new microsoft office word document.docx

29
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK LKTP SUNGAI NEREK 1

Upload: derick-phillips

Post on 02-Oct-2015

246 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ANJURAN :PANITIA PENDIDIKAN ISLAMSK LKTP SUNGAI NEREK

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI NEREK28030 TEMERLOH, PAHANG

KERTAS KERJA PROGRAM SAYANGI SURAU SEKOLAH KITA

PENGENALANSurau merupakan pusat yang mengurus dan menyelaras setiap aktiviti Pendidikan Islam. Justeru itu program ini di rancang sebagai usaha untuk menyedarkan murid tentang kepentingan surau dan mendorong mereka melakukan aktiviti-aktiviti Pendidikan Islam di surau. Oleh yang demikian , diharap program Sayangi Surau Sekolah Kita ini dapat meningkatkan keceriaan dan kekerapan aktiviti yang akan dilaksanakan di surau.Program Sayangi Surau Sekolah Kita ini adalah salah satu program di bawah Panitia Pendidikan Islam SK LKTP Sungai Nerek dengan kerjasama semua guru dan pihak sekolah.OBJEKTIF1) Mewujudkan persekitaran surau yang ceria dan bersih yang boleh menarik minat murid untuk mengikuti segala aktiviti di surau sekolah.2) Murid akan menjadikan surau sebagai tempat ibadat dan tempat aktiviti berkaitan Pendidikan Islam.3) Aktiviti yang dirancang dapat mendidik murid berakhlak mulia dan terpuji.4) Murid dapat melakukan solat berjamaah dan amali Pendidikan Islam.RASIONALSatu usaha untuk menyemarakkan lagi kepentingan dan kegunaan surau di sekolah dalam kehidupan seharian.MATLAMATMelalui program ini diharap dapat meningkatkan kualiti penggunaan surau sekolah di tahap yang lebih baik. Diharap ia juga dapat dijadikan kesinambungan untuk mencapai pembentukan warga sekolah yang berkualiti.TARIKH PELANCARAN12 April 2014 (Sabtu)

TARIKH PENUTUPAN04 Julai 2014 (Jumaat)TEMPAT Surau SK LKTP Sungai Nerek.SASARANSemua pelajar , guru-guru dan kakitangan Sk LKTP Sungai Nerek.

TENTATIF PROGRAM8.00 9.00 pagiPendaftaran dan taklimat program9.00 10.00 pagiProgram Sayangi Surau Kita- Gotong-royong menceriakan surau10.00 10.30 pagiRehat10.30 1.00 tghariSambung gotong royong menceriakan surau.1.00 2.30 petangMakan tengahari dan solat zohor2.30 4.30 petangRefleksi berkaitan kelemahan dan kekuatan program4.30 5.00 petang Rehat dan Solat Asar5.00 6.30 petang Majlis penutup

PERBELANJAANSumber Panitia Pendidikan Islam dan PIBG SK LKTP Sungai Nerek.

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SAYANGI SURAU SEKOLAH KITA2014

Butiran Harga SeunitJumlah RM

Cat ( 2 warna )2 tin x RM 100RM 200.00

Kain langsir20 m x RM 10.00RM 200.00

Telekung10 x RM 50.00RM 500.00

Carta-carta (Solat, wuduk dan sebagainya)RM100.00RM 100.00

Kertas warna A4 3 x RM 10.00RM 30.00

Plastik liminate 2 x RM 50.00RM 100.00

Runcit (pin langsir, dawai, berus cat dan sebagainya)RM 100.00

Jumlah RM 1230.00

Disediakan Oleh;Disahkan Oleh,

...(PUAN NORHAYATI BINTI ISMAIL)(PUAN ZAITON BINTI SIDIN)Setiausaha Program.Guru Besar,SK LKTP Sungai Nerek.SK LKTP Sungai Nerek.JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SAYANGI SURAU KITA

Pengerusi: Puan Zaiton binti SidinNaib Pengerusi: Tuan Haji Ishak bin Husin : Encik Abdul Razak bin MajidSetiausaha : Puan Norhayati binti IsmailBendahari: Puan Hassuzana binti Md.DiahAJK PELAKSANA

KEROHANIAN DAN MORALPERALATAN En.Mohd.Fikri bin Mohtar Puan Noraisa binti IsaTuan Haji Ishak bin HusinEn.Mohd.Zaki bin Mohd.ZainEn.Mohd.Shamsul bin Mohd.ZamEn.Nordin bin AhmadEn.Rohazaki bin MohammadAKTIVITI DAN KECERIAANPuan Nurul Jannah binti OsmanKEBAJIKAN DAN KESELAMATANPuan Norhayati binti Ismail En.Mohd.Saad bin AsmuniPuan Hassuzana binti Md.DiahCik Norhayati binti Abu BakarPuan Azizah binti AhmadPuan Wan Izmawati bt Wan IbrahimKAWALAN MURIDJAMUANEn.Mohd.Samsul Fadly bin AbdullahPuan Siti Nuriah binti ParlanPuan Norzalilah binti SaaidPuan Hatijah binti Mohamed BasirPuan Siti Norhanita binti YusofPuan Norhafizah binti Abdul HamidPuan Norsakura binti Mat.Din DOKUMENTASI DAN JURUGAMBARPuan Nohayati binti TahirBUKU PROGRAM DAN BROSURPuan Mastura binti Abdul LatifPuan Zahirah binti Mohd.Taheh Puan Cendera Diwi binti Abu BakarBANNER Puan Siti Nor binti Yaakob En.Abdul Al Fatah bin Abu Bakar

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI NEREK28030 TEMERLOHPAHANG DARUL MAKMURTEL/FAX: 09-2986751 Email : [email protected]: CBA 9055/09/02/007/ ( )Tarikh: 04 April 2014 Semua Guru dan Kakitangan,SK LKTP Sungai Nerek.

PROGRAM SAYANGI SURAU SEKOLAH KITA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan mengadakan mesyuarat berkaitan perkara tersebut pada ketetapan berikut.

Tarikh: 07 April 2014 Hari: IsninTempat : Bilik Gerakan SK LKTP Sungai Nerek.

3.Kerjasama tuan / puan dalam perkara di atas, diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...............................................(PUAN ZAITON BINTI SIDIN) Guru Besar,SK LKTP Sungai Nerek,28030 Temerloh.

MINIT MESYUARAT PROGRAM SAYANGI PROGRAM SEKOLAH KITA

TARIKH: 07 APRIL 2014 MASA: 1.15 TENGAHARITEMPAT: BILIK GERAKAN

KEHADIRAN:SEMUA GURU DAN KAKITANGAN

AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI

1.1.Pengerusi membuka majlis dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.

1.2.Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini .

1.3.Beliau mengharapkan kerjasama semua pihak dalam menjayakan semua aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

AGENDA 2: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

2.1. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru dan kakitangan kerana dapat hadir pada mesyuarat kali ini.

2.2. Beliau mengharapkan agar semua guru dan kakitangan dapat bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Islam dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam.

AGENDA 3: PROGRAM

3.1. SAYANGI SURAU SEKOLAH KITA

3.1.1. Ketua Panitia Pendidikan Islam memaklumkan kepada semua guru dan kakitangan berkaitan satu program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam pada tahun ini iaitu Sayangi Surau Sekolah Kita.3.1.2. Program Sayangi Surau Sekolah Kita itu nanti akan melibatkan semua guru dan semua murid. Pihak panitia telah menyusun kumpulan-kumpulan bagi program tersebut. Guru yang terlibat dikehendaki mengetuai kumpulan masing-masing sepanjang program ini berlangsung. Nama-nama ahli kumpulan masing-masing bolehlah merujuk pada edaran yang telah dibuat.

3.1.3. Program Sayangi Surau Sekolah Kita ini akan dijalankan bermula pada 12 April 2014 hingga 04 Julai 2014. Pada 12 April 2014 adalah hari pelancaran program dan 04 Julai 2014 adalah hari penutupan. Ianya akan dilaksanakan pada tempoh tersebut dengan beberapa aktiviti yang akan dijalankan seperti gotong-royong dan sebagainya.

3.1.4. Ustazah Noraisa sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam memaklumkan kepada semua berkaitan Majlis Pelancaran yang akan diadakan pada 12 April 2014 hari Sabtu ini. Senarai Ahli Jawatankusa telah siap disusun sepertimana edaran. Program tersebut akan dimulakan dengan gotong-royong di surau sekolah.

3.1.5. Pada hari tersebut , guru yang berkenaan hendaklah membawa ahli kumpulan masing-masing ke surau sekolah serta menjalankan aktiviti sepertimana yang ditetapkan.

3.1.6. Majlis penutupan pula akan diadakan pada 04 Julai 2014 iaitu hari Jumaat. Pada majlis penutupan nanti akan disediakan hadiah kepada kumpulan-kumpulan yang dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya dan sentiasa bekerjasama sepanjang program berlangsung.

AGENDA 4. HAL-HAL LAIN

4.1. Tuan Guru Besar berharap agar program yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar.

AGENDA 5: PENANGGUHAN.

5.1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2. 30 petang.

Disediakan Oleh:Disahkan Oleh:

(PUAN NORHAYATI BINTI ISMAIL)(PUAN ZAITON BINTI SIDIN)Setiausaha Program. Guru Besar, SK LKTP Sungai Nerek.

KUMPULAN PROGRAM SAYANGI SURAU SEKOLAH KITA

KUMPULAN 1KUMPULAN 2

PN.NORHAYATI BINTI ISMAILEN.ROSLAN BIN HASHIMABDUL MUNIM B. MAT YUSOFFMOHD. SHAZRUL ERWAN B. TAN EZEMIABDUL QAYYUM B. MOHD VIJIMUHAMMAD ARIF NAJMI B. A.H RASMANMUHAMMAD FARHAN B. SUHAIMIMUHAMMAD FIQRI B. KAMARAZAMANMOHD. FARISH HAIKAL B. RUZUWAN FAIRINGMOHAMAD SHAH IZUAN B. SUHAIMIMOHAMAD SYAHRIFUDDIN B. MAZLANMOHD FAUZAN B. SUHAIMIMUHAMMAD AIZZAT BIN MD.YAZIDMUHAMMAD AL AMIN BIN HARISNUR AIRIEN FARISHA BT ROSLINUR FAIZATUL AKMAR BT ZAKARIANURUL BALQIS IZZATI BT ELIASNURUL ATIQAH BT ISMAILADRIANA SYAZWANA BT MOHD ARIMANAUNI AKHTAR FARZANA BT MOHAMAD FADZILHALIMATUN SAADIAH BT ZAKARIANUR ADRIANA SHAFILLA BT SAHARUDINNUR AUNI BT MOHD KHAIRINUR HAFIZAH BT RAZMI

KUMPULAN 3KUMPULAN 4

PN.RUZILA BINTI HASIMPN.HASSUZANA BINTI MAT DIAHMOHAMMAD SYAFIQ HAIKAL B. ZULKIFLIMOHAMAD SYAKIRIN B. MAZLANMUHAMMAD FIRDAUS B. AZMIMUHAMMAD HAFIZUDDIN B. SHUKRIMUHAMMAD HAKIMI B. MAT YASINMUHD.SYAZWAN SYAH BIN AHMAD SYAHMOHD ZARUL AIDIL B. MOHD LOOKMANMUHAMMAD MUKHAIRI B. MOHD BASIRMUHAMMAD SYAHID B. MURADMUHAMAD ZULFIQAR B. AHMADMUHAMMAD AMIRUL FIRDAUS BIN AHMAD AZHANMUHAMMAD ARFAN BIN SAFRIALYA BALQIS B. MOHAMAD DAUDNOR AINA HIDAYAH BT NOR AZLINUR ADAWIYAH BT MURADNUR AFNIE ATHIRAH BT SAHARUDDINNUR SYAKIRAH BINTI MOHD.ALINUR SYUHADA THAHIRA BT MOHD. TAHIRPUTERI AMIRAH BT MOHD NIZAMSITI KHADIJAH BINTI ISHAKUMMI SAFIYYAH BT MOHAMAD DAUDWAN NUR HUMAIRA BT WAN ABDUL HANAN

KUMPULAN 5KUMPULAN 6

EN.SHAMSUL BIN MOHD.ZAMPN.AZIZAH BINTI AHMADMOHAMMAD AMIL ZAKWAN B. KAMARAZAMANMUHAMMAD AMIRUL B. SAFRISIDDIQ IQMAL BIN SABARUDIN ALAMSHAMUHAMMAD AMIRULLAH B. YAACOBMOHD SHAHMI NIZAR B. SUHAIDIMUHAMMAD AIMAN B. ABDUL RAZAKMUSHRIF NABIL B. ROSLANAHMAD MUSTAQIM B. ZAKARIAAIDIL AMEER ADZHA B. ABD. WAHIDALIF AIZAT B. ANUARMUHAMMAD DANISH BIN SHAHRUM NIZAMMUHAMMAD FADLI BIN A.H.RASMANNUR AINA NADHIRAH BT NASARUDDINNUR AINA SOFEA BT ABD WAHIDNUR AMEERA NAISYAH BT ABDUL HALIMNUR HASLINDA BT BAHARUDDINZETY AZURA BINTI ZULKIFLINOR ALYA ATIQAH BT JEFRINORFARAHALIA BT MOHD ANUARNOR SHAMIRA NABILA BT NASARUDDINNURUL AINA ATIQAH BT REDZUANNUR AINA FATHIAH BT MAT HASSAN

KUMPULAN 7KUMPULAN 8 EN.MOHD.ZAKI BIN MOHD.ZAINPN.SITI NURIAH BINTI PARLANMUHAMMAD IKRAM BIN SHAHRILMUHAMMAD ISMA IRWAN B. ISHAKMUHAMMAD AMMAR FAWWAZ B. MOHD SHAMSULLMUHAMMAD HAZIM FITRI B. ZAINOL ABIDINMUHAMMAD HARITH DANIEL B. MOHD AZAMMUHAMMAD NOR AZIZI NAIM B. NOR AZLIMEGAT MUHAMMAD AIDIL B. MEGAT SHUKRIMOHAMAD AMIRUL B. MAZRIMUHAMMAD AIDIL MUKHRIS B. ABDUL LATIFMUHD. AKRAM ABADI B. KAMARULZAMANMUHAMMAD FAIZ IKHWAN BIN ABDULLAHMUHAMMAD FIKRI ADAM BIN MOHD.FADZILNUR RAMIZAH BT HARISSOFEA SHAHIRAH BT MOHD NIZAMSUHAILA BT SHAHUDINWAN NUR HAFIZAH BT WAN ABDUL HANANNUR FARAH NAJWA DAMIA BT MOHAMAD FADZLINUR HAZIQAH BT BADLISAMNUR LIYANA BT ZAKARIANURUL AINNATASHA BT SHAHRILNURUL AIMAN BT ISMAILNUR SYUHADA NAJWA BT MOHD.SHAHRUM

KUMPULAN 9KUMPULAN 10

PN.NORZALILAH BINTI SAAIDEN.MOHD.SAAD BIN ASMUNIMUHAMMAD MUZAMMIR B. MOHD BASIRMUHAMMAD RAMADHAN SHAH B. ASMADIMALIK RIDUAN B. ISHAKMIFZAL NAFIS B. ROSLANMUHAMMAD AIMAN B. HAIRULNEZAMMUHAMMAD ZULKARNAIN B. SUHAIMIMUHAMAD DANISH FARHAN B. AHMAD RIZALMUHAMMAD FARID HAIKAL B. SAHARUDDINMUHAMAD FIKRI B. AMINMUHAMMADA KHAIRUL HAKIMI B. SHARINMUHAMMAD IZZAT BIN ADNANMUHAMMAD NOR AIMAN BIN MAZRISITI NAJWA BT MOHD AZMAWIAISYA SUFFIYYAH BINTI AZHARIIMAN BT AHMAD KHUSAIRINOR ALYA AMIRA BT JEFRISITI NOR BALQIS BT YAMILSITI NISRINA NABIHAH BT NORAZLIADLINA SYAUQINA BINTI MOHD.ARIMANALYSHA SOFIA BINTI ZARUL AZLANNOR AINA FARISHA BINTI SYAMSUDDINNOR SHAFIYNA NABILA BINTI MOHD.SHARIF

KUMPULAN 11KUMPULAN 12

EN.MOHD.FIKRI BIN MOHTARPN.NORAISA BINTI ISANIK MOHD HAFFIS AL HAFIZ B. NIK AZMIRAJA SHAHRUL IKHWAN B. RAJA SHAIFUDINMOHAMAD AZIM B. MOHD NAPIMUHD FAKHRUL HAKIMI B. MOHD ISHAMUHAMMAD HAZIQ B. ZAINI AZHARMUHAMMAD HAZIQ B. SUWARDYMUHAMMAD HAKIM B. HAMIZIMUHD HAZMI B. ABU BAKA @ ABU BAKARMUHAMMAD IDHAM B. SHUKRIMUHAMMAD IRFAN B. RAMLIMUHAMMAD SHAHMI BIN MURADNIK MUHD HAKIMI BIN NIK ABDUL JABARNURUL AMIERA NAJWA BINTI HAMNIZAMRAMIZAN BT AHMAD TAJUDDINNOR AMIRA MASITAH BT MUSTAFANUR SAFIRA KHAIRINA BT ABDUL RANINUR FARISHA ELLYANA BT RUZUWAN FAIRINGNOR SYAFIYYA NALISYA BT MOHD SHARIFNUR FARISHA NABILA BINTI MOHD.ISHANURKYLERR ERIESSYA BINTI JAFRINURUL AIN NADZIRAH BINTI HAMNIZAMN. FARIZA ADRIANA BINTI RUZUWANFAIRING

KUMPULAN 13KUMPULAN 14

PN.ZAHIRAH BINTI MOHD.TAHEHEN.ABDUL FATAH BIN ABU BAKARABDUL LATIF B. ZAKARIAAHMAD FIRHAN HAKIMI B. MOHD FADZILMUHAMAD SHUKRIE B. ZULKARNAINZULKIFLI B. ISHAKMUHAMMAD SHAHDAN B. SHARINMUHAMMAD SYAFIK B. ADNANMUHAMMAD ISMA IRFAN B. ISHAKMUJAHID B. AHMAD KHUSAIRIMUHAMAD IRFAN AFIQ B. SYAMSUDDINMUHAMMAD RIDZUAN B. MUHAMAD NAZRISIDDIQ HAIEQAL BIN SABARUDIN ALAMSHAFATIN ATHIRAH BINTI OMARNURUL SYAZLYANA BT MISMANNURUL ELANIS BT RADZUANSITI NAJLA BT MOHD AZMAWISITI NOR QISTINA ADLINA BT SYEIKH ALWISITI NUR SYAFIQAH BT MOHD YUSUFNUR ALYA NATASHA BT NASARUDDINSITI NOR HAZWANI BINTI HALIMSITI SYAUQINA MUZFIRAH BINTI SUHAIRI

KUMPULAN 15KUMPULAN 16

PN.NOHAYATI BINTI TAHIREN.SABRI BIN IBRAHIMMEGAT AMIR AIZAT B. MEGAT SHUKRIMOHAMMAD AFDHAL B. MOHAMAD SUHAILIMUHAMMAD HAZIQ B. SHARINMUHAMAD SHAMEER B. MAT RASIDMUHAMAD ZAIRI B. ZAKARIAADAM HAMIZAN B. AHMAD DAOTMUHAMMAD SYAZWAN B. SHAHUDINMOHD SYAFIQ EZANI B. TAN EZEMIABDUL RAHIM BIN ISMAILAMIRUL HAIKAL BIN NOR AZLIHAJAR MAISARAH BT MOHD AZAHANKHAIRUNNISA BT ABDUL AZIZNUR MUNIRAH BINTI AZHARINUR ASMA HUSNA BT ZAINALNUR AISYAH BT MURADNUR SYAKILA BT GHAZALIWAN NUR HANISAH BINTI WAN ABDUL HANANNUR AFIQAH DAHLIAH BINTI MOHD.RASIDINUR ALIA FATIHAH BT CHE SAIPOLLIZANURUL ZULAIKHA BINTI MOHD.MAHAYUDIN

KUMPULAN 17KUMPULAN 18

CIK EFFA IZZATI BT ABDULLAHCIK SITI NORAIDA BT YAAKOBMOHAMAD FAZRIZAL SHAH B. SHAHUDINMOHD SHAHRUL AIMAN B. NASARUDDINMUHAMMAD MUZAMMIR B. MOHD BASIRMUHAMMAD FAIZUDDIN B. MOHD ISHAISMA DANIEL HAKIM B. ROSLANMOHAMAD AMIRUL ASHRAF B. ZAINALMUHAMAD AZMIL IZZAT BIN MOHD.NIZARMOHAMAD IRFAN BIN NOR AZHARMUHAMMAD ABU BAKAR ASSIDDIQ BIN HELMIMUHAMMAD ADAM SHAH BIN ABDUL HALIMLABIBA BT AHMAD KHUSAIRINABIHAH BT BADLISAMNOR ALYA AIDA BT JEFRINOR SURAYA BT MOHAMADNURUL AMIRA NATASHA BT TAN EZEMIMUSLIYAH ATIQAH BT ISMA MUSTAKIMNURUL HAZUREEN BT ABD HALIMNOR AYUWANI NABILA BT MOHD RADUAN NUR AIN IZATI BINTI ROSLINURUL ALEEYA BINTI ZAINIMUSLISAH ALIYA BT ISMA MUSTAKIMNURUL BALQIS BINTI MOHD.IDRIS HISHAM

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI NEREK28030 TEMERLOHPAHANG DARUL MAKMURTEL/FAX: 09-2986751 Email : [email protected] Ruj.Tuan: Ruj.Kami: CBA 9055.100-18/1/1 ( 04 ) Tarikh: 04 April 2014

Mohamad Arif bin Abdul RaniUnit Ko Kurikulum Jabatan Sains SosialIPG Kampus Tengku Ampuan AfzanKuala Lipis, Pahang

Tuan

JEMPUTAN BINA INSAN GURU SEMPENA PROGRAM SAYANGI SURAU SEKOLAH KITA

Dengan hormat dan sukacita perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sehubungan dengan itu, majlis pelancaran program berkenaan seperti ketetapan berikut.

Tarikh: 12 April 2014 ( Sabtu )Masa: 8.00 pagi 6.30 petangTempat : Surau SK LKTP Sungai Nerek.

3.Tuan dijemput hadir sebagai pensyarah pembimbing bagi Program Bina Insan Guru (BIG) kepada pelajar PPG Semester 6 ambilan Februari 2012 di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis iaitu:

1. Norhayati Binti Ismail ( 720510-06-5476 ) PIM 3

2. Hassuzana Binti Mat Diah ( 721231-06-5486 )- PSV

4.Kerjasama dan kehadiran tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...................................( ZAITON BINTI SIDIN) Guru Besar, SK LKTP Sungai Nerek, 28030 Temerloh.

LAPORAN AKTIVITI

SEBELUM AKTIVITI DIJALANKAN

Pada 04 April 2014, semua guru telah menerima surat panggilan mesyuarat yang akan diadakan pada 07 April 2014 (Isnin). Surat tersebut menyatakan tentang satu mesyuarat berkaitan Program Sayangi Surau Sekolah Kita.

Pada 07 April 2014,semua guru dan kakitangan SK LKTP Sungai Nerek telah menghadiri mesyuarat yang membincangkan berkaitan Program Sayangi Surau Sekolah Kita. Mesyuarat tersebut membincangkan Program Sayangi Surau Sekolah Kita yang akan bemula pada hari hari pelancarannya iaitu 12 April 2014 hari Sabtu. Semua guru serta murid akan dibahagikan kepada 18 kumpulan mengikut aktiviti yang telah ditetapkan untuk menjayakan program ini.Setiap kumpulan terdiri daripada 14 hingga 15 orang murid dan diketuai oleh seorang guru. Guru sebagai pembimbing bagi murid-murid tersebut menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan.

Diantara aktiviti yang akan dibuat pada hari pelancaran ialah menanggalkan carta-carta lama yang ditampal di surau, membersihkan sawang-sawang di sekeliling surau, menyusun sejadah, telekung, carta-carta dan Al Quran, menyapu sampah,membuat carta organisasi surau, mengemaskini papan putih di depan dan belakang surau dengan alas plastik yang baru.

Aktiviti yang akan dilakukan sepanjang program berlangsung ialah mengecat dinding surau, menampal semula carta=carta baru, menulis beberapa potongan kata-kata hikmat dan hadith di dinding surau menggunakan tulisan Khat Jawi.

SEMASA AKTIVITI

Pada 12 April 2014, jam 8.00 pagi bermulanya Majlis Pelancaran Program Sayangi Surau Sekolah Kita. Guru-guru serta murid berkumpul di tapak perhimpunan bagi pendaftaran kehadiran. Setelah selesai pendaftaran, murid diberi taklimat perjalanan program. Murid dibahagikan kepada 18 kumpulan beserta dengan seorang guru pembimbing. Setiap kumpulan akan diberi satu aktiviti yang akan dijalankan sepanjang hari tersebut.

Diantara aktiviti yang akan dijalankan ialah menanggalkan carta-carta lama yang ditampal di surau dan menampal semula carta-carta baru, membersihkan sawang-sawang di sekeliling surau, menyusun sejadah, telekung, carta-carta dan Al Quran, menyapu sampah,membuat carta organisasi surau, mengemaskini papan putih di depan dan belakang surau dengan alas plastik yang baru serta menanggalkan langsir dan tabir lama. Pada pukul 9.00 pagi setiap kumpulan memulakan aktiviti gotong royong mengikut kumpulan masing-masing.

Majlis berhenti rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Setiap ahli kumpulan menjalankan aktiviti kumpulan masing-masing sehingga selesai. Lebih kurang pukul 1.00 tengahari, majlis berhenti rehat untuk makan tengahari serta solat zohor. Guru serta murid mengadakan solat zohor berjamaah di surau sekolah.

Setelah selesai makan tengahari serta menunaikan solat zohor berjamaah, murid dan guru berkumpul semula di surau untuk sesi refleksi. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil untuk menceritakan semula pengalaman masing-masing sepanjang aktiviti gotong-royong yang diadakan pada hari tersebut. Kebanyakan daripada mereka merasa seronok dengan aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Aktiviti yang tidak dapat diselesaikan pada hari tersebut akan di teruskan hingga ke majlis penutupan iaitu pada hari Jumaat 04 Julai 2014. Diantara aktiviti yang akan diteruskan ialah mengecat di dinding surau serta menulis kata-kata hikmat dan beberapa potong hadith di dinding surau menggunakan tulisan khat Jawi.

Pada pukul 4.30 petang, majlis berhenti rehat, minum petang serta solat Asar berjamaah. Majlis pelancaran ini berakhir dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar. Majlis bersurai pada pukul 6.30 petang.

Setelah selesai majlis pelancaran, beberapa aktiviti yang belum selesai masih diteruskan lagi pada waktu-waktu lapang seperti pada sebelah petang atau hari Sabtu. Aktiviti mengecat dinding serta menulis kata-kata hikmat serta potongan-potongan hadith hanya dilakukan oleh guru-guru serta murid tahap dua sahaja, iaitu murid tahun empat, lima dan enam sehinggalah selesai.

Pada hari penutupan iaitu hari Jumaat 04 Julai 2014, majlis hanya diadakan semasa perhimpunan pagi sahaja memandangkan ianya dalam bulan Ramadhan. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah, nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Negeri Pahang dan nyanyian Lagu Sekolah. Kemudian diikuti dengan bacaan Doa, bacaan Ikrar Pelajar dan Ikrar Rukun Negara.

Guru bertugas mingguan iaitu Puan Norhayati binti Ismail memulakan ucapan alu-aluan kemudian diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama dalam menjayakan Program Sayangi Surau Sekolah Kita. Sekarang kita telah melihat hasilnya surau kita yang begitu ceria berbanding dengan sebelumnya. Beliau juga telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada beberapa orang pelajar yang berkorban masa dan tenaga mereka membantu guru-guru menyiapkan aktiviti-aktiviti di dalam program ini. Mereka sanggup hadir ke sekolah pada sebelah petang dan hari Sabtu untuk menyiapkan projek ini. Beliau mengingatkan juga kepada guru-guru dan murid-murid berkaitan aktiviti yang akan disusun untuk program yang akan datang bagi menghidupkan surau sekolah kita.

SELEPAS AKTIVITI

Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dijalankan dengan baik dan teratur. Selepas program ini berakhir diharap semua murid dan guru dapat menjadikan amalan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan berterusan sepanjang tahun. Segala amalan dan kerjasama yang diberikan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran daripada Allah Taala.

REFLEKSI

KEKUATAN PROGRAM

Kekuatan yang dapat dilihat melalui program ini ialah murid serta warga sekolah dapat bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan baik dan lancar. Dengan program ini juga dapat melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi dan terpuji seperti tolong menolong, bekerjasama, bantu membantu sesama mereka, guru-guru atau masyarakat sekelliling.

KELEMAHAN PROGRAM

Kelemahan sepanjang program Sayangi Surau Sekolah Kita ini berlangsung diantaranya ialah bagi murid tahap satu iaitu tahun satu, dua dan tiga, mereka perlu disuruh satu persatu untuk melakukan satu-satu kerja. Ramai diantara mereka memerlukan bimbingan dari guru-guru untuk melakukan sesuatu kerja. Kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang lama seperti mengecat serta menulis kata-kata hikmah dan potongan-potongan hadith pula hanya dapat disertai oleh beberapa orang guru dan murid sahaja. Ini adalah kerana mereka perlu dating pada waktu petang atau pada hari Sabtu.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Diantara cadangan penambahbaikan pada masa akan datang ialah selain melaksanakan aktiviti keceriaan, Panitia Pendidikan Islam perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti bersama murid di surau sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut perlulah dirancang dan disusun mengikut Taqwim Persekolahan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu mestilah berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran murid-murid atau berkaitan Ko Kurikulum seperti contoh solat zohor berjamaah, bacaan yassin, solat hajat dan sebagainya. Aktiviti yang hendak dijalankan mestilah melibatkan semua murid dari tahun Satu hingga tahun Enam.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua warga sekolah termasuk guru dan murid dapat menghayati nilai-nilai murni yang terdapat sepanjang program ini berlangsung seperti, bekerjasama, tolong-menolong, bantu membantu serta sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan. Nilai-nilai murni ini mestilah dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Semoga setiap program yang dijalankan di sekolah ini akan melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Sekian.

JADUAL PROGRAM8.00 9.00 pagiPendaftaran dan taklimat program9.00 10.00 pagiProgram Sayangi Surau Kita- Gotong-royong menceriakan surau10.00 10.30 pagiRehat10.30 1.00 tghariSambung gotong royong menceriakan surau.1.00 2.30 petangMakan tengahari dan solat zohor2.30 4.30 petangRefleksi berkaitan kelemahan dan kekuatan program4.30 5.00 petang Rehat dan Solat Asar5.00 6.30 petang Majlis penutup

5