nota 2

Upload: syawal-anizam

Post on 18-Oct-2015

157 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

teknologi sains sukan

TRANSCRIPT

  • NOTA 2

    KESAHAN, KEBOLEHPERCAYAAN DAN OBJEKTIVITI

    OLEH

    PROF MADYA DR AHMAD HASHIM

    Instrumen atau ujian yang digunakan bertujuan bagi mengukur dan menilai

    maklumat mestilah mempunyai ciri kebolehpercayaan, objektiviti dan kesahan.

    Hanya ujian yang mempunyai ciri-ciri tersebut sahaja yang berjaya menghasilkan

    keputusan yang tepat dalam pengukuran kognitif, kecergasan fizikal, kemahiran

    sukan, kecergasan fizikal dan sikap terhadap aktiviti fizikal dalam Pendidikan

    Jasmani dan Sains Sukan.

    Hubungan antara kesahan dan kebolehpercayaan adalah dalam bentuk

    sehala. Sesuatu ujian itu mungkin boleh dipercayai tetapi tidak semestinya sah.

    Begitu juga dengan ujian yang boleh menghasilkan keputusan yang tekal tetapi tidak

    mengukur apa yang sepatutnya diukur. Walau bagaimanapun sesuatu ujian itu

    dikatakan tidak sah jika ia tidak mempunyai kebolehpercayaan ujian. Jika sesuatu

    ujian itu tidak dapat memberikan keputusan yang tekal setelah diulang uji, maka ia

    tidak mungkin sah untuk digunakan. Kebolehpercayaan sesuatu ujian sepatutnya

    diperoleh terlebih dahulu sebelum memeriksa kesahan ujian.

    Objektiviti sesuatu ujian juga adalah berkait rapat dengan kebolehpercayaan.

    Tanpa objektiviti ujian, nilai kebolehpercayaan sesuatu ujian akan menjadi kurang.

    Oleh itu hubungan antara objektiviti dengan kesahan adalah sama dengan

  • hubungan antara kebolehpercayaan dan kesahan. Objektiviti dan kebolehpercayaan

    adalah suatu pra syarat kepada kesahan ujian.

    KESAHAN

    Instrumen sesuatu pengukuran dikatakan sah apabila ia benar-benar mengukur apa

    yang sepatutnya diukur. Contoh, gayut siku bengkok adalah ujian yang sah untuk

    mengukur kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan tetapi ianya tidak sah

    digunakan untuk mengukur kepantasan tangan kerana bilangan yang dapat

    dilakukan untuk satu percubaan gayut siku bengkok tidak dipengaruhi oleh

    kepantasan tangan. Sesuatu ujian yang sah mestilah boleh dipercayai, sebaliknya

    ujian yang mempunyai kebolehpercayaan mungkin belum tentu sah digunakan. Jika

    data yang diperoleh datangnya daripada sesuatu ujian atau instrumen pengukuran

    yang tidak sah, maka data tersebut tidak boleh digunapakai dalam pengukuran dan

    penilaian. Sebarang keputusan yang dibuat mengenai subjek berdasarkan data yang

    tidak sah berkemungkinan akan berlaku kesalahan atau tidak tepat.

    Terdapat empat jenis pengukuran kesahan yang biasanya digunakan dalam

    Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan iaitu kesahan logikal, kesahan kandungan,

    kesahan kriteria dan kesahan konstruk. Kebanyakan pengukuran fizikal dalam

    Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan menerima pakai nilai pekali korelasi kesahan

    ujian antara .80 dan ke atas.

    Kesahan Logikal

  • Kesah logikal adakalanya digunakan sebagai kesahan muka dalam pengujian dan

    pengukuran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Sesuatu ujian dikatakan

    mempunyai kesahan logikal apabila ujian itu jelas mengukur prestasi lakuan yang

    terlibat. Contoh, ujian lari pecut 6 saat dan ujian lari pecut 30 meter adalah ujian

    yang sah bagi mengukur kepantasan berlari kerana ujian tersebut mengukur

    kepantasan seseorang berlari. Kesahan logikal sepatutnya digunakan berserta

    dengan salah satu bukti sama ada daripada kesahan kandungan atau kesahan

    kriteria ataupun kesahan konstruk. Kesahan logikal kebanyakkannya hanya

    digunakan dalam ujian kecergasan fizikal. Contoh, ujian bangkit tubi lutut bengkok

    adalah ujian yang mempunyai kesahan logikal untuk mengukur kekuatan dan daya

    tahan otot abdominal. Walau bagaimanapun kesahan logikal kurang berjaya jika

    digunakan dalam ujian yang melibatkan kemahiran motor dan sukan.

    Kesahan Kandungan

    Istilah kesahan muka dan kesahan logikal selalu digunakan dalam kesahan

    kandungan. Ujian bertulis biasanya mempunyai kesahan kandungan apabila soalan-

    soalan yang dibina mempunyai kebolehpercayaan berdasarkan bahan pengajaran

    pembelajaran dan unit-unit dalam objektif pengajaran. Contoh, ujian kemahiran bola

    jaring mempunyai kesahan kandungan jika ujian tersebut mengambil kira item-item

    kemahiran yang diperlukan dalam permainan bola jaring seperti kemahiran

    menjaring, membaling dan menyambut, melompat dan lain-lain.

    Kesahan Kriteria

  • Kesahan kriteria ditentukan berdasarkan hubungan yang sistematik di antara

    pengukuran kriteria dengan pengukuran lain yang digunakan untuk menganggarkan

    sesuatu kriteria. Kesahan kriteria adalah berdasarkan pekali korelasi di antara ujian

    tertentu dengan sesuatu kriteria. Kesahan kriteria digunakan dalam bentuk kesahan

    sejajar dan kesahan jangkaan.

    Kesahan Sejajar

    Pengukuran kesahan sejajar diperoleh dengan menentukan kriteria terlebih dahulu

    dan digunakan ke atas ujian yang sama sebagai pengganti apabila ujian yang

    dicadangkan sebagai kriteria telah diperakui kesahannya oleh pakar bidang

    Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Biasanya ujian yang dipilih sebagai kriteria

    telah di terima pakai secara meluas. Biasanya instrumen pengukuran kriteria sukar

    diperoleh dan digunakan serta memerlukan perbelanjaan yang banyak. Bagi

    memudahkan pentadbiran ujian kepada jumlah pelajar yang sangat besar dan

    menjimatkan masa dan perbelanjaan, maka instrumen pengukuran yang baru

    haruslah diperkenalkan sebagai pengganti kepada instrumen kriteria.

    Kesahan sejajar melibatkan pengiraan pekali korelasi di antara pencapaian

    skor ujian berdasarkan instrumen baru dengan pencapaian berdasarkan instrumen

    ukuran kriteria. Keputusan pekali korelasi menggambarkan anggaran pekali kesahan

    sesuatu ujian. Apabila pekali kesahan menghampiri 1, ini menunjukkan ujian yang

    digunakan untuk mengukur sesuatu pembolehubah adalah menyamai ukuran kriteria

    dan mempunyai kesahan. Contohnya, pengambilan oksigen maksimum adalah

    pengukuran yang terbaik dan sah untuk mengukur kecergasan kardiovaskular.

    Walau bagaimanapun peralatan ini sangat mahal, memerlukan makmal, mengambil

  • masa yang lama untuk sesuatu ujian dan hanya seorang sahaja boleh diuji dalam

    suatu masa. Oleh itu, sebagai alternatif ujian lari/berjalan 1.0 batu, 1.5 batu, 9 minit

    dan 12 minit boleh digunakan sebagai anggaran penggunaan oksigen maksimum.

    Bagi menentukan kesahan pengukuran pengambilan oksijen maksimum, kedua-dua

    ujian tersebut hendaklah ditadbirkan ke atas sekumpulan subjek yang sama pada

    masa yang hampir sama.

    Kesahan Jangkaan

    Kesahan jangkaan samalah seperti kesahan sejajar, ia ditentukan oleh ukuran

    kriteria. Contoh, menjangkakan kejayaan akademik pelajar di dalam sesebuah bilik

    darjah. Purata mata gred pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

    yang dipilih masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor dan Sekolah Sukan

    Bandar Penawar, Kota Tinggi sebagai pembolehubah jangkaan dengan purata mata

    gred yang diperoleh semasa di sekolah sukan sebagai ukuran kriteria kejayaan.

    Korelasi di antara kedua-dua purata mata gred menunjukkan kesahan jangkaan.

    Green, East, dan Hensley (1987) telah memberi contoh yang terbaik mengenai

    prosedur yang digunakan untuk menentukan kesahan ujian kemahiran sukan golf.

    Ukuran kriteria mesti ditentukan terlebih dahulu sebelum menguji beberapa ujian

    kemahiran sukan ke atas subjek.

    Kaedah korelasi pelbagai digunakan ke atas ukuran kriteria dengan beberapa

    jenis ujian yang digunakan bagi menentukan kesahan jangkaan. Skor purata

    daripada beberapa pusingan permainan golf dijadikan sebagai ukuran kriteria. Ujian

    dalam beberapa kemahiran permainan golf digunakan sebagai ujian kemahiran golf.

  • Kedua-dua skor ujian tersebut dikorelasikan bagi menentukan adakah gabungan

    ujian tersebut merupakan penganggar terbaik bagi ukuran kriteria.

    Kesahan Konstruk

    Kesahan konstruk biasanya dikaitkan dengan keputusan ujian ke atas beberapa ciri

    tingkahlaku. Contohnya, sikap terhadap aktiviti kecergasan fizikal adalah ciri

    kemanusiaan yang abstrak dan sukar difahami oleh mereka yang tidak mahir dalam

    bidang tersebut. Ini berbanding dengan ujian bangkit tubi lutut bengkok, di mana

    keputusan adalah berdasarkan jumlah bilangan percubaan yang dapat dilakukan

    dalam masa 30 saat. Kesahan konstruk diperoleh berdasarkan kaedah yang saintifik

    dengan penggunaan pelbagai prosedur statistik. Contoh, ujian kepantasan berlari

    ditadbirkan ke atas pelari yang mewakili pasukan sekolah dengan yang tidak

    mewakili pasukan sekolah. Oleh kerana pelari yang mewakili pasukan sekolah lebih

    pantas, maka kesahan konstruk dapat ditunjukkan bilamana min skor kepantasan

    pelari pasukan sekolah lebih tinggi dan berbeza secara signifikan berbanding

    dengan pelari yang tidak mewakili pasukan sekolah. Biasanya perbezaan signifikan

    antara dua min ditentukan pada aras alpha .01 bagi mempastikan kedua-dua

    kumpulan tersebut benar-benar berbeza.

    Contoh kedua, perbandingan prestasi antara dua kumpulan pelajar sebelum

    dan selepas menjalani latihan. Ujian awal dilakukan ke atas kumpulan pelajar

    tersebut sebelum diberi latihan. Pelajar dalam kumpulan tersebut di beri beberapa

    teknik latihan untuk beberapa minggu, biasanya antara 4 hingga 6 minggu sebelum

  • diulang uji. Kesahan konstruk dapat ditentukan jika min skor ujian akhir lebih baik

    dan signifikan berbanding ujian awal.

    Contoh ketiga, kesahan konstruk ujian kuasa anaerobik boleh diperoleh

    dengan membandingkan skor ujian pelari pecut dan lompatan dengan skor ujian

    larian jarak jauh. Larian pecut dan acara lompatan memerlukan kuasa anaerobik

    yang tinggi berbanding larian jarak jauh. Guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan

    boleh menentukan sama ada terdapat perbezaan di antara skor ujian lari pecut dan

    lompatan dengan larian jarak jauh. Jika min skor ujian lari pecut dan lompatan lebih

    baik dan berbeza secara signifikan berbanding min skor ujian larian jarak jauh, maka

    ujian lari pecut dan lompatan adalah bukti ujian yang menunjukkan bahawa kedua-

    dua ujian tersebut boleh digunakan untuk mengukur kuasa anaerobik.

    Satu lagi kaedah yang digunakan bagi mengukur kesahan konstruk ialah

    melalui prosedur statistik analisis faktor. Kaedah ini biasanya digunakan bagi

    menentukan atau mengenal pasti komponen-komponen asas kecergasan atau

    kemahiran sukan.

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESAHAN

    Bagi menentukan sesuatu ujian atau instrumen pengukuran mempunyai kesahan

    yang tinggi, guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan perlu memberi perhatian

    kepada beberapa perkara.

    i. Pemilihan ujian yang tepat untuk dijadikan sebagai ukuran kriteria.

  • ii. Ciri-ciri pelajar yang diuji. Contohnya, sesuatu ujian yang sah untuk digunakan

    oleh pelajar berumur 13 tahun adalah tidak sah jika diguna ke atas pelajar yang

    berumur 17 tahun. Ujian yang sah untuk lelaki mungkin tidak sah untuk

    perempuan. Sesuatu ujian itu hanya sah digunakan ke atas pelajar yang sama

    umur, jantina dan pengalaman.

    iii. Sesuatu ujian yang sah mestilah mempunyai kebolehpercayaan. Oleh itu,

    pekali kesahan mempunyai kaitan secara terus dengan kebolehpercayaan

    ujian dan ukuran kriteria. Pekali kesahan yang mungkin antara kedua-dua ujian

    tersebut boleh dianggarkan sebagai r x,y =(rx,x)(ry,y). Jika kebolehpercayaan

    kedua-dua ujian x dan y ialah .80, maka pekali kesahan yang mungkin ialah

    .80.

    iv. Objektiviti ialah persetujuan dua atau lebih pakar juri atau skor mengenai nilai

    sesuatu ukuran. Jika dua atau lebih juri yang tidak bersetuju terhadap skor

    ujian bagi pelajar yang sama, maka ujian tersebut dikatakan kurang objektiviti.

    Skor yang diberi oleh pakar juri mungkin dapat menjejaskan kesahan ujian.

    v. Kesahan ujian umumnya dipengaruhi oleh kebolehpercayaan, lebih banyak

    bilangan ukuran yang dilakukan ke atas setiap pelajar lebih tinggi nilai

    kebolehpercayaan. Contoh, ujian mengelecek, menanduk, menjaring gol,

    mengawal dan menendang bola adalah lebih baik digunakan bagi mengukur

    kemahiran dalam permainan bola sepak berbanding hanya satu atau dua ujian

    sahaja. Oleh kerana kebolehpercayaan mempunyai perkaitan yang kuat

  • dengan kesahan maka pertambahan bilangan ujian tidak hanya meningkatkan

    kebolehpercayaan tetapi juga kesahan ujian.

    vi. Saiz pekali kesahan mestilah bersesuaian. Menurut Safrit (1986), jika ujian

    baru hendak digunakan sebagai pengganti kepada ujian ukuran kriteria yang

    lebih canggih, maka pekali kesahan .90 dan ke atas adalah sangat

    bersesuaian, walau bagaimanapun nilai pekali kesahan .80 dan ke atas juga

    diterima. Nilai ini dicadangkan bagi mendapatkan kesahan sejajar dengan

    menggunakan pekali korelasi. Manakala bagi kesahan jangkaan, beliau

    mencadangkan sekurang kurangnya nilai pekali kesahan antara .50 atau .60

    adalah boleh diterima.

    vii. Skor kriteria ialah ukuran yang digunakan sebagai penunjuk terbaik keupayaan

    sebenar seseorang pelajar. Ujian dilakukan setelah pelajar benar-benar

    memahami bagaimana menjalankan ujian. Biasanya dalam ukuran kecergasan

    fizikal dan keupayaan lakuan motor seperti ukuran lipatan kulit, kelembutan,

    masa reaksi dan melompat memerlukan pelajar melakukan banyak bilangan

    percubaan. Oleh kerana skor min dan skor terbaik mempunyai persamaan

    kebolehpercayaan maka skor terbaik atau tertinggi dipilih sebagai skor kriteria

    kerana lebih pantas dan mudah membuat pengiraan.

    KEBOLEHPERCAYAAN

    Sesuatu ujian yang dapat memberi keputusan yang konsistan setelah diuji berulang

    kali adalah mempunyai kebolehpercayaan. Ujian yang mempunyai

  • kebolehpercayaan akan menghasilkan data yang stabil dan tepat. Contoh, jika

    sekumpulan pelajar mengambil ujian tekan tubi berdasarkan prosedur yang sama

    pada dua hari yang berbeza, maka skor yang diperoleh sepatutnya sama. Bagi

    menjamin kebolehpercayaan ujian, prosedur ujian, teknik pengukuran dan suasana

    pengujian sepatutnya berada dalam keadaan yang sama. Fikirkan apa yang akan

    berlaku kepada skor ujian bangkit tubi lutut bengkok jika pertama kali ditadbirkan di

    atas tilam gimnastik dan di masa lain ditadbirkan di atas gelanggang bersimen.

    Terdapat beberapa faktor yang mungkin memberi kesan terhadap

    kebolehpercayaan ujian dan nilai skor yang diperoleh dalam proses pengujian

    pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Di

    antaranya ialah memberi arahan yang tidak tepat, prosedur pemberian skor ujian

    yang tidak konsistan, perbezaan peralatan yang digunakan semasa pengujian dan

    suasana persekitaran ujian yang berbeza. Bagi menentukan kebolehpercayaan

    ujian, sekurang-kurangnya dua set data perlu diperoleh melalui skor ujian. Di antara

    prosedur yang selalu digunakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan ujian ialah

    kaedah uji dan ulang uji, kaedah bentuk selari, kaedah pembahagi dua, kaedah

    Kuder Richardson dan kaedah pekali Cronbach alpha.

    PENGIRAAN PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN

    Pekali kebolehpercayaan diklasifikasikan dalam dua bentuk iaitu pekali

    kebolehpercayaan `interclass dan pekali kebolehpercayaan `intraclass. Biasanya

    pengiraan pekali kebolehpercayaan `interclass adalah berdasarkan kepada pekali

    korelasi Pearson product moment. Manakala analisis varian ANOVA dan Cronbach

  • alpha selalu digunakan bagi mengira pekali kebolehpercayaan `intraclass. Safrit dan

    Wood (1995) dan Miller (1998), mencadangkan nilai pekali korelasi atau pekali

    kebolehpercayaan antara .80 hingga 1.00 adalah tinggi, .60 hingga .79 sederhana

    tinggi, .40 hingga .59 sederhana, .20 hingga .39 rendah dan .00 hingga .19

    menunjukkan tidak ada perkaitan.

    KEBOLEHPERCAYAAN `INTERCLASS

    Di antara kaedah yang sering digunakan bagi mendapatkan pekali

    kebolehpercayaan `interclass ialah kaedah uji dan ulang uji, kaedah bentuk selari

    dan kaedah pembahagi dua.

    Kaedah Uji dan Ulang Uji

    Kaedah uji dan ulang uji memerlukan pentadbiran ujian yang sama ke atas pelajar

    yang sama dalam dua masa yang berbeza. Kaedah ini kerapkali digunakan dalam

    pengukuran kecergasan fizikal dan kemahiran lakuan motor tetapi kurang digunakan

    dalam ujian bertulis. Ujian ditadbirkan ke atas pelajar bagi mendapatkan set data

    yang pertama, kemudian diulang uji untuk dapatkan set data yang kedua. Dengan

    menggunakan kaedah korelasi, kedua-dua data tersebut dikorelasikan untuk

    mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan. Jangka masa antara ujian pertama

    dengan ujian kedua perlu dipertimbangkan kerana faktor seperti kematangan,

    perubahan pembelajaran dan fizikal mempunyai kaitan dengan pembolehubah yang

    sedang diukur. Selang masa dua hingga empat hari adalah bersesuaian bagi ujian

    yang melibatkan kelesuan otot.