal dunia atau menyediakan simpanan wang bagi peserta sekiranya dia

bersara atau hilang upaya bekerja.

Page 20: Nota Insuran dalam word

Mengikut skim takaful ini, peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan

kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum. Sumbangan yang dikumpulkan daripada para

peserta dimasukkan ke dalam dua akaun, iaitu Akaun Peserta dan Akaun Khas Peserta. Wang

sumbangan dalam Akaun Peserta adalah untuk pelaburan dan simpanan di mana keuntungan

daripada pelaburan dibahagikan di antara syarikat dengan peserta mengikut nisbah yang

dipersetujui.

Wang sumbangan dalam Akaun Khas Peserta adalah untuk membayar ganti rugi atau pampasan

kepada peserta yang ditimpa kemalangan. Bayaran ganti rugi atau pampasan untuk pelan takaful

keluarga bukan berdasarkan jumlah yang dinsuranskan tetapi bergantung pada jumlah yang

terkumpul di dalam kedua-dua akaun tersebut. Ini bermakna peserta tidak akan dibayar ganti rugi

atau pampasan yang besar jumlahnya atas sumbangan yang sedikit. Cara ini menghapuskan

unsur maisir dalam takaful.

Syarikat takaful menyediakan skim takaful keluarga bagi membolehkan peserta mendapat

perlindungan berasaskan tujuan berikut:

Peserta menabung secara berterusan.

Melaburkan kumpulan wang tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

Menyediakan perlindungan kepada peserta yang ditimpa malapetaka.

Mengembalikan bahagian simpanan dan bahagian untung kepada peserta yang tidak

ditimpa kemalangan.

Takaful keluarga terdiri daripada dua jenis iaitu pelan individu dan pelan kelompok. Pelan

individu mempunyai 14 komponen antaranya Pelan Takaful Keluarga, Takaful Siswa, Takaful

Rawat, Takaful Dana Pekerja, Takaful Gadai Janji, Takaful Skim Anuiti KWSP dan Takaful

Sihat. Pelan Kelompok pula mengandungi 3 komponen iaitu Pelan Takaful Keluarga Kelompok,

Pelan Takaful Kesihatan dan Pelan Takaful Keluarga Kelompok (kredit).

Takaful Am

Melalui perlindungan takaful am, peserta membayar sumbangan bergantung kepada skim takaful

yang disertainya. Tempoh matang perlindungan takaful am ialah setahun. Untuk memperbaharui

Page 21: Nota Insuran dalam word

skim takaful tersebut, peserta boleh berbuat demikian setiap tahun selagi peserta mempunyai

kepentingan terhadap harta benda tersebut.

Takaful am disertai oleh individu, syarikat, pertubuhan atau perbadanan. Takaful ini memberikan

perlindungan kepada peserta untuk menghadapi risiko ke atas harta benda atau aset seperti Skim

Takaful Kebakaran yang memberikan perlindungan terhadap kebakaran, Skim Takaful

Kenderaan yang memberi perlindungan kepada kenderaan terhadap kerosakan dan kemalangan

serta Skim Takaful Liabiliti Majikan yang melindungi pihak majikan terhadap tuntutan pekerja.

Skim Takaful Liabiliti Am pula melindungi pihak peniaga terhadap tuntutan daripada orang

awam.

PERBANDINGAN ANTARA INSURANS KONVENSIONAL DENGAN TAKAFUL

Persamaan insurans konvensional dan takaful

Terdapat persamaan antara insurans konvensional dan takaful dari segi tujuannya. Kedua-

duanya menyediakan perkhidmatan yang memberi bantuan apabila insured (peserta)

menghadapi kesusahan akibat berlakunya risiko. Insurans konvensional dan takaful juga

mempunyai objektif yang sama iaitu membantu golongan tidak bernasib baik melalui

pemindahan risiko dan amalan bantu-membantu menggunakan prinsip asas iaitu

kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak dan indemniti.

Perbezaan antara insurans konvensional dengan takaful

Prinsip insurans

Insurans konvensional berdasarkan tiga prinsip utama iaitu kepentingan boleh

insurans, penuh percaya mutlak dan indemniti.

Takaful berdasarkan prinsip Mudharabah serta tiga prinsip utama dalam insurans

konvensional yang diubahsuai mengikut hukum syarak.

Page 22: Nota Insuran dalam word

Unsur Gharar (ketidakpastian)

Insurans konvensional mempunyai unsur gharar atau ketidakpastian dalam

perjanjian dan operasi syarikat. Insurer konvensional hanya menjelaskan cara

premium dikumpulkan tetapi tidak menjelaskan cara premium dilaburkan. Insurer

konvensional juga tidak menjelaskan bagaimana ganti rugi yang dijanjikan

kepada insured diperoleh. Oleh itu, unsur ketidakpastian dan keraguan boleh

timbul di kalangan umat Islam.

Takaful pula tidak mengandungi unsur gharar kerana menjelaskan cara

sumbangan dikumpulkan dan dilaburkan. Semua pelaburannya halal di sisi Islam.

Keuntungan dibahagikan antara peserta dan syarikat takaful mengikut nisbah

yang telah dipersetujui.

Unsur maisir (perjudian)

Insurans konvensional mempunyai unsur maisir kerana peserta akan dibayar

ganti rugi atau pampasan yang besar dengan sumbangan premium yang sedikit.

Unsur maisir juga akan wujud apabila terdapat pelaburan yang bertentangan

dengan hukum syarak.

Takaful pula, unsur maisir dihapuskan kerana wang premium yang dimasukkan

ke dalam dua akaun iaitu Akaun Peserta dan akaun Khas Peserta. Peserta akan

dibayar ganti rugi dan pampasan mengikut jumlah yang terkumpul di dalam

kedua-dua akaun tersebut. Oleh itu, unsur spekulasi atau perjudian tidak wujud.

Unsur riba (faedah)

Insurans konvensional, unsur riba wujud kerana menerima dan memberi faedah

hasil daripada pinjaman yang diberi. Ganti rugi atau pampasan yang dibayar balik

kepada insured mengandungi unsur riba. Pelaburan juga dibuat dalam bon atau

debenture yang membayar faedah.

Takaful pula peserta akan menerima bayaran berdasarkan jumlah sumbangan

yang terkumpul dalam akaun pesertanya dan ditambah dengan keuntungan

pelaburan. Di samping itu pelaburan tidak dibuat di mana-mana instrumen

pelaburan yang membayar faedah. Oleh itu, unsur riba tidak wujud.

Page 23: Nota Insuran dalam word

BELIAN POLISI DAN TUNTUTAN GANTIRUGI

Terdapat tatacara yang perlu dituruti apabila membeli polisi insurans serta membuat tuntutan ganti rugi.

Prosedur membeli polisi insurans

Pertanyaan

1. Seseorang yang ingin megambil insurans hendaklah menghubungi insurer ataupun ejenya untuk mendapatkan maklumat.

a) Risiko yang hendak diinsurankanb) Syarat-syarat perlindungan yang ditawarkanc) Jumlah premium yang perlu dibayar

Mengisi boring cadangan(Proposal Form)

1. Dia mestilah mengisi boring cadangan yang boleh didapati secara percuma dari syarikat insurans.

2. Semasa mengisi boring dia mestilah mematuhi prinsip penuh percaya mutlak,iaitu dia mestilah member segala maklumat yang benar berkaitan dengan risiko yang hendak diinsurankan. Sebarang maklumat yang palsu boleh menghilangkan hak tuntutannya pada masa akan dating.

3. Borang itu kemudian dikembalikan kepada syarikat insurans untuk dipertimbangkan.

Pengeluaran nota lindung

1. Jika syarikat insurans bersetuju menerima risiko yang dikemukakan,maka ia akan mengeluarkan nota lindung yang akan memberikan perlindungan serta-merta kepada orang itu.

2. Nota lindung merupakan dokumen sementara sahaja.

Pengeluaran polisi

1. Insurer kemudian akan mengeluarkan polisi rasmi kepada insured dan dengan itu,nota lindung akan dibatalkan.

2. Polisi sebenarnya adalah kontrak yang dibuat antara insurer dengan insured untuk menjelaskan perkara-perkara berikut:

a) Syarat-syarat perlindungan yang ditawarkan oleh insurer terhadap risiko itu.b) Hak-hak gantirugi yang boleh dituntut oleh insurer.c) Nilai polisi dan premium yang mesti dibayar.

Page 24: Nota Insuran dalam word

Bayaran premium

1. Insured mestilah menjelaskan premium pada tiap-tiap tempoh masa yang ditetapkan.2. Kegagalan untuk membayar premium akan menamatkan polisi.

Prosedur membuat tuntutan gantirugi

Memberitahu insurer dan polis dengan serta merta

- Apabila berlaku risiko yang diinsurankan,insured hendaklah memberitahu insurer serta membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Mengisi borang tuntutan

- Insured juga dikehendaki mengisi boring tuntutan dengan butir-butir lengkap tentang jumlah kerugian dialami dan bagaimana ia berlaku.

Penyiasatan

- Insurer akan menjalankan penyiasatan untuk memastikan : Jumlah itu adalah benar Tiada syarat terkandung di dalam polisi itu dilanggar Tiada pengkhianatan berlaku yang menyebabkan kerugian tersebut.

Pembayaran pampasan

- Setelah insurer berpuas hati bahawa tuntutan itu adalah sah,maka gantirugi akan dibayar kepada insurer.

- Gantirugi yang dibayar tertakluk kepada prinsip idemniti dan lain-lain syarat yang terkandung di dalam polisi insurans.

Page 25: Nota Insuran dalam word