model kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.pptx

47
PRA3102 PENGAJIAN KURIKULUM DAN MODEL PRASEKOLAH 05/06/2022 1 FAA/PRA3102/1

Upload: mohd-amdih-saidi

Post on 05-Dec-2014

636 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

TRANSCRIPT

Page 1: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 1

PRA3102

PENGAJIAN KURIKULUM DAN MODEL PRASEKOLAH

Page 2: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 2

Sinopsis Kursus• Kursus ini memberikan pendedahan dan

pemahaman tentang kurikulum pendidikan awal kanak-kanak, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Faktor Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum, Pendekatan-pendekatan dalam Kurikulum, Model-model Program Prasekolah luar negara dan kaitannya dengan prasekolah di Malaysia, teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran serta dengan pengajaran di pusat prasekolah, Pengelolaan Aktiviti Prasekolah, serta Perancangan Pengajaran guru untuk meningkatkan mutu dan kualiti sesebuah prasekolah.

Page 3: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 3

HASIL PEMBELAJARAN:

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:1. Menjelaskan konsep kurikulum PendidikanAwal

Kanak-kanak2. Menterjemahkan kandungan Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan secara umum dan spesifik kepada aktiviti pembelajaran

3. Merancang untuk menyepadukan alat-alat sokongan yang boleh melaksanakan kurikulum

4. Mengamalkan kemahiran-kemahiran, pendekatan-pendekatan dan teknik-teknik dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah

Page 4: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 4

RINGKASAN UNIT1.0 Kurikulum Pendidikan Awal Kanakkanak2.0 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan3.0 Faktor Keberkesanan pelaksanaan Kurikulum4.0 Pendekatan Dalam Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan5.0 Pendekatan-pendekatan lain di Prasekolah6.0 Model-model Program Prasekolah Luar Negara

dan kaitannya dengan prasekolah di Malaysia7.0 Teknik-teknik Pengajaran Pembelajaran

Prasekolah8.0 Pengelolaan Aktiviti Prasekolah

Page 5: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 5

Pengenalan• ‘pendidikan awal kanak-kanak’ diberikan pelbagai

tafsiran oleh banyak pihak.• pendidikan awal kanak-kanak (early childhood)

merujuk kepada kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga enam tahun dan mendapat jagaan di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah.

• Program seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza.

• kebanyakan ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke taman asuhan ekoran kesedaran terhadap kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan berkerjaya.

Page 6: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 6

Konsep Kurikulum

• didefinisikan sebagai cara membantu pendidik berfikir tentang kanak-kanak dan mengurus pengalaman kanak-kanak.

• Kurikulum juga boleh dimaksudkan semua pengalaman yang berlaku di sekolah.

• Kurikulum merupakan bentuk penulisan yang dirancang untuk pembelajaran.

• pengertian senarai topik pembelajaran yang akan dilaksanakan.

Page 7: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 7

Mengikut pandangan Dr Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003),

• kurikulum adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan.

Menurut Feldman (1991) pula, kurikulum merupakan asas untuk mengajar dan memberi maksud ke arah pendidikan.

Page 8: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 8

• Manakala Catron dan Allen (1999) menjelaskan bahawa kurikulum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersembunyi. – Kurikulum nyata adalah pengajaran dan pembelajaran

secara langsung berkenaan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti dan membuat penilaian.

– Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

Page 9: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 9

• Zais (1979) menyatakan bahawa kurikulum sebagai satu set generalisasi yang saling berkait secara logik, konsep, cadangan dan lain-lain yang mewakili satu pandangan sistematik sesuatu fenomena kurikulum. Fungsi teori kurikulum ialah untuk memperkata, menjangka dan menerangkan fenomena kurikulum dan sebagai polisi untuk panduan aktiviti kurikulum.

• Mengikut Kerr J.K. (2002) konsep kurikulum merupakan semua jenis pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan oleh sekolah sama ada dalam kumpulan atau secara individu di dalam atau di luar sekolah.

Page 10: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 10

• Pakar-pakar pendidikan mentakrifkan kurikulum berasaskan rancangan bidang pendidikan.

• Misalnya J.G.Saylor dan W.M Alexander (1974) mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan memperoleh maklumat dan objektif pendidikan di sekolah.

• Tyler (1950) mentafsirkan kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan objektif yang ditentukan.

Page 11: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 11

• Kurikulum dalam topik ini didefinisikan sebagai gagasan pola atau pelan untuk merancang pengalaman pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak. Secara umumnya kurikulum boleh dimaksudkan sebagai perancangan untuk sesuatu pembelajaran.

Page 12: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 12

• Kurikulum merangkumi penyataan falsafah, matlamat, objektif, kandungan, aktiviti pembelajaran dan penilaian yang mampu meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaannya.

• Semasa membentuk kurikulum kita perlu mengambil kira tentang falsafah program.

• Apakah falsafah berkenaan?• Pendidikan awal kanak-kanak di negara kita

mengambil kira beberapa asas pembentukan kurikulum.

Page 13: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 13

PERTIMBANGAN DAN PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM

Menurut Feldman, J.R. (1991), lima komponen utama bagi membentuk kurikulum iaitu falsafah, matlamat dan objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran dan penilaian.

• FALSAFAH• MATLAMAT DAN OBJEKTIF

• Isi Kandungan• aktiviti• Penilaian

Page 14: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 14

FALSAFAH

• Bagi membentuk sesuatu kurikulum, falsafah perlu ditetapkan. Jika ingin menyediakan kurikulum prasekolah maka falsafah pendidikan prasekolah wajar ditentukan terlebih dahulu.

• Misalnya, falsafah prasekolah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru tentang bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang atau dirujuk oleh guru prasekolah mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak.

Page 15: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 15

FALSAFAH• Justeru, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

• Kedua-dua falsafah ini perlu diterjemahkan mengikut kesesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

• Pendidik dan penggubal kurikulum perlu memahami hasrat negara yang dinyatakan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 16: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 16

FALSAFAH

• Setiap kurikulum yang dibentuk adalah untuk memenuhi keperluan jangka panjang.

• Kesan daripada hasil kurikulum yang digubal akan melahirkan generasi negara seperti mana yang dihasratkan dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 17: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 17

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

• Matlamat dan objektif yang dibentuk merupakan panduan program bagi memulakan pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak.

• Sehubungan itu, matlamat dan objektif perlu ditulis dalam bentuk yang boleh dilihat oleh guru supaya guru dapat mengukur atau menilai kurikulum yang ingin diperolehi.

Page 18: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 18

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

• Guru pula perlu menyesuaikan objektif yang perlu dicapai oleh kanak-kanak secara individu memandangkan kanak-kanak belajar pada tahap yang berbeza-beza.

Page 19: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 19

ISI KANDUNGAN

• Isi kandungan bagi sesuatu mata pelajaran yang dipilih merupakan maklumat berkaitan mata pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 20

AKTIVITI PEMBELAJARAN• Aktiviti pembelajaran melibatkan

aktiviti, bahan dan pengalaman yang dirancang untuk kanak-kanak.

• Setiap aktiviti pembelajaran perlu dirancang supaya bersesuaian dengan matlamat, objektif, isi kandungan dan kepelbagaian tahap kanak-kanak.

Page 21: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 21

PENILAIAN• Penilaian adalah proses menilai sama ada matlamat dan

objektif telah dicapai.• Penilaian boleh dijalankan secara tidak formal melalui

kaedah pemerhatian. • Senarai semak dan rekod anekdot boleh digunakan

sebagai kaedah pengumpulan maklumat pemerhatian. • Penilaian yang dibuat akan membantu guru

melaksanakan proses penambahbaikan dari aspek pedagogi.

• Penilaian merupakan komponen terakhir dalam proses pembentukan sesuatu kurikulum sebagai langkah untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.

Page 22: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 22

Faktor Mempengaruhi Pembentukan dan Perubahan Kurikulum

•Kehendak dan Keperluan Pelajar•Kehendak dan Keperluan

Negara•Kehendak universal

Page 23: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 23

Faktor Mempengaruhi Pembentukan dan Perubahan Kurikulum

• Kehendak dan Keperluan Pelajar• Merujuk kepada Teori Keperluan Maslow , faktor keperluan

murid merangkumi keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri.

• Kehendak dan keperluan pelajar perlu dipenuhi supaya menjamin konsep kendiri yang positif sejajar dengan apa yang terkandung di dalam sesuatu kurikulum yang ingin dirancang.

• Anda perlu faham bahawa keperluan individu juga perlu dipenuhi dari aspek ilmu pengetahuan, peluang mengembangkan potensi dan minat secara menyeluruh dari pelbagai aspek.

Page 24: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 24

Kehendak dan Keperluan Negara• Bagaimana pula kehendak dan keperluan negara mempengaruhi pembentukan

kurikulum?

• Kehendak dan keperluan negara adalah berkaitan dengan ideologi, budaya dan nilai di dalam sesebuah masyarakat dan negara

• Di Malaysia pembentukan kurikulum pendidikan haruslah mengutamakan kepelbagaian kaum yang pastinya dapat

• mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. • Maka elemen yang dimasukkan dalam kurikulum adalah

mengandungi unsur-unsur kebudayaan masyakarat serta nilai yang diterima oleh semua

• wajar mementingkan keperluan negara untuk bersaingdalam era globalisasi.

Page 25: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 25

Kehendak Sarwa Jagat

• Tahukah anda bahawa pembentukan sesuatu kurikulum juga mestilah memenuhi kehendak sarwa jagat.

• Arus perubahan teknologi misalnya telah menuntut persainganpositif di seluruh dunia.

• Aspek keseimbangan politik, kestabilan ekonomi serta teknologimaklumat dan komunikasi merupakan asas pembangunan sesebuah negara.

• Asas pembangunan sesebuah negara juga bergantung kepada bidang pendidikan.

• Maka kurikulum pendidikan yang ideal akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketrampilan dan mempunyai jati diri untuk negara.

• Pembentukan sesuatu kurikulum perlulah memenuhi semua kehendak tersebut.

Page 26: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 26

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM

• Model adalah panduan yang akan menjadi dasar pelaksanaan kurikulum.

• Program pula bertindak sebagai asas kepada perancangan dasar yang akan digunakan oleh pendidik.

• Setiap model mempunyai asas program yang menggabungkan teori psikologi, perspektif ekologi dan falsafah sebagai rujukan.

Page 27: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 27

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM

• Teori psikologi dapat membantu kita untuk memahami bagaimana kanak-kanak belajar.

• Perspektif ekologi memberikan panduan kepada kita tentang kesan pengaruh konteks sosiobudaya kepada proses pembelajaran dan sosiolisasi kanak-kanak.

Page 28: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 28

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM• Terdapat tiga teori psikologi yang

mempengaruhi pembentukan model dan program dalam pendidikan awal kanak-kanak.

• Tiga teori psikologi :(a) Teori Kematangan (Teori Behavioris)(b) Teori Tingkah laku persekitaran(C) Teori Konstruktivisme

Page 29: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 29

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM(a) Teori Kematangan (Teori Behavioris)

• perkembangan dilihat sebagai hasil struktur kematangan individu itu sendiri.

• Aspek perkembangan domain adalah hasil daripada genetik atau keturunan.

• Teori kematangan ini masih mengekalkan manusia adalah sama dalam keadaan tertentu sebab teori ini beranggapan manusia daripada spesis yang sama.

• Teori ini berpandangan keturunan mempengaruhi kematangan dan pengajaran.

• Pendidik perlu menyediakan pengalaman pembelajaran apabila kanak-kanak menunjukkan minat dan betul-betul bersedia.

Page 30: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 30

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM(b) Teori Tingkah Laku Persekitaran• Berdasarkan teori ini, perkembangan dilihat

sebagai pengaruh daripada persekitaran danhasil tingkah laku.

• Prosesnya lebih kepada pengukuhan verbal, penanggapan dan tingkah laku motor.

• Teori ini menekankan pengajaran menerusi arahan terus dengan urutan matlamat dan penggunaan bahan.

Page 31: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 31

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM(c) Teori Konstruktivis• Teori konstruktivis menghuraikan kanak-kanak berinteraksi dengan

persekitaran dan membina pengetahuannya sendiri. • Konstruktivis melihat perkembangan adalah hasil daripada tindakan

pengalaman dengan cara manusia mentafsirkan, mengenal pasti atau mengubahsuai pengalaman.

• Terdapat enam pengaruh utama yang membentuk interaksikeseluruhan perkembangan individu iaitu:

interaksi keseluruhan perkembangan individu; kematangan atau faktor genetik sahaja; pengalaman atau input persekitaran;tugas perkembangan menerusi interaksi individu dengan

persekitarannya; rundingan dengan orang lain; dan interaksi dengan pengaruh sebelumnya.

Page 32: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 32

MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM• perspektif ekologi pula melihat tingkah laku bukan sahaja

dipengaruhi oleh persekitaran tetapi juga mempengaruhi persekitaran itu sendiri.

• Ini bermakna persekitaran yang terdekat dengan seseorang mempengaruhi dirinya lebih kuat daripada sistem ekologi yang lebih jauh. Terdapat empat konteks ekologi yang dialami oleh kanak-kanak dan kesan perkembangan yang saling bergantung seperti yang disarankan oleh Bronfenbrenner iaitu:– Mikrosistem– mesosistem– Eksosistem– Makrosistem– kronosistem

Page 33: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 33

Page 34: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 34

MIKROSISTEM

• Mikrosistem merupakan kuasa sosialisasi kanak-kanak yang kuat dan semerta terdiri daripada ibu bapa, pengasuh, institusi sekolah, rakan sebaya, media dan komuniti.

• Misalnya kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan cara pertuturan ibu bapanya.

• Ibu bapa merupakan individu yang terdekat kepada diri kanak-kanak.

• Gaya asuhan mereka akan membentuk cara kanak-kanak berkomunikasi atau bertingkah laku.

Page 35: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 35

MESOSISTEM

• Mesosistem pula mempunyai perkaitan dengan mikrosistem yang melibatkan interaksi ibu bapa-guru atau majikan-pengasuh kanak-kanak.

• Misalnya perbincangan antara guru dan kedua ibu bapa untuk mengatasi masalah tingkah laku anak akhirnya membawa perubahan tingkah laku kepada kanak-kanak.

• Maka kita harus ingat bahawa interaksi ibu bapa dengan semua pihak akan turut mempengaruhi

• pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

Page 36: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 36

EKSOSISTEM• Ekosistem adalah terdiri daripada pekerjaan ibu bapa,

pengurusan majlis tempatan, ahli lembaga sekolah, perkhidmatan komuniti dan kerajaan tempatan.

• Ekosistem mempengaruhi kanak-kanak secara tidak langsung. Kempen, program dan dasar yang dianjurkan oleh kerajaan akan mempengaruhi keluarga dan kanak-kanak.

• Sekiranya majikan tidak memberikan kebenaran kepada ibu/bapa untuk menghadiri majlis konvokesyen kanak-kanak prasekolah. Jadi kanak-kanak akan merasa diri mereka tidak disayangi atau tidak dihargai oleh ibu bapa. Sedangkan ketidakhadiran ibu/bapa tersebut dipengaruhi oleh tindakan majikan. Jelaslah di sini pengaruh ekosistem terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Page 37: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 37

MAKROSISTEM• Makrosistem terdiri daripada sosio ekonomi, ras/etnik,

kawasan keadaan geografi, agama dan budaya. Misalnya perubahan ekonomi membawa kepada perubahan cara kehidupan keluarga dan masyarakat. Secara tidak langsung gaya pendidikan kanak-kanak turut mengalami perubahan.

• Perspektif ekologi memberi kefahaman kepada kita tentang hubungan yang kompleks terhadap pembentukan tingkahlaku.

• Perspektif ini menitikberatkan keprihatinan apabila membuat sesuatu keputusan dan penilaian.

• Perspektif memperlihatkan hubungkait dalam kanak-kanak. Kanak-kanak dan keluarga tidak lagi terpisah-pisah.

• Kanak-kanak membawa sesuatu pengaruh rumah ke program pendidikan awal kanak-kanak dan seterusnya program pendidikan awal kanak-kanak dibawa ke rumah.

Page 38: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 38

KRONOSISTEM

• Persekitaran kita tidak kekal sama. Berubah mengikut peredaran masa.

• Sebagai contoh, kelahiran bayi dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak. Perkahwinan ibu dengan bapa tiri atau sebaliknya turut juga memberikan kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

Page 39: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 39

PERBINCANGAN

• Bagaimana sistem ekologi membentuk diri anda sehingga kini?

Page 40: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 40

MODEL KURIKULUM

•MODEL KURIKULUM TYLER•MODEL KURIKULUM TABA• TRENDA TERKINI

Page 41: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 41

Model Kurikulum Tyler• Pembangunan model kurikulum Tyler (1950) adalah

berasaskan kepada objektif dan proses.• Objektif pelajaran melibatkan perkembangan tingkah laku

kendiri murid dan isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku.

• Dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adakah pernyataan objektif pelajaran anda perlu berdasarkan objektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum.

• empat perkara utama yang dicadangkan oleh Tyler dalam pembangunan kurikulum sekolah.

• Matlamat pendidikan yang harus dicapai• Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya• Kaedah pelaksanaan kurikulum• Penilaian

Page 42: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 42

Model Kurikulum TABA• Taba (1945) berpendapat bahawa kurikulum sekolah harus

ditentukan berdasarkan kepada logik penyelesaian masalah dan strategi pemusatan pelajar sebagai objektif utama.

• Umumnya usul yang digariskan oleh Taba dalam pembangunan model kurikulum yang lebih lengkap adalah seperti berikut : Diagnosis atas permintaan kurikulum Ringkasan objektif kurikulum Pemilihan isi kandungan Organisasi isi kandungan Pemilihan pengalaman pembelajaran Organisasi pengalaman pembelajaran Pengukuhan dan penilaian

Page 43: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 43

Model TRENDA KINI

• kurikulum Trenda Kini merupakan kurikulum yang dinamik kerana perkembangan dan perubahan yang pesat dalam bidang pendidikan, khasnya perkembangan ICT diperkenalkan dalam kurikulum sekolah.

Page 44: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 44

PERBINCANGAN

• Sebagai seorang pelaksana dasar-dasar pendidikan, bincangkan cadangan atau saranan anda untuk menambahbaik model pembangunan kurikulum prasekolah?

Page 45: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 45

PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM

• Kurikulum boleh dibahagikan kepada empat komponen yang saling berkait, iaitu objektif kurikulum, pengetahuan, pengalaman-pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum.

Page 46: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 46

Perbincangan

• Buat penilaian kendiri untuk melihat sejauh manakah objektif kurikulum pendidikan negara kita telah tercapai.

• Gunakan garis masa(tahap pendidikan) bagi menjelaskan penilaian tersebut.

Page 47: Model Kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak.pptx

04/10/2023 FAA/PRA3102/1 47

KSPK

•Bagaimanakah KSPK dibentuk?