moral folio tingkatan 4

10
Faktor-faktor yang menyebabkan jerebu Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu . Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialahpembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesiaingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

Upload: shaarrveena

Post on 14-Dec-2015

207 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

moral folio

TRANSCRIPT

Page 1: Moral Folio Tingkatan 4

Faktor-faktor yang menyebabkan jerebu

                Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan berkembang ini, masyarakat pada

hari ini sering berhadapan dengan masalah jerebu . Fenomena jerebu ini seolah-olah telah

termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada

tahun 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk

di Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala

Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara

(IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006,

masalah jerebu turut berlaku sekali lagi

              

  Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialahpembakaran hutan secara

besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu

panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendirinya akibat suhu

meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di

muka bumi ini. Di negara jiran kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana

pihak Indonesiaingin membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh

raya. Hal ini mengakibatkan pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup dari

Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke negara kita.

Natijahnya, udara kita semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran Udara di negara

kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu, pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu

serta bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera lalu berlakulah jerebu.

                Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa

kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan

oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah rakyat negara

pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu

malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat

pengitaran sampah semula. Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar

sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu yang sedikit demi

Page 2: Moral Folio Tingkatan 4

sedikit membawa kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami

padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka

tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan

ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini

melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

                Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya juga telah mengakibatkan masalah

jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan

yang tidak dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan

dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan

tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan

terampai yang memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan ke

atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap

ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan

menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-

legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas.

Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

                Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang tidak

terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang

perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan negara. Malangnya, sikap

pengusaha kilang yang  menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah

mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak

untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka

sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh

mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak

pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap

beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur

tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

Page 3: Moral Folio Tingkatan 4

                Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang

buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah

menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti

manusiaSekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan

datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding

bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya

masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat.

Page 4: Moral Folio Tingkatan 4

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA            Pada  abad  ke-21  ini , Malaysia  merupakan  sebuah  negara  yang  pesat membangun  dan  bersedia  menongkah  arus  pemodenan  dalam  dunia  global ini. Kini, Malaysia  begitu  terkenal  di  mata  dunia . Namun  begitu,di  sebalik  kegemilangan  ini , masyarakat  Malaysia  masih  dihantui  satu  penyakit  sosial  yang  sudah  lama bersarang  dalam  kalangan  masyarakat , iaitu  masalah  pembuangan  bayi .Isu pembuangan  bayi yang  tidak  pernah  berkesudahan  ini boleh  dianggap  sebagai satu wabak  atau  bencana  kepada  negara . Pembuangan  bayi , semakin  hari  semakin banyak  dilaporkan  di dada-dada  akhbar  dan  yang  paling  menyayat  hati  adalah apabila  terdapat  bayi  yang tidak  berdosa  dibuang  seperti  sampah  tanpa  ada  sifat perikemanusiaan.Tidak  dapat  dinafikan  pelbagai  usaha  telah  diambil bagi membendung  penyakit  sosial  ini. Namun begitu , apakah  punca  kepada  kegagalan tersebut?

           Antara  punca  kepada  masalah  pembuangan  bayi  yang  kian  berleluasa  ini adalah  kurangnya  didikan  agama  dalam  kalangan  remaja.Kekurangan  didikan agama yang  merupakan  panduan  dan  pedoman  hidup  telah  menyebabkan  mereka  hilang arah  dalam  kehidupan  dan  terlibat  dalam  gejala-gejala  negatif  seperti  pergaulan bebas .Remaja  yang  melibatkan  diri  dalam  gejala  pergaulan  bebas  akan  terdorong untuk  menjalinkan  hubungan  bertentangan  dengan  hukum  agama.Kesannya,remaja perempuan  akan  mengandung  tanpa  ikatan  yang  sah.Dalam  situasi  tersebut , remaja yang  lemah  pegangan  agama  tidak  akan  teragak-agak  untuk  membuang atau membunuh  zuriat  yang  dilahirkan  kerana  malu  dan  tidak  mahu  bertanggungjawab atas  zuriat  tersebut.Hal  ini  menunjukkan  peranan  agama dalam  kehidupan  adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah,   ayat  al-Quran, surah Sad,ayat  26 juga menyatakan bahawa ,“…janganlah  kamu  menurut  hawa  nafsu  kerana  yang  demikian  itu  akan menyesatkan  kamu  dari  jalan  Allah…”.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi benteng  yang  kukuh  bagi  menangkis  segala  anasir-anasir yang negatif  dalam  kehidupan. 

          Di samping  itu, sikap  ingin  tahu  remaja  juga  antara  punca  kepada  masalah ini.Remaja   kini  sangat  cenderung  untuk  mencuba  sesuatu   yang  baharu . Sikap ingin  tahu  tentang  sesuatu  sememangnya  wujud dalam  diri  remaja.Setiap  perkara yang  dilarang  itulah  yang  ingin  diterokai  oleh  mereka.Remaja  beranggapan  bahawa mereka  menjadi  lebih  matang  dan  hebat dengan  mencuba  sesuatu  yang  jarang dilakukan  oleh  orang  lain. Lebih-lebih  lagi  perlakuan seks  rambang .Hakikatnya remaja  yang  matang  seharusnya  berfikiran  positif  dan  rasional  dalam  membuat keputusan dan  bukannya  dengan  cara  yang  ditegah  oleh  agama .Persis  kata peribahasa  Melayu,“sesal  dahulu  pendapatan , sesal  kemudian  tidak  berguna”, menjelaskan kepada  kita  betapa  pentingnya  kita  membuat  keputusan  dengan  bijak agar  tidak  menyesal  di kemudian  hari.Tambahan  pula,remaja  pada  masa  sekarang  boleh  dikatakan  lebih  rapat  dan  banyak  menghabiskan  masa   bersama    rakan berbanding  dengan  ibu bapa mereka. Maka,boleh dikatakan  pengaruh  rakan  sebaya yang   negatif  juga  menjadi  antara  punca  kepada  masalah  ini.                 Isu  pembuangan  bayi  dalam  kalangan  remaja    ini  telah  memberikan  impak   yang  begitu  besar  dalam  kalangan  masyarakat,negara  mahupun diri remaja sendiri.Antara  kesan permasalahan  ini kepada  remaja  pada  masa  kini  adalah  masa depan  remaja  musnah  begitu  sahaja  akibat  kelalaian  mereka  menuruti  hawa  nafsu tanpa  memikirkan  kesannya.Isu  ini  akan turut  memberi  impak  kepada  negara.

Page 5: Moral Folio Tingkatan 4

Antara  kesan  isu ini kepada  negara pula adalah  Perkembangan  ekonomi  negara  akan merosot dan  seterusnya menjejaskan  pendapatan  negara. Hal  ini  demikian  kerana, remaja  merupakan  aset  penting  negara  pada  masa  hadapan  dan  memainkan peranan  yang amat penting  dalam  pembangunan  negara.Masa  depan  negara  terletak ditangan  generasi  muda  yakni  remaja  itu   sendiri .Hal  ini  kerana , pemuda  harapan bangsa , pemudi tiang  negara.Namun  begitu , jika  perilaku  negatif  remaja berterusan.Siapakah  yang  akan  membela  nasib  negara  kita  pada  masa  akan datang?                     Selain  itu,zuriat  yang  dilahirkan  juga  mengalami  kesan  yang mendalam..Zuriat  merupakan  anugerah  tuhan  yang  tidak  ternilai.Namun,kepada mereka  yang  terlanjur,  zuriat  yang  dilahirkan  dianggap  beban  atau  masalah  dan bukti  keterlanjuran  atau  kesalahan  yang  mereka  lakukan.Hal  ini  mendorong  mereka untuk  membunuh  atau  membuang  zuriat  tersebut .Namun, wajarkah  bayi  yang tidak  berdosa  itu  dihukum  akibat  kesalahan  yang  dilakukan  oleh  ibu bapanya?.Lebih menyedihkan  lagi  bayi  yang  ditinggalkan  bukan  sahaja  dibunuh  malah  kadang-kala menjadi  habuan  binatang  buas.Bagi  bayi  yang  masih  bernyawa  pula  kesannya  lebih mendalam  kerana  mereka  terpaksa  menjalani  kehidupan  dengan  memegang  gelaran anak  luar  nikah .Selain  itu,bayi  tersebut  juga  tidak  dapat  mengenali  dan  mendapat kasih  sayang  ibu  bapa  kandung  mereka. Masa  depan  mereka  akan  turut  terjejas.               Kita  tidak  wajar  akur  dengan  arus  songsang  ini.Antara  langkah yang   boleh diambil  bagi  mengatasi  kemelut  ini  adalah  dengan  memberi  perhatian  dan didikan agama  yang  cukup  kepada  remaja  sejak  kecil  lagi .Hal  ini  kerana,melentur  buluh biarlah  dari  rebungnya .Memberi  didikan dan  perhatian kepada  anak-anak  merupakan tanggungjawab  atau  peranan  setiap  ibu  bapa.Jika  ibu  bapa  sendiri  lalai  daripada melaksanakan  tugas  mereka  akibat  rakus  mengejar  kemewahan  duniawi.Bagaimana pula  dengan  nasib  anak-anak  mereka  yang  kurang  didikan  dan  kasih sayang?.Lebih-lebih  lagi, pada  usia  yang  mencabar  inilah  remaja  memerlukan sokongan dan  kasih  sayang  daripada  ibu  bapa.Namun,kebanyakan  ibu bapa mengabaikan tanggungjawab  mereka.Dalam  situasi  ini, sudah  tentu  remaja  lebih cenderung  untuk  memilih  jalan  yang  negatif   bagi  mereka  berkongsi  kasih dan mendapatkan  perhatian  akibat  kurangnya  didikan  agama.Oleh  itu,masalah  ini  dapat diatasi  jika   ibu  bapa melaksanakan  tanggungjawab  mereka  dengan  baik.   

          Selain  itu, Pihak  berkuasa  terutama  pihak  polis  hendaklah  membanteras pengedaran  bahan-bahan  lucah  daripada   tatapan   anggota  masyarakat  terutama golongan  remaja. Pihak  berkuasa  juga  hendaklah  mengenakan  hukuman  yang setimpal dan  lebih  berat  iaitu  penjara  seumur  hidup  kepada  mereka  yang didapati  bersalah. Hal Ini harus dilakukan  agar remaja  berasa takut dan serik  untuk melakukan atau  terlibat  dengan  gejala  pembuangan  bayi  yang   kian  berleluasa ini. Mereka  juga  akan berhati-hati  semasa  bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Penekanan   pendidikan  juga  amat  penting  bagi menyedarkan  masyarakat  terutama remaja  supaya  mereka  tidak  terjebak  dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah ini.

          Akhirulkalam,masalah  pembuangan  bayi  ini  dapat  diatasi  di  negara kita  sekiranya  wujud  kesedaran  dan  rasa  tanggungjawab  dalam  diri  setiap  individu yang  bergelar  rakyat  Malaysia.Justeru itu, setiap  warga  masyarakat  tanpa  mengira kaum  haruslah  bersatu  padu  menggembleng  tenaga  mencegah  dan  membanteras penyakit  sosial  ini  agar  tidak  menular  dengan  lebih  serius dan  menjejaskan pembangunan  dan  matlamat  negara  kita  untuk  mencapai  wawasan 2020.Hal  ini kerana,gejala  ini  melibatkan  bakal  pemimpin-pemimpin  negara  kita  yakni remaja.Oleh itu,marilah  kita  bersama-sama  berganding  bahu  membanteras  gejala  ini.Bak  kata pepatah  he

Page 6: Moral Folio Tingkatan 4

ndak  seribu  dalih , tak  hendak  seribu  daya.                                                                                                      

Page 7: Moral Folio Tingkatan 4

SINOPSIS KESELURUHANNovel ini mengisahkan Intan Julia yang hidup bahagia dengan bapanya Jeffri (Papa) dan mamanya Intan Maliana serta pembantu rumah Makcik Noraini di Kelana Jaya. Intan Julia (16 tahun) bersekolah di SMK Seri Gading . Di sekolah ini juga ibunya Intan Maliana menjadi guru Matematik. Bapanya juga menjadi guru Sains Pertanian di sekolah yang sama. Kemudian bapanya menjadi pensyarah ekonomi di Kolej Ikhtisas. Intan Maliana mengandung lagi bagi memenuhi kehendak suaminya. Cikgu Suzie dan Makcik Noraini melarang Intan Maliana mengandung kerana 17 tahun lalu dia pernah pengsan / koma ketika melahirkan Intan Julia. Doktor terpaksa memerah susu kerana bayi itu (Intan Julia) enggan minum susu tepung. Intan Julia lahir tak cukup bulan, hanya 7 bulan sahaja. Makcik Noraini adalah sepupu Jefri. Dia kematian suami dan anak-anak 17 tahun lalu akibat kereta berlanggar dengan lori tangki semasa dalam perjalanan dari Johor ke Bidor sewaktu mereka hendak pulang berhari raya.Intan Maliana melahirkan anak kembar Siam bernama Ahmad dan Muhamad di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras,Selangor. Anak kembar ini meninggal sewaktu dalam perut dan Intan Maliana koma selama 3 tahun . Jeffri membawa pulang isterinya untuk dirawat di rumah sahaja kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama isterinya dan mengikuti perkembangan isterinya dari semasa ke semasa. Selepas SPM , Intan Julia belajar di Kolej Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak , Selangor. Dia tinggal di asrama UIA. Dia sesekali pulang ke rumah dan menjaga ibunya yang koma . Julia dan Rasylan belajar di tempat yang sama dan selalu bersama ke perpustakaan, minum di Restoran Starbuck Coffee di Mid Valley dan restoran makanan segera. Julia terserempak dua kali dengan bapanya dan Aisyah minum bersama. Aisyah merupakah gadis cantik, anak hartawan dan tinggal di Kelana Jaya. Dia merupakan pelajar Jeffri. Mereka pernah bermain tenis bersama di Kelab sukan Kelana Jaya. Secara berseloroh Intan Julia menyuruh bapanya berkahwin dengan Aisyah.Rasylan menasihati Intan Julia agar tidak membantah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Jeffri pernah menampar Intan Julia kerana isu itu. Rasylan adalah anak hubungan terlarang antara pensyarah UIA, Muaz al-Khalibi dengan pembantu rumahnya warga Indonesia. Pembantu rumah itu balik ke Bandung dan meletakkan bayi itu di tepi jalan bersebelahan longkang besar kerana malu anaknya tidak berbapa setelah Muaz al-Khalibi pulang ke Jordan. Jabatan Kebajikan Masyarakat menyerahkan bayi itu kepada Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat dan tinggal di Taman Seri Andalas , Kelang. Jeffri melarang Intan Julia rapat dengan Rasylan kerana tidak tahu asal-usul keturunannya. Rasylan menjadi anak angkat Datuk Mustakim . Dia tidak mendapat kasih sayang dan sering ditinggalkan di rumah sahaja. Jeffri melangsungkan perkahwinan dengan Aisyah setelah mendapat persetujuan Intan Julia.Jeffri melarang Aisyah masuk ke bilik isteri pertamanya Intan Maliana kerana bimbang diracun. Setelah 3 tahun koma dan terbaring di rumah, Mama boleh membuka mata. Mama terkejut apabila melihat Aisyah di sebelah suaminya dan sedang sarat mengandung. Mama mati terkejut setelah mengetahui Jeffri telah menduakannya