nota sejarah ting 2 bab 2

Download Nota Sejarah Ting 2 Bab 2

If you can't read please download the document

Upload: fauziatun

Post on 10-Jun-2015

14.768 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH DI TANAH MELAYUPETA KONSEP

Pengenalan1. Kekayaan hasil bumi di negara kita mendorong kuasa asing untuk

menjajah. 2. Keadaan politik yang tidak stabil di negeri-negeri Melayu memberi kesempatan kepada British untuk campur tangan.

Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu Kekayaan Hasil Bumi Negeri-Negeri Melayu Menarik Perhatian British1. Hubungan perdagangan NNS dengan Negeri-Negeri Melayu. (a) Selepas penubuhan NNS pada tahun 1826 British telah berhasrat untuk campur tangan di Negeri-Negeri Melayu. (b) NNM kaya dengan hasil bumi terutamanya bijih timah dan hasil hutan. (c) Kepentingan NNS bagi Negeri-Negeri Melayu: i- Pulau Pinang menjadi pusat pengumpulan hasil bumi seperti bijih timah dari Perak dan Kedah ii- Melaka menjadi pangkalan untuk mengumpul barang dagangan dari Selangor dan Negeri Sembilan serta membekalkan buruh Cina ke lombong-lombong di Selangor dan Negeri Sembilan. iii- Singapura menjadi pusat pengumpulan barang dagangan. 2. Negeri-negeri Selat telah menjalinkan hubungan dagangan yang aktif dengan Negeri-Negeri Melayu yang berperanan sebagai pelabuhan enterpot yang mengendalikan perdagangan Negeri-Negeri Melayu. 3. Pedagang-pedagang NNS telah melabur modal dalam perlombingan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang. 4. Kekayaan hasil bumi yang terdapat di negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan telah menarik minat British. 5. British menguasai hasil bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu yang terdapat di Negeri-Negeri Melayu sebelum negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain.

Revolusi Perindustrian Mendesak Campur Tangan1. Perkembangan Revolusi Peindustrian di Eropah menyebabkan permintaan terhadap hasil bijih timah meningkat. 2. Bijih timah diperlukan untuk perusahaan mengetin makanan. 3. British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri melayu supaya mendapatkan bekalan yang mencukupi dan menjadi tempat untuk memasarkan hasil keluaran kilangnya.

Terusan Suez dan Kapal Wap Merancakkan Persaingan1. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu. 2. Penciptaan kapal wap pula dapat mempercepatkan perjalanan dan jumlah muatan barangan juga dapat ditingkatkan.

Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Eropah Lain1. Kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara telah membimbangkan pihak British. 2. British berusaha untuk menyekat perluasan kuasa Eropah supaya kepentingannya di negeri-negeri Melayu tidak terancam terutamanya oleh kuasa Perancis.

Pertukaran Kerajaan Mengubah Dasar British1. Pada tahun 1873, Parti Konservatif telah berjaya mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britian daripada Parti Liberal. 2. Kerajaan baru ini telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British terhadap Negeri-Negeri Melayu.

Desakan Pedagang Mempercepatkan Campur Tangan1. Keadaan di Tanah Melayu mejadi huru-hara akibatnya berlakunya pertelingkahan di kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina. 2. Pedagang di NNS telah mengalami kerugian dan mereka mendesak supaya British campur tangan. 3. Pada tahun 1873, secara rasminya seramai 243 orang pedagang NNS telah menulis surat kepada Lord Kimberley iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British untk mendesak British campur tangan.

Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British1. Kawasan Kelian Pauh dan elian Bharu di daerah Larut, Perak kaya dengan hasil bijih timah. 2. Pada tahun 1848, Long Jaafar telah membawa masuk orang Cina untuk memajukan perlombingan bijih timah di Larut. 3. Namun, kemasukan beramai-ramai orang Cina ini telah menimbulkan pergaduhan yang melibatkan anggota kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San.

4. Pergaduhan ini telah membawa kepada meletuskan Perang Larut yang menjejaskan perusahaan bijih timah. 5. Menteri Larut ketika itu, Ngah Ibrahim telah melantik Kapten Speedy iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat untuk membantu menamatkan Perang Larut. 6. Keadaan di Perak menjadi semakin tegang kerana berlakunya perebutan takhta oleh kerabat diraja setelah kemangkatan Sultan Ali. 7. Perebutan takhta ini berpunca daripada sistem pewarisan takhta yang tidak dipatuhi sepenuhnya. 8. Sistem pewarisan takhta Perak dianggap unik kerana seseorang anak raja itu perlu menjadi Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda sebelum ditabal menjadi sultan.

9. Masalah pewarisan takhta di Perak bermula selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. 10. Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sebagai sultan namun

perlantikan itu ditentang

oleh Raja Abdullah dan Raja Yusof.

11. Penentangan ini berlaku kerana Raja Abdullah (Raja Muda) tidak ditabalkan sebagai sultan manakala Raja Yusof (Raja Di Hilir) telah diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak. 12. Raja Abdullah mendapat sokongan pembesar di Hilir Perak seperti Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor. 13. Kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di Hulu Perak manakala Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak. 14. Raja Abdullah telah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan. 15. Andrew Clarke telah mengadakan rundingan dengan pembesarpembesar Melayu serta pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina di Pulau Pangkor untuk menamatkan kekacauan di Perak. 16. Hasilnya Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 di atas kapal H.M.S. Pluto. 17. Perjanjian Pangkor memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam pentadbiran dan ekonomi di Perak.

Perang Klang di Selangor1. Sultan Adbul Samad yang berkuasa di daerah langat telah ditabalkan menjadi sultan Selangor pada tahun 1857. 2. Semasa zaman pemerintahan baginda, telah berlakunya Perang Klang yang menyebabkan campur tangan British. 3. Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah berada di bawah kekuasaan Raja Sulaiman. 4. Namun setelah Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah. 5. Penyerahan kuasa tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman. 6. Raja Abdullah berjaya memajukan kawasan perlombongan bijih timah dengan membawa masuk buruh-buruh Cina. 7. Kekayaan di daerah Klang ini telah menjadi rebutan antara pembesar tempatan sehingga mencetuskan perang saudara yang dikenali

sebagai Perang Klang. 8. Perang Klang melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Raja Mahadi berusaha untuk mendapatkan daerah Klang daripada Raja Abdullah. 9. Perang saudara ini turut melibatkan pelombong-pelombong Cina yang terlibat dalam kongsi gelap Cina. Kegiatan perdagangan dan perlombongan di Selangor juga turut terjejas. 10. Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menamatkan perang tetapi pelantikan itu tidak dipersetujui oleh pembesar tempatan termasuk Raja Mahadi. 11. Raja Mahadi menentang pelantikan tersebut kerana Tengku Kudin bukan anak negeri Selangor. 12. Tengku Kudin pula telah meminta bantuan British untuk menamatkan perang saudara yang berlaku di Selangor. 13. Dalam masa yang sama, British telah mengambil kesempatan untuk campur tangan dan mendesak Sultan Abdul Samad agar menerima seorang Residen British. 14. Pada tahun 1873, kapal dagang British yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka telah dirompak di Kuala Langat. 15. Pada tahun 1874 pula, rumah api di Tanjung Rachado telah diserang dan British menggunakan alasan tersebut untuk menempatkan seorang Residen British. 16. Akhirnya pada tahun 1874, Sultan Abdul Samad terpaksa akur dengan kehendak British. 17. J.G Davidson dilantik sebagai Residen yang pertama di Perak manakala Frank Swettenham pula dilantik sebagai Penolong Residen.

Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan1. Sungai Ujong merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan berada di bawah penguasaan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman. 2. Dato' Bandar Kulop Tunggal juga merupakan seorang yang berpengaruh di kawasan Sungai Ujong. 3. Kehadiran kedua-dua pembesar yang berada di Sungai Ujong menyebabkan berlaku pertelingkahan. 4. Pertelingkahan ini disebabkan oleh pertuanan Sungai Linggi yang merupakan laluan utama untuk ke Melaka. Pembesar yang berjaya

menguasai sungai ini akan dapat memungut cukai

yang agak lumayan.

5. Dato' Kelana meminta bantuan daripada pihak British setelah berasa bimbang dengan kekuasaan Dato' Bandar yang mendapat sokongan kuat daripada pelombong Cina dan penduduk tempatan. 6. Oleh itu, Dato' Kelana telah menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk menerima perlindungan British dengan syarat Dato' Kelana diakui sebagai pemerintah daerah Sungai Ujong tetapi hak pengutipan cukai terletak di tangan British. 7. British telah melantik P.J. Murray sebagai residennya di sana. 8. Walau bagaimanapun Dato' Bandar tidak mengakui perjanjian in. British telah memberi bantuan askar kepada Dato' Kelana yang kemudiannya telah menewaskan Dato' Bandar. 9. British kemudiannya, telah meluaskan pengaruhnya di Rembau, jelebu dan Seri Menanti dengan menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil. 10. Kesemua daerah di Negeri sembilan telah disatukan pada tahun 1895 dan Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah yang juga Yamtuan Seri Menanti dilantik sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. 11. Atas desakan British baginda sedia menerima seorang Residen. 12. Martin Lister kemudiannya dilantik sebagai residen Negeri Sembilan yang pertama.

British Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di Pahang1. Pada kurun ke-19 kuasa-kuasa Eropah seperti Perancis, Rusia, dan Jerman telah bersaing untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara. 2. Sultan Ahmad pula berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negeri Pahang.

3. Baginda mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor dalam membangunkan Pahang dan pelabur-pelabur Eropah juga dibawa masuk untuk memajukan Pahang. 4. Tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi oleh British kerana akan menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu. 5. Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Pahang ialah: (a) Frank Swettenham dan Frederick Weld telah memujuk Sultan Ahmad untuk menerima Residen British tetapi gagal (1886) (b) British meminta bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British. Hasilnya Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British. namun British masih tidak berpuas hati kerana wakil British masih tidak mempunyai kuasa sepenuhnya (1887) (c) British menggunakan alasan pembunuhan seorang warganegara British yang berbangsa Cina iaitu Go Hui untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British. Akhirnya Sultan Ahmad menerima J.P. Rodger sebagai Residen British setelah didesak oleh British (1888) 6. Kedaulatan negeri Pahang berakhir setelah penerimaan Residen British. British secara tidak langsung telah campur tangan dalam pentadbiran Pahang dan penapakan kuasa Barat lain dapat disekat.

Residen Menggugat Kuasa Sultan Dan Pembesar1. Pengenalan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menggugat kuasa sultan dan juga kuasa pembesar. 2. Sultan terpaksa menerima nasihat residen dalam kesemua aspek kecuali dalam hal istiadat Melayu dan juga agama islam. 3. Kehadiran residen juga telah menyebabkan sultan dan pembesar kehilangan kuasa untuk menjalankan pentadbiran. 4. Residen juga telah bertindak menghapuskan sistem perhambaan. 5. Tindakan itu dianggap melampaui kuasa mereka kerana bagi masyarakat Melayu, perhambaan merupakan adat turuntemurun. 6. Selain itu, residen telah mengambil alih hak pungutan cukai yang dipegang oleh pembesar tempatan. 7. Pemungut cukai ini telah diuruskan oleh Pegawai Majistret dan Pemungut hasil.

Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan NegeriNegeri Melayu Bersekutu1. Pelaksanaan Sistem Residen di negeri perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dikatakan tidak teratur dan mempunyai kelemahan. 2. Keadaan ini disebabkan Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas tentang bidang tugas mereka. 3. Residen pula telah bertindak sebagai pemerintah dan terlalu berkuasa sehingga Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen. 4. Pentadbiran di setiap negeri pula tidak seragam kerana mempunyai

undang-undang yang

tersendiri.

5. Untuk mengatasi masalah kelemahan Sistem Residen, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah sebuah pentadbiran yang di kenali sebagai Negeri-Negeri Bersekutu atau Persekutuan 1896. 6. Antara faktor-faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah: (a) Krisis kewangan Pahang berpunca daripada beban hutang akibat kebangkitan rakyat Pahang menentang British. (b) Perkongsian perkhidmatan pakar di mana kos untuk bayaran perkhidmatan pakar seperti doktor, jurutera dan pengukur dapat dijimatkan. (c) Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api dapat dimajukan. (d) Faktor keselamatan iaitu untuk mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan. 7. Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada 1 Julai 1896. Frank Sweetenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama.

Pembentukan Persekutuan mencabar Kewibawaan Sultan1. Pentadbiran Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral yang berkuasa dalam urusan kewangan dan juga cukai eksport. 2. Jabatan-jabatan seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan dan penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan ini adalah terhad. 3. Sultan pula dikehendaki menerima nasihat daripada Residen Jeneral dalam semua hal kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. 4. Residen Jeneral juga telah mengambil alih kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri lalu menimbulkan ketidakpuasan hati kepada sultan-sultan negeri Melayu. 5. Menyedari hakikat itu, British telah menubuhkan Durbar yang membolehkan sultan-sultan berbincang mengenai hal ehwal adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu. 6. Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama telah diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar dan yang kedua telah

diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. 7. Dalam Durbar yang kedua, Sultan Perak, Sultan Idris telah mengkritik kuasa Residen Jeneral dan mendesak supaya mengembalikan kuasa raja-raja Melayu. 8. Baginda juga mendesak supaya bilangan orang Melayu yang berada dalam pentadbiran hendaklah ditambah dan diberi jawatan yang lebih tinggi. 9. Bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi di Durbar itu. 10. Akibat desakan itu, pihak British telah menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Residen Jeneral telah ditukarkan kepada Ketua Setiausaha. 11. Pihak British juga telah memulangkan kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

Rumusan1. Kita telah melhat bahawa kekayaan negara telah mendorong kuasa asing untuk menguasai negara kita. 2. Masalah dalaman seperti perebutan takhta dan keadaan negara yang tidak tenteram telah memberi peluang kepada kuasa asing untuk mencampuri urusan negara dan seterusnya menguasai hasil bumi kita. 3. Pemimpin yang bijak dan berwawasan penting demi mewujudkan perpaduan dan keamanan negara. 4. Tanpa keharmonian negara kekayaan ekonomi tidak akan dapat dimajukan.