nota bm.doc

46
BMM 3105 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA Melayu BERBANTUKAN KOMPUTER PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU Pengenalan 1.Menggunakan web,video,audio dan imej Terdapat beberapa pembekal maklumat yangterdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSNdll. Yahoo dan Google adalah enjin pencari yangselalu digunakan. Kesemua pembekal maklumatinternet memberikan perkhidmatan yang hampirsama iaitu bahan yang berelemenkan audio,video, teks, dan grafik. Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkanalamat internet. Selalunya, apabila penggunamengklik ikon internet, maka pengguna akandibawa terus ke halaman yang telah disetkansecara semula jadi. Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaandi dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.

Upload: nurshaidatulafina

Post on 24-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota BM.doc

BMM 3105 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA Melayu

BERBANTUKAN KOMPUTER

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

1.Menggunakan web,video,audio dan imej

Terdapat beberapa pembekal maklumat yangterdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSNdll.

Yahoo dan Google adalah enjin pencari yangselalu digunakan. Kesemua pembekal

maklumatinternet memberikan perkhidmatan yang hampirsama iaitu bahan yang

berelemenkan audio,video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu

menaipkanalamat internet. Selalunya, apabila penggunamengklik ikon internet, maka

pengguna akandibawa terus ke halaman yang telah disetkansecara semula jadi.

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaandi dalam kotak

pencari dan kemudian klik pada Web search.

Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dankemudian klik di

dalam kotak pencari bahan yang hendakdiperolehi daripada internet

Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.

Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotakpencari.

Setelah mendapatkan video yang diperlukan, andaperlu memuat turun video tersebut

denganmenggunakan youtube downloader. Youtube downloader ini boleh dimuat turun

secara percuma daripada internet.

Page 2: Nota BM.doc

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :

Taipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Websearch dan anda

akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungiperkataan ´resepiµ +

´masakanµ. Ini menjadikan pilihan andamenjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakantanda ´ ´ seperti

´resepi masakanµ. Dengan berbuat begini,anda akan mengurangkan penyenaraian

anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlumenyesuaikan isi kandungan

yang berkenaan dengan hasilpembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu

pengajaran.

Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran

Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripadahasil pembelajaran

yang telah dirancangkan melalui RancanganTahunan dan Rancangan Pengajaran

Seminggu.

PENYIMPANAN BAHAN

A) Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat

Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu

Page 3: Nota BM.doc

mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang

berikutnya.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada

bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila

klik copy.Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.

Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

  Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat

Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu

mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang

berikutnya.Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada

bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila

klik copy.Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.

Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga

anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikutdiberikan beberapa contoh

alamat internet yang telah diberikan.

Menambah Nilai Buku

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Jangan Biar Penjenayah Gugat Hak Anak Kita

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Tangani Kemelut Kejiranan di Kawasan Bandar

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Modus Operandi Terciptanya Bangsa Melayu

Page 4: Nota BM.doc

 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

Memperkasa Pantun Melayuhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Bergaya Dengan Teknologi Nano

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Pantun Melayu

http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm

 Katalog Alamat Internet.

Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana

katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan

menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman

berkenaan daripada sinopsis yangdisertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk

URL

Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas

dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah.

Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Page 5: Nota BM.doc

Katalog Alamat Internet

Tajuk Peribahasa Melayu

URLhttp://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?

pageNum_simpulan=2&simpulan_abjad=a

Sinopsis

Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka

ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan

pelajaran bagi sekolah menengah di Malaysia. Laman sesawang ini

menyenaraikan semua peribahasa

Tajuk Seni Tenun Melayu

URLhttp://culture.melayuonline.com/?

a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=

Sinopsi

s

Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di

nusantara.

Tajuk Tatabahasa Kata Nama

URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm

SinopsisLaman sesawang mengenai kata nama dan menunjukkan jenis kata

nama dan contoh penggunaan kata nama.

Sumber: 

http://bmm3105pgsrcikgumasitah.blogspot.com/2010/12/penggunaan-enjin-pencari-

bahan-bahasa.html

minggu 2:

Page 6: Nota BM.doc

Menggunakan Internet , Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu

Apakah Enjin Pencari?

Enjin pencari maklumat adalah nama umum bagi program yang digunakan untuk

mencari sesuatu maklumat. Namun begitu, ia sering digunakan bagi merujuk kepada

lokasi atau pelayan WWW yang memberikan perkhidmatan mencari maklumat.

Berbeza dari Archie, Veronica dan Jughead, enjin pencari maklumat yang diperoleh

melalui WWW boleh mencari maklumat yang terdapat dalam WWW, ruangan

Gopher, pelayan FTP Tanpa Nama dan kumpulan berita USENET.

Secara amnya setiap enjin pencari maklumat mempunyai satu pengkalan maklumat

yang dibina dengan meninjau seberapa banyak pelayan Internet. Ini dilakukan ketika

rangkaian tidak sibuk seperti pada awal pagi atau dibuat secara berperingkat-

peringkat. Ini bagi menghormati etika penggunaan Internet.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari

› Tujuan (konteks pendidikan)

v Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.

v Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

› Jenis ‘enjin pencari’

v www.google.com

v www.yahoo.com

v www.teoma.com

Cara Mengkategorikan Maklumat:

· Video

· Gambar

· Ruangan

· Lagu

· Multi

· Permainan

· Perniagaan

Bagaimana mendapat maklumat di internet

1.  Mengenalpasti tajuk.

Page 7: Nota BM.doc

2.  Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.

3.  Memilih enjin pencarian yang tepat.

4.  Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin

pencari yang berlainan)

5.  Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.

Definisi Video

Format file yang biasadansediaadabagi video ialah MPG, AVI dan MOV

MPG

Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk

penghasilan

VCD.

AVI

(Audio Video Interleave ) Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh

Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara

serentak bagi sesebuah file video digital.

MOV

Merupakan format video untuk perisian Quick time. Telah dibangunkan oleh Apple

Computer Company. Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP,

WMV, FLV dan SWF

Definisi Audio

Audio atau bunyi-bunyian teknologi yang membolehkan sistem computer

mengeluarkan muzik atau suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.

Berfungsi untuk membantu menyampaiakn maklumat dengan lebih berkesan melalui

penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu juga meningkatkan

daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang

lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar

ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.

Page 8: Nota BM.doc

AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format) format ini sering digunakan pada

sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasid engannya. Ianya boleh

menyimpan sehingga 32 bit.

MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3) Merupakan satu format pemampatan data audio yang

paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi

mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface) Format yang boleh diterima

pakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

SND/Sound Format fail yang telah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai

digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

WAVE/ WAV Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem

operasi windows. Mampu menampung saizd ari 8 bit sehingga 16 bit.

SUN AUDIO/ AU Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun

Microsystem. Merupakan format audio 16 bit.

MPEG (Moving Picture Experts Group) Format file yang makin popular digunakan

untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah

bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan

satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi

penggunaan seluruh dunia.

MINGGU 3:

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Page 9: Nota BM.doc

Pengenalan

Etika komputer umumnya adalah satu bidang yang berkaitan dengan penggunaan

komputer yang betul (panduan). Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan

maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu atau kes yang membabitkan

etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet

Garis panduan dan etika penggunaan internet telah dimuat turun dari enjin pencari

maklumat di internet.

Objektif Kod Etika

i. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer

ii. Memahami prinsip etika komputer

iii. Memahami etika professional Teknologi Maklumat

iv. Mengetahui fungsi kod etika profesional

v. Keperluan etika komputer

Prinsip Kod Etika

i. Keseimbangan – kebaikan yang dibawa Teknologi Maklumat mestilah lebih baik

daripada risiko dan keburukan

ii. Keizinan termaklum – Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti

faham dan menerima risiko yang akan dihadapi

iii. Keadilan – Manfaat dan keburukan mestilah diterima oleh pengguna secara adil

iv. Meminimumkan risiko – TM mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang

tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima lebih daripada risiko

Rukun Etika

i. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.

ii. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.

Page 10: Nota BM.doc

iii. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.

iv. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri

v. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.

vi. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah (cetak

rompak).

vii. Tidak menggunakan sumber daripada komputer orang lain tanpa kebenaran.

viii. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.

ix. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.

Kerangka Kod Profesional

i. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada sesiapa misalnya

menyebarkan virus.

ii. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka bentuk produk baru yang

memudahkan penggunaan berkomunikasi. 

iii. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.

iv. Bersikap adil dan tidak menindas.

v. Menghormati hak cipta orang lain.

vi. Menghormati hak kebersendirian orang lain

Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk

brosur dan Power Point 

Brosur

Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk

memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang

yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat

menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan. 

Power Point

Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan

terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat

Page 11: Nota BM.doc

komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau

tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.

Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat

persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan

persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh

berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi

Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.

MINGGU 4:

Page 12: Nota BM.doc

PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU

Pengenalan

Bahan pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada

buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang

merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan

pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri

dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita

gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan

seperti berikut:

1.Bahan sastera

2.Bahan tatabahasa

3.Bahan bidang ilmu lain

Berdasarkan aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan

sumber dari internet, sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung

di bilik darjah atau sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu

dimuat turun, proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan

supaya bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan

negatif yang tidak dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Memilih Bahan Sastera

Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang

mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera

ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya,

bentuk atau kandungan tertentu.

Page 13: Nota BM.doc

Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti: Syair Pantun Seloka

Gurindam Puisi Cerita Pendek

Pemilihan bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut

Hashim Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti: i. Intelek

ii. Emosi iii. Imaginasi iv. Teknik Pemilihan bahan sastera perlu mengambilkira juga

aspek-aspek lain seperti aspek-aspek terhadap penerimaan bahan tersebut kepada

murid. Antara aspek-aspek tersebut ialah: Pemilihan bahan tatabahasa

Tatabahasa merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap

pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri

daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada

rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi

dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata

dan perkataan. Seringkali selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan

diberi latihan tatabahasa.

Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan

tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan

pelajaran serta RPH.

Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa Jenis-jenis tatabahasa Jenis-jenis

tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web ·http://tatabahasabm.tripod.com/tata/

Dalam laman web ini mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-

jenisnya

Page 14: Nota BM.doc

Jenis-jenis tatabahasa Kata nama Kata Hubung Kata kerja Kata sendi nama Kata

nama khas .

MINGGU 5:

Page 15: Nota BM.doc

MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK,LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN

PAKEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama

ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat,

pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa didunia

dalam masa beberapa saat sahaja.

Kepentingan membina laman web

Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:

i. Memaparkan idea

• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.

ii. Meningkatkan kebolehan diri

• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet

iii. Komunikasi maya

• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan

boleh mengadakan perbincangan bersama

iv. Berkongsi maklumat

• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna 

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-

halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak

pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan

komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi

Page 16: Nota BM.doc

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

Langkah peryediaannya:

Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak

Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web ... dan

namakan fail sebagai index

1.      Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik

Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.

2.      Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.

3.      Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua

butiran yang diperlukan.

4.      Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam

gambar di bawah.

5.      Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.

6.      Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang

ditunjukkan di bawah. Klik File Manager.

7.      Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang

berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat

naik fail ke File Manager.

8.      Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan

pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.

9.      Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang

berikut akan dapat anda lihat.

10.  Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang

ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make

lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan

memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse

diklik, paparan berikut akan dapat dilihat. Alamat Tapak Pembelajaran

11.  Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang

Upload.

Page 17: Nota BM.doc

12.  Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer. Pada

paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik

File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close, paparan berikut akan

ditunjukkan.

13.  Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail

index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula

jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan

Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang

seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil

yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat

paparan yang seperti yang berikut. HyperText Markup Language (HTML)

14.  Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML

(Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program.

Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui

bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja

yang kita lakukan.

15.  Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan

berikut akan ditunjukkan.

16.  Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini

http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran

anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita kendalikan

kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya.

17.  Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke

dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak

Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak

Pembelajaran anda. Bergembiralah! Peringatan: Sekiranya anda hendak mengubah

isi kandungan Tapak Pembelajaran, anda perlu mengubahnya di dalam Fail Kerja

dengan menggunakan Publisher. Setelah selesai mengedit dan melakukan

perubahan, simpan fail kerja anda itu dan Publish to the Web dengan menggunakan

nama index. Ini bermakna fail index yang lama akan terpadam. Upload ke File

Manager dengan menggunakan prosedur yang sama.

Page 18: Nota BM.doc

18.   Cubalah menukar-kukar Tapak Pembelajaran anda.

 

 

TAJUK 6:

Page 19: Nota BM.doc

MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM

PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan

mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan

maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja.

Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.

Sistem Perpautan

Struktur Hierarki

Struktur Komposit

Struktur Linear

Struktur Lingkaran

Struktur Hierarki

Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.

Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub

topik. 

Struktur Komposit

Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering

digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan

bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi

keperluan perisian. 

Struktur Linear

Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah

perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 

Page 20: Nota BM.doc

Struktur Rangkaian

Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini

memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan

fleksibel 

Laman Web yabg mempunyai sistem perpautan

i. en.wikipedia.org/wiki/Malaysia

MINGGU 7

Page 21: Nota BM.doc

MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM

PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula

dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari

bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses,

menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia

mempermudahkan cara manusia bertindak. 

Diketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek

berbanding dengan komputer. 

Prinsip-prinsip utama Model Pemprosesan Maklumat

i. Andaian kapasiti terhad dan sekatan kepada pengaliran maklumat 

ii. Pengaliran maklumat dua hala 

iii. Kawalan eksekutif yang mengawal dan menentukan pengenkodan, penyimpanan,

mengingat kembali dan lupaan. 

iv. Manusia disediakan secara genetik untuk memproses dan menyimpan maklumat. 

Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')

i. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh

ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. 

ii. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk

menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.

iii. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu

tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. 

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')

i. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat

cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. 

ii. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita

Page 22: Nota BM.doc

sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita

masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. 

iii. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.

MINGGU 8 :

Page 23: Nota BM.doc

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Dan Luar Talian Pengajaran

secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan

Pengenalan

Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang

menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini

dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet

.

Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai

“offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud

pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak

menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.

Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan

disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya

kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

·         i) Dapat mengakses bahan dengan cepat

·         (ii) Kepelbagaian bahan di internet

·         (iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari

bahan.

·         Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas

talian ialah:

§  PERMAINAN

§  AUDIO/LAGU

§  PDF

§  VIDEO

§  GAMBAR

§  TAKS ATAU DOKUMEN

 

MINGGU 9 :

Page 24: Nota BM.doc

 Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi

Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses

mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan

penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian,

penambahbaikan.

Prosedur pengeditan

Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News

Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh

dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.

Prinsip pengeditan bahan atas talian

i. Bahan yang digunakan bersesuaian

ii. Tidak melanggar terma dan syarat perisian

iii. Bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran

 

 

MINGGU 11:

Page 25: Nota BM.doc

 Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

Pengenalan

Pengajaran bahasa Melayu Secara sidang video merupakan salah satu pengajaran

yang membantu P&P bahasa. Melayu selain menggunakan paparan media seperti

audio dan video sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Terdapat beberapa

perkara yang berkaitan dengan sidang video ini iaitu:

Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video ) merupakan

satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara

dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala

secara serentak.

Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan

sejenis perisian kumpulan.

Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukan kepada

suatu persidangan dan bukan individu.

Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak

Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan,

tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian,

viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling

Jenis persidangan video

A.Banyak ke banyak

B.Satu ke banyak

C.Satu ke Satu

Konferensi Secara Atas Alian

Menurut kamus dewan bahasa keempat, koferensi bermaksud pertemuan formal

untuk berbincang, bertukar-tukar pendapat dan maklumat. Selain itu juga ia

Page 26: Nota BM.doc

merupakan perbincangan tentang sesuatu perkara, terutamanya di kalangan pihak-

pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama. Koferensi selalunya berlaku

di atas talian iaitu menggunakan internet.

Transmisi sidang video

Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu:

(i) Cekup (capture)

-  Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio

-  Kamera menukar video ke dala format digital dan dihantar kepada perisian siding

video yang kemudiannya dimampatkan.

(ii) Mampat

-  Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.

-  Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem

(iii) Siar

-  Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan

melalui talian telefon yang biasa.

-  Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak

bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.

Page 27: Nota BM.doc

  Mengadakan Sidang Video Untuk Mengajarkan Kemahiran Mendengar,

Bertutur, Membaca Dan Menulis.

(i) Sidang video menggunakan perisian skype:

Langkah 1:

Page 28: Nota BM.doc

(ii) Sidang Video Menggunakan Yahoo Messenger

Sidang video menggunakan YM ini mempunyai sedikit kelainan dengan skype.

Langkah-langkah untuk melakukan sidang video YM ini adalah seperti di bawah.

Page 29: Nota BM.doc
Page 30: Nota BM.doc
Page 31: Nota BM.doc

 

 

MINGGU 12 :

Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan

data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk

hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat

oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan

merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini

merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu

karangan.

Jenis-jenis Alat pengarangan

Page 32: Nota BM.doc

Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Mencapai Kemahiran Bahasa Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Alat pengarang yang dipilih haruslah membuatkan anda selesa dengan

penggunaannya. Sebagai contoh pemilihan alat pengarangan yang dipilih ialah

Google docs. Google dosc ini boleh didapati dengan melayari :

docs.google.com/

Karangan yang telah dihasilkan boleh disimpan secara atas talian. Hal ini

memudahkan murid untuk menyambung kerja pada bila-bila masa.

Google docs merangkumi:

 Aplikasi

Page 33: Nota BM.doc

· Guru memberi satu tajuk karangan dan mengarahkann murid untuk menghasilkan

karangan tersebut menggunakan alat pengarang yang diketahui

Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat

pengarangan

Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini

boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah

tersebut ialah:

(i) Mengumpul bahan dari internet

(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan

(iii) Memulakan semakan

(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan

(v) Simpan maklumat atas talian

Page 34: Nota BM.doc

Tajuk 13

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN

BAHASA MELAYU

Pengenalan

Penggunaan animasi dalam sesuatu pengajaran mampu menarik minat pelajar.

Penggunaan animasi ini berupaya menjadikan pembelajaran lebih menarik dan

pelajar akan lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran yang guru ajarkan.

Animasi

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek.

Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai

kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu

menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa

manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Bentuk Animasi

Dua Dimensi - 2D

Tiga Dimensi - 3D

Page 35: Nota BM.doc

Kesan Khas

Jenis-jenis animasi 

Animasi Cel

i. Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik

berlainan pada setip kerangka frame

ii. Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka

iii. Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap

kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Animasi Komputer

i. Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :menggunakan layer,

keyframe, tweening

ii. Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan

bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effect

Morphing

i. Kesan yang popular di mana satu imej akan bertukar menjadi imej lain

ii. Boleh gunakan ke atas objek statik ataupun objek yang bergerak

Format penghasilan Animasi

Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf,

AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR).

Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada

internet 

Cara untuk memuat turun animasi

Cara untuk mendownload animasi flash dengan mudah dari sebuah website adalah

Page 36: Nota BM.doc

menggunakan sebuah software yang bernama Save Flahs. Dapat didownlaoad di

http://www.saveflash.com untuk versi trial atau demo. Versi full yang sudah di crack

pula boleh didapati di http://rapidlibrary.com/ kemudian masukkan kata kunci "save

flash full".

Setelah di install, Software ini akan menempel pada Internet explorer. Setiap kali

membuka sebuah web site yang mengandung flash maka akan muncul tanda disket

yang jika di klik akan menyimpan animasi flash ke dalam hard disk.

Tajuk 14

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA

MELAYU

Pengenalan

Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang

digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.

Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat

Cakera padat boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis cakera padat. Antaranya

ialah:

Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu

Page 37: Nota BM.doc

Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak

penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat

pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu.

Selain itu, cakera padat yang boleh digunakan ialah:

i.  Puisi tradisional dan kesusasteraan

ii. Latihan dan soalan bahasa Melayu

Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran

pembelajaran bahasa Melayu.

AKTIVITI- KESUSASTERAAN dan TATABAHASA

JENIS CAKERA

  · Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen pendek.

  · Cakera latihan tatabahasa

MINGGU 15 :

Seminar Dan Pameran Tmk Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini Dan

Mendatang.

Seminar

Seminar menurut kamus pelajar mengatakan suatu perjumpaan untuk menyelidik

dan membahaskan sesuatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli

dalam hal itu. Terdapat pelbagai isu yang boleh diseminarkan iaitu :

Pengaplikasian teknologi maklumat dalam P&P bahasa Melayu

Penggunaan komputer di sekolah

Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Mengadakan seminar

Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat

(1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang

berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang

menguasai bidangnya. 

Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer

i. Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer

Page 38: Nota BM.doc

antara peserta dan panel

ii. Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan 

i. Berguna kepada peserta yang terlibat

ii. Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam

iii. Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru

Kekurangan

i. Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti

ii. Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya

iii. Sering dijalankan untuk seminar pendidikan

Mengadakan Pameran

Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran

boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang

menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang

mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pemeran Bahasa melayu berbantukan komputer

i. Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer

ii. Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma

iii. Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang