mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

Click here to load reader

Post on 25-Mar-2016

261 views

Category:

Documents

10 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

BIDANG 2: REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM

2.1. Autonomi AkademikDokumen RujukanLokasi/Pegawai

dirujuk

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.1.1Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam rekabentuk dan penyampaian kurikulum,dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan dokumen sokongan dimana perlu.

Ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum dan dalam peruntukan sumber tertakluk kepada punca kuasa yang diberikan oleh pihak BPTV kepada Kolej Vokasional Manjung. Kolej Vokasional hanya melaksanakan garis panduan pelaksanaan kurikuklum yang telah ditetapkan oleh BPTV yang diuruskan selia oleh Sektor Pengurusan Akademik.

Rekabentuk kurikulum dilaksanakan oleh sekumpulan pensyarah dari beberapa kolej vokasional yang dilantik oleh BPTV sebagai Jawatankuasa Penggubal Kurikulum Program Kolej Vokasional. Ahli jawatankuasa ini merupakan pakar bidang yang diberi tanggungjawab untuk merekabentuk program dan menggubal kandungan kurikulum program ini. Proses penggubalan kurikulum dikawal selia oleh BPTV Sektor Pengurusan Akademik bersama-sama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM dalam memastikan rekabentuk program selaras dengan dasar dan garis panduan yang ditetapkan.

Jabatan ini mempunyai autonomi dalam penyampaian kurikulum seperti dalam aspek penyampaian dan penggunaan sumber.

2.1.2Tunjukkan hubungan antara jabatan dengan senat.

Jawatankuasa Akademik ialah badan yang bertindak sebagai senat di peringkat Kolej Vokasional Seri Manjung. Ahli Jawatankuasa Akademik terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Kolej, Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit dan Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam membuat keputusan, merancang, dan menyelaras pelaksanaan program berdasarkan Peraturan Akademik Kolej Vokasional.

Ketua Jabatan dan Ketua Unit program bertindak memberi maklum balas keberkesanan pelaksanaan, memberi cadangan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan melaksanakan keputusan yang telah ditetapkan oleh senat.

2.1.3Bagaimanakah jabatan memastikan bahawa staf akademik mendapat autonomi yang secukupnya dalam bidang kepakaran mereka?

Pihak pengurusan Kolej Vokasional Manjung memberi kuasa kepada Ketua Jabatan untuk mentadbir urus jabatan bersesuaian dengan keperluan berdasarkan unjuran perjawatan yang telah ditetapkan BPTV KPM. Ketua Jabatan mempunyai autonomi dalam merancang, mengaplikasikan, memantau proses pengajaran dan pembelajaran serta mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada. Ketua jabatan juga bertanggungjawab mengagihkan staf akademik mengikut bidang kepakaran mereka.

Bagi staf akademik, mereka bertanggungjawab dalam menyelaras, merancang dan menilai pembelajaran pelajar selaras dengan objektif pembelajaran dan kemenjadian pelajar berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh BPTV KPM. Staf akademik juga diberi ruang dan peluang secukupnya untuk peningkatan profesionalisme yang diurus selia oleh Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS) Kolej Vokasional Seri Manjung.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.1.4Nyatakan dasar dan amalan jabatan menghadapi kemungkinan konflik kepentingan, contohnya penglibatan staf dalam amalan persendirian, kerja sambilan dan khidmat rundingan

Pengarah Kolej Vokasional Manjung memberi peluang kepada staf menjalankan kerja-kerja perundingan dan ikhtisas mereka setelah mendapat kelulusan dan kerja-kerja ini tidak bercanggah dengan kepentingan kolej dan peribadi.

Namun demikian para pensyarah dan staf tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

2.1.5Apakah rancangan Pemberi Pendidikan Tinggi untuk memperluaskan autonomi staf akademik? Apakah peranan jabatan dalam rancangan ini dan bagaimanakah jabatan menyokongnya?

Kolej Vokasional Seri Manjung memperluaskan autonomi staf dengan mewujudkan ULKS di peringkat Kolej sebagai usaha peningkatan profesionalisme dan inovasi di kalangan staf. Disamping itu staf digalakkan membuat penyelidikan dalam membangunkan kursus atau modul baharu bagi tujuan penambahbaikan program dan juga proses pengajaran dan pembelajaran dengan mendapat sokongan dari BPTV KPM.

Staf juga digalakkan menganggotai badan ndustrynal untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka di samping dapat membina rangkaian hubungan dengan pihak ndustry selaras dengan hasrat BPTV.

2.2Reka Bentuk Program Dan Kaedah Pengajaran-Pembelajaran

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.2.1Jelaskan proses, tatacara dan mekanisme untuk pembangunan kurikulum. Bagaimanakah staf akademik dan pentadbiran terlibat dalam proses ini?

Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) dibangunkan oleh BPTV KPM selari dengan Transformasi Pendidikan Vokasional dan Perancangan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kerangka konsep KSKV direka bentuk berdasarkan input yang diterima daripada pihak industri, komuniti dan para panel yang mahir dalam bidang-bidang berkaitan yang diurus selia oleh BPTV. Kurikulum dibangunkan oleh Jawatankuasa Penggubal Kurikulum yang dilantik oleh BPTV dalam kalangan staf akademik KV mengikut bidang kepakaran mereka masing-masing. Rajah1 menunjukkan Proses Pelaksanaan Pembangunan Kurikulum.

Rajah1: Proses Pelaksanaan PembangunanKurikulum.

Rajah 2: Proses Pembangunan Kandungan Kurikulum

Setiap kurikulum yang dihasilkan akan melalui tatacara berikut:

a) Jawatankuasa Penggubal Kurikulum menggunakan pelbagai maklumat antaranya daripada industri, pertubuhan badan professional dan penandaaras program untuk proses analisa bagi membina Programme Aims (PAI), Programme Educational Objectives (PEO) dan Programme Outcomes (PO) berdasarkan Competency Standards.

i) Sekiranya pemetaan PEO vs PO tidak menepati piawaian, PEO dan PO akan disemak semula.

ii) Berdasarkan kepada pemetaan yang diperolehi, kandungan, jenis penilaian dan penyampaian kursus digubal untuk mencapai Course Outcomes (CO) yang telah dikenalpasti. Analisis CO bersama PO digunakan untuk menghasilkan pemetaan CO vs PO.

iii) Sekiranya pemetaan CO vs PO, tidak menepati piawaian, CO akan disemak semula.

b) Prosedur pemantauan kurikulum dilaksanakan di jabatan melalui pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah oleh Ketua Jabatan, Ketua Unit, dan staf akademik yang dilantik.

c) Pelajar, pensyarah dan industri adalah penyumbang kepada cadangan penambahbaikan kurikulum.

d) Penggubal kurikulum terdiri daripada staf akademik yang dilantik mengikut kepakaran bidang masing-masing.

2.2.2Jelaskan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam penyampaian kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran program.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mencakupi pelbagai pedagogi pembelajaran. Pedagogi pembelajaran seperti kuliah, amali, tutorial, Kajian Kes, projek, pembentangan, kerja kumpulan dan sebagainya diterap dalam proses pembelajaran berdasarkan perancangan yang dibuat oleh para pensyarah. Teaching Outline, Rancangan Pengajaran (RP) dan Rancangan Sesi Latihan (RSL) merupakan perancangan yang dibentuk diperingkat unit dan dilaksanakan oleh para pensyarah dalam Rancangan Pengajaran mereka.

Selain itu, proses pembelajaran program turut memuatkan Production Based Education (PBE) dan School Enterprise (SE) sebagai salah satu kaedah melatih para pelajar dalam bidang perkhidmatan dan keusahawanan. Proses pembelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran atau soft skills para pelajar.

Para pelajar turut didedahkan dengan kaedah pembelajaran berbentuk Latihan Industri iaitu pelajar perlu menjalani latihan di organisasi yang berkaitan dengan program. Latihan ini memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman sebenar dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

2.2.3Tunjukkan bukti bahawa jabatan telah mempertimbangkan permintaan pasaran dan masyarakat terhadap program ini, dan bukti jabatan mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengendalikannya.

BPTV diamanahkan dengan tanggungjawab untuk merancang dan memilih program-program pendidikan yang ditawarkan di Kolej Vokasional dengan merujuk kepada dokumen seperti PEMANDU, RMK10, RMK 11, NKRA, National Rural Education Association (NREA) dan PPPM menyatakan kepentingan masyarakat yang multi-skills dan sumber manusia yang berkemahiran setaraf dengan Negara-negara maju (Rujuk Lampiran C2.1)Kolej Vokasional Manjung menerima surat arahan daripada BPTV Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang yang berkaitan. Pelaksanaan ini sebagai salah satu langkah untuk mencapai matlamat Negara iaitu menjadi sebuah Negara maju menjelang 2020 serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan meningkatkan pendapatan masyarakat.

Dengan adanya program yang dilaksanakan oleh Kolej Vokasional Seri Manjung, diharap dapat melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk mengisi kekosongan tenaga kerja di industri dalam negara. Justeru, pihak pengurusan Kolej Vokasional Seri Manjung telah mengambil langkah memenuhi keperluan tenaga pengajar dan menyediakan infrastruktur yang secukupnya bagi melaksanakan program-program yang berkaitan.

2.2.4Jelaskan bagaimana program boleh meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan kemahiran pemikiran analitis, disamping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Proses pembelajaran program yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional Manjung dilaksanakan secara teori dan amali. Pembelajaran yang dilaksanakan berteraskan PEO dan PO pembelajaran yang terkandung dalam dokumen KSKV. PEO dan PO program mencakupi 8 domain pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Selain itu, Modul Insaniah dan Modul PLKN turut diterapkan kepada para pelajar dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang holistik, berdisiplin, bertanggungjawab, berfikiran positif, berupaya membuat keputusan, dan mampu bekerja dalam satu pasukan dengan lebih efisyen dan efektif.

2.2.5Huraikan kepelbagaian kaedah dan sumber pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik kuliah, di mana pelajar dapat memperoleh ilmu, menguasai kemahiran dan membentuk sikap dan tatalaku sebagai persediaan pembelajaran mereka, perkembangan individu, kerjaya masa depan serta sebagai warga yang bertanggungjawab (contohnya: kokurikulum).

Pedagogi pembelajaran secara teori dan amali sama ada dalam bentuk ceramah, latih tubi, perbincangan kumpulan, serta aktiviti luaran termasuk lawatan industri dilaksanakan untuk mencapai matlamat dan objektif pembelajaran program, dan melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan tenaga mahir negara. Kombinasi dan keseimbangan di antara ilmu pengetahuan dan Kemahiran Insaniah (soft skills) yang diterap dapat melahirkan pelajar yang kompeten dan berdaya saing. Kemahiran insaniah memberi peluang kepada para pelajar mendalami kemahiran komunikasi, pengurusan, penyelesaian masalah, kepimpinan, kerja berpasukan, dan keusahawanan.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan PLKN adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, melahirkan generasi muda yang cergas, membentuk perwatakan positif, serta melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi serta mampu berdikari.

Elemen On Job Training (OJT), Production Based Education (PBE) memberi pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan pelajar mempunyai pendedahan kepada reality dan alam pekerjaan seterusnya berpeluang memenuhi pemintaan dalam pasaran kerja. Konsep School Enterprise (SE) juga memberi penekanan kepada pelajar sebagai persediaan sekiranya mereka ingin menceburi bidang keusahawanan atau berdikari. Kebolehan pelajar mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi untuk menjadi warga negara yang bertanggungjawab.Kebolehan pelajar mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Penggabungjalinan kesemua aspek ini direalisasi dalam program yang dilaksanakan oleh Kolej Vokasional.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.2.6Tunjukkan bagaimana program ini menggalakkan pendekatan pelbagai disiplin dan kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk meningkat dan memperkaya pembangunan peribadi pelajar.

Perkembangan dunia pendidikan yang semakin pesat membawa kesan yang mendalam terhadap kaedah penyampaian pembelajaran maka itu kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi fokus utama di dalam program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Manjung. Setiap kursus yang ditawarkan memberi penekanan kepada 6 aspek Blooms Taksonomy, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Selain itu kemahiran soft skill menjadi pelengkap dalam melahirkan pelajar yang holistik dan kompeten.

Selain itu, Kolej Vokasional Seri Manjung turun menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk memperkayakan pembangunan personaliti dan sosialisasi sebagai persediaan pelajar di alam pekerjaan yang sebenar termasuk aktiviti PBE, School Enterprise dan program inovasi.

2.2.7Tunjukkan bagaimana sumber luaran turut terlibat dalam analisis keperluan program. Tunjukkan juga bagaimana pandangan mereka digunakan untuk menambahbaik program tersebut.

Dalam usaha penambahbaikan dan peningkatan kualiti program ini, Majlis Pemuafakatan Kolej, industri dan alumni merupakan respondan yang memberi maklum balas dan pandangan dalam usaha penambahbaikan hasil pembelajaran program. Maklum balas dan pandangan yang disyorkan akan disalurkan kepada pihak BPTV selaku penggubal kurikulum untuk proses penyemakan dan peningkatan kualiti program yang dilaksanakan selari dengan keperluan semasa.

Maklum balas yang diterima melalui Program Jelajah Industri, Majlis Pemuafakatan Kolej, alumni dan pelajar yang menjalani On-Job Training (OJT) diambil kira untuk pertimbangan dalam meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber yang digunakan dalam program ini.

2.2.8Apakah kegiatan kokurikulum yang memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar di samping memupuk pembangunan peribadi dan tanggungjawab?

Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang holistik dan berketrampilan khususnya dari aspek personaliti dan sosialisasi, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum amat digalakkan. Kolej vokasional mewajibkan pelajar mengikuti modul PLKN. Modul ini dapat melahirkan pelajar yang kompeten dalam kemahiran insaniah, berdaya saing serta memupuk disiplin diri yang tinggi dalam kalangan pelajar. Selain itu modul ini menyediakan aktiviti kemasyaratan yang mampu melahirkan sikap kerja berpasukan, menonjolkan perwatakan dan sahsiah yang baik serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam masyarakat majmuk.

2.3. KANDUNGAN DAN STRUKTUR KURIKULUM

2.3.1Klasifikasikan mata pelajaran ( berikan maklumat, di mana berkenaan pada Jadual 1):

Jadual 1 : Komponen Program dan Nilai KreditBil

Klasifikasi Kursus

Nilai Kredit

Peratus

1.

Kursus Insaniah

1820%

2.

Kursus Vokasional

50

56%

3.

Product-Based Education/School Enterprise

2224%

4.

Industrial training (OJT)

Total Credit Value

90100%

2.3.2Senaraikan mata pelajaran beserta klasifikasinya yang ditawarkan dalam program. Susun mengikut tahun dan semester seperti di Jadual 2

Modul dan klasifikasi yang ditawarkan dalam program boleh dirujuk Lampiran Jadual 2 : Senarai Kursus/Modul yang ditawarkan di dalam Program

2.3.3Maklumat asas setiap kursus/modul (Berikan maklumat, di mana berkenaan dalam Jadual 3)

Maklumat asas setiap modul boleh merujuk Lampiran Jadual 3 : Maklumat Setiap Modul Dalam Program

2.3.4Apakah rancangan jabatan untuk menilai program secara berkala agar sentiasa standing dengan perkembangan saintifik, teknologi dan perkembangan ilmu disiplin berkenaan, di samping memenuhi keperluan masyarakat?

Pada dasarnya BPTV akan membuat penilaian program selepas satu kitaran graduan. Semakan semula kurikulm akan dilakukan dengan mengambilkira pandangan serta keperluan pihak berkepentingan.

Pihak jabatan akan menyalurkan maklumat berkaitan dan saranan keberkesanan hasil pembelajaran program kepada BPTV jika diperlukan.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.3.5Tunjukkan bukti bahawa jabatan mempunyai mekanisme untuk memperoleh perkembangan terkini dalam bidang pengajian.

Selaras dengan pembangunan industri, pihak jabatan menjalankan program pembangunan untuk memberi peluang kepada staf meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Program pembangunan seperti Lawatan Sambil Belajar, lawatan industri seminar, perbengkelan, kursus, dan sebagainya dilaksanakan untuk meningkatkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kolej di lengkapi dengan kemudahan ICT untuk keperluan staf akademik mencari maklumat terkini dalam bidang pembelajaran mereka.

2.4. PENGURUSAN PROGRAM

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.4.1Lampirkan contoh Buku Panduan Pelajar, Buku Panduan Pengajian, Pelajar dan Buku Panduan Projek Pelajar yang mana berkenaan.

Pihak BPTV dan Kolej Vokasional Seri manjung ada menyediakan Buku Panduan Pelajar berhubung aspek peraturan, pentaksiran dan pelaksanaan program.

Rujuk Lampiran: Buku Peraturan Akademik, Panduan Pentaksiran Kolej Vokasional, Peraturan Disiplin

2.4.2Jelaskan bagaimana pengurusan akademik program dijalankan, termasukyang berkaitan dengan pembangunan kurikulum, pengurusan program dan maklumbalas pelajar.

BPTV Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan bahagian yang bertanggungjawab merekabentuk dan membangunkan kurikulum program. Para pensyarah yang berkepakaran dalam bidang berkaitan program akan membuat semakan terhadap kurikulum dan menyarankan penambahbaikan ke BPTV.

Di peringkat Kolej Seri Vokasional Manjung, Jawatankuasa Akademik akan mentadbir urus pelaksanaan program dengan membuat pemantauan dan keputusan yang berkaitan dengan pembelajaran dan pentaksiran. Pihak jabatan akan melaksanakan perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan secara langsung khusus dari aspek pengajaran dan pembelajaran serta keberhasilan pembelajaran pelajar.

Manakala para pelajar menyampaikan maklum balas melalui Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar.

2.4.3Nyatakan jawatan, tanggungjawab dan bidang kuasa pegawai- pegawai akademik utama dan jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadapprogram. Adakah mereka mempunyai sumber yang mencukupi? Tunjukkan bukti.

Pemetaan perjawatan Kolej Vokasional Manjung seperti mana yang diwartakan oleh KPM adalah merujuk Jadual Ringkasan Perjawatan dan Bidang Tugas di bawah.Di samping itu, untuk mendapat impak yang lebih berkesan, pegawai akademik turut dibantu oleh beberapa jawatankuasa lain:

a. Jawatankuasa Akademik

b. Jawatankuasa Sektor Akademik

c. Jawatankuasa Unit Jaminan Kualiti

d. Jawatankuasa Penilaian dan Pentaksiran

e. Jawatankuasa Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS)

f. Jawatankuasa Perolehan dan Aset

Kesemua jawatankuasa membantu keberkesanan pelaksanaan program dari aspek membuat keputusan, kualiti, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, latihan, peralatan dan infrastruktur yang diperlukan untuk keberhasilan pembelajaran program.Jadual Ringkasan Perjawatan dan Bidang Tugas:-Bil

Jawatan Utama

Bidang Tugas

01

Pengarah

Pengurusan dan Pentadbiran

02

Timbalan Pengarah Akademik

Membantu pengarah dalam mentadbir urus dan pengurusan akademik

03

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Membantu pengarah dalam mentadbir urus dan pengurusan Sokongan Akademik

04

Ketua Jaminan Kualiti

Membantu pengarah dalam mentadbir urus dan pengurusan kualiti

04

Ketua Jabatan

Membantu pengarah dalam pengurusan akademik program

05

Ketua Unit

Membantu ketua jabatan dalam pengurusan akademik dan pembelajaran program

06

Koordinator /Mentor

Membantu ketua unit dalam pengurusan pelajar dan pembelajaran.

07

Pensyarah

Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang

2.4.4Jelaskan proses penyemakan dan penilaian program dan penggunaan hasil penyemakan dan penilaian tersebut.

a. Proses penyemakan dan penilaian program dilakukan

berdasarkan maklumbalas dari pelaksana program, majikan

alumni dan pihak berkepentingan yang lain.b. Staf akademik juga terlibat secara langsung dalam menyemak semula kurikulum di bawah seliaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Pensyarah yang mengajar sesuatu kursus dipertanggungjawabkan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan kursus berkenaan dari aspek kandungan kurikulum, penyampaian dan pentaksirannya.

c. Maklumbalas pelajar juga boleh diperolehi daripada

Kajian Pengesanan Graduan mengenai keberkesanan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran.d. Pencapaian hasil pembelajaran di peringkat kursus dan program juga dijadikan sebagai maklumat untuk

menyemak semula kurikulum.

e. Maklumbalas digunakan oleh BPTV bagi proses

menyemak dan menilai semula kurikulum program yang melibatkan Jawatankuasa Penggubal Kurikulum

2.4.5Tunjukkan bagaimana persekitaran pembelajaran dapat menyemai pencapaian kesarjanaan dan kreativiti.

Pihak jabatan amat prihatin dalam menyemai persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk menjamin pencapaian kesarjanaan dan kreativiti terlaksana dengan berkesan. Kemudahan fizikal dan pembelajaran dititikberatkan dalam perancangan jabatan dan unit.

Bengkel juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan peralatan yang diperlukan yang mana pembelian bahan-bahan tesebut dilakukan oleh ketua unit. Bengkel serta keseluruhan KV mempunyai sijil standard seperti keperluan 5S.

Selain itu kemudahan pusat sumber dan ruang pembelajaran di sekitar kolej dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memberi keselasaan kepada para pelajar semasa sesi non face to face. Pihak jabatan dan Kolej Vokasional Manjung turut menyediakan kemudahan computer dan wifi Bestari Net di sekitar kawasan kolej bagi memudahkan para pelajar melayari jaringan yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.

Pelajar turut diberi ruang dalam mengurus aktiviti akademik dan kokurikulum. Aktiviti pelajar dikendalikan secara langsung oleh pelajar yang mengikut program atau dikendalikan secara bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.4.6Jelaskan inisiatif jabatan untuk menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pihak jabatan menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan staf akademik dan pelajar dengan melaksanakan program-program seperti berikut:-

a. Latihan Dalaman

b. Seminar / Bengkel

c. Latihan Sangkut Industri

d. Coaching dan Mentoring

e. Lawatan Penandaarasan dan Lawatan Industri

f. Mentor Mentee

g. Minggu Inovasi

h. Aktiviti Ko-Akademik

i. Lawatan Sambil Belajar

2.4.7Jelaskan bagaimana jabatan memanfaatkan kepakaran luaran dalam proses penyemakan dan penilaian program.

Pihak jabatan dan Kolej Vokasional Manjung memanfaatkan kepakaran luar dalam proses penyemakan dan penilaian program dalam Majlis Permuafakatan yang ditubuhkan. Pihak jabatan dan Kolej Vokasional Manjung mendapatkan maklum balas daripada ahli majlis dan disalurkan kepada BPTV untuk tindakan.

Pegawai dari JPK, CIAST, CIDB dan LP akan dijemput dari semasa ke semasa oleh BPTV untuk menambahbaik kualiti program melalui perbincangan dan sesi melibatkan pensyarah.

Selain itu, pihak industri khususnya yang terlibat dengan Program OJT pelajar akan melaporkan keberhasilan pelajar kepada jabatan setelah selesai melaksanakannya. Pelaporan ini dijadikan panduan untuk melihat kemenjadian pelajar bagi program tersebut dan kompetensi pelajar melaksanakan tugas dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

2.5HUBUNGAN DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN

LUAR

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.5.1Jelaskan hubungan yang wujud di antara jabatan dengan pihak berkepentingan luar untuk tujuan menambahbaik kurikulum.

BPTV Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan bahagian yang berkepentingan dalam proses pembentukan kolej vokasional seluruh Negara. BPTV bertindak selaku jawatankuasa pusat dan penggubal kurikulum kolej. Pihak Kolej Vokasional Manjung dan jabatan selaku pelaksana berhubung secara terus dengan pihak berkenaan. Keakraban jabatan dengan BPTV amat jelas dengan adanya sesi mesyuarat, penataran item dan bengkel-bengkel yang dilaksanakan membabitkan kedua-dua pihak.

Pihak jabatan turut menjalin hubungan dengan pihak luar khususnya industri yang menjadi pusat pembelajaran pelajar secara hands-on semasa OJT. Dengan adanya hubungan ini akan memberi kesan positif dalam keberhasilan pembelajaran pelajar di alam pekerjaan yang sebenar.

Kehendak dan keperluan mereka diambil kira dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan

bagi memastikan penanda aras piawai berada pada tahap yang memuaskan.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.5.2Nyatakan mekanisme yang sedia ada bagi memperoleh dan memanfaatkan maklumbalas dari pihak majikan untuk menambahbaik kurikulum, latihan dan pendedahan persekitaran kerja.

Maklum balas daripada pihak majikan diperoleh dengan membuat lawatan industri oleh ketua program, pensyarah. laporan pelajar dan laporan industri.

Maklumbalas akan dikumpul dari laporan yang dibuat oleh industri di mana pelajar menjalankan OJT mereka. KV kemudian akan merumus maklumbalas ini dalam satu laporan menurut perkara mengenai sikap pelajar, pengetahuan, pencapaian, kompetensi, modus operandi latihan dan cadangan ke atas kurikulum untuk penambahbaikan.

2.5.3Apakah peluang yang terbuka kepada pelajar untuk menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan luar?

Pihak jabatan dan Kolej Vokasional Seri Manjung memberi peluang yang terbuka kepada pelajar untuk berhubung denga pihak berkepentingan khususnya industri melalui program seperti:-

a. Latihan Industri (OJT)

b. Seminar Kerjaya

c. Lawatan Industri

d. Ceramah daripada Pakar

e. Aktiviti Kemasyarakatan

f. Kajian Lapangan

g. Pertandingan-pertandingan kemahiran dan inovasi

PAI : Programme Aims

PEO : Programme Educational Objectives

PO : Programme Outcomes

CO : Course Outcomes

GS : General Statement

SS : Specific Statement

Analyse GS-CO

Analyse CO-PO

Develop CO

Develop PO