hbps 1103 pengenalan pendidikan awal kanak-kanak.doc

27
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2012 HBPS 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI : 720318125096001 NO. KAD PENGNEALAN : 720318125096 NO. TELEFON : 0148529170/0128416756 E-MEL : [email protected]

Upload: isyati-mohammad

Post on 07-Sep-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

HBPS PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012HBPS 1103PENGENALAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKNO. MATRIKULASI

: 720318125096001NO. KAD PENGNEALAN: 720318125096NO. TELEFON

: 0148529170/0128416756E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: PPT TAWAU

KANDUNGAN

MUKA SURAT1.0 PENGENALAN

32.0 ANALISIS DAN LAPORAN KAJIAN TERHADAP

PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

42.1 Penubuhan Pusat Asuhan

42.2 Konsep

52.3 Kurikulum

72.4 Struktur Organisasi

83.0 LAPORAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

DAN KEPENTINGAN TERHADAP PEMBELAJARAN

KANAK-KANAK

93.1 Bilik Atau Ruang Belajar

9

3.2 Bilik Rehat

10

3.3 Ruang Bermain

10

3.4 Bilik Muzik

114.0LAPORAN DAN FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN

YANG DIAMALKAN OLEH TAMAN ASUHAN

TERMASUK KEMUDAHAN BAGI KANAK-KANAK

KELAINAN UPAYA (OKU)

12

4.1 Perabot

12

4.2 Tempat Tidur

12

4.3Kawasan Persekitaran

13

4.4 Tandas Dan Bilik Air

13

4.5Kemudahan Bagi Kanak-Kanak OKU

13

KANDUNGAN

MUKA SURAT

5.0 PANDANGAN PENUBUHAN TASKA

MEMENTINGKAN KEBAJIKAN ATAUPUN BERORENTASI-

KAN KEUNTUNGAN

145.1 Kemudahan Untuk Kanak-Kanak OKU

145.2 Menu Makanan

145.3 Yuran

145.4 Perkhidmatan Yang Disediakan

156.0 RUMUSAN

157.0RUJUKAN

171.0 PENGENALANTaman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dapatlah ditakrifkan sebagai premis di mana ada empat atau lebih kanak-kanak yang berusia seawal 0 hingga 4 tahun yang diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berkualiti merupakan pilihan utama untuk ibubapa bagi menghantar anak-anak mereka untuk diberi didikan awal. Di dalam penubuhan dan mengusahakan Taska yang berkualiti, seseorang itu haruslah memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang meluas dalam pendidikan agar Taska tersebut dapat menyuburkan potensi dan menyediakan kanak-kanak tersebut agar kanak-kanak tersebut dapat menghadapi cabaran pada masa hadapan.Namun begitu, bukan hanya kepakaran dan pengetahuan yang meluas dalam penubuhan sesuatu Taska, tetapi Taska tersebut mestilah didaftarkan dan tertakluk kepada undang-undang yang termaktub dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dimana Sesuatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-Taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.Berdasarkan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Taman Asuhan kanak-kanak 1984 (Akta 308), maka semua institusi yang ingin membuka Taska mestilah mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana bertidak sebagai final agensy yang mengeluarkan Perakuan Pendaftaran Taska. Namun sebelum itu, taska yang ingin dibuka mestilah juga mendapat kelulusan daripada agensi-agensi teknikal terlebih dahulu seperti Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Serta Jabatan Kesihatan.Kebanyakan kanak-kanak ini dihantar ke taska seawal umur dibawah 4 tahun adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah disebabkan ibubapa yang bekerjaya yang terpaksa meninggalkan anak mereka semasa mereka bekerja. Selain daripada itu, ada juga ibubapa yang berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke taska walaupun bayaran yang tinggi dikenakan untuk menjaga dan mengasuh anak mereka. Selain daripada itu, ada juga ibubapa yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menghantar anak mereka untuk diberi asuhan daripada pengasuh yang berpengalama dan bertauliah.2.0 ANALISIS DAN LAPORAN KAJIAN TERHADAP PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK

2.1 Penubuhan Pusat Asuhan

TASKA A merupakan salah sebuah taska yang menjadi pilihan saya untuk dibuat kajian berdasarkan tajuk yang diberi.Taska ini terletak 5km daripada pusat Bandar Tawau. Secara ringkasnya, taska ini ditubuhkan pada 38 tahun yang lepas oleh mubaligh Kristian bagi memberi peluang bagi kanak-kanak seawal lima tahun untuk diberi pendidikan namun telah dibuka kini untuk kanak-kanak berusia dua hingga 4 tahun sahaja. Taska ini agak besar di mana taska ini terdiri daripada sebuah bangunan konkrit yang bertingkat, mempunyai tenaga pengasuh seramai 17 orang. Pada awal penubuhannya, taska ini mempunyai masalah dari segi kekurangan pelajar, memandangkan pada ketika itu, masyarakat masih berpendapat apabila memasuki sekolah yang ditubuhkan oleh mubaligh, maka kanak-kanak akan diajar tentang agama lain.Namun setelah sekian lama, masalah ini dapat diatasi dengan penerangan oleh pengasuh-pengasuh yang dilatih. Sehingga kini, taska ini mempunyai 140 orang murid yang tergolong daripada berbilang kaum.

Manakala TASKA B, yang juga menjadi pilihan saya untuk dibuat kajian merupakan sebuah taska yang baru sahaja ditubuhkan setahun yang lepas. Taska ini merupakan taska cawangan yang berpusat di Kajang Selangor. Namun begitu, taska ini diurus sepenuhnya oleh seorang pengurus yang berpusat di Tawau. Taska ini terlelak 15km daripada pusat Bandar Tawau. Secara ringkasnya, taska ini baru beroperasi setahun yang lalu. Masalah yang dihadapi oleh taska ini ialah sistem paip air yang dibekalkan. Ini adalah kerana, air paip yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tempatan sering terganggu. Ini menyukarkan pihak taska untuk membuat pembersihan. Namun demikian, pihak taska mengambil inisiatif fositif dengan menyimpan air ditempat yang sesuai dan selamat untuk digunakan apabila bekalan air terputus. Sehingga kini, taska ini mempunyai 28 orang murid walaupun baru beroperasi masuk tahun kedua.Secara umumnya, kedua-dua taska ini mempunyai masalah diawal penubuhannya walaupun masalah antara taska ini berbeza. Ini adalah disebabkan kedudukan taska dan lingkungan persekitaran taska itu sendiri. Namun, di atas sikap dan tanggungjawab terhadap taska masing-masing, semua masalah tersebut dapat diatas walaupun mungkin memakan masa, tenaga dan kos yang mungkin ditanggung oleh taska itu sendiri.

2.2 KonsepBerdasar soaljawab yang diajukan kepada guru besar dan beberapa orang pengasuh, saya sempat bertanya tentang konsep pengajaran dan pembelajaran di Taska A ini. Taska ini mengamalkan konsep Belajar Melalui Bermain dimana pengajaran yang disampaikan oleh pengasuh kepada kanak-kanak ini adalah secara tidak fomal. Pengasuh-pengasuh ini, akan menyelitkan unsurunsur permaianan yang terarah kepada pembelajaran. Contohnya, untuk mengenal warna dan bentuk, kanak-kanak ini dibawa ke ruang bermain yang mempunyai peralatan permainan yang pelbagai bentuk serta berwarna warni. Kanak-kanak ini akan diajar tentang warna dan bentuk sambil kanak-kanak ini bermain. Ini bermaksud, proses pembelajaran masih berlaku walaupun kanak-kanak ini bermain dengan riang. BELAJAR MELALUI BERMAIN- TASKA B

Belajar Melalui Bermain juga merupakan konsep atau kaedah yang dilaksanakan di Taska B ini. Ianya sebagai asas kepada pengasuhan di taska ini sebagaimana yang disarankan oleh Iman Al-Ghazali.Kanak-kanak di taska ini akan didedahkan dengan pengalaman yang menyeronokkan melalui kaedah ini. Antaranya melalui bermain bersama rakan kerana ini akan menjadikan mereka berinteraksi secara positif sesama rakan. Ini akan menjadikan situasi ini menjadi teladan serta membuat kanak-kanak ini berpotensi untuk perkembangan sosial mereka kearah yang lebih matang.Di atas pemerhatian dan soaljawab di kedua-dua taska ini dapatlah dikatakan bahawa kedua-dua taska ini mengamalkan konsep belajar melalui bermain. Ini sememangnya menjadi fitrah semulajadi kanak-kanak yang gemar bermain. Sebagai taska yang berkualiti, konsep ini amatlah tepat dalam proses penjagaan kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun. Kanak-kanak ini gemar bermain dan melalui bernain, mereka boleh diajar dan diasuh untuk memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, sosial, emosi dan jasmani.2.3 Kurikulum

Taska A telah menawarkan kurikulum yang merangkumi beberapa aspek utama dalam perkembang kanak-kanak seawal usia 4 tahun ke bawah. Kurikulum yang terdapat di Taska A ini merangkumi perkembangan intelek, perkembangan kreativiti, perkembangan fizikal, perkembangan emosi, perkembangan kognitif serta perkembangan sosial. Melalui kurikulum yang disediakan, semua kanak-kanak di Taska A ini berpeluang untuk mengikuti proses pembelajaran yang disediakan dan diharapkan semua kanak-kanak yang diasuh di Taska A ini berpotensi untuk berkembang secara menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial.Kurikulum yang terdapat di Taska B pula meliputi Perkembangan Kognitif, Perkembangan Bahasa, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Sosioemosi serta Perkembangan Rohani. Setiap kurikulum ini disediakan agar kanak-kanak yang dihantar ke taska ini akan dapat berkembang secara menyeluruh dari segi fizikal dan mental. Kanak-kanak di taska ini bukan sahaja dijaga, malah dididik dan diasuh sepertimana amanah ibubapa yang menghantar anak-anak mereka.

Berdasarkan kurikulum di kedua-dua taska ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan jasmani, emosi, Rohani, Intelek dan sosial amatlah penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, para pengasuh yang mengasuh, menjaga dan mendidik kanak-kanak kecil ini haruslah tahu tentang keperluan tumbesaran mereka kerena setiap mereka ini dalah berbeza. Menurut Jean Piaget (1980) menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang tersendiri dan berbeza antara satu dengan yang lain walaupun dalam lingkungan umur yang sama. Oleh itu, kurikulum yang disediakan oleh kedua-dua taska ini bolehlah dikatakan lebihkurang sama walaupun cara pelaksanaannya berbeza mengikut taska masing-masing serta berpadanan mengikut umur kanak-kanak yang diasuh di taska masing-masing.2.4 Struktur OrganisasiTaska A merupakan sebuah taska yang di bawah naungan pihak gereja. Namun demikian, taska A ini ditadbir oleh seorang guru besar yang menpunyai kelulusan diploma serta mempunyai sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak. Terdapat 16 orang pengasuh yang terdapat di taska A dan kesemua pengasuh ini mempunyai Kursus Awal Kanak-Kanak (KAKK) serta kursus pertolongan cemas. Mereka ini menjalankan tugas sebagai mengasuh dan mendidik kanak-kanak seramai 140 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia dari 2 tahun hingga 4 tahun. Taska ini tidak menerima kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun. Taska ini juga mempunyai seorang kerani bagi membantu melancarkan proses pentadbiran di Taska A ini. Terdapat juga seorang tukang masak yang memasak bagi kanak-kabnak di Taska A ini. Semua kakitangan di Taska A ini menerima suntikan kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Daerah.Struktur organsasi Taska B pula terdiri daripada seorang pengusaha Taska yang mempunyai kelulusan Diploma dan memiliki sijil Kursus Awal Kanak-Kanak (KAKK). Beliau dibantu seorang penyelia yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Taska B ini mempunyai pengasuh seramai 5 orang yang menpunyai sijil Kursus Awal Kanak-kanak (KAKK). Taska B ini mempunyai seramai 28 orang kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah. Taska ini juga mempunyai seorang tukang masak yang bertugas untuk menyediakan makanan kepada kanak-kanak di taska B ini. Kesemua kakitangan yang terdapat di Taska B ini juga mendapat suntikan kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Daerah.

Struktur organisasi di kedua-dua taska ini tidak banyak berbeza namun Taska A mempunyai ramai kakitangan berbanding Taska B Ini adalah mungkin disebabkan faktor penubuhan dan jarak taska daripada pusat Bandar. Sebagai contohnya, Taska A ini telah ditubuhkan 38 tahun yang lepas dan kedudukannya yang berdekatan dengan Bandar sedangkan Taska B hanya ditubuhkan pada tahun yang lepas dan kedudukannya agak jauh dari Bandar yang berkemungkinan taska B ini belum dikenali dan keketahui oleh sebilangan besar penduduk Tawau.3.0 LAPORAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DAN KEPENTINGAN TERHADAP PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Pesekitaran yang kondusif amatlah penting dan kewujudannya akan dapat menarik perhatian serta memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka serta menggalakkan kanak-kanak berinteraksi di antara guru, rakan serta bahan. Selain daripada itu, persekitaran yang ceria, selamat dan bermakna akan memberi keselesaan kepada kanak-kanak memandangkan mereka ini berusia sekitar 0 hingga 4 tahun. 3.1 Bilik Atau Ruang BelajarTaska A mempunyai 6 bilik belajar yang mempunyai bilangan kanak-kanak tidak melebihi 25 orang setiap kelas. Untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun, 2 orang pengasuh diperlukan untuk mengasuh bagi setiap kelas. Manakala untuk kanak-kanak 2 tahun serta 3 tahun, 3 orang pengasuh diperlukan untuk setiap kelas.Keadaan bilik belajar agak sempit tidak sesuai bagi menampung 25 orang kanak-kanak. Selain daripada itu, perabot seperti kerusi dan meja agak besar untuk kanak-kanak dibawah usia 4 tahun. Keadaan ini menjadikan situasi bilik belajar ini lebih sesuai untuk kanak-kanak prasekolah berusia 5 tahun hingga 6 tahun. Namun begitu, dinding bilik belajar ini mempunyai tekstur warna yang menarik dan selesa untuk dipandang. Selain daripada itu, dinding di bilik-bilik belajar ini digunakan sepunuhnya untuk dijadikan pameran bahan bantu mengajar serta pameran hasil kerja kanak-kanak. Sistem pengudaraan di setiap bilik belajar ini agak baik kerana mempunyai kipas siling dan tingkap yang luas. Ini memberi pengudaraan yang baik dan selesa kepada kanak-kanak dan pengasuh. Ini menjadikan proses pembelajaran dapat berjalan dengan baik walaupun ruang belajar agak sempit dan tidak selesa bagi kanak-kanak ini.

Manakala ruang belajar di Taska B pula agak besar dan selesa kerana setiap bilik telah diasingkan mengikut umur dimana kanak-kanak yang berusia 0-1 tahun dijaga dan diasuh oleh 2 orang pengasuh. Kanak-kanak yang berusia 0-1 tahun ini seramai 7 orang sahaja. Manakala kanak-kanak yang berusia 1-2 tahun seramai 10 orang kanak-kanak diasuh pula oleh 2 orang pengasuh. Begitu juga kanak-kanak yang berusia 3-4 tahun seramai 11 orang juga diasuh dan dididik oleh 2 orang pengasuh. Ruang belajar yang dilengkapi kipas siling dan tingkap yang besar memberi pengudaraan yang selesa kepada kanak-kanak. Pengudaraan yang baik, ruang yang besar dan menarik dapat memberi kesan yang bermakna kepada perkembangan kanak-kanak ini.3.2 Bilik RehatBilik rehat yang terdapat di Taska A ini agak besar dan selesa. Taska A ini menyediakan kemudahan bilik rehat yang selesa di mana bilik rehat ini dilengkapi penghawa dingin, kipas siling dan muzik dimainkan semasa kanak-kanak ini berehat semasa waktu rehat tengahari. Namun begitu, tilam yang disediakan tidak mempunyai cadar dan bantal untuk kegunaan kanak-kanak ini serta kebersihan peralatan tidur kurang terjamin.

Bilik rehat yang terdapat di Taska B amat selesa dari segi perabot dan ruang yang besar memandangkan hanya seramai 5 orang sahaja kanak-kanak yang tinggal di Taska B selepas jam 1 petang dan hanya kanak-kanak ini sahaja yang dijaga dan diasuh sehingga jam 5 petang. Jadi, sememangnyalah bilik rehat ini amat selesa dan menyumbang kepada pertumbuhan fizikal yang positif kepada kanak-kanak semasa mereka berehat di waktu tengahari.

3.3 Ruang Bermain

RUANG BERMAIN-TASKA A

Terdapat dua ruang bermain di Taska A iaitu di luar bangunan untuk aktiviti permainan luar dan di dalam bangunan untuk aktiviti permainan dalam. Ruang bermain yang besar dan luas ini dibina bagi membantu perkembangan psikomotor kasar dan psikomotor halus kanak-kanak. Kemudahan yang disediakan ini juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk bermain bersama rakan dan ini menggalakkan perkembangan jasmani dan emosi mereka.

Ruang bermain di Taska B pula disediakan di luar bangunan kelas dan hanya terdapat satu sahaja permainan luar yang disediakan namun begitu kanak-kanak di taska ini dapat bermain secara optima dan ini menggalakkan perkembangan psikomotor kasar dan psikomotor halus mereka. Walaupun hanya satu ruang bermain di luar bangunan, namun di dalam ruang belajar juga disediakan peralatan permainan untuk menjalankan aktiviti bermain di dalam bangunan taska ini. Ini menggalakkan kanak-kanak berinteraksi positif sesama rakan semasa melakukan aktiviti bermain.3.4 Bilik Muzik

Bilik muzik di Taska A sememangnya bersesuaian untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah kerana mempunyai keluasan yang maksimun. Di dalam bilik muzik ini terdapat pelbagai peralatan muzik yang mana ini sangat membantu dalam perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak. Selain daripada itu, bilik muzik ini juga digunakan untuk drama, lakonan dan seni visual. Keadaan bilik muzik yang cantik, ceria dan selesa ini juga dapat membantu kepada perkembangan sosioemosi dimana kanak-kanak ini dapat berinteraksi secara positif semasa melakukan aktiviti di bilik muzik ini.Ruang muzik di Taska B pula hanyalah sebuah ruang yang digabungkan dengan dengan ruang-ruang kecil seperti ruang seni visual dan ruang menonton televisyen. Namun begitu, terdapat juga alat muzik dan bahan bantu mengajar untuk aktiviti muzik. Kanak-kanak di taska ini masih dapat melakukan aktiviti muzik dan seni. Walaupun ruangan ini agak kecil, namun ia dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan potensi mereka dan menggalakkan perkembangan kreativiti dan estetika semasa kanak-kanak ini menjalankan aktiviti. 4.0 LAPORAN DAN FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN YANG DIAMALKAN OLEH TAMAN ASUHAN TERMASUK KEMUDAHAN BAGI KANAK-KANAK KELAINAN UPAYA (OKU)

Faktor keselamatan merupakan aspek utama yang dititikberatkan oleh ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat asuhan selain aspek persekitaran.Sehubungan dengan itu, para pengusaha Taska sentiasa cuba untuk meningkatkan kualiti keselamatan di Taska masing-masing. Bermacam-macam cara dan kaedah yang dijalankan oleh pengusaha-pengusaha Taska bagi mewujudkan persekitaran yang selesa dan selamat.4.1 PerabotPemilihan perabot merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sesebuah taska bagi menentukan keselamatan kanak-kanak yang terdapat disesebuah taska itu. Kedua-dua taska yang saya lawati ini menyediakan sepenuhnya perabot yang diperbuat daripada kayu sama ada kerusi, meja dan almari. Perabot yang disediakan tidak mendatangkan merbahaya kepada kanak-kanak dan memberi rasa selamat kepada kanak-kanak ini4.2 Tempat TidurTempat tidur juga kadang-kadang boleh mendatangkan suasana yang bahaya kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak kecil yang berusia 4 tahun ke bawah. Namun begitu, dikedua-dua taska ini tidak menyediakan keperluan tempat tidur seperti buaian kerana buaian boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Tempat tidur kanak-kanak ini hanyalah tilam yang diletakkan di lantai dan ini tidak mendatangkan kecederaan kepada kanak-kanak. Walaupun ada disediakan katil untuk bayi, namun katil-katil ini mempunyai pagar yang kukuh bagi mengelakkan ,kanak-kanak ini terjatuh daripada katil. Secara amnya, kedua-dua taska ini menyediakan tempat tidur yang selamat dan selesa kepada kanak-kanak di taska masing-masing.

4.3 Kawasan PersekitaranPersekitara yang selamat merupakan pilihan utama ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka di taska. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan taska yang saya lawati sememangnya mengamalkan persekitaran yang selamat. Di kedua-dua taska ini berada di dalam kawasan yang berpagar. Di Taska A, kawasan taska di kelilingi pagar utama dan pagar kedua untuk memasuki bangunan taska. Di bangunan Taska A ada disediakan alat pemadam dimana setiap tingkat bangunan terdapat dua buah alat pemadam api.Manakala Taska B pula ada memasang CCTV yang dipantau sepenuhnya di ruangan pejabat taska tersebut. Ini membantu pihak pengurusan memantau kawasan luar dan dalam bangunan taska mereka. Ini sedikit sebanyak membantu pihak pengurusan taska seandainya ada sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, akan diketahui awal dan mungkin dapat dikawal.

4.4 Tandas Dan Bilik AirKawasan tandas dan bilik air yang disediakan untk kanak-kanak adalah selamat. Ini melalui permerhatian saya, tandas yang disediakan adalah bersesuaian untuk saiz kanak-kanak berusia di bawah umur 4 tahun. Selain daripada itu, kanak-kanak akan diiringi oleh pengasuh apabila kanak-kanak ini ingin menggunkan tandas atau bilik air. Ini menunjukkan penggunaan tandas dan bilik air adalah dipantau dan ini boleh mengelakkan kanak-kanak ini terjatuh semasa menggunakan tandas atau bilik air.4.5 Kemudahan Untuk Kanak-Kanak OKU

Berdasarkan soaljawab dan kajiselidik, pihak dikedua-dua taska ini tidak menyediakan sebarang kemudahan untuk kanak-kanak OKU memandangkan tenaga dan kakitangan dikedua-dua taska belum bersedia untuk menerima kedatangan atau pendaftaran kanak-kanak OKU ini.5.0 PANDANGAN PENUBUHAN TASKA MEMENTINGKAN KEBAJIKAN ATAUPUN BERORENTASIKAN KEUNTUNGANBerdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan taska yang dibina dan ditubuhasarkakan pada masa kini adalah lebih berorentasikan keuntungan. Ini adalah berdasarkan sebab-sebab berikut:-5.1 Kemudahan Untuk Kanak-Kanak OKUKanak-kanak OKU ini merupakan kanak-kanak istemewa yang sering dipinggirkan dan kadangkala dinafikan kehadiran mereka di sesuatu tempat. Ini tidak dinafikan di taska-taska yang mana taska-taska ini belum bersedia untuk menerima kehadiran kanak-kanak OKU ini. Jika taska-taska ini mementingkan kebajikan, sudah tentulah pihak taska ada menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak OKU seandainya ada pendaftaran untuk kanak-kanak OKU ini.

5.2 Menu MakananApa yang saya perhatian disetiap taska yang saya lawati tidak menyediakan menu yang seimbang yang khusus untuk kanak-kanak kecil seawal usia 4 tahun. Menu yang disediakan untuk sarapan pagi hanyalah mee goreng tanpa sebarang campuran seperti sayur, ayam atau telur. Begitu juga bubur yang disediakan hanyalah bubur dicampur sayur tanpa meletakkan ayam, daging atau ikan. Jika taska ini memeng mementingkan kebajikan, sudah tentulah pihak taska menyediakan makanan yang seimbang sedangkan yuran yang dikenakan agak mahal.5.3 YuranYuran yang dikenakan oleh pihak taska agak mahal. Lagi kecil anak yang dihantar, maka lagi mahallah yuran yang dikenakan. Untuk jagaan kanak-kanak setengah hari, yuran boleh mencecah ke RM250 seorang bagi setiap bulan. Yuran akan lebih meningkat jika kanak-kanak ini dijaga dan diasuh sehingga kepetang dimana yurannya boleh mencecah RM450 seorang bagi setiap bulan. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, sudah sememangnya tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke taska walaupun kedua-duanya bekerja. Jadi di sini jelaslah menunjukkan bahawa taska yang dibina pada hari ini lebih berorentasikan keuntungan bukannya kebajikan.5.4 Perkhidmatan Yang DisediakanBagi mempromosikan taska masing-masing bagi pengambilan satu-satu sesi, selalunya pihak taska akan memasang kain rentang, mengedarkan pamplet dan berbagai jenis promosi bagi menarik minat ibubapa untuk mendaftar di taska. Promosi-promosi ini kalau dibaca dan difahami dengan teliti, ada sebahagiannya yang tidak dilaksanakan dan tidak diberi perkhidmatannya apabila kanak-kanak ini memasuki taska tersebut. Contohnya, keperluan harian seperti lampin pakai buang, sabun mandian dan ubat gigi sepatutnya disediakan oleh pihak taska tetapi semua ini terpaksa disediakan sendiri oleh ibubapa, sedangkan bayaran yuran yang dikenakan amatlah mahal. Jesteru itu, benarlah bahawa penubuhan taska pada masa kini lebih berorentasikan keuntungan berbanding kebajikan.6.0 RUMUSAN

Dalam usaha melahirkan satu generasi yang berilmu seawal usia 4 tahun kebawah, kita amatlah berharap agar setiap ibubapa memastikan bahawa taska yang dipilih itu adalah taska yang berdaftar. Selain daripada itu, ibubapa juga mesti memastikan bahawa setiap pengasuh yang mengasuh di taska taska yang dipilih itu mempunyai kelayakan yang diiktiraf dan terlatih kerana dengan adanya kerjasama antara peengasuh dan ibubapa akan dapat membantu mempertingkatkan perkembangan kanka-kanak tersebut.Ibubapa seharusnya mengetahui fitrah semulajadi anak masing-masing kerana anak-anak membesar dalam pebgaruh budaya dan nilai yang diperoleh dari keluarga itu. Namun, apabila kanak-kanak ini memasuki taska, kanak-kanak ini akan bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Sehunbungan dengan itu, setiap pengasuh haaruslah melayan kanak-kanak ini secaraa adil bukannya melayang secara pakej kerana setiap kanak-kanak yang di asuh ini adalah unik dan tersendiri. Atas dasar inilah, perhubungan dan interaksi positif antara pengasuh dan ibubapa bagi berkongsi maklumat tentang perkembangan dan potensi kanak-kanak agar ianya dapat dikenalpasti supaya kanak-kanak ini dapat dibantu perkembangannya secara holistic sehingga ke tahap yang maksimum.(3300 patah perkataan)

Rujukan

http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%207/Akta%20308.pdf Putri Zabariah, A. R., Bustam, K., & R. Hamizah. (2005). Tadika Berkualiti. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Longman Malaysia Sdn. Bhd.TASKA A

PAGE 17

_1253083327.bin