kejohanan futsal 4 penjuru kksr lkm - … · 1 kejohanan futsal 4 penjuru kksr lkm kejohanan futsal...

7
1 KEJOHANAN FUTSAL 4 PENJURU KKSR LKM Kejohanan Futsal 4 Penjuru KKSR LKM telah berjaya diadakan pada 24 Mac 2018, bertempat di Arena Futsal Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Kejohanan yang diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari ini telah disertai oleh 4 buah pasukan iaitu : 1. Ibu Pejabat 2. LKM Unit Ranau 3. LKM Unit Tenom 4. Pusat Bioteknologi Koko, KKIP HADIAH KEJOHANAN Berikut merupakan hadiah untuk kejohanan ini

Upload: lamque

Post on 06-May-2019

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

KEJOHANAN FUTSAL 4 PENJURU KKSR LKM

Kejohanan Futsal 4 Penjuru KKSR LKM telah berjaya diadakan pada 24 Mac 2018, bertempat di Arena

Futsal Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Kejohanan yang diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir

pada pukul 12.30 tengahari ini telah disertai oleh 4 buah pasukan iaitu :

1. Ibu Pejabat

2. LKM Unit Ranau

3. LKM Unit Tenom

4. Pusat Bioteknologi Koko, KKIP

HADIAH KEJOHANAN

Berikut merupakan hadiah untuk kejohanan ini

2

Hadiah Johan – Wang Tunai RM200.00 & Hamper

Hadiah Naib Johan – Wang Tunai RM160.00 & Hamper

Hadiah Ketiga - Wang Tunai RM130.00 & Hamper

Hadiah Keempat – Wang Tunai RM110.00 & Hamper

Hadiah Pemain & Penjaga Gol Terbaik – Trophi

Selain daripada hadiah yang disediakan oleh penganjur Biro Sukan dan KKSR sebagai penaung,

hadiah untuk kejohanan ini juga telah disumbangkan oleh orang persendirian. Pihak penganjur

mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan tersebut.

PENGADIL

Bagi memastikan kejohanan dijalankan mengikut standard pengadilan Futsal, dan mengelakkan

sebarang pertikaian sepanjang kejohanan ini, penganjur telah menyediakan dua orang pengadil,

yang didatangkan khas dari SAFA.

Pengadil bukan sahaja mengadili perlawanan, tetapi juga telah melaksanakan pemilihan untuk

Pemain dan Penjaga Gol terbaik.

PEMENANG

Kejohanan ini telah diadakan secara liga. Selepas tamat 6 perlawanan yang menemukan kesemua

pasukan, Kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Ibu Pejabat dan naib johan pasukan KKIP.

Sementara bagi pemenang ketiga dan keempat, masing-masing dimenangi oleh LKM Unit Tenom,

dan LKM Unit Ranau. Jumlah kutipan mata adalah seperti dalam jadual 1.

En Mohd Ramadhan dari KKIP telah dinobatkan sebagai pemain terbaik, manakala En Sairul Hafezi

dari pasukan Ibu Pejabat dipilih untuk Penjaga Gol Terbaik.

Jadual 1 : Kutipan Mata Kejohanan Futsal 4 Penjuru KKSR

Pasukan Jumlah Menang Mata

Ibu Pejabat 3 9

KKIP 2 6

Tenom 1 3

Ranau 0 0

3

JOHAN – Ibu Pejabat Naib Johan – KKIP

Ketiga – Tenom Keempat – Ranau

4

PENYAMPAIAN HADIAH & PERASMIAN/PENUTUPAN

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Zamri A. Ghani, Pengarah TOTE

Pemain Terbaik – En Ramadhan (KKIP)

Penjaga Gol Terbaik – En Sairul Hafezi (Ibu Pejabat)

5

PENUTUP

Kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan budaya sukan khususnya dikalangan ahli KKSR, malahan

ianya juga dapat memupuk semangat kekeluargaan di kalangan ahli. Ini kerana semasa kejohanan

berlangsung, ramai di kalangan ahli KKSR yang telah datang bersama keluarga (suami/isteri/anak)

untuk memberikan sokongan kepada pasukan yang bertanding.

Diharap pada masa akan datang, kejohanan seperti ini dapat diadakan lagi.

GALERI GAMBAR

Pengerusi Penganjur, En Musilim Yai

menyampaikan cenderahati kepada

Tn. Hj. Mohd. Zamri A. Ghani

6

BIRO SUKAN, Penganjur Kejohanan

Futsal 4 Penjuru

Sebahagian daripada pemain HQ,

Juara Kejohanan Futsal 4 Penjuru

Sebahagian Pasukan LKM Unit Ranau

7

Pasukan Biotek KKIP (Belakang)

dan LKM Unit Tenom