nasi2.docx

26
Nasi2 Nasi dagang Versi 1 Bahan-bahan ( 5 - 6 orang ) 2 cawan beras nasi dagang 1 cawan beras pulut 1 1/2 cawan santan sederhana pekat 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 2 sudu teh halba Garam dan gula secukup rasa Cara-cara 1. Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan. 2. Rendamkan juga halba untuk seketika saja. 3. Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak. 4. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia. 5. Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan.

Upload: rabiatul-adawiyah

Post on 06-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nasi2.docx

Nasi2

Nasi dagang

Versi 1

 

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

2 cawan beras nasi dagang

1 cawan beras pulut

1 1/2 cawan santan sederhana pekat

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1/2 inci halia

2 sudu teh halba

Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1.Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 -

6 jam. Toskan.

2.Rendamkan juga halba untuk seketika saja.

3.Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi

sehingga separuh masak.

4.Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.

5.Perasakan santan dengan garam dan gula.

Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga

halba ke dalam santan.

Page 2: Nasi2.docx

6.masukkan beras separuh masak tadi ke dalam

bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan

sehingga benar - benar sebati.

7.Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam

periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak

(kredit: yati373)

 

 

Versi simple - Guna rice cooker

 

1 kg beras lembut(nasi dagang) 

Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan

nasi-1 1/2 ruas jari) 

1 sudu garam 

sejemput halba 

1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang 

5 ulas bawang merah dihiris 

3 ulas bawang putih dihiris 

 

 

Cara: 

1. Bersihkan beras.Masukkan beras, halba dan bahan

hiris ke dalam rice cooker. 

2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua

bahan. Masukkan garam 

3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak 

Page 3: Nasi2.docx

4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh

dihidangkan.

 

Kredit: Pakar masakan, Juariah Hj Yunus

@ http://juariahhjyunus.fotopages.com

 

 

GULAI IKAN AYA NASI DAGANG  

 

Bahan - bahan:

 

1. 2 ekor ikan tongkol sederhana besar -  dipotong2

2. 4 keping asam keping

3. garam

4. sedikit air

5. sedikit gula melaka

 

Cara:

 

rebus ikan bersama bahan2 diatas.

 

 

Bahan2 untuk Kuah

 

1. 1 labu bawang besar*

2. 3 ulas bawang merah*

3. 4 ulas bawang putih*

Page 4: Nasi2.docx

4. 1 inci halia*1 inci lengkuas*

5. 1 inci kunyit hidup*

6. 10 tangkai cili kering*

7. Santan

8. garam

9. 1 keping Asam keping

10. sedikit gula melaka

11. perasa

12. cili hijau

13. 1 peket kecil serbuk kari ikan adabi

14. sedikit minyak untuk menumis

 

 

Cara - Cara

1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur

2. kemudian  tumis sehingga wangi

3. selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2

seketika

4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.

5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili

hijau.

6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg

sederhana,

7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan

perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili.  

8. Try test rasa :-)

 

Page 5: Nasi2.docx

kredit: embunrosaliza.blogspot.com 

 

SAMBAL NYIUR NASI DAGANG

 

1/2 biji kelapa parut

3 ulas bawang putih dihiris 

4 ulas bawang merah dihiris 

4 batang serai dihiris 

4 ekor ikan rebus diambil isinya saja 

 

Cara: 

1. Sangrai kelapa parut bersama bawang putih, bawang

merah dan serai sehingga garing dan

kekuningan. menjadi kerisek 

2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan 

3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal

kerisek tadi. siap.

 

Kredit: Pakar masakan, Juariah Hj Yunus

@ http://juariahhjyunus.fotopages.com

 

UNTUK ACAR MENTAH, CARI RESIPI DI NOTES LPKMK.

 

SELAMAT MENCUBA, WALAU DIMANA ANDA BERADA!

Page 6: Nasi2.docx

nasi dagang

kelantan. bila kali terakhir anda memakannya? (kredit:

[email protected])

Nasi Ayam spesel

[email protected]

resepi ni dari majalah wanita simpanan mak jun..dah lama laa

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Untuk rebus

-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)

- 2 ulas bawang putih

- 2sm halia yg diketuk

Untuk perap

>1 sudu besar kicap pekat

>1 sudu besar sos tiram

Page 7: Nasi2.docx

>1cm halia

>2 ulas bawang putih

>sedikit kicap cair

Untuk nasi

- 5cwn beras

- 3 sudu besar butter

- 1cm halia- ditumbuk

- 4 ulas bawang putih -ditumbuk

- air rebusan ayam tadi secukupnya

- sedikit garam.

Bahan sos

> 5biji cili merah

> 5 ulas bawang putih

> 2cm halia

> 1 sudu teh cuka, garam, gula

> 1/2 cawan air

Untuk sup

@lebihan air rebusan ayam

@1 biji bawang besar kisar

@rempah sup

@garam

@daun sup yg dihiris.Cara-cara

1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih

yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras,

terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak

sebentar (jika suka)

5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

p/s:letak madu skit lam ayam

Nasi ayam madu

[email protected]

Page 8: Nasi2.docx

cepat,mudah dan sedap

 

2654Share

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 cawan beras

1/4 bawang besar

2 sudu mentega

sehelai daun pandan

2 kiub ayam

madu

kicap pekat

1/2 ekor ayam

1 sup bunjut adabi

sos tiram

1/2 sudu serbuk lada putih

1/2 inci halia

3 ulas bawang putih

[hiasan]

daun bawang

daun sup

bawang goreng

daun salad/timunCara-cara

1. Bersih ayam. Potong ikut suka

2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang

3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak

4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun

pandan. Masak seperti biasa.

5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh

6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam

tadi

Nasi Paella (Spanish Rice)

[email protected]

Masakan nasi cara tradisi Sepanyol dari kawasan Mediterranean dengan bahan-bahan yang mudah

diperolehi di Malaysia yang beriklim tropika. Periuk yg sesuai ialah yg leper sikit, tapi kalau takde hentamlah

Page 9: Nasi2.docx

periuk apapun...Mengandungi 3 jenis sumber protien:- ayam, udang & sotong. Sesuai untuk makan tengahari

ataupun masa birthday party. Topping seafood yg beraneka jenis kat atas tu boleh menggoda sesiapa sahaja

yang melihatnya. (simple, sedap dan gerenti jadi punyalah...!)

Created on : 25-03-2012

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi readzone

 

13Share

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

Bahan A (Menumis):

1 labu bawang besar - potong dadu

1 ulas bawang putih - cincang

2 inci halia - diketuk

Bahan B:

4 pot beras - basuh dan tos

1 kiub pati ayam - dilarutkan dalam air yg cukup utk masak nasi 4 pot

200 gram isi ayam - dihiris nipis

200 gram udang - dibuang kulit

200 gram sotong

1 biji cili merah - dicincang ( kalau ada capsicum merah & hijau lagi sesuai)

2 biji tomato - dicincang

3 sudu marjerin

2 sudu minyak masak

1 pokok daun sup - dicincang

1/2 sudu teh serbuk kunyit (menggantikan saffron yg mahal dan susah nak cari)

garam secukup rasa (biasanya 1-2 sudu teh dah cukup cantik)

1 biji kecil - limau kasturi/ limau nipisCara-cara

1. Gunakan kuali, panaskan marjerin

2. Goreng udang dan sotong. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Kemudian letak periuk di atas dapur, tumiskan Bahan A dengan minyak hingga naik bau.

4. Masukkan isi ayam. Kacau rata.

5. Masukkan larutan kiub pati ayam, serbuk kunyit dan garam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih.

6. Masukkan beras, tomato, cili dan perahan limau. Kacau sedikit, tutup periuk dan biarkan ia sehingga masak.

Pastikan api kecil.

7. Apabila nasi dah masak, taburkan daun sup, udang dan sotong. Masakkan sekejap.

8.

 Akhir sekali bila dah masak, angkat periuk dan terus letak diatas meja. Bolehlah dihidangkan untuk seisi

keluarga. Beginilah rupanya nasi paella bila dihidangkan atas pinggan...

Page 10: Nasi2.docx

9. Nak lagi best, hidangkan dengan fresh oren / ribena...tengah-tengah hari kalau pekena 

Nasi Arab

[email protected]@myresipi.com

Nak masak dgn mudah dan sedap. Setakat ni, cara inilah yg paling simple saya dapat! Saya gunakan lebih

sup tulang masak semalam....

Created on : 12-03-2011

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi [email protected]

 

880Share

Bahan-bahan ( 3-4 org )

*1/2kg tulang lembu (kalo ada daging sikit lagi elok!)

*2 bungkus sup bunjut adabi

*2 biji bawang besar belah 6

* garam secukup rasa

# 4 ketul ayam/daging

# 1 sudu besar rempah beriani

2 cawan beras basmathi special (saya guna brand faiza moghul basmathi super special RM8.90 sekilo kalo

tak silap) 1 biji bawang besar potong dadu

4 sudu makan minyak sapi untuk menumis

5 biji lada hitam

2 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih

Rempah bunjut sup tulang (bunjut dibuka dan dikisar halus dengan kuah sup atau tumbuk halus)

3 cawan sup tulang

1 biji tomato dipotong dadu

Pewarna kuning (jika suka)Cara-cara

1. *Untuk sup tulang : Rebus semua bahan-bahan bertanda * dengan air (sama macam rebus untuk buat sup

tulang laa.....)

Page 11: Nasi2.docx

2. # Untuk Ayam/daging : Perap bahan bertanda # selama 30 minit ---Alternatif : Rebus semasa nak tumis sup

untuk buat nasi (langkah 5)---

3. Beras direndam 20 minit dan ditoskan

4. Panaskan minyak sapi dan tumis lada hitam, pelaga, cengkih, bawang besar, tomato dan rempah bunjut

yang telah dikisar sehingga garing.

5. Masukkan sup tulang dan biarkan mendidih seketika (5-10 minit)

6. Beras dan ayam/daging perap diselangselikan dalam periuk nasi

7. Tuang sup yang telah ditumis tadi ke dalam nasi periuk. (Biasanya 2 1/2 cawan @ 3 cawan sup dah

mencukupi untuk pastikan nasi ni masak)

8. Bila dah kering boleh letak warna kuning (macam pewarna nasi beriani) dan biarkan seketika tanpa

dikacau/gaul.

9. Sedia untuk dihidang

NASI KERABU ASLI KELANTAN

No picture

MASAKAN IBU

Created on : 28-12-2010

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hani14

 

29Share

Bahan-bahan ( 2 - 4 )

untuk nasi

nasi putih

pewarna warna biru(kalau boleh guna bunga lagi elok) warna semulajadi

daun limau purut

Klik di sini untuk isi bahan

untuk tumis

budu

daun limau purut

serai

Bahan sambal

8 ekor ikan kembung (lg byk ikan lagi sedap)

1 cawan kelapa parut yang telah digoreng

3 ulas bawang merah

sedikit lada hitam

sedikit halia

garam / gulaCara-cara

1. beras dimasak seperti biasa tetapi tambahkan pewarna biru dan daun limau purut didalamnya dan dimasak

seperti biasa.

Page 12: Nasi2.docx

2. untuk tumis nya pula masakkan budu bersama serai dan daun limau purut sehingga masak dan masukkan

sedikit gula melaka

Nasi Bukhari

[email protected]

Hidangkan bersama Ayam Masak Merah dan Dalca...

Created on : 07-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi DianaA

 

147Share

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

1 kg beras basmati, dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan

900 ml air

1/2 tin susu cair

1 cawan sayur campur

3 biji bawang besar, dihiris

10 biji bawang putih, dikisar

2 inci halia, dikisar

1 batang kayu manis

4 kelopak bunga lawang

4 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

1 senduk minyak sapi

bawang goreng, untuk hiasan

garam secukup rasaCara-cara

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula

bawang putih dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.

2. Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.

Page 13: Nasi2.docx

3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Masukkan sayur campur dan gaul rata. Angkat

periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Taburkan atas nasi dengan bawang goreng. Tutup

dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak tabur bawang goreng dan hidangkan.

4. Nota: Diana lebih suka gunakan periuk nasi untuk memasak, jadi belah bawah periuk tidak hangus kerana

periuk nasi jenis non-stick kebanyakkannya. Gunakan senduk kayu bila memasak untuk elak periuk non-stick

bergaris. Jangan terlalu kacau beras sewaktu ia nak masak, cukup sekadar semua bahan2 serata. Ini untuk

mendapatkan nasi yang tidak patah-patah.

Nasi minyak

[email protected]

Resepi dr mak sy..

Created on : 30-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mrsdayat

 

466Share

Bahan-bahan ( 4 org )

4 cwn beras basmathi

6 cwn air(ikut jenis beras)

1-2 biji bwg besar (hiris)

2" halia (hiris)

3-4 biji bwg putih (hiris/tumbuk)

1 cwn susu cair

sedikit minyak sapi utk menumis

sedikit garam

sedikit rempah tumis

sedikit pewarna kuning

2 helai daun pandan

sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasanCara-cara

1. mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan

Page 14: Nasi2.docx

2. dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau

3. masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam

dan daun pandan.

4. bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak

5. bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.

6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan

Nasi Beriani Ringkas

Mat [email protected]

Mudah dan ringkas

Created on : 31-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Mat Gebu

 

1929Share

Bahan-bahan ( 6 - 7 orang )

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan

1 tin kecil minyak sapi (ghee)

1 tin susu sejat (susu cair pun ok)

3 biji bawang besar, dihiris halus

5 ulas bawang merah*

5 ulas bawang putih*

2 inci halia*(*dikisar halus)

1 batang kayu manis

1 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

4 biji buah pelaga

2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan

Segenggam daun ketumbar

Segenggam bawang goreng

1/2 cawan gajus

1/2 cawan kismis

Page 15: Nasi2.docx

Secubit koma-koma, direndam dalam sedikit air panas

1 kiub ayam maggi

Garan secukup rasa

Air mengikut sukatan beras (boleh dilebihkan 1/2 tin susu air jika perlu)Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan

buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan2 kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak

hingga gajus perang.

2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa).

Biarkan mendidih.

3. Tuang no.02 ke dalam rice cooker dan masukkan beras yg telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga

nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau chop stick) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan

tuangkan koma2. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi

betul2 masak.

4. Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus koma2. Jgn

terlebih gaul nanti nasi akan patah2. Seelok2nya gunakan chop stick.

5. Boleh lah dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas. pencuk

nanas. acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing2.

Bubur Nasi Qashira

[email protected]

sekali sekala pekena bubur sedap jugak... Silalah cuba

Created on : 07-05-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi msrohayu

 

10Share

Bahan-bahan ( 3 org )

240 gm beras

Page 16: Nasi2.docx

750 ml air

2 sudu besar minyak sapi

2 ulas bwg besar , 3 ulas bwg putih (dicincang halus)

1 cm halia

1 helai daun pandan

2 kpg dada ayam (potong dadu)

100 gm daging kisar

1 sudu besar rempah kari daging

1 sudu makan lada putih

500 ml santan pekat

1 bunga lawang, 3 bunga cengkih, 1 kayu manis

5 biji buah pelga

1 helai daun ketumbar

1/2 sudu teh stok ayam (kalau suka)Cara-cara

1. Masukkan beras dan air, masak atas api sederhana sehingga lembut

2. Kemudian panaskn minyak sapi dlm kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, halia.

3. Masukkan daging kisar dan ayam yg telah dipotong dadu tadi.

4. Selepas itu baru masukkan serbuk lada putih dan serbuk kari, daun pandan, perasa ayam dan garam

secukup rasa.

5. Bila sudah masak, campurkan semua bahan yg ditumis tadi kedalam periuk rebusan bubur.

6. Bila bubur sudah hampir masak, masukkan santan dan masak hingga pekat.

7. Bolehlah dihidangkan dgn hirisan daun bawang dan daun sup. Taburkan juga bawang goreng. Rasanya lebih

umpphh sekiranya dimakan dengan kicap pedas.

Bubur Nasi Western

[email protected]

resipi orang demam... hehehe

Created on : 06-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi 14sept

 

99Share

Page 17: Nasi2.docx

Bahan-bahan ( - )

2 pot beras atau lebihan nasi

1 paket western Soup MAGGI Cream of Chicken

1 paket western Soup MAGGI Cream of Mushroom

Air secukupnya (terpulang nak cair atau pekat)Cara-cara

1. Basuh beras. Isikan air ke dalam periuk bersama beras tadi. Kalau nasi, tak perlu basuh hanya masukkan air

ke dalam periuk.

2. kemudian masukkan serbuk Cream of Chicken dan Cream of Mushroom dan sebatikan jangan sampai

berketul.

3. kemudian masak sehingga kembang.

4. Dah siap bolehlah dihidang dengan telur masin, ikan masin dan sayur kangkung goreng belacan :)

Resepi nasi kukus ala mamak boleh aku bagi, kalau nak kukus kena1:1 antara air & beras.

paling mudah masak nasi ialah dgn cara kukus.

mula2 tumis & didihkan bahan2 yg aku bagi ni,

Panaskan minyak (minyak sayuran) dlm periuk dan tumis 1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih dan 2 biji bunga lawang serta 1 btg seraikemudian masuk air dan garam secukup rasa (air kena bagi masin sikit )masak sehingga mendidih dan tutup api.

masukkan air kedalam steamer, didihkanmasukkan beras kedalam bekas (loyang) dan sukat air 1:1 dgn beras bersama daun pandan.tutup steamer tersebut biarkan masak 45min kemudian baru buka, dan nasi kukus andasudah siap.

AYAM BEREMPAH MAMAK PENANG. 

Bahan-Bahan:Seekor Ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10 (potongan Nasi Kandar).4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.2 Sudu besar Tepung beras.1 Sudu besar Tepung jagung.1 Sudu kecil serbuk lada putih.1 Sudu kecil Serbuk kunyit.2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2? (inci).3 Tangkai daun kari dipotong halus.1 Kg. Minyak untuk goreng.Garam Secukup untuk dirasa.

Cara penyediaan:

1. Bersihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari,cili kering, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.

Page 18: Nasi2.docx

2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.

4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.

5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan.

Ayam Goreng Berempah

Page 19: Nasi2.docx

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan5 ulas bawang putih**2 biji bawang besar**1 inci kunyit hidup**1 inci halia**5 batang serai**1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)****ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging1 sudu besar serbuk cili1 sudu teh serbuk kunyit3 sudu besar tepung jagung1 biji telur1 tangkai daun kariGaramMinyak untuk menggoreng.

Cara cara:

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap. Perap selama 30 minit.

Page 20: Nasi2.docx

Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.(blh letak jintan manis dan jintan putih)