nota bab 1 gaya hidup sihat

7
Lampiran 1 Nota Gaya Hidup Sihat 5.1 Pemakanan Makanan penting untuk kesihatan kerana makanan mengandungi nutrien. Nutrien adalah bahan yang diperlukan untuk tumbesaran, menjaga kesihatan dan pembekalan tenaga. Kekurangan nutrient menyebabkan berlakunya malnutrisi. Nutrien dalam makanan dibahagikan kepada 5 jenis, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral. 5.1.1 Makronutrien Makronutrien berfungsi sebagai bekalan tenaga, membina sel, membaiki sel rosak dan menjadikan badan sihat dan kuat. a. Karbohidrat Karbohidrat mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen. Makanan yang mengandungi karbohidrat adalah nasi, roti, ubi kentang dan makanan lain jenis berkanji. Karbohidrat membekalkan tenaga untuk badan. Kekurangan karbohidrat menyebabkan seseorang itu lemah, mengantuk dan tidak bermaya. Murid tidak dapat menmumpukan perhatian pada pelajaran atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan. Karbohidrat yang diambil secara berlebihan menjadikan seseorang itu gemuk. Karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam tisu 1

Upload: mcjust

Post on 09-Apr-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota Bab 1 Gaya Hidup SihatPendidikan Jasmani Kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Bab 1 Gaya Hidup Sihat

Lampiran 1 Nota

Gaya Hidup Sihat

5.1 Pemakanan

Makanan penting untuk kesihatan kerana makanan mengandungi nutrien. Nutrien adalah bahan

yang diperlukan untuk tumbesaran, menjaga kesihatan dan pembekalan tenaga. Kekurangan

nutrient menyebabkan berlakunya malnutrisi. Nutrien dalam makanan dibahagikan kepada 5

jenis, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral.

5.1.1 Makronutrien

Makronutrien berfungsi sebagai bekalan tenaga, membina sel, membaiki sel rosak dan

menjadikan badan sihat dan kuat.

a. Karbohidrat

Karbohidrat mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen. Makanan yang mengandungi

karbohidrat adalah nasi, roti, ubi kentang dan makanan lain jenis berkanji.

Karbohidrat membekalkan tenaga untuk badan. Kekurangan karbohidrat menyebabkan seseorang

itu lemah, mengantuk dan tidak bermaya. Murid tidak dapat menmumpukan perhatian pada

pelajaran atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

Karbohidrat yang diambil secara berlebihan menjadikan seseorang itu gemuk. Karbohidrat yang

berlebihan akan disimpan dalam tisu badan sebagai lemak. Kandungan karbohidrat yang tinggi

akan menggangu fungsi hormone insulin dan menyebabkan diabetes.

b. Protein

Protein ialah nutrient yang mengandungi karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Protein

diperoleh daripada sumber binatang dan tumbuhan. Contohnya ialah ikan, daging, telur, susu,

kacang dan tempe.

Fungsi protein adalah seperti berikut

- Komponen utama enzim dalam badan

- Diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesaran

1

Page 2: Nota Bab 1 Gaya Hidup Sihat

- Menggantikan sel yang rosak

- Komponen utama bagi sistem imuniti badan dalam melawan penyakit

Individu yang kekurangan protein biasanya menjadi kurus, lemah dan mudah mendapat penyakit

seperti kwashiorkor dan marasmus. Protein berlebihan tidak disimpan dalam badan tetapi akan

ditukar kepada karbohidrat dan lemak atau dikeluarkan dari badan sebagai urea melalui buah

pinggang.

c. Lemak

Lemak terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen. Lemak membekalkan dua kali ganda lebih

tenaga daripada karbohidrat. Lemak terdapat dalam makanan seperti minyak masak, mentega,

keju dan coklat.

Fungsi lemak

- Membekalkan tenaga dan haba kepada badan

- Disimpan dalam badan dan apabila tenaga dalam badan berkurangan, lemak simpanan ini

ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan

- Berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan

- Membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran

yang terlalu sejuk

Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Lemak yang berlebihan

akan menyumbat saluran arteri dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

5.1.2 Mikronutrien

Mikronutrien terdiri daripada vitamin dan mineral. Fungsi mikronutrien adalah untuk

meningkatkan daya tahan badan daripada pelbagai jenis penyakit dan sebagai bahan pelawas.

Kekurangan mikronutrien menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

2

Page 3: Nota Bab 1 Gaya Hidup Sihat

a. Vitamin Larut Air

Vitamin larut air bermaksud vitamin yang diserap dalam darah untuk disalurkan ke seluruh

badan. Vitamin larut air terdiri daripada vitamin B dan vitamin C. Vitamin larut air yang

berlebihan akan dikeluarkan daripada badan melalui sistem pencernaan.

Sumber dan kepentingan vitamin larut air

Vitamin Sumber Fungsi Kesan kekurangan

Kesan berlebihan

B1 Ragi, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin

Pembentukan sistem saraf, penghadaman dan pertumbuhan badan

Penyakit beri-beri dan hilang selera makan

Penyakit edema, badan menggigil dan gementar.

B2 Susu, keju, hati dan telur

Penjagaan tisu kulit, mata dan sistem pernafasan

Anemia, rabun dan pecah bahagian mulut dan bibir

Gatal kulit

B6 Hati, kekacang, ragi, ikan dan telur

Komponen untuk proses metabolism protein dan amino asid

Anemia dan sistem imunisasi terjejas

Sawan

B12 Daging, ikan, susu dan telur

Pembentukan sel darah merah

Lumpuh dan pertumbuhan badan terbantut

Polycythemia

C Limau, manga, sayuran hijau, tomato dan nenas

Pembentukan tisu dan perlindungan melawan penyakit

Penyakit skurvi, gusi berdarah dan luka lambat sembuh

Cirit-birit

3

Page 4: Nota Bab 1 Gaya Hidup Sihat

b. Vitamin Larut Lemak

Vitamin larut lemak bermaksud vitamin yang diserap bersama-sama lemak ke dalam organ

badan. Vitamin larut lemak merangkumi vitamin A, D, E dan K. Lebihan vitamin ini akan

dismipan dalam tisu badan.

Sumber dan kepentingan vitamin larut lemak

Vitamin Sumber Fungsi Kesan kekurangan

Kesan berlebihan

A Susu, telur, hati dan minyak ikan

Pembentukan kulit dan tulang, penglihatan, pertumbuhan badan dan sistem imunisasi

Tumbesaran terbantut, rabun malam, kulit bersisik, dan gigi mudah rosak

Rambut gugur, muntah dan sukar tidur (insomnia)

D Minyak ikan, minyak sayur, dan cahaya matahari

Menjaga dan membina kesihatan tulang dan gigi

Penyakit riket dan osteoporosis

Anoreksia nervosa dan cirit-birit

E Minyak sayuran kekacang dan bijirin

Membina sel darah merah dan membantu fungsi sperma dan ovum

Kelahiran tidak cukup bulan dan kecacatan sistem saraf

Tekanan darah meningkat

K Sayuran hijau dan brokoli

Membantu proses pembekuan darah

Darah lambat membeku

Muntah

c. Garam Mineral

Garam mineral seperti kalsium, natrium, zat besi, iodin, zink dan florida merupakan bahan tak

organik yang terdapat dalam kuantiit yang rendah dalam badan. Bahan tak organik diperlukan

unutk pembentukan tulang dan gigi serta membolehkan organ badan berfungsi dengan sempurna.

4

Page 5: Nota Bab 1 Gaya Hidup Sihat

Sumber dan kepentingan garam mineral

Jenis Sumber Fungsi Kesan kekurangan

Kesan berlebihan

Kalsium Susu, dadih, keju, ikan bilis dan sayuran hijau

Pembentukan tulang, gigi dan meningkatkan fungsi otot

Riket, osteoporosis dan osteomalasia

Fungsi saraf terjejas dan penyakit karang

Natrium Garam Membantu pengecutan otot dan membina plasma darah

Kejang otot, loya, muntah dan kurang selera makan

Tekanan darah tinggi

Ferum Hati, daging, kuning telur dan sayuran hijau

Pembentukan hemoglobin

Anemia Kerosakan hati

Iodin Makanan laut Komponen hormone tiroid

Beguk (goiter) Ulser mulut

Zink Bijirin, ikan dan daging

Membantu tumbesaran

Tumbesaran terbantut

Sistem imunisasi terjejas

Florida Makanan laut seperti tiram dan kerang

Pembentukan gigi

Kerosakan gigi Warna kekuningan pada gigi

5