moral - tingkatan 4

Upload: sekolah-portal

Post on 31-May-2018

297 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    1/40

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    PENDIDIKAN MORALTINGKATAN EMPAT

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    2/40

    i

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

    memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan

    saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat

    progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-

    prinsip berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    3/40

    ii

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    4/40

    iii

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    KATA PENGANTARHuraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yangmemperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuanuntuk memenuhi cita-cita murni dan semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapiarus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan padaabad 21.

    Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran danpembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativitiuntuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikutkesesuaian murid. Huraian ini diharap dapat membantu gurumerancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaransecara berkesan.

    Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gurudiharap dapat memberi penekanan kepada unsur bernilaitambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar carabelajar, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, teorikecerdasan pelbagai, pembelajaran masteri, pembelajaransecara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, danpembelajaran akses kendiri. Di samping itu, nilai murni dansemangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan.Semua elemen ini diharapkan dapat memberi keyakinankepada murid dan diaplikasikan dalam kehidupan harian dandunia pekerjaan.

    Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guruperlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kiraperkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkahlaku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklahdilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan kepadapenglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusifdan menggembirakan.

    Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyakpihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab danuniversiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individuyang mewakili badan-badan tertentu.

    Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangankepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya HuraianSukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkansetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

    Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZINPengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    5/40

    iv

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    KANDUNGAN

    RUKUN NEGARA i

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ii

    KATA PENGANTAR iii

    KANDUNGAN iv

    PENDAHULUAN 1

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN 3

    PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSIPENDIDIKAN MORAL

    7

    BIDANG PEMBELAJARAN 1 :Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

    9

    BIDANG PEMBELAJARAN 2 :Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

    17

    BIDANG PEMBELAJARAN 3 :Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

    21

    BIDANG PEMBELAJARAN 4 :Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme

    25

    BIDANG PEMBELAJARAN 5 :Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia 29

    BIDANG PEMBELAJARAN 6 :Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

    35

    BIDANG PEMBELAJARAN 7 :Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian

    40

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    6/40

    1

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    PENDAHULUAN

    Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidikmurid supaya menjadi insan yang bermoral atauberakhlak mulia dengan menekankan aspekperkembangan pemikiran moral, perasaan moral dantingkah laku moral.

    Pendidikan Moral di sekolah menengah memberitumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian

    dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalannilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapatdalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum dinegara ini. Dengan itu murid dapat membina satupanduan hidup yang membolehkan mereka menjadiinsan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadiindividu yang bertanggungjawab moral dan sosialterhadap segala keputusan dan tindakan yangdilakukan.

    Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagaipanduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh darisegi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.

    Prinsip-prinsip itu adalah :

    bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang

    lain;

    berpegang teguh pada ajaran agama;

    prihatin kepada alam sekitar;

    mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;

    bersemangat patriotik;

    menghormati hak asasi manusia; dan

    mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

    Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untukmerealisasikan semangat dan hasrat yang terkandungdalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan FalsafahPendidikan Kebangsaan.

    KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

    Untuk membolehkan murid memahami, menghayatiserta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyakTujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dannilai-nilai moral disampaikan menerusi bidangpembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dankemanusiaan, bidang pembelajaran itu jugamenekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.

    Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :

    1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri.

    2. Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan

    3. Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar

    4. Nilai berkaitan dengan Patriotisme

    5. Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia

    6. Nilai berkaitan dengan Demokrasi

    7. Nilai berkaitan dengan Keamanan Dan

    Keharmonian

    TakrifanPendidikan

    Moral

    TujuhBidang

    Pembelajaran

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    7/40

    2

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    Pengajaran nilai harus berfokus pada Model InsanMenyeluruh yang meliputi tiga dimensi moral yangsaling berkaitan. (Rajah 1 : Model Insan Menyeluruh).Perwatakan yang positif harus terdiri daripada tigadimensi moral ini, iaitu pemikiran moral, perasaanmoral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral yangefektif seharusnya membantu murid supaya memahaminilai-nilai moral, menerima dan menunjukkan komitmenterhadapnya, serta mengamalkannya dalam kehidupan

    harian. Ketiga-tiga dimensi ini perlu untukmembolehkan seseorang murid mencapai tahapkematangan moral.

    Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialahyang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitupemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensiini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaranhati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa

    gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidakbermoral. Program Pendidikan Moral ini tidakseharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nuraniyang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensimoral tersebut.

    PEMIKIRAN

    MORAL

    PERASAAN

    MORAL

    TINDAKANMORAL

    KESEDARAN

    HATI NURANI

    RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH

    INSANBERAKHLAK

    MULIA

    RangkaKonsepsi

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    8/40

    3

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentukindividu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab danboleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilannegara serta masyarakat global.

    Objektif Pendidikan Moral adalah untuk membolehkanmurid :

    1. Memahami dan menghayati nilai-nilai yangdiperlukan untuk berakhlak mulia;

    2. Menyedari dan menerima kepentingankeharmonian antara manusia dengan alamsekitar serta berusaha ke arahmengekalkannya;

    3. Meningkatkan persefahaman dan kerjasama

    bagi mengekalkan keamanan dan keharmonianhidup dalam negara Malaysia yang demokratik;

    4. Mengembangkan pemikiran yang matangberasaskan nilai moral dan kerohanian dalammembuat keputusan dan menyelesaikanmasalah; dan

    5. Mempunyai iltizam untuk mengamalkanperlakuan yang bermoral secara adil dan

    altruistik selaras dengan nilai murni masyarakatMalaysia.

    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

    Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untukmembantu guru merancang aktiviti danmenghasilkan bahan pengajaran danpembelajaran yang sesuai dengan tahapkematangan murid. Buku ini jugamenyediakan penerangan untuk membantuguru melaksanakan kurikulum PendidikanMoral dalam bilik darjah dengan berkesan.

    Huraian Sukatan Pelajaran mengandungibidang pembelajaran, nilai, penerangan nilai,kandungan akademik, hasil pembelajaran, dancadangan aktiviti pembelajaran. Setiap bidangpembelajaran dan nilai diperincikan mengikuttahun. Walaupun bidang pembelajaran dannilai yang sama diajar pada setiap tahun, skopdan penekanan adalah berbeza kerana isu

    moral atau kandungan yang dikemukakansemakin kompleks dan mendalam selarasdengan tahap kematangan murid.

    Huraian Sukatan Pelajaran menggunakanformat empat lajur utama, iaitu :

    Lajur Nilai

    Lajur Kandungan Akademik

    Lajur Hasil Pembelajaran

    Lajur Cadangan Aktiviti Pembelajaran

    MatlamatPendidikan

    Moral

    ObjektifPendidikan

    Moral

    Tujuan

    PeneranganLajur

    1

    2

    FormatEmpat

    Lajur

    3

    4

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    9/40

    4

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung

    di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan

    penerangannya yang dipetik daripada Sukatan

    Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Menengah (Semakan).

    Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yangdiolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahapkematangan murid bermula dari diri, keluarga,

    masyarakat, negara hingga ke peringkat antara bangsa.

    Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun

    dengan jelas bermula dengan tema diikuti oleh tajuk

    pengajaran dan huraian tajuk pengajaran

    yang disertakan dengan contoh di mana yang

    perlu bagi memudahkan pengajaran .

    Dalam perkembangan kurikulum dan prosespembelajaran, nilai dan kemahiran tidak bolehdipisahkan daripada kandungan atau pengetahuanakademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikirsecara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadapsesuatu isu moral jika mereka dapat mengkaji danmemahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesan-kesannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,murid dapat mentelaah dan mengkaji bahanpembelajaran secara lebih terperinci. Kandunganakademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang

    seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasadan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kandunganakademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dankemahiran dalam usaha mencapai matlamat pendidikanmoral.

    Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataantentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang muriddijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini

    dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaiandengan kandungan yang disampaikan.

    5

    LajurNilai

    LajurKandungan

    Akademik

    LajurHasil

    Pembelajaran

    6

    7

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    8

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    10/40

    5

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isuatau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isuatau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yangberkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi jugameliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti,negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atausituasi tersebut tidak hanya terbatas kepada

    cadangan yang terdapat dalam Huraian SukatanPelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contohlain daripada pelbagai sumber asalkan dapatmemperkukuh nilai yang diajar.

    Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalahkepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perludihubungkaitkan dan digabungjalinkan supayapengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik,berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu

    daripada pelbagai mata pelajaran lain harusdisepadukan dalam merancang aktiviti sama ada didalam atau di luar bilik darjah.

    LajurCadangan

    AktivitiPembelajaran

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    11/40

    6

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    TINGKATAN 4

    BIDANG PEMBELAJARAN 1: Nilai Berkaitan DenganPerkembangan Diri

    LAJUR NILAI

    Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan

    Penerangan nilai :

    Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam danmematuhi segala suruhanNya berlandaskan peganganagama masing-masing selaras dengan prinsip RukunNegara.

    LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK

    Tema : Manusia diamanahkan untuk mengurus

    alam dan penghuninya

    Tajuk pengajaran : Peranan dan tanggungjawabsebagai satu amanah

    Huraian tajuk pengajaran :

    Sikap bertanggungjawab terhadap setiap tindakanuntuk kesejahteraan diri dan orang lain

    Perlakuan yang baik perlu dilakukan oleh setiap

    individu

    LAJUR HASIL PEMBELAJARAN

    Menerima hakikat bahawa manusiadipertanggungjawab menjaga dan melindungi alam danpenghuninya

    LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    i. Mengkaji kesan tindakan manusia

    menguruskan alam terhadap penghuninya

    ii. Membincangkan kata-kata hikmatyang bertemakan manusia dan alam daripadaKung Fu Tze, Lao Tze dan Thirukural

    ContohPersembahan

    Laur

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    12/40

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    13/40

    8

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yangmungkin berlaku.

    Dalam pengajaran Pendidikan Moral, murid diberikesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumbermaklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat danKomunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti inidapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin

    kepada perkembangan minda murid. Selain itu melaluiPendidikan Moral, murid-murid dapat membuatpertimbangan dengan mencari maklumat yang positifdan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif.

    Kemahiran sosial memberi penekanan kepadakebolehan sosial untuk berkomunikasi dengan orang laindalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima oleh

    masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaatkepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini bolehdiajar dengan menggunakan pelbagai kaedahpengajaran.

    KemahiranTeknologiMaklumat

    KemahiranSosial

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    14/40

    NILAI BERKAITAN DENGANPERKEMBANGAN DIRI

    BIDANG PEMBELAJARAN 1

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    15/40

    10

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.1 Kepercayaan kepada Tuhan

    Keyakinan wujudnya Tuhan sebagaipencipta alam dan mematuhi segalasuruhan Nya berlandaskan peganganagama masing-masing selaras denganprinsip Rukun Negara.

    Manusia diamanahkan untuk mengurus alamdan penghuninya

    Peranan dan tanggungjawab sebagai satuamanah

    Sikap bertanggungjawab terhadap setiaptindakan untuk kesejahteraan diri dan oranglain

    Perlakuan yang baik perlu dilakukan olehsetiap individu

    Menerima hakikat bahawa manusiadipertanggungjawab menjaga danmelindungi alam dan penghuninya

    i. Mengkaji kesan tindakan manusiamenguruskan alam terhadap penghuninya

    ii. Membincangkan kata-kata hikmat yangbertemakan manusia dan alam daripadaKung Fu Tze, Lao Tze dan Thirukural

    1.2 Amanah

    Sikap bertanggungjawab yang bolehmenimbulkan kepercayaan dankeyakinan orang lain.

    Sikap amanah sebagai pegangan hi dup

    Amalan amanah dalam kehidupan

    Amalan slogan Bersih, Cekap dan Amanahdalam setiap tugas dan tanggungjawab- Jentera pentadbiran- Kegiatan politik

    Amalan amanah mengikut perspektif agama- Islam- Buddha

    - Hindu- Kristian- Sikh

    Melaksanakan setiap tugas dantanggungjawab dengan amanahseperti yang dituntut oleh agama

    i. Mengadakan forum bertajuk Bersih ,Cekap dan Amanah dalam pentadbirankerajaan dan kegiatan politik

    ii. Membincangkan amalan amanah mengikutperspektif agama

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    16/40

    11

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.3 Harga Diri

    Keupayaan dan keyakinan diri agarmampu memulia dan menjaga maruahdiri dalam kehidupan.

    Kecemerlangan tunggak kehidupan

    Penentuan matlamat hidup yang diingini

    Matlamat untuk mencapai kesejahteraanhidup- Berjaya

    - Bahagia Pengiktirafan masyarakat kepada individu

    yang mempunyai harga diri- Sokongan- Galakan

    Menentukan matlamat yangdiingini untuk mencapaikesejahteraan hidup

    Menyusun dan membincangkan matlamat hidupyang diingini mengikut keutamaan

    1.4 Bertanggungjawab

    Kesanggupan diri seseorang untukmemikul dan melaksanakan tugasserta kewajipan dengan sempurna.

    Pengurusan masa, tanggungjawab setiapinsan

    Pengurusan masa meningkatkan daya produktivitidiri

    Pengurusan masa secara bijaksana- Perancangan masa belajar- Perancangan masa untuk aktiviti

    kokurikulum- Perancangan masa untuk keluarga- Perancangan masa untuk diri

    ( beristirehat dan hobi )

    Merancang pengurusan masa secarabijaksana dengan penuhtanggungjawab

    i. Membina jadual pengurusan masamingguan

    ii. Menghasilkan statistik tentangpengagihan masaContoh : graf / carta

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    17/40

    12

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.5 Hemah Tingg i

    Beradab sopan dan berbudipekerti mulia dalam pergaulanseharian.

    Amalan berhemah tinggi pemangkin tindakanyang bijaksana

    Tindakan yang bijaksana melalui pendekatanberhemah

    Ramah mesra tanpa mengira status

    Usaha Menyesuaikan diri dalam pelbagaisituasi

    Sentiasa berlaku sopan dalam setiaptindakan

    Membincangkan ciri-ciri kesopanan seseorangindividu dalam pelbagai situasiContoh : Ketika menghadiri upacara kelahiran,

    perkahwinan dan pengebumian

    1.6 Toleransi

    Kesanggupan bertolak ansur, sabardan mengawal diri bagi mengelakkanberlakunya pertelingkahan danperselisihan faham demikesejahteraan hidup.

    Toleransi asas perpaduan perpaduan kaum

    Toleransi menwujudkan perpaduan masyarakat

    Amalan hidup pelbagai kaum dihormati- Agama / Kepercayaan- Cara hidup- Adat resam

    Menghromati amalan hidup pelbagaikaum

    i. Membincangkan contoh-contoh adatresam dan kepercayaan pelbagai kaumberkaitan dengan kelahiran, perkahwinandan kematian

    ii. Sketsa tentang adat resam perkahwinansesuatu kaum

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    18/40

    13

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.7 Berdikari

    Kebolehan dan kesanggupanmelakukan sesuatu tanpabergantung kepada orang lain.

    Amalan berdikari pemangkin pembangunannegara

    Ilmu menjana masyarakat berdikari

    Masyarakat berilmu yang berdikarimembantu membangunkan negara

    - Pendidikan- Sains dan teknologi

    i. Menyedari kepentingan berilmusupaya dapat membantu hidupberdikari

    ii. Berusaha menuntut ilmu untukhidup berdikari

    Sumbang saran tentang kepentinganmendapatkan ilmu untuk membantu hidupberdikari

    1.8 Kerajinan

    Usaha yang berterusan penuhdengan semangat ketekunan,kecekalan, kegigihan, dedikasi danberdaya maju dalam melakukansesuatu perkara.

    Kecekalan membawa kejayaan dalam hi dup

    Berkat cekal dan yakin dalam menghadapi segalarintangan akan menghasilkan kejayaan

    Cekal menghadapi dugaan dan cabarankunci kejayaan- Penjelajah- Perekacipta- Penemu

    Berkeyakinan dan tabah menghadapidugaan dan cabaran untuk mencapaikejayaan

    i. Membuat satu lakaran untukmenggambarkan konsep kerajinan danmempamerkan lakaran di papankenyataan kelas

    ii. Menghasilkan folio tentang penjelajah /perekacipta / penemu

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    19/40

    14

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.9 Kasih Sayang

    Kepekaan dan perasaan cinta yangmendalam serta berkekalan yanglahir daripada hati yang ikhlas.

    Ilmu yang bermanfaat boleh mengukuh kasihsayang

    Manusia yang menyayangi diri dan orang lainsentiasa melengkapkan diri dengan ilmu yangbermanfaat

    Penggunaan ilmu untuk kesejahteraan hidupbersama- Ilmu teknologi maklumat dan

    komunikasi- Ilmu perubatan

    Penyalahgunaan ilmu pengetahuan sainsdan teknologi harus dielakkan- Ciptaan senjata nuklear dan kimia- Penggunaan manusia / haiwan dalam

    ujikaji

    i. Mengamalkan kasih sayangdengan menggunakan pelbagaiilmu secara bijaksana tanpa

    menyalahgunakannya

    ii. Mengamalkan kasih sayangdalam kehidupan seharian.

    Membincangkan penyataan berikut dalamkonteks penyalahgunaan ilmu pengetahuansains dan teknologi - Pengeboman Hiroshima

    dan Nagasaki telah mengorbankan banyaknyawa

    1.10 Keadilan

    Tindakan dan keputusan yangsaksama serta tidak berat sebelah.

    Pengadilan yang telus pemangkin keamanandan keharmonian

    Keadilan menjamin kesejahteraan masyarakat

    Peranan pelbagai pihak dalam menjaminkeadilan- Sistem Kehakiman di Malaysia

    - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM)

    i. Menerima amalan keadilanmelalui sistem kehakiman negara

    ii. Bersikap adil dalam mengambil

    tindakan dan membuat keputusan

    Membina carta organisasi jenis-jenismahkamah

    Simulasi : Perbicaraan mahkamah

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    20/40

    15

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    1.11 Rasional

    Boleh berfikir berdasarkan alasandan bukti yang nyata dan dapatmengambil tindakan berasaskanpertimbangan yang wajar.

    Sikap rasional asas pertimbangan yang wajar

    Pemikiran yang matang melahirkan tindakanberhikmah

    Kesudian memberi teguran yangmembina dan bersedia menerima

    teguran orang lain Amalan berfikir sebelum bertindak

    Mengamalkan sikap rasional dalamsetiap tindakan

    Mengadakan perbahasan tentang kepentinganbertindak secara rasional dalam kehidupanContoh : Tajuk perbahasan Mengejarkebendaan menyebabkan keruntuhan moral

    masyarakat

    1.12 Kesederhanaan

    Bersikap tidak keterlaluan dalammembuat pertimbangan dantindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpamengabaikan kepentingan diri danorang lain.

    Kesederhanaan sikap yang mu lia

    Sikap kesederhanaan dalam kehidupan Amalan kesederhanaan mengikut perspektif

    agama- Islam- Buddha- Hindu- Kristian- Sikh

    Mengamalkan sikap kesederhanaanseperti yang dituntut oleh agama

    i. Mencari beberapa kata hikmat yangmenggambarkan nilai kesederhanaan

    ii. Menyediakan poster yangmenggambarkan nilai kesederhanaanbersama dengan cogan kata sesuai

    iii. Mengarang cerpen yang bertemaKesederhanaan

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    21/40

    NILAI BERKAITAN DENGANKEKELUARGAAN

    BIDANG PEMBELAJARAN 2

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    22/40

    17

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga

    Perasaan cinta, kasih dan sayangyang mendalam dan berkekalan

    terhadap keluarga.

    Budaya penyayang pegangan hidup berkeluarga

    Hari istimewa keluarga menjalin kemesraansesama anggota keluarga

    Hari istimewa keluarga diraikan bersama

    - Hari ibu / bapa- Ulang tahun perkahwinan- Ulang tahun kelahiran- Hari-hari perayaan

    i. Meraikan hari-hari istimewakeluarga sebagai menunjukkan

    kasih sayang terhadap keluarga

    ii. Menunjukkan perasaan kasih dansayang terhadap keluarga

    i. Menulis puisi untuk menghargai jasabakti ibu bapa

    ii. Merancang sambutan satu perayaandi kalangan anggota keluarga

    2 Hormat dan Taat kepada AnggotaKeluarga

    Memuliakan setiap anggota keluargadengan berinteraksi dan memberilayanan secara bersopan untukmewujudkan keluarga yang harmoni.

    Amalan hormat-menghormati menghindarikonflik

    Sikap prihatin menjamin kesejahteraan keluarga

    Saling memahami antara anggota keluargadengan mengambil kira aspek perasaan,minat, pendapat dan perlakuan

    Peka terhadap keperluan danperasaan anggota keluarga

    Syarahan / pidato tentang amalan hormat-menghormati untuk menghindari konflik dikalangan anggota keluarga

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    23/40

    18

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan

    Menerima, menghormati danmengamalkan sesuatu kebiasaan,adat dan kepercayaan yang diwarisi

    secara turun-temurun dalamkeluarga.

    Pengekalan tradisi kekeluargaantanggungjawab setiap anggota keluarga

    Tanggungjawab setiap anggota keluargamengekalkan tradisi keluarga

    Amalan sesuatu tradisi keluarga

    Amalan tradisi keluarga sebagai cara hidup

    Mengamalkan tradisi keluarga dalamkehidupan seharian

    i. Mengumpul maklumat tentang tradisikekeluargaan dan membincangkannya

    ii. Mengadakan perbahasan bertajuk TradisiKekeluargaan Bukan PenghalangKemajuan

    2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga

    Kewajipan yang harus dilaksanakan

    oleh setiap individu terhadap keluargauntuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjagamaruah keluarga.

    Rumahku Syurgaku

    Kehidupan keluarga berkualiti tanggungjawab

    anggotanya Usaha meningkatkan dan mengekalkan

    suasana kehidupan keluarga yang berkualiti- Perpaduan- Kemesraan- Perkongsian masa suka dan duka

    Bertanggungjawab terhadap keluarga

    bagi membentuk keluarga bahagia

    Mengumpul maklumat tentang keluarga

    bahagia dan menulis karangan ringkasberdasarkan hasil sumbangsaran tersebut

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    24/40

    NILAI BERKAITAN DENGANALAM SEKITAR

    BIDANG PEMBELAJARAN 3

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    25/40

    20

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    5.1 Menyayangi dan Menghargai AlamSekitar

    Kesedaran tentang perlunyamemelihara dan memulihara alam

    sekeliling untuk mengekalkankeseimbangan ekosistem.

    Cintai alam hargai kehidupan

    Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitardijayakan bersama

    Usaha penghutanan semula

    Usaha mengekalan keseimbangan ekosistem- Manusia- Flora dan fauna

    Melaksanakan tanggungjawabbersama dalam memelihara dan

    memulihara alam sekitar

    i. Mengadakan projek kitar semula

    ii. Lawatan ke Institut PenyelidikanPerhutanan Malaysia (FRIM) atautempat yang berkaitan denganpenghutanan semula

    4 Keharmonian antara Manusia denganAlam Sekitar

    Keadaan saling memerlukan hubunganyang harmonis antara manusia denganalam sekeliling supaya kualitikehidupan manusia dan alam sekelilingterpelihara.

    Perancangan dan pengurusan sisa yangsistematik menjamin keselesaan hidup

    Pelupusan sisa secara terancang danberteknologi menjamin persekitaran berkualiti

    Usaha mengurangkan penggunaan bahansumber yang terhad

    Usaha mengguna semula

    Usaha mengitar semula

    Melibatkan diri dalam penjimatanpenggunaan sumber danmenguruskan sisa secara bijaksana

    i. Mengadakan lawatan sambil belajar kesatu tempat pengurusan sisa.Contoh : Logi Kumbahan; Pusat KitaranSemula

    ii. Merancang Minggu Kitar Semula di bilikdarjah / sekolah

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    26/40

    21

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A LKBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    3.3 Kemapanan Alam Sekitar

    Pengekalan keseimbangan alamsekeliling sebagai tanggungjawabbersama untuk kesejahteraan hidup.

    Pengurusan yang berhikmah menjaminkeseimbangan alam

    Pengurusan tanah secara berhikmah menjaminkehidupan berkualiti

    Pengurusan tanah secara bertanggungjawab

    untuk pelbagai aktiviti- Perindustrian- Pertanian- Perlombongan- Petempatan

    Menjaga dan menguruskan alamsekitar dengan sebaik-baiknya

    Projek individu / berkumpulan :

    - Mengenalpasti satu kawasan tanah di

    sekolah untuk projek pertanian

    - Melakarkan pelan pengurusan tanahtersebut

    - Membentangkan kertas kerja tentangpengurusan tanah tersebut

    3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar

    Prihatin terhadap persoalan yangberkaitan dengan alam sekeliling danberusaha menyelesaikannya.

    Keseimbangan alam sekitar menjamin

    kesejahteraan semua h idupan

    Pengekalan keseimbangan alam sekitartanggungjawab bersama

    Peranan pelbagai pihak dalam menjagakualiti alam sekitar- Individu- Agensi kerajaan

    (Jabatan alam Sekitar)- Badan bukan kerajaan (NGO) tempatan

    - Badan NGO antarabangsa(World Wide Fund for Nature Malaysiadan Green Peace)

    Melibatkan diri dengan agensi-agensiberkaitan dalam menjaga kualiti alamsekitar

    i. Mengumpul maklumat tentang perananpelbagai agensi dalam menjaga kualitialam sekitar dan membincangkannya

    ii. Merancang dan menjalankan aktivitipenjagaan alam sekitar di sekolah

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    27/40

    NILAI BERKAITAN DENGANPATRIOTISME

    BIDANG PEMBELAJARAN 4

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    28/40

    23

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    4.1 Cinta akan Negara

    Perasaan sayang dan bangga kepadanegara serta meletakkan kepentingan

    negara melebihi kepentingan diri.

    Cinta akan negara membawa kemajuan

    Kemajuan negara kebanggaan rakyat

    Bangga dengan kemajuan negara dalam

    pelbagai bidang- Ekonomi- Sains dan teknologi

    Berasa bangga dan menyokongusaha pelbagai pihak bagi

    memajukan negara dalam pelbagaibidang.

    i. Membincangkan cara-cara untukmenunjukkan rasa terima kasih kepada

    kerajaan kerana berusaha memajukannegara dan rakyat

    ii. Main peranan sebagai seorang delegasiperdagangan untuk mempromosikan hasilnegara kepada orang luar

    4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara

    Kepatuhan dan kesetiaan yangberkekalan kepada Raja dan Negara.

    Sejarah negara pemangkin semangat patriotik

    Kesetiaan rakyat dalam memperjuangkankemerdekaan dan kedaulatan negara menjaditeladan generasi kini

    Perjuangan anak watan menentangpenaklukan penjajah- Dato Onn bin Jaafar- Datuk Panglima Bukit Gantang- Dato Nik Ahmad Kamil- Dato Hamzah Abdullah- Rosli Dhobi

    Perjuangan untuk menuntut kemerdekaannegara- Pakatan murni ke London

    Patuh dan setia kepada negarasebagaimana yang ditunjukkan olehtokoh-tokoh yang mempertahankanmaruah negara

    i. Membuat kajian kes tentang perjuangansalah seorang anak watan dalammenentang penjajah

    ii. Sketsa tentang tuntutan kemerdekaan

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    29/40

    24

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    5 Sanggup Berkorban untuk Negara

    Kerelaan melakukan ataumenyerahkan sesuatu termasuknyawa sebagai tanda kebaktian untuknegara.

    Rakyat setia negara gemilang

    Berkorban demi negara

    Kesanggupan rakyat berkorban untukberbakti kepada negara- Nyawa

    - Harta benda

    Menjadi rakyat yang sanggupberkorban dan berbakti untuk negara

    Menghasilkan cerpen / esei bertemaPengorbanan rakyat untuk negara

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    30/40

    NILAI BERKAITAN DENGANHAK ASASI MANUSIA

    BIDANG PEMBELAJARAN 5

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    31/40

    26

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak

    Membela, memberi naungan danmemelihara hak kanak-kanak bagi

    menjamin kehidupan mereka yangsempurna.

    Pengiktirafan menjadi pemangkinperkembangan diri

    Pengiktirafan kanak-kanak dari segi bakat dankebolehan

    Peringkat pengiktirafan- Sekolah- Kebangsaan

    Bentuk-bentuk pengiktirafan- Lisan- Bertulis

    Menyedari tentang hak mendapatlayanan dan pengiktirafan yang

    setimpal dengan bakat danpencapaian

    Sumbang saran tentang jenis-jenispengiktirafan dan layanan yang wajar diberikan

    kepada murid-murid atas pencapaian dankebolehan mereka

    5.2 Menghormati Hak Wanita

    Melindungi dan mengiktiraf wanitasebagai individu yang boleh memberisumbangan dalam pembangunankeluarga, masyarakat dan negara.

    Hak wanita diperuntukkan dalam undang-undang

    Dasar Wanita Negara menjana kemajuan wanita

    Penggubalan Dasar Wanita Negaramenjamin kebajikan dan kepentingan wanita- Di luar bandar- Kurang berupaya dan cacat- Pekerjaan

    - Keperluan kesihatan- Peluang pendidikan

    Menyokong usaha pelbagai pihakdalam mengangkat martabat wanita

    Kajian kes tentang usaha kerajaan dalammenjamin kebajikan dan kepentingan wanita

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    32/40

    27

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    5.3 Melindungi Hak Pekerja

    Menghormati, menghargai danmengiktiraf perkhidmatan , jasa dansumbangan golongan pekerja dalampembangunan negara.

    Pekerja berkualiti teras kejayaan negara

    Usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pekerjatanggungjawab bersama

    Peranan pelbagai pihak bagi meningkatkanmutu perkhidmatan pekerja

    - Kementerian Sumber Manusia- Kesatuan Sekerja- Pertubuhan Buruh Antarabangsa

    Menyokong usaha pelbagai pihakdalam meningkatkan kualitiperkhidmatan pekerja

    Perbincangan tentang cara meningkatkan mutuperkhidmatan pekerja

    5.4 Menghormati Hak Golongan KurangBerupaya

    Memberi layanan yang bersopankepada golongan kurang berupayasupaya tidak berasa tersisih danmengiktiraf mereka sebagai insanciptaan Tuhan.

    Golongan kurang berupaya aset negara

    Kecacatan tidak menghalang seseorang individuuntuk berjaya

    Golongan kurang berupaya berkebolehanuntuk berjaya- Tempatan / negara- Antarabangsa

    i. Menerima bahawa kecacatanbukan penghalang untuk berjayadan menjadi terkenal

    ii. Mengiktiraf sumbangan golonganyang kurang berupaya

    Memilih seorang individu yang tidak sempurnasifat fizikalnya tetapi berjaya dalam bidang yangdiceburinya. Ceritakan pengalaman danpencapaiannya

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    33/40

    28

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    5.5 Melindungi Hak Pengguna

    Membela dan memelihara hak individuuntuk menjadi pengguna yangberilmu, mendapat perkhidmatanserta barangan yang berkualiti dantidak mudah dieksploitasi.

    Pengguna penggerak kualiti perkhidmatan

    Hak pengguna wajar diperjuangkan

    Usaha mendapatkan layanan yang adil

    Amalan berwaspada terhadap akibatpengeksploitasian pengusaha / pengeluar

    Membela hak pengguna untukmendapat barangan danperkhidmatan yang berkualiti

    Sketsa tentang hak pengguna untuk mendapatbarangan dan perkhidmatan yang berkualiti

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    34/40

    NILAI BERKAITAN DENGANDEMOKRASI

    BIDANG PEMBELAJARAN 6

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    35/40

    30

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang

    Menerima dan mematuhi peraturandan undang-undang yang telahditentukan tanpa mengira sesiapa dandi mana seseorang itu berada.

    Penguatkuasaan undang-undang menjaminkestabilan negara

    Tanggungjawab rakyat mematuhi undang-undangnegara

    Patuh kepada undang-undang yangdiperuntukkan- Akta Keselamatan Dalam Negeri- Akta Dadah Berbahaya- Akta Juvana- Akta Cukai Pendapatan

    i. Menerima kenyataan bahawasetiap kegiatan yang mematuhiundang-undang penting untukpembangunan dan kestabilannegara

    ii. Mematuhi undang-undang negara

    i. Membincangkan kepentingan mematuhiperaturan pembayaran cukai pendapatanuntuk pembangunan negara

    ii. Forum : Kepentingan akta dalampenguatkuasaan undang-undang.

    6.2 Kebebasan Bersuara

    Kebebasan berucap danmengeluarkan fikiran dengan batasantertentu bagi menjaga keselamatandan ketenteraman.

    Kebebasan bersuara di tempat awamberasaskan adab dan peraturan

    Kebebasan bersuara dengan batasan menjaminketenteraman bersama

    Batasan berucap di tempat awam- Peraturan berucap- Tidak menyentuh isu sensitif- Tidak menimbulkan huru-hara

    Mematuhi peraturan berucap ditempat awam

    i. Berpidato / berucap / syarahan berasaskanadab dan peraturan

    ii. Membincangkan kesan buruk tunjukperasaan berdasarkan keratan akhbar

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    36/40

    31

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    6.3 Kebebasan Beragama

    Kebebasan setiap individu untukmenganuti dan mengamalkanagamanya seperti yang diperuntukkandalam Perlembagaan Malaysia.

    Memelihara kesucian tempat beribadat haksetiap penganut agama

    Sikap saling menghormati tempat beribadatpenganut pelbagai agama mengelak prasangkakaum

    Amalan menghormati tempat beribadatpenganut pelbagai agama- Masjid dan surau- Tokong- Kuil- Gereja- Wat Vihara- Gurdwara

    i. Menjaga kesucian tempatberibadat agama sendiri danmenghormati tempat beribadatagama penganut lain

    ii. Menghormati anutan dan amalanagama orang lain

    Sumbang saran tentang peraturan di tempatberibadat pelbagai agama

    6.4 Penglibatan Diri dalamPembangunan Negara

    Kebebasan untuk melibatkan diridalam pelbagai aktiviti pembangunannegara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan PerlembagaanMalaysia.

    Rakyat penyumbang ke arah pembangunannegara

    Kebebasan melibatkan diri dalam pelbagai aktivitidemi membangunkan negara

    Usaha melibatkan diri dalam aktiviti khidmatsosial- Unit beruniform- Organisasi kebajikan- Pertubuhan sukarela

    Memberi khidmat sosial ke arahpembangunan negara demi kebaikanbersama

    i. Lawatan sambil belajar ke salah sebuahorganisasi kebajikanContoh : Rumah warga tuaRumah anak yatim

    ii. Membuat laporan tentang cara hiduppenghuni rumah kebajikan dan memberi

    cadangan cara-cara orang ramai dapatmembantu mereka

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    37/40

    32

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    6.5 Sikap Keterbukaan

    Bersedia memberi dan menerimapandangan, pembaharuan dan kritikanselaras dengan kebenaran fakta dannorma masyarakat Malaysia.

    Sikap keterbukaan menjamin hubungan yangharmonis

    Amalan sikap terbuka dalam hubungan denganpelbagai pihak

    Nasihat, kritikan dan teguran diberi danditerima dengan sikap terbuka- Anggota keluarga- Pihak sekolah- Anggota masyarakat

    Bersedia menerima nasihat, kritikandan teguran

    i. Main peranan sebagai seorang yangmenerima teguran / kritikan

    ii. Sumbang saran tentang kebaikan bersikapterbuka menerima nasihat / kritikan /teguran

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    38/40

    NILAI BERKAITAN DENGAN

    KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

    BIDANG PEMBELAJARAN 7

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    39/40

    34

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    BIDANG PEMBELAJARAN 7 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    7.1 Hidup Bersama Secara Aman

    Hidup berbaik-baik antara satu samalain dengan mengutamakankedamaian dan keharmonian hiduptanpa mengira agama, bangsa danbudaya.

    Masyarakat bersatu negara makmur

    Perpaduan dan keharmonian negara dipikulbersama

    Peranan pelbagai pihak dalammenyatupadukan rakyat ke arahkeharmonian negara- Individu- Agensi kerajaan- Agensi Bukan kerajaan

    Turut serta dalam usaha-usaha kearah menyatupadukan masyarakat

    Syarahan / Pidato bertema Perpaduan

    7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama

    Usaha yang baik dan membina yangdilakukan bersama pada peringkatindividu, komuniti atau negara untukmencapai sesuatu matlamat.

    Peningkatan taraf hidup rakyat, usahabersama

    Wawasan 2020 dijayakan bersama

    Iltizam rakyat dalam merealisasikanWawasan 2020- Matlamat Wawasan 2020- Cabaran-cabaran Wawasan 2020

    Menerima cabaran-cabaranWawasan 2020 dan berusahamenjadikannya kenyataan

    Membincangkan cabaran-cabaran wawasan2020 di peringkat sekolah

  • 8/14/2019 Moral - Tingkatan 4

    40/40

    35

    H U R A I A N S U K A T A N P E L A J A R A N

    P E N D I D I K A N M O R A L KBSM

    NILAI KANDUNGAN AKADEMIK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

    7.3 Saling Menghor mati antara Negara

    Menghargai dan memuliakanhubungan antara negara untukmenjamin kesejahteraan sejagat

    Dasar Malaysia dihormati dunia

    Malaysia pengamal prinsip berkecuali

    Dasar Berkecuali Malaysia danpenghormatan dunia terhadapnya- Konsep Zon Aman, Bebas Dan

    Berkecuali ( ZOPFAN)

    Menyokong Dasar BerkecualiMalaysia yang menghormati semuanegara di dunia

    Membincangkan sejauh mana konsep ZOPFANboleh mewujudkan suasana yang aman danbebas di Asia Tenggara