arahan pentadbiran bilangan 1/2013 tatacara tatacara... · pdf file jadual 4 proses kerja...
Post on 16-Jan-2020
30 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
Rujukan Kami : MQA 07/02 Jld. 2 (3)
Tarikh : 25 Februari 2013
ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 1/2013
TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH MQA (TPAM)
Semua Pegawai Aset,
Semua Penolong Pegawai Aset,
Semua warga MQA,
1.0 TUJUAN
1.1 Arahan pentadbiran ini adalah satu panduan lengkap pengurusan aset
alih MQA yang dapat membantu untuk merancang dan menyelia
pengurusan aset alih dengan lebih berkesan.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Tatacara Pengurusan Aset Alih MQA (TPAM) ini adalah berpandukan
Arahan Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 Tatacara Pengurusan Aset
Alih Kerajaan (TPA). Peraturan ini telah dikaji semula, dikemaskini,
diseragam mengikut kesesuaian pemakaian di MQA secara menyeluruh.
3.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PENGURUSAN ASET
3.1 Menguruskan semua aset alih di bawah kawalannya meliputi:
3.1.1 Penerimaan; 3.1.2 Pendaftaran; 3.1.3 Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan; 3.1.5 Penyelenggaraan 3.1.5 Pelupusan; dan 3.1.6 Kehilangan dan Hapuskira
2
3.2 Menguruskan pelantikan Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa dan Jawatankuasa Penyiasat.
3.3 Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset MQA (JKPAM).
3.4 Menguruskan pelupusan aset alih. 3.5 Menguruskan kehilangan dan hapus kira 3.6 Menyelaras penyediaan Laporan berikut:
i. Harta Modal dan Inventori; ii. Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori; iii. Pelupusan Aset Alih; dan iv. Tindakan Surcaj/Tatatertib.
4.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN MQA (JKPAM)
4.1 Keanggotaan JKPAM adalah seperti berikut
Pengerusi : Ketua Pegawai Eksekutif
Setiausaha : Pegawai Aset
Ahli : Semua Pengarah Bahagian/ Ketua Unit / Ketua Unit
Audit Dalam dan Penolong Pegawai Aset
4.2 Agenda mesyuarat JKPAM adalah seperti berikut:-
(i) Kedudukan Semasa Aset Alih;
(ii) Laporan Hasil Pemeriksaan Aset Alih;
(iii) Laporan Tindakan Pelupusan;
(iv) Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib; dan
(v) Masalah-masalah berkaitan dengan pengurusan aset alih.
4.3 Bidang tugas JKPAM adalah merancang, memantau, mengawasi dan
menyelia semua aspek pengurusan aset alih.
4.4 Mesyuarat JKPAM hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh tiga (3) bulan dan hasil mesyuarat hendaklah dilaporkan kepada
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) MQA.
3
5.0 TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH MQA
5.1 Tatacara Pengurusan Aset Alih MQA (TPAM) ini adalah bermaksud pengurusan Harta Modal dan Inventori yang meliputi: Bab A : Penerimaan Bab B : Pendaftaran
Bab C : Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
Bab D : Penyelenggaraan
Bab E : Pelupusan
Bab F : Kehilangan dan Hapus kira.
5.2 Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknologi Maklumat boleh dihubungi
untuk penjelasan lanjut mengenai Arahan Pentadbiran ini.
6.0 TARIKH KUATKUASA
Arahan Pentadbiran ini berkuatkuasa mulai tarikh 1 Januari 2013.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
s.k. : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)
: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Dasar dan Kepakaran)
TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH MQA KANDUNGAN
Tajuk Muka surat
PENDAHULUAN 1-2 ISTILAH 3 BAB A PENERIMAAN 4 MQA KEW.PA-1 BORANG LAPORAN PENERIMAAN ASET ALIH MQA 5 BAB B PENDAFTARAN 6-10
JADUAL 1 CARTA ALIRAN PENDAFTARAN ASET ALIH MQA 11
JADUAL 2 PROSES KERJA PENDAFTARAN ASET ALIH MQA 12
MQA KEW.PA-2 BAHAGIAN A : DAFTAR HARTA MODAL 13
BAHAGIAN B: DAFTAR HARTA MODAL 14
PENJELASAN DAFTAR HARTA MODAL 15-16
MQA KEW.PA-3 DAFTAR INVENTORI 17
PENJELASAN DAFTAR INVENTORI 18-19
MQA KEW.PA-4 SENARAI DAFTAR HARTA MODAL 20
MQA KEW.PA-5 SENARAI DAFTAR INVENTORI 21
MQA KEW.PA-6 BORANG PINJAMAN ASET ALIH MQA 22
MQA KEW.PA-7 SENARAI ASET ALIH MQA 23
MQA KEW.PA-8 LAPORAN TAHUNAN HARTA MODAL DAN INVENTORI BAGI TAHUN ………
24
BAB C PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN 25-27
MQA KEW.PA-9 BORANG ADUAN KEROSAKAN ASET ALIH MQA 28
MQA KEW.PA-10 LAPORAN PEMERIKSAAN HARTA MODAL 29
TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH MQA KANDUNGAN
Tajuk Muka surat
MQA KEW.PA-11 LAPORAN PEMERIKSAAN INVENTORI 30 MQA KEW.PA-12 SIJIL TAHUNAN PEMERIKSAAN HARTA MODAL
DAN INVENTORI 31
BAB D PENYELENGGARAAN 32-33 MQA KEW.PA-13 SENARAI ASET YANG MEMERLUKAN
PENYELENGGARAAN 34
MQA KEW.PA-14 DAFTAR PENYELENGGARAAN HARTA MODAL 35 BAB E PELUPUSAN 36-50 JADUAL 3 CARTA ALIRAN PELUPUSAN ASET ALIH MQA 51 JADUAL 4 PROSES KERJA PELUPUSAN ASET ALIH MQA 52 MQA KEW.PA-15 SURAT LANTIKAN AHLI LEMBAGA PEMERIKSA 53 MQA KEW.PA-16 PERAKUAN PELUPUSAN (PEP) 54 MQA KEW.PA-17 LAPORAN LEMBAGA PEMERIKSA 55 MQA KEW.PA-18 SIJIL PENYAKSIAN PEMUSNAHAN ASET ALIH MQA 56 MQA KEW.PA-19 SIJIL PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN 57 MQA KEW.PA-20 LAPORAN TAHUNAN PELUPUSAN ASET ALIH MQA 58 MQA KEW.PA-21 KENYATAAN TAWARAN TENDER PELUPUSAN
ASET ALIH MQA 59
MQA KEW.PA-22 BORANG TENDER PELUPUSAN ASET ALIH MQA 60-61 MQA KEW.PA-23 JADUAL TENDER PELUPUSAN 62 MQA KEW.PA-24 KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN
ASET ALIH MQA 63-64
TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH MQA KANDUNGAN
Tajuk Muka surat MQA KEW.PA-25 BORANG SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH
MQA 65
MQA KEW.PA-26 JADUAL SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH
MQA 66
MQA KEW.PA-27 KENYATAAN JUALAN LELONGAN ASET ALIH MQA 67 MQA KEW.PA-27(A) SENARAI ASET YANG DILELONG 68 MQA KEMBARAN A ASET YANG BOLEH DIKELUARKAN PEP OLEH JKR 69 KEMBARAN B SENARAI PERKAKASAN KOMPUTER 70-71 BAB F KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA 72-76 JADUAL 5 CARTA ALIRAN HAPUS KIRA ASET ALIH MQA 77 JADUAL 6 PROSES KERJA HAPUS KIRA ASEAT ALIH MQA 78 MQA KEW.PA-28 LAPORAN AWAL KEHILANGAN ASET ALIH MQA 79 MQA KEW.PA-29 PELANTIKAN J/KUASA PENYIASATAN 80 MQA KEW.PA-30 LAPORAN AKHIR KEHILANGAN ASET ALIH MQA 81-82 MQA KEW.PA-31 SIJIL HAPUS KIRA ASET ALIH KERAJAAN 83
MQA KEW.PA-32 LAPORAN TINDAKAN SURCAJ/TATATERTIB ASET
ALIH MQA 84
1
PENDAHULUAN
1. Tatacara Pengurusan Aset Alih MQA (TPAM) ini adalah tatacara bagi menguruskan Harta Modal dan Inventori meliputi:-
Bab A : Penerimaan Bab B : Pendaftaran Bab C : Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan Bab D : Penyelenggaraan Bab E : Pelupusan Bab F : Kehilangan dan Hapus kira
2. Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan
MQA yang dibeli atau yang disewa beli dengan wang MQA, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan.
3. Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.
4. Peralatan ICT adalah aset alih yang diuruskan oleh Bahagian Teknologi Maklumat.
5. Aset Alih Am adalah aset selain daripada peralatan ICT yang diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran (BP).
6. Aset Alih terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:-
6.1 Harta Modal
(a) Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM3,000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) dan ke atas setiap satu; atau
(b) Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual
tanpa mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara berjadual merujuk aset yang memerlukan penyelenggaraan seperti yang telah disyaratkan di dalam manual/buku panduan pengguna.
6.2 Inventori
(a) Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM3,000
(Ringgit Malaysia Tiga Ribu) setiap satu dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual.
(b) Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa mengira harga perolehan asal.
2
7. Harta Modal dan Inventori mengandungi kategori yang ditetapkan seperti
berikut:-
7.1 Kategori bagi Harta Modal ialah:-
(i) Loji/Jentera Berat; (ii) Kenderaan; dan (iii) Peralatan/Kelengkapan:
ICT/Telekomunikasi/Penyiaran/Pejabat/Sukan
7.2 Kategori bagi Inventori ialah:-
(a) Nilai perolehan asal kurang daripada RM3,000 dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual:-
(i) Peralatan/Kelengkapan:
ICT/Telekomunikasi/Penyiaran/Pejabat/Sukan
(b) Tanpa mengira nilai perolehan asal:-
(i) Perabot; (ii) Hamparan, Hiasan dan Langsir; dan (iii) Pinggan Mangkuk
8. Istilah dan perkataan yang diguna pakai dalam Tatacara Pengurusan Aset
Alih MQA (TPAM) hanyalah bagi maksud pengurusan aset alih MQA sahaja.
9. Sekiranya terdapat dasar dan peraturan yang tidak diliputi oleh Tatacara ini, atau terdapat pencanggahan antara tatacara ini dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, dasar dan peraturan kerajaan berkenaan pengurusan aset alih yang sedang berkuatkuasa hendaklah digunapakai, tertakluk kepada penerimaan pemakaian oleh MQA.
10. Tarikh Kuatkuasa
Tatacar