slaid ppt nota 2

Upload: bug

Post on 06-Mar-2016

276 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hubungan Ethnik Chapter 2

TRANSCRIPT

  • BAB 2 - POTRET HUBUNGAN ETNIK

  • HASIL PEMBELAJARAN Memahami sejarah pembentukan masyarakat plural di Malaysia. Mengenalpasti teori-teori hubungan etnik. Menjelaskan konsep-konsep hubungan etnik dan aplikasinya di Malaysia.

  • PENGENALANBab ini membincangkan:Sejarah pembentukan masyarakat berbilang etnik di Malaysia:Zaman Kesultanan Melayu Melaka.Zaman kolonial Inggeris. Teori dan konsep penting dalam memahami kepelbagaian etnik. Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam memahami kepelbagaian etnik di Malaysia.

  • ZAMAN GEMILANG MELAYU MELAKAEmpayar Melaka dikenali sebagai Venice of the East.Masyarakat plural terbentuk secara semulajadi dengan interaksi orang tempatan dan pedagang-pedagang asing.

    Pelabuhan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya.

  • Kemuncak pluraliti Empayar Melaka: Pelabuhan Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh dunia. Para pegawai istana bukan hanya terdiri daripada orang Melayu tempatan, tetapi juga orang India.Berlaku juga perkahwinan campur antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah Cina. Zaman ini bukan zaman negara bangsa. Pedagang tidak perlu pasport atau visa.

  • Ringkasnya, zaman keagungan Melaka boleh dilihat dari aspek:PemerintahanPerdaganganKependudukanKebudayaan

  • ZAMAN KOLONIAL INGGERIS (1874 hingga 1957)Kedatangan British ke Alam Melayu berlandaskan serampang tiga mata:Keagamaan.Kekayaan.Kemegahan.Kolonialisme membawa kepada penaklukan:Ruang fizikal.Ruang pemikiran/epistemologi.

  • Perubahan komposisi penduduk Tanah Melayu:Sebelum tahun 1848 hampir kesemuanya orang Melayu.Kemasukan besar-besaran orang Cina pada pertengahan abad ke-19 berkerja di lombong bijih timah.Kemasukan besar-besaran orang India pada awal abad ke-20 bekerja di ladang-ladang getah.

  • Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu.Kewujudan penduduk pelbagai kaum.Mengekalkan budaya masing-masing.Pengasingan dari segi ruang fizikal dan ekonomi pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi masing-masing.Hasilnya masyarakat majmuk (plural society).

  • Masyarakat majmuk (plural society) J.Nagata. 2001. Plural Societies, in International Encyclopedia of the Social & Behavioral Sciences, pp.11513-11516. Elsevier Science Ltd. The idea of the plural society was first coined by a British colonial administrator, Furnivall, on the basis of practical experience in Southeast Asia, in his classic volume, Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma & Netherlands India (1939), more as a descriptive device than as theory.It reflected the condition, common in colonial and later, newly independent postcolonial states, of deeply divided societies, usually along ascriptive lines of ethnicity, or race, but also of culture, religion, or language.

  • Zaman Kolonial Inggeris -Permulaan era pembangunan negara dan pembentukan masyarakat majmuk.

  • Garis waktu

  • Teori ekologiDipengaruhi oleh Teori Darwin (1859) tentang kemenangan bagiyang tergagah.

    Teori Ekologi Park -pengelasan ras mengikut warna kulit(Caucasiod, Mongoloid, Negroid, Negroid dan Australoid)-ciri2 status yang membezakan manusia

  • -manusia berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasr sama rata dgn mrk yang memiliki status rendah.-wujud sikap prejudis yang mempertahankan kepentingan status manusia

  • Teori FreudianDollard(1937) rujuk konsep prejudis sebagai satu sikap untuk mempertahankan hak orang kulit putih-beliau kemuka usul ; kehidupan sosial mengakibatkan kekecewaan psikologi dlm diri ind.

    Kekecewaan dapat dikurangkn melalui kekerasanDiluahkan ke atas sasaran tertentuKehitaman dikaitkan dngn ketakutan dan keinginan yang terpendamKelompok minority jadi sasaran

  • Teori KelasCox (1948) masalah hub.ras di US berpunca drp persoalan kelas dan sistem kasta.Rumusan teori Kelas:- Kapitalisme menyebabkan gol.buruh tertinda-struktur masy. Kapitalis menyebabkan ketidaksamarataan- Kategori ras menguntungkan kelas pemerintah

  • Teori Masyarakat MajmukFurnivall (1948)- masy. Majmuk bergaul tetapi tidak bergabung dngn setiap kump. Berpgg pd agama, kebudayaan, bahasa, idea, dan cara hidupnya sendiri.-hidup sebelah-menyebelah tetapi berasingan dlm unit politik yang sama dan pembahagian buruh berlaku mengikut garisan ras

  • Teori pasaran buruh terpisahTeori Bonacich (1972) perbezaan kuasa dalam pasaran buruh boleh melahirkan pertelingkahan antara gol. Buruh kulit putih dan kulit hitamTEORI BONACICHPasaran buruh terpisah mengikut garis etnikWujud 3 kelas yang mempunyai kepentingan berbezaKelas peniaga yang berkehendakkan buruh murah dan lemah untuk bersaingBuruh bergaji tinggi diancam oleh buruh murahBuruh bergaji tinggi takut dengan kelemahan kuasa kelas buruh murah yang mudah dikuasai oleh kelas peniagaKelas buruh bergaji tinggi berusaha mengukuhkan kedudukan mereka dengan mendesak buruh murah dikeluarkanatau berpegang kepada susunan kasta

  • Teori pilihan rasional tentang hubungan etnikIa menggambarkan individu seperti berikut:

    Mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbezaBertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosialTingkah laku individu merupakan fungsi sentiment peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanyaApabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutupSemasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan meewujudkan ikatan sosial yang lebih eratSekiranya individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati, ia akan mengambiil tindakan mengembelengkan kekuatan kolektif budaya masyarakatnya

  • Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal2 keagamaan dan ketuhananApabhila individu memilih untuuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbukaApabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.

  • Teori pertukaran sosialCuba mengintegrasikan teori tingkah laku, iaitu pembelajaran diberi melalui ganjaran dan denda berdasarkan prinsip2 ekonomi klasikMelihat man. Terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran keuntungan dan meminimumkan kosAktiviti seperti pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan persahabatan hanya

    berterusan jika menguntungkan kedua belah pihakOleh itu, man. Dilihat sebagai makhluk yg rasionalMan cub memenuhi keperluan diri hanya dngn atau melalui kerjasama dgn individu lainProses pertukaran sosial memerlukan tolak ansur yang menghasilkan pergantungan sosial.

  • Teori sistem ekologikal bronfenbrenner Bronfrenbenner (1986, 1997) perkembangan manusia dipengaruhi oleh sistem atau budaya disekelilingnya.Persekitaran ekologikal terbahagi kepada 5 sistemMikrosistemMesosistemEksosistemMakrosistemkronosistem

  • MPW3133*KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI Perpaduan : Proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi :Proses mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

  • MPW3133*Unsur-unsur IntegrasiIntegrasi Wilayah

    Integrasi Ekonomi

    Integrasi Kebudayaan

    Integrasi Sosial

    Integrasi Pendidikan

    Integrasi Politik

  • MPW3133*Usaha-usaha ke arah Integrasimengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk-penduduk dalam wilayah yang berkenaan.

    mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan perhubungan dan interaksi supaya wujud persefahaman yang lebih baik di antara penduduk dan suku kaum yang ada.

    mewujudkan identiti bersama iaitu simbol kesetiaan dan komitmen terhadap konsep bangsa Malaysia.

  • MPW3133*Tahap-tahap Hubungan EtnikIntegrasi adalah suatu usaha yang amat kompleks.

    Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi.

  • Tahap-tahap Hubungan Etnik

  • MPW3133*Tahap-tahap Hubungan EtnikSegregasi Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

  • MPW3133*Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat penyesuaian antara mereka

    Tahap-tahap Hubungan EtnikA + B + C = A + B + C

  • MPW3133*AkulturasiIa merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

    Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpow, makanan, hiburan dan sebagainya.

    Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat. Unsur tidak bersifat kebendaan seperti ideologi dan pemikiran lebih sukar untuk diterima.

    Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.Tahap-tahap Hubungan Etnik

  • MPW3133*AsimilasiIa merupakan satu proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

    Asimilasi yang sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

    Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya proses asimilasi Tahap-tahap Hubungan EtnikA + B + C = A

  • MPW3133*Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

    Etnik yang berbeza budaya.

    Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.

    Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

  • MPW3133*Kejayaan asimilasi bergantung kepada:

    Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.

    Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

    Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti tidak besar atau kelompok minoriti adalah kecil.

    Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

    Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

  • MPW3133*Faktor penghalang asimilasi ialah:

    Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.

    Timbul perasaan bahawa budaya etnik lebih tinggi dari etnik lain.

    Adanya perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.

  • MPW3133*AmalgamasiIa merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

    Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.A + B + C = D

  • MPW3133*Tahap-tahap Hubungan EtnikSEGREGASIAKOMODASIAKULTURASIASIMILASIAMALGAMASIPemisahan antara etnik.Dasar apateidSedar perbezaan budaya.Hidup dengan harmoniMinoriti menerima budaya majoriti, tanpa ubah budaya asalMinoriti terima budaya dominanPercampuran membentuk kelompok baru.Kahwin campur

  • MPW3133*Proses IntegrasiRendahTinggi

  • MPW3133*Pengalaman MalaysiaKomposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang) Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

    Jumlah Penduduk (Juta)Tahun 2000Tahun 2005Tahun 2010Bumiputera14.56 66.1%16.0665.9%17.9567%Cina5.58 25.3%6.1525.3%6.5224.3%India1.63 7.4%1.837.5%1.977.4%Etnik lain0.27 1.2%0.321.3%0.351.3%Jumlah Penduduk22.04100%24.36100%26.79100%

  • MPW3133*Langkah-langkah KerajaanPenubuhan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969.

    Jabatan ini seterusnya ditukar kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi memainkan peranan yang lebih penting dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia serta terus berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara di peringkat pusat dan Jawatankusa Penasihat Perpaduan Negeri di peringkat negeri-negeri. dengan tujuan membincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud.

  • MPW3133*Langkah-langkah KerajaanPelbagai program lain seperti dasar-dasar yang diperkenalkan, sistem pendidikan dan pelbagai lagi.

    Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, telah memperkukuhkan lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, terus dipelihara dan dimajukan.

    Keharmonian hubungan etnik juga terlihat dalam setiap lapisan masyarakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa.

  • MPW3133*PENUTUP Hubungan etnik tidak wajar dilihat dari sudut luaran sahaja tetapi yang lebih pentingnya ialah sudut spiritual.

    Konsep-konsep seperti prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi wajar dielakkan kerana ia boleh menghalang perpaduan di kalangan etnik.

    Sebaliknya konsep-konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.

    Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan sewajarnya dipelihara.

    Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa kini terbentuk oleh sejarah lampau serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang berlaku pada masa kini.

    Kefahaman tentang konsep-konsep dan teori-teori berkaitan hubungan etnik penting untuk memahami potret hubungan etnik di negara ini.