nota ikan hiasan 2

14
10 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi

Upload: ct-noreha

Post on 29-May-2015

3.767 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA IKAN HIASAN 2

10

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TUMBUHAN

AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk

akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan

mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan

dalaman akuarium.

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam

akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan

toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan

sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan.

Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan

mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan

menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen

kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas

oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk

proses pernafasan.

Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat

ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi

Page 2: NOTA IKAN HIASAN 2

11

musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya

dan tempat berehat.

Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun

tumbuhan akuatik.

4.1 Cara menghias akuarium

Rujuk lampiran yang dipersembahkan dalam

Power Point

4.2 Keperluan penanaman tumbuhan akuatik

dalam akuarium

a. Karbon dioksida

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida

untuk menjalankan proses fotosintisis

sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk

bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas

karbon dioksida perlu dibekalkan kepada

tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang

khusus dan ada dijual di kedai akuarium.

Page 3: NOTA IKAN HIASAN 2

12

Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan

masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida

sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan

ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

b. Baja

Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat

mineral untuk proses pembesaran tumbuhan

akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu

ditambahkan dari masa ke semasa

menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran

mengikut kaedah yang dicadangkan.

c. Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis.

Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu

yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap

hari.

Page 4: NOTA IKAN HIASAN 2

13

Contoh-contoh tumbuhan akuatik :

Cryptocoryne sp Vallisneria sp

Ludwigia sp Cabomba sp

4.3 Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium

1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium

selama 20 hingga 30 minit.

Page 5: NOTA IKAN HIASAN 2

14

2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di

dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium.

3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan

sendirinya bersama air daripada beg plastik.

5. CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan

kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah

mudah.

Page 6: NOTA IKAN HIASAN 2

15

5.1 Penjagaan harian

Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan

adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh

ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat

tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti

berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-

pusing, terdapat kecederaan, berubah warna,

sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut

perlu diasingkan dan diberi rawatan.

Ikan yang mati perlu dibuang.

Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis

dan lampu berfungsi dengan baik.

Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen

dan karbon dioksida menggunakan alat yang

disediakan.

Page 7: NOTA IKAN HIASAN 2

16

5.2 Penjagaan mingguan

Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2

minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓

bahagian dari isipadu tangki.

Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu

tinggi

Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.

Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam

penapis dan lampu buat sementara waktu.

Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.

Cucikan kapas penapis dengan air bersih.

Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras

asal.

Perlu diingat supaya tidak memberi makan

dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung

minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak

diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya

akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi

makan dengan berlebihan.

Page 8: NOTA IKAN HIASAN 2

17

Page 9: NOTA IKAN HIASAN 2

18

6. MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM

a. pH air

pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur

dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling

masam atau asidik dan nilai 14 merupakan

keadaan yang paling alkali. pH air akuarium

yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu

sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH

boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air

perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk

mengelakkan ianya terlalu asidik.

b. Suhu

Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu

sekitar 26o hingga 27

oC. Suhu yang terlalu

tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan

ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC

menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit.

Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara

kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada

Page 10: NOTA IKAN HIASAN 2

19

musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai

untuk ikan hidup dengan baik.

b. Bahan beracun

Bahan beracun yang wujud di dalam air

ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya

terhasil dari proses perkumuhan ikan yang

dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis.

Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem

yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan

memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana

ianya telah ditukar kepada bahan makanan

dan baja yang berguna untuk tumbuhan

akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran

bahan beracun ammonia dan nitrat kepada

baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam

penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran

nitrogen).

Page 11: NOTA IKAN HIASAN 2

20

6. MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah

dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu

sejuk

Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak

ditukar selama beberapa lama.

Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat

dipindahkan tempat.

Page 12: NOTA IKAN HIASAN 2

21

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

c. Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat

pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu

sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam

tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan

larutan methylene blue dan campuran sedikit garam

biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah

tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

d. Penyakit kulat

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan

sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang

sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan

Page 13: NOTA IKAN HIASAN 2

22

yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas

yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia

boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue

yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan

terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang

dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c. Penyakit bakteria

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan

berubah warna menjadi pudar, sisiknya

mengembang atau perutnya menjadi buncit.

Penyakit bakteria boleh menyerang ikan

disebabkan oleh mutu air yang tidak baik,

pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami

stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan

Page 14: NOTA IKAN HIASAN 2

23

antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat

tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.