nota hannan part 1

59
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Visi (Matlamat jangka panjang): Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi (Matlamat jangka pendek / apa yang perlu dilakukan bagi mendapat Visi): Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Matlamat: Bangsa Malaysia setia, bersatupadu. Insan yang seimbang. Sedia sumber tenaga manusia (workforce). Pendidikan untuk semua warganegara. SPP: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (1/1/1974) Syor dari Suruhanjaya Diraja Aziz bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta kakitangan sekolah yang lain (berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA - Perkhidmatan Pelajaran). VISI SPP: Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan MISI SPP: Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui Pengurusan Perkhidmatan Yang Transformatif OBJEKTIF SPP: Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam urusan 1

Upload: hannan-hassim

Post on 10-Jul-2016

82 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

temuduga spp

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Hannan Part 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Visi (Matlamat jangka panjang): Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi (Matlamat jangka pendek / apa yang perlu dilakukan bagi mendapat Visi):

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi

Memenuhi Aspirasi Negara.

Matlamat:

Bangsa Malaysia setia, bersatupadu.

Insan yang seimbang.

Sedia sumber tenaga manusia (workforce).

Pendidikan untuk semua warganegara.

SPP: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (1/1/1974)

Syor dari Suruhanjaya Diraja Aziz bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru, gaji dan syarat-syarat

perkhidmatan mereka serta kakitangan sekolah yang lain (berasingan daripada Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam (SPA - Perkhidmatan Pelajaran).

VISI SPP: Peneraju Transformasi Modal Insan Perkhidmatan Pendidikan

MISI SPP: Melantik dan Mengekalkan Bakat Terbaik Dalam Perkhidmatan Pendidikan Melalui

Pengurusan Perkhidmatan Yang Transformatif

OBJEKTIF SPP: Memastikan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan

Persekutuan dalam urusan pelantikan, perkhidmatan, tatatertib dan naik

pangkat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif

Nama ydp agong sekarang yang ke 14?

Al-Sultan Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam

Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun

bilakah tun dr mahathir dilantik menjadi PM?

-10 Julai 1981

1

Page 2: Nota Hannan Part 1

Berikan Nama Menteri Pendidikan dan Timbalan.

Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid

Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

Senator Tuan CHong Sin Woon

Senarai Perdana Menteri Malaysia.

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaan dan juga Bapa Malaysia)

 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (Bapa Pembangunan)

Tun Hussein bin Dato' Onn (Bapa Perpaduan)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Bapa Pemodenan)

Tun Abdullah bin Ahmad Badawi (Bapa Pembangunan Modal Insan)

Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Bapa Transformasi)

Timbalan: Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

Kementerian Pengajian Tinggi: Men : Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh

Tim: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Mengapa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan

menjadi KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA?

Dapat melaksanakan dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan, di

samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk

melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita.

Usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila

kepakaran daripada semua peringkat pendidikan digembleng secara lebih menyeluruh untuk

menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan Negara.

Penggabungan itu tidak menyebabkan pertindihan antara sekolah rendah, menengah dan

universiti kerana masing-masing mempunyai pelan pembangunan sendiri kecuali aspek

kepimpinan yang diletakkan di bawah satu kementerian dengan mempunyai dua menteri dan dua

timbalan menteri.

Berapa kali majlis raja2 bersidang?

2

Page 3: Nota Hannan Part 1

Majlis ini bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, selama tiga hari. Raja-raja

dan Yang di-Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Persidangan

dipengerusikan oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-

raja.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V- Tengku Muhammad Faris Petra Timbalan Yang di-

Pertuan Agong.

Apakah maksud lambang Harimau yang ada pada Lambang Jata Negara?

Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.

Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.

Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor,

Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

1. Huraikan perkara penting dalam FPK.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." 

Unsur-Unsur Penting FPK

Menjadi warganegara Malaysia yang baik

Unsur intelek

Unsur rohani dan emosi

Unsur jasmani

Memperkembangkan potensi individu

Menyeluruh dan bersepadu

Insan yang seimbang

Kepercayaan kepada Tuhan

Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

3

Page 4: Nota Hannan Part 1

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di

Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara

sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara

jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia

daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.

FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-

dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan

bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan

merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu

yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan

hasrat dan cita-cita negara.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan.

Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi

juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan

bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat

memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia

secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan

masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan

berbakti.

2. Nyatakan prinsip dalam rukun negara? Apakah maksud rukun negara?

RUKUN NEGARA (1970)

1)      Kepercayaan Kepada Tuhan (pentingnya pegangan agama)

2)      Kesetiaan Kepada Raja & Negara (Ketua Negara: Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan

Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan - rakyat hendaklah menumpukan

4

Page 5: Nota Hannan Part 1

sepenuh taat setia)

3)      Keluhuran Perlembagaan (Memuliakan perundangan yang tertinggi - menghargai serta

memahami maksud & latar belakang penggubalannya)

4)      Kedaulatan Undang-Undang (Menjunjung Perlembagaan: perlindungan kepada setiap

rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara)

5)     Kesopanan dan Kesusilaan (berdisiplin serta bermoral/beradab tinggi menjamin keamanan)

3. Huraikan Matlamat wawasan 2020. Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai

Wawasan 2020 dan Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020.

9 Cabaran : 

1) Negara Malaysia bersatu berkongsi matlamat.

2) Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.

3) Masyarakat demokratik yang mengamalkan satu bentuk persefahaman matang.

4) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5) Mewujudkan masyarakt majmuk liberal dan bertolak ansur.

6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, penyumbang kepada tamadun saintifik

dan teknologi.

7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.

8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9) Mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Huraian:

1) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama:

Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan

kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri

daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada

negara.

5

Page 6: Nota Hannan Part 1

2) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan

keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang

telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti

dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua

potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

3) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang

mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang,

berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara

membangun.

4) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan

warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika

paling tinggi.

5) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai

kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada

masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya

perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang

mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak

berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang

kukuh.

8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat

yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan

wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

6

Page 7: Nota Hannan Part 1

9) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan

kental.

4. JPU

JPU: JADUAL PENENTUAN UJIAN

Bina soalan mengikut kriteria yang ditentukan (senang, sukar, sangat sukar) - Bloom's

Taxonomy

Hurai domain pencapaian yang hendak diukur.

Panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kerangka pembinaan item soalan ujian (pelan ujian) dikenali sbg test blueprint.

Kerangka JPU disediakan dlm btk matriks - paksi tegak mengandungi kandungan /

topik yg diuji dan paksi mendatar ialah aras kemahiran yg akan diuji.

Menentukan bidang, pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu ujian

5. Apa beza KBSR dan KSSR?

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR)

 Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga

bidang :

Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Perkembang

diri Individu

 Reka bentuk kurikulum berasaskan enam

tunjang :

Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan,

Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi

Ketrampilan diri

 Bahan kurikulum:

Sukataan pelajaran

 Bahan Kurikulum:

Dokumen Standard Kurikulum

 Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum:

7

Page 8: Nota Hannan Part 1

Linear  Modular 

Organisasi kurikulum:

Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)

Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)

Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

*Senarai Subjek Teras, Wajib & Tambahan

KBSR

Organisasi kurikulum:

Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)

Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul

Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)

Mata pelajaraan Teras dan Elektif 

*Senarai Subjek KSSR Tahap 1 Mengikut

Modul

* Senarai Subjek KSSR Tahap 2

 Elemen

Memahiran berfikir secara Kritis dan Kreatif 

 Elemen

Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi

Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explisit.

 Fokus:

3M (Membaca, menulis dan mengira)

 Fokus:

4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

6. 16 mei adalah hri guru.apa signifikan pemilihan tarikh 16 mei itu?

Apakah objektif utama perayaan Hari guru? Apakah tema sambutan Hari Guru

2016 iaitu sambutan bagi kali ke 45?

Guru: Pembina Negara Bangsa

Sebenarnya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam

tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative

Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of

the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi

Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

8

Page 9: Nota Hannan Part 1

OBJEKTIF HARI GURU:

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan

integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru

dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,

persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan

mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

7. Apakah fungsi utama Persatuan Ibu Bapa dan Guru?

Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan

persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:

membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan

di Sekolah;

meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara

Sekolah dengan masyarakat setempat;

meningkatkan kecerian premis Sekolah supya dapat mewujudkan suasana yang

kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan

Tujuan-tujuan Persatuan 9

Page 10: Nota Hannan Part 1

untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan

murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;

untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan

keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan

maklumat mengenai pendidikan;

untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara

satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada

amnya; dan

untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah

kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan

kemudahan pengajaran dan pembelajaran

8. Mengapa PPSMI dimansuhkan?

PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, 2003)

1)  UNESCO: pelajar mudah belajar dalam bahasa Ibunda.

2)  Penurunan pencapaian gred ABC bagi kohot pertama sepenuh PPSMI sek rendah.

3)  Laporan Trends in Math Science Study (TIMSS, 2007): Pencapaian merosot, tempat ke10

(2003) ke-20 (2007) bagi Math, dan Sains dari ke-20 kepada ke-21.

4)  Jurang melebar sekolah bandar dan luar bandar.

5)  Hanya sekitar 25% guru profisensi BI pada Tahap Cemerlang dan Baik (dan terlalu sikit

guna BI sepenuhnya semasa mengajar Sains & Math)

6)  Peningkatan penguasaan BI semasa perlaksanaannya terlalu sikit, tidak lebih dari 3%

Pemansuhan PPSMI Secara Berperingkat (Soft-Landing)

10

Page 11: Nota Hannan Part 1

Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa bagi Tahun 4 akan

dilaksana pada 2012, 2013 dan 2014; Tahun 5 pada 2013, 2014 dan 2015 dan Tahun 6 (2014,

2015 dan 2016) – BM sepenuhnya selepas tahun tersebut.

9. 11 Anjakan PPPM beserta usaha kerajaan merealisasikan anjakan tersebut.

Pilih 1 daripada anjakan PPPM dan bincangkan.

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025: 

1) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf

antarabangsa.

2) Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3) Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4) Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5) Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6) Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus

berasaskan keperluan.

7) Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8) Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11) Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. 

Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh

13 tahun menerusi tiga gelombang: 

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan

memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.

2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.

3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih

fleksibel. 

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk 11

Page 12: Nota Hannan Part 1

membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,

kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti

kebangsaan.

1) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan

standard antarabangsa

Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula kurikulum

sekolah rendah (KSSR) pada 2017

Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan

terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016

Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang

2020

Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+

tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional

sebagi persediaan untuk pekerjaan

Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan

keperluan khusus

  2) Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan

sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas

Peralihan

Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris

Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi

pendedahan terhadap Bahasa Inggeris

Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025 

3) Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai

Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai

prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017

12

Page 13: Nota Hannan Part 1

Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras

nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017

Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan

murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform

Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara

jenis sekolah,  kumpulan etnik dan sosio ekonomi

4) Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan

Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30%

teratas

Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu

dan latihan berasaskan sekolah

Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan

mengurangkan beban pentadbiran

Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016

Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang

khusus menjelang 2016

Membudayakan kecemerlangan  berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan

mulai 2025

5) Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah

Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses

perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013

Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih

sokongan, lebih fleksibiliti  pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan

kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid

6)   Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan

keperluan

Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan

dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014

13

Page 14: Nota Hannan Part 1

Meningkatkan autonomi pengurusan  berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti

pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan

sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar

Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015,

bermula dengan Sabah dan Sarawak

7) Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet

bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013

Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan

perpustakaan video guru  terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran

kritikal pada 2013

Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri

untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus

8) Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian

Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet

dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013

Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada

PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014

Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200  jawatan kepimpinan utama

mulai 2013

Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016

9) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana

penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)

Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum

setempat dan kualiti guru mulai 2016

1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin

untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa

14

Page 15: Nota Hannan Part 1

Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan

melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur

10) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi

program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan

kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)

Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada

bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru

11.     Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan

Pembangunan Pendidikan mulai 2013

Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan

Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas

daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya

10. Apakah PIPP? Apakah perbezaan pipp & pppm?

6 teras PIPP (PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN) 2006-2010 (RMK-9)

Teras 1: Membina Negara Bangsa

Teras 2: Membangunkan Modal Insan

Teras 3: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan

Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan

Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

11. LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi

maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Kelas LINUS adalah merupakan

penambahbaikan daripada program  Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis (KIA2M)

untuk Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006

15

Page 16: Nota Hannan Part 1

Definisi LINUS: 

LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”.LINUS merupakan program

intervensi yang dirangka untuk membolehkan muridmemperoleh asas literasi (bahasa Malaysia)

dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum

menguasai kemahiranmembaca, menulis dan mengira (3M).

Definisi Literasi: 

Definisi literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat

tunggal dan ayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan

tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Definisi Numerasi:

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang

mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

12. Apakh pbezaan LINUS dgn pmulihan?

Pemulihan KBSR

- dalam kelas biasa

- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M (fokus kepada literasi) ( telah digantikan dengan program LINUS)

- oleh BPK

- bantu murid tahap 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)

- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan

- gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya

- Bahasa Melayu

PROTIM

- program pemulihan 3M (membaca, menulis dan mengira)

- membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M

- tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR 

- gagal praujian - murid PROTIM

- BM dan Matematik 16

Page 17: Nota Hannan Part 1

Kelas Inklusif/ Integrasi pendidikan pemulihan

Kelas Inklusif/Integrasi adalah dikenali sebagai pendidikan bagi kanak-kanak

berkeperluan khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka

untuk berkembang. Ini bermaksud tidak ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah

atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas.

Kanak-kanak berkeperluan khas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam

kelas kanak-kanak biasa Mereka boleh belajar di dalam kelas biasa dan guru pemulihan

bertindak sebagai guru reso atau sumber. Murid pemulihan boleh merujuk kepada guru

pemulihan sekiranya mereka menghadapi kesulitan semasa belajar di dalam kelas.

13. Tema bajet 2016?Apakah manfaat kepada pendidikan dalam bajet 2016?

Tema Bajet 2016:  Mensejahtera Kehidupan Rakyat 

1. Bantuan sekolah RM100 diberikan kepada anda dengan syarat pendapatan isi rumah

anda tidak lebih RM3,000 sebulan

2. Bagi Pelajar pengajian tinggi, Program Baucar Buku 1Malaysia BB1M bernilai

RM250 setiap seorang hanya akan sah di kedai buku yang terpilih sahaja

14. apakah matlamat 1Malaysia. Bagaimana kamu mendukung slogan (rakyat

ddhulukn pncapaian diutamakan)?

• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian

yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara

sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju

kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan

semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini

dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada

17

Page 18: Nota Hannan Part 1

perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan

berjalan dengan lebih lancar.

7.      HURAIAN

• 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan

rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan

dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling

mempercayai antara kaum.

• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat

jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan

tanggungjawab kepada negara.

• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.

Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam

merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan

yang terbaik kepada rakyat.

• Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga

dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja

dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua

lapisan masyarakat.

• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata

paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi

dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan

tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

• Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi

kesetiaan kepada kaum dan  kelompok sendiri.  Malaysia  merupakan

sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman    

politik.    Semua     kaum     perlu menganggap bahawa mereka adalah  bangsa 

Malaysia di mana segalanya  perlu dinikmati    secara    bersama.    Setiap    ahli

dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan  dan 

mendapat  pembelaan kerajaan yang sewajarnya.18

Page 19: Nota Hannan Part 1

• 1Malaysia  adalah pemangkin kepada pewujudan   negara   bangsa   yang   dapat  melahirkan 

rakyat  yang  mempunyai  sikap kesamaan    dan    kekitaan    antara    satu sama   lain.  

Keupayaan   membina   Negara bangsa bergantung kepada  perkongsian nilai  integriti, 

kebolehan,  dedikasi  dan kesetiaan.

• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai  1Malaysia,

iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan,

kebijaksanaan dan budaya inovasi.

15. Apakah kwajaran pelaksanaan Standard Guru Malaysia?

Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut

dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada

warganegara Malaysia kini dan akan datang

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan

kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan

mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan

lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan

pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan

lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang

dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan

perguruan diwujudkan, dan

Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan

Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard

am pendidikan tinggi.

19

Page 20: Nota Hannan Part 1

16. Adakah kamu pernah terlibat Program Latihan Khidmat Negara? Apakah tujuan

itu?

Objektif

Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Menyemarakkan semangat kesukarelaan.

Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Mempunyai 4 modul iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter,

modul khidmat komuniti.

17. Apa itu PBS? Berikan pendapat anda tentang pelaksanaan pbs di sekolah. Apa

pandangan anda berkenaan dengan SPPBS?adakah anda terlibat dan pernah

mengisinya?

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek

kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara

terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-

guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada akademik dan bukan akademik. Pentaksiran

akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, manakala

pentaksiran bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan

dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

20

Page 21: Nota Hannan Part 1

1) Sistem P&P (pengajaran dan pembelajaran) dalam bilik darjah menjadi agak terhad.

– Bila adanya system PBS,guru seolah dikerah untuk menghabiskan satu-satu topik dengan

segera agar ujian PBS dapat dijalankan.Tambahan lagi,guru tidak dapat menerangkan

kesemua subtopik kerana tidak semua subtopik akan diuji dalam ujian PBS.

– Sebelum memberikan ujian PBS kepada pelajar,guru terlebih dahulu menyediakan evidens

(soalan-soalan yang akan diuji).Kemudian,guru juga akan menyemak kertas evidens

berkenaan.Selepas itu,aktiviti merekod dan dokumentasikan pencapaian.Persoalannya

disini ,”Bagaimanakah seorang guru dapat menghabiskan kesemua kerja berkenaan dalam

masa berada disekolah agak terhad…takkan nak bawa balik rumah kot….kat rumah lagi

banyak kerja lebih-lebih lagi kepada guru yang sudah berkeluarga?!”

2) Masalah Pelajar

– Ketidakhadiran pelajar ke sekolah bukanlah satu masalah yang agak asing lagi.Bagaimana

hendak memberikan ujian PBS jika pelajar tersebut tidak hadir…takkan nak tunggu semua

pelajar hadir baru nak buat ujian…ataupun buat ujian berasingan untuk pelajar berkenaan..kan 

dah  buang masa lagi.

– Selepas menyemak ujian PBS berkenaan, guru juga dikehendaki merekodkan pencapaian

pelajar ke dalam sistem.Bagaimana pula jika pelajar berpindah ke sekolah lain?.Tidakkah ini

akan menyusahkan para guru sahaja.So,dipendekkan cerita PBS ini tidak begitu efektif dan

praktikal.

3)  Buang waktu dan pembaziran kertas.

–  Ujian PBS yang dijalankan sudah memakan waktu P&P.So,agak merugikan untuk proses P&P

yang sewajarnya.Jika dibandingkan dengan peperiksaan awam (UPSR,PMR,SPM dan

STPM),guru akan lebih serius untuk mengajar dan tidak memikirkan mengenai PBS

sahaja.Maka,para pelajar juga akan lebih bermotivasi tinggi untuk belajar.

– Ujian PBS seperti juga ujian-ujian bulanan yang kadang-kala dijalankan kadang-kala

sebaliknya.Dah namanya ujian,sudah tentu melibatkan banyak kertas.Bagaimana jika tidak 

Bukankah sudah berlaku pembaziran disitu…di era yang kian membangun ini,takkan lah kita

masih melakukan pembaziran kertas lagi?

21

Page 22: Nota Hannan Part 1

18. Pilih 1 agenda dlm NKRA. Bincangkan. Apa perbezaan NKRA & NKEA?

NKRA – National Key Result Area

NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi

tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan.

Sub-NKRA 1: Prasekolah

7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan

berkemampuan:

1. · Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian

Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2. · Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

3. · Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan

4. · Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru

5. · Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan

pedalaman

6. · Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.

7. · Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

· NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

· Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun

mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

· *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran,

masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai

pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi

dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

22

Page 23: Nota Hannan Part 1

Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi

- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

· Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi

dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-

masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

- Menghasilkan pelajar yang cemerlang

· Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi

personaliti unggul dalam semua bidang

- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem

· Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap

yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di

Malaysia:

23

Page 24: Nota Hannan Part 1

NKEA dan NKRA adalah dirujuk kepada penumpuan serta pelaksanaan projek dan program-

program pembangunan tertentu oleh agensi-agensi kerajaan berdasarkan keperluan, harapan dan

keutamaan rakyat. Hasil yang diperolehi daripada pelaksanaan projek dan program-program

pembangunan dalam bidang-bidang tertentu ini dijangka akan mengatasi masalah utama yang

dihadapi oleh rakyat malah memenuhi harapan mereka dan keutamaan rakyat. Usaha-usaha

khusus ini juga dijangka akan mempercepatkan proses transformasi kerajaan dan

memperkasakan keseluruhan ekonomi negara.

NKEA adalah bidang –bidang pembangunan ekonomi yang dikenalpasti berpotensi untuk terus

maju. Sebagai permulaanya , kerajaan telah menetapkan 12 bidang utama ekonomi Negara

(NKEA). Antara bidang yang dikenal pasti adalah sektor Perkhidmatan dan sektor Pertaniamn

yang bernilai tinggi termasuk sektor Minyak dan gas, Minyak sawit dan produk berkaitan,

Pemborongan dan peruncitan, Pelancongan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),

Perkhidmatan pendidikan, Elektrik dan elektronik, Perkhidmatan perniagaan, Penjagaan

kesihatan swasta, Pertanian dan Greater Kuala Lumpur.

24

Page 25: Nota Hannan Part 1

Manakala, Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Results Area (NKRA) adalah

bidang –bidang khusus yang akan diberi tumpuan oleh agensi pelaksana kerajaan, malah sasaran

bagi setiap NKRA ditetapkan lebih awal supaya agensi pelaksana mencapai sasarannya dalam

satu waktu tertentu yang di tetapkan.

Dalam pada itu, kerajaan juga memperkenalkan kaedah Petunjuk Keberhasilan Pencapaian

Negara atau National Key Performance Index (KPI) pada 27 Julai 2009 untuk menilai

pencapaian sasaran yang ditetapkan bagi setiap NKRA

25

Page 26: Nota Hannan Part 1

19. GTP (Program Transformasi Kerajaan)

Ilham YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pelaksanaannya di bawah bidang

kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), GTP adalah berdasarkan prisip

1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Struktur GTP

Struktur GTP adalah intuitif: mengenalpasti bidang yang memerlukan perhatian yang lebih dan

tumpuan kepada bidang-bidang tersebut. Melalui perundingan menyeluruh dengan pihak

berkepentingan, daripada kementerian-kementerian kepada rakyat, kerajaan telah tampil dengan

7 tonggak utama yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Selain

itu, GTP juga mengandungi komponen MKRA yang diwujudkan bagi menangani matlamat

pembangunan yang tidak termasuk dalam NKRA.

Setelah selesainya pelaksanaan dalam fasa pertama perubahan– atau lebih dikenali sebagai GTP

1.0 – setiap NKRA telah melaporkan perubahan yang ketara dalam bidang masing-masing. 

26

Page 27: Nota Hannan Part 1

GTP 1.0: Fasa Pertama

Fasa pertama GTP yang bermula pada tahun 2010 hasil pengenalan Bidang Keberhasilan Utama

Negara dan Kementerian (NKRA dan MKRA). Sebagai pembukaan kepada keseluruhan GTP,

matlamat serta merta GTP adalah untuk menangkap penurunan dalam NKRA dan menyemai

benih ke atas perubahan pemikiran yang akan menjadi asas kepada program transformasi yang

seterusnya.

GTP 1.0 juga memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan mengukur keberkesanan

terhadap pendekatan yang disasarkan, dan membantu kami untuk lebih memahami bagaimana

cara terbaik untuk mencapai sasaran bagi keseluruhan GTP. Petunjuk Prestasi Utama Negara

(NKPI) boleh diukur daripada GTP 1.0, sasaran setiap NKRA, telah diperkenalkan untuk

membantu mengukur kejayaan setiap inisiatif itu dengan menyediakan piawaian sebenar dan

boleh diukur untuk menilai kejayaan bagi setiap fasa. 

GTP 2.0: Meningkatkan perubahan

Hampir semua akaun, program perintis GTP 1.0 adalah satu kejayaan cemerlang berdasarkan

daripada hasilnya yang boleh dilihat disini. GTP 2.0 yang secara rasminya bermula pada 2013,

menyasarkan untuk memperdalamkan dan meningkatkan inisiatif transformasi yang dimulakan

pada fasa pertama. GTP 2.0 akan meluaskan dan meningkatkan inisiatif-inisiatif dalam GTP 1.0

yang terbukti berkesan dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru yang akan meneruskan lagi

arus perubahan. 

GTP 3.0: Untuk masa hadapan dan seterusnya

Fasa terakhir GTP, yang akan dijalankan dari 2015 hingga 2020, akan memanfaatkan perubahan

yang dihasilkan oleh dua fasa sebelumnya untuk mewujudkan struktur pentadbiran inovatif yang

menjadi pusat kepada rakyat. Struktur ini akan menyokong aktiviti ekonomi lain yang akan

membawa Malaysia kepada status Negara maju.

Perubahan secara beransur-ansur dalam tumpuan GTP adalah penting untuk proses tranformasi

ini yang membenarkan setiap pihak berkepentingan untuk membina asas yang baik bagi setiap

langkah perjalanannya. Langkah-langkah ini juga dinilai serentak untuk memastikan

keberkesanan atau menukar strategi bagi menghadapi cabaran baru.

27

Page 28: Nota Hannan Part 1

20. Statistik

Bilangan Sekolah

Peringkat Bilangan Sekolah

Rendah 7769

Menengah 2404

Jumlah 10173

Data EMIS 31 Januari 2016

Bilangan Guru

Peringkat Jumlah

Rendah 238073

Menengah 181747

Jumlah 419820

21. Apakah ciri2 sekolah bestari?

SEKOLAH BESTARI

Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya bukan hanya

untuk mereka yang pintar cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau

miskin mencapai POTENSI sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya

pembelajaran yang berlainan Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina

dalam sistem pendidikan

28

Bilangan Murid (Enrolmen)

Peringkat Jumlah

Prasekolah 196077

Rendah 2704046

Menengah 2220679

Jumlah 5120802

Page 29: Nota Hannan Part 1

Sekolah Bestari pula yang diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai menyokong aspirasi

Wawasan 2020 dalam mewujudkan sebuah generasi baru modal insan yang pemikir serta celik

teknologi bagi menghadapi cabaran era maklumat serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan

global menerusi aplikasi utama MSC Malaysia

Ciri-ciri: Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Bestari

Sekolah Bestari Sekolah Biasa

Budaya kaya ilmu

Berfikiran Kritis dan kreatif

 Berpusatkan pelajar

Akses kendiri

Kadar kendiri

Terarah kendiri

Konteks global

Penggunaan kemudahan teknologi

dalam pengajaran dan

pembelajaran

Pemerolehan Fakta 

Berasaskan memori 

Berpusatkan guru 

Konteks setempat 

Buku teks

Sistem Pengurusan

Sekolah Bestari Sekolah Biasa

Pengurusan Berasaskan teknologi

maklumat secara sepadu bagi

melicinkan proses-proses kerja

Kolaborasi antara agensi pusat dan

sekolah

 Kemudahan IT dapat membantu

pehak pengurusan membuat

keputusan secara pantas dengan

adanya kemudahan akses kepada

maklumat dan perhubungan dengan

Berasaskan cara kerja 'manual' dan

terpisah

29

Page 30: Nota Hannan Part 1

pihak-pihak yang boleh membantu

Sistem Pentaksiran

Sekolah Bestari Sekolah Biasa

Pentaksiran lebih berbentuk tidak

formal dan berterusan dan berfungsi

sebagai pelengkap kepada proses

pengajaran dan pembelajaran

Fokus pentaksiran ialah untuk

mendapat maklumat berkaitan dengan

perkembangan pelajar untuk

memudahkan tindakan

Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk

soalan berdasarkan tujuan pentaksiran

dan objektif matapelajaran diutamakan

Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau

elemen yang ingin dibentuk dalam

pelajar menerusi hasrat dan kandungan

kurikulum

Prestasi pelajar dilaporkan menerusi

kriteria yang menerangkan tahap

pencapaian pelajar.

Bentuk soalan

Tumpuan yang lebih diberi

pentaksiran sekolah

Prestasi pelajar dilaporkan

menerusi markah dan gred

Peperiksaan setara diberikan

kepada semua murid tanpa mengira

kebolehan.

22. Apa itu Permata? Siapa yang layak masuk Permata?

Permata Negara merupakan projek perintis yang dicetuskan oleh penggerak utamanya iaitu

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Program PERMATA Negara merupakan Program Asuhan

dan Didikan Awal kepada Kanak-kanak yang menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang

asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.

30

Page 31: Nota Hannan Part 1

Pendekatan ini menekankan kepada pembinaan keupayaan kanak-kanak untuk meransang

minda dengan menggunakan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami sendiri

(experimentation, exploration and experential) melalui permainan ataupun learning is fun. Ia

adalah satu pendekatan yang bersesuaian dan menyeronokkan bagi kanak-kanak berikut teknik-

teknik asuhan dan didikan yang diaplikasikan adalah sesuai dengan fitrah semulajadi kanak-

kanak. Permata Negara mengandungi lima program utama yang terdiri daripada Permata

Negara,Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja, dan Permata

Kurnia.

Asuhan dan pendidikan kanak-kanak pada peringkat awal bertujuan mengembangkan

potensi setiap anak PERMATA Negara dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan

komunikasi.Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk

kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:

Berumur satu hingga empat tahun

Menetap di pinggir atau luar bandar

Keluarga berpendapatan rendah

Berbilang kaum dan agama

23. Apakah konsep sekolah cemerlang?

Kecemerlangan sesebuah sekolah akan dinilai berdasarkan Dokumen Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia ( SKPM ) yang disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,

Kementerian Pendidikan Malaysia. Berdasarkan SKPM itu sesebuah sekolah akan dinilai oleh

Jemaah Nazir berdasarkan 8 elemenyang ditetapkan iaitu :

Gaya kepimpinan pengurusan sekolah – Pengetua / Guru Besar sebagai ketua pentadbir.

Penetapan dan perlaksanaan hala tuju – visi dan misi sekolah.

Kemahiran komunikasi – perkongsian idea dan maklumat.

Kemahiran merancang – perancangan strategik , taktikal dan operasi.

Kemahiran memotivasi dan mengerakkan warga sekolah.

Kemahiran membuat keputusan.

Kepimpinan instruksional.

Perkongsian kepimpinan.

31

Page 32: Nota Hannan Part 1

 

Gaya kepimpinan.

menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan

meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Untuk mencapai hasrat tersebut

kepimpinan sekolah hendaklah :

1) Mengamalkan gaya kepimpinan berkesan.

2) Memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah

3) Menerajui penyediaan perancangan strategik.

4) Mewujudkan perkongsian tanggungjawab untuk memupuk kesedaran

tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

Penetapan dan perlaksanaan hala tuju.  

Visi dan misi sekolah menjadi dokumen penting sebagai penetapan dan perlaksanaan hala

tuju.

Visi adalah matlamat yang hendak dicapai dan misi merupakan penerangan yang lebih

jelas , tersusun dan realistik.

Kemahiran berkomunikasi.

mengamalkan komunikasi berkesan untuk berkongsi idea dan menyalurkan maklumat

kepada pihak – pihak yang berkepentingan.

Teknologi maklumat merupakan saluran yang berkesan untuk menyampaikan maklumat.

Pihak sekolah seharusnya mempunyai halaman blognya sendiri atau halaman facebook.

Teknologi internet memudahkan pihak sekolah menyalurkan maklumat dan berkongsi

idea dengan orang lain.

Kemahiran memotivasikan dan menggerakkan warga sekolah.

Kepimpinan sekolah harus berusaha dan merancang bagaimana hendak memotivasikan

dan mengerakkan warga sekolah mencapai matlamat yang ditetapkan.

32

Page 33: Nota Hannan Part 1

Kejayaan sesebuah sekolah terletak kepadahubungan yang erat antara pihak pentadbir

dengan guru – guru , pelajar dan pihak ibubapa pelajar serta PIBG sekolah.

 Kepimpinan melalui teladan , konsep kekeluargaan dalam organisasi , sekolah

penyayang adalah diantara beberapa contoh konsep yang boleh diamalkan.

Keharmonian dan keceriaan seluruh warga sekolah adalah kunci kepada kejayaan. Warga

sekolah seronok dan ceria semasa melaksanakan tanggungjawab mereka. Tidak nampak

ketegangan atau tekanan yang melampau dalam proses pengurusan.

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Sebarang keputusan atau tindakan hendaklah dibuat secara adil dan saksama berdasarkan

peraturan dan pusat tanggungjawab yg diberi.

Pentadbir harus faham dan jelas setiap peraturan yang diadakan berdasarkan  Perintah

Am Kerajaan , Pekeliling Kementerian dan Ektika Profesion Keguruan.

Kepimpinan instruksional.

Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya pelajar. 

Persekitaran sekolah yang kondusif dan ceria menjadi daya tarikan kepada pelajar untuk

seronok berada di sekolah. Program 3K harus digerakkan supaya ianya mencapai

matlamat tersebut. 

Persekitaran pembelajaran yang menarik dan pelbagai menjadikan pelajar seronok

belajar. Penggunaan LCD dan perisisan Power Point serta CD yang dibekalkan oleh

pihak Biro Buku Teks boleh digunakan secara optimum. Makmal komputer dan Lap Top

yang diberikan harus digunakan sepenuhnya.

Teknik pengajaran – didik hibur amat berkesan jika digunakan secara efektif.

Perkongsian Kepimpinan.

Agihan tanggungjawab harus adil dan seimbang kepada keseluruhan warga sekolah dan

tidak membebankan satu pihak sahaja. 

Bersaing secara positif dan mengelakkan prajudis serta buruk sangka. 

Idea dan saranan dari staf bawahan harus diterima secara terbuka dan difikirkan serta

diimplimentasikan jika ianya baik untuk kemajuan sekolah lalu.

33

Page 34: Nota Hannan Part 1

24. Sejauh mana anda tahu sekolah Integrasi?tujuan?

KONSEP SEKOLAH INTEGRASI

Program sekolah-sekolah berjiran menekankan penglibatan dan kerjasama sekolah-sekolah

berkenaan, dalam:

Perkongsian dan penggembelingan tenaga

Pengalaman dan kepakaran yang ada

Penggunaan bersama kemudahan dan peralatan sekolah

Penggabungan kegiatan-kegiatan ko-kurikulum (yang mana sesuai)

KRITERIA-KRITERIA SEKOLAH INTEGRASI

Tiap-tiap satu sampel sekolah percubaan program initerdiri daripada sebuah sekolah dari

aliran SK/SRK,sebuah dari SRJK(C) dan sebuah dari SRJK(T)

Model I adalah terdiri daripada ketiga-tiga buah sekolah yang berada dalam satu kawasan

yang sama.

Model II terdiri daripada sekolah-sekolah yangberhampiran antara satu sama lain dalam

satu kawasan(yang membolehkan program ini dilaksanakan.)

OBJEKTIF PENUBUHANSEKOLAH INTEGRASI

Peningkatan pergaulan, kesefahaman, bekerjasama,tolong menolong dan toleransi di

antara sekolah-sekolahberkenaan secara sedar dan terancang.

Penggunaan kemudahan dan peralatan ketiga-tigasekolah secara bersama dengan

maksima.

Peningkatan penyertaan murid-murid dan guru-guru dari ketiga-tiga buah sekolah dalam

kegiatan-kegiatan ko-kurikulum secara bersama.

MATLAMAT PENUBUHAN SEKOLAH INTEGRASI

34

Page 35: Nota Hannan Part 1

Salah satu matlamat pendidikan negara ialah perpaduan.Sekolah sebagai salah satu agen bagi

menyatupadukan murid-murid, boleh memainkan peranan yang lebih berkesan, jika program

kegiatan pendidikan dijalankan bersama antara tiga aliran sekolah iaitu SK/SRK, SRJK(C)dan

SRJK(T).

Program ini juga akan dapat memberi peluang kepada sekolah-sekolah berkenaan itu berkongsi

mengguna dan mengadakan kemudahan dan peralatan. Dengan cara demikian, murid-murid dari

sekolah/sekolah-sekolah berkenaan akan dapat menikmati kemudahan yang tidak terdapat di

sekolahnya sendiri di samping menikmati kemudahan bersama.

25. Mengapa kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan?

Teras ketiga dalam PIPP 2006-2010. Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah

Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah sebagai:

Wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum dari peringkat awal persekolahan.

Tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat

Saling bekerjasama antara satu sama lain

Bertoleransi tinggi

Melahirkan rakyat yang patriotisme dan setia menyumbang kepada kesejahteraan

negara

Ciri-ciri SK perkasa ialah

Infrastruktur lengkap dan berkualiti.

Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.

Beraspirasi nasional.

Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Pencapaian akademik cemerlang.

Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.

Iklim dan budaya sekolah yang sihat.

Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.

Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.

Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

35

Page 36: Nota Hannan Part 1

26. syarat kemasukan ke asrama pnuh telah dipinda, sebutkan apakah syarat tersebut

dan pada tarikh bila ianya dipinda?

27. Mengapa kia2m jadi 3m kemudian menjadi 4m?

2M

membaca dan menulis

Bahasa Melayu

3M

Membaca, menulis dan mengira

Bahasa Melayu dan Matematik

4M

Membaca, menulis, mengira dan menaakul

Menaakul ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar  itu

membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. Malah, boleh memahami sebab dan

akibat

KSSR

28. Apa yang anda tahu ttg 1M1S?

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu

aktiviti sukan di sekolah.

Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru

dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti

sukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di

kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu

Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. 36

Page 37: Nota Hannan Part 1

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina

kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan,

prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program

Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu

ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan

adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas,

dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam

mendokong semangat 1 Malaysia.

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan

murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat

yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;

2. Jawatan Serta Sumbangan;

3. Penglibatan; dan

4. Pencapaian.

29. Apakah laporn PISA terhadap pendidikn negara? Kenapa?

o Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student

Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation

and Development).

o Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia

mula menyertainya pada tahun 2009.

37

Page 38: Nota Hannan Part 1

o Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap

keupayaan membaca, Sains dan Matematik.

o Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-

ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). 

o Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan

PIRLS. TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and

Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading

Literacy Study.

o Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek

Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

o Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea,

Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-

negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia,

terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

o Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas

menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

o Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang

tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada

format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam

menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan. 

Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi mengatasi

masalah ini. 

1. KSSR / KSSM

Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi 38

Page 39: Nota Hannan Part 1

maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan pada

tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah

Menengah) pada tahun 2017.

2. i-Think

Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan

menggunakan 8 Peta Pemikiran i-Think. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan

dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

3. Kajian Susulan

KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian

PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik

pengajaran.

4. PPPM

Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penandaaras kepada

pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca. 

Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan

soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISA

Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkan kemahiran berfikir

aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.

Task Force PISA dan TIMSS pula telah ditubuhkan selepas mendapat arahan YAB Menteri

Pelajaran dalam Mesyuarat JPP dan diketuai oleh BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum).

30. Apakah teras perkhidmatan cemerlang?

TERAS PERKHIDMATAN AWAM

39

Page 40: Nota Hannan Part 1

Etika Perkhidmatan Awam telah dilancarkan pada tahun 1979 melalui Buku Perkhidmatan

Cemerlang dan bertujuan:

Mengekal dan memelihara kepercayaan terhadap tugas yang diberikan.

Memupuk tanggungjawab bersama, mengeratkan perhubungan dengan kakitangan dan

mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam perkhidmatan.

Membentuk sikap dan pembawaan anggota Perkhidmatan Awam bersesuaian dengan

semangat Rukunegara.

Tujuh Teras Etika Perkhidmatan cemerlang adalah:

Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan

Bekerja dengan penuh tanggungjawab

Berusaha mengikis sikap mementingkan diri

Bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan

Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh negara

Berpegang teguh kepada ajaran agama

Oleh yang demikian, kefahaman terhadap Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam amatlah penting

kerana ianya:

I. Menentukan arah dan memberikan makna kepada pemikiran, tindakan dan tingkah laku

anggota Perkhidmatan Awam bagi memenuhi tanggungjawab dan amanah sebagai

pekerja negara.

II. Memberi penyatuan dan penyelarasan di antara anggota-anggota Perkhidmatan Awam

sebagai institusi utama yang memberi sumbangan kepada pembangunan tamadun

masyarakat.

III. Merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat

dengan ikhlas dan berkesan.

Adalah wajar nilai-nilai dan etika Perkhidmatan Awam dijelaskan secara terperinci dan

mendalam meliputi apa yang telah dinamakan sebagai Tonggak Duabelas (The Twelve Pillars)

iaitu:

1. Menghargai Masa

40

Page 41: Nota Hannan Part 1

2. Ketekunan Membawa Kejayaan

3. Keseronokan Bekerja

4. Kemuliaan Kesederhanaan

5. Ketinggian Peribadi

6. Kekuatan Sifat Baik Hati

7. Pengaruh Teladan

8. Kewajipan Menjalankan Tugas

9. Kebijaksanaan Berkhidmat

10. Keutamaan Kesabaran

11. Peningkatan Bakat

12. Nikmat Mencipta

31. Dasar pandang ke Timur..knapa wujudnya dasar ni?

Dasar “Pandangan Ke Timur” Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri

pada masa tersebut mempunyai pelbagai matlamat yang hendak dicapai melalui dasar

ini. Matlamat ini amat penting bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sosial ekonomi pada

masa tersebut

Matlatamat utama yang hendak diserapkan adalah mengambil contoh nilai-nilai baik dari

negara Jepun, di samping itu memelihara nilai-nilai ketimuran kebanyakan masyarakat

Jepun mempunyai sikap yang positif dalam nilai-nilai yang baik seperti rajin, tekun,

gigih serta kuat berkerja untuk kepentingan negara mereka.

Amalan ini secara tidak langsung jika diterapkan ke dalan penjawat awam atau

masyarakat Malaysia secara tidak langsung akan memberi impak yang positif dari segi

ekonomi dan juga sahsiah masyarakat dalam membangunkan negara ini.

Selain itu juga, nilai-nilai baik yang diterapkan melalui adat ketimuran ini juga

disebabkan keruntuhan moral di barat dari segi moral, ini menyebabkan dasar “Pandang

Ke Timur” ini di rangka untuk dilaksanakan sebagai salah satu dasar di Malaysia.

41

Page 42: Nota Hannan Part 1

Dasar “Pandang Ke Timur” juga menghapuskan pemikiran rakyat Malaysia pada masa

tersebut memandang tinggi kepada dunia Barat. Rakyat Malaysia pada masa tersebut

rasa rendah diri kerana dunia barat lebih maju dari segi ekonomi, pendidikan dan

pengusaan teknologi.

Ini menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai pemikiran bahasa mereka masih di bawah

penguasaan Barat walaupun sudah Merdeka atau bebas dari penjajah. Ini secara tidak

langsung dasar ini dirangka untuk mengambil contoh negara di timur yang mempunyai

potensi yang amat besar dalam membangun negara mereka setaraf dengan barat.

Negara Jepun adalah salah satu contoh yang ditunjukan kepada rakyat Malaysia melalui

dasar “Pandang Ke Timur” dalam membangkitkan semangat bahawa Malaysia juga

boleh berdiri bersama negara gergasi seperti Jepun.

Dasar ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan pergantungan terhadap negara

barat dari segi semua aspek seperti teknologi, pendidikan serta pergantungan ekonomi

negara.

Melalui “Dasar Pandangan Ke Timur” juga secara tidak langsung mempercepatkan

mencapai matlamat “Dasar Ekonomi Baru” (DEB) yang telah di lancarkan pada 1971

oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussen.

Melalui perpindahan teknologi, pendidikan serta ekonomi dari Timur akan membantu

negara membasmi kemiskinan penduduk Malaysia disebabkan kemajuan ekonomi yang

dicapai melalui dasar ini.

Melalui pertumbuhan ekonomi ini juga secara tidak langsung akan memberi kesan

kurangnya jurang kemiskinan antara penduduk disebabkan faktor peluang perkerjaan

kepada penduduk. Contohnya Syarika Honda, Pasaraya Yawata, Syarika Toshiba adalah

salah satu pelabur telah memberi peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan.

Perubahan Struktur

42

Page 43: Nota Hannan Part 1

Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)

Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)

Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)

Konsep Pejabat Terbuka

Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat

Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja

Perubahan Sikap

Perkhidmatan Cemerlang

Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)

Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

32. Tugas-tugas GB dan Penolong Kanan?

TUGAS GURU BESAR

Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan 

pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.

Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.

Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 ( PENTADBIRAN)

Menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya.

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan

masyarakat dan keselamatan.

Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.

Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

 

BIDANG TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

43

Page 44: Nota Hannan Part 1

Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran/ PK

HEM

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar

Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum

Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah

Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum

sekolah

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM 

Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan 1

(Pent.)

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.

Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan

kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan  sekolah, koperasi

sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.

Membantu Pengetua menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara-perkara di atas.

Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

33. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah?

Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang

kemaskini. 

Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan. 

Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran . 

Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah

dan PPD. 

Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan

untuk keperluan AJK jadual waktu. 

Penyelaras menyediakan soalan –soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas

jawapan. 

Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik

cetak. 

44

Page 45: Nota Hannan Part 1

Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan

menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak

mencapai tahap yang dikehendaki. 

Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan. 

34. Apakah tugas seorang ketua persatuan kokum

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB / PERSATUAN / BADAN

BERUNIFORM

Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid

mengikut KELAB dan PERSATUAN.

Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-

masing .

Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat kelab/persatuan serta

membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.

Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.

Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti

anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.

Megenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.

Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan

yang baik.

Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan

diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.

35. Apakah beza pendidik dan pengajar?

Mengajar merupakan perkara yang berkaitan dengan memberitahu, memahamkan dan

menyampaikan manakala mendidik merupakan perkara yang berkaitan dengan mengajak,

mendorong, membimbing dan memantau.

Mengajar cukup hanya dengan masuk kelas, memberi kuliah, memberi nota dan keluar

kelas tanpa mengambil tahu situasi pelajar samada faham tentang subjek tersebut ataupun tidak.

45

Page 46: Nota Hannan Part 1

Sifat seorang pendidik- akan mengambil tahu, dan berusaha untuk membantu pelajar

bagaimana nak selesaikan masalah pelajar yang langsung tidak faham tentang sesuatu subjek dan

mencari jalan penyelesaian untuk pelajar tersebut.

36. Apakah perbezaan kurikulum dan kokurikulum?

Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum adalah pelengkap kepada

kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua sistem yang menjana tenaga

sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang

dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia

suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma,

unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-

ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh

persekolahan masing-masing.

Kokurikulum merupakan pembelajaran yang dilaksanakan di luar jadual

waktu persekolahan dan berasaskan gerakerja yang terancang. Merangkumi tiga aspek,

iaitu Pasukan berpakaian seragam, Persatuan atau Kelab serta Sukan dan Permainan.

37. Apa beza ujian sumatif n formatif..

Ujian Formatif- satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan

kemajuan murid di dalam kelas. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut

agak terhad dan tidak luas

Ujian Sumatif- Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada

akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan

murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan

dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran.

46

Page 47: Nota Hannan Part 1

38. Cara membentuk kelas kondusif?

Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah tempat murid dapat melibatkan diri,

mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini

mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.

Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang

dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak kearah mencapai matlamat

pembelajaran.

Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam

mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu

sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai

perasaan tanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

39. RPT,RPM,RPH..terangkan apa yg anda faham..

Kepentingan RPH

Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.

Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.

Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang

bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,

kebolehan, dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

47

Page 48: Nota Hannan Part 1

Mana paling penting dalam RPH?

Set induksi

Dapat tarik perhatian pelajar supaya pelajar lebih berminat dan menimbulkan rasa

ingin tahu pelajar.

Kepentingan refleksi dalam pengajaran

Membuat penilaian kendiri

Berfikir secara analitik, kritis dan kreatif

Menganalisis perkara-perkara penting: proses bekerja dan hasil kerja

Mencari alternatif-alternatif dalam membuat keputusan

Mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, nilai & estetika

Mengubah tingkah laku

Apa maksud OBJEKTIF yg kita tulis dlm RPH?

"Objektif pendiddikan (pengajaran/pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai

perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar

akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan." (B.S.BLOOM(Ed.)(1956).

TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1: Cognitive Domain) 

"Objektif pengajaran merupakan pernyataan yang menerangakn apa yang dapat pelajar

lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran." (R.J. Kibler, et.al(1981).

Objectives for Instruction and Evaluation.) 

Tegasnya: 

Objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang menjelaskan hasil/produk

pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu

pelajaran. 

• Hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai

suatu bukti objektif pembelajarn berlaku pada pelajar-pelajar. 

Objektif pengajaran TIDAK: 

48

Page 49: Nota Hannan Part 1

• memberitahu atau menerangkan kepada guru bagaimana hendak mengajar (apa

kaedah/strategi pengajaran dan apa-apa jenis bantuan teknolgi yang patut di gunakan); 

• memberitahu atau menerangkan kepada pelajar bagaimana hendak belajar.

FAEDAH-FAEDAH OBJEKTIF PENGAJARAN • membatu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah/strtegi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan. 

• memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar. 

• memberi asas kepada guru dalam melaksanakn pengajaran pemulihan atau penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya. 

• menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yangdiharapkan dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran. 

49

Page 50: Nota Hannan Part 1

40. 3 subjek baru 2014?

Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)

Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Subjek Sejarah

50