ar2 kertas 1 pemahaman bm.doc

13
SULIT Nama : ___________________________ Tahun: ___________________________ PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUARAN BAHASA MELAYU SK - KERTAS 1 011 Penggal Pertama Jun 2015 50 Minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 1 Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

Upload: zorimas-mohd-kudin

Post on 11-Jan-2016

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

SULIT

Nama : ___________________________

Tahun: ___________________________

PEJABAT PELAJARAN DAERAH TUARAN

BAHASA MELAYU SK - KERTAS 1 011 Penggal Pertama Jun 2015

50 Minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

011© 2015 PG TRANSQ BM DAERAH TUARAN [Lihat halaman sebelah] SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu.

1

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

Page 2: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

Soalan 1 hingga soalan 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Saya berharap agar _________ semua akan bermain sungguh-sungguh untuk mempertahankan kejuaraan kita,” pesan Puan Hapsah kepada pemain pasukan bola jaring sekolah.

A anda B kamu

C mereka D kalian

2 “Ya Allah, ya Tuhanku, berikanlah ____________ , ” doa Cik Azura.

A petunjukmu B petunjuk-Mu

C Petunjukmu D Petunjuk-Mu

3 Raut wajahnya sungguh ____________ setelah dua bulan terlantar di hospital.A lesi

B pucatC murung

D cengkung

4 Patukan ular itu betul-betul kena pada ___________ lembu itu.A ketingC tapakB tumitD betis

5 Pak Kasim memotong __________ buluh untuk dibuat tabung.A sebatang

2

Page 3: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

B seruasC sebukuD sepohon

6 Nenek membelah durian tetapi hanya mampu makan __________ daripadanya.

A seulasB sebijiC sepangsaD se papan

7 Setelah dicelupkan ke dalam cecair itu, cebisan kertas itu bertukar ____________ putih __________ biru.

A dari … kepada B dari ... pada

C daripada … ke D daripada ... kepada

8 Benang itu perlu diikatkan pada ____________ lelayang sebelum diterbangkan.A teraju

B kepalaC badan

D bingkai

9 Pihak polis akan _____________ gerakan bagi menjejaki penculik itu.A menghebatkanB memperhebatC menghebati

D memperhebatkan

3

Page 4: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

10 Nira kelapa di dalam periuk itu __________ kerana tidak dikacau ketika mendidih.A meruapB merecikC melelehD menggelegak

11 Bunyi ________________ orang bertukang kedengaran di sebelah rumahnya.A lesuk-lesak

B lekak-lekukC lepuk-lepak

D lekum-lekam

12 Azmi tidak ___________ mengikuti lawatan itu kerana gagal mendapatkan kebenaran daripada ibu bapanya.A boleh

B dapatC berupaya

D akan

13 Kening gadis ini __________ bagaikan taji ayam.A tajam

B ledingC lentik

D runcing

14 Suasana di kampung nelayan itu _____________ damai nian.A sungguh

B palingC tersangat

D begitu

15 “Orang yang berkereta besar itu _________? Dia saudara _______?” tanya Cikgu Saidatul Hamamah.A siapakah ... kamukah

B siapa ... kamukahC siapakah ... kamu

D siapa ... kamu

4

Page 5: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

16 Pak Tua mencedok air dari dalam guri dengan __________ . A gayung B cebok

C batok D timba

17 Singa ialah haiwan karnivor. ___________ berdarah panas.A Haiwan ini

B IaC Ianya

D Dia

18 Perjalanan ke _____________ sungai ternyata amat sukar kerana kita perlu menongkah arus yang deras.A hilir

B tebingC hulu

D kuala

19 ____________ hutan di kawasan belukar dipenuhi onak dan duri.A Tapak

B KanopiC Lantai

D Halaman

20 Pemberian __________________ ketika berurusan samalah seperti mengamalkan budaya rasuah. A makan suap

B sara hidupC duit kopi

D gaji buta

Pilih istilah yang tepat bagi perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah.

21 Binaan ayat dalam karangan ini ternyata gramatis.A dihuraikan dengan baik B disusun dengan sempurnaC menggunakan bahasa Melayu bakuD menggunakan bahasa yang menarik

22 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

5

Page 6: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

“Ingatlah adikku. Kalau nak buat apa-apa pun, janganlah sekali-kali sampai memalukan keluarga,” pesan kakak. A memudaratkan

B mengaibkanC menyusahkan

D merosakkan

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.

23 Puan Saerwati merupakan pengedar tunggal alat kosmetik itu.A peraih

B pembekalC pembeli

D penjual

Soalan 24

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 24 Masakan yang pedas tidak sesuai untuk kanak-kanak.

A Sesuaikah masakan yang pedas untuk kanak-kanak?B Apakah masakan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak?C Adakah masakan yang pedas tidak sesuai untuk kanak-kanak?D Apakah masakan pedas yang tidak sesuai untuk kanak-kanak?

Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Lelaki itulah yang telah menyempurnakan upacara pengebumian mayat yang tidak dikenali itu. A Orang yang tidak dikenali itu telah menyempurnakan mayat lelaki itu.B Mayat orang tidak dikenali itu telah disempurnakan oleh lelaki tersebut.C Upacara pengebumian mayat lelaki telah disempurnakan oleh lelaki itu.D Upacara pengebumian mayat itu telah disempurnakan oleh lelaki yang tidak

dikenali

Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Pramusaji itu melayan pelanggannya dengan penuh mesra. II Majikan itu sering menabur janji mesra kepada pekerja-pekerjanya.

III Ikan ini perlu digaul mesra dengan garam dan kunyit sebelum digoreng.IV Hubungan mesra antara Cikgu Azizi dengan Jennifer Lopez tidak direstui

oleh keluarga masing-masing.

A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

6

Page 7: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

27 I Datuk sedang menggulung rokok daun. II Daun jam tangan ayah diperbuat daripada emas. III Emak menyuruh abang membersihkan daun kipas yang berhabuk. IV Kehilangan kunci menyebabkan daun pintu tersebut terpaksa dipecahkan.

A I dan II sahaja

B I, II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

Soalan 28Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif?

A Peragut itu sudah kena tangkap kelmarin.B Beliau ialah mandur di estet kelapa sawit itu.C Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah.

D Hidayah bersiar-siar di taman bunga dengan rakannya.

Soalan 29 hingga Soalan 30Pilih ayat-ayat yang betul.

29 I Para pengemis ini akan dihantar ke rumah kebajikan. II Murid-murid diminta beratur di kantin. III Kasut baharu ini baru kubeli di Kota Bharu baru-baru ini.

IV Bilik tamu ini perlu diperkemas dengan segera sebelum mereka sampai.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

30 I Tidur berbantalkan lengan pengemis itu. II Dia menjemputi kami di stesen kereta api. III Permintaan tuan masih di dalam pertimbangan.

IV Saya menunggunya selama hampir dua suku jam.

A I dan II sahaja B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja D I, II dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35

7

Page 8: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

GOMBAK, 8 Februari - Dua orang kanak-kanak rentung manakala seorang lagi cedera parah dalam tragedi ngeri awal pagi kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah papan di Kampung Batu Sembilan, Sungai Cincin, bersebelahan sebuah bengkel baik pulih kereta. Ketika itu, mangsa dikatakan sedang tidur di dalam sebuah bilik yang terletak berhampiran dengan dapur.

Mangsa dikenali sebagai Salam dan Salim bin Budiman, 6 tahun, manakala Marina binti Mahmud, 18, melecur di seluruh tubuh dan diberitakan kritikal.

Menurut Budiman bin Mahmud, 45, dia dan isterinya tersedar setelah terdengar jeritan mangsa minta pertolongan. Akan tetapi, dia hanya sempat menyelamatkan dua orang adik mangsa yang tidur bersama-samanya kerana keadaan api yang begitu marak.

Pihak bomba yang tiba sepuluh minit selepas kejadian gagal membantu kerana tekanan air yang terlalu rendah. Paip bomba yang berhampiran pula telah rosak.

Mangsa akan dikebumikan pada petang 9 Februari, iaitu sebaik-baik sahaja pihak hospital selesai melakukan bedah siasat.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Cincin pula mengambil langkah positif dengan menubuhkan tabung bencana alam untuk membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Majlis pemberian bantuan itu akan berlangsung di Dewan Kampung Sungai Cincin pada 10 Februari ini.

Pihak polis masih menyiasat punca bencana alam tersebut. Namun begitu, mereka tidak menolak andaian bahawa kejadian musibah ini mungkin sekali berpunca daripada pembakaran ubat nyamuk yang diletakkan berhampiran dengan langsir tingkap bilik mangsa.

31 Bilakah peristiwa di atas berlaku?A Pada 8 FebruariB Pada awal bulan Februari C Pada hari pertama bulan FebruariD Pada minggu pertama bulan Februari

32 Apakah hubungan mangsa dengan Marina?A Kakak B Pengasuh C Ibu saudara D Anak saudara

33 Salam dan Salim ialah pasangan __________________.A sahabat setia.B kembar.C kaum keluarga.D abang dan adik.

34 Berapa orangkah anak Encik Budiman sekarang?A Dua orangB Lima orangC Tiga orangD Empat orang

35 Mengapakah Encik Budiman tidak dapat menyelamatkan mangsa?A Terlalu berisiko B Takut terhidu asap yang tebalC Bilik mangsa sukar dibuka kerana berkunci D Tidak menyedari bahawa masih ada anaknya yang terperangkap

Soalan 36 hingga Soalan 40

8

Page 9: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

16 Mei

Setiap kali memancar cahayaSering kali bayanganmu menjelma

Dengan lenggok gaya mesraOh, segalanya bagaikan baru bermula!

Sopan-santunmuLembut menutur bicara

Mengajarku mengenal aksaraMembilang satu, dua, tiga

Memimpinku ke puncak jaya.

Sabar cekalnya dikauMengharung segala dukaDi ceruk belantara penuh

Demi anak bangsa tercinta.

Aku kini menuruti jejak murnimuMenyusuri cabaran di ceruk desa

Lalu kusedari hakikat baktimuBiarpun ganjarannya sekelumit cuma.

Menjelangnya 16 Mei iniKutitipkan rasa rindu diri

Menyambung warisan bakti suciMeskipun dikau telah bersemadi

Seribu tahun namamu abadi.

36 Perkataan sering kali dalam petikan di atas membawa maksudA sekali-kali.

B sekali-sekali.C setiap kali.

D sekali.

37 Penyajak kini ialah seorang A pelajar cemerlang.

B pendidik.C ahli politik.

D ahli perniagaan.

38 Puisi ini dicipta ketika penyajakA masih bersekolah.

B baru bersekolah.C belum bersekolah.

D sudah bekerja.

9

Page 10: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

39 “Tokoh” yang dimaksudkan dalam sajak di atas A masih bekerja.

B sudah pencen .C sudah tiada.

D sudah bertukar ke sekolah lain .

40 Karya puisi tersebut merupakanA kisah benar pertemuan antara pengarang dengan tokoh pada setiap 16 Mei.B khayalan pengarang terhadap seorang tokoh setiap kali menjelangnya tarikh 16 Mei.C kenangan pengarang terhadap seorang tokoh setiap kali menjelangnya tarikh 16 Mei.D keinginan pengarang untuk menemui insan yang disanjungnya setiap kali tarikh 16 Mei

menjelang.

10

Page 11: AR2 Kertas 1 PEMAHAMAN  BM.doc

11