nota motor learning 2

21
PJM 3105 PERTUMBUHAN, PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR Tajuk 1 Pengenalan Kepada Teori Pembelajaran Motor Tajuk 2 Pertumbuhan dan Kematangan Tajuk 3 Ciri-ciri Pembelajaran Motor Sinopsis Pembelajaran kemahiran motor adalah bidang pengajian pergerakan manusia yang focus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan.Tajuk ini bertujuan meningkatkan pengetahuan psikologi lakuan motor kepada peserta kursus. Pengetahuan dalam bidang ini akan memberi ruang kepada guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam usaha menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif yang boleh menyumbang kepada perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia. Hasil Pembelajaran Pada akhir bab ini anda seharusnya dapat 1. memahami, mengetahui dan mengamalkan teori-teori pembelajaran motor 2. mengaplikasikan teori-teori pembelajaran motor dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran 3. mengaplikasikan prinsip pemindahan pembelajaran kemahiran dalam permainan 4. menghuraikan ciri-ciri pembelajaran motor dari aspek teori dan amali. TAJUK 5.1 Pengenalan kepada teori pembelajaran motor. Pengenalan TEORI PEMBELAJARAN adalah satu andaian teoretis (pendapat) tentang bagaimana sesuatu organisma itu belajar. Lantaran itu ia harus menyediakan alasan dan haluan bagi teori pengajaran seseorang di mana seorang guru boleh membentuk serta memudahkan pengajaran. Dalam aspek Pendidikan Jasmani, teori yang dipilih mestilah menyediakan satu asas munasabah untuk pemahaman pembelajaran dan satu senarai prinsip-prinsip pengajaran yang bersesuaian dengan teori pengajaran. 5.1 Pengenalan kepada teori pembelajaran motor 5.1.1 Definisi: Pembelajaran motor; Bidang pengajian pergerakan manusia yang fokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari.Kejayaan ini bergantung kepada keupayaan organisma mengadaptasi & mengatasi ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu. Kemahiran motor; Kebolehan melakukan sebarang kemahiran bagi menghadapipersekitaran yang tidak menentu dan kemahiran diguna secara maksimum dengan masa dan tenaga (keupayaan) yang minimum

Upload: ctee-hasxiera

Post on 29-Jun-2015

2.058 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota motor learning 2

PJM 3105PERTUMBUHAN, PERKEMBANGAN

DAN PEMBELAJARAN MOTOR

Tajuk 1 Pengenalan Kepada Teori Pembelajaran Motor

Tajuk 2 Pertumbuhan dan Kematangan

Tajuk 3 Ciri-ciri Pembelajaran MotorSinopsisPembelajaran kemahiran motor adalah bidang pengajian pergerakan manusia yang focus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan.Tajuk ini bertujuan meningkatkan pengetahuan psikologi lakuan motor kepada peserta kursus. Pengetahuan dalam bidang ini akan memberi ruang kepada guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam usaha menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif yang boleh menyumbang kepada perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia.Hasil PembelajaranPada akhir bab ini anda seharusnya dapat1. memahami, mengetahui dan mengamalkan teori-teori pembelajaran motor2. mengaplikasikan teori-teori pembelajaran motor dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran3. mengaplikasikan prinsip pemindahan pembelajaran kemahiran dalam permainan4. menghuraikan ciri-ciri pembelajaran motor dari aspek teori dan amali.

TAJUK 5.1 Pengenalan kepada teori pembelajaran motor.

PengenalanTEORI PEMBELAJARAN adalah satu andaian teoretis (pendapat) tentang bagaimana sesuatu organisma itu belajar. Lantaran itu ia harus menyediakan alasan dan haluan bagi teori pengajaran seseorang di mana seorang guru boleh membentuk serta memudahkan pengajaran. Dalam aspek Pendidikan Jasmani, teori yang dipilih mestilah menyediakan satu asas munasabah untuk pemahaman pembelajaran dan satu senarai prinsip-prinsip pengajaran yang bersesuaian dengan teori pengajaran.5.1 Pengenalan kepada teori pembelajaran motor

5.1.1 Definisi:Pembelajaran motor;

Bidang pengajian pergerakan manusia yang fokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari.Kejayaan ini bergantung kepada keupayaan organisma mengadaptasi & mengatasi ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu.

Kemahiran motor;Kebolehan melakukan sebarang kemahiran bagi menghadapipersekitaranyang tidak menentu dan kemahiran diguna secara maksimum dengan masadan tenaga (keupayaan) yang minimum

Page 2: nota motor learning 2

5.1.2 Teori Pembelajaran

Teori-teori Pembelajaran

Teori rangsangan-respons/ Teori kognitif/’field theory’

Connectionist> Teori pelaziman klasik >Teori persepsi undang-

undang koffka> Guthrie’s contiguous conditioning - Peraturan persamaan

- Peraturan melengkap> Teori Thorndike

- Peraturan persediaan > Lewin’s field theory- Peraturan senaman - Pembelajaran sebagai

- Peraturan kesan perubahan dalampengetahuan

> Teori pelaziman operan skinner - Pembelajaran sebagaiperubahan dalammotivasi

5.1.3 Perbezaan teori pembelajaran asas

Teori rangsangan-respon/connectionist

Teori kognitif/field theory

1. S o R 1. s o r2. Menganggap persekitaran sumberasas untuk menerang, menjangkamengawal tingkah laku/pembelajaran

2. Tumpuan kepada interpertasi/persepsi individu terhadap situasipersekitaran dan interprestasi/persepsi dipengaruhi olehpengalaman lepas dan semasa

3. Menganggap tingkah laku adalahHasil daripada perkaitan,gabungan; pembelajaran berlakuapabila perkaitan dikuatkan dengan latihan ulangan atauapabila perkaitan baru diwujudkan.

3. Pembelajaran adalah hasil daripadausaha individu untuk menganalisissituasi, melihat/memahami pertaliandan menyelesaikan masalah

4. Pengukuhan meliputi(a) Memberi ganjaran kepada

individuapabila hasil diperolehi atau(b) Kadang kala mengenakan

denda

4. Persepsi ditegaskan dan bukanUlangan

5. Hasil pelaziman yang menegaskanulangan

5. Pengukuhan berlaku apabila individumenemui pertalian, menyelesaikanmasalah atau mencapai tujuan

5.1.4 Teori-teori Pembelajaran MotorTeori Pelaziman Klasik (Pavlov)

 Berlaku secara spontan dan semula jadi peneguhan negatif berlaku ujikajinya adalah untuk mengetahui sama ada tindakbalas yang

dihasilkan adalah secara sendiri atau tidak

Page 3: nota motor learning 2

 klasik = kekerapan rangsangan yang sama supaya gerakbalas spontan yang diingini terhasil.

 Menekankan ulangan dalam latihanTeori Pelaziman Operan   Skinner

 operan = pembelajaran tingkah laku yang dapat diramal @ dikawal berkait dengan pengukuhan tindak balas. Tindakan yang dikukuhkan

menjadi kuat dan tindakan yang tidak dikukuhkan menjadi lemah setiap lakuan yang dibuat diberi peneguhan yang positif (ganjaran) pembelajaran boleh dijangka berlaku melalui pengukuhan tindak balas

yang betul Pengukuhan seharusnya berlaku serta merta sebelum tindak balas

seterusnya, atau dalam keadaan lain pada tindak balas berikutnya. Apabila pengukuhan tidak berlaku serta merta, pengajaran berprogram

adalah diperlukan.Teori Perhubungan Thorndike

 pembelajaran sebagai proses cuba jaya perubahan biologi dalam sistem saraf teori bond & rangsangan-gerakbalas (R - G) gerakbalas yang dikehendaki diulang @ dirangsang sekerap sehingga

menjadi automatik pembelajaran disebabkan tiga peraturan berikut:

(i)melalui Hukum Kesediaan - keupayaan fizikal harus sesuaidengan tugas

- kematangan,prasyarat, motivasi,umur, jantina, saiz badan

(ii)melalui Hukum Latihan - perhubungan dikuatkan melaluilatihan

- Jika latihan dihentikan, perhubunganmenjadi lemah dan akan hilang

- pembelajaran adalah automatikdengan latihan

(iii)melalui Hukum Kesan - perhubungan menjadi kuat ataulemah selaras dengan keseronokanatau kesakitan yang berkaitandikendaki- peneguhan positif @ negatif

Teori Pembelajaran Gestalt pendekatan secara persepsi pembelajaran ialah satu pengalaman yang disusun, bermakna dan diberi

tanggapan 'Whole-Part-Whole-Learning'/ Pembelajaran Keseluruhan - Bahagian-

bahagian - Keseluruhan keseluruhan lebih bermakna dari sebahagian 4 hukum pembelajaran : - kedekatan

- keserupaan/kesamaan- kesinambungan

- penyempurnaanTeori kognitif

(i) Lewin’s field theory Menegaskan perbezaan individu Bidang yang mempengaruhi tingkah laku individu meliputi:

- Faktor dalaman; pengalaman lepas danharapan/keinginan masa depan- Faktor luaran/persekitaran;termasuk orang lain.- Pembelajaran sebagai perubahan dalam pengetahuan- Perubahan dalam struktur kognitif berlaku melalui prosesperbezaan dan menstrukturkan semula.- Pembelajaran sebagai perubahan dalam motivasi

Page 4: nota motor learning 2

- Motivasi dipengaruhi oleh tujuan individu(keperluan, nilai dan harapan) serta ganjaran luaran.

(ii) Teori persepsi undang-undang Koffka(a) Peraturan persamaan

- Individu mempunyai kecenderungan untuk mengumpul polayang sama dari segi saiz, bentuk atau sifat lain.

(b) Peraturan melengkap- Individu cenderung untuk melengkapkan pola diberi yang

lengkap sebahagiannya.

Latihan 1 - Menguji minda anda !

Pengukuhan dalam pembelajaran motor meliputi ganjaran atau dendaan. Padapandangan anda sejauh manakah ganjaran dan dendaan ini harus dipraktikkan.

Latihan 2 – Menguji minda anda!

Konsep pendekatan 'Whole-Part-Whole-Learning'. (Pembelajaran Keseluruhan - Bahagian-bahagian – Keseluruhan) adalah satu teori pembelajaran yang diutarakan oleh Gestalt. Dengan merujuk kepada buku rujukan utama, jelaskan konsep ini.

TAJUK 5.2 Pertumbuhan dan Kematangan.

PengenalanPengetahuan mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran kemahiran. Pengklasifikasikan kemahiran pula membolehkan kita memahami sifat kemahiran berkenaan. Kefahaman ini membantu kita mempelajari suatu kemahiran atau meningkatkan prestasi kemahiran tersebut.

5.2.1 Klasifikasi kemahiran5.2.1.1 Kemahiran motor kasar dan halus

Kemahiran halus Halus/kasar Kemahiran kasar>-Melibatkan pergerakankecil;menggunakan ototkecil.>Sukar dilihat kecualihampir dengan pelaku.Contoh:-Melambung syiling-Menulis-Menggosok gigi

>Penggunaan otot besar dan otot kecilContoh:-Hantaran bola berputarsofbol untuk dipukul-‘Lay-up’ bola keranjang

>Menggunakan otot besar>Mudah dilihatContoh:-Berjalan-Berlari-Berenang-Menyepak bola

5.2.1.2 Kemahiran terbuka dan tertutup

Kemahiran terbuka Kemahiran tertutup>Persekitaran sentiasa berubah, tidakstabil dan sukar diduga.>Corak pergerakan kerap diadaptasi>Lebih kepada daya persepsi>Kerap lakukan corak kemahiranberbeza.> Prestasi sukar diramal

>Persekitaran adalah tetap dan stabil> Kawal kecepatan sendiri> Corak pergerakan 'stereotyped'> Jarang guna mental (spontan)> Lebih kebiasaanContoh:-Penembak kesasaran yang statik

Page 5: nota motor learning 2

Contoh:-Menerima servis bola tennis-Menghantar shuttle ketika pukulanrali dalam permainan badminton-Bermain bola sepak-Bergusti-mengejar ayam

-Lontaran bebas bola keranjang-Pemanah sedia memanah-Melakukan aksi gimnas-Menaip

Latihan 3 – Menguji minda anda!

Kemahiran boleh diklasifikasikan kepada kemahiran tertutup dan terbuka. Dimensiapakah yang anda akan gunakan jika anda ingin mengklasifikasikan kemahiranmemandu kereta ataupun berjalan di atas tali?5.2.1.3 Kemahiran self-paced dan externally paced

‘Self-paced’ ‘Externally paced’>Juga dipanggil internal paced ataukemahiran tertutup>Mengawal perlakuan mengikutkemampuan diriContoh:-Boling-Larian 3000 m

>Pelaku bergantung kepada kelajuan/ pacing yang tidak dapat dikawalContoh:-Sukan berpasukan

5.2.1.4 Kemahiran terasing, berurutan dan berterusan

Kemahiran terasing/diskrit Kemahiran berurutan/serial

Kemahiran berterusan/continous

>Memerlukan satu usaha>Permulaan dan penamatkemahiran boleh dikesan.Contoh:-Lontaran bebas bolakeranjang-Membaling anak panahke papan

>Melibatkan satu siripergerakan, dalamturutan>Merupakan pergerakanterasing yang diulang.Contoh:-Servis tenis-Lay-up bola keranjang

>memerlukan aksiberulang>Tiada titik mula dantamat bila-bila masasahaja.Contoh:-Mengayuh basikal-Berkanu-Berjalan-Berlari-Berenang

Latihan 4 – Menguji minda anda!

Bolehkah anda mengklasifikasikan kemahiran-kemahiran berikut berasaskan dimensikemahiran diskrit, berterusan dan bersiri dengan menandakan betul pada petak yangberkenaan.

Kemahiran Terasing Bersiri Berterusanberenang

mengetuk paku

bermain dart

memandu kereta

rutin gimnastik

Page 6: nota motor learning 2

masuk gear kereta

berlari

menangkap bola

berbasikal

menembak

menendang bola

5.2.1.5 Dimensi Kemahiran Motor - Kognitif

Kemahiran motor Gabungan kemahiran motor dan kognitif

Kemahiran kognitif

Minimum buat keputusanMaksimum kawalan motor

Ada buat keputusan dan kawalan motor

Maksimum buat keputusanMinimum kawalan motor

>lari pecut>lompat tinggi>angkat berat>pitching sofbol

>menunggang kuda>belayar>pemain sukan

>main catur>memasak>tugas jurulatih

Page 7: nota motor learning 2

5.2.2 Pemindahan pembelajaran5.2.2.1 Pemindahan pembelajaran

(i) Definisi – Merujuk kepada pengaruh pengalaman lepas/sedia ada terhadap perlakuan satu kemahiran pada kontek yang baru atau pada pembelajaran satu kemahiran yang baru.

(ii) Pemindahan positif – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas membantu pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru. Contoh: Orang yang tahu bermain tenis senang belajar bermain golf.

(iii) Pemindahan negatif – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas menghalang atau menggangu pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru. Contoh: Pemain tenis sukar untuk belajar bermain badminton.

(iv) Pemindahan sifar/tiada pemindahan – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas tiada memberi kesan atau mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru.Contoh: Belajar untuk berenang kepada belajar hendak membawakereta.

(v) Pemindahan Bilateral - Berlaku apabila pemindahan pembelajaran berkaitan dengan pembelajaran tugasan yang sama tetapi dengan menggunakan bahagian kaki/tangan yang berbeza

(vi) Kenapakah pemindahan pembelajaran itu penting?Kita telah mengambil kira bahawa prinsip adalah bentuk asas untuk;

-Membentuk asas untuk perkembangan kurikulum pendidikan.-Membentuk asas untuk pengkaedahan pengajaran.-Untuk perkembangan dan perlaksanaan pendekatan bersistemkepada protokol pemulihan.

(vii) Pemindahan potensi pembelajaran dalam pengajaran boleh dimaksimumkan oleh instruktur kemahiran motor dengan mengambil kira garis-panduan di bawah ini supaya apa yang diajar adalah lebih berkemungkinan lebih untuk dipindahkan kepada situasi pembelajaran yang baru.- Maksimumkan kesamaan antara pengajaran dan situasi pengukuran

sebenarnya.- Sediakan pengalaman yang mencukupi dengan tugasan asal.- Sediakan contoh-contoh yang berbagai apabila mengajar konsep-konsep

dan prinsip-prinsip.- Labelkan atau kenalpasti bahagian tugasan yang penting.- Pastikan prinsip-prinsip umum difahami sebelum mengharapkan

pemindahan yang berkesan.5.2.2.2 Perbezaan IndividuPembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang

dikemukakan oleh Fleishman (1972). Pembolehubah perbezaan individu dalamaspek tahap kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomikeupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu:(i) Keupayaan persepsi motor

Ciri-cirinya adalah: Koordinasi berbagai anggota – melibatkan interaksi semua anggota badan

yang terlibat dalam sesuatu pergerakan. Ketepatan kawalan – merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti

pergerakan yang dihasilkan. Orientasi respons – merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan

respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran. Masa reaksi – merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan

pergerakan selepas menerima rangsangan. Kelajuan respons – merujuk kepada masa yang diambil untuk

melengkapkan pergerakan Keupayaan manipulasi jari – merujuk kepada keupayaan mengendalikan

kemahiran halus yang melibatkan penggunaan jari seperti kemahiran bermain piano, menjahit dan ‘pitching’ bola sofbol.

Page 8: nota motor learning 2

 Keupayaan manual – merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian tangan seperti menangkap dan membaling.

 Integrasi respons – merujuk kepada integrasi pelbagai maklumat sensori untuk menghasilkan pergerakan

(ii) Kecekapan fizikalCiri-cirinya adalah: Kekuatan statik Kekuatan dinamik Kekuatan ekplosif Kekuatan bahagian anggota atas Kelenturan statik Kelenturan dinamik Koordinasi asas Keseimbangan asas Daya tahan

(iii) Perbezaan Individu.-Suatu proses yang berterusan & kekal

PERBEZAANINDIVIDU

Nature Ikhtiar Hidup( (alam sekeliling & baka) vs Nuture (didikan)

Penguasaan KemahiranMotorAsas

Tumbesaran(proses tumbesaran &perkembangan)Kemahiran Motor

Kompleks

PersonalitiPerbezaanKebolehan

= suatu proses yang kekal

= suatu proses yang bertimbal balik

Personaliti pola = sesuatu yang dibentuk tret = sesuatu yang diwarisi jumlah keseluruhan corak, tret, pola individu

Page 9: nota motor learning 2

 satu kualiti diri yang digambarkan mengikut suasana, keperluan, kelompok & keadaan yang berbeza & sentiasa berubah

Allport, 1955:Satu organisasi psiko-fizikal yang unik & dinamik mengikutperubahan persekitaran.

Han Eysenck, 1960:Satu organisasi yang stabil & menonjol yang dilihat sebagai sifat, perwatakan, tabiat, perangai, intelek & bentuk badan yang menentukan penyesuaian yang unik terhadap persekitaran.

Salvatore Meidi, 1970:Satu set perwatakan yang stabil & boleh menentukan tingkah laku psikologikal yang tersusun dari tekanan sosial & biologikal

Sigmund Freud. 1959:Satu corak tret yang unik & sebagai modaliti (rupa & gaya) yang bertindak balas antara satu dengan lain & membentuk sesuatu tingkah laku yang kekal.

Komposisi Personaliti Guilford, 1959:sikap

aptitud minat

perangai personaliti keinginan

morfologi fisiologiPerbezaan Individu dan Kebolehan Motor. Wujud oleh sebab individu ada personaliti & personaliti akan bertembung dengan

kemahiran motor Perbezaan penguasaan kemahiran motor asas Perbezaan penyempurnaan tugas Kesanggupan individu melakukan berbagai tugas bergantung pada keupayaanPerbezaan di antara kebolehan & kemahiran

Kebolehan Kemahiran-tret yang diwarisi -dibina melalui latihan-stabil & tahan -ubah suai dengan latihan-bilangan tertentu (50 jenis) -tidak terbilang-menjadi asas pada kemahiran -bergantung kepada kebolehan

Page 10: nota motor learning 2

5.2.2.3 Pembinaan MotorTeori Pembelajaran Lengkaran Tertutup - Jack Adam, 1971- berpunca dari proses pembelajaran

Rangsangan Sistem Mekanisme EfektorSensori Rujukan

GerakBalasJejak JejakIngatan Persepsi

Ingatan Lampau Pergerakan PengetahuanMengenai KeputusanLaluan sensori dari otot,tendon, -keputusanSendi, mata, telinga (proprioseptor) hasil gerak

balas satu mekanisme dalaman satu kawalan secara automatik yang telah diprogramkan

  kita mengawal pergerakan sendiri dari mekanisme rujukan proprioseptor maklumat yang diberi kepada laluan saraf dari sistem sensori Pengetahuan mengenai keputusan (‘Knowledge of Results’) akan bersatu dengan

Mekanisme Rujukan lupaan banyak kerana maklumat tidak diguna selalu apabila individu dapat memindahkan paradigmanya dari peringkat rendah ke tinggi

(motor lisan ke pembelajaran motor) dan kalau individu dapat menguasainya kerlakuan kemahiran menjadi automatik

 sistem pemprosesan maklumat terdiri dari;1. Intrinsik (Teori Lengkaran Tertutup)2. Ekstrinsik (Teori Lengkaran Terbuka)

  Pengalaman lampau yang memberi/mengukuhkan jejak ingatan & jejak persepsi

 Persepsi Kinestatik keupayaan/kebolehan individu merasa kedudukan @ posisi seluruh anggotanya.

Teori pembelajaran Skema Schmidt

Rangsangan Organ Pemilihan Pemilihan

Deria pergerakan pergerakan

Page 11: nota motor learning 2

untukrespon

Gerak balas

MAKLUM BALAS bagaimana individu boleh melakukan sesuatu respon dengan lebih tepat pada

pergerakan yang tidak pernah dilakukan  Skema satu set undang-undang

- langkah-langkah dalam menjalani satu proses yang berurutan- memberi peluang untuk memilih maklumat penting- kalau skema dapat diringkaskan maka pembelajaran menjadi senang- kita mengawal & belajar segala kemahiran pada asas yang sama cumaperingkatnya yang berbeza- kalau maklumbalas adalah lebih awal, lebih pembelajaran berbalik berlaku akan menyebabkan pembelajaran menjadi lambat

 untuk mengurangkan tempoh pembelajaran, kita boleh melakukan- kekerapan latihan- Hukum Kesan EL Thorndike

Page 12: nota motor learning 2

Persamaan & Perbezaan Teori Pembelajaran Jack Adam & SchmidtPersamaan: ada maklum balas/knowledge of results ada gabungan program motor berkaitan dengan rujukan/maklumat-maklumat perlakuan banyak pembinaan ingatan/persepsi mementingkan 'knowledge of results' ada latihan, lebih latihan jadi automatikPerbezaan: Adam - setiap respon ada dalam ingatanSchmidt - beberapa pergerakan yang dikeluarkan dijadikan

sebagai ingatan Adam - tumpuan pada pergerakan perlahan

Schmidt - skema pada beberapa jenis pergerakan Adam - kejayaan melakukan kemahiran baru tidak bolehdiambil kiraSchmidt - kejayaan itu penting kerana adanya skema yang

diikuti

Page 13: nota motor learning 2

5.2.2.4 Proses Pembelajaran KemahiranFasa Pembelajaran Motor

 Fitts & Fosner SchmidtStatus KUASAI sosio-budayaKEMAHIRAN visi&harapan

semangat-Pergerakan licin -lebih cekapatau automatik -pergerakan&analisis-tanpa banyak data lebih automatikberfikir -tumpuan pada gerakan

Tahap autonamus licin, gaya(paling tinggi).

-kurang kesilapan -peningkatan programgerakan kasar motor-tumpu kemahiran -ketekalan tinggihalus -antisipasi & timing-boleh kesan kesilapanTahap asosiatif.-banyak kesilapan -tentukan perlakuan &-pergerakan kasar objektif-banyak soalan -pergerakan tidak licinkenal sub-rutin & -teragak-agakurutanTahap kognitif lisan PENGENALAN(paling primitif) KEMAHIRAN

Page 14: nota motor learning 2

5.2.2.5 Ingatan dan LupaanSage (1984) mendefinisikan ingatan sebagai menyimpan maklumat dan memperolehi kembali maklumat berikutnya. Pembelajaran berkaitan dengan pengumpulan maklumat baru atau mempelajari kemahiran baru, dan ingatan merujuk kepada mengingati maklumat yang telah dipelajari atau kemahiran yang dipelajari. setiap organisma harus ada ingatan dalam pembelajaran motor supaya dapat mempelajarai & menguasai kemahiran merupakan satu konsep memproses maklumat supaya maklumat yang diproses dapat dikeluarkan untuk digunakan bagi tujuan

mencapai respon sesetengah respon mungkin tidak dapat diselaraskan akibat gangguan ingatan apa jua situasi yang dihadapi melibatkan ingatan jika tidak, kita tidak dapat respon kepada apa-apa rangsangan maklumat diproses & disimpan dalam stor (otak) supaya dapat digunakan pada bila-bila

masaHowe,1970: > Ingatan menggambarkan keupayaan individu untuk mengingat dan

bukan menjelaskan terhadap peringatannya> dapat menggunakan semula maklumat yang diprosesTulving,1985: > Ingatan menggambarkan keupayaan yang membolehkan organismamendapat faedah/keuntungan dari pengalaman lepasTerdapat 2 isu yang menjadi fokus bila mengkaji ingatan:Isu 1 > Organisma sering menggunakan :-

a) Ingatan Motor - ingat pergerakan yang telah dilakukan- jika banyak ingatan motor yang menganggu maka

pembelajaran bersifat negatif- jika sebaliknya, pembelajaran bersifat positif

b) Ingatan Lisan - cues, isyarat secara lisan yang dapat diingat kembali bagi membantu pembelajaran

Isu 2 > Peristilahan yang sering dikaitkan :-a) Ingatan - keupayaan individu mengguna semula maklumat yang telah

dipelajarib) Lupaan - maklumat yang diproses & disimpan tanpa

susunan- maklumat yang tidak diproses dalam satu saatakan hilang

Proses Ingatan - Model Schmidt

INPUT KINESTATIKPERSEKITARAN

STOR SENSORI JANGKAPENDEK (1 SAAT)

MELALUI PEMILIHANPEMERHATIAN

OUTPUT INGATAN JANGKAPERGERAKAN PENDEK (60 SAAT)MELALUI PROSES MELALUI RAPTAI PEROLEHAN KEMBALI

INGATAN JANGKAPANJANG

Page 15: nota motor learning 2

*Enkoding > memasukkan maklumat*Dekoding > mengeluarkan maklumatStor Sensori Jangka Pendek maklumat disimpan oleh reseptor - 1 saat keupayaan tidak terhad kebanyakan maklumat hilangIngatan Jangka Pendek keupayaan terhad mudah diganggu boleh diukur - ulang maklumat serta merta maklumat boleh disimpan - 60 saatIngatan Jangka Panjang simpan kekal maklumat banyak raptai dilakukan - aktiviti sama ulangan - cara lain digubah/tukar kepada kod memori kekal maklumat bermaknaIngatan : 2 komponen yang berfungsi1. Ingatan Kerja - rakam maklumat dari sesuatu yang baru dilakukan

- perolehan kembali ingatan jangka panjang- proses maklumat yang aktif

2. Ingatan Jangka Panjang - memori sebenar- simpan secara kekal- kejadian lepas- pengetahuan am

- Tulving, 1985 : 3 sistem - prosedural (berurutan)- semantic (merancang)

- episodikIngatan Prosedural membolehkan kita mengetahui bagaimana melakukan sesuatu memberi respon bersesuaian dengan kehendak persekitaran cara menghasilkan respon yang tepatIngatan Semantik kebolehan menyatakan sesuatu yang sukar dipersepsikan pengetahuan am, visi yang tajam (real) mengkonsepsi sesuatu hingga menjadi sesuatu yang realitiIngatan Episodik

 membolehan kita menjelajah ke belakang secara mental menghubungkan kejadian dengan masa mengaitkan kejadian penting dalam hidup - mampu menyatakan masa & di mana mengingatkan pengalaman @ episod dengan tepat

Sistem lupaanTerdapat dua teori berkenaan lupaan iaitu teori lemah kesan dan teori gangguan. Teori lemah kesan mengandaikan bahawa masa menyebabkan ingatan menjadi lemah. Dalam pembelajaran kemahiran, ingatan menjadi lemah apabila latihan tidak diteruskan kerana sebarabg oerubahan dalam system saraf menjadi lemah apabila tidak diperkukukuhkan melalui latihan. Teori gangguan pula mengandaikan bahawa pembelajaran baru menganggu ingatan simpanan maklumat yang telah dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh pembelajaran pukulan kilas badminton mengganggu pembelajaran baru pukulan kilas skuasy dan sebaliknya, kerana kedua-dua menggunakan pergerakan pergelangan tangan yang berbeza.

Latihan 5

Page 16: nota motor learning 2

Teori Pembelajaran Lingkaran Tertutup Jack Adam dan Teori PembelajaranSkema Schmidt membincangkan bagaimana program motor berlaku semasaseseorang itu melakukan sesuatu kemahiran.Bincangkan persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua teori pembelajarantersebut dengan bantuan kepada buku rujukan dan gunakan pengurusan grafik.

TAJUK 5.3 Ciri-ciri Pembelajaran Motor.

PendahuluanMenurut Tuckman (1978), teori adalah suatu himpunan konsep, definisi dan saranan yang saling berkaitan dan memberi gambaran teratur tentang sesuatu fenomena dengan menyatakan hubungan atau pertalian antara pembolehubah-pembolehubah untuk menerangkan dan meramalkan fenomena itu. Dengan adanya teori, penyelidikan dapat dijalankan untuk memberi dan memperkembangkan ilmu pengetahuan, dan dapat memahami, menjangka dan mengawal sesuatu hasil. Dengan adanya pengetahuan mengenai teori psikologi sukan, guru pendidikan jasmani, jurulatih ataupun atlit sendiri akan dapat mengaplikasikan semasa terlibat dalam sukan. Biasanya atlit elit dapat menggunakan teori-teori tersebut semasa mereka bertanding terutamanya penggunaan latihan mental yang ketara.5.2 Ciri-ciri Pembelajaran5.3.1 Latihan Mental

PengenalanSelain memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek fizikal, kita juga perlu mengimbangkan aspek-aspek mental di dalam menghadapi sesuatu pertandingan sukan. Latihan mental ini boleh diadakan sebelum atau semasa menyertai pertandingan untuk membantu para ahli sukan ke arah pencapaian yang lebih cemerlang di dalam bidang sukan yang diceburi. Latihan mental digunakan untuk menunjukkan kesediaan yang akan berlaku pada diri individu. Konsep latihan mental mungkin lebih mudah difahami sekiranya ia dianggap sebagai latihan tanpa gerak atau latihan dalaman.

5.3.1.1 Kegunaan dan Kepentingan1. Untuk membina kecekapan murid dalam sesuatu kemahiran dengan

lebih cepat, menyeluruh dan mendapat kefahaman yang lebih meluas.

2. Penggunaan yang lebih berkesan dapat dilakukan apabila kemudahan penglibatan secara berpasukan dengan menggunakan peralatan yang terhad.

3. Latihan mental dapat memperbaiki prestasi dan persembahan ahli sukan di samping dapat membantu ahli sukan mengurangkan kesilapan dan kesalahan yang mungkin berlaku.

5.3.1.2 Teknik-teknik dalam Latihan Mental1. Teknik Percubaan - Tumpuan asas adalah ke arah membolehkan

seseorang memahami kemahiran sebelum memulakan latihan mental dan pelaziman bagi kemahiran adalah perlu dilatih dengan betul.

2. Teknik Praktis - Terdapat beberapa cara di mana individu boleh mempraktikkan secara mental untuk memperbaiki pergerakan.

3. Teknik Ulasan - Tumpuannya adalah menggalakkan untuk mengingat kembali secara mental seluruh pertunjukan dan cuba merasai kinestatik dan isyarat-isyarat lain berhubung dengan tindakan itu.

Page 17: nota motor learning 2

5.3.2 MotivasiDefinisiMotivasi ialah satu istilah yang luas yang merujuk kepada suatu tingkat ke arah memperbaiki pergerakan dan tindakan.

5.3.2.1 Teori-teori Motivasi;1. Teori Keutamaan Keperluan - Mengikut Hull dan Freud, semua perlakuan

manusia adalah bertujuan untuk memenuhi kekurangan yang terdapat dalam diri manakala Cannon memperkenalkan konsep 'homeostasis' yang merujuk kepada proses yang membolehkan sesuatu organisma mengekalkan keseimbangan fisiologinya dengan menyeimbangkan penyesuaian dalaman dengan penekanan luar.

2. Teori Kepelbagaian Faktor - Tolman menyebut keadaan ini sebagai 'keperluan primer' (lapar, haus dan sebagainya), 'keperluan sekunder' (perhubungan sosial dan kuasa) serta 'keperluan tertiari' (tingkah laku pembelajaran yang melibatkan berbgai-bagai kegiatan bermatlamat). Senarai keperluan oleh Murray termasuk suka bergaul dengan orang lain (affiliation), suka membantah akan orang lain (dominance) dan dorongan memerhati serta mengemukakan soalan-soalan dan sebagainya (cognizance). Senarai McDougal termasuklah kecenderungan untuk menjelajah, kecenderungan untuk bertindak secara agresif, kefcenderungan untuk bercampur gaul dan kecenderungan untuk menguasai sesuatu.

5.3.2.2 Sumber1. Instrinsik (dalaman) – berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan

dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.2. Ekstrinsik (luaran) – berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang

tersayang, persekitaran5.3.2.3 Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkat Motivasi.1. Kesediaan untuk bertindak.2. Motif mempengaruhi pergerakan.3. Keletihan sebagai motivasi negatif.4. Ganjaran, hukuman dan pergerakan.5. Kegagalan masa lalu.

5.3.2.4 Sumber-sumber Motivasi.Umumnya terdapat empat sumber utama motivasi pada seseorang:1. Persetujuan sosial dan ganjaran-ganjaran sosial yang lain (dari luar atau orang

lain).2. Ganjaran dalam bentuk wang atau kebendaan.3. Kecenderungan, minat dan kepelbagaian aktiviti.4. Ganjaran keseluruhan daripada diri sendiri dan psikologi pelatih.

5.3.2.5 Apakah yang Memotivasikan Ahli-ahli Sukan Berusaha.Faktor-faktor itu antaranya adalah seperti berikut:1. Mencari ketegangan dan mengatasinya.2. Kejayaan dalam kecemerlangan.3. Status.4. Keperluan dipunyai.5. Ganjaran yang nyata.5.3.2.6 Kemahiran Memotivasikan DiriAntara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri.

a. Penetapan matlamatSatu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk mencapai sasaran tersebut.

Tahap-tahap Penetapan Matlamati. Matlamat Jangka Panjang

Page 18: nota motor learning 2

Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.

ii. Matlamat Jangka SederhanaMatlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau pasukan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir.

Page 19: nota motor learning 2

iii. Matlamat jangka PendekMatlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut berada dilandasan yang betul untuk menepati matlamat jangka panjang.Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati matlamat.

b. Kata-kata Rangsangan DiriKata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensity usaha seseorang individu atau pasukan (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang menggambarkan cirri-ciri tertentu (“kuat seperti harimau”), kata-kata hikmat (“andalah yang terbaik”) serta doa.

Latihan 6 – Menguji minda anda!

“Motivasi dan kesepaduan pasukan”. Dengan merujuk kepada buku rujukan asas, beri pandangan anda mengenai kenyataan tersebut.

5.3.3 Kematangan.DefinisiKematangan adalah kemunculan sebarang ciri-ciri yang menunjukkan kesempurnaan pelaksanaan. Perkembangan ciri-ciri ini bergantung kepada fungsi neurologi dan berlaku pada hayat awal individu. Kadar kematangan akan berkurangan dan akan sampai sepenuhnya pada umur dua puluhan tahun.

5.3.3.1 Peringkat Perkembangan.Piaget membahagikan fasa motor pancaindera kepada enam peringkat:

1. Peringkat pantulan - bulan pertama usia seseorang. Cirinya adalah pantulan mudah.

2. Reaksi bulat primer - bulan kedua dan ketiga yang mana bayi akan mengulang tindakan motor seperti membuka dan menutup genggaman.

3. Reaksi bulat sekunder - tindakan dilakukan adalah atas keputusannya, misalnya, bayi akan menyepakkan benda berulang-ulang sebab dia dapat keseronokan daripada hasilnya.

4. Kordinasi reaksi sekunder - peringkat ini berlaku pada bulan ketujuh hingga bulan kesepuluh, dan bayi akan melakukan sesuatu tindak balas yang sudah dipelajari supaya mendapat satu matlamat yang diingini.

5. Pergerakan bulat ketiga - peringkat ini berlaku pada bulan ke 11 hingga ke 18, di mana bayi akan menggunakan tindak balas yang berbeza supaya mendapat matlamat yang sama.

6. Kombinasi akal - berlaku pada bulan ke 18, di mana kanak-kanak belajar berfikir melalui sesuatu tindakan dan akan menimbang

Page 20: nota motor learning 2

kemungkinan akibatnya sebelum dia bertindak, dan ini adalah permulaan pemikiran konseptual.

5.3.3.2 Kesan Daripada Perbezaan Umur, Seks dan Kematangan.Adalah tidak sesuai untuk menggunakan umur kronologikal untuk mengukur peringkat kematangan seseorang. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa kekuatan otot dan kecekapan motor berkembang dengan umur kronologikal semasa persekolahan.5.3.3.3 Pembelajaran dan Kematangan.Fitts dan Posner (1967) menjelaskan bahawa kemahiran umum, di mana walaupun refleksif dalam semula jadi namun harus dipengaruhi oleh pembelajaran. Namun demikian, corak asas mereka diwarisi oleh struktur baka manusia. Idea kemahiran kematangan di mana pembelajaran memainkan peranan yang terhad dan hanya betul apabila sesuatu aras kematangan telah tercapai, juga adalah suatu kategori tingkah laku kemahiran yang diterima terutama sekali kemahiran lokomotif di mana pembelajaran kemahiran bergantung.

5.3.4 KebimbanganDefinisiKebimbangan merupakan suatu keadaan di mana wujud perasaan takut atau gementar atau merasakan alamat buruk terhadap sesuatu perkara yang berlaku atau yang akan berlaku, sama ada pada diri seseorang ataupun pada orang lain yang mempunyai pertalian atau kaitan dengan orang lain.

Freud membahagikan kebimbangan kepada tiga kategori seperti berikut:1. Kebimbangan sebenar, iaitu ketakutan yang normal yang dihadapi oleh

seseorang pada kedudukan dan suasana yang juga normal.2. Kebimbangan neurotis, yang merupakan ketakutan terhadap hukuman

bagi pencabulan atau pencerobohan atau penglibatan masa depan.3. Kebimbangan moral, yang merupakan ketakutan pada sesuatu hukuman

atau dendaan bagi kelakuan yang tidak diterima oleh masyarakat.Dua jenis kebimbangan lain yang wujud daripada pelaksanaan atau perlakuan seseorang di dalam aktiviti sukan yang berkaitan dengan gerak balas atau tingkah laku ialah:

1. Kebimbangan kecerdasan2. Kebimbangan kegagalan

5.3..4.1 Kesan dan Akibat Kebimbangan.Dalam sukan, kebimbangan boleh mengakibatkan kesan yang tidak sihat sehingga dapat pula menggugat prestasi atau pencapaian seseorang. Kebimbangan yang serius boleh mengakibatkan gangguan fikiran dan jiwa, dan mampu pula berlaku breakdown. Kebimbangan boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas sesuatu perlaksanaan perlakuan. Kebimbangan yang berlaku pada seseorang semasa bertanding akan memberi peluang kepada pihak lawan untuk mengambil kesempatan dan peluang untuk meraut kemenangan.

Mengatasi Kebimbangan.Prinsip kepada setiap keadaan kebimbangan ialah menerusi perlakuan atau amalan yang betul serta diperkuatkan dengan sifat yakin pada diri sendiri.Antaranya;

1. Menjalankan latihan dan penyesuaian dalam sukan yang dipilih sebelum bertanding.

2. Mempelajari juga bagaimana untuk melawan atau mengatasi setiap keadaan yang boleh mempengaruhi persembahannya dalam pertandingan sebenar.

3. Latihan kemahiran dan pembelajaran motor adalah cara paling berkesan bagi seseorang mengelakkan diri daripada keadaan kebimbangan.

4. Latihan yang bersistem mampu menghasilkan kejayaan yang diharapkan malahan pencapaiannya kadang-kadang jauh lebih baik daripada mereka yang tidak mengikut latihan atau tidak memandang berat akan latihan yang diajukan kepadanya.

5. Menanam semangat dan disiplin yang tinggi.

Page 21: nota motor learning 2

5.3.4.3 Teknik Mengurangkan kebimbangan.Antara teknik psikologi yang boleh digunakan adalah;

1. Terapi pernafasanTeknik: Menarik satu nafas yang panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali sehingga berasa tenang atau releks

2. Pemusatan (centering)Teknik: Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di belakang pusat dan di tengah badan kita. Dilakukan dalam keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa.

3. RelaksasiTeknik: Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh dilakukan secara duduk atau berbaring.

4. VisualisasiTeknik: Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan atau bimbang.

5.3.4.3 Tekanan.Tekanan boleh ditakrifkan sebagai suatu pergerakan atau tindakan yang datangnya dari persekitaran ke atas individu. Tekanan juga dikatakan suatu keadaan yang tidak seimbang sementara pada fisiologi yang akan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu, akibat daripada tekanan yang mengancam dirinya.Tiga kategori tekanan;

1. Tekanan tugas (task stress)-cara individu menyesuaikan diri pada input yang keterlaluan atau yang berlebihan.

2. Tekanan persekitaran (environmental stress)-cara individu bertindak kepada tekanan persekitaran.

3. Tekanan yang optimum (optimal stress)-tekanan yang memandu seseorang untuk memilih hasil usaha yang cemerlang.

5.3.4.4 Kesan dan Cara Mengatasi Tekanan.1. Menerusi latihan seseorang itu dapat mel;akukan sesuatu tugas dengan baik

dan berkesan dibandingkan dengan mereka yang tidak mengikuti latihan.2. Pendedahan yang berulang kali kepada tekanan mental dan emosi akan

menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam setengah-setengah gerak balas tekanan.

3. Pendedahan yang kronik (seperti pelaziman fizikal) ke atas tekanan selalunya mengakibatkan adaptasi ke atas tekanan tersebut.

Latihan 7 - Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaanatau pusat sumber yang berdekatan.

Page 22: nota motor learning 2

Kegelisahan merupakan satu faktor yang sering menghantui atlit terutama mereka yang baru atau yang kurang pengalaman dalam menghadapi situasi pertandingan pada tahap yang lebih tinggi. Kegelisahan berpunca daripada tekanan dan kebimbangan.Dengan merujuk kepada buku rujukan utama, senaraikan beberapa tanda atau symptom kegelisahan.

Latihan 8 - Latihan Berstruktur :Arahan: Tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan

(a) Berikan ciri-ciri untuk setiap peringkat proses mempelajari kemahiran-kemahiran motor berikut:

i. Peringkat Kognitif______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ii. Peringkat Pemantapan______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________iii. Peringkat Automatik________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(b) i. Berikan satu contoh situasi di mana pemindahan pembelajaransecara bilateral telah berlaku.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ii. Berikan satu contoh situasi di mana pemindahan pembelajaran

secara negatif telah berlaku.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan  9 : Latihan Berstruktur :(a) Berikan definisi untuk setiap perkara berikut:

i. Kemahiran tertutup______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ii. Kemahiran terbuka

Page 23: nota motor learning 2

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________iii. Kemahiran diskrit____________________________________________________________________________________________________________________

(b) Berikan satu contoh kemahiran motor untuk setiap kenyataan berikut :i. kemahiran tertutup_____________________________________ii. kemahiran terbuka_____________________________________iii. kemahiran diskret______________________________________iv. kemahiran 'continuous'__________________________________

UNIT 1 : Soalan TutorialRangkakan satu rancangan mengajar yang lengkap mengenai sesuatu kemahiran pilihan anda yang diajar selama 60 minitdengan memasukkan teori-teori pembelajaran kemahiran motor yang telah anda pelajari.

UNIT 2 : Soalan TutorialPerolehan sesuatu kemahiran bergantung kepada bagaimana seseorang guru memilih pendekatan untuk mengajar. Banding bezakan pendekatan berasaskan teori-teori pembelajaran motor untuk mengajar suatu kemahiran tertutup dan suatu kemahiran terbuka.