new microsoft word document.docx

8
MESKIPUN diiktiraf sebagai negeri paling maju di negara ini, Selangor sentiasa bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi bagi memastikan kemakmuran rakyatnya. Kesungguhan kerajaan negeri terbukti apabila menubuhkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pada April 1990 yang didaftarkan mengikut Akta Amanah dan Ordinan 1952. Matlamat utama YBK yang diasaskan Tan Sri Muhammad Mohd Taib adalah membantu kerajaan negeri menangani kemiskinan rakyat dengan menjadikan tahun 2005 sebagai bebas daripada masalah kemiskinan mutlak. Berdasarkan garis panduan, kriteria miskin adalah pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) RM470 bagi isi rumah 4.6 orang, (RM102.1 per kapita sebulan) manakala pendapatan RM235 sebulan bagi lima ahli isi rumah (RM47 per kapita sebulan), sebagai termiskin. Rakyat yang mendiami kediaman usang dan tiada kemudahan asas, taraf kesihatan rendah, miskin akibat bencana alam, kekurangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi dianggap kriteria tambahan. Lantaran itu, YBK yang dipengerusikan Datuk Zainal Abidin Sakom melaksanakan pelbagai program mencakupi bidang sosial, ekonomi dan pendidikan bagi untuk membantu golongan ini. Program yang dilaksanakan pula selaras dengan falsafah YBK: "Berikan mereka seekor ikan, mereka akan memakannya sehari, ajarkan mereka memancing, nescaya mereka akan senang sepanjang hayat." Strategi YBK iaitu memberi bantuan secara langsung, secara institusi, secara mempengaruhi dasar kerajaan negeri dan sebagainya, dilihat mampu

Upload: netgirl792003

Post on 01-Feb-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: New Microsoft Word Document.docx

MESKIPUN diiktiraf sebagai negeri paling maju di negara ini, Selangorsentiasa bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi bagimemastikan kemakmuran rakyatnya.Kesungguhan kerajaan negeri terbukti apabila menubuhkan Yayasan BasmiKemiskinan (YBK) pada April 1990 yang didaftarkan mengikut Akta Amanah danOrdinan 1952.Matlamat utama YBK yang diasaskan Tan Sri Muhammad Mohd Taib adalahmembantu kerajaan negeri menangani kemiskinan rakyat dengan menjadikantahun 2005 sebagai bebas daripada masalah kemiskinan mutlak.Berdasarkan garis panduan, kriteria miskin adalah pendapatan Ketua IsiRumah (KIR) RM470 bagi isi rumah 4.6 orang, (RM102.1 per kapita sebulan)manakala pendapatan RM235 sebulan bagi lima ahli isi rumah (RM47 perkapita sebulan), sebagai termiskin.Rakyat yang mendiami kediaman usang dan tiada kemudahan asas, tarafkesihatan rendah, miskin akibat bencana alam, kekurangan ilmu pengetahuan,kemahiran dan motivasi dianggap kriteria tambahan.Lantaran itu, YBK yang dipengerusikan Datuk Zainal Abidin Sakommelaksanakan pelbagai program mencakupi bidang sosial, ekonomi danpendidikan bagi untuk membantu golongan ini.Program yang dilaksanakan pula selaras dengan falsafah YBK: "Berikanmereka seekor ikan, mereka akan memakannya sehari, ajarkan merekamemancing, nescaya mereka akan senang sepanjang hayat."Strategi YBK iaitu memberi bantuan secara langsung, secara institusi,secara mempengaruhi dasar kerajaan negeri dan sebagainya, dilihat mampumencapai matlamat yang diidamkan.Menyedari asas pembentukan keluarga cemerlang bermula dari rumah, YBKmelancarkan Projek Lindungan Kasih bagi membina semula rumah untukkeluarga termiskin yang mendiami rumah usang di perkampungan tradisional.Bantuan ini disampaikan secara terus kepada kumpulan sasar yangberdaftar dalam senarai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atauberpendapatan separuh daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (RM425) sebulanbagi isi rumah 4.6 orang)Beberapa syarat seperti tanggungan ramai dan mempunyai tapak kediamansah perlu, sebelum sesebuah kediaman mengandungi dua bilik tidur, ruangtamu, dapur dan bilik air, dibina.YBK juga menjalin kerjasama dengan pihak lain sejak 1995 bagi menjayakanprojek ini, antaranya Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Pejabat Daerah,JKKK, Rela, Jabatan Kesihatan, Persatuan Mahasiswa Institusi PengajianTinggi dan badan sukarela.Berdasarkan perangkaan hingga tahun 2000, YBK sudah membina dan

Page 2: New Microsoft Word Document.docx

membaikpulih 542 unit rumah di Selangor iaitu 15 kediaman pada 1991, 92 (1992),244 (1993), 52 (1994), 31 (1995), 38 (1996), 17 (1997), 10 (1998), 28(1999) dan 15 (2000).Strategi utama YBK dalam membasmi kemiskinan adalah mengatasi masalahkeciciran akademik di kalangan anak keluarga miskin bagi mengelakkan wujudkitaran warisan kemiskinan.Sehubungan itu, YBK cuba meningkatkan prestasi pencapaian SijilPelajaran Malaysia (SPM) di kalangan pelajar miskin luar bandar denganmenanam semangat dalam mencapai kecemerlangan.Sebagai sokongan, YBK juga menyediakan kemudahan alternatif untukmemudahkan pelajar miskin belajar dalam suasana selesa dengan tenagapengajar terlatih.Berikutan itu, YBK menganjurkan program Kelas Tuisyen Hujung Minggu(Kuntum) sebagai usaha menggalakkan anak keluarga miskin menikmatikemudahan tuisyen.Program itu dimulakan sejak tahun 1993 di sekolah menengah kebangsaanbagi membantu pelajar miskin tingkatan 5 seluruh negeri menghadapipeperiksaan SPM secara percuma.Sehingga kini, seramai 10,397 orang pelajar mendapat faedah menerusiprogram ini dan ramai daripada mereka berjaya dalam peperiksaan SPMtermasuk sebahagiannya menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)tempatan.Program ini adalah kerjasama YBK dengan Jabatan Pendidikan NegeriSelangor dan Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS) serta tenagapengajar terlatih.Ia memberi peluang kepada pelajar termiskin dan miskin tanpa mengiraketurunan mengikuti kelas tambahan secara percuma.Sehingga kini, ada 67 pusat tuisyen di setiap daerah yang modul dan banksoalan disediakan YBK termasuk subjek Matematik, Bahasa Inggeris,Matematik Tambahan dan Sains.Seramai 10,397 orang pelajar miskin dari seluruh negeri mendapat faedahdaripada tuisyen ini dan peratusan lulus didapati semakin meningkat setiaptahun.Pada 1992, peratusan lulus hanya 85 peratus tetapi tujuh tahun kemudian,peratusannya meningkat kepada 92 peratus, sebelum program ini terpaksadikecilkan berikutan masalah kewangan yang dihadapi YBK.Untuk tahun lalu, kemudahan Kuntum hanya membabitkan 28 sekolah tetapiYBK sedang berusaha keras bagi mendapat penajaan pihak swasta mahupunkerajaan.Bagi menjamin keselesaan pelajar, YBK mewujudkan program Asrama Kasihyang beroperasi sejak tahun 1994 bagi pelajar miskin di negeri ini.Asrama ini menyediakan penginapan dan makan percuma di samping bimbinganguru berpengalaman dan dilengkapi infrastruktur seperti peralatan sukan,

Page 3: New Microsoft Word Document.docx

surau dan rekreasi.Program motivasi terancang juga dijalankan di Asrama Kasih ini bagimelahirkan pelajar cemerlang, berdisiplin dan memiliki siasah hidup yangbaik, bukan sekadar berkelulusan tinggi.Asrama ini terletak di Kampung Seri Serendah, Hulu Selangor yang dibinadengan kos pembinaan bernilai sekitar RM2.1 juta, yang dibiayai YBK.Sehingga kini, seramai 899 pelajar miskin mendapat faedah daripadakemudahan yang disediakan oleh Asrama Kasih ini.Program di asrama ini juga menitikberatkan soal disiplin, kerjaberkumpulan, pengajaran agama, kelas tambahan, kegiatan kokurikulum danaktiviti kemasyarakatan.Bagi lepasan SPM yang gagal melanjutkan pelajaran ke Institusi PengajianTinggi (IPT), YBK turut menganjurkan pelbagai program sebagai peluangkedua kepada mereka.Ini termasuk melatih mereka yang mendapat gred rendah dalam SPMmengikuti kursus latihan kemahiran dalam bidang teknikal dan profesional,sebelum memasuki pasaran kerja.Pusat Latihan YBK (PLYBK) adalah sebuah pusat latihan kejuruteraan yangdibina bagi melatih belia berusia antara 18 hingga 24 tahun yang lulus SPMgred tiga, memperoleh kemahiran.Dengan menjadikan pelajar di kawasan luar bandar sebagai sasaran, pusatini berperanan memberi peluang kedua kepada mereka mengikuti pelbagaikursus selama 11 bulan.PLYBK yang dibina pada hujung tahun 1991 dan memulakan operasi pada 2Mei 1992 membuat pengambilan seramai antara 50 hingga 60 pelatih lelakibujang, setiap tahun.Kursus yang ditawarkan di pusat itu adalah Kejuruteraan Automotif,Kejuruteraan Pemesinan Am (Operasi Larik & Kisar) dan Kejuruteraan JenteraBerat manakala subjek tambahan adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu,Agama Islam & Pendidikan Moral, Riadah dan Askar Wataniah.Bagi memastikan keselesaan pembelajaran, PLYBK dilengkapi kemudahanbengkel latihan, bilik kuliah, dewan makan, asrama pelatih termasuk rumahwarden dan surau.Kos pembinaan PLYBK yang dirasmikan pada 18 Ogos 1992 adalah kira-kiraRM1.8 juta termasuk kos peralatan di bengkel latihan dan dibiayai UMWCorporation Bhd dan Kontena Nasional Sdn Bhd.Setiap tahun, kos operasi tahunannya adalah sekitar RM450,000 yangditaja sepenuhnya UMW, selain pembinaan tambahan sebuah asrama bernilaiRM338,000 yang boleh memuatkan 100 pelatih.Pelatih yang menamatkan pengajian akan diserap sebagai pekerja tetap dianak syarikat UMW seperti di UMW Toyota, UMW Dennis, Kayaba, UMW Autopartsdan sebagainya.Kewujudan PLYBK jelas memberikan suatu peluang yang baik dan menarik

Page 4: New Microsoft Word Document.docx

kepada belia di luar bandar membaiki taraf kehidupan mereka dengan latihankemahiran dan jaminan kerja yang ditawarkan.Sehingga 1997, seramai 305 pelatih yang tamat pengajian masing-masingbekerja di UMW manakala sebahagiannya bekerja lain berdasarkan kemahiranyang mereka peroleh.Selain PLYBK, program Fastrack iaitu program kerajaan negeri bersama YBKdiperkenalkan bagi melatih belia mendapat latihan kemahiran bagi memenuhikeperluan industri di Selangor menjelang tahun 2005.YBK menjadi pelaksana utama melalui persefahaman dengan institusiswasta, antaranya Kolej Inpens, Stamford dan Pusat Pembangunan SumberTenaga Manusia Selangor (SHRDC) dan ITTAR.Ia dilaksanakan sejak tahun 1995 bagi memberi peluang kepada pelajaryang kandas tingkatan lima tetapi berminat memajukan diri dengan mengikutikursus ditawarkan.Antara kursus profesional ditawarkan ialah Kesetiausahaan, Perakaunan,Sains Komputer, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Perhotelan danPelancongan, Komputer & Pentadbiran Pejabat dan Teknologi Maklumat.Kursus teknikal pula adalah Kujuruteraan Mekanikal, KejuruteraanElektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Automobil, Pelukis PelanSenibina, Pelukis Pelan Mekanikal.Kursus yang ditawarkan kepada lepasan SPM (Gred 3, 4 SAP 8 dan 9) kepadaanak Selangor berusia antara 18 hingga 24 tahun itu, dijalankan selama 18bulan.Sehingga kini, YBK berjaya membantu seramai 534 pelajar peringkat sijilbagi sesi 1995/96, 22 pelajar peringkat sijil dan 218 pelajar peringkatdiploma (1997/98) dan 100 orang mendapat sijil profesional dan 25 sijilkemahiran (1998).YBK juga sentiasa mempertingkatkan agenda pembasmian kemiskinannyamelalui program tajaan pembangunan kemahiran teknologi dengan kerjasamaIPT swasta.Perjanjian Persefahaman dengan Mara, Guthrie dan Institut Binaan Negaradilakukan bagi membolehkan institusi itu kuota khas kepada pelajar miskinyang diperakui YBK.Secara amnya, program ini bertujuan membuka peluang kepada pelajarmiskin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi bagi kursus yangditawarkan institusi terbabit.Melalui persefahaman itu, YBK mencari calon pelajar yang sesuai dengansyarat kelayakan institusi terbabit dan menguruskan hal ehwal kebajikanpelajar YBK di institusi berkenaan.Apatah lagi, institusi itu turut menyediakan kemudahan pinjaman termasukMara yang diyakini cukup bagi menampung urusan perbelanjaan

Page 5: New Microsoft Word Document.docx

pembelajarandi situ.Antara institusi terbabit dalam persefahaman dengan YBK adalah FrenchMalaysia Institute (MFI), German Malaysia Institute (GMI), BritishMalaysia Institute (BMI).YBK percaya kerjasama ini dapat membantu matlamat YBK mengeluarkanpelajar dan keluarganya daripada belenggu kemiskinan, sekali gusmelahirkan anak desa yang `teknologis' dalam pelbagai bidang.Secara tidak langsung, ia dijangka dapat mengurangkan penggantunganpelajar Melayu kepada jurusan sastera dan pengurusan yang dikatakanterlalu banyak di pasaran.Kesimpulannya, pembasmian kemiskinan YBK dilakukan secara bersepadu ataupendekatan berpakej melalui permuafakatan semua peringkat dan tumpuanpenting diberikan dalam bidang pendidikan.Jika program bersepadu berlangsung dengan lancar, matlamat YBK untukmembebaskan golongan miskin ini daripada putaran ganas kemiskinan akanberjaya dan menguntungkan Selangor.Tampuk pimpinan kerajaan negeri yang kini disandang Menteri Besar, DatukSeri Dr Mohamad Khir Toyo, tentu mengambil berat peranan YBK kerana beliaujuga berasal daripada keluarga miskin.Faktor ini dijangka menjadikan YBK lebih teguh berbanding pada awalpenubuhannya dengan idea dan program bermutu dan meningkatkan kualitipenduduk negeri ini.