unit 2 nota dan latihan

13
PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/1 NAM/KKJU/2012 OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mengetahui jenis sel dan bateri serta bekalan AT dan AU. Mengaplikasikan sambungan sel. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat :- Menyenaraikan jenis sel dan bateri serta bekalan AT dan AU. Melakarkan gambarajah dan menyambung sel sesiri, selari dan siri-selari.

Upload: hanim-husaif

Post on 04-Aug-2015

124 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SUMBER TENAGA ELEKTRIK (samb)

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/1

NAM/KKJU/2012

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :

Mengetahui jenis sel dan bateri serta bekalan AT

dan AU.

Mengaplikasikan sambungan sel.

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-

Menyenaraikan jenis sel dan bateri

serta bekalan AT dan AU.

Melakarkan gambarajah dan menyambung

sel sesiri, selari dan siri-selari.

Page 2: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/2

NAM/KKJU/2012

2.1 JENIS SEL DAN BATERI

Terdapat pelbagai jenis sel kimia yang digunakan dalam kehidupan

seharian. Antara sel dan bateri yang digunakan terbahagi 2 iaitu sel

primer dan sel sekunder.

2.1.1 Sel primer

Sel kimia yang tidak boleh dicas semula apabila telah kehabisan

cas dikenal sebagai sel primer.

Antara sel primer ini ialah

Sel kering

Sel alkali

Sel merkuri

Rajah 2.1 Sel primer

2.1.2 Sel sekunder

Sel kimia yang boleh dicas semula dikenal sebagai sel sekunder.

Antara sel sekunder ialah

Akumulator Asid-plumbum

Sel nikel-kadmium

Sel solar

Rajah 2.2 Sel sekunder

Page 3: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/3

NAM/KKJU/2012

Terdapat 6 jenis sel dan bateri yang tersembunyi di bawah. Anda

dikehendaki mencari 6 jenis sel dan bateri ini.

S F H W A S V M L A Y D L C Z

L E Y Y G R G W A L S Z A D J

J E L U H F F D G K R M H D Y

O D U K S P S H K A G S G A D

R F K G E E H Q M L V H D S K

Y H A M E R K U R I D D C I G

F M L D K L I H V A N K N D Q

H D B X T A F N D F J N K P A

A S F V F F G L G J G B H L A

B F D N F H R K X K C V S U G

K J S J K S H G U G C C F M K

G L G R A K G D S D X D H B T

T O U K J Y E O I E N G K U E

D Y N I K E L K A D M I U M W

L E E R L A N C I A B G G F Y

L W C F R H T U T S H D J J X

Page 4: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/4

NAM/KKJU/2012

2.2 SAMBUNGAN SEL

2.2.1 Sel siri

Terminal positif satu sel disambung ke terminal negatif yang

yang berikut seperti rajah 2.3.

Jika d.g.e satu sel ialah 1.2 volt dan empat sel disambung siri

jumlah d.g.e, E ialah 1.2 x 4 = 4.8 volt.

Perhatikan voltan telah naik 4 kali keupayaan bateri untuk

menghasilkan arus adalah sama dengan satu sel.

Rajah 2.3 Sambungan siri 4 sel

Contoh 2-1

Rajah 2.4

Berdasarkan rajah 2.4, kirakan jumlah d.g.e.

Penyelesaian :

E = 1.5 x 5

= 7.5 V

E

1.5 V 1.5 V

E

1.5 V 1.5 V 1.5 V

Page 5: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/5

NAM/KKJU/2012

2.2.2 Sel selari

Terminal positif satu sel disambung ke terminal positif sel yang

berikut dalam selari seperti rajah 2.5.

Jika d.g.e satu sel ialah 1.2 volt, jumlah voltan melintangi bateri

adalah sama dengan satu sel saja iaitu masih 1.2 volt.

Walaupun voltan tidak naik tetapi bateri tahan lama disebabkan

arus adalah daripada kesemua sel bukan hanya satu sel sahaja.

Rajah 2.5 Sambungan selari 4 sel

Contoh 2-2

Rajah 2.6

Berdasarkan rajah 2.6, kirakan jumlah d.g.e.

Penyelesaian :

E = 1.5 V

2.2.3 Sel siri-selari

1.5 V 1.5 V 1.5 V 1.5 V

Page 6: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/6

NAM/KKJU/2012

Ini adalah gabungan antara bateri siri dan selari seperti rajah

2.5.

Jika d.g.e satu sel ialah 1.2 volt, dua sel siri disambung secara

selari dengan dua sel siri. Jumlah d.g.e E ialah 1.2 x 2 = 2.4 volt

Perhatikan voltan telah naik sebanyak 2 kali keupayaan untuk

menghasilkan arus juga 2 kali keupayaan.

Rajah 2.7 Sambungan sel siri-selari

Contoh 2-3

Rajah 2.8

Penyelesaian :

E1 = 2.4 x 3

= 7.2 V

Disebabkan dua sel selari, oleh itu

E = 7.2 V

E

E

2.4 V

2.4 V2.4 V2.4 V

2.4 V2.4 V

Page 7: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/7

NAM/KKJU/2012

a) Berdasarkan rajah 2.9, tentukan jumlah d.g.e.

Rajah 2.9

b) Berdasarkan rajah 2.10, tentukan jumlah d.g.e.

c) Berdasarkan rajah 2.11, tentukan jumlah d.g.e.

Rajah 2.11

Adakah anda faham Input 2A

diatas? Kalau faham, mari

kita cuba Aktiviti 2A ini pula. 1.5 V

E

1.5 V 1.5 V 1.5 V

1.4 V 1.4 V 1.4 V 1.4 V

E

1.5 V

1.5 V1.5 V1.5 V

1.5 V1.5 V

Rajah 2.10

Page 8: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/8

NAM/KKJU/2012

AMALI MAKMAL 2.1 :

Menyambung Dan Membaca Meter Ampere Dan Meter Volt Dalam Litar

Sel Sesiri, Selari dan Siri-Selari.

1. Semua kerja amali makmal hendaklah dijalankan di bawah pengawasan

pensyarah modul.

2. Dapatkan lembaran kerja dari pensyarah modul.

3. Laksanakan amali seperti yang ditunjukkan dalam lembaran kerja.

Mari kita rehatkan

minda dengan amali ini…

Page 9: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/9

NAM/KKJU/2012

2.3 JENIS BEKALAN AT DAN AU

2.3.1 Bekalan AT

Arus yang mengalir dalam sesuatu litar pada satu arah sahaja

dinamakan arus terus (AT).

Arus terus diperoleh daripada sumber seperti bateri, sel suria dan

penjana arus terus.

Kebaikan bekalan AT ialah ia boleh dibawa ke mana-mana dan dicas

semula apabila kehabisan cas.

Rajah 2.12 Arus Terus

2.3.2 Bekalan AU

Arus ulang-alik (AU) ialah arus yang sentiasa berubah arah

pengalirannya mengikut perubahan kutub sumber bekalan.

Penjanaan arus ulang-alik merupakan sumber utama bekalan tenaga

elektrik di Malaysia.

Arus ulang-alik dijana di stesen janakuasa.

Arus

Page 10: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/10

NAM/KKJU/2012

Kebaikan bekalan AU ialah arusnya boleh dinaikkan dan diturunkan.

Contoh bekalan AU ialah bekalan elektrik di rumah kediaman.

tempoh

amplitud

Bentuk sinus

Rajah 2.13 Arus ulang-alik

Page 11: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/11

NAM/KKJU/2012

Tandakan bagi jawapan yang betul dan bagi jawapan yang salah pada

kenyataan di bawah.

AU ialah arus yang sentiasa berubah arah

pengalirannya.

AU memperolehi sumber daripada bateri dan

penjana.

AU tidak boleh diperbaharui.

AT memperolehi sumber daripada stesen

janakuasa.

AT mengalir dalam litar dalam satu arah

sahaja.

Ayuh kita

menjawab soalan…

Page 12: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/12

NAM/KKJU/2012

JENIS SEL

DAN BATERI

SEL PRIMER

Tidak boleh

dicas semula

SEL SEKUNDER

Boleh dicas

semula

SAMBUNGAN

SEL

Sel sesiri Voltan

berbeza

Arus sama

Sel siri-selari Voltan dan arus

berbeza

Sel selari Voltan sama

Arus

berbeza

JENIS

BEKALAN

AT DAN

AU

BEKALAN AT

Sel primer

Sel sekunder

BEKALAN AU

Bekalan elektrik

rumah kediaman.

Page 13: Unit 2 Nota Dan Latihan

PRINSIP ELEKTRIK STE 1122/UNIT 2/13

NAM/KKJU/2012

UNIT 2

Cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada

maklumbalas yang disediakan.

PENILAIAN 2-1

a) Takrifkan jenis-jenis sel di bawah ini

i. Sel primer

ii. Sel sekunder

b) Nyatakan takrifan bekalan elektrik berikut.

i. Bekalan AT

ii. Bekalan AU

c) Lakarkan sambungan sel dibawah.

i. 3 sel disambung secara bersiri

ii. 4 sel disambung secara selari

iii. 2 sel sesiri disambung secara selari dengan 2 sel sesiri.