nota 3 - pendekatan & teknik p&p.doc

25
Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG TOPIK 3 PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PETA MINDA TOPIK 3 : PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 74 Teknik Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah Teknik pengajaran / pemudahcaraan Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak Prinsip-prinsip pembelajaran Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah Belajar melalui bermain Pendekatan Bertema Pendekatan Bersepadu Pendekatan projek Pendekatan- pendekatan lain TOPIK 3 PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

Upload: aiza-shah

Post on 05-Nov-2015

127 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

TOPIK 3 PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PETA MINDA TOPIK 3 :

PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKTOPIK 3 : PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK3.1 Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak

Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak

Berasaskan aktiviti

Pengalaman bersepadu

Pengalaman deria

Mengikut situasi

Meneroka dan menjelajah

Belajar sambil bermain

Bimbingan guru

Bertujuan

Unsur motivasi dan mencabar

Fleksibel Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak

Berasaskan minat murid

Berasaskan bahan dan aktiviti

Relevan dengan kanak-kanak

Belajar melalui deria

Belajar melalui pengalaman

Belajar melalui bermain

Mengambil kira perbezaan individu

3.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah

3.2.1 Belajar melalui bermain

Konsep belajar melalui bermainBelajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat menggembirakan dan bermakna.

Kepentingan belajar melalui bermain Bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman langsung secara semulajadi.

Belajar melalui bermain memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang fleksibel tanpa tanpa kongkongan daripada guru.

Aktiviti bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktiviti bermain dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

Tujuan belajar melalui bermain

memberi peluang untuk meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran.

meningkatkan tumpuan dan perhatian.

memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan.

memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif.

membantu menyelesaikan masalah.

membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa.

membina kemahiran fizikal serta peningkatan kemahiran motor halus dan motor kasar.

membina kemahiran bahasa dan berkomunikasi.

membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.

membina kemahiran kendiri yang positif.

memupuk sikap bertanggungjawab.

Jenis-jenis main Main sosial (Social Play)

Main kognitif (Cognitive Play)

Main Bebas (informal Play)

Main Sosiodrama (Sociodramatic Play)

Permainan Luar (Outdoor Play)

Main sosial Main sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan.Jenis-jenis main sosial: Main occupied

murid tidak bermain dengan apa-apa alatan atau dengan sesiapa pun. Main solitary

kanak-kanak tersebut bermain seorang diri, tanpa menghiraukan rakan dan keadaan sekelilingnya. Main onlooker

kanak-kanak tersebut memerhati rakannya yang lain bermain. Dia lebih berminat dengan permainan orang lain. Main parallel

kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakannya. Main associative

kanak-kanak berinteraksi antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam

alatan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama. Main cooperative

kanak-kanak bermain bersama-sama dalam kelas.

Main KognitifDalam main kognitif murid menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.Jenis-jenis main kognitif: main simbolik

main games and rules

main konstruktif (Constructive Paly)

Main simbolik

memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai rama-rama , ibu atau sekuntum bunga. Main games and rules

murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan. Tingkat laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan tersebut.

Main konstruktif (Constructive Play)

murid bermain untuk membina pengetahuan mereka mengenali dunia meraka.

Murid menggunakan bahan atau alatan mainan untuk membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan kenderaan dan sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing.

Main Bebas Main bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran. Semasa menjalankan aktiviti murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan rakan sebaya dan orang dewasa.

Main Sosiodrama/ Main Peranan Main drama memberi peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak.

Contoh main sosiodrama yang boleh dijalankan:

Main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik.

Main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi kepada kanak-kanak-kanak tersebut.

Permainan Luar Di antara alat permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang-jongket, buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan riang dan menggembirakan.

Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong menolong, bersikap sederhana dan hormat menghormati.

Aktiviti permainan luar dapat memperkembangkan motor halus, motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti.

3.2.2 Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan latar belakang murid.Tujuan dan kepentingan

Tema yang dipilih dijadikan alat/wahana untuk menggabungjalinkan komponen dan hasil pembelajaran.

Pemilihan tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membantu guru mencetus idea yang lebih menarik.

Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada tema. Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih.

Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir. Ada kesinambungan. Semua aktiviti dikaitkan dengan tema membolehkan kanak-kanak mengikuti dengan mudah.

Faktor-faktor pemilihan tema ialah Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen.

Berkaitan dan bersesesuaian dengan pengalaman sedia ada, pengalaman yang akan diperolehi dan kehidupan murid.

Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid.

Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa.

Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hand on experience) melalui aktiviti pembelajaran.

Kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan memberi pengetahuan baru kepada murid.

Mengikut prinsip-prinsip pengajaran iaitu bermula dari yang dekat kepada yang jauh, dari yang mudah kepada yang sukar dan mencabar, dan daripada yang umum kepada yang spesifik.

Pelaksanaan

Murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik.

Kenalpasti subtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak mempelajari isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna.

Mencipta peta minda web tema.

Rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir.

Guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil pembelajaran. Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan.

Iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaitan dengan tema.

Memilih tema mengikut musim atau peristiwa.

3.2.3 Pendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah.

Apa yang disepadukan?

Kesepaduan antara tunjang Kesepaduan antara teori dan amali

Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni.

Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik

Kesepaduan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.

Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid.

Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas.

Tujuan pendekatan bersepadu :

Mendalami atau meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh.

Mempunyai lebih banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaannya dan menimbulkan kepuasan belajar.

Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna.

Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.

Mengembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

Mengamalkan nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin.

3.2.4 Pendekatan projek Konsep Pendekatan Projek

Satu kaedah pengajaran pembelajaran yang bertujuan menggalakkan murid-murid mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Biasanya melalui kaedah ini, murid-murid akan di bimbing untuk menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep tertentu. Kaedah ini mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih berkesan dengan tujuan supaya murid-murid menaruh lebih perhatian dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran

Kepentingan pendekatan projek

Murid berpeluang memilih projek tanpa paksaan

Melatih murid berfikir dan mengembangkan kreativiti berdasarkan minat

Memupuk kerjasama dikalangan murid

Melatih murid menilai hasil kerja mereka

Hasil projek boleh dijadikan BBM

Perancangan dan pelaksanaan pendekatan projek

3.2.5 PENDEKATAN-PENDEKATAN LAIN Pembelajaran berpusatkan murid

Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara atau pembinbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi pengalaman baru.

Kebaikan aktiviti berpusatkan murid

Mendorong minat meneroka

Menggalakkan murid berdikari

Membina keyakinan diri

Membna pengetahuan menerusi cuba jaya

Memahami sendiri sesuatu konsep

Menyelesaikan masalah ingin tahu

Memberi peluang memilih bidang yang diminati

Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik

Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran

Mewujudkan suasana ceri dalam pembelajaran

Inkuiri penemuan Pembelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang belaku dalam situasi penyelesaian masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan/ pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru (Pelajar memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan) Pelajar berinteraksi dengan persekitaran mempuat peninjauan, memanipulasi objek, menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan sesuati ujikaji Ciri

Guru wujudkan suasana & bimbing Pembelajaran yg melibatkan pelajar menemui pengetahuan dengan sendiri Mengalakkan pelajar berfikir secara mendalam Pelajar menerima cabaran untuk mencari pengetahuan secara sendiri Penglibatan & interaksi pelajar yang tinggi Kepentingan

Mengajar bagaimana berfikir &mencari maklumat bagi diri sendiri Tidak bergantung pada guru utk dapat maklumat / terima kesimpulan org lain Memperlihatkan bagaimana pengetahuan diperolehi Mengumpul, menyusun, menganalisa maklumat utk sampai kpd satu keputusan Menggunakan kemahiran berfikir peringkat tinggi Pembelajaran masteri

merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.([Bloom, 1968] berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinann sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.

Ciri-ciri Hasil pembelajaran perlu ditentukan Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK) Bahan P&P yang berkesan Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah keunit pembelajaran yang baru. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai arasmasteri Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri

Pembelajaran kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

Ciri:Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Faedah pembejalaran secara kontekstualMURID

Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama GURU

Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.Kepelbagaian Kecerdasan Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence)Pengenalan: Setiap kanak-kanak mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah mengikut pertumbuhan dan perkembangannya.Selain daripada guru di sekolah, ibubapa hendaklah berperanan memberi peluang kepada anak-anak mereka membangunkan kepelbagaian kecerdasan.

Menurut Howard Gardner, setiap individu / kanak-kanak mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai dalam bilik darjah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak keluarga permakanan persekitaran tempat tinggal rakan sebaya sekolah media massaJenis-jenis kepelbagaian kecerdasanMenurut Howard Gardner, seseorang individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kepelbagaian kecerdasan seperti berikut:

Kecerdasan linguistik / bahasa

Kecerdasan Logik Matematik

Kecerdasan Ruang

Kecerdasan Muzik Kecerdasan Kinestetik

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan Naturalistik

Kecerdasan linguistik / bahasa

Kebolehan seseorang menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada dengan lisan atau penulisan. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis, memberi ucapan dan dapat membuat hubungkait di antara satu sama lain.

Kecerdasan Logik MatematikKebolehan seseorang kanak-kanak menggabungkan Matematik dan saintifik iaitu termasuklah kebolehan mengira pelbagai olahan serta dapat menyelesaikan masalah Matematik.Kecerdasan RuangKebolehan seseorang mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan dalam bentuk grafik seperti mencorak, melukis serta mengukir.

Kecerdasan MuzikKebolehan mengesan nada dan melodi termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama yang mudah.Ia juga termasuk dalam kebolehan menghafal sesuatu dengan berlagu seperti menyanyi, bernasyid dll.

Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan gerakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal koordinasi, kepantasan dan keseimbangan.

Kecerdasan InterpersonalKebolehan memahami perasaan diri sendiri seperti memahami kemahuan, matlamat dan citi-cita serta perasaannya sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini, mempunyai kemahiran mengurus diri sendiri supaya dapat menghasilkan kecemerlangan dan motivasi diri dan dapat meningkatkan konsep kendiri yang positif serta dapat menguasai emosi dan kerohanian yang kuat untuk mengharungi alam kehidupan.

Kecerdasan IntrapersonalKebolehan memahami perasaan seseorang, berinteraksi dan memahami kemahuan, fikiran dan perlakuan orang lain. Kanak-kanak yang mengusai kecerdasan ini boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan dengan orang lain dan dapat mengawal perasaan apabila mereka berkawan.

Kecerdasan Naturalistik

Kebolehan menggunakan apa yang terdapat pada alam sekeliling seperta mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

3.2.6 Pengelolaan Aktiviti Pengelolaan aktiviti terbahagi kepada 3 iaitu;

Aktiviti kelas Aktiviti kumpulan

Aktiviti individu

Aktiviti secara kelas:

Contoh Aktiviti Kelas: bercerita circle time nyanyian/ gerakan lawatan luar bersoal jawab eksperimenAktiviti kumpulan: Pengelolaan aktiviti secara kumpulan

Kumpulan kecil ; bilangan ahli yang kecil 5-8 orang Murid menjlnkan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil

Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama

Aktiviti yang boleh dijalankan

Main doh ; Main pondok; Main bongkah Main permainan tradisioanl Cantuman puzzle Berkebun Penerokaan Permainan bahasa/matematik Kolaj/capan/renjisan/cetakan/melukis/ Pertandingan: menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri

Pengelolan aktiviti secara individu

Aktiviti individu Melukis gambar Menyusun gambar bersiri Menggunting/menampal Menguntai manik/bunga Mengenakan butang baju Membaca buku kecil/kad bacaan Main doh/suai pasang Membasuh tuala/ sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan 3.3 TEKNIK PENGAJARAN &PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH Scaffolding Teknik memperkukuh secara bersepadu setiap potensi , umpama kerangka sebuah bangunan Proses memberi sokongan kepada murid semasa mereka mencuba atau mempelajari sesuatu pengetahuan atau kemahiran Pengalaman pembelajaran secara kolaboratif daripada guru dan rakan sebaya Bentuk bantuan -Tunjuk cara, Verbal dan Non-verbal beri galakan berinteraksi untuk mewujudkan persefahaman, kerjasama, keseimbangan emosi dan perkembangan bahasa;- sedia menjadi peserta dalam kumpulan kanak-kanak; memberi peneguhan untuk perkukuh konsep; memberikan motivasi & memberi dorongan;- membantu mengikut kadar kebolehan murid;

memberikan bantuan mengikut tahap yang diperlukan pada Zon Perkembangan Proksima (ZPD) menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah / tugasan; menggalakkan berdikari Guru. bukan sebagai pemberi arahan

Sharing & Constructing Memperkukuh idea murid Guru sebagai pemangkin Guru menjadi ahli kumpulan Guru-murid berkongsi untuk mencapai objektif Berkongsi selesaikan masalah Guru mencadang idea / petunjuk (clue) & murid buat keputusan

Modeling Guru membuat percontohan terhadap sesuatu situasi untuk ditiru oleh murid secara langsung atau mempraktikkan amalan baik supaya menjadi ikutan secara tidak langsung oleh murid atau guru gunakan percontohan watak orang lain(Cth: Rasulullah) sebagai model Modeling boleh dilakukan dalam situasi sebenar, melalui penceritaan, menggunakan gambar atau tayangan video Modeling amalan baik oleh guru hendaklah secara berterusan seperti cara bercakap atau penampilan diri Murid hilang kepercayaan jika guru cakap tak serupa bikinAttending memberi perhatian dengan komunikasi mesra belaian melalui bahasa yang memujuk tidak mengugut, tidak menyergah , tidak rasa terancam atau takut Kata-kata lisan yang menyokong ahaa, yaa, baik, bagus, cuba lagi, pandai Ulang atau perluas jawapan Gerak isyarat non-verbal spt. senyum, anggukan, tepuk tangan, tulis jawapan di papan tulis, tunjuk tanda jempul Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang Tidak menghukum salah atau betul Situasi penuh kasih sayang Meninggalkan kesan positif, rasa dihargai diberi perhatian Didorong untuk menghasilkan yang terbaik Prompting Satu cara layanan untuk mencapai matlamat Memberi pandu arah yang jelas dan tersusun Menggunakan pemujukan Lebih memberi pengesyoran beri teguran secara positif supaya tidak membunuh minat & semangat belajar memberi penyataan pandu/tunjuk hala dan "coaching guru mendengar secara aktif dan membuat maklum balas memberi penerangan dan arahan memberi motivasi Mengingat semula (reflksi) Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid Semasa memulakan tajuk baru / memahami konsep dan pengukuhan Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid dilalui Tunjukcara Tunjukcara eksplisit (Explicit Demo): - menunjukkan bagaimana sesuatu tugasan atau kemahiran dilaksanakan , melalui bukan sahaja bahasa tetapi dengan perlakuannya sekali

- pastikan guru/bahan berada di tempat strategik yang dapat dilihat oleh semua

murid atau dibuat dalam kumpulan kecil Tunjukcara implisit (Implicit Demo): - pelakuan dan gaya tingkah laku dan bahasa yang ditunjukkan oleh seseorang yang menjadi ikutan. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Simulasi / Main Peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Nyanyian- menyanyi adalah salah satu strategi yang boleh menarik minat murid murid minat dan gemar menyanyi / mengikut melodi serta membuat pergerakan

boleh diaplikasi dalam kebanyakan tunjang pengajaran

pilihan sebaiknya lagu yang pendek dan berulang-ulang

boleh diiringi alat muzik atau perkusi

gunakan carta lagu untuk sepadukan dengan kebolehan membaca atau mengenal seni kata

nyanyian tidak kaku; sepadukan nyanyian dengan pergerakan kreatif/ sambil menari/ membuat pergerakan mengikut seni kata guru perlu membuat tunjukcara / sama-sama membuat pergerakanPenerangan Penjelasan sesuatu idea atau konsep kepada murid dengan bahasa dan cara yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Guna laras bahasa kanak-kanak.

Faktor gaya bahasa , kejelasan suara dan intonasi penting dalam penyampaian penerangan

Gaya bahasa bertutur dengan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang yang lebih dewasa.

Penerangan dibuat dalam suasana murid dalam keadaan bersedia untuk mendengar dan disampaikan dengan suara yang jelas.

Ulangan kadang-kadang diperlukan untuk memastikan maklumat diterima dengan berkesan.

Penyoalan/ Soal Jawab Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Soalan jenis bercapah / konvergen menggalakkan kemahiranberfikir Memandu untuk mencapai objektif penyoalan Menyoal mengikut aras yang sesuai Mempunyai hentian untuk memberi masa murid memikirkan jawapan Bertujuan memperluaskan idea Sebarkan soalan kepada semua murid. Layan jawapan dengan memberi pujian dan galakan Mencabar sesuatu jawapan yang difikir betul / salah Mendorong / menggalakkan pemikiran semula Berfokus daripada soalan umum kepada yang khusus Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa, dan maksud Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Kepentingan Penyoalan

Menambah daya ingatan dan pengetahuan Guru dapat kesan tahap mana pengetahuan murid Meningkatkan rapport guru dan murid Perkembangan pengetahuan secara berperingkat dari yang mudah ke isu yang kompleks Mengesan sikap individu atau kumpulan murid terhadap isu atau subjek Berasaskan Tugasan (Task- based) Berasaskan pendekatan komunikatif dan menggalakkan murid berkomunikasi untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut masa Arahan guru perlu jelas dan berfokus supaya murid mudah dapat mengikuti peraturan melaksanakan tugasan Penegasan masa penting supaya tugasan dapat dibuat mengikut masa Tugasan boleh dibuat antara pasangan murid atau antara kumpulan murid Tugasan boleh berbentuk pertandingan atau persaingan antara individu atau kumpulan Guru boleh adakan hadiah/ token atau ganjaran untuk motivasikan murid Dapat meningkatkan rapport guru--murid dan murid--murid Perkembangan pengetahuan secara berperingkat , bermula dari tugasan mudah kepada tugasan yang lebih kompleks Guru berperanan sebagai pemudahcara dan memberi motivasi Contoh tugasan: melengkapkan gambar, model, puzzle, mencari jalan pulang, explore race, penyelesaian masalahBercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Guru perlu hafazkan frasa atau ayat-ayat penting untuk melicinkan penceritaan. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan BBM - kad gambar atau gambar bersiri, gambar kartun, keratan akhbar dan keratan majalah , objek-objek sebenar atau kostium yang sesuai. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. Kepentingan Teknik Bercerita Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan; Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama. Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita tersebut; Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid; Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam cerita; Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin; Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian; Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-muridLakonan/ Drama Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

Lakonan/ drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah dan keyakinan murid.

Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak

Prinsip-prinsip pengajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak

Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak

TOPIK 3

PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Teknik Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah

Teknik pengajaran / pemudahcaraan

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Prasekolah

Belajar melalui bermain

Pendekatan Bertema

Pendekatan Bersepadu

Pendekatan projek

Pendekatan-pendekatan lain

Pengelolaan aktiviti

79

Model Pembelajaran Masteri

Tindakan susulanAktiviti Pengayaan

Unit Pembelajaran 1

Tindakan susulanAktiviti Pemulihan

Sudahkan muridmrnguasai

Ya

Tidak

Ya

Tidak

Unit Pembelajaran 2

AKTIVITI KUMPULAN

1. Pembelajaran secara koloboratif atau usahasama

6. Proses penerapan nilai murni

5. Proses pemupukan kemahiran sosial dan penyelesaian masalah

4. Pembelajaran melalui rakan sebaya

3. Murid menjalankan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil

2. Bilangan ahli yang kecil

AKTIVITI INDIVIDU

Peluang untuk murid menumpukan kebolehan istimewa yang ada padanya bagi meningkatkanKefahaman tentang sesuatu konsep

2.Murid bebas mencuba dan Meneroka dengan gaya tersendiri

Peluang untuk mengukuhkan nilaiMurni seperti berdikarai, kerajinandan sayangkan hak sendiri sertamenghormati hak orang lain

Murid secara aktif membuat aktiviti seperti binaan daribongkah, bermain dengan doh atau bermain suai pasang

Peluang untuk mengaplikasikan Kemahiran berfikir seperti membuatPerbandingan, menganalisis dan menyelesaikan masalah

4. Peluang untuk guruberinteraksidengan murid secara individu serta membimbing mereka membuat keputusan

AKTIVITI KELAS

Semua murid menjalankan aktiviti yang sama serentak

2. Pemupukan kemahiran bersosial

3. Pemupukan nilai murni seperti Kerjasama, hormat menghormati, Keadilan dan Semangat bermasyarakat

4. Pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif

JENIS PROJEK

PROJEK PEMBELAJARAN KHUSUS / LATIH TUBI-pengelasanSuku kata-nombor

PROJEK PENGHASILANIstana pasirMemasakModel kenderaanmobail

PROJEK KEGUNAAN-berkebun-buku skrap-mengumpul stem-menghias majlis

PROJEK KAJI SELIDIK-alam sekitar-serangga

PROJEK MASALAH-ujudkan situasi mengikut kesesuaian-buat kuihBuat air

PROJEK LAWATAN-zoo Taman Haiwan-premis kemudahan awam-kawasan sekolah

5